Kau Yang Ku Tunggu
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
230

Bacaan






Aisyah sudah tidak sabar menantikepulangan Sarah dari kursus. Aisyah perlukan pandangan kedua dari sahabatnyaitu. Sarah lebih rasional berfikir dalam situasi sebegini.

Sebaik-baik sahaja Sarah membukapintu masuk ke rumah, Aisyah sudah menerpa. “Sarah… engkaulah orang yang akunantikan selama ini. Baru kini aku tahu benarlah kata orang, penantian itu satupenyiksaan.”

Dipeluk dan dicium kiri kanan pipiSarah seperti menanggung rindu yang teramat sangat.Terpinga-pinga Sarahmenerima sambutan hangat dari kawan serumahnya itu.

“Woow… stop, apa kena dengan kau ni?” Sarah mengangkat kedua-dua tangannyake paras bahu menghentikan perlakuan Aisyah yang pelik itu.

“Selama ini aku kursus sebulan punengkau tak kisah, ini tak sampai seminggu aku pergi dah rindu tahap gaban macam ni. Something wrong some where? Betul ke engkau kawan aku Aisyah? Ataujelmaan hantu jembalang.” sambung Sarah memandang Aisyah dengan pandangan penuhsyak wasangka dari atas ke bawah.

   “Hoi,ini akulah. Mana ada hantu jembalang keluar siang hari buta macam ni.” kataAisyah geram mencubit lengan Sarah.

Sarah mengaduh sambil mengosoktempat yang dicubit Aisyah. “Yalah, mana pernah aku dapat sambutan sebeginibila balik kursus. Itu yang buat aku confuse.”

“Aku betul-betul rindukanengkaulah. Sunyi sangat rasanya bila engkau tak ada.” rengek Aisyah manja.

Sarah mengerling Aisyah denganpenuh kecurigaan.

“Engkau pergi duduk dulu, rehatkandiri, aku pergi buat air kat engkau. Engkau mesti penatkan…” Aisyah membodek.

“Ya sangatlah tu. Membodek akulahtu. Mesti ada kes ni.  Kalau tidak, takadalah sambutan hangat macam ni dari kau. Betul tak?” Sarah menelah. Aisyahtersenyum senget. 

“Dah pergi cepat buat air, lepas tuboleh story kat aku.” Sarah mengarahsambil menggeleng kepala melihat telatah temannya itu.

“Yeah...Engkaulah sahabat aku yangterbaik.” jerit Aisyah dengan gembira.

“Argh... macamlah ramai sangatkawan baik engkau.” gumam Sarah sambil memandang belakang Aisyah yang telahbergerak menuju ke dapur.

“Hah, cepat cerita.” suruh Sarahsebaik sahaja melihat Aisyah keluar dari dapur bersama dua muk besar kopi ais.Ini betul-betul membodek, mentang-mentanglah aku suka kopi ais.

“Engkau jangan terkejut, okey.” kataAisyah sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan disebelah Sarah.

“Apa dia? Ada orang masuk meminangengkau lagi ke?” usik Sarah.

“Eh, mana engkau tahu?” soal Aisyahterkejut. Dia berasa hairan kerana Sarah tahu rahsianya itu.

“Hah, betul ni ada orang meminangengkau?” Hampir tersembur kopi ais yang baru diteguknya. “Engkau janganmain-main, aku main cakap saja tadi.” soal Sarah serius.

“Betullah tu. Bukan meminang barumerisik je.” jawab Aisyah sambil mengangguk.

“Serupalah tu. Habis tu seronoklahorangtua  engkau. Dia orang cakap apa?”

“Memanglah mereka seronok, tapiabah aku nak aku yang buat keputusan sendiri kali ini. Mereka langsung tidakmendesak. Risau kes Khairul berulang lagi kut.”

So…dah bagi jawapan?”

“Belum. Aku tengah fikirlah ni.”

“Aku kenal? Orang kampung kita ke?Atau... anak kawan abah kau lagi?

“Tidak, tidak dan tidak.” kataAisyah sambil menggelengkan kepalanya.

“Habis tu siapa?”

“Err… engkau jangan terkejut tau.Err... kawan pejabat aku, Amirul.”

“Amirul?” berkerut dahi Sarah cubamengingat. “Yang berlakon jadi tunang engkau hari tu? Serius ni?”

“Ha'ah.” Aisyah berkata sambilmengangguk. “Engkau nak tahu, rupanya Amirul ni anak saudara Dato' Hamdan, tuanpunya Wawasan Konsultan.”

“Engkau suka dia ke?”

“Entah... aku tak pasti. Itu yangaku nak tanya pendapat engkau ni.”

Sarah gelihati mendengar kataAisyah. “Woi, engkau punya perasaan engkau nak tanya pendapat aku. Buat lawakantarabangsa betullah engkau ni.” ketawa yang ditahannya terlepas jua.

“Aku nak ajak kau jumpa dia.”

“Hmm... Nak suruh aku buat evaluation. Okey, no problem.

“Betul engkau setuju. Sayangengkau, engkaulah kawan aku dunia akhirat.” kata Aisyah melentukkan kepalanya dibahuSarah.

   “Hairankankita ni kalau masa tak ada boyfriendtu memang tak ada. Kosong.” Kata Sarah selepas beberapa ketika. Tangannyadigoyang-goyangkan, matanya memandang ke hadapan tidak berkelip seolah-olah adasesuatu di dinding yang begitu menarik perhatiannya.

“Tetapi kalau dah mula seorangmasuk mulalah... beratur.... orang nak masuk.” tambah Sarah dengan senyumsinis.

“Aik… macam dah ada experience nampak…” usik Aisyah.

“Taklah, tengok macam kes engkauni.” Sarah menunding jari telunjuk ke arah Aisyah. “Berjujuk, lepas seorang,seorang datang… betul tak? Aku rasa baik engkau terima sajalah pinangan tu, takpayah nak pening-peningkan kepala memilih selepas ini.”

“Err... kata engkau nak buatpenilaian dulu.” kata Aisyah memandang Sarah dengan perasaan hairan. Nada suaraSarah pun turut berubah, seolah-olah melepaskan geram. Marahkan aku atau  kerana kepenatan ni.

“Err... Bila engkau nak jumpa Amirul?Malam ni boleh?” tanya Aisyah teruja membawa Sarah kepada isu penting yangsedang mereka bincangkan tadi.

“Engkau ni agak-agaklah sikit. Akupenat lagi. Esok pun bolehkan?” Sarah merengus

“Okey, okey, okey, aku setkan esok,masa lunch boleh? Engkau cutilagikan.” Aisyah mengalah melihatkan Sarah yang sudah berubah angin.

“Hmm… aku nak masuk mandi dulu.”Sarah terus bangun mencapai tas tangan dan menarik kasar beg pakaian menuju kebiliknya.

“Penat sangatlah tu, sampaimerampus begitu sekali.” bisik Aisyah perlahan melihat perlakuan sahabatnyaitu. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku