Kau Yang Ku Tunggu
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
520

Bacaan






“Sarah, Sarah.” jerit Aisyah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah. Perjalanan pulang dari Seremban dirasakan amat jauh dan memakan masa yang lama. Aisyah sudah tidak sabar untuk berkongsi perasaan dengan Sarah. Ingin juga Aisyah menelefon Sarah semasa mereka singgah solat di masjid tadi tetapi Aisyah risau jika perbualannya didengari oleh dua rakannya yang bertelinga lintah itu.

“Hah, apahal engkau terjerit-jerit ni.” soal Sarah yang tergesa-gesa keluar dari bilik.

“Sarah... tadi aku nampak Khairul jalan dengan satu perempuan. Dukung budak kecil lagi. Hati aku tak sedaplah.” cerita Aisyah sambil membuka tudung di kepala dan menyangkutnya di penyandar sofa. Punggungnya dihenyakkan ke sofa tersebut.

“Biar betul. Habis tu engkau tak follow dia.”

“Isk... engkau ni, aku kan dengan officemateaku. Takkan aku nak blah macam tu. Nanti apa pula kata mereka.”

“Ha'ah la, apa la aku ni.” kata Sarah menepuk dahi.

“Aku minta kau tanya kawan kau pasal Khairul, engkau dah tanya?

“Err...belum. Salah engkau juga, hari tu aku tanya nama penuh Khairul engkau tak kasi. Nanti tersilap Khairul tak ke naya.”

“Ye ke? Rasa macam dah bagi.”

“Huh! Itu la seronok sangat dapat call dari mamat tu sampai lupa dunia.”

“Ya ke? Sorrybukan sengaja pun. Engkau boleh call kawan engkau sekarang. Bagi aku tanya dia sendiri pun tak apa.”

“Okey, boleh dengan syarat pakai telefon engkau, rugi prepaid akunanti.”

“Dengan aku pun kau nak berkira.” perli Aisyah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Sarah.

Sarah membuka diarinya mencari nombor telefon milik kawannya untuk didail. Sambil mencari mulutnya menyebut nama kawannya itu “Aman, Aman...”

“Ha, ini pun nombor dia. Kejap ya...” jerit Sarah teruja sambil mendail nombor tersebut.

“Assalamualaikum. Ini Cikgu Aman ke?” kata Sarah selepas beberapa ketika menunggu. “Aku ni Sarah. Ingat lagi ke?” sambung Sarah lagi, Sarah diam sebentar mendengar, sesekali Sarah menganggukkan kepala.

Setelah rakannya berhenti bercakap, Sarah bersuara “Man, aku nak minta tolong sikit, ada tak Cikgu...eh kejap ye”

“Eh, engkau tak cakap lagi nama dia.” bisik Sarah kepada Aisyah.

“Opps, lupa lagi. Khairul Fauzi bin Kamal” balas Aisyah perlahan sambil tersenyum.

Sarah meneruskan percakapan telefonnya “Ada tak Cikgu Khairul Fauzi bin Kamal mengajar di sekolah engkau?

“Ada. Tolong aku boleh?” Sarah diam mendengar balas rakannya.

“Tolong cerita sikit pasal Cikgu Khairul Fauzi pada kawan aku. Tolonglah, dia kawan lama Cikgu Khairul.” Sekali lagi Sarah diam. Aisyah susah hati, bagaimana kalau kawan Sarah tidak mahu membantu.

“Aku pass kat dia, engkau cakap dengan dia ya.” Agak lama juga Sarah berdiam, entah apa yang dikatakan oleh rakannya Aisyah tidak peduli. Janji Aisyah perlu tahu perihal Khairul hari ini juga.

“Hmm... dia ada kat sebelah aku ni...”

“Okey, nah.” kata Sarah setelah mendengar kata-kata kawannya di hujung talian sambil mengunjukkan telefon itu kepada Aisyah. Sarah bangun lalu ke dapur.

Setelah siap membancuh dua cawan kopi ais kegemaran mereka berdua Sarah ke ruang tamu semula. Dilihatnya air mata bercucuran di pipi Aisyah. Telefon bimbitnya masih terlekat di telinga, hanya sedu tangis yang keluar dari bibirnya. Sarah kaget.

“Aisyah, kenapa ni?” soal Sarah. Makin kuat suara tangisan Aisyah apabila disoal Sarah.

Terus diambilnya telefon bimbit dari Aisyah. “Man kenapa kawan aku ni, apa kau dah cakap kat dia hah?”

“Okey, okey, okey, nanti aku call kau semula.” kata Sarah setelah mendengar jawapan Aman. Telefon Aisyah yang berada di tangannya dimatikan. Sarah memerhatikan Aisyah, dia turut merasai kesedihan Aisyah. Berita dari Aman tadi turut mengejutkan Sarah.

“Syyy... sudahlah tu... semuanya masih belum terlewat lagi.” Sarah memujuk Aisyah sambil memeluk dan mengusap belakang Aisyah dengan tangannya.

“Nah, lap air mata tu.” arah Sarah kepada Aisyah sambil menghulurkan kotak tisu.

Aisyah hanya menuruti kehendak Sarah. Air mata dikesatnya, namun sedunya masih kedengaran sesekali. Setelah melihat Aisyah telah dapat mengawal perasaan, Sarah berkata, “Apa kau nak buat sekarang?”

“Aku nak pergi Seremban. Aku nak bersemuka dengan dia. Berani sungguh dia menipu aku.” Aisyah berkata dengan geram.

“Huh!” terkejut Sarah dengan keputusan Aisyah. “Err... lepas tu?”

“Lepas tu apa lagi, aku nak marah dia cukup-cukup. Kalau boleh, aku nak tumbuk-tumbuk muka si Khairul tu. Dia ingat aku ni apa? Patung? Aku pun ada perasaan.” Aisyah melepaskan perasan marahnya.

Cancel.... putus.... Aku nak batalkan semua urusan perkahwinan kami. Tak ingin aku hidup bermadu. Engkau sendiri tahu, aku berhenti kerja sebab nak larikan diri dari suami orang, ini jadi lagi. Teruk sangat ke aku ni sampai tak ada lelaki bujang nak kahwin dengan aku?” Aisyah yang masih geram itu merungut.

Sarah ketawa kecil.

“Eh... apa pasal engkau ketawa, aku serius ni tau...” Aisyah memandang Sarah tidak puas hati.

“Aku gelak pasal engkaulah.” Kata Sarah yang masih belum berhenti ketawa.

“Huh, kenapa pula” Aisyah kehairanan.

“Tadi kau kata tak ada lelaki bujang yang nak, penipu sungguh... engkau tu yang memilih sangat... sekarang ni dah tersalah pilih.” komen Sarah.

“Hei, ini kes lainlah. Ini pilihan keluarga engkau faham, keluarga.” kata Aisyah yang bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut Sarah. Sudahlah hatinya sakit ditipu hidup-hidup oleh Khairul, Sarah pula menyindir dia begitu.

“Okey, okey, okey, aku faham... bila kau nak pergi jumpa mamat tu.” Sarah beralah apabila melihat riak wajah Aisyah berubah.

“Sekarang juga. Esok aku nak balik kampung nak suruh abah aku cancelsemua persiapan sebelum terlambat. Aku tak nak jadi bini nombor dua.” Aisyah berkata tegas.

“Apa aku nak cakap kat mak dengan abah aku nanti? Khairul tu pilihan mereka.” Suara Aisyah berubah sayu mengenangkan kekecewaan yang bakal melanda hati Haji Rosman dan Hajah Rubiah.

“Pasal mereka, engkau jangan risau. Kita uruskan perkara ini satu persatu. Malam ini kau bersemuka dengan Khairul dan ajak dia balik kampung untuk terangkan hal yang sebenarnya kepada kedua orang tua kau. Aku yakin mereka tidak akan salahkan kau.” cadang Sarah bagi meredakan keresahan jiwa Aisyah.

“Engkau kena temankan aku, ajak kawan kau sekali untuk tunjukkan rumah mamat penipu tu.” arah Aisyah. Sarah dapat melihat kemarahan terpancar di mata Aisyah.

Sarah memandang Aisyah tanpa berkata apa-apa. Dia sebenarnya tidak mahu Aisyah bertindak terburu-buru. Sarah cuba menelah keadaan Aisyah ketika ini dari gerak tubuh dan ayat-ayat yang keluar dari mulut Aisyah. Sarah tahu Aisyah masih lagi emosional, meskipun tangisannya sudah berhenti.

“Hei, aku cakap dengan engkau ni. Jom siap. Menungkan apa lagi tu?” tegur Aisyah yang melihat Sarah tidak bergerak dari sofa itu.

“Hah, okey aku siap.” jawab Sarah bingkas bangun untuk bersiap. Dilihatnya Aisyah telah mencapai tudung yang tadinya tersangkut di sofa lalu disarungkan semula di kepala. Sarah tidak boleh berlengah lagi, silap haribulan terus menonong sahaja Aisyah pergi tanpa menunggu Sarah siap. Emosi yang terganggu sebegitu bukan boleh dibiarkan memandu sendirian. Nanti entah ke mana hala perginya, silap-silap sampai hospital.

“Hei, nanti biar aku drive tau. Engkau tu bukan tau sangat jalan kat Seremban.” jerit Sarah dari dalam biliknya. Sarah pun sebenarnya bukan arif dengan jalan di Seremban tetapi sengaja dia berkata demikian bagi memberi ruang kepada Aisyah untuk menenangkan diri dan berfikir ketika dalam perjalanan. Lagipun Sarah takut Aisyah terbawa-bawa perasaannya ketika memandu nanti.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku