Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 3 - Dunia baru
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
124

Bacaan






Meow…

Tiba-tiba Norli terdengar suara anak kucing. Norli lega, sekurang-kurangnya Norli tahu anak kucing itu tidak lari ke mana-mana. Norli mencari dari mana datangnya suara itu. Norli menuju ke ruang tamu dan mengintai di balik sofa.

“Kat sini rupanya awak!”

Anak kucing menggerak-gerakkan ekornya sambil mengelilingi kaki Norli. Norli lihat anak kucing semakin sembuh, tidak seperti kali pertama Norli menemuinya sebelum ini.

“Kenapa awak duduk kat sini? Kenapa awak tak tidur kat dalam kotak?” Norli cuba bercakap dengan anak kucing. Norli berharap agar anak kucing itu dapat memahami apa yang di katakannya. Norli juga berharap agar dia dapat mendengar anak kucing itu bersuara untuk membuktikan bahawa apa yang didengarnya petang tadi adalah benar.

“Kenapa awak tak bercakap macam petang tadi?” tanya Norli lagi.

“Meow…”

“Awak becakap la macam petang tadi! Biar ibu dengan ayah tahu yang awak ni boleh bercakap, ” Norli menggesa anak kucing itu bercakap. Norli hampir putus asa.

“Okey. Sebab awak tak nak bercakap, hari ni jugak saya buang awak!” Norli menggertak anak kucing. Sambil membimbit Barbie, Norli memegang anak kucing dengan sebelah lagi tangannya.

Norli membuka pintu rumah. Entah kenapa hilang rasa takut Norli walaupun cuaca di luar sungguh sejuk dengan keadaan malam yang hitam pekat. Norli mencapai selipar dan berjalan ke arah belukar tidak jauh dari rumahnya. Norli berjalan laju-laju tanpa memandang ke bawah. Tiba tiba…

“Aduh!” Norli mengaduh kerana terlanggar sesuatu. Anak kucing terlepas dari pegangan Norli. Norli mengaduh berkali-kali. Norli terasa kakinya berdenyut-denyut. Norli berasa pening dan akhirnya Norli tidak dapat mengingat apa-apa lagi.

“Norli, bangun,”

Perlahan-lahan Norli membuka mata. Norli sedar ada tangan yang menggerakkan bahunya berkali-kali. Norli berasa matanya amat berat untuk dibuka. Norli manutup mata semula.

“Norli, bangun la,”

Sekali lagi Norli berasa bahunya digerak-gerakkan. Norli cuba membuka mata walaupun matanya masih berat dan mengantuk. Norli menenyeh-neyeh matanya berulang kali. Apabila Norli membuka mata, Norli terkejut kerana melihat tiada sesiapa yang mengejutnya. Hanya anak kucing dan Barbie ada di situ. Norli mula berasa takut apabila melihat keadaan sekelilingnya yang benar-benar berlainan. Norli tidak pernah berada di sini sebelum ini. “Mimpikah aku?” Norli membuka dan memejam mata beberapa kali untuk memastikan bahawa ini bukan mimpi.

“Norli, saya Kit. Saya la yang kejutkan awak tadi,”

Serta merta Norli memandang ke arah anak kucing. Ya, anak kucing itu lah yang bercakap dan mengaku dirinya bernama Kit. Apa yang yang mengejutkan Norli ialah saiz fizikalnya yang seolah-olah tiada bezanya dengan Kit! Seolah-olah dirinya telah mengecil. Norli menggeleng-geleng kepala. Norli masih tidak percaya dengan apa yang dialaminya sekarang.

“Awak tak bermimpi. Sekarang ni awak berada di dunia saya. Nama saya Kit,” sekali lagi anak kucing memperkenalkan dirinya kepada Norli. Norli masih diam, tidak bercakap apa-apa.

“Awak ingat tak tadi awak pengsan sebab tersepak batu?” tanya anak kucing yang mengaku sebagai Kit.

Norli cuba mengingat-ingat kembali kejadian tadi. Ya, baru dia teringat. Pada mulanya Norli bercadang untuk membuang anak kucing itu keluar rumah, tidak disangka pula dirinya pengsan tersepak batu. Tapi bagaimana pula apabila sedar, dirinya berada di tempat yang lain? Di manakah sebenarnya tempat ini? Norli tidak pernah berada di sini sebelum ini. Nampaknya mereka seperti berada di sungai. Dari jauh di seberang sungai, Norli dapat lihat beberapa buah rumah tapi rumah-rumah itu keihatannya seperti tidak pernah Norli lihat sebelum ini. Bentuk rumah itu amat berbeza seperti rumah yang biasa Norli lihat. Ada pelbagai bentuk. Tiba-tiba Norli merasa kakinya berdenyut semula.

“Kaki awak terseliuh ni. Tadi saya dah urut kaki awak. Tapi awak rasa sakit lagi kan. Tak apa, nanti saya minta ibu dan bapa saya ubatkan awak. Sebelum tu marilah kita pergi ke rumah saya. Rumah saya berada tidak jauh dari sini,” ajak Kit bersungguh-sungguh.

“Tak mahu!” Norli menggeleng-geleng. Norli takut. Norli masih tidak percaya bahawa di hadapannya adalah anak kucing yang dipeliharanya. Paling Norli tidak percaya ialah anak kucing itu boleh bercakap seperti manusia. Norli mahu menangis. Norli memeluk Barbie kuat-kuat. Norli hanya mahu pulang ke rumah. Norli tidak mahu mengikut Kit!

“Awak jangan risau, nanti saya hantar awak balik. Tapi sebelum tu, saya nak kenalkan awak pada ibu bapa saya dulu. Mereka mesti mahu ucap terima kasih kerana awak dan keluarga awak telah selamatkan saya sebelum ini,” terang Kit panjang lebar. Norli masih takut-takut.

“Awak jangan takut. Saya tetap anak kucing awak. Saya tak akan apa-apakan awak. Percayalah.” Kit senyum melihat Norli yang masih diam. Setelah lama dipujuk, barulah perlahan-lahan Norli bangun dan mengikut Kit. Norli berjalan perlahan-lahan kerana kakinya masih sakit. Norli masih lagi memegang Barbie kesayangannya. Ada ketika Norli melihat cara Kit berjalan agak aneh. Sekejap Kit akan berjalan seperti manusia, sekejap berjalan seperti seekor kucing pula. Adakalanya Kit melompat-lompat. Norli betul-betul keliru. Di mana sebenarnya dia berada?

Sepanjang perjalanan mereka, hanya Kit yang lebih banyak bercakap. Norli pula seperti biasa lebih suka mendiamkan diri. Ketika berjalan, Norli hairan kerana Kit sering memandang ke kiri dan kanan seolah-olah takutkan sesuatu. Norli ingin bertanya hal itu kepada Kit, tetapi Norli hanya pendamkan hasrat hatinya.

“Rumah saya tidak jauh dari sini. Tapi, ops…” Kit menarik tangan Norli dan bersembunyi di sebalik pokok.

“Kenapa?” tanya Norli ingin tahu.

“Syh…” Kit meletakkan jarinya ke mulutnya tanda diam. Lagak Kit betul-betul seperti manusia. Kit menunjukkan sesuatu kepada Norli. Norli cuba melihat apa yang di tunjuk oleh Kit.

“Cantiknya,” puji Norli apabila melihat sebuah keju yang cukup besar. Keju itu berwarna kuning dan seperti rumah kerana terdapat sebuah pintu dan tingkap . Norli tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Norli tidak menyangka dia dapat melihat keju sebesar itu.

“Kenapa awak takut dengan keju besar tu?” tanya Norli ingin tahu. Norli lihat Kit kelihatan agak gelisah, tidak seperti sebelumnya.

“Jom kita masuk dalam keju besar tu,” ajak Norli, namun cepat-cepat dihalang oleh Kit. Norli semakin hairan dengan kelakuan Kit.

“Kenapa ni?” tanya Norli lagi semakin ingin tahu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku