Pengembaraan ke dunia Kit
Bab 10
Genre: Kanak-kanak
Kategori: Novelet
Paparan sejak 06 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
36

Bacaan






  

Kinihanya tinggal Kit dan Norli. Oren sudah memberitahu mereka bahawa dia perlupulang ke rumahnya setelah mendapat tahu rumahnya telah diceroboh. Kit danNorli memahami keadaan Oren. Mereka berharap Oren dapat kembali ke rumahnya denganselamat.

            Kit dan Norli berjalan penuhberhati-hati. Nampaknya hujan sudah mulai renyai-renyai. Beberapa kali Kitmengingatkan Norli supaya berhati-hati apabila berjalan kerana keadaan jalanyang agak licin. Kit tidak mahu apa-apa terjadi kepada Norli. Malah Kit berasabersalah kerana Norli sudah banyak ditimpa kesusahan di sini. Nampaknyausahanya untuk membawa Norli ke kampungnya bukanlah mudah. Pelbagai halanganyang mereka perlu tempuhi termasuklah dikejar oleh tentera-tentera tikussebelum itu. Kali ini Kit bertekad, Kit akan cuba menentang Coreng dan ahlikumpulannya. Kali ini Kit sudah bersedia. Ditambah pula apabila dapat bergabungdengan ibu bapanya dan juga saki baki penduduk kampung yang masih tinggal.Tidak ketinggalan Doni dan juga Gemuk. Bagaimana pula dengan tawanan yangditemui Kit di dalam terowong? Kit perlu berusaha untuk melepaskan mereka walaudengan apa cara sekalipun. Kali ini Kit tidak gentar. Tapi sebelum itu, Kitperlu berbincang dengan ibu bapanya.

        

Agak lama mereka berjalan. Norli juga sudah mulai letih.

            “Sikit lagi Norli. Awak bertahan ye,” Kit cuba memberi semangat kepada Norli. Norli mengangguk.

            Tidak lama kemudian, Kit sudah tiba di kampungnya. Norli dapat melihat papan tanda yang bertulis Kampung Kucing Permai. Ini lah kampung Kit. Norli juga gembira kerana dapat tiba ke kampung Kit dengan selamat.

            “Eh, kenapa macam ni?” tanya Kithairan apabila melihat keadaan sekeliling. Norli hairan dengan pertanyaan Kit.

            “Norli, sebelum saya meninggalkan kampung ni, keadaan masih baik. Sekarang sudah berbeza. Nampak tak rumah tu,rumah tu sudah terbakar,” Norli melihat arah yang ditunjuk oleh Kit. Ya,terdapat kesan rumah terbakar. Tetapi siapa yang melakukannya?

            “Kampung juga semakin sunyi. Ini tidak bukan mesti angkara Coreng,” Kit cuba menahan marah.

            “Norli, itu lah rumah saya,” kata Kit. Kali ini nada suaranya kembali gembira. Norli mengikut langkah Kit yang semakin pantas. Kit nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk tiba ke rumahnya.

            “Gelap je rumah saya. Ke mana ibu dan bapa saya?” Kit hairan apabila melihat rumahnya yang gelap gelita. Kit cuba memanggil kedua ibu bapanya sebaik sahaja tiba di muka pintu. Norli lihat rumah Kit diperbuat daripada batu bata.

            “Siapa tu?”  tanya satu suara dari dalam rumah. Kit mengerut dahi. Nampaknya itu bukan suara ibu bapanya. Jadi suara siapakah itu?Kit cuba memanggil sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Kit terdengar derap kakidari dalam rumah. Berkeriut bunyi pintu apabila dibuka.

            “Doni!” jerit Kit. Doni jugaterkejut dengan kemunculan Kit yang tidak disangka-sangka ini.

            “Kit, aku tak sangka yang kau masih hidup. Puas kami mencari kau tapi tak jumpa. Ke mana kau hilang selama ni?”Doni dan Kit berpelukan. Doni tidak menyangka dapat bertemu dengan Kit lagi.

            “Panjang ceritanya Doni. Tapi kenapa kau berada di sini? Mana ibu bapa aku?” tanya Kit tidak sabar. Wajah Donikelihatan muram.

            “Kita masuk dalam rumah dulu. Eh,siapa ni Kit? Rasanya macam kenal,” tanya Doni apabila terpandang kepada Norli.Rasanya sebelum ini Doni pernah ternampak wajah Norli yang menjadi makhluk yang dikehendaki oleh Coreng. Kenapa Norli bersama-sama dengan Kit?

            “Ini Norli. Nanti aku cerita,”Doni  mengangguk. Nampaknya banyak perkembangan baru masing-masing yang tidak diketahui. Nampaknya mereka akan bercerita panjang selepas ini.  Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Kit melihat keadaan dalam rumahnya, masih tidakberubah. Tetapi di mana kedua ibu bapanya?

            “Kit, buat masa ni kita terpaksalebih berhati-hati. Sekarang keadaan lebih bahaya,” kata-kata Doni sedikit sebanyak merisaukan Kit.  



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku