Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 3 (ii)
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
270

Bacaan






“Awak tahu tak tu tempat apa?” tanya Kit. Norli cepat-cepat menggeleng. Sememangnya Norli tidak tahu, sebab itu lah Norli mahu masuk ke situ.

“Tu lah rumah si tikus,” jawab Kit dengan suara yang perlahan. Serta merta Norli ketawa. Rupa-rupanya itu adalah rumah tikus. Dan rupa-rupanya Kit takutkan tikus. Norli ketawa geli hati kerana biasanya tikus yang takut kepada kucing. Tetapi sekarang berlainan pula.

“Apa lah awak ni. Takut pada tikus. Penakut betul la awak ni,” Norli masih lagi ketawa.

“Syh…janganla ketawa kuat sangat. Nanti Coreng dengar,” marah Kit apabila melihat Norli seolah-olah memperlinya.

“Siapa Coreng?” tanya Norli pula. Nampaknya Norli sudah dapat membiasakan diri dengan Kit.

“Coreng tu kan…Er, tak payah la kita cakap pasal dia. Baik kita cepat-cepat pergi dari sini,” arah Kit. Kit tidak mahu menjawab pertanyaan Norli kerana Kit tahu jika dia menceritakan sekarang, semakin banyak pula pertanyaan Norli.

“Kit, jom la kita masuk dalam keju besar tu. Saya nak tengok apa ada dalam tu,” Norli masih tetap berdegil. Kit tetap menggeleng.

“Tak payah!” marah Kit.

“Okey, kalau awak tak mahu masuk. Biar saya je yang masuk,” Norli terus berjalan menuju ke arah keju besar tanpa menghiraukan larangan Kit. Kit semakin risau dengan keputusan Norli yang nekad itu.

*****

Norli terus berjalan tanpa sedikit pun perasaan takut. Norli semakin ingin tahu apa yang ada di dalam keju besar itu. Norli hairan kenapa Kit begitu takut dengan keju besar ini. Sebab itu lah Norli ingin tahu apa yang membuatkan Kit takut seperti itu.

“Tak ada apa-apa pun,” Norli berpaling ke arah Kit yang masih bersembunyi di sebalik pokok. Norli mengajak Kit sekali lagi, namun Kit tetap menggeleng kepala. Norli mendengus.

Kini Norli sudah pun berada di hadapan pintu yang terdapat pada keju besar. Norli sengaja memegang tombol pintu. Tidak berkunci! Tanpa menghiraukan larangan Kit, Norli terus membuka pintu dan masuk ke dalam keju besar.

Norli terperanjat apabila melihat keadaan di dalam keju besar. Norli teringat bahawa tadi Kit ada memberitahu bahawa keju besar ini ialah rumah si tikus. Tidak mustahil lah apabila Norli melihat keadaan rumah si tikus yang agak berselerak dengan serpihan-serpihan tulang di lantai serta berbau busuk. Norli tidak selesa berada di situ.

“Berselerak betul lah. Kat luar cantik je, kat dalam rupa-rupanya macam ni,” Norli memberi komen sehinggalah Norli masuk ke dalam dapur. Di situ Norli lihat semakin banyak tulang yang bertaburan. Norli merasa sedikit pelik dengan apa yang dilihatnya. Norli seolah-olah lupa bahawa kakinya masih tidak sembuh sepenuhnya. Norli terus menyiasat apa yang ada di dalam rumah si tikus.

Kit semakin risau. Norli masih tidak muncul-muncul lagi dihadapannya. Kit tahu bahawa keselamatan Norli adalah di bawah tanggungjawabnya. Kit tidak mahu Norli diapa-apakan oleh si tikus.

Di tempat Kit menunggu kedatangan Norli, tiba-tiba Kit terdengar sesuatu. Sesuatu yang semakin menghampiri tempat persembunyiannya. Kit dapat merasakan sesuatu bahaya akan berlaku. Tanpa berfikir panjang, Kit melompat ke atas pokok dan segera bersembunyi di sebalik rimbunan daun. Mujurlah daun-daun yang terdapat pada pokok itu agak lebat. Jadi Kit percaya bahawa dirinya sudah selamat dan tidak dapat dilihat di atas pokok.

Setelah merasakan agak selamat, Kit menunduk ke bawah dan sekali lagi Kit terkejut apabila melihat kumpulan tikus berwarna kelabu dengan ekor yang panjang sedang berjalan menuju ke arah keju besar. Di hadapan kumpulan itu terdapat tiga ekor tikus yang berjalan seperti mengetuai kumpulan tikus itu. Kit kenal benar dengan ketiga-tiga tikus itu. Tidak mungkin Kit lupa! Serta merta peluh keluar di dahi Kit.

“Habis lah Norli,” Kit semakin pucat. Kit cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Norli. Kit tahu Norli bakal menghadapi bahaya yang besar!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku