Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 4 (ii)
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
49

Bacaan






“Kejar dia!!” terdengar satu jeritan yang kuat dari dalam rumah keju.

Norli segera bangun dan berlari meninggalkan rumah tikus. Norli dapat mendengar derapan kaki tikus-tikus mengejarnya dari jauh. Norli terpaksa berlari dengan lebih laju tanpa menoleh ke belakang lagi.

Kit pula berlari jauh ke hadapan. Walaupun begitu Norli masih dapat melihat kelibat Kit. Norli sempat melihat Kit menunjuk-nunjuk ke satu arah. Norli segera berlari mengikut telunjuk Kit walaupun Norli merasa terlalu letih. Pada ketika itu lah Norli tidak dapat mengawal kakinya. Norli dapat merasa badannya berpusing-pusing menuruni curam.

************

Norli cuba untuk membuka mata perlahan-lahan. Serta merta Norli merasa sakit pada badannya.Matanya juga masih terasa berat, namun Norli berusaha juga untuk bangun.Norli berasa ada seseorang yang sedang mengurut kakinya.Norli dapat mengagak itu ialah Kit.Norli terus membuka mata bulat-bulat. Serta merta Norli menjerit apabila apa yang disangkanya tidak benar. Rupa-rupanya yang mengurut kakinya ialah seekor semut berwarna oren! Fizikal semut itu lebih kecil daripada Kit tetapi bagi Norli semut itu cukup besar.Jika didunianya, Norli tidak pernah melihat semut sebesar ini.

Semut yang sedang mengurut kaki Norli juga turut terkejut.Serta merta semut melepaskan tangannya.Norli mula berasa takut, lebih-lebih lagi apabila melihat Kit tiada di situ.Norlijuga tidak tahu di mana dia berada sekarang, Norli melihat sekeling yang agak gelap.

“Awak ni siapa? Mana Kit?” tanya Norli cuba berlagak berani.

“Awak jangan risau.Kit keluar sekejap, nanti dia balik,” jawab semut sambil tersenyum.

“Awak ni siapa?” tanya Norli lagi apabila pertanyaannya tadi tidak berjawab.

“Oh, lupa pulak.Nama saya Oren. Awak dapat tengok sendiri badan saya yang warna oren ni kan,”

Norli cuba mengangguk dan cuba bertanya lagi kepada Oren, namun Norli masih takut. Benarkah Kit tidak apa-apa?Adakah semut yang memperkenalkan dirinya sebagai Oren ini mempunyai niat yang baik atau sebaliknya?Norli masih terfikir mengenai hal itu sehinggalah Norli dikejutkan dengan kehadiran Kit. Norli lihat Kit berjalan sambil membawa sesuatu. Apabila melihat Norli sudah sedar, Kit segera menghampiri Norli.

“Awak dah bangun rupanya. Syukurlah” Kit segera memeluk Norli. Norli juga gembira kerana dapat bertemu dengan Kit semula.Oren melihat sambil tersenyum.

“Awak rasa macamana sekarang? Bertambah baik?” tanya Kit tanda mengambil berat kepada Norli.

“Ok sikit. Kaki saya yang seliuh hari tu pun dah baik. Tak sakit lagi.Cuma saya rasa pedih sikit kat bahagian dahi dan lutut,” jawab Norli jujur. Norli cuba memegang dahinya.

“Oh, sebenarnya awak terjatuh ketika dikejar oleh Coreng, Kuring dan Karing.Nasib baik mereka tidak tahu di mana tempat awak jatuh.Awak tak sedarkan diri sebab dahi awak terhantuk pada pokok.Lutut awak pun luka.Sebenarnya saya pun risau bila tengok awak tak sedarkan diri.Nasib baiklah saya terjumpa Oren.Oren lah yang membantu kita,” Kit menerangkan kepada Norli dengan panjang lebar.Norli mengangguk tanda faham.Kemudian Norli menunduk.Norli mula rasa bersalah.

“Kit, saya minta maaf.Saya terlalu degil, tak dengar kata-kata awak tadi. Kalau la saya dengar nasihat awak tadi, mesti kita tak jadi macam ni,” lemah kedengaran suara Norli. Norli benar-benar rasa bersalah.Kit tersenyum.

“Tak apalah Norli.Saya dah maafkan awak. Ops, satu lagi, awak kena berterima kasih kepada Oren juga .Oren la yang mengurut kaki awak dan meletakkan ubat pada luka-luka awak,” jawab Kit.

Norli berpaling ke arah Oren. Patut la semasa bangun tadi, Norli dapat merasa tangan-tangan halus sedang mengurut kakinya. Rupa-rupanya Oren si semut yang baik hati ni telah menolongnya. Norli terhutang budi kepada Oren.

“Terima kasih Oren. Awak sungguh baik hati,” puji Norli sambil menghulurkan tangan kepada Oren.Oren menyambutnya dengan senyuman terukir di bibir.

“Sama-sama.Kita mesti lah saling bantu membantu,” jawab Oren.

“Tadi awak keluar ke mana Kit?” tanya Norli sambil memandang Kit.

“Tadi saya keluar sekejap.Nak tengok keadaan kat luar.Mana la tahu kalau Coreng, Kuring dan Karing tahu kat sini kita sembunyi. Eh, kita ni asyik bercakap je. Norli, awak mesti laparkan. Ni saya ada bawak balik makanan. Awak cuba la makan. Oren, jemput la ,makan sekali ” Kit mempelawa Norli dan Oren untuk makan sambil menghulurkan sesuatu kepada Norli. Norli masih lagi terpinga-pinga.

“Kita kat mana ni?Macamana kita koleh ada kat sini? ” tanya Norli. Norli tidak menyambut pemberian Kit.Norli juga seolah-olah lupa dengan kehadiran Oren yang masih berada di situ.

“Jangan risau, kita selamat kat sini.Ni rumah Oren.Nah, ambik la, buat alas perut. Jangan la malu-malu ” jawab Kit apabila melihat Norli masih lagi tidak menyambut sesuatu yang berada di tangannya.

“Apa ni?Tak nak la!” Norlicuba mengambilnya dari tangan Kit. Nampak pelik betul.

“Ni tumbuhan ajaib.Ala, macam sayur jugak la kalau kat dunia awak,” jawab Kit.

Apabila mendengar perkataan sayur, Norli segera menggeleng kepala.Norli memberi semula makanan tersebut kepada Kit.Norli tidak suka sayur. Bagi Norli, sayur tidap sedap.

“Awak kena makan.Lagi pun awak sekarang dalam keadaan lemah.Awak kena makan.Kalau awak tak makan, nanti awak makin lemah.Luka awak tak sembuh. Dan…” Kit membulatkan mata memandang Norli.Norli hairan dengan kelakuan Kit.

“Dan, nanti awak kena tangkap dengan tikus-tikus tu. Awak pun jadi makanan mereka!” Kit cuba menakut-nakutkan Norli.

“Betul tu,” jawab Oren pula, setuju dengan kata-kata Kit.

“Tipu la! Tikus tak akan makan manusia macam saya. Tikus makan benda kotor macam…”

“Sebab tu tikus kat dunia awak. Tikus kat sini awak tak tahu,” balas Oren lagi.Kir mengangguk.

Norli termenung mendengar kata-kata Kit dan Oren. Norli tidak menyangka tikus-tikus yang mengejarnya tadi ingin menjadikan dirinya sebagai makanannya. Nampaknya tikus-tikus di sini agakganas sehingga Kit sendiri takut dengan tikus-tikus itu. Jika di dunianya, apa yang Norli tahu kucing yang mengejar tikus, tapi ini sudah terbalik! Norli masih lagi berasa hairan dengan keadaan itu.Norli ingin sekali bertanya kepada Kit mengenai tikus-tikus yang mengejarnya tadi.

“Awak nak tak jadi makanan tikus-tikus tu? Awak tahu tak yang mereka bertiga sangat ganas, terutamanya ketua mereka, Coreng” tanya Kit. Norli segera menggeleng.Kini barulah Norli mengetahui bahawa tikus-tikus yang mengejarnya tadi bernama Coreng, Kuring dan Karing.Coreng ialah ketua mereka.Walaupun begitu Norli masih tidak dapat mengecam di antara mereka siapakah yang bernama Coreng, Kuring dan Karing.


“Kalau tak nak, awak kena la makan tumbuhan ajaib ni. Nanti awak tak lemah lagi. Oren pun dah tak nak tolong awak lagi ” jawab Kit. Apabila melihat Norli masih enggan mengikut kata-katanya, Kit segera memasukkan tumbuhan ajaib di dalam mulutnya.Oren turut mengikut jejak Kit.

“Sedapnya.Manis je,”

Norli hairan apabila dia mendengar Kit mengatakan sayur yang dimakannya itu manis. Setahu Norli, sayur itu rasanya pahit bukannya manis.

“Mana ada sayur ni manis, pahit la Kit!” Norli merasakan Kit tersalah cakap ataupun sengaja memujuknya.

“Betul, memang manis. Ni kan tumbuhan ajaib. Cuba rasa,” Kit menghulurkan sedikit tumbuhan ajaib kepada Norli.Norli teragak-agak untuk merasanya.

“Ok, kalau awak taknak saya taknak paksa, tapi nanti awak yang lapar. Nanti luka-luka awak lambat sembuh,” Kit tidak lagi memujuk Norli. Kit tahu Norli sememangnya seorang budak yang degil!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku