Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 6 (ii)
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
158

Bacaan






“Berguna jugak kau ni ye Karing,” puji Kuring sambil menepuk bahu Karing. Karing merasa bangga apabila dipuji oleh Kuring kerana setahunya kembarnya itu begitu sukar untuk memuji dirinya. Apa yang Karing dapat kebanyakannya tengkingan.

“Lepas ni senangla tugas kita,” sambung Kuring lagi.Beberapa keping kertas telah pun di edar oleh mereka bertiga. Ada yang ditampal di pokok da nada juga yang ditampalkan di depan pintu rumah. Semua ini adalah idea Kuring. Kuring mempunyai keistimewaan iaitu boleh melukis dengan baik. Hasil lukisannya menjadi dan seperti foto asli. Cuma sebelum itu Kuring perlu mengingat semula wajah Norli dan mula melukis berdasarkan ingatannya. Apabila gambar sudah pun siap dilukis, gambar itu dilihat menyerupai wajah Norli yang sebenar cuma tanpa warna.

“Bos, kalau kita tak dapat tangkap makhluk ni macamana bos? Lagipun saya rasa kalau tak dapat pun taka pa lah bos, stok makanan kita banyak lagi,” tanya Kuring dengan wajah yang bersahaja. Kuring tidak sedar pertanyaannya itu tadi bakal mengundang kemaraan Coreng.

“Kau ni kenapa bendul sangat? Ni umpan la ni. Sambil menyelam minum air!” marah Coreng.

“Apa tu?” sampuk Karing.

“Pergi ambik Kamus Dewan! Pergi buat ulangkaji. Masa kecik tak nak belajar, bila dah besar menyusahkan aku!” dengus Coreng sedikit pun tidak tersenyum.

“Karing, kau sepatutnya tanya aku yang memang serba pandai ni. Kau tau tak, sambil menyelam minum air tu maksudnya kita berenang kemudian kita minum la air. Betul tak bos?” Kuring menunggu rekasi Coreng.

“Kamu semua diam!!” tengking Coreng. Kuring dan Karing terus diam tidak bersuara.

“Kau semua tahu tak, pentingnya Kit tu pada aku. Dia dah hampir tahu semuanya. Dan kau berdua ni mahu tak apa yang kita dapat selama ni hilang macam tu je? Nak?” duga Coreng sambil mendekarkan muka pada Kuring dan Karing. Kuring dan Karing cepat-cepat menggeleng kepala.

“Aku tetap anggap yang Kit tu masih hidup selagi aku sendiri tak tengok mayat dia depan aku!” sambung Coreng lagi.

Tok tok tok!

Ketiga-tiga ekor tikus itu terus berpaling sebaik sahaja terdengar pintu di ketuk.

“Ada yang dah dapat makhluk tu agaknya bos,” Kuring tersenyum lebar. Coreng segera berlalu dari situ dan menuju ke muka pintu. Coreng sempat mengintai di sebalik tingkap sebelum membuka pintu dengan kasar.

“Apa kau nak?” tanya Coreng dengan agak kasar.

Di hadapan Coreng berdiri seekor kucing tua yang terbongkok-bongkok sambil memegang sebatang kayu panjang.

“Tuan, tolong tuan. Kami lapar sangat. Dah tak ada makanan di rumah kami. Kami nak minta sedikit tumbuhan ajaib,” rayu kucing tua dengan suara terketar-ketar.

“Apa aku peduli kau lapar ke kau tak ada makanan ke. Tu bukan urusan aku. Kalau kau nak tumbuhan ajaib, kau kena bayar!” jawab Coreng dengan angkuh.

“Tuan, tuan kena ingat sebelum ni tumbuhan ajaib milik semua penduduk kat sini. Kami boleh ambik bila-bila sahaja kami suka. Tapi sejak Tuan dah rampas, kami semakin susah nak dapatkan tumbuhan tu. Tuan memang kejam.

“Berani kau kucing tua!” marah Coreng sambil menolak kucing tua itu sehingga terjatuh ke tanah. Kucing tua mengaduh kesakitan apabila Coreng memijak kakinya dengan kuat.

“Ini balasan kerana memburukkan aku. Kau ingat aku sapa hah? Kau tak kenal aku? Aku nak kau pergi dari sini sebelum aku pijak kau lagi teruk dari sekarang!” arah Coreng.

Kucing tua cuba bangun perlahan-lahan dan menahan kesakitan.

“Dah tua tapi ada hati nak lawan aku,” angkuh kedengaran suara Coreng. Coreng begitu berbangga kerana dapat menakluki kampung si kucing. Satu demi satu tempat dapat ditawan dengan mudah lebih-lebih lagi dengan keistimewaan sumpahan yang dimilikinya. Semuanya itu membuatkan Coreng semakin angkuh dan menganggap bahawa dialah tikus yang paling hebat.

“Kau ingat Coreng, suatu hari nanti kau akan tewas juga,” kucing tua cuba bersuara dengan nada terketar ketar. Coreng menyambut kata-kata kucing tua dengan ketawa terbahak-bahak.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku