Kau Yang Ku Tunggu
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
512

Bacaan






Setelah sebulan bercuti panjang, hari ini Amirul kembali melangkah ke Wisma Wawasan. Seperti biasa, melangkah masuk sahaja ke Wisma Wawasan, Lia pasti akan menegur Amirul. Terpaksa Amirul melayan cerita Lia pagi itu. Perasaan teruja untuk masuk pejabat pagi itu terus merundum mendengar cerita yang disampaikan oleh Lia. Walaupun Amirul tahu Lia sentiasa menokok tambah cerita namun sedikit sebanyak cerita yang disampaikan oleh Lia meracun minda Amirul.

Semasa bercuti, Amirul menghitung hari untuk kembali ke pejabat untuk. Tidak sabar Amirul mahu ke pejabat semula, bukan kerana kerja tetapi kerana gadis tinggi lampai berkulit sawo matang itu. Wajah gadis itu sentiasa bermain difikirannya, terbayang senyuman manis yang dilemparkan gadis tersebut kepadanya semasa diperkenalkan kepadanya tempohari.

Jika diikutkan, dua minggu lalu Amirul mahu masuk kerja kerana Haji Latif, datuknya sudah pun sihat dan sudah tidak memerlukan bantuannya untuk bergerak. Jika dahulu Haji Latif perlu diangkat untuk duduk di kerusi roda, kini Haji Latif sudah boleh bergerak mengunakan bantuan tongkat. Sesi Fisioterapi banyak membantu proses pemulihan Haji Latif. Haji Latif sudah berkali-kali menyuruh Amirul pergi bekerja tapi ditegah oleh Dato' Hamdan.

“Tunggu, biar sampai atuk betul-betul sihat.” tahan Dato' Hamdan. Amirul tidak betah hendak membangkang.

Amirul melangkah longlai masuk ke pejabat. Sebaik sahaja pintu lif terbuka Amirul terpandang Aisyah yang sedang berdiri di meja kerjanya. Luka Amirul berdarah semula. Pedih hatinya memandang wajah gadis yang dirinduinya itu. Terngiang-ngiang lagi di telinga Amirul cerita yang baru disampaikan oleh Lia tadi. Amirul mengambil jalan jauh untuk ke biliknya, tidak mampu Amirul berhadapan dengan gadis itu ketika itu.

“Woi, Mirul. Apasal monyok semacam aku tengok. Sepatutnya orang lepas cuti panjang ceria, kembali bekerja dengan satu semangat baru. Tapi engkau aku tengok macam orang patah hati, tidak bersemangat langsung.” teguran Samad yang tercegat di hadapan mejanya mengejutkan Amirul dari lamunannya.

“Eh, engkau Samad. Tak perasan aku.”

“Mana nak perasan kalau asyik mengelamun. Aku ketuk pintu bilik kau sampai nak roboh pun kau tak sedar. Apa yang kau menungkan? Teringat buah hati ke?”

Memang aku teringatkan buah hati yang dah dikebas orang. Ranap gunung harapan aku, yang tinggal hanyalah debu-debu impian yang pada bila-bila masa akan hilang diterbangkan angin. Bertahun-tahun mengintai dari kejauhan, pertemuan yang aku anggap jalan untuk menjalin kasih kini tertutup. Aku baru sahaja hendak berkempen untuk mencuri hati gadis idaman aku, tetapi berita yang aku baru dengar meragut segala perancangan aku. Tidak mungkin aku sanggup merampas milik orang lain.

“Woi, Mirul.” Samad menepuk tangan di hadapan muka Amirul. “Tengok tu, aku kat depan kau pun kau boleh mengelamun lagi. Hebat sangat ke gadis igauan kau tu?”

“Apa kau merepek ni. Aku teringatkan atuk akulah. Boleh ke atuk aku uruskan diri dia tu? Selama sebulan ni aku yang bantu dia menguruskan diri, risau aku.” Amirul berdalih.

“Jangan nak tipu akulah. Macamlah baru semalam aku kenal kau. Kalau kau tak mahu cerita siapa gadis tu tak apa. Aku nak cerita pasal awek yang tengah havoc kat Wawasan Konsultan. Pergh... hari-hari dapat bunga. Kaya gila boyfrienddia, kalau aku hari-hari hantar bunga macam tu mau bangkrap. Semua awek-awek jealous kat dia. Lia kat bawah tu lagilah. Macam-macam story Lia jaja. Kesian juga aku tengok budak tu, baru kerja kat Wawasan ni dah kena pulau. Mujur ada si Yati dengan Nora yang selalu bersikap neutral. Kalau tidak, tak ada kawanlah dia.”

“Si...siapa perempuan tu?” soal Amirul walaupun Amirul dapat mengagak siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Samad tadi.

“Aisyah, engineer yang baru joint Wawasan.”

“Ooo... dia ke?”

“Eh! Engkau kenal dia ke?”

“Baru kenal. Dia dalam teamaku untuk Projek Padang Golf Sutera. Aku tengok okey je orangnya, takkan tak ada orang yang nak berkawan dengan dia.”

“Lia punya mulutlah. Dia sebarkan cerita kononnya Aisyah tu ada sugar daddy. Si Aisyah pun satu, langsung tak menepis cerita-cerita Lia tu. Senyap je.”

Tersentak Amirul dengan kata-kata Samad. Baru Amirul tersedar, dia juga salah seorang yang terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh Lia.

“Elok juga budak tu berdiam. Lama-lama senyaplah cerita pasal dia tu.” puji Amirul dengan tindakan Aisyah.

“Aku sebenarnya nak ajak kau keluar sarapan. Jom, lama tak keluar makan dengan kau. Rindu pula.” Samad ketawa kecil di hujung ayatnya.

“Rindulah sangat. Rindu nak makan belanja akulah tu.” ujur Amirul seraya bangun dari tempat duduknya dan menepuk bahu rakannya itu. Kenal sangat Amirul dengan perangai Samad yang kedekut sejak di universiti lagi. Sudah bergaji besar pun Samad masih mencatu perbelanjaannya. Samad menyertai Wawasan Konsultan sejak setahun yang lepas atas jemputan Dato' Hamdan. Amirul gembira dengan kehadiran Samad di Wawasan Konsultan. Terjalin kembali keakraban mereka sewaktu di universiti dulu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku