Kau Yang Ku Tunggu
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
816

Bacaan






Keluar sahaja Plaza Tol Seremban, Sarah sudah melihat kelibat Aman berdiri di tepi jalan. Sebelum bertolak tadi Sarah sekali lagi menelefon Aman, Sarah terpaksa menerangkan kepada Aman situasi sebenar Aisyah. Pada awalnya Aman tidak mahu masuk campur kerana Khairul adalah rakannya, tetapi setelah dipujuk Sarah barulah Aman bersetuju untuk membantu dengan syarat dia tiada bersama mereka ketika bersemuka dengan Khairul.

Sarah memberhentikan kenderaan, lalu turun mendekati Aman. Aisyah memerhatikan perlakuan mereka berdua dari dalam kereta. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka Aisyah tidak peduli. Yang pasti, hari ini Aisyah mahu bersemuka dengan Khairul. Hati Aisyah menggelegak panas. Sepanjang perjalanan puas Aisyah berfikir kenapa Khairul menipu dirinya.

Patutlah segala urusan majlis perkahwinan mereka diserah bulat-bulat kepada Makcik Seri. Bila aku ajak pergi kursus kahwin bersama, Khairul menolak dan berkata, “Dah pernah pergi, sijil laku seumur hidup.”

Bila minta surat akuan bujang pula, liat sangat nak bagi. Asyik bertangguh sahaja dengan alasan “Lupa”. Itu belum lagi pasal laporan saringan ujian HIV, “Dah buat tapi result tak keluar lagi.” Baru Aisyah terperasan banyak betul alasan yang keluar dari mulut Khairul. Memang dasar kaki penipu, munafik.

Sudahlah banyak kerenah setiap kali keluar membeli barang hantaran. Ada sahaja yang tidak kena di matanya dengan pilihan aku. Kalau barangan untuk diri Khairul, aku tak kisah. Barangan yang dibeli untuk diri aku sendiri pun banyak kompelin diterima dari Khairul. Kenapa Khairul selindungkan status dirinya? Kenapa Khairul tidak berterus terang supaya mudah aku menolak lamarannya. Banyak persoalan berkenaan Khairul bermain di minda Aisyah.

“Kau okey ke?” soalan Sarah memecahkan lamunan Aisyah.

“Dah sedia? Aman dah setuju hendak tunjukkan jalan ke rumah Khairul.” kata Sarah sebaik sahaja dia membuka pintu dan duduk di tempat pemandu.

Tiba-tiba pintu belakang dibuka. Aisyah berpaling, dilihatnya Aman sedang melabuhkan punggungnya di kerusi belakang sebelum menutup pintu.

“Kita pergi satu kereta, senang sikit untuk Aman tunjukkan jalan. Lagi pun Aman naik motor datang sini tadi.” terang Sarah kepada Aisyah yang kehairanan memandang Aman.

Aisyah menganggukkan kepalanya dan terus berpaling memandang semula ke hadapan.

“Aman, inilah Aisyah tunang si Khairul kawan baik engkau tu.” perkenal Sarah dengan nada sinis.

Sarah memasukkan gear untuk beredar dari situ, belum sempat kaki Sarah menekan pedal minyak tiba-tiba Aisyah bersuara, “Tukar pelan. Aku tak ada mood nak jumpa Khairul sekarang. Buat bodoh je aku pergi serang dia.”

“Habis tu kau nak buat apa?” tanya Sarah terkejut mendengar ucapan Aisyah. Sarah berpaling memandang Aman di belakang memohon pengertian. Nampak benar Aisyah masih belum boleh berfikir secara rasional.

“Jom balik rumah aku nak tidur.”

“Hah, apa? Balik? Kitakan baru sampai. Penat pandu kereta sampai sini pun belum hilang lagi kau dah ajak balik rumah.” rungut Sarah.

“Kalau engkau malas kita pergilah hotel mana-mana aku dah ngantuk nak tidur.” kata Aisyah selamba. Memang itulah perangai Aisyah dari dulu, suka sangat tidur bila stress. Sesiapa yang pernah jadi roomate Aisyah semasa belajar dulu selalu kompelin sebab tension tengok Aisyah boleh relaks tidur sedangkan mereka sedang bergelut menyiapkan assignmentatau pun study untuk exam.

“Jadi sekarang macam mana, cari hotel atau patah balik KL ni?” tanya Sarah kepada Aisyah.

Aman yang sedari tadi hanya memerhati dan mendengar perbualan dua sahabat itu tiba-tiba bersuara, “Beginilah, apa kata singgah rumah aku dulu, rehat-rehat dan berbincang macam mana nak buat. Sekejap lagi masuk waktu Maghrib.”

“Hei, mana boleh. Engkau kan bujang. Baik kami pergi cari hotel.” Sarah merasa tidak selesa dengan ajakan Aman yang baru beberapa bulan dikenalinya.

“Memang aku bujang, tapi aku duduk dengan keluarga. Emak dan adik aku ada kat rumah. Sudah jangan bazirkan duit cari hotel. Rumah aku lima minit saja dari sini.” Aman menerangkan kedudukan dirinya.

“Ha... aku dah tau apa aku nak buat. Malam ni kita tidur sini. Kita singgah hotel mana-mana, esok kita pergi skodeng mamat tu. Aku nak ambil gambar dia dengan isteri dan anak dia banyak-banyak sebagai bukti. Siaplah kau Khairul.” tiba-tiba Aisyah berkata seperti tidak mendengar pertelagahan di antara Aman dan Sarah tadi.

“Aku nak tengok sejauh mana lelaki ini sanggup mempermainkan hati dan perasaan aku. Aku tak kisah kalau benda ini melibatkan aku seorang sahaja tetapi bila melibatkan maruah keluarga aku, hubungan mak abah aku dengan keluarga dia, nampak sangat mamat ni tak berhati perut. Itu belum lagi perasaan isteri dia, anak dia.” Aisyah meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.

Sarah dan Aman berpandangan. “Okey, kami tidur rumah engkau. Tengok gaya kawan aku yang tengah tenggelam dalam dunia dia ni, aku takut nanti tengah malam dia keluar entah ke mana-mana. Naya aku dibuatnya.” Sarah membuat keputusan sambil memandang Aisyah.

“Nasib baik esok cuti, kalau tidak tak pasal-pasal aku kena ambil cuti kecemasan.” bisik Sarah.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku