Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 5- Sembunyi
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
230

Bacaan






“Berapa lama lagi kita kena tunggu kat sini Kit?” tanya Norli kepada Kit. Beberapa kali Norli memegang perut.

“Norli lapar la,” Norli berterus terang.

Norli melihat sekelilingnya.Keadaan gelap.Sebenarnya mereka sengaja tidak mahu rumah ini terang benderang.Mereka tidak mahu tempat persembunyiannya ini di ketahui oleh tikus-tikus tadi.Jika diketahui oleh mereka, di mana lagi mereka mahu menyembunyikan diri selepas ini? Jika tersilap langkah, mereka bertiga akan dikurung dan diseksa oleh tikus-tikus yang ganas itu. Walaupun begitu, Norli sempat keluar sebentar sambil melihat keadaan sekeliling.Rumah Oren kecil sahaja dan sempit.Pemandangan sekeliling rumah Oren pula dipenuhi lalang dan kedudukannya agak tersorok.Itu pun tidak lama Norli berada di luar kerana Kit menyuruhnya segera masuk ke dalam rumah..

“Tu la, tadi saya suruh awak makan tumbuhan ajaib tapi awak tak nak,” kata Kit.

Norli sendiri tidak faham mengapa tumbuhan itu dinamakan tumbuhan ajaib dan dari mana Kit mendapatnya?

“Saya taknak tumbuhan pelik tu. Saya nak makan nasi la!” jawab Norli sengaja meninggikan suara,

“Kat sini tak ada nasi. Jadi kalau awak tak nak makan tumbuhan ajaib ni, awak terpaksa la tahan lapar,” jawab Kit.

“Awak jahat!Awak tidak kasihan pada saya.Nanti saya bagitahu ibu dengan ayah!”Norli mula mahu menangis.

Kit tahu bahawa Norli dalam keadaan lapar, tetapi Norli sendiri tidak mahu makan tumbuhan ajaib yang ingin diberinya.Kit tidak boleh berbuat apa-apa. Buat masa ini,mereka terpaksa bersembunyi dan menunggu masa yang sesuai sebelum dapat keluar dari situ.Lagipun mereka tidak mahu menyusahkan Oren lagi yang telah banyak membantunya. Nasib Oren memberi kebenaran kepada mereka untuk tumpang bersembunyi di situ . Kit sendiri berasa gerun apabila memikirkan apa yang bakal terjadi kepada mereka sekiranya tikus-tikus itu dapat menangkap mereka.

“Kit, fikir la jalan. Tak kan kita nak duduk kat sini je. Saya nak balik rumah saya.Saya kena balik sekarang.Nanti ibu dengan ayah saya marah,” Norli mula teresak-esak.

“Mesti sekarang ayah dengan ibu tengah tidur.Mereka mesti tak sedar yang aku tak ada sekarang,” Norli mula berasa sedih.Norli memeluk erat Barbie yang masih dalam pegangannya, serta merta Norli menangis.Tangisan Norli makin lama semakin kuat.Kit mulai cemas dengan keadaan Norli. Kit tidak mahu tangisan Norli akan didengari oleh makhluk lain terutama sekali si tikus. Kit mula memikirkan jalan untuk meredakan tangisan Norli.Bukannya Kit tidak mahu membawa Norli pulang, tetapi Kit berasa bersalah selagi tidak memperkenalkan Norli kepada kedua ibu bapanya sebagai tanda berterima kasih.Jika bukan sekarang.bila lagi? Kit juga sudah pun sembuh di rawat oleh keluaraga Norli.Sekian lama Kit berada di rumah Norli sehingga benar-benar sembuh.Kit juga perlu pulang untuk bertemu semula kedua ibu bapanya.Kit juga tidak sabar lagi untuk menceritakan sesuatu yang penting kepada kedua ibu bapanya.Sesuatu yang amat penting!

*******

Sementara itu Coreng, Kuring dan Karing masih tidak berputus asa untuk mencari Norli dan Kit.Mereka masih meninjau-ninjau dari satu tempat ke satu tempat.

“Sebab kau la makhluk tu dapat lari tau tak,” marah Kuring kepada Karing.Mereka ialah sepasang kembar.Kuring ialah abang kepada Karing.Walaupun mereka kembar tetapi mereka mempunyai rupa dan sikap yang berbeza.Kuring mempunyai fizikal yang kurus dan tinggi.Manakala Karing pula pendek dan gemuk.

“Kenapa pulak?” marah Karing kerana dipersalahkan.Karing tahu benar dengan sikap Kuring yang sering sahaja mahu menyalahkan dirinya.

“Kau tu lari lambat sangat.Sebab tu makhluk tu dapat lari,” marah Kuring lagi. Karing diam. Karing malas untuk membalas kerana Karing tahu Kuring tetap tidak mahu mengalah dan akan tetap mencari salah orang lain.

“Diam tu tanda betul la tu!Memang salah kau!”Kuring masih lagi tidak berhenti menyalahkan Karing.

“Sudah! Cukup cukup sudah! Dari tadi asyik memekak je.Cepat kita cari jalan.Kita jangan bagi makhluk tu terlepas.Rezeki besar tu!”Coreng pula menyampuk.Dalam kalangan mereka bertiga, Coreng ialah tikus yang paling ganas dan tidak teragak-agak untuk mencederakan sesiapa yang menghalang tugas mereka.Di muka Coreng juga terdapat satu parut berjahit.Parut itu juga merupakan salah satu simbol keganasan Coreng.

“Macamana kita nak cari Coreng?” tanya Karing.

“Sebab tu la aku suruh cari jalan!” herdik Coreng dengan muka bengis.Kuring dan Karing diam tidak menjawab.

Coreng berjalan sambil memikir-mikir sesuatu.

“Kuring, Karing. Kucing yang berada dengan makhluk tu nama Kit kan,” tanya Coreng setelah agak lama berfikir sesuatu.

Kuring dan Karing pula cuba mengingat sesuatu. Setahu mereka Kit sudah mati tempoh hari.Mustahil itu adalah Kit. Mungkin kucing lain yang menyerupai Kit. Tetapi tadi mereka dengar makhluk tersebut menjerit memanggil Kit.

“Tapi Kit dah mati Coreng. Mungkin ada kucing lain yang nama sama dengan Kit,” jelas Kuring. Kuring yakin benar bahawa Kit sudah mati.Mustahil dengan kecederaan yang ada pada Kit, Kit masih boleh bertahan untuk hidup.

“Macamana kau pasti Kit dah mati? Kau dah tengok mayat dia?” tanya Coreng.

“Semua dah tahu yang Kit dah mati Coreng.Keluarga Kit pun anggap Kit dah mati.Lagipun Kit tu dah cedera teruk.Mustahil dia hidup lagi.Betul tak Karing?”Karing yang hanya mendengar perbualan antara Kuring dan Coreng hanya mengangguk-angguk.

Coreng masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Kuring. Bagi Coreng, dia masih tidak percaya bahawa Kit sudah mati. Melainkan jika dia sendiri melihat Kit mati dihadapannya.

“Aku rasa kita kena siasat,” kata Coreng dengan wajah yang serius.“ Kita kena betul-betul pastikan Kit tu dah mati atau hidup lagi. Kalau boleh kita jangan biarkan dia hidup! Aku sendiri nak tengok mayat dia!” kata Coreng lagi dengan suara yang lebih kuat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku