Kau Yang Ku Tunggu
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
199

Bacaan






Mengingati pertemuan dari hati ke hatibersama Amirul semalam membuatkan Aisyah tersenyum seorang diri sepanjang hari.Nasib baik Sarah tiada di rumah jika tidak pasti puas Aisyah digiat Sarah.

Walaupun Amirul baru dikenali, namun Aisyahrasaseolah-olah dia telah lama mengenali lelaki itu. Kematangan Amirulmengingatkannya kepada Matsengkek. Rindu Aisyah pada coretan Matsengkek terubatsudah apabila sahabatnya itu kembali berutus e-mel dengannya. Aisyah sendiritidak jelas tentang perasaannya terhadap kedua-dua lelaki itu. Dilema lamabertandang kembali. Antara alam realiti dan alam siber. Antara Amirul dan Matsengkek.

Aisyah tidak menafikan Amirul sememangnyatelah berjaya membuat dirinya membuka pintu hatinya menerima kehadiran lelakiitu. Sejak pertemuan pertama mereka, Aisyah dapat rasakan suatu perasaan lain terbitjauh di lubuk hatinya.

Matsengkek pula walaupun berada di alammaya, masih merupakan orang penting dalam hidup Aisyah. Bayang Matsengkek telahlama bertapak di hati Aisyah.

Jiwa Aisyah hari ini tenang, setenangair di Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi tempat beriadah Aisyah ketika hujungminggu. Hari ini apabila bangun sahaja dari tidur, dada Aisyah terasa lapang,minda Aisyah secara automatik teringatkan Amirul. Tidak pernah Aisyah mengalamikeadaan sebegini. Mungkinkah ini perunjuk Ilahi bahawa Amirul pilihan terbaikbuatnya.

Untuk kepastian Aisyah akan melaksanakansolat Hajat dan solat Istikharah buat kali kedua malam nanti. Aisyah pasti Allahpasti memberi jalan yang terbaik buat umatnya jika umatnya meminta.

Tiba-tiba Aisyah teringat padaMatsengkek. Bagaimana pula dengan Mat? Apa yang perlu Aisyah buat jika lelakiitu menagih janji untuk bertemu. Perlukah Aisyah berjumpa Mat? Satu keluhanpanjang keluar dari mulut Aisyah. Akhirnya Aisyah nekad, kali ini Matsengkekpasti akan gembira mendengar jawapan dari Aisyah. Perlahan-lahan Aisyah mencapaikomputer riba yang terletak di tepi katil dan membuka kotak e-mel lalu mulamenaip.

 

Assalamualaikum,

Terima kasih keranamasih sudi membalas e-mel saya. Panjang sungguh rajuk Mat sampai tak terpujukdek saya. Teruklah nanti isteri Mat nak memujuk kalau Mat merajuk…hehehe

Kata-kata sokongandan dorongan dari Mat, menguatkan semangat saya dan memberi ilham kepada sayabagaimana untuk menangani masalah saya. Alhamdulillah semua yang sayarencanakan berjalan dengan lancar. 

Dengan izin Allahsaya tak bersedih lagi. Tambahan pula teman karib saya sudah mahu balas e-melsaya. Sunyinya hidup ini tanpa coretan dari dia… faham-faham sendirilah ye…

Banyak benar yangingin saya ceritakan kepada Mat, maklumlah kitakan dah lama tidak berhubungan.Satu berita gembira yang ingin saya kongsikan adalah saya sekali lagi telahdirisik. Setelah memohon petunjuk Allah, In Sha Allah saya akan menerima jodoh ini. Saya harap Mat akan mendoakankebahagiaan saya.

Tentang permintaanMat, In Sha Allah  akan saya tunaikan…itu janji saya. Mat tetapkan masa dan tempat saya akan hadir. 

ChubbyMonster

 

Tanpa berfikir lagi, Aisyah terusmenekan butang hantar. Aisyah membayangkan penerimaan Mat terhadap e-melnya.Mesti Mat gembira kerana Aisyah sudah bersetuju bertemu dengannya. Cukuplahlapan tahun berada di alam maya. Persahabatan mereka perlu berada di alamrealiti jika ingin diteruskan.

Pada waktu yang sama, Matsengkek berada di hadapankomputernya. Melihat icon e-melnya berkelip-kelip Matsengkek sudah dapatmengagak empunya e-mel itu. Hanya seorang sahaja insan berkomunikasi dengannyamelalui e-mel tersebut. Hati Matsengkek gembira tidak terkata ketika membukae-mel tersebut. Tiba-tiba satu keluhan berat keluar dari bibir Matsengkeksetelah membaca e-mel ChubbyMonster, senyuman yang menghiasi bibirnya sebelumini terus hilang. Setuju nak jumpa aku? Kenapa baru sekarang Aisyah, sepatutnyadari ajakan pertama aku engkau terima. Sekarang mungkin sudah terlambat buatkita...

   Matmengulang baca e-mel tersebut. Bibirnya tiba-tiba menguntum senyum semula, bukankerana janji ChubbyMonster untuk bertemu dengannya tetapi kerana ChubbyMonsterakan bertemu jodoh tidak lama lagi. Hati Mat kini tenang.         

 

Assalamualaikum,

Tahniah, tahniah,tahniah.... saya orang pertama yang akan mendoakan kebahagiaan awak. Gembirasungguh saya mendengar perkhabaran ini.

Matsengkek

p/s Jangan lupajemput saya ke majlis awak nanti.

  

Setelah menekan butang hantar, komputernya ditutup.Segera Mat mengambil wuduk mengerjakan sujud syukur.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku