Kau Yang Ku Tunggu
Bab 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
194

Bacaan






Aisyah serba tak kena. Berdiri salah,duduk pun salah. Nak buat kerja apatah lagi… Pen ditangan tidak bergerak.Lukisan di atas meja terbuka hanya ditenung oleh Aisyah. Hatinya kacau.Sesekali Aisyah menjeling ke arah bilik Amirul yang terletak di hujung aras itu.

Kata-kata Pak Ali masihterngiang-ngiang ditelinga Aisyah, “Amirul tak tahu menahu pasal peminanganAisyah.”, “Amirul  sukakan Aisyah.”

Betul ke dia sukakan aku? Baru kenaldua tiga bulan dah suka aku? Pak Ali sengaja nak mengusik aku kut?  Entah-entah Encik Amirul dah ada temanwanita. Disebabkan kejadian hari tu tak pasal-pasal kena paksa kahwin denganaku. Isk… tak boleh jadi macam ini. Disebabkan aku, dua hati merana… kami bukanbuat salah pun. Nanti naik mahkamah bayar sajalah denda. Bukan mahkamah paksakahwin pun. Nak bagi tau ke tidak ni…

 Arghh… tak boleh jadi macam ni… kenabersemuka… tapi malulah pula. Takkan aku nak tanya, “Encik, betul ke encik sukakat saya?” Nak mampus… hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Macam mana nakbuat keputusan kalau tak bersemuka… mak dan abah walaupun cakap semua keputusandi tangan aku, tetapi hari itu dia orang cakap kat Dato’ nak cepat-cepat kahwinkanaku. Mesti dalam hati mereka berharap aku terima pinangan Dato’ Hamdan. Entah-entahmereka ingat aku bercinta dengan Amirul. Arghh... sakit kepala aku memikirkanhal ini. Dahlah dua malam aku tak dapat tidur lena, semuanya sebab pinanganitu. Aku nak terima ke? Macam mana pula perasaan Amirul terhadap aku?

Teringat kali pertama sewaktu mata kamibertaut rasa nak gugur jantung aku. Aku ada ramai kawan lelaki tetapi tidakpernah lagi aku alami perasaan sebegitu. Hari itu terpegang tangan pun rasamacam terkena renjatan elektrik. Inikah chemistryyang Sarah maksudkan? Aku suka diakah? 

Ah! tak boleh jadi macam ini. Daripadaaku berdialog tanpa kesudahan seorang diri di sini baik aku pergi jumpa diasekarang, dia tengah ada tu. Nanti kalau dia keluar, entah balik pejabat balikentah tidak. Okey, lets go

Aisyah menguatkan semangat untukberjumpa Amirul.Beberapa langkah lagi hendak sampai ke pintu bilik Amirul,Aisyah kecut perut. Langkah Aisyah terhenti. Baru sahaja Aisyah hendak berpatahbalik ke tempatnya, Yati yang baru keluar dari bilik Amirul menyapa, “Aik, buatapa tercegat kat sini? Nak jumpa Amirul ke?”

“Arrr… Errr… ya…ya ada benda nak discuss sikit.”

“Pasal Projek PGS tu ya, pergilahcepat.” suruh Yati. “Sekejap lagi lunchhour. Kita pergi makan sama-sama okey.” ajak Yati.

“Ha…boleh, boleh.” Aisyah berjanjitanpa berfikir. Niat Aisyah agar Yati segera berlalu dari situ sebelum kekuatandiri yang ada hilang. “Err… saya masuk jumpa Encik Amirul dulu.” Aisyah memintadiri.

Aisyah mengetuk pintu bilik Amirul, Aisyahmenarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu.  Jantung Aisyah berdegup kencang.

“Assalamualaikum Encik Amirul, saya nakcakap sikit boleh.” kata Aisyah menjengah dari muka pintu. Badannya hanyaseparuh sahaja kelihatan dari sudut pandangan Amirul.

“Waalaikumsalam, masuklah.” Amirulterkejut melihat Aisyah. Sejak kejadian malam itu Aisyah sering melarikan diridarinya sehinggakan Amirul terpaksa menggunakan khidmat Nora untuk menyampaikanmaklumat berkenaan projek. Amirul tersenyum, jika Aisyah sudah boleh menegurnyakemungkinan besar Aisyah tidak marah lagi padanya.

“Tapi… err… saya nak bercakap halperibadi, bukan hal kerja.” kata Aisyah sebaik-baik sahaja melangkah masuk danmenutup pintu separuh kaca itu.

Kata-kata Aisyah menuntut perhatian penuhAmirul. Segera Amirul meletakkan pen di atas meja dan menutup fail yangterbentang di hadapannya. “Duduklah.” jemput Amirul.

“Err..macam ni encik… err…” Aisyahteragak-agak hendak menyusun kata. Tangannya bermain dengan hujung tudungmenunjukkan kegelisahan yang melanda dirinya.

“Duduklah dulu.”  suruh Amirul apabila Aisyah masih lagi berdiridi depannya.

“Kenapa, Aisyah ada masalah?” tanya Amirulsebaik sahaja Aisyah duduk.

“Tak.” Aisyah menggeleng. “Eh! Ya.”kata Aisyah seketika kemudian.

“Yang mana satu sebenarnya, ya ketidak?” Amirul tersenyum melihat Aisyah gugup.

“Err... entahlah saya pun tak tahu.”mati akal Aisyah hendak menjawab soalan mudah Amirul itu. “Err... Sebenarnya,ada perkara yang saya hendak tanya encik.”

“Apa dia?” Amirul semakin tertarik untuk mendengar perkara yang ingin disampaikanoleh Aisyah.

“Err... Dato' Hamdan ada cakap apa-apatak dekat encik?”

Amirul menggeleng. “Tak ada pula. Hariini saya belum jumpa Dato' lagi.”

“Err... Pak Ali?

“Pun tak ada. Kenapa ni Aisyah? Apa sebenarnyayang Aisyah hendak sampaikan kepada saya?”

Aisyah menggaru-garu belakang telingamencari ayat untuk disampaikan kepada Amirul.

“Aisyah, cakaplah apa yang membuatkanAisyah gugup begini?” tanya Amirul tidak sabar.

“Err…hari Sabtu lepas, err… Dato’Hamdan datang rumah saya.” tergagap-gagap Aisyah hendak menuturkan ayat itu.

“Dato’ pergi rumah Aisyah? Buat apa?” Amirulterkejut. Hatinya meronta-ronta ingin tahu.

“Err…bukan rumah kat sini, kat kampung.”

“Hah!” semakin terkejut Amirulmendengar kata Aisyah.

“Kalau encik yang dengar pun terkejut,saya apatah lagi.”

“Apa... apa hal Dato’ pergi rumahAisyah?” Amirul sudah tak keruan.

“Err… Dato' datang jumpa mak dan abahsaya...untuk merisik.” perlahan Aisyah bersuara di akhir ayatnya sambiltertunduk, hatinya tidak kuat untuk melihat wajah Amirul.

“Dato’ buat apa?” soal Amirul semula.Bukan telinganya tidak mendengar ayat yang keluar dari mulut Aisyah tetapihatinya tidak percaya.

“Dato' datang jumpa mak dan abah merisiksaya un...” kata Aisyah sekali lagi namun malu untuk menghabiskan ayatnya.Aisyah mencuri pandang ke arah Amirul.

Amirul meraup wajahnya. Tidak tahuhendak berkata apa kepada Aisyah. Ini rupanya rancangan Dato' Hamdan dan Alias.Barulah Amirul faham maksud kata-kata Alias tempohari. Perasaannya bercampurbaur antara gembira dan rasa bersalah.

“Saya tahu, encik tidak tahu menahu halini, Pak Ali dah ceritakan semuanya kepada saya. Kalau encik terkejut, sayalagi terkejut bila balik kampung, masuk-masuk rumah tengok Dato’ duduk tercongokdi tengah rumah saya. Rasa nak pengsan pun ada. Macam-macam ada dalam fikiransaya ni. Berdoa bagai nak rak saya agar hal malam itu tidak dikhabarkan kepadamak dan abah.” berhamburan kata-kata keluar dari mulut Aisyah.

“Aisyah…”

“Nanti dulu… saya belum habis cakaplagi…” Aisyah mengangkat tangan menahan Amirul dari mencelah. Aisyah tidak mahulupa apa yang ingin diucapkan. Aisyah takut seandainya Amirul mencelah,kekuatan yang masih bersisa akan hilang.

“Pasal kejadian malam itu, saya takpernah salahkan encik. Perkara sudah terjadi, kita dua-dua salah sebab tidakberingat. Cuma saya sedih bila mengenangkan saya telah mengecewakan mak danabah saya. Saya nak minta encik rahsiakan perkara ini dari pengetahuan mereka.Kalau boleh rahsiakan dari semua orang.” pinta Aisyah.

“Berkenaan risikan dari Dato’ Hamdan, encikjangan risau, pandailah saya menguruskan mak dan abah saya.” Alamak apa pasalaku cakap macam tu, Aku nak cakap lain, kenapa itu yang terkeluar. Apa aku nak jawabpada mak dan abah nanti. Lepas ini aku kena cari kerja lain pula. Malu aku naktengok muka Dato’, muka Encik Amirul. Isk… Encik Amirul janganlah senyum macam itunanti aku tergoda payah pula. Sudahlah jantung aku rasa nak  melompat keluar tengok renungan dia.

“Dah habis cakap?” Amirul berkatasambil tersenyum meleret.

“Err... sudah.” kata Aisyah selepasberfikir sejenak. Lega hati Aisyah dapat melafazkan apa yang tersirat di dada.Sekarang Aisyah cuma perlu fikirkan alasan untuk menolak risikan Amirul.

“Sekarang giliran saya pula. Aisyah punkena tunggu saya habis cakap tau.”

Aisyah mengangguk tanda bersetuju.

“Saya pun nak minta maaf dari Aisyahkerana kejadian malam itu telah mencalar maruah Aisyah. Memang perkara dahterjadi tapi jika bukan kerana kedegilan saya perkara itu tidak akan terjadi.Saya tak marah jika Aisyah salahkan saya dan masih tidak maafkan saya, sayasendiri masih tidak dapat memaafkan diri saya.”

Melihat Aisyah membuka mulut untukbercakap, Amirul mengangkat tangan memberi isyarat supaya Aisyah tidakmencelah.

“Rupanya hotel itu sering menjadipersinggahan pasangan kekasih dan pihak Jabatan Agama Islam sudah lamamemerhatikan hotel tersebut. Cuma, malam itu kita tidak bernasib baik.Tengoklah berapa ramai pasangan yang dicekup pada malam tu.”

“Pasal risikan itu....” Amirul berhentiseketika, mukanya serius, matanya menatap wajah Aisyah. Aisyah mula serba takkena, malu.

“Saya tahu saya tidak sempurna, banyakkekurangan pada diri saya tetapi saya berharap Aisyah sudi terima pinangantersebut. Saya berjanji tidak akan sia-siakan hidup Aisyah. Saya tahu Aisyahtidak mengenali saya apatah lagi mencintai saya, tetapi perjalanan hidup kitaini masih panjang masih ada ruang untuk kita belajar mengenali antara satu samalain dan saling mencintai. Saya ikhlas. Saya sanggup tunggu hingga hati Aisyahterbuka untuk menerima saya.”

Aisyah terkesima, kata-kata Amirulbegitu menyentuh kalbu. Wajah Amirul penuh dengan pengharapan. Matanya seakanmerayu. Tiada kata-kata yang lahir dari bibir Aisyah. Mereka salingberpandangan. Aisyah serba salah.

“Tapi betulkah encik su...” pertanyaanAisyah terhenti. Malu pula Aisyah untuk meneruskan soalan yang bersarang dibenaknya. “Err... tak apalah. Lain kalilah saya tanya.”

Su...suka? Sudah? Sudi? Apa sebenarnyayang Aisyah ingin tahu? Amirul tertanya-tanya namun dibiarkan sahaja bagimengelakkan Aisyah rasa tertekan.

“Aisyah terima ya pinangan saya.”Amirul merayu.

“Err… nanti Lia frust.” Entah macam mana terpacul kata-kata itu dari mulut Aisyah.Alamak mulut aku, tak ada insuran langsung. Kenapalah aku cakap macam tu?

Amirul tersenyum melihat tingkahAisyah. “Aisyah cemburu ke?” soalnya sambil ketawa kecil.

Aisyah terperangkap, terbeliak matanyamendengar soalan Amirul. “Mana ada.” tepis Aisyah.

“Lia dan saya mana ada apa-apa, saya girlfriend pun tak ada lagi.”

“Betul, encik tak ada girlfriend ni… saya tak mahumengecewakan hati perempuan lain.”

“Jadi… Aisyah terimalah…”

“Saya belum buat keputusan lagi. Sayanak tau betul ke orang macam encik ni, ada kerjaya, ada rupa, tak ada girlfriend lagi?”

Amirul ketawa kecil, “Betul… saya suka soranggadis tu, baru takat usyar je, belum onlagi… baru nak berkempen, tau-tau dia dah bertunang so macam inilah saya…still single…tapi kalau Aisyah terimapinangan saya, saya kena tukar status di Facebooksaya kepada single but unavailable ataupun In relationship.

Eh…Encik Amirul ni sempat pula nakbergurau dengan aku… unavailable konon.Siapa agaknya gadis yang Amirul suka? Mesti orangnya cun.

“Dah…nanti saya fikirkan, saya keluardulu…” Aisyah menolak kerusi untuk bangun dan keluar. Terasa bahang di wajahnya,mesti wajahnya merah padam ketika ini. Itulah satu kelemahan Aisyah, mudahbenar darah naik ke muka jika malu, wajahnya akan kemerahan mengalahkan Sarahyang putih gebu sehingga sering menjadi bahan usikan kawan-kawannya semasabelajar dulu.

“Aisyah...” panggil Amirul. Bergetarjiwa Aisyah mendengar namanya di panggil lembut begitu. Aisyah terduduk semula.Wajah serius Amirul dipandangnya menanti kata-kata yang akan lahir dari bibirlelaki itu.

“Saya suka awak, sejak dari pertemuanpertama kita lagi. Tapi apabila mendengar awak telah bertunang, saya cubaberundur diri. Walaupun saya cuba memaksa hati saya agar melupakan awak tetapisaya gagal.Setiap pertemuan kita mencambahkan lagi rasa sayang ini. Saya harapawak sudi menjadi teman hidup saya.” Amirul tidak boleh lagi menahan perasaanyang disembunyikan selama ini. Inilah masanya untuk memuntahkan segala yangterpendam di jiwa.

Aisyah terkebil-kebil memandang Amirul.Maksudnya akulah gadis yang dia ceritakan tadi. Desis hati Aisyah yang sudah mulaberbunga. Dia jatuh cinta dengan aku sejak pandangan pertama. Aisyah tergamam tidakpercaya. Bait-bait romantik dan penuh kesyahduan yang dituturkan oleh suaraserak-serak basah Amirul membelai lembut jiwa Aisyah. Aisyah dapat mendengar lariankencang jantungnya ketika itu. Bibirnya bergetar namun tiada kata balas yangmampu dilontarkan oleh Aisyah. Inilah pertama kali Aisyah berperasaan begini.

Amirul tersenyum, belum pernah diamelihat Aisyah kehilangan kata-kata seperti itu. “Sebagai permulaan, apa kataawak jadi girlfriend saya dulu.” Amirulmengusik memecahkan tembok kebisuan mereka.

Aisyah seakan tersedar dari mimpiapabila mendengar usul Amirul. “Hah?” kata Aisyah terkejut mendengar cadanganAmirul.

“Jadi special girlfriend saya dulu.” cadang Amirul sekali lagi.

“Err.. tapi... banyak perkara yang encikbelum tahu pasal saya. Macam kisah pertunangan saya...” Aisyah berkata serbasalah.

“Aisyah... saya tidak peduli hal silamAisyah. Saya ingin membina masa depan bersama Aisyah. Ada satu pepatah Inggerisberbunyi, Your eyes are place in frontbecause it is more important to look ahead than to look back. Begitulahjuga saya. Kita boleh saling mengenali selepas ini.”

“Tapi...”

“Beginilah, dalam tempoh kita berkawanini, Aisyah boleh tanya apa sahaja perkara yang Aisyah ingin tahu tentang dirisaya dan saya akan jawab tanpa berselindung. Saya juga akan ceritakan kepadaAisyah hal yang saya rasa Aisyah perlu tahu tentang diri saya. Begitu jugasebaliknya dengan Aisyah. Macam mana setuju?”

Aisyah mengangguk perlahan tanda setuju.Amirul menarik nafas lega.

“Apa kata kita mulakan dengan makantengahari. Saya dah lapar. Jom kita keluar makan.” Amirul sengaja mengalihtopik perbualan mereka. Jika diikutkan hati ingin dia memaksa gadis itu memberijawapan tentang lamarannya sekarang, tetapi nalurinya kuat menyuruh agar diabersabar supaya Aisyah boleh membuat keputusan dengan tenang.

Aisyah melihat jam di tangan. “Alamakdah pukul satu, saya dah janji dengan Yati nak makan sama. Err... EncikAmirul nak ikut?” ajak Aisyah malu-malu teringatkan ajakan Amirul tadi.

“Boleh juga. Jom.” ajak Amirul sambil tersenyum.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku