Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 8 : Saat mendebarkan
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
45

Bacaan






“Tidak, selagi ular tu masih hidup saya tak akan berganjak dari sini!” kata Norli. Nampaknya Norli masih berdegil. Belum sempat Kit ingin berkata apa-apa, ular sudah pun bangun semula dan membelit Norli. Norli terpinga-pinga kerana kejadian itu begitu cepat berlaku.

“Oo, nak tunjuk kuat ye. Kau ingat kau boleh bunuh aku macam tu je?” rupa-rupanya ular itu juga boleh bercakap. Mata ular itu tidak berkelip memandang Norli. Norli berasa takut.

“Sekarang rasakan!” ular semakin kuat membelit Norli. Norli tercungap-cungap ingin bernafas. Kit semakin risau melihat ular yang semakin kuat membelit Norli. Kit mengambil seketul batu yang agak besar. Sepantas kilat Kit terus melemparnya ke arah ular. Terdengar satu raungan yang sangat dashyat.

“Kau tak puas lagi seksa penduduk kampung, kemudian kau nak susahkan hidup kami pula?” marah bapa Kit apabila melihat kehadiran Coreng, Kuring dan Karing yang tidak diundang.

“Aku dah bagi kau cukup masa. Tapi kau tetap tak tunaikan janji kau. Inilah balasannya,” Coreng membalas kata-kata bapa Kit.

“Aku dah kata Kit tak ada kat sini. Kit tak pernah balik ke sini lagi. Kenapa kau ni degil sangat!” bapa Kit semakin tidak sabar dengan tingkahlaku Coreng yang sering memaksa.

“Kalau macam tu, tak ada apa lagi yang boleh kau cakap lagi. Sekarang mati je lah jawapannya. Kuring, Karing cepat tangkap mereka berdua!” Kuring dan Karing segera menangkap ibu dan bapa Kit. Coreng ketawa berdekah-dekah. Di sebabkan sumpahan ke atas mereka, mereka tidak dapat melawan tikus-tikus yang berada di hadapannya itu. Dengan mudah mereka dapat menangkap ibu dan bapa Kit.

Berita penangkapan ibu dan bapa Kit semakin diketahui oleh penduduk kampung. Masing-masing marah dengan tindakan Coreng. Coreng sangat kejam. Mereka tahu sesiapa yang telah ditangkap oleh Coreng, tidak akan dapat kembali semula ke rumah kerana Coreng akan menyeksa tawanannya dengan kejam sekali. Sudah ramai penduduk kampung yang telah menjadi tawanan Coreng. Coreng sengaja menangkap penduduk kampung yang muda-muda dan kuat supaya mereka tidak dapat mengalahkannya. Kini yang ada di kampung hanya kucing-kucing yang sudah tua dan masih kecil. Doni dan Gemuk masih bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap, namun esok lusa siapa tahu apa nasib yang bakal menimpa mereka? Sehingga kini mereka tidak tahu di mana Coreng dan ahli kumpulannya telah menyembunyikan tawanan mereka.

“Kita tak boleh biarkan lagi. Kita mesti lawan tikus-tikus tu,” marah Doni kelihatan tidak sabar lagi. Bagi Doni, bapa Kit telah banyak berjasa kepada kampung tersebut. Semuanya berubah semenjak kehadiran tikus-tikus yang gila kuasa itu. Habis segala harta penduduk kampung telah di rampas. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka semua telah di sumpah sehingga mereka tidak dapat melawan tikus.

“Sayangnya kuku dan taring kita sudah tiada,” jawab Gemuk kelihatan sedih dengan apa yang sudah menimpa mereka. Tikus-tikus itu singguh licik. Mereka sengaja membuat sumpahan supaya taring dan juga kuku penduduk kampung supaya tidak tumbuh lagi. Di sebabkan itulah mereka semua tidak dapat melawan tikus-tikus yang semakin bermaharajalela.

“Kita tak boleh hanya berfikir tentang hal itu. Kita masih boleh berfikir cara lain,” kata Doni masih lagi tidak berputus asa.

“Tapi tentera tikus tu ramai. Macamana kita nak hapuskan mereka?” Tanya Gemuk.

“Kita masih boleh minta pertolongan daripada tentera yang lain,” usul atuk kepada Doni yang dari tadi hanya diam.

“Siapa tu tok? tanya Doni tidak sabar-sabar lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku