Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 1 (ii)
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
206

Bacaan






Malam itu selesai menjamu selera, Encik Samsul menuju ke ruang tamu dan mengambil salah sebuah buku bacaan ringan di rak yang sudah tersusun buku-buku bacaan yang sengaja dibeli dan dikumpul di situ.

Norli pula masih lagi di meja makan. Norli memerhatikan ibunya mengelap meja dan membasuh pinggan mangkuk di singki. Ibunya hairan dengan kelakuan Norli. Biasanya selepas menjamu selera, tidak lama selepas itu Norli akan kembali ke bilik atau ke ruang tamu.

“Kenapa, Norli ada masalah ke?” tegur Puan Liza setelah selesai menyudahkan kerjanya di dapur.

“Ibu, betul ke kita nak pindah?” tanya Norli sambil memandang wajah ibunya.

“Ye. Betul tu. Kenapa?” tanya Puan Liza pula. Pelik pula kedengaran pertanyaan Norli.

“Norli tak berapa suka pindah rumah. Nanti kena pindah sekolah jugak,” jawab Norli jujur. Baru sebentar tadi ayahnya memberitahu hal ini. Patutlah wajah ayahnya kelihatan tidak ceria ketika pulang dari pejabat lewat petang tadi. Rupa-rupanya inilah masalahnya.

Bagi Norli, dia lebih suka tinggal di sini dan juga bersekolah di sini kerana adanya Ustazah Sofea. Dalam diam sebenarnya Norli sayangkan Ustazah Sofea. Ustazah Sofea selalu memberi pesanan yang baik kepada Norli. Pada waktu rehat, ketika Norli keseorangan di kantin, Ustazah Sofea selalu menegur Norli. Ustazah Sofea juga turut menasihati Norli supaya bergaul dengan kawan-kawan sekelas. Tetapi Norli malu. Norli perlukan masa untuk berkawan. Tapi kadangkala kawan-kawan sekelas Norli suka mengusik dan mengambil barang-barang Norli. Norli tidak suka barangnya diambil seperti itu. Jadi bagaimana Norli mahu berkawan dengan orang seperti itu? Sebab itu Norli berasa bosan berada di sekolah dan mahu cepat-cepat pulang ke rumah.

“Kat sekolah baru nanti, Norli dapat kawan baru. Mesti seronok kan,” Puan Liza cuba memujuk Norli. Norli diam. Norli tidak kisah jika tidak mempunyai kawan-kawan kerana di sini juga dia tidak mempunyai kawan.Bagi Norli, rakan-rakan di sekolahnya bukanlah rakan yang baik dan tidak memahami dirinya.

“Dah malam ni. Norli tidur dulu. Esok kan Norli nak bangun awal. Nak pergi sekolah,” Puan Liza cuba memujuk Norli untuk tidur.

"Huh, asyik kena pergi sekolah je!" Norli mendengus tetapi dia tetap secara perlahan-lahan bangun dari kerusi dan menuju ke biliknya. Norli baring di atas katil. Norli cuba melelapkan mata.

Selesai mengemas di bahagian dapur, Puan Liza cuba mengintai di tempat kebiasaan laluan tikus. Puan Liza teringat mengenai perangkap tikus yang baru di beli oleh Encik Samsul. Puan Liza teringin untuk memasangnya. Sebelum itu Puan Liza perlu mencari umpan untuk menarik perhatian tikus masuk ke dalam perangkap. Selesai menjalankan tugasnya Puan Liza kembali ke ruang tamu. Puan Liza berharap agar umpannya mengena dan keesokan harinya akan terperangkap tikus yang di nanti-nanti selama ini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku