My Dear, My Brother In law
Bab
Genre: Cinta
Kategori: Cerpen
Paparan sejak 07 Mac 2017
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)
1499

Bacaan







Genap sebulan Kak Lisa meninggalkan kami. Aku menatap Syazana yang sedang lena dalam pelukanku kini. Kesian anak kecil ini tidak sempat untuk merasai kasih seorang ibu. Kak Lisa meninggalkan kami beberapa minit selepas Syazana dilahirkan .Bertapa besarnya pengorbanan kakaknya itu melahirkan seorang zuriat kedunia ini.Tanpa sedar ada air mata yang mengalir dipipiku .Mengenangkan kakak kesayangannya itu membuatkan dia terasa rindu.Rindu sangat!

“ Menungkan apa itu?Teringat pakwe mana?” Tegur Ibu dari arah belakang. Pantas aku menyeka air mata yang mengalir tadi.Aku tidak mahu ibu melihat air mata kesedihan itu.Cukuplah selama seminggu ibu jatuh sakit selepas kematian Kak Lisa akibat terlalu rindukan anaknya yang telah menghadap penciptanya .

“ Mana ada pakwe yang nak kena ingat ibu.Tengah tenung anak buah kesayangan Min ini.” Tipu aku sambil mata aku memandang Syazana yang sedang lena tidur dipangkuanku.Ibu hanya tersenyum. Melihatkan kemesraan Syazana dan anaknya itu membuatkan dia terkenangkan anaknya,Lisa.Jika Lisa masih ada hari ini ,mungkin Yasmin tidak seakrab itu dengan anak buahnya itu.Semenjak Lisa meninggal, segala keperluan Syazana telah disediakan oleh Yasmin.Anak bongsunya itu terlalu menyayangi Syazana seperti anaknya sendiri.

“ Kalau dah sayang sangat,jadi sahajalah ibu kepada Syazana ini.” Gurau Ibu.Aku tersenyum. Ibu ini ada-ada sahaja.Belum sempat aku membalas,kereta Abang Syakir masuk ke halaman rumah mereka.

“Assalamualaikum . Berbual apa ini?” Tegur Abang Syakir .

“ Tak ada apa.Berbual kosong sahaja ini.” Jawab Ibu.Aku menyerahkan Syazana pada Abang Syakir.Syazana merengek sedikit.Abang Syakir cepat-cepat mendodoikan Syazana semula.Ibu hanya memandang. Kesian pada menantunya itu,terpaksa menjaga Syazana seorang diri.Kebetulan Yasmin telah tamat pengajian ,bolehlah dia membantu abang iparnya itu menjaga Syazana ketika abangnya itu ke sekolah.Setiap hari, menantunya itu akan menghantar cucunya itu kerumahnya sebelum ke sekolah. Sebelah petang ,menantunya itu akan menjemput semula anaknya itu.Tugas menantunya itu sebagai seorang guru membuatkan dia pulang lebih awal.

“ Tinggalkan sahajalah Syazana ini kalau kamu penat.” Saran Ibu.

“ Tak apa lah ibu.Saya boleh jaga.” Abang Syakir sebolehnya tidak mahu menyusahkan keluarga mertuanya itu.Sekarang pun dia sudah segan dengan mertuanya itu,setiap hari dia akan dibekalkan dengan pelbagai makanan untuk makan malamnya itu.

“ Hujung minggu ini ,tidur sini.”Ajak Ibu.Ibu ini memang sayang sangat dengan Abang Syakir.Semenjak sebelum Kak Lisa dan Abang Syakir berkahwin lagi ,ibu memang sudah suka akan menantunya itu.Mana tidaknya,Abang Syakir memang baik, menghormati orang tua dan pandai mengambil hati.Kiranya ‘Menantu Perfect 10’ ibu.

“ Insyallah ibu.”Jawab Abang Syakir sopan sebelum melangkah pergi ke keretanya.

“ Abang .Kejap!”Aku cuba menahan Abang Syakir.Dia terlupa untuk mengambil bekal yang kami beri tadi.Aku terus menghulurkan bekas makanan tadi.Abang Syakir mengambil bekas itu sambil tersenyum padaku.

“ Terima Kasih. Masak apa ini?”Soal Abang Syakir.Air tangan adik iparnya ini memang boleh tahan sedap,sama seperti arwah isterinya dahulu.

“ Masak Lemak Ikan dengan sambal goreng je.” Jawabku.Abang Syakir tersenyum.Abang Syakir punya senyuman memang boleh membuatkan hati mana-mana perempuan berbunga.Abang Syakir memang suka tersenyum .Melihat senyuman itu ,hatiku terasa ada sesuatu yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini.Sebelum berlalu pulang, Abang Syakir mengucapkan terima kasih.

***

Sabtu itu Abang Syakir bertandang ke rumah bersama Syazana.Jika di rumah itu memang Syazana akan melekap sahaja bersama aku.Selepas aku memberinya susu ,dia tertidur lena di dalam bilik aku.Kemudian aku terus melangkah ke meja makan .Ibu ,abah dan Abang Syakir sudah ada di meja makan .Selepas membaca doa,mereka makan bersama.Selepas selesai makan ,Abang Syakir membantu aku untuk membasuh pinggan.Entah kenapa aku ada rasa lain bila Abang Syakir berdiri sebelah aku hari ini.Sebelum ini aku tidak pernah rasa macam ini.Abang Syakir memang cekap membuat kerja rumah.

“ Abang duduk depan jelah. Biar Min sahaja yang buat.”Pinta aku .Aku jadi tidak selesa dia berada disitu.

“ Em kenapa. Tak apa abang dah biasa buat semua ini.”Kata Abang Syakir.Dia sudah terbiasa membuat semua kerja rumah.Aku terus membiarkan sahaja. ‘Takkan lah nak paksa pula.’ Selepas selesai membasuh pinggan aku dan Abang Syakir terus ke ruang tamu .Ibu dan Abah memandang kami seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.

“ Ibu dan abah sudah berbincang.Kami kesian melihat Syakir membesarkan Syazana seorang diri.Syazana memerlukan kasih seorang ibu.Kalau kamu berdua bersetuju ,kami ingin menyatukan kamu berdua.Orang tua-tua kata besan sebantal.” Luah ibu.Aku dan Abang Syakir terus berpandangan antara satu sama lain.Wajah kami berdua terkejut.Ya aku juga terkejut dengan permintaan ibu itu.Sebelum ini ibu tidak pernah menyuarakan apa-apa pada aku.Tiba-tiba pula malam ini mereka bersuara.Kami berdua hanya terdiam.

“ Ibu sarankan sahaja .Kamu berdua fikir-fikirkan dahulu. Ibu tak memaksa.” Selepas mereka berbual kosong.Abang Syakir meminta diri untuk pulang.Dia ingin mengambil Syazana di dalam bilik aku.Di depan pintu kami berlanggar kerana sama-sama ingin masuk ke dalam bilik.

“ Min masuk dahululah.”Aku terus melangkah masuk.

“ Syazana tidur lagi.Biar dia tidur sini sahajalah malam ini.Nanti kalau kejutkan takut dia meragam.” Saran aku.Abang Syakir cuma mengangguk.Dia ingin melangkah keluar.Aku menghalang.

“ Abang ! Kejap!.Min rasa abang abaikan sahajalah apa yang ibu cakap tadi.Min tahu Kak Lisa tiada galang gantinya dalam hati abang.Sampai bila-bila pun Min tak kan boleh ganti Kak Lisa.” Tutur aku lembut.Aku tidak memandang mukanya ketika itu .Aku tidak tahu apa reaksi dia pada kata-kata aku itu.

“ Abang tak kan pentingkan diri abang sahaja.” Tutur Abang Syakir sebelum dia berlalu keluar meninggalkan aku terpingga-pingga.Apa maksud Abang Syakir?Takkan pentingkan diri? Semalaman juga aku memikirkan tentang itu.Penat memikirkan kata-kata itu ,aku tertidur.

Keesokannya ,selepas sarapan ibu menyuruh aku duduk dihadapan ibu.Aku pelik semenjak aku keluar dari bilik tadi ibu tersenyum sahaja.

“ Ibu nak cakap sesuatu ke?” Soal aku tertanya-tanya.

“Syazana tidur lagi?” Soal Ibu.Aku mengangguk.

“ Abang Syakir dah bersetuju untuk jadikan kamu ibu Syazana.”Ibu berterus terang.Aku terasa jantung aku terhenti seketika.Maknanya ?

“ Min akan jadi isteri Abang Syakir?” Soal aku lagi sekali .Seperti tidak percaya apa yang ibu akan sampaikan.Ibu mengangguk.Kenapa Abang Syakir membuat keputusan begini.Apa yang difikirkan abang iparnya ini?Menjadikan aku isteri sedangkan dia tahu dia tidak boleh mencintai aku seperti dia mencintai Kak Lisa.Kalau dia meminta aku menjaga Syazana seumur hidup pun aku sanggup walaupun dia tidak mengahwini aku.Syazana anak buahku.

“ Kamu macam mana setuju.?” Soal Ibu.Aku terdiam. Apa yang harus aku jawab.Ya,walaupun aku dapat merasakan satu perasaan aneh pada abang Syakir kini tetapi tidak pernah terlintas difikiran aku untuk menjadikan dia suami aku.Walaupun aku akui dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.

“ Ibu bagi Min bincang dengan Abang Syakir dulu boleh.?” Pinta aku. Ini tentang masa depan aku .Aku ingin berkahwin dengan orang yang mencintaiku bukan orang yang terpaksa berkahwin denganku.

Petang itu ,sebelum Abang Syakir masuk ke dalam rumah. Aku sudah menahan dirinya.Aku perlu meminta penjelasan dengan persetujuannya untuk mengahwiniku.

“ Kenapa Abang Syakir setuju dengan cadangan ibu semalam? Abang dah fikir masak-masak?Ini bukan sesuatu benda yang remeh.Ini berkenaan dengan hidup dan masa depan kita berdua.”Soal aku tidak berpuas hati.

“ Ok . Memang abang bersetuju berkahwin dengan Min .Bukan disebabkan permintaan ibu semalam. Abang dah fikir benda ini sudah lama.Abang rasa Min yang paling sesuai untuk menjadi ibu Syazana.Berkahwin dengan Min bukan bererti abang tidak setia dengan Kak Lisa tetapi abang tak boleh pentingkan diri abang seorang.Syazanalebih memerlukan Min.”Luah Abang Syakir panjang lebar. Satu-satu ayat yang keluar dari mulut Abang Syakir membuatkan aku sedar keputusan yang dibuat semuanya demi seorang anak .Jika Abang Syakir boleh berkorban untuk Syazana, kenapa tidak aku?Aku tidak sanggup untuk melihat Syazana menerima ibu tiri yang tidak akan menyayanginya. Mungkin dengan perkahwinan ini, Syazana tidak akan merasa kekurangan kasih sayang seorang ibu.

Kata setuju juga telahku berikan abah. Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan penuh sederhana.Malam itu kami perlu berbincang tentang hala tuju perkahwinan kami itu.Aku akan mengikut sahaja kata Abang Syakir.

“ Alhamdullilah .Kita sudah sah menjadi pasangan suami isteri sekarang.Min pun tahukan perkahwinan ini bukan atas dasar cinta ?Tetapi perkahwinan ini atas dasar kasih kita pada Kak Lisa dan Syazana.Abang akui mungkin abang pentingkan diri sendiri.Abang nak ucapkan terima kasih sebab Min setuju dengan perkahwinan ini. Kita cuba yang terbaik untuk membesarkan Syazana bersama-sama.”Luah Abang Syakir.Aku hanya mengangguk. Aku akan cuba menyayangi Syazana seperti anakku sendiri dan aku akan cuba mencintai Abang Syakir sepenuh hati walaupun aku pasti aku tidak akan dapat mengantikan Kak Lisa dalam hati Abang Syakir.

Alhamdullilah sudah hampir lima bulan kami berkahwin. Aku cuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk Abang Syakir dan Syazana.Abang Syakir juga cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk diriku.Dari hari ke hari perasaan ‘pelik’ yang aku lalui sebelum perkahwinanku dulu, bertambah-tambah kepada Abang Syakir.Walaupun aku yakin yang aku tidak akan mendapat balasan rasa yang sama tetapi aku tidak kisah.Aku yakin Abang Syakir juga akan ada rasa yang sama denganku suatu hari nanti. Aku akan nantikan hari itu.Itulah doaku setiap hari.

Sehinggalah satu hari itu,aku dan Abang Syakir ke sebuah pusat membeli belah .Kami ingin membelikan hadiah dan barang-barang persiapan untuk menyambut hari jadi Syazana yang ke empat.Selesai membeli segala keperluan aku mendahlui Abang Syakir ke tempat letak kereta .Dia ingin membayar tiket tempat letak kereta kami.Tanpa sedar ada sebuah kereta memecut laju ketika aku melintasi tempat perjalanan kaki itu.Aku terkesima.Aku sedar ada orang menolak aku ke bahu jalan.

“ Abang!” Aku terus berlari kearah Abang Syakir yang berlumuran darah.Abang Syakir yang telah menolak aku kebahu jalan tadi dan kini dia pula yang dilanggar. Aku terus menangis sambil memangku kepalanya. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya perasaanku ketika itu.

Hampir dua minggu Abang Syakir terlantar di hospital. Sepanjang itu juga, aku sentiasa berada disisinya.Syazana dijaga oleh ibu dan abah.Aku berasa sangat terharu dengan pengorbanannya.Dia sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan aku.

“ Kenapa awak selamatkan saya?” Soalku petang itu ketika aku membawanya berjalan-jalan disekitar taman bunga di hospital itu.

“ Abang tak nak kehilangan orang yang abang sayang buat kali kedua.”Jawab Abang Syakir. Cukuplah dahulu dia kehilangan Lisa isterinya semasa melahirkan Syazana.Dia tidak mahu kehilangan Yasmin pula apabila dia sedar yang dia telah jatuh cinta dengan isterinya itu.Dia cuba untuk menidakkan perasaanya itu. Dia ingin setia dengan arwah isterinya tetapi dia perlu sedar yang tidak semestinya dia mencintai Yasmin,arwah isterinya akan dilupakan.

“ Maksud abang?” Soalku.Jika benar telahannya.Alhamdullilah doanya telah didengari.

“ Abang cintakan Yasmin.Yasmin bukan yang pertama tetapi Yasmin akan menjadi yang terakhir dalam hati abang.” Luah Abang Syakir.Tanpa sedar ada air mata yang mengalir dipipiku . Aku bahagia Ya Allah. Dulu dia abang iparku, kini dia suamiku.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku