CLOWN
Bab 1: Ulu Kinta Serial Killer 1987
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
265

Bacaan






Bab 1:The 5th corpse?

Crime scene: Highway Ampang

10.05 malam

Hujan mengganas membasahi kawasan pergunungan jalan lama. Rintikan hujan makin kuat, dari satu detik ke detik yang lain. Embun dari hujung gelongsoran daun bertukar bah yang mengalir ke laluan parit kecil dari tepi highway tersebut.

Deras.

Hujan juga menimpa ke arah payung-payung pelbagai warna tetapi banyaknya hitam, menyembunyikan tubuh-tubuh yang cuba berlindung darinya. Setiap aliran hujan dari atas payung tersebut turun juga menimpa ke tanah. Tanah, darat semakin basah. Lecah. Tidak jelas warna mereka kerana malam sudah pekat.

Sunyi.

Sebelum diputuskan oleh bunyi derapan tapak kaki yang mematahkan akar-akar kayu terhasil daripada 5 orang anggota polis berpangkat konstable yang berulang alik dari arah dalam crime scenetersebut. Pita kuning dipasang membahagikan kawasan jenayah dengan kawasan luar, membahagikan kawasan polis dan pakar forensik, dengan orang ramai dan wartawan yang bersepah. Semua masih menunggu pihak polis menggali kawasan yang dihidu oleh anjing kadaver sejam yang lalu.

Sejuk.

Bunyi salakan anjing makin kuat. Semakin lama, semakin kuat. Derapan tapak kaki manusia kini ditutupi oleh salakan anjing. Pihak forensik menyuruh pihak polis yang menggali supaya berhenti. Tidak pasti adakah kerana kilat kini mula memunculkan diri atau dentuman guruh yang mula mengaum atau kerana apa yang digali sudah memunculkan diri.

Diam.

Satu kujur tubuh terbongkar dari tanah. Diikat kaki dan tangan dengan reben berwarna merah yang sedikit reput. Mulut mangsa turut disumbat dengan kain cotton berwarna merah. Lelaki yang pasti jantinanya, berdasarkan pakaian dan kepalanya yang botak.

Orang ramai menekup mulut. Tidak pasti samaada terkejut atau busuk dengan baunya. Seorang perempuan lingkungan 40 an, berhijab kuning yang agak sedikit ke belakang hingga menampakkan anak tudungnya, sedikit tidak terurus, kini jatuh terduduk. Dari tadi dia hanya diam, dengan air matanya. Kali ini dia rebah. Sebelum menjerit memanggil nama 'Sazly'. Nama mayat yang baru dibongkar tersebut. Dia ditenangkan oleh seorang perempuan yang berdiri dengannya sejak dari tadi. Payung mereka terlepas. Hujan menimpa ke arah dua wanita ini.

Basah.

Seorang perempuan yang muncul dari kesesakkan orang ramai, mengambil payung tersebut dan memayungkan mereka kembali. Membiarkan tubuhnya yang dibaluti oleh baju hujan lut sinar putih itu bermandi dengan hujan. Titisan air hujan dari aras kepala hoodienya itu menitik laju mengena mata. Perempuan itu membiarkan sahaja. Mulutnya menggumam sesuatu. Cuba menenangkan kedua wanita tersebut sebelum bahunya dilanggar dari belakang oleh seorang lelaki yang menarik pita kuning tersebut dan masuk ke kawasan crime scene tersebut.

Lensa kamera yang tadi hanya beracah-acah kecil kini semakin rancak memancar. Ke arah semua sudut. Tetapi barangkali tiada apa yang mereka dapat tangkap kecuali badan pihak polis yang mengawal ketat mayat tersebut daripada kamera wartawan. Pihak forensik, 3 orang semuanya melakukan cleaning serta merta. Beberapa berus dikeluarkan dan dialirkan perlahan menggabus tanah daripada badan mayat tersebut. Agak sukar, kerana keadaan tanah yang bersatu dengan air hujan. Selain lensa kamera daripada pasukan forensik yang tak berhenti memancar ke arah mayat tersebut, pancaran cahaya dari kamera wartawan dan orang ramai jugak tidak berhenti sesaat walaupun mereka hanya menangkap bayu malam. 5 orang konstable tadi mula bertindak menghalang orang ramai dari mengganggu proses. Berasak-asak. Tidak pasti siapa yang akan menang. 30 minit berlalu hanya dengan halangan daripada pihak polis.

Tetapi betah menunggu.

1 jam pihak wartawan ini menunggu pihak polis berpangkat lebih besar atau lebih tepat untuk kes-kes begini, yang dipanggil sebagai I.O (Investigation officer) selesai dalam kerja mereka untuk ditemu ramah. Seorang daripada IO, berbaju kemeja berwarna Beige, berserta cap hijau lumut, menanggalkan sarung tangan getahnya dan mengangkat sedikit pita kuning tersebut melepasi kepalanya dan keluar dari kawasan tersebut. Kini lensa bertukar arah.

Seperti sudah disangka, dia diserbu oleh para wartawan. Yang menghimpit dari segenap penjuru. Pelbagai alat recorder dihalakan ke mulutnya, hanya tunggu beberapa inci untuk masuk ke dalam mulut I.O ini. Lensa kamera semakin rancak dengan cahayanya. Malam ini cerah.

'Adakah mayat ini mangsa yang hilang 1 minggu yang lepas?' Soalan pertama dilontarkan sebelum sesaat kemudian diikuti oleh lonjakan soalan yang melimpah-limpah. I.O tersebut masih tidak menjawab. Bibirnya mengetap seperti menahan sesuatu yang penting. Tetapi masih melihat ragam puluhan wartawan di hadapannya. Umpama menunggu confession daripada pelajar-pelajar perempuan yang acap kali dia lalui ketika zaman persekolahan, lelaki ini hanya tersenyum sinis.

'Benarkan ini kes penculikan?'

'Siapakah suspek yang ada dalam senarai pihak polis sekarang?'

'Adakah benar mangsa dirogol sebelum dibunuh?'

'Apakah tindakan polis selepas ini?'

'Adakah ini berkaitan dengan teman lelaki mangsa?'

'Benarkan ini kes ke 5 serial murder ulu kinta 29 tahun yang lepas?'

Sesaat. Diam. Soalan terakhir membuatkan semua diam. Umpama televisyen yang menyumbang keriuhan kini ditutup, umpama radio buruk kini pitanya rosak, umpama bayi menangis kini diberi susu. Diam. Tetapi tidak kepada lensa dan recorder. Kini beralih kepada seorang wartawan yang mengajukan soalan terakhir tersebut. Wartawan lelaki yang lengkap dengan baju hujan lut sinar putih. Matanya terkebil-kebil menahan hujan yang mencurah, menitik ke mata dan wajahnya. Sukar untuk lihat wajah sebenar lelaki tersebut.

I.O tersebut tidak terkecuali daripada merenung tepat ke arah wartawan tersebut. Turun pandangannnya 15 darjah ke bawah, ke arah name tag wartawan tersebut.

'Kau?' I.O tersebut menyoal. Meneliti setiap penjuru susuk tubuh lelaki tersebut. Lelaki itu diam. Dia rasa dia patut diam. Dia rasa dia patut kembali ke posisi diam.

'So. It’s you ' I.O tersebut menambah lagi. Jelas senyuman sinis dari sisi kiri pipinya. Menapak, 2 ke 3 langkah ke arah lelaki tadi. Faris, dia perlu cari akal.

'Hah?’ Faris termangu. Kaku. Dia tidak faham. Hoodienya yang agak sedikit ke hadapan semakin ke hadapan.

'Kau press yang famous tu?' I.O menambah. Faris membuat bunyi sedikit faham. Dan balasannya, wartawan yang lain semakin bising. ‘Dia kan wartawan tu?’ seorang wartawan lelaki membisik kuat pada rakan sebelahnya sambil diangguk-angguk oleh yang lain. ‘Dia memang suka cabar polis’ Seorang wanita menyuarakan pendapat dibalas dengan mata yang terbeliak wartawan yang lain, yang melihat situasi tersebut. Semakin lama semakin riuh.

'Kenapa kau cakap macam tu?’ I.O tersebut menunggu respond Faris yang dibalas dengan recorder diletakkan oleh Faris ke mulutnya sendiri. Matanya walau ada rintik hujan selebat manapun, lelaki ini seolah tekad akan menebeliakkan matanya selamanya dan tidak mahu berkedip. Matanya merah, merenung I.O tersebut.

'Cara ikatan mangsa, simpulan yang unik, tali merah, mulutnya yang disumbat dan cara mangsa ditemui. Seminggu lepas hilang kan? Semua sama. Exactly like 29 years ago' Faris mengeluarkan hujahnya. I.O tersebut mengerutkan keningnya. Faris merenung ke arah IO tersebut. Tidak puas hati. Rantaian pancaran kamera makin berhenti. Mungkin semua perasan akan keadaan yang dingin tersebut. I.O tersebut melangkah pergi dari crime scene tersebut, menuju ke arah keretanya yang diletakkan di seberang highway tersebut dan dia tahu Faris mengekorinya dari belakang dan itu memang niatnya.

'Betul kan ni kes yang sama macam 29 tahun yang lepas? Faris menyoal bertubi. I.O tersebut mengerutkan keningnya makin dahsyat dan mendekati secara sengaja ke arah wartawan tersebut.

Hujan, lebatnya senada seperti sebelum ini. Cuma yang berhenti hanyalah kilat dan guruh yang menarik diri dari peta alam. Faris memegang kemas payung hitamnya. Sekali sekala menyeret kasut sukannya yang berwarna putih ke jalan tar untuk membuang bekas tanah lumpur yang menebal di tapak kasutnya. Beg sandangnya dihayunkan sekali lagi ke bahu kirinya dan bahunya basah cuba memayungi I.O tersebut menyebabkan I.O tersebut menolak payung tersebut ke arah Faris kembali. Cukup baginya baju hujan plastik putih dan topi yang membaluti dirinya daripada hujan.

‘Kes ni baru pertama kali berlaku di Ampang. Kami dapat maklumat dan datang sini pukul 8 malam. Pukul 10 malam baru mayat dijumpai. Antara pukul 8 sehingga pukul 10 tak ada orang lain selain 5 orang polis. Pihak wartawan, orang kau termasuk kau datang pukul 10.15 malam. Dan disebabkan aku ada di sini sebelum korang semua datang, aku tahu lebih dari orang lain yang kawalan pihak polis adalah ketat dan tidak ada seorang pun dari korang semua boleh nampak keadaan mayat. Dan kalaupun kau nampak, kau takkan boleh compare dengan kes 29 tahun yang dulu sebab keadaan mangsa ditemui macam situasi sekarang, tak pernah leak dari jabatan polis. Even media! Jadi jangan cari pasal dengan aku, cakap siapa yang dah leak maklumat pada kau? Polis mana? Aku tak rasa kau buat sorang. Ada orang belakang kau kan? Siapa? Dia di mana?’

Faris mengebamkan mulutnya. Tidak bersuara. Hanya hujan semakin kuat menujah sebelum mereka didekati oleh seorang detektif tinggi lampai.

‘Aku baru soal adik mangsa. Dia cakap dia dapat alamat sini sebab isteri mangsa terima surat tu tadi secara pos laju. Sekali dengan IC mangsa. Adik mangsa terus datang ke balai tadi report pada polis yang bertugas. Polis yang terima aduan sebelum ni mungkin tak tanya detail pasal surat tu. Sebab semua rushing nak datang sini tadi.’

I.O tadi dahinya mengerutkan kening. Cepat-cepat menyembunyikan envelope merah tersebut daripada dipandang oleh Faris. Dia cuba menahan sesuatu yang dia rasakan marah dan kecewa yang menggunung. Dia beralih menarik Jun jauh dari situ. Detektif Jun melanjutkan bicaranya. Takut dan risau. Nafas cuak diatur sebaik mungkin.

‘Warna merah. Surat tu warna merah. Cara ikatan mayat, mulut yang disumbat, mayat yang ditanam dan sekarang surat. Sebijik macam 29 tahun yang dulu. I am afraid we are handling the same case. Wartawan tadi mungkin betul’

I.O tersebut mengebam bibirnya. Sangkaannya pada wartawan tadi semakin tepat. Nafasnya turun naik sebelum seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

‘I.O Akkir..’ I.O tersebut mengalihkan tubuhnya bila mana namanya dipanggil oleh Faris yang kini seperti sudah bersedia untuk memberitahunya hal sebenar.

*

Mitula Homes

2 pagi

Akkir melihat di balik cahaya lampu daripada telefon bimbitnya, anak kecil Sazly bermain dengan bearkecilnya berwarna merah jambu. Tangan Akkir dalam pada itu, meneliti rak kedua almari buku milik Sazly.

‘Sazly jarang keluar rumah. Banyak masa habis dengan kerja dan anak di rumah. Hujung minggu dia volunteer kerja amal dekat rumah orang tua di Perak’ Isteri Sazly membalas. Berbekalkan cahaya telefon bimbit di tangannya, dia berlalu pergi bersama anaknya ke ruang tamu, meninggalkan Akkir dan Jun. Air the dan biskut kering diletakkan di meja kecil, tengah bilik tersebut. Jun memandang Akkir dalam samar, gelap. Hanya cahaya dari telefon bimbit mereka menerangi malam itu.

‘Jadi wartawan tu cakap apa?’

Akkir tidak menjawab terus soalan Jun. Beberapa buku-buku dari kabinet kecil itu kini bertaburan ke lantai, bersepah bersama nota-nota kecil. Gelap. Kerana hujan lebat di daerah rumah flat mitula homes sejak dari awal pagi tadi hinggalah ke lewat malam sekarang, mungkin itu puncanya. Akkir mengangkat salah satu buku dari lantai dan menyelaknya laju sebelum menghempas buku tersebut ke tepi katil, di mana Jun sedang berada.

‘Dia cakap dia buat sorang. Analysis sendiri’

‘Bohong. Budak sekolah pun tahu.

‘Kalau nak buat analysis sekalipun takkan pernah spesifik macam tu kecuali kalau dia dah tengok laporan kes tu. Mesti ada orang belakang dia. Kau tak nak siasat? Kau tak cakap kat dia yang kita boleh dakwa dia?’ Jun meningkah. Bangun menghirup teh panas tersebut.

‘Kau ingat aku tak buat? Jadi kalau aku buat, kau ingat orang yang jadi periuk nasi dia, dia akan bongkarkan pada polis macam tu saja? Dia boleh naik turun mahkamah, mungkin itu yang dia nak. Publicity. Lagi banyak pembaca dia’ Akkir membalas malas. Derapan tapak kaki manusia mendekati bilik tidur utama rumah tersebut tersebut bersama lilin yang dibakar dua dan dilekatkan cairan lekatannya pada kotak besi bersaiz sederhana. Isteri Sazly meletakkan lilin tersebut di sis meja sebelah katil yang habis bersepah selimut akibat digeledah seharian. Dia kembali ke dapur bersama satu lagi baki lilin yang ada. Jalannya semakin lama semakin perlahan meninggalkan dua orang anggota polis di ruangan bilik tersebut. Jun melihat dalam keadaan serba salah. Tidak habis air yang diteguknya sebentar tadi.

‘Kau tak rasa ke kita patut geledah bilik ni esok saja? Lagipun blackoutAkkir. Susah nak cari benda. Mesti ada benda yang kita akan terlepas pandang gelap-gelap macam ni’

‘Ada lilin Jun, nak gelap apa?’ Akkir menyindir

‘Tak cukup. More than anything, baru tadi isteri Sazly dapat tahu mayat yang kena tanam tu mayat suami dia. Dia baru tahu suaminya di bunuh. Kau tak boleh ke timbangrasa sikit. Bagi isteri dia rehat. Ni tak, kita datang rumah dia, susahkan dia lagi. At least tunggu sampai esok. Sekarang dah pukul 2.30 pagi.’ Jun membantah.

‘Sazly pun tunggu orang selamatkan dia Jun tapi sebab kita lambat, dia kena bunuh. Sebab tu, aku, kau tak boleh lambat. Kalau kita tunggu kita takkan pernah tolong isteri Sazly.’ Akkir menambah. Menyelak buku-buku nota milik Sazly yang merupakan seorang peguam ketika dia hidup. Sesaat sebelum telefon bimbit Akkir memecah kesunyian pagi yang muda itu

‘Kami dah trace postmen dan pejabat post yang deliver envelope merah tu’. Jelas kedengaran suara keletihan dari telefon bimbit 2g milik Inspektor Akkir.

‘Dia cakap dia just received package yang officer dia suruh hantar. Dan orang yang terima package tu tak cam orang yang minta pos package tu sebab ikut tarikh yang kita nak, diorang terima 125 pelanggan. So tak ingat yang mana satu’

‘Survellieance footage pejabat pos?’ Soal Akkir.

‘Dah, tapi tak sure yang mana satu sebab kotak yang pembunuh guna lebih kurang sama dengan pelanggan yang lain’ Balas detektif itu lagi.

'Handwriting analysis?' Akkir menyoal lagi,

‘Saya dah hantar lab crime. Untuk AFIS, lansung tak ada kesan cap jari pada sampul tu’. Lelaki di telefon tersebut membalas.

‘List down, and trace alamat orang yang pergi pejabat pos pada tarikh 3 hari sebelum envelope tu sampai pada isteri mangsa’ Terus Akkir mematikan telefon bimbitnya. Jun hanya mengeluh panjang. Malam itu akan jadi malam yang panjanng bagi dia, dan Akkir.

AFIS: Automated Fingerprint Identification System

Bab 2:Behind those word

IPD Ampang

8.15 pagi

Akkir menyelak kembali helaian dokumen laporan yang baru diserahkan oleh orang bawahannya. Seorang lelaki berpangkat konstable kini berdiri agak tegak, tapi kepalanya tunduk dari tadi. Seperti takut dihentam sekali lagi oleh fail yang dipegang oleh Akkir.

‘Betul, kau tak tinggal apa-apa lagi?’

Lelaki tersebut mengangguk. Keringat mengalir dari bilik yang berhawa dingin tersebut. Akkir memandangnya tajam.

‘Kau tahu kan apa yang kau dah buat’ Akkir mengerling tajam. Bibir lelaki tersebut bergetar tetapi cuba juga menjawab sesuatu kerana pada firasatnya Akkir mahukan alasan daripada diam. Lelaki yang kelihatan awet muda berbanding umurnya itu hanya diam. Walaupun dia sendiri merasakan yang dia lebih tua dari Akkir.

‘Saya tak sangka surat tu..’

Akkir menjegilkan matanya. Lelaki itu diam.

‘Surat yang merely nothing pada kau means everything pada aku. Korang first line yang terima aduan orang ramai. Kami siasat berdasarkan report korang pada permulaan, kalau korang buat silap. Mengaku! Jangan susahkan orang lain.’ Akkir meninggikan suaranya sebelum seseorang menyapanya dari belakang.

‘Kau tak rasa kau tegas sangat dengan dengan budak baru, Akkir?’ Seorang anggota polis berpakaian seragam, jelas menunjukkan pangkatnya di situ mucul bersama anggota polis yang lain. Membuntutinya dari belakang.

‘Tuan’ Akkir memusingkan tubuhnya dan memberi tabik hormat. Dia berdiri tegak sebelum perutnya ditumbuk perlahan oleh ketuanya.

‘Saya dengar mak mangsa terima envelope merah.’ Akkir mengangguk mendengar soalan daripada Chief Mazhan. Mengerutkan keningnya melihat lelaki itu.

‘Abaikan’ Ucap Chief Mazhan itu sambil memegang bahu Akkir dan berlalu pergi dari situ. Akkir terdiam sebelum berlari anak ke arah tuannya itu.

‘Apa maksud Tuan?’Akkir tidak faham. Kenapa bukti yang orang bawahannya ingat benda kecil, sekarang kecil juga di mata orang atasannya. Atau dia seorang yang punya mata? Orang lain tak nampak?

‘Awak tahu kan sebab apa’ Chief Mazhan membalas sambil melambai ke arah beberapa orang di kiri dan kanannya yang memberi senyuman padanya.

‘Saya tak tahu. Yang saya tahu tu bukti penting’ Akkir balas laju.

‘Bukti apa? Bukti yang ni kes serial murder 29 tahun lepas?’ Chief Mazhan menyoal bertubi.

‘Kita tak cukup bukti’ Dia menambah.

‘Ni baru hari pertama mayat dijumpai, banyak lagi masa nak cari bukti baru’ Akkir yang diam lama membalas.

‘Hari pertama pun orang dah kecoh pasal kes ni. Sebab mulut wartawan tu, kau ingat apa lagi orang ramai akan persoalkan kalau diorang tahu ni kes 29 tahun yang lepas. Diorang akan cakap polis tak buat kerja sebab tu killer tu masih ada sampai sekarang’ Seorang lelaki kelihatan lebih tua dari orang Chief Mazhan, berkumis, dan kelihatan lebih berpangkat dari polis-polis lain, tiba-tiba muncul dari balik pintu pejabat aras 3 tersebut bersama polis lelaki seorang lagi di sisinya. Akkir memusingkan tubuhnya memandang lelaki tersebut yang dia kenali sebagai SP Zarul. Dan baru sedar yang dia sudah diberi maklumat oleh Jun yang mereka akan dapat ketua balai yang baru.

‘So ni pasal maruah?’ Akkir menyindir. Chief Mazhan cuba menendang kaki Akkir.

‘Jaga mulut kau Akkir’ Anggota polis di sebelah SP Zarul, I.O Malik, lelaki berusia 40 tahun itu menyampuk.

‘Ni pasal kredibiliti polis. Kau bukan kerja sorang Akkir. Satu building ni ada 60 orang pekerja. Dan kalau kau nak kaitkan dengan kes 29 tahun lepas. Di ulu kinta. Pekerjanya 30 orang. Hampir seratus orang polis kena tanggung akibat. Daripada tak ada masalah, jangan buat masalah. Kes ni akan reda. Jangan put orang ramai dalam state yang lain.’ Balas SP Zarul, panjang. Kini mata semakin banyak menyaksikan pertengkaran tersebut.

‘Kalau dari awal kita silap, kita takkan dapat selesaikan kes ni’Akkir balas. Dia perlu balas. Chief Mazhan diam, sunyi memandang Akkir.

‘Kalau pembunuhnya orang yang sama..’Akkir menyambung sebelum dipintas oleh SP Zarul yang memandang tajam ke arahnya dari tadi.

‘Pembunuhnya takkan sama! Jangan nak create cerita lain. Kalau kau tak nak badge kau kena rampas, baik kau dengar cakap orang atasan’ S.P Zarul membalas lagi dan kini Akkir diam. Dia kecewa dengan diamnya. Chief Mazhan, SP Zarul dan I.O Malik berlalu dari situ bersama anggota polis yang lain. Lelaki yang dimarahi Akkir tadi, matanya terkebil-kebil melihat peristiwa tersebut. Tidak pasti sama ada dirinya gembira atau tidak dibela oleh orang atasan yang lebih berkuasa daripada Akkir. Tangan Akkir dihentak ke dinding. Jun datang menepuk bahunya dari belakang. Akkir kembali duduk di mejanya. Rakan sekerjanya, Inspektor Arif datang bersama lap top dan pendrive putih.

‘Daripada list yang yang kami dapat. One of them guna alamat dan no tel yang palsu. Ni cctv keluar masuk orang tu’

‘Tengok, tak jelas. Dia pakai mask dan full cover. Macam dah tahu orang akan cari dia’

‘Dari arah keluar pejabat pos, tiada surveillance cctv sebab banyak kawasan terpencil. Tak ada security demand. Paling dekat cctv adalah jalan besar, tapi mustahil nak trace kenderaan atau suspek sebab beribu kenderaan keluar dalam waktu tu. Pegawai pos tu pun tak cam wajah lelaki tu sebab lelaki tu pakai mask, dan tak bersuara apa-apa’. Terang inspektor Arif.

‘Laporan forensik?’ Detektif Jun menyoal Inspektor Arif.

Detektif Arif menghela nafas berat dan menggelengkan kepalanya. Akkir menghempas fail di tangannya ke lantai. Kuat. Jun bangun untuk menenangkannya sebelum Akkir menyelitkan dirinya dari ruangan sempit meja yang berkembar dan meninggalkan pejabat tersebut. Dia perlu masa. Inspektor Jun dan Arif hanya melihat kosong. Hujan dari semalam masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berlalu pergi. Ramalan cuaca setakat ini benar. Akan hujan sepanjang November ini di daerah Kuala Lumpur dan Selangor. Akkir menapak keluar perlahan, menuruni puluhan tangga kecil untuk keluar dari bagunan skuad polis tersebut sebelum terasa bahunya dilanggar dari tepi oleh sesuatu yang tirus seperti payung. Seorang wanita berpayung hitam di koridor jalan luar balai polis tersebut berlari anak ke arah kereta. Akkir mengerutkan keningnya. Satu perasaan yang seperti dia sudah alami sebelum ini.

*

Briekfield Penthouse

10.15 malam

Akkir melabuhkan punggungnya ke kerusi urut dan meletakkan kepalanya ke sofa empuk tersebut. Matanya dipejam, Cuba dilelapkan sebelum satu suara, 3 suara, kedengaran dari luar, dari televisyen. Akkir mebuka kelopak matanya sebelum melihat ibunya dengan sepinggan anggur di tangannya sedang dalam keadaan teruja menunggu cerita kegemarannya bersiaran sekarang. Akkir menggelengkan kepalanya.

‘Cerita apa yang mak tengok? Drama mana pulak sekarang? Korea? Philipine? Thai?’ Soal Akkir malas. Wanita separuh umur itu menjeling sekilas ke arah Akkir sebelum memakukan kembali matanya pada skrin televisyen dan meninggikan volume.

‘Tolong sikit. Ingat mak tengok cerita macam tu saja? Ni cerita orang kita. Dan bukan drama okay?’

Akkir yang tidak percaya pengakuan ibunya itu turut mengalihkan matanya pada skrin televisyen tersebut. Terpampang suatu siaran yang kelihatan lebih kepada satu perdebatan atau dialog sementara ketawa geli di dalam hatinya memikirkan minat ibunya sudah berubah. Cuma sesaat sebelum matanya mengecil melihat wajah seseorang. Seperti panel utama dialog tersebut. Dan seperti yang dia pernah lihat, atau jumpa sebelum ini. Akkir melilau mencari nama perempuan tersebut.

‘Dian Sufia. Profiler. Cantik kan?’ Mak Akkir yang seperti dapat membaca fikiran Akkir segera mencelah. Memasukkan anggur yang ke 10 ke dalam mulutnya. Akkir menebeliakkan matanya memandang ibunya.

‘Profiler?’ Akkir menyoal laju. Tidak lagi bersandar pada sofa tersebut.

‘Tulah kau Akkir, asyik perli mak selalu tengok TV. Tulah akibatnya kalau kau tak tengok TV. Orang terkenal macam ni pun kau tak kenal’

Akkir tidak membalas. Diam. Mengalihkan kepalanya pada skin televisyen sekarang, mendengar teliti dialog tersebut.

‘Most of the case will turn into cold case kalau tak ada lead at least for 2 weeks. Kemudian polis yang sama akan terima kes baru, kerana itu memang tugasan mereka. People then will forget about the old case, that is why it’s became a forgotten case. But doesn’t mean we need to stop investigate. Kes adik Nurin Jazlin, sampai sekarang kita masih belum dapat tangkap pembunuhnya. Kita geram, marah tapi hanya sekejap. Siasatan pun hanya sekejap. Mungkin sebab kita tak lagi dengar kes yang sama macam adik Nurin walaupun masih ada kanak-kanak yang dilapor hilang. Jadi kita assume pembunuh adik Nurin mungkin sudah mati. Kalau tidak kenapa dia stop? Kita masih tiada lead untuk tangkap dia, dia bebas untuk membunuh merogol, membunuh mangsa yang lain, he is completely addicted to kill, so why did he stop? Kami profiler buat andaian, dia mungkin mati. Atau lari ke negara lain, atau dia kemalangan hingga koma, atau di dalam penjara, kena charge dengan jenayah yang lain. Saya boleh terima kalau ini teori yang berlaku pada penjenayah ni, tapi macam mana kalau dia masih dalam kalangan kita? Still in our midst? Dan dia tidak lagi meninggalkan mangsanya seperti yang dia buat pada adik Nurin tapi tanam? Dengan cara kita takkan dapat mengesannya sampai bila-bila. Macam mana kalau kanak-kanak yang hilang sampai sekarang menjadi mangsanya?’ Profiler Dian bersuara dengan hujahnya dan jelas dua lagi panel yang lain kurang senang dengan hujah tersebut.

‘Polis tak boleh fokus hanya pada satu kes saja. Kalau kita bukak balik satu cold case, cold case yang lain kena buka balik jugak. Sudahnya semua polis bazir masa pada kes lama, dan tak selesaikan kes baru, it even made up more cold case’ Seorang lelaki yang Akkir baca keterangan di bawah pada papan skrin sebagai CP Mazlan membantah. Akkir kenal lelaki itu sebagai orang atasannya yang jelas kenal dengan ramai ahli politik. Perempuan bernama Dian itu masih belum membalas menyebabkan seorang lelaki lain di hujung meja menambah.

‘Sebab kami polis lebih dari orang lain, tahu how tiring handle with the cold case who have no lead.’ CP Jamal menambah sekali lagi. Profiler Dian memandang tajam ke arah CP Jamal pula.

‘Saya tak minta semua polis terlibat dengan kes macam ni, kita hanya perlukan certain people. A team at least. We have no lead because we stop searching’ Profiler Dian akhirnya membalas. Meliar matanya melihat polis lelaki di hadapannya sekarang ini. Kedengaran suara penonton di dalam studio kini berbisik-bisik antara satu sama lain. Pengacara dibiar berdiam, mungkin taktik pengarah studio untuk naikkan rating dengan cara sebegitu. Dan Akkir percaya teorinya betul di mana maknya kini semakin fokus ke dalam dialog tersebut, tidak sedar Akkir sudah menghabiskan anggurnya. Profiler Dian, Akkir lihat masih mahu menyambung hujahnya di balik kekalutan tersebut.

‘Dan kes terbaru. Kes pembunuhan semalam. Polis tidak menjawab kes semalam adalah kes yang sama seperti 29 tahun dulu. Sebab?’ Profiler Dian menyindir tegas.

Akkir seperti mahu masuk ke dalam skrin tersebut waktu itu juga, mahu berdebat sendiri dengan profiler tersebut.

‘Kes tu masih dalam siasatan. Tak ada hitam putih lagi Profiler Dian’ Agak keras kali ini nada CP Mazlan membuatkan Akkir merasa lega. Kenapa? Bukan dia salah seorang yang mahu menyiasat kes ini sebagai kes 29 tahun yang lalu. Adakah kerana sekarang Profiler Dian menghina polis? Akkir mengerutkan keningnya. Mendengar hujah Profiler Dian yang seterusnya.

‘Polis boleh cakap ya atau tidak. Simple. Kerana mereka hanya perlukan comparison. Bukan semalam ketua polis yang siasat kes ni bagi statement cara mangsa ditemui tak pernah leak pada orang ramai, jadi kalau apa yang press tu cakap salah, dia hanya boleh cakap tak’

Hujah Profiler Dian kali ini semakin membuatkan polis lelaki itu bertambah tegang wajahnya. Ibu Akkir kini menepuk kedua belah tangannya berulang kali, kelihatan sangat kagum dengan Profiler Dian.

‘Press yang keluarkan berita tu tak ada kesahihan pada beritanya. Saya tak tahu siapa yang beri…’ CP Mazlan membantah sebelum dicelah oleh Profiler Dian.

‘Jadi Tuan boleh perbetulkan berita dia sekarang. Ini peluangnya. Live. Betulkah ini bukan kes yang dulu?’ Profiler Dian mencantas sambil melihat ke arah penonton di dalam studio yang Akkir yakin seratus peratus kini memihak kepada profiler tersebut. CP Mazlan membisu dalam marah

‘Is that a yes?’ Profiler Dian menyoal dengan nada sinis tapi masih, CP Mazlan diam membisu.

‘People is dying’ Profiler Dian menambah bara dalam api. Keras dalam nadanya. Keringatnya CP Mazlan kini mula kelihatan. Dan bergetar bibirnya menahan marah yang kini meletus.

‘People is dead! Only one and won’t more. Victim who die now is nothing to do with the 5 victims in the past.’CP Mazlan yang diam dari tadi akhirnya bersuara. Ibu jarinya digeserkan dengan anak jarinya yang lain. Tetapi masih memandang tepat ke arah Dian. Yang lain akui, sekarang, keadaan adalah tegang.

‘Saya bukan nak membela pihak polis, tapi kes tu dah disiasat lama tanpa ada apa-apa lead. Bukan pihak polis tidak buat kerja tapi dah tak de lead?’ CP Jamal menambah lagi. Profiler Dian menghela nafas berat.

‘Tuan polis. Kalau Tuan tak bela nasib polis, Tuan bela nasib siapa? Tuan kena bela nasib polis untuk lawan orang macam saya. Polis tak boleh lari dari persoalan orang ramai. Hanya sebab certain time past, kita tak boleh lupakan penjenayah, apatahlagi mangsa. Someone out there should remember them. Do something for them. Police is my number one list’

Profiler Dian mematikan dialog yang tiada penyelesaian hingga ke akhir. CP Mazlan dilihat bangun serta merta dari kerusinya yang hilang dari skrin sebelum tiba-tiba dialog tersebut ditukar dengan iklan perabot membuatkan ibu Akkir mengeluh, menjerit dan bergerak ke arah dapur. Akkir, dia tidak boleh tidur malam itu.

*

Nibong Restaurant, Ampang

2.30 petang

Hujan masih lebat. Akkir menanggalkan cermin mata hitamnya setelah melihat 2 orang yang dia berhadapan sekarang seperti masih belum mengenalinya. Salah seorang dari mereka, Faris jelas terkejut, dan bersiap sedia mahu lari sebelum perempuan di sebelahnya menahannya dari pergi.

‘Jadi Profiler Dian informer kau? What a police attitude’ Akkir memulakan perbualan di luar retoran di mana dia secara sengaja mengekori Faris dan tekaannya tepat, Faris memang berhubung dengan Profiler Dian. Perempuan yang Akkir syak ada waktu kes pembunuhan lepas, perempuan yang dia berlanggar bahu dan sekali lagi Akkir lihat di ibu pejabat polis Ampang tempoh hari.

‘Excuse me Inspektor Akkir. Saya tak tahu apa Tuan cuba cakap but we just eating’ Dian cuba memberi penjelasan dengan wajah tidak bersalah. Akkir memandangnya tajam. Faris diam.

‘And talk about case. Kau ingat aku pekak’ Akkir mencantas kata-kata Dian. Dian membalas dengan senyuman sinis.

‘So you hear. Baguslah kalau dah dengar. So tunggu apa lagi..’

Akkir meletakkan garinya pada Dian. Faris cuba menghalang tetapi terlalu takut.

‘Saya tak minta Tuan gari tangan saya, saya nak Tuan siasat balik kes ni. Apa yang Tuan buat?’ Dian meninggikan suaranya memandang Akkir. Akkir selesai menggari Dian.

‘Aku tak rasa aku perlu terima nasihat dari orang yang dah belot agensi dia sendiri. Kau tahu apa yang kau buat dah rosakkan imej polis’ Akkir membalas dengan suara yang lebih tinggi dari Dian. Dian yang mendengarnya memandang Faris sesaat sebelum kembali memandang Akkir. Dia memandang Akkir tajam. Sinis.

‘Sazly ada 4 orang anak. Semua masih sekolah. Sekarang yatim. Isterinya sakit. Suri rumah. Sekarang janda. Yatim dan janda. Because someone murder their dad, and her husband. But thanks to someone ego, our almighty police don’t want to cooperate. All they need to do just open up old case and investigate properly. But again, sama macam 29 tahun yang lalu, diorang cut off anyone who make this thing go viral. Again, again, and again! Cuff the wrong person! So I.O Akkir Fedi, I ask you again, just what have you been doing?’

Dian memandang tajam ke arah Akkir. Tangan lelaki itu masih memegang gari, dan tangan perempuan tersebut. Dan kali ini diam.

*

Bab 3:Bad Cop, Good Cop

IPD Ampang

7.45 pagi

Keadaan di luar ibu pejabat polis semakin riuh dengan puluhan pertubuhan NGO membuat tunjuk perasaan memegang sepanduk dan pembesar suara menjerit meminta polis menyiasat kembali kes 29 tahun yang lalu. Yang Akkir pasti, semuanya berpunca daripada dialog yang dia lihat di siaran TV 2 hari yang lepas, atau lebih tepat dari Profiler Dian. Dia patut sedar betapa besarnya kuasa media pada rakyat. Apa yang mereka dengar lebih berkesan dari apa yang berlaku di balik tabir.

Kereta Akkir terpaksa diletakkan jauh dari balai akibat kesesakkan pada pintu masuk balai tersebut dan dia, selaku I.O kes tersebut, dia tidak mahu menjadi tumpuan wartawan dan orang ramai yang mungkin, pada bila-bila masa saja akan membaling telur atau tepung padanya.

Akkir berjaya menyelinap masuk melalui jalan belakang dan terus naik ke tingkat 3 sebelum derapan kaki milik kakitangan polis berlari ke arah dewan utama. Akkir tidak dipedulikan. Jun yang muncul di balik kesesakkan itu satu-satunya manusia yang perasan akan keberadaan Akkir di situ segera menarik tangan Akkir.

‘Kau pergi mana? Cepat’

Akkir menapak laju, diheret oleh Jun masuk ke dalam dewan tersebut yang kini dipenuhi orang ramai wartawan. Akkir lihat Faris berada pada barisan kerusi paling hadapan.

‘Pihak polis sedar akan kegusaran orang ramai. Adalah benar seperti yang dilapor sebelum ini, kes pembunuhan Sazly di jalan Lama adalah sama Modus Operandinya seperti 29 tahun yang lalu. Disebabkan pihak polis masih belum memberkas pembunuhan kes bersiri tersebut, kemungkinan adalah besar untuk dia ada pembunuh yang sama bagi kes kali ini. Jadi untuk mengendalikan kes ini, pihak polis sudah mengambil langkah alternatif dengan menubuhkan pasukan khas untuk mengendalikan kes ini. Dan anggotanya, akan diketuai oleh I.O yang faham kes ini lebih dari pihak saya sendiri. I.O yang mengetuai kes Sazly selama ini. I.O Akkir. The rest will be announced later. Jadi….’

Akkir tidak peduli apa yang Chief Mazhan akan perkatakan seterusnya sebaliknya kata-kata Mazhan sebentar tadi. Skuad Khas? Dia ketuanya? Kenapa ahli lain tidak disebut terus? Jun yang bersamanya selama ni kenapa namanya tidak disebut? Jun dikeluarkan? Kenapa bukan dia sekali? Adakah kerana dia memberontak selama ini?

Jun menghampiri Akkir dan memberitahu pada Akkir yang dia baru mendapat notis pagi tadi yang dia dan I.O Julia akan dihantar ke Terengganu yang mana menyebabkan geram dan marah Akkir semakin membuak-buak.

*

Café Chocahouse

10.30 pagi

Hujan di deretan lorong-lorong yang menempatkan kedai-kedai barangan antik, dan juga kafe-kafe minuman yang ramai pelanggannya lebih kepada golongan muda kini mulai reda tetapi masih ada rintikannya mengena bumbung-bumbung kedai-kedai lama di situ.

Dian memasukkan lap top jenama Apple yang berwarna mint tersebut ke dalam beg sandangnya yang berwarna coklat. Dia bangun dari kerusi dan beralih keluar dari meja yang berada di tepi tingkap paling hujung dalam kafe tersebut. Menapak ke arah kaunter dan mengambil green tea yang dipesannya 15 minit yang lalu. Selesai membayar menggunakan smartphonenya, Dian menolak pintu kaca tersebut, membuka payung hitamnya, menapak keluar dari kafe tersebut sebelum beg sandangnya direntap dari belakang. Dian tersentak ke belakang. Badannya seperti diheret. Dia dan orang yang mengheretnya kini berada di kaki jalan yang berbatu bata merah. Beberapa deretan pokok-pokok yang menghijau menghiasi jalan tersebut. Dian terkejut, dia agak sedikit marah. Membetulkan beg sandangnya kembali. Air greenteanya sedikit lagi hampir tertumpah.

‘Kau tahu apa yang kau dah buat? Ini cara kau balas aku lepas aku lepaskan kau?’ Akkir melenting pada waktu itu juga. Nafasnya kuat. Dian boleh dengar. Dian menjarakkan sedikit dirinya daripada Akkir. Sedar, Akkir menariknya kuat hingga mereka rapat. Dian payungnya kini turut memayungi Akkir.

‘Puas hati kau sekarang, satu Malaysia tahu pasal kes tu dan sedang takut sekarang’ Akkir menambah. Dia belum reda. Tekadnya satu, dia mahu Dian bertangungjawab. Berani buat berani tanggung. Dian tidak membalas, sebaliknya mengukir satu riak wajah yang lebih kepada senyuman.

‘Senyum? Kau boleh senyum? Kau patut minta maaf dengan aku sekarang!’Akkir tidak berpuas hati. Dian padanya lansung tiada mimik muka rasa bersalah, simpati atau takut. Perempuan ini silap besar bila dia pilih untuk mess up dengan Akkir. Dian kemudian mengerutkan keningnya.

‘Minta maaf? Tuan sepatutnya terima kasih dengan saya sebab senangkan kerja korang’ Dian membalas selamba.

‘Berapa kali aku nak cakap yang ni bukan benda lawak’

‘Berapa kali juga saya nak cakap yang saya tak pernah buat lawak’ Dian membalas laju, bebola matanya ke kiri dan kanan menerangkan satu persatu pada Akkir. Akkir tidak tenang wajahnya.

‘Okay-okay. Saya cuma nak tolong Tuan. Nah minum air ni, bagi sejuk sikit. Saya tak minum pun lagi’ Balas Dian sambil menghulurkan air green teatersebut kepada Akkir sebelum Akkir, menggunakan tangannya sendiri menepis air tersebut hingga jatuh dan tumpah ke kaki jalan. Orang ramai mula memberi perhatian kepada mereka. Dian agak terkejut.

‘Tuan dah kenapa! Orang bagi air free, dia senang-senang je tepis. Dia ingat air ni aku beli dengan daun?’ Dian terus mengomel.

‘Ini tolong bagi masalah. Kau tahu aku diheret jadi ketua kumpulan yang akan jadi kecaman polis. Kumpulan yang polis-polis lain akan pandang serong. Orang macam kau takkan pernah faham. Korang hanya bagi masalah’ Akkir menambah. Seolah-olah dia pada tahap tidak boleh terima akal yang dirinya hanya kerana dia melepaskan Dian tempoh hari. Dian menundukkan dirinya mengutip bekas air tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia lantas memandang Akkir kembali.

‘Jadi Tuan jadi polis sebab nak jaga hati polis lain?’ Dian membalas tegas. Mengebam mulutnya. Akkir memandang Dian makin tajam. Hujan mulai lebat kembali. Dian menggengam kemas payungnya.

*

Street Food

11 malam

Hanya kedengaran kenderaan lalu lalang dari sisi kedai makan yang terletak di tepi jalan tersebut. Hanya ada 6 buah meja plastik merah, tetapi ruangan kedai itu penuh. Hanya berbumbungkan kain guni tetapi utuh memayungi dari bayu malam yang meniup angin perlahan dan bekas hujan yang masih merintik. Juga kedengaran kuali diacak kuat dengan sudip, bau mee goreng kuat mula terhasil berserta asap dari kuali tersebut. Seorang mak cik berumur lingkungan 50an menghidangkan mee gorang tanpa sayur tersebut ke pinggan merah yang dilapik plastik dan dengan perlahan menghidangkannya pada Akkir yang berada di meja paling hujung kedai tersebut. Akkir mengucapkan terima kasih.

‘Much welcome’ Dibalas oleh Dian. Terkejut, Akkir menutup lap top yang ditenung sejam yang lalu.

‘Dian nak makan apa hari ni?’ Mak cik tersebut menyoal Dian.

‘Sama’ Dian membalas sambil menarik kerusi, duduk di tepi Akkir. Matanya tertumpu pada lap top Akkir.

Akkir masih terlopong dari tadi.

‘Kenapa? Saya dah tolong bayar makanan Tuan tadi. Jangan rasa terhutang ke apa sebab saya regular dekat sini. Dengar tak tadi mak cik tu panggil nama saya. Maksudnya kami dah rapat. So dapat harga diskaun. So jangan risau’

Akkir memandang tidak berpuas hati dengan Dian.

‘Kau ada setiap kali sebelum aku ditimpa masalah, mana aku tak risau’ Akkir membalas laju. Menyandarkan dirinya kembali. Dia tidak menyangka Dian masih mahu berbicara dengannya selepas apa yang dia buat pada Dian petang tadi.

‘Makan-makan, nanti sejuk, mee goreng tu dah tak sedap but wait, apalah polis tak makan sayur’

Dian merenung makanan Akkir yang berada di hadapannya.

‘Sayur orang kurus keding macam kau je yang makan’

Dian mengerling tajam. Akkir tidak puas hati, kenapa Dian di situ.

‘Asal kau ada dekat sini’

‘Ni kedai Tuan Akkir ke yang saya tak boleh datang?’ Dian menjeling sebelum menyambung

‘Macam ni ke cara nak repay orang yang dah belanja dia makan’ Dian menyambung sinis.

‘Belanja aku? Bukan kau nak tuntut balik air green tea kau tu kat aku?’ Akkir membebel sebelum dipotong oleh tepukan tangan secara tiba-tiba oleh Dian.

‘So you remember! Kalau macam tu Tuan Akkir juga ingat yang saya pernah tolong Tuan Akkir untuk kes Sazly kan?’

‘Tak pernah sekali pun dalam ingatan aku, kau tolong aku’ Akkir cuba membetulkan salah faham Dian.

‘Saya tolong Tuan gegarkan upperhead untuk tubuhkan team baru. Secara tidak lansung tuan dapat siasat kes Sazly dengan kes 29 tahun yang lalu legally’

Akkir tergelak.

‘Gegar? Kau ingat ni gegar vaganza? Bukan setakat gegar, goncang? Kocak? Sikit pun upperhead tak buat apa-apa Cik Dian. Yang diorang buat hanya tubuhkan team untuk sedapkan orang ramai. Wake up. This is not what you are thinking’ Akkir memandang sinis ke arah Dian berharap perempuan itu akan sedar dirinya, sedar apa yang dia dah buat dah musnahkan kerjaya orang lain. Dian mengerutkan keningnya, meneguk air soda milik Akkir yang baru dituang sebentar tadi ke cawan kecil dengan sekali nafas sebelum menyambung.

‘Nampak sangat kes tu penting’

Akkir terdiam mendengar kata-kata Dian. Tidak pasti samada terkejut dengan reaksi spontan Dian megambil minumanya atau atas sebab lain. Mak cik tersebut kembali dengan mee goreng yang sayurnya banyak dan sebotol soda dan dua cawan kaca kecil berisi ais. Dian menuang minuman soda ke salah satu cawan kaca yang berisi ais dan menolaknya pada Akkir.

‘Sedangkan apa yang patut diorang buat just mengaku itu kes 29 tahun yang lalu. Behind those law, lay another person’ Dian merenung tajam ke arah Akkir yang kini jelas kelihatan bingung.

‘Who?’ Akkir menyoal pantas. Menyesal kerana membiarkan dirinya terheret sekali lagi dalam permainan perempuan tersebut. Dian minum seteguk daripada soda yang baru dituangnya.

‘Do some reasearch inspektor, siapa yang benefit banyak kalau kes ni tidak disiasat’ Dian menyoal dengan senyuman sinis dilontarkan kepada Akkir.

‘Criminal’ Akkir meneka ragu-ragu

‘Semua orang tahu yang tu’ Dian membalas malas.

‘Apa yang aku tak tahu?’ Akkir mencelah. Dian tersenyum sinis.

’Serial Murder Ulu kinta, polis yang mengetuai kes tu 29 tahun yang lalu, our ex GIP merangkap current Ketua Polis sekarang. Sebab tu kalau Tuan bukak kes ni dan dapat cari pembunuh tu, secara tidak lansung nak cakap polis 29 tahun yang lalu, atau direct pada ketua polis kita yang dia dah buat silap’ Jelas Dian dan sekarang jelas di hadapan matanya, Akkir, lelaki itu merah padam, dan turun naik nafasnya.

‘Kenapa kau tak cakap dari awal!’ Herdik Akkir.

‘Kenapa? Tuan akan diam juga?’ Dian menyoal sinis. Masih memegang cawan berisi air soda. Akkir diam.

‘That seconds hesistant, saya percaya Tuan bukan polis yang macam tu’ Dian menambah dibalas dengan diam Akkir yang lama. Dian mengeluh berat dan lama. Memandang ke atas langit yang gelap dan hanya mencurah air.

‘Kan bagus kalau ada next victim untuk kes ni’ Dian menambah lagi sambil beralih memandang Akkir.

‘Apa kau cakap tadi?’ Akkir bagai percaya tidak percaya perkara sebegitu keluar dari mulut Dian. Dian memandangnya dengan wajah tidak bersalah dan kosong.

‘Haah, lagi banyak victim, lagi banyak alasan nak siasat kes tu balik. Anyway, it’s good. For now’ Dian menambah, mematikan perbualannya dengan Akkir. Menjamah mee gorengnya tanpa sebarang soalan lain.

*

Bab 4: The cold cases team

IPD Ampang, 3rd Floor

8.00 pagi

Akkir menolak pintu kaca pejabat tingkat tiga bagunan polis tersebut menggunakan kotak ditangannya dan menutup kembali pintu tersebut juga menggunakan tangannya. Dia malas menggunakan tubuhnya hari itu. Dia malas untuk semuanya. Lanjut melangkah kaki ke dalam pejabat tersebut yang seperti dibahagi 90 peratus timur dan 10 peratus barat. Barat terletak nun jauh di penghujung pejabat. Akkir mendapat firasat yang kurang baik. Tenaganya dirasakan disedut keluar peratus demi peratus. Hanya cahaya sebesar jarum jarum kecil keluar dari birai tingkap menyinari barat tersebut. Seorang konstable yang dia kenal menabik hormat kepadanya sambil tangan kanannya memegang kayu mop. Konstable yang dikenali satu pejabat itu sebagai konstable awet muda, dan merangkap orang yang diherdik Akkir 2 minggu yang lepas kerana kes envelope merah tersebut. Akkir hanya mengangguk. Konstable Hanif menghalakan jalan kepada Akkir. Mereka tiba di barat pejabat tersebut. 20 mata anggota polis yang lain mengekori gerak geri Akkir. Bunyi bisikan gosip mula meliar ke telinga Akkir. Dia jadi bertambah lemah. Konstable Hanif meletakkan mop di tepi meja, dan tolong mengangkat kotak Akkir dan meletakkannya di meja yang berhabuk tersebut.

Akkir menapak ke jendela yang berada di tepi mejanya yang dikembar 3 dengan meja yang lain. Matanya disilau oleh matahari pagi. Tetapi kenapa matanya dirasakan hanya mahu pejam pagi itu. Akkir beralih melihat keadaan sekeliling. Hanif terusan dengan kerja mengemopnya sebelum mereka berdua disapa oleh satu tubuh yang agak rendah dan gempal, lingkungan 50 an.

‘RF74235, Sarjan Mahzan melapor diri tuan! Saya dengar banyak pasal tuan’ Lelaki tersebut menabik hormat kepada Akkir tanpa dia sedar tangan yang digunakan untuk menabik hormat pada Akkir tersebut terlepas dari kotak yang saiznya separuh besar dari badannya bertaburan isinya jatuh ke lantai. Akkir menghela nafas berat. Turut menunduk mengutip barang-barang lelaki tersebut bersama Konstable Hanif.

Selesai, mereka bangun.

‘Mana lagi 2 yang lain?’ Soal Akkir sambil melihat jam ditangannya.

‘2?’ Hanif menyoal dengan sedikit kecewa di riak wajahnya. Dia beralih ke meja di tepi meja Sarjan Mahzan dan merangkak ke bawah, mengangkat kotak dan meletakkannya ke meja. Debu muncul dicelah kotak tersebut.

‘Yang sorang lagi tengah kat bawah. Dekat administrative office. Saya dengan imspektor tu dah jumpa tadi dekat lobi sebelum kena seru ke administative building untuk urus pendaftaran’ Hanif menjawab. Akkir mula mendapat firasat yang bertambah kerisauan pada dadanya. Sekarang semua masuk akal kenapa Hanif dari tadi mengekorinya, dan mengemop lantai dari tadi di kawasan barat tersebut. Hanif menambah pada Akkir yang dia hanya ahli sementara dalam skuad itu kerana perlu berkhidmat di Bukit Aman selepas itu. Jadi, nasib skuad Akkir sebegitu? Hanya untuk orang datang sekejap dan pergi ke tempat yang kekal?

Dan itu memang balasan Chief Mazhan dan SP Zarul padanya. Bagi orang yang buat silap dalam kes serial killer tu padanya, ini tanda protes. Sarjan Mahzan mengeluarkan kain dan mengelap mejanya.

‘Tempat ni tak ada computer, hanya ada satu telefon, diorang expect kita kerja atau tak’ Sarjan Mahzan mengeluh dalam perbualannya melalui telefon bimbit, yang pada firasat Akkir mungkin rakan sekerjanya sebelum ini.

‘Tapi memang kita kena kerja kan’ Dia menyambung. Sambil mengambil beberapa keping framedari kotaknya yang besar itu dan menyusun frame tersebut di atas mejanya. Hanif di sebelahnya kini memegang spray.

‘Kita cuci dan cuci tapi lansung tak nampak penghujung dia. Diorang tak pernah cuci ke tempat ni? Bau dia, hump!’ Hanif merungut hingga tidak sedar dia hampir spraymuka Sarjan Mahzan yang mengherdiknya selepas itu.

‘Tuan Akkir, benda dengan tempat ni? Cakaplah kat pihak atasan’ Sarjan Mahzan mengeluh tapi masih betah mengelap mejanya.

‘Tu seat sapa?’ Sekali lagi Akkir menyoal pada Hanif.

‘Entah tadi dia cakap dia profiler. Lupa pulak nak tanya nama. Tapi macam familiar. Macam pernah tengok. Tapi entahlah, tengok macam mana diorang layan kita saya tak rasa diorang akan bagi profiler yang bagus.’ Hanif membalas malas. Dan kini semua mata mereka menatap satu susuk tubuh yang buat mereka semua berdiri tegak sekarang.

‘Ni kes pertama group korang’ Chief Mazhan menyerahkan fail tersebut pada Akkir.

‘Ulu kinta serial killer’ Hanif menyebut perlahan sambil terhinjut-hinjut teruja melihat fail tersebut. Akkir mengerutkan keningnya, begitu juga dengan Sarjan Mahzan yang berhenti mengelap meja mereka.

‘Kes ni? Kenapa tak suruh kami duduk dan rehat. Tak pun cuti terus’ Sarjan Mahzan mengeluh di belakang, perlahan suaranya.

‘Korang polis dah lama, korang patut tahu kes ni lebih dari orang lain. Kes paling famous dekat Malaysia. Tapi even seribu, 2 ribu, satu unit polis ni dekat Malaysia keraskan tenaga diorang, it’s a shame we could not even trace criminal shadow dan kau Akkir, bukan kau yang nak sangat siasat kes ni. Kau yang nak bukak balik kes ni. So tell that to your mate’

Akkir diam.

‘Mana mana kami nak siasat kalau polis dulu pun tak boleh nak siasat. Dengan team macam ni, dengan tempat macam ni?’ Sarjan Mahzan mengeluh tidak menghiraukan mata Akkir. Mereka semuanya diam. Lama.

‘Why not?’ Kedengaran suara perempuan semakin lama semakin dekat dengan mereka dengan beg galas belakang yang sangat besar yang hampir membongkokan badannya. Tudung putihnya kelihatan sedikit kusam, dari celah kiri dan kanan tudung itu, kelihatan satu wayar putih terkeluar darinya, visual yang sama Akkir lihat sebelum ini. Dia memakai baju kemeja hitam dan berseluar jeans biru pudar, pakaian yang lebih kurang sama.

‘Cold case squad. Gah seperti nama dia. At least kena bagi kes macam ni baru capai standart’ Perempuan itu menyambung sambil meletakan bag galasnya ke meja hingga menghasilkan debu dan bunyi yang kuat. Hanif mengepakkan tangannya menghalang debu dari mengaburi matanya manakala Sarjan Mahzan mula batuk. Akkir kaku. Chief Mazhan memandang perempuan tersebut sebelum beralih memandang yang lain.

‘Ni bukan perjumpaan pertama korang kan. Ini Inspektor Dian. Profiler. Dia yang akan handle criminal dan hazard level, and in charged of getting confession’ Chief Mazhan bersuara dengan sinis, dan tidak rela.

‘Lets work together’ Dian dengan senyuman sinis memandang Akkir. Akkir yang dari tadi mengebam mulutnya, sesolah-olah menahan marah yang amat.

‘Kenapa tak suruh bomoh saja tangkap pembunuh?’ Akkir membalas, setelah diam agak lama.

‘Bomoh?’ Dian menggumam marah. Jelas dia masih dengar apa yang Akkir baru katakan walaupun dia sedang memakai earphone dan memasang lagu bernada perlahan. Dian menanggalkan earphonetersebut.

‘Dia tak ada degree related and field work experienced. Cold case perlukan profiler yang bertauliah, don’t just give me anyone’ Akkir menyambung, tidak melihat Dian lansung.

‘Anyone?’ Sekali lagi Dian menggumam dengan kuat.

‘Give me someone good’ Akkir tidak peduli. Chief Mazhan beralih memandang Akkir.

‘Tak ada orang lain. Take it or leave it. Kalau tak nak, hand out your badge’

Chief Mazhan meninggalkan mereka. Diam seribu bahasa. Akkir menghentak tangannya ke meja. Sarjan Mahzan terduduk ke kerusinya dan hanya Hanif mengalu-alukan kedatangan Dian.

‘So kita mula kerja’ Dian cuba memulakan perbualannya dengan senyuman yang Hanif seorang saja rasa ikhlas menyahut sebelum Sarjan Mahzan bangun dari kerusinya dan memandang tajam ke arah Dian.

‘Kau kata kau profiler. Kau cuci telinga kau betul-betul. Kau tak ada otak, kau tak tahu ke kes ni lansung tak ada jejak. Semua blood, hair satu pun diorang tak jumpa dulu. So kalaupun kita tangkap pembunuh sekarang, kita tak ada benda nak compare untuk ujian DNA’ Sarjan Mahzan mencelah. Dian mengerutkan keningnya, dan kelihatan betul-betul faham dengan apa yang dia baru dengar. Dian memeluk tubuhnya.

‘Tulah masalahnya. Diiorang tak buat kerja betul-betul. Store evidence pun tak betul. Bukan tu saja, siasatan ni just a mess. Satu Malaysia tahu’ Dian membalas selamba.Semua polis yang memberi tumpuan mereka pada team itu sejak Akkir orang pertama masuk dan Dian orang terakhir masuk kini mula berdiri, mahu mendengar jelas apa yang Dian baru katakan. Jelas dalam kalangan mereka, terutamanya yang lebih berusia menyirap darah mereka, merah padam muka.

‘Bukan kes ni saja, semua cold case sama. Semua orang claim diorang busy.’ Dian menyambung. Tidak mempedulikan situasi yang tegang tersebut.

‘Kau ingat sini tempat budak-budak main?’ Akkir mencelah marah.

‘Setengah orang gadaikan nyawa untuk siasat kes. Kau tak tahu apa-apa. Jangan main cakap saja’ Akkir menambah sekali lagi. Dian ketawa sinis.

‘Tuan cakap macam ni sebab Tuan polis kan?’ Dian memandang sinis ke arah Dian. Entah kenapa Akkir rasakan Dian yang dia jumpa sebelum ini lebih baik dari yang ada di hadapannya sekarang. Completely a different person.

‘And you don’t?’ Sarjan Mahzan mencelah. Hanif memandang tepat ke arah Sarjan Mahzan, kagum lelaki itu bercakap bahasa orang putih.

‘Kau pun polis juga.’ Dia menambah sekali lagi. Dian memandangnya sinis.

‘Pembetulan, saya polis baru. Pak Cik polis lama. Old police. Mana sama’ Dian membalas tajam menyebabkan Sarjan Mahzan mula hilang sabar dan mula untuk menyerang Dian sebelum dihalang oleh Hanif dan kakitangan polis yang lain. Dian yang berlagak seperti tidak peduli apa yang berlaku di hadapannya kini beralih ke meja Akkir.

‘Biar saya beritahu what kind of police you are’ Dian menambah. Melihat fail yang tersusun di meja Akkir.

‘Fail berlambak di meja, kes rompak, kes cabul di tandas, kes pencuri sevenE Jalan keluang, kes penyeluk saku Bangi, kes ragut. Berlambak-lambak kes tak selesai. You hate your life didn’t you?’ Dian menyindir Akkir, tangannya kini memegang satu frame yang jatuh ditutup muka hadapannya sebelum dirampas kasar oleh Akkir. Dia hanya ketawa kecil, memandang tepat ke arah lelaki itu sebelum beralih melihat meja Sarjan Mahzan yang kelihatan lebih bersepah dengan fail dan yang paling ketara adalah bingkai-bingkai gambar yang Akkir yakin 10 semuanya, berbeza saiz.

‘Meja sebelah sana, tak payah nak cakaplah’ Dian menyambung kata-katanya. Sarjan Mahzan yang perasan Dian sekali lagi memerlinya kini semakin hilang sabar tetapi dijerit kuat oleh Akkir menyebabkan mereka yang lain diam. Dian dengan muka selamba, melabuhkan punggungnya duduk di kerusinya.

‘Apa lagi lepas ni’ Akkir mengeluh sendirian sambil melabuhkan punggungnya duduk ke kerusinya. Sebelum dia rasakan sesuatu yang pelik di kerusi tersebut, sesaat punggung Akkir mendarat ke lantai yang tengah dimop oleh Hanif. Punggungnya basah. Sakit. Dia diangkat bangun oleh Hanif, Sarjan Mahzan dan Dian. Akkir menyuruh anak buahnya balik awal hari itu, termasuk Dian. Dia perlukan masa untuk menerima kenyataan.

*

Streetfood

11 malam

Dian menanggalkan earphonedi telinganya, membalutkan wayar pada badan Mp3 putih bulat dan memasukkan mp3 tersebut ke dalam bag sandangnya. Dia melabuhkan punggungnya duduk di kerusi yang hanya kerusi itu di letakkan di lantai, kerusi lain sudah ditindan dan dimasukkan ke van berwarna putih. Meja-meja lain juga sama. Sudah dilipat dan dimasukkan ke dalam van yang sama. Hanya tinggal meja di depan Dian. Seorang mak cik, lingkungan 50an, mak cik yang sama Dian anggap mereka rapat dan dia sendiri memberitahu hal itu pada Akkir, kini muncul bersama sepinggan mee goreng yang baru digorengnya, jelas dengan asap berkepul-kepul dari mee tersebut, dan satu botol soda, dia menuju ke arah Dian, dan meletakkannya ke meja.

‘Nah mee goreng kau, jangan kacau orang tua ni lagi’ Perempuan itu memulakan perbualannya. Dia kini beralih mengelap meja tempat dia memasak. Dian tidak membalas, hanya ketawa.

‘Siapa lelaki sebelum ni? Kacak aku tengok. Kau tak berminat Dian?’ Wanita itu menyoal lagi. Dian ketawa kecil mendengar soalan wanita tersebut.

‘Mak cik tahu kan sebab apa’ Dian menjawab malas, menjamah mee gorengnya. Meneguk air sodanya.

‘Hati perempuan’ Perempuan tua itu mencelah. Mencuci kualinya.

‘Dah 15 tahun’ Dian memotong. Wanita itu menuangkan sabun ke arah kuali tersebut, tidak memandang Dian.

‘Sebab tular aku cakap. Dah 15 tahun. Kau tak payah lagi datang sini’ Wanita tersebut mencelah. Menggosok kuat kuali tersebut. Dian berhenti makan. Menuang soda seterusnya ke cawan kecil lut sinar tersebut. Memandang ke arah van putih yang dia kenali sudah 15 tahun itu. Dian matanya memandang van itu redup dan telus sebelum beralih memandang wanita itu semula.

‘Mak cik cakap tu kes pertama abah kan waktu dia jadi polis?’

Wanita itu mengangkat kepalanya sedikit memandang Dian sebelum mengangguk. Dia tersenyum sendirian, mengimbau masa silam sebelum tersenyum sendirian.

‘Dia cakap macam ni dulu, kalau dia tak tangkap pembunuh tu sekarang. Dia tahu polis lepas dia akan tangkap pembunuh tu. Macam tulah, Yusuf. Tak pernah putus asa’

Dian turut senyum.

Bab 5: Give up? Will you?

Willstone Street House, Ampang

5.55 pagi

Satu selimut tebal membungkus tubuh Dian. Angin yang menerpa masuk tidak menghiraukan gadis ini, terus menyejukkan kaki dia yang sedikit terdedah. Dian menarik kakinya masuk ke dalam selimut tebal berwarna putih itu kembali. Dan menanggalkan earphone di telinganya. Sudah menginjak pukul 6 pagi. Dian masih mengeliat liuk di dalam selimut tersebut sebelum deringan telefon kuat membingitkan telingannya menyebabkan gadis itu segera meraba di mana telefon itu dan meletakkan saja ke telinganya. Begitu malas untuk memegang menggunakan telingannya

‘Bangun! Ada kes 2! Street 2 Highway, Selayang. Bagi alamat kau, aku pergi ambil’ kedengaran suara Akkir memekakkan telinga membuatkan Dian segera melompat bangun.

*

‘Sofea, 29 tahun. A painter. Ayah mangsa, Tan Sri Rahmat terima sampul surat merah pukul 3 pagi tadi melalui mail box. Aku dah hantar surat tu for handwriting analysis. Lusa baru dapat. No fingerprint. Dia fly ke china dan baru balik awal pagi tadi. Jadi mungkin envelope merah tu dah lama ada dalam mail box. Cctv around the house broke. Dia tak contact anak dia dah sebulan lebih sebab claimed relationship wasn’t good. Anak dia rapat dengan isterinya. Diorang divorce 15 tahun yang lalu. Isteri sekarang ada di oversea sebab kursus. Kawan terdekat mangsa dan ibu mangsa claimed tak dapat reach her last 1 week tapi tak syak apa-apa sebab Sofea memang payah nak angkat phone. Dia owner galeri lukisan, seldom visit dia punya galeri. So no one noticed her has been missing. She lived alone and no boyfriend’ Akkir memberi mukadimah kepada Dian yang hanya mendiamkan dirinya,

‘Akkir menekan pedal minyaknya memecut laju ke arah jalan masuk street 2, Selayang. Sekali sekala melihat Dian memandang kosong ke hadapan dengan matanya yang membengkak yang pada firasatnya, Dian bukan yang jenis bangun pagi. Dian diam lama, memandang tidak berhenti ke hadapan.

‘Apa yang kau fikir?’ Akkir sengaja memecah kensunyian pagi tersebut. Dian yang sedar dia diam agak lama, yang bukan karakternya, dan kini Akkir menyoalnya, kembali ke alam nyata dari teori yang baru difikirnya tadi. Dia menoleh ke arah Akkir sebelum beralih kea rah hadapan kembali. Pagi masih gelap.

‘Pasal pembunuh tu. Dia tak kena tangkap pun selama 26 tahun ni. Dia completely addicted to kill. Dia tak boleh resist that temptation. Dia bodohkan polis. Dia manipulate detektif, tak pernah sekalipun di bawa ke untuk soal siasat. Jadi, Kenapa dia stop?’ Dian mengerutkan keningnya, memberi penjelasan.

‘Kan dia dah start balik. Kau juga yang deduct kata dia pembunuh yang sama kali ni’ Akkir mencelah, memegang stereng kereta dengan hanya sebelah tangan. Dian semakin mengerutkan keningnya.

‘Kenapa dia stop sebelum ni, kenapa dia start balik. Tu yang kita tak tahu’ Dian menambah, hanya dibalas diam oleh Akkir.

*

Dian tiba dulu di crime scene tersebut kerana Akkir meminta diri sebentar setelah mendapatkan panggilan penting mungkin, bagi Dian. Dian melihat Sarjan Mahzan kini dengan seorang lelaki ang kelihatan muda darinya. Di belakang lelaki itu, ada dua lagi lelaki lain. Yang pada mata Dian, juga seorang polis. Sarjan Mahzan yang perasan Dian tiba di situ, menyeringai seolah-olah mahu menunjukkan tunjuk ajar pada Dian yang dia sudah lama di bidang tersebut.

‘Dian, ni junior aku dulu dekat Perak. Sekarang dia chief dekat sini, dia datang sebab interest dengan kes ni. Yalah, siapa yang tak interested dengan kes macam ni’ Sarjan Mahzan memulakan perbualan mereka sambil menepuk-nepuk belakang polis lelaki yang dia kenalkan sebagai juniornya itu. Junior polis itu hanya tersenyum sinis memandang endah tidak endah pada Dian sebelum melepaskan tangan Sarjan Mahzan yang memegang bahunya dan beralih memandang ke tepi highway tersebut. Tempat di mana pakar-pakar forensik team cold case dan Hanif sendiri sedang melakukan kerja mereka.

‘Siapa bagi korang kebenaran masuk crime scene ni? Kes ni dah jatuh dekat daerah Selayang. Korang orang Ampang boleh blah dari sini’ Polis lelaki yang baru sebentar tadi dikatakan ‘junior’ Sarjan Mahzan bersuara, membuatkan Dian faham apa sebenarnya tujuan lelaki itu di situ bersama 2 polis lelaki yang lain dan kenapa Akkir sendiri mendapatkan panggilan kecemasan tadi. Sarjan Mahzan yang merah padam mukanya, memandang tidak henti pada juniornya itu.

‘Apa ni Akim, aku ni Mahzan. Abang kau.’ Sarjan Mahzan tidak mahu mengalah, merapatkan tubuhnya pada polis lelaki itu.

‘Apa yang korang tunggu lagi’ Balas I.O Akim, melepaskan dengan penuh meluat pelukan Sarjan Mahzan yang kini berubah pucat wajahnya.

‘Kau lupa ke kau pernah basuh seluar dalam aku dulu’ Tidak semena-mena ayat itu keluar dari mulut Sarjan Mahzna yang pada Dian, umpan terakhir yang Sarjan itu boleh gunakan pada waktu sebegini sekarang. Dian mengebam mulutnya.

‘Saya tak rasa ‘kau’ ‘aku’ sesuai dengan perbualan kita kalau pangkat saya lebih tinggi dari, Sarjan Mahzan’ Ucap lelaki itu lagi menjeling atas bawah Sarjan Mahzan, sebelum beralih menapak ke arah crime scene. Dian menjeling, memanggil nama polis lelaki itu.

‘Jadi kalau kita sama pangkat, aku boleh panggil ‘aku’ ‘kau’ dengan kau. So kau dengar sini baik-baik. Ni mangsa ke 2 kes serial murder ulu kinta. Jadi lantaklah mangsa mati dekat mana pun, ni kes kami’ Dian mencelah marah. Merah padam muka I.O Akim. 2 orang anggota polis tadi mula menunjukkan reaksi tidak senang. Sarjan Mahzan diam. I.O Akim menapak, memandang sinis ke arah Dian sebelum ketawa kecil. Dia mengecilkan matanya memandang Dian.

‘Kau tak faham lagi ke? Sebab team korang wujudlah, benda ni dah provoke pembunuh tu untuk bunuh balik. Sebab korang! Dan sekarang perempuan ni mati! Jadi siapa yang lebih ada hak sekarang?! Kau bagitahu aku’ IO Akim membalas. Dian nafasnya turun naik, mula hilang sabar. Dian cuba untuk menjatuhkan I.O Akim sebelum dihalang oleh Sarjan Mahzan dan herdikan Akkir dari belakang.

‘Apa yang korang buat ni!’ Akkir meninggikan suaranya kuat. I.O Akim melepaskan secara kasar dirinya yang ditahan oleh Sarjan Mahzan.

‘Akkir, kau ambik budak-budak ni sekarang’ I.O Akim bersuara. Membetulkan bajunya kembali.

‘Kau nak kes, ambiklah’ Akkir membalas malas. Membuatkan anak buahnya yang lain merah muka mereka.

*

Sarjan Mahzan dari tadi hanya diam. Hanya mengangkat kembali peralatan forensik ke dalam van. Hanif turut membuntuti Sarjan Mahzan dari belakang bersama kotak yang besar di tangannya. Dian di sebelahnya berlari ke hadapan apabila melihat Akkir berdiri di hadapan van itu sekarang.

‘Angkat kotak. Tolong senior kau’ Akkir memberi arahan kepada Dian yang memandangnya tajam.

‘Tuan betul-betul nak stop dari kes ni?’

Akkir tidak menjawab. Berjalan pergi dari van itu sambil diekori rapat oleh Dian yang kini berdiri di hadapan Akkir menghalang laluannya.

‘Apa yang I.O Akim cakap tadi betul, blame is on us. Sebab kita provoke pembunuh, mangsa ke dua mati. Sebab kita siasat balik, pembunuh tu jadi gila, marah dan bunuh lagi’ Dian menambah kalut. Mengerutkan keningnya. Akkir memandang malas ke arah Dian.

‘Jadi kau nak kita berhenti? Should we? Kita tak payah siasat, biar saja dia bunuh. Macam tu? Buat bodoh?’ Akkir memandang Dian sinis

‘Bukan kau ke yang harapkan kita ada kes baru?’ Akkir menyindir lagi. Dian mengebam bibirnya. Masih diam. Akkir mengeluh berat. Meletakkan tangan ke pinggangnya.

‘Dan bukan kau ke yang cakap pembunuh macam ni completely addicted to kill. Jadi sama ada kita provoke atau tak, dia tetap akan bunuh. Bukan macam tu? Bagitahu aku kalau aku salah?’ Akkir membaling paku buah keras tepat ke telinga Dian.

‘Mangsa sekarang ni kena bunuh dengan penjenayah yang sama dan kita kena tangkap penjenayah tu’ Akkir menolak badan Dian dan berjalan pergi dari situ.

‘But we are quiting!’ Dian yang diam lama meninggikan suaranya. Akkir berpusing mengalihkan badannya memandang Dian.

‘Profiler Dian, apa yang kau buat untuk team ni?’ Akkir menyoal soalan terakhir yang akhirnya membuatkan Dian diam sepanjang jalan balik ke IPD Ampang.

*

IPD Ampang

9 pagi

Akkir melihat ke arah 3 susuk tubuh yang berdiri di hadapannya sekarang ini. Dia pada waktu itu merasakan tiada apa yang boleh mengejutkannya lagi lebih dari itu. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir. 3 pasang mata hanya mengekori gerak gerinya sebelum salah seorang dari susuk tersebut menggoncang kepalanya berulang kali. Dia seperti dihipnotized oleh Akkir mungkin. Dia perlukan sesuatu.

‘Bila kita nak mula’ Hanif perlukan soalan atau secara teknikalnya perbualan dua hala. Dia senang terlelap. Akkir menjeling ke arahnya sebelum menyilang kedua belah tangan ketubuhnya kembali.

‘Sebelum kita mula, ada 2 benda yang kamu semua kena ikut cakap saya. 2 sahaja.’ Akkir mengubah aku kepada saya. Mungkin rasa hormatnya pada sarjan mahzan yang lebih tua.

‘Pertama, dengar arahan. Kedua, dengar arahan’

Dian yang diam sejak dari dalam kereta Akkir kini tersenyum sinis mendengar kenyataan tersebut.

‘Saya arahkan awak Dian berhenti gelak atau senyum depan superior awak Dian’

Dian mengangguk tanda faham sambil mengebam mulutnya. Tidak perasan yang tangannya yang cuba untuk mengambil pen di hujung mejanya itu berlanggar dengan satu frame gambar kecil tersorok di balik timbunan fail di mejanya, jatuh ke bawah. Hanif tolong Dian mengangkat bingkai gambar tersebut sebelum Hanif kelihatan agak terkejut melihat gambar di dalam bingkai tersebut dan akhirnya senyum sinis ke arah Dian.

‘Boyfriend?’

Dian tidak menjawab.

‘Handsome giler’ Hanif bersorak.

‘Nama apa?’

‘Firhan’ Dian menjawab perlahan. Akkir betuk keras, cuba mendiamkan Hanif dan Dian.

‘Kita akan mulakan dengan setakat mana saya dah siasat kes Sazly dan Sofia’ Dia memulakan perbincangan mereka sambil Hanif menyerahkan salinan report siasatan yang baru diarah oleh Akkir untuk difotostat kepada Sarjan Mahzan, Dian dan dirinya sendiri.

‘Sofia? Kita baru lepaskan kes Sofia pada team lain tadi’

Akkir tidak menjawab pertanyaan bertubi dari Dian. Akkir mengambil laporan yang baru diserahkan oleh Hanif kepadannya dan membentangkan kepada mereka. Di hadapan Dian sekarang, crime scene photo dan beberapa detail kejadian mengenai mangsa. Yang pada pandangan Dian, Akkir tidak hanya bercakap kosong dan telahan Akkir padanya yang apa yang dia dah buat pada team cold case adalah benar. Dia tidak membantu. Yang membantu sekarang adalah Hanif yang berjaya mengambil secara rahsia foto-foto tersebut. Dian menyelak helaian demi helaian laporan tersebut. Telefon Akkir tiba-tiba berdering, dia berbual sebentar sebelum kembali ke perbincangan mereka.

‘Sazly, 46 tahun hilang ketika balik dari kerja sebagai supervisor kilang shift malam yang habis pukul 6 pagi dengan menaiki motosikal. Laluan kebiasaan mangsa tak ada cctv jalan yang available jadi kami tak tahu apa yang jadi pada dia. Seminggu selepas dilaporkan hilang, isteri mangsa terima envelope merah melalui pos laju. Mangsa, isteri dan kawan rapatnya claimed, seorang yang peramah, periang, positive person, dan tak ada musuh. Jadi tak ada suspek yang available. Dan untuk kes Sofea, saya assume semua dah tahu. One more thing, untuk kes Sazly. No fingerprint pada cotton merah, reben merah, envelope merah dan handwriting analysis. Kita tak ada suspek untuk compare, tapi mereka syak orang dewasa yang tulis’

Dian menyelak helaian seterusnya. Lengkap beberapa gambar dari bahagian forensik tentang lokasi dan keadaan mayat mangsa sebelum, semasa dan selepas bedah siasat dilakukan. Disertakan juga beberapa kepingan nama saksi yang tampil memberi keterangan. Akkir perasan yang mereka fokus dalam fail fail tersebut. Akkir berdehem sedikit, cuba menarik perhatian mereka bertiga.

‘So sekarang, saya nak’ Akkir cuba mencelah. Dian tiba-tiba, tidak semena-mena mengangkat pen di tangan kirinya.

‘Fail laporan kes 29 tahun yang dulu?’ Dian menyoal. Memandang Akkir yang memandangnya dengan tanda protes ‘Budak ini tidak pernah bersyukur’

‘Fail 29 tahun yang lepas dah dihapuskan’ Hanif membalas perlahan setelah Akkir memandangnya. Kini Dian memandangnya tajam.

‘What?’ Dian membesarkan matanya.

‘Baru kau sedar crap apa yang orang atasan suruh kita buat sekarang? Baru kau nak terkejut sekarang Dian?’ Akkir mencelah dengan sinis di bibir kirinya.

‘Kenapa pulak fail-fail penting macam tu tak de?’ Dian tidak mahu kalah. Tangannya ditekan ke meja. Pen sudah terpelanting ke belakang. Hanif bangun, mengutip pen tersebut dan meletakkan kembali ke celah tangan Dian.

‘Selalunya kes-kes yang dah jadi cold case, pihak polis akan simpan kes tu setakat 20 tahun saja. Sekarang kes tu dah berusia 29 tahun’. Hanif membalas. Akkir masih dengan mimik muka yang sama. Dian menghela nafas berat. Seperti hanya dia seorang yang letih mendengar berita tersebut. Kalau Hanif dan Akkir sudah tahu, Sarjan Mahzan? Tak nampak riak menyesal atau marah lansung. Dian cuba bertenang, matanya ke kiri dan ke kanan cuba membuka kronologi masa lalu dibenaknya sebelum seperti mentol lampu dihidupkan di kepalanya. Dian memetik ibu jarinya.

‘Patutlah. Saya pernah trace fail ni masa bertugas dekat ulu kinta dulu. Sebab kes ni kes lama diorang tak masukkan report siasatan dalam data sistem komputer polis, semua manual. Fail. Patutlah tak de. Diorang hapuskan rupanya. Saya ingat diorang just pindahkan ke Bukit Aman’ Dian seperti kembali ingatannya yang 5 tahun yang lalu.

‘Damn’ Dian menyambung. Semua diam sebelum Sarjan Mahzan menyampuk.

‘Sebenarnya team kita taklah crap sangat.’ Sarjan Mahzan menyambung dengan 3 pasang mata melingkari segenap kata yang akan dia akan katakan. Sarjan Mahzan menunjukkan salah satu framegambar di mejanya. Frame yang paling kecil. Gambar dia dan seorang lagi lelaki yang berpakaian seragam polis.

*

Bab 6: Living Evident

Rompin, Perak

2.30 petang

‘Handwiritng analysis untuk kes Sofea dah come out, NFS cakap tu tulisan orang dewasa. Sama macam kes Sazly’ Akkir memberitahu teamnya yang lain sebelum melihat dari atas hingga ke bawah lelaki yang ke hulu ke hilir mencari fail-fail lama yang tertanam di dalam perpustakaan peribadinya itu. Lebih dari perpustakaan, bilik itu seperti stor. Hanya Sarjan Mahzan dan lelaki tua itu yang duduk sebentar tadi, menyedari usia mereka yang kalau dicampur akan bersamaan dengan satu abad. Keutamaan dua kerusi rotan itu diberi kepada dua lelaki ini. Taktala lelaki yang dipanggil Sarjan Zuhail bangun, cepat-cepat Dian duduk sambil mengurut kakinya.

‘Kenapa Sarjan tak cakap awal-awal yang sarjan kawan dengan I.O Zuhail, co i.o yang siasat kes serial murder tu?’ Dian berbisik perlahan. Di belakangnya, I.O Zuhail masih hilang, dan muncul, dan hilang kembali di celah-celah deretan almari buku tersebut.

‘Sebenarnya, aku tak syak lansung waktu Chief Mazhan jumpa aku tempoh hari, dia just cakap dia akan tukar aku masuk ke IPD Ampang, sebab tak cukup kakitangan. Dia tak cakap pulak dia nak aku masuk team yang handle cold case’ Sarjan Mahzan memberi penjelasan dengan wajahnya yang kelihatan sangat malas.

‘Kenapa dia tak ajak I.O Zuhail sekali?’ Dian menyoal lagi.

‘Sebab dia dah retired’ Sarjan Mahzan menjawab dengan nada yang perlahan dan nada meluat.

‘Kenapa? Aku nampak lagi tua dari dia kan?’ Dia menyudahkan soalannya. Dian menggeleng kepalanya sebelum lambakan fail diletakkan ke meja kecil ruangan tersebut oleh I.O Zuhail yang muncul secara tiba-tiba.

‘Boleh ke ambil fail curi-curi macam ni?’ Hanif berbisik kepada Akkir tepi kedengaran bergema di dalam bilik kecil tersebut. I.O Zuhail memandang tajam ke arah Hanif dengan matanya yang kuyu itu.

‘Daripada dibakar, this is living evidence’. I.O Zuhail membalas. Semua memandangnya dengan persoalan ‘Living Evident’ di dahi mereka.

‘Not this file but me’ I.O Zuhail menyambung. Melabuhkan punggungnya ke kerusi. Memakai kaca mata yang disangkut ke leher. Menyelak satu helaian laporan dan tertera nama 3 orang polis di situ.

‘Aku, Detektif Yusuf, dan EX Boss kau, kami orang yang sama ada dalam team siasatan ni 29 tahun yang lalu. Dalam unit CID (UNIT JENAYAH BERAT). Detektif Yusuf dah meninggal. Tinggal aku dan setan tu. Kalau korang nak kata aku mencuri. Aku curi barang yang aku sendiri tulis. Aku simpan 1 tahun sebelum fail ni terkambus sekali dengan kes. Exactly, perfectly time bila kau cuba trace balik fail tu’ I.O Zuhail memandang Dian. Dian rasakan seperti nasibnya sekarang ditilik oleh hantu. Cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.

*

Ibu pejabat polis Ampang

11.30 malam

Konstable Hanif melakar beberapa gambar rajah kronologi kes pembunuhan bersiri ke latar kaca menggunakan pen bercampur dengan pelbagai warna. Daripada kes pembunuhan pertama hinggalah yang ke 7 baru-baru ini.

‘Kita start dari pada yang I.O Zuhail tinggalkan untuk kita’ Akkir memulakan perbualan. Mata Hanif pejam celik. ‘Mula’ pada Akkir adalah bersamaan dengan hari mereka memandu pulang dari Rompin ke Ampang kl, dan hingga ke malam sekarang. Mula adalah sekarang. Hanif tidak kira berapa kali dia menguap dan melihat jam ditangan diikuti oleh hempukan fail oleh Akkir ke kepalanya.

‘Jan 1987, Mangsa pertama, Nasir 50 tahun. Seorang pekerja kontraktor di tapak pembinaat Flat Nilam waktu itu. Hilang waktu perjalanan pulang ke rumah. 3 hari kemudian, isteri mangsa terima surat berwarna merah yang berisi kad pengenalan mangsa dan peta. Polis tiba di kawasan seperti di peta tersebut iaitu berdekatan dengan tempat kerja mangsa dan laluan balik. Mangsa ditemui dalam tangan dan kaki yang diikat, mulut disumbat dengan kain dan semuanya merupakan kain cotton berwarna merah. Hasil bedah siasat, mangsa mati kerana saluran pernafasan disekat dengan tanah bermakna mangsa ditanam hidup-hidup. Kepala mangsa juga dipercayai dihempap dengan benda keras yang plis percaya adalah M.O pembunuh untuk abduct mangsanya. Motor yang mangsa naiki malam itu ditemui di kawasan tidak jauh dari tempat mangsa hilang. Tiada kesan mangsa di heret pada badan dan juga pada sekitar kawasan tersebut plus tiada kenderaan boleh masuk ke kawasan di mana kubur mangsa digali. Jadi, macam yang I.O Zuhail cakap tadi, mereka assume mangsa diabduct ketika menaiki motosikal, dan diangkat ke kubur. Tiada CCTV waktu tersebut kawasan perumahan Nasir untuk lihat siapa yang letak sampul merah di mail box rumahnya. Tiada fingerprint. Dan hanya ada satu, peta yang dilukis dan tulisan. I.O Zuhail hantar ke lab crime dan mereka diberitahu kerana mereka tidak ada suspek yang mereka boleh compare tapi kemungkinan besar itu adalah tulisan remaja sekolah yang mana tidak fit dengan ciri-ciri pembunuh yang mereka cari iaitu orang yang cukup kuat untuk bawa Nasir yang bertubuh besar. Jadi, kemungkinan besar pembunuh upah budak sekolah tulis untuknya’

‘March 1987, mangsa kedua ditemui. Khairil, 27 tahun. Seorang pekerja kilang bakery. Hilang selepas turun dari bas kilang dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Kali terakhir dilihat oleh pemandu bas kilang yang membawa mangsa. Claimed it was the last time he saw him. 3 hari, sama macam Nasir, ayah mangsa terima sampul merah yang sama. Mayat Khairil ditemui tidak jauh dari laluan balik rumahnya. Sama macam hasil siasatan sebelum ini, handwriting analysis, adalah sama. Mangsa ke 3, Anisa, 22 tahun pelajar IPG Ipoh. Hilang waktu menunggu bas untuk pulang ke kolej dari tempat tinggal mangsa. Dilihat kali terakhir oleh pemandu bas yang lalu lalang di situ. Sama macam kes sebelum ini, ibu mangsa terima sampul merah yang sama selepas 3 hari mangsa hilang dan mayat mangsa ditemui juga tidak jauh dari laluan rumah mangsa. Dan mangsa keempat, Amir 12 tahun hilang ketika perjalanan pulang dari tuisyen sekolah. Sekitar pukul 10 malam. Modus operandi sama, mayat mangsa ditemui di kawasan semak berdekatan tempat permainan taman perumahan Amir’

‘Dari segi bahan bukti yang ada, fabrik yang digunakan untuk menutup mulut mangsa adalah jenis kain cotton yang boleh didapati dekat mana-mana store. Ni list store yang ada waktu tu dan Sarjan Zuhail, aku memang respect lah, dia pergi semua store kut tapi macam biasalah tak ada pekerja yang ingat mana satu yang beli kain merah tu sebab diorang terima pelanggan bukan sorang dalam sehari. Reben merah, sampul merah juga jadi benda yang sama’ Sarjan Mahzan mencelah.

‘2 kes terbaru yang sekarang ni tak ada fingerprint yang ditemui kan? Benda yang sama untuk kes 29 tahun yang lalu. Kalau AFIS wujud sekalipun, psychopath macam ni takkan tinggalkan kita sebarang bukti’ Dian mencelah lagi. Mereka yang lain hanya mengerutkan keningnya.

‘Dari segi personaliti mangsa, setiap saksi dan kenalan rapat mangsa kat sini cakap yang mangsa positif sikap. Takde yang negatif. Tengoklah kat sini, ceria, peramah, suka tolong orang, outgoing, kesiannya’. Hanif mencelah, cuba mengubah suasana.

‘Diorang takde masalah peribadi lansung’ Hanif menambah lagi.

‘Background relation?’ Akkir menyoal lagi.

‘Sama macam 29 tahun yang lepas. Antara mangsa, tiada kaitan. Takde musuh, means tak ada sesiapa yang polis boleh suspek’ Sarjan Mahzan menambah.

‘Dari awal, ni kes pembunuhan bersiri, killer selalunya memang tak bermotif dalam memilih mangsa diorang. Sebab tu takde lead and they turn into cold case itself. Sebab tu ramai cops tak nak handle kes pembunuhan bersiri. Selain daripada corak pembunuhan yang sama, cops takkan jumpa persamaan yang lain. Mereka tiada motif yang tetap. Mangsa variasi dari segi background.Tak macam intention killer yang kebanyakkannya adalah bermotif. Bagi killer macam ni, mereka lebih kepada psiko’’ Dian menambah. Hanif jelas antara orang yang paling lambat menghadam apa yang baru dihujah oleh Dian.

Akkir terus membuka helaian fail berikutnya sebelum menutup dan memandang ke arah semua ahli kumpulannya.

‘Okay, untuk permulaan, Sarjan Mahzan dengan Dian trace balik saksi-saksi untuk kes Amir khairil, dan Anisa, Hanif dengan saya akan go through saksi untuk kes Nasir, Sazly dan Sofea’

*

Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Teronoh Perak

10.30 tengahari, Cafe Building

‘Nisa, a very good friend of mine. Walaupun dah 29 tahun kes tu berlalu, still saya ingat sebab dia roomate saya selama 4 tahun kami belajar dekat situ. Saya orang paling bersyukur lepas arwah mak dia bila saya tahu polis nak buka balik kes ni’ Wanita bernama Aulia di hadapan Dian Sarjan Mahzan memulakan perbualan waktu pagi di kafeteria UTP tersebut. Aulia meneguk kopi yang baru dihantar oleh pelayan kafeteria tersebut. Tudungnya yang berwarna merah ditahan dengan tangan, bimbang terkena kopi. Cara wanita ini minum sangat melambangkan peribadi yang memang tidak akan pernah ada pada Dian. Karisma. Beberapa orang pelajar yang melintasi mereka memberi salam kepada Aulia. Aulia menghadiahkan mereka senyuman manis di wajahnya.

‘Malam tu Nisa sepatutnya pulang ke kolej dalam pukul 9 lebih. Dia akan balik rumah arwah ibunya setiap minggu. Tapi kebiasaan Anisa, dia takkan lewat balik kolej. Lagipun dulu kawalan asrama ketat, pelajar tak dibenarkan masuk kolej kalau lebih dari pukul 12. Masa tu belum ada telefon bimbit. Saya hanya boleh call rumah Anisa. Arwah mak Nisa cakap Nisa dah tolak balik pukul 8 lagi. Jadi sepatutnya pukul 9.30 dia sudah ada di kolej. Esoknya, ibunya datang kolej. Kami ikhtiar cari Anisa merata tempat. Polis waktu tu trace laluan balik dari rumah Nisa ke kolej dan mereka dapat tahu Nisa kali terakhir dilihat di stesen bus. Lepas tu, tak ada sorang pun tahu mana Anisa pergi’ Aulia membuka kotak sejarah 29 tahun lalu. Kopinya tinggal separuh.

Dian mendengar teliti. Leka menulis setiap bait kata daripada Aulia. Sarjan Mahzan turut dalam posisi yang sama kecuali dirinya lebih tenang.

‘Sebelum kejadian tu, ada Anisa baru kenal dengan sesiapa? Atau dalam kalangan orang yang Anisa kenal, hubungan mereka tiba-tiba berubah, tak kisahlah buruk atau baik. Rapat atau renggang. Ada?’

Aulia mengerutkan keningnya sebelum kembali menggelengkan kepalanya.

‘Saya minta maaf. Kalau ada arwah ibu Anisa, mungkin dia boleh jawab soalan Cik. Mereka rapat. Setiap minggu Anisa akan pulang tengok ibu dia. Diorang hanya 2 beranak’

Dian mengangguk sambil memandang Sarjan Mahzan hampa.

*

Dian melihat tempoh masa yang dia setkan pada telefon bimbitnya. Sudah 15 minit. Dian berjalan menyelusuri kawasan stesen bus di mana Anisa dilihat buat kali yang terakhir. Berdasarkan keterangan pemandu bas yang ada malam itu, Anisa tidak menaiki basnya malam itu. Anisa sepatutnya naik bas rakannya iaitu akan tiba 5 ke 10 minit selepas dia. Dan daripada keterangan rakannya sebelum ini pada pihak polis 29 tahun yang lepas, dia mahupun penumpang bas yang lain tidak nampak Anisa. Itu keterangan daripada laporan dahulu. Pemandu bas itu Dian dimaklumkan dari awal siasatan lagi yang dia sudah meninggal jadi tiada maklumat baru boleh mereka dapat darinya lagi. Kakitangan pekerja bas yang lain pun tidak tahu dan kebanyakkannya sudah diganti dengan pekerja muda.

Dian berjalan dua tapak, tiga tapak ke belakang, ke lorong kembali ke laluan rumah Anisa. Dia melalui lorong yang bercabang empat yang menghubungkan dia dengan taman perumahan yang lain melalui Jalan lama, dan deretan kedai-kedai. Tidak jauh dari laluan tersebut, sekitar 2 kilometer adalah kawasan bukit kecil dan semak, di mana kubur Anisa ditemui oleh polis.

‘Jadi dia diabduct di mana-mana jalan ni?’

Sarjan Mahzan mencelah dari belakang. Dian mengangguk

‘Tak mungkin dia diabduct semasa di stesen bas sebab sarjan tengoklah penuh kedai-kedai dekat sini. Mesti orang akan nampak. Jadi mesti di jalan ni. Cuma satu benda, kalau dia dah ada di stesen bas, dan hanya tinggal 5 ke 10 minit untuk bas yang dia akan naik tiba, kenapa dia berpatah balik?’

‘Mungkin ada barang yang dia tinggal’ Sarjan Mahzan meneka.

‘Jarak yang dia ambil kalau berjalan kaki pulang ke rumah adalah 15 minit. She won’t make it’

‘Mungkin benda tu terlalu penting’ Sekali lagi Sarjan Mahzan meneka. Dian mengerutkan keningnya.

*

Ap Eshawaran Company

8.30 pagi

Akkir menoleh ke ke kiri jalan. Hanif yang berada di sebelahnya melakukan perkara yang sama. Dua jam setengah perjalanan, sedar tidak sedar, mereka tiba di Ap Eshwaran Company. Hanif cuba meredakan hatinya yang baru selesai melalui fasa bahagia setelah sesat 30 minit di jalan tersebut.

‘Tengok, kan senang kalau kau pakai waze dari tadi. Aku suruh kau pakai waze tapi berlagak cakap kenal Jalan Lama ni. Berapa kali kena stop kat sekolahlah, flatlah, nak kena tanya orang pulak’ Kata-kata Isnpektor Akkir masih terngiang-ngiang di telingan Hanif. Matanya membesar melihat ke arah tapak pembinaan 29 tahun yang lalu kini gah berdirinya sebuah bagunan. Mereka maklum tiada lagi jejak yang mereka boleh dapat di kawasan Nasir ditanam kerana kini sudah ada bagunan. Tetapi pekerja tapak pembinaan ini dahulu kini pekerja tetap di bagunan tersebut. Akkir mengetuk pintu yang bertulis manager construction. Lelaki tua di hadapan mereka, mengikut list name saksi yang memberi keterangan satu-satunya yang respond pada setiap call mereka pada saksi yang berkenaan.

‘Nasir kawan baik saya dulu. Kawan yang paling baik pernah saya ada. Dia ramah dengan semua orang. Selalunya kerja kami sampai pukul 6 saja sebab malam gelap, tak boleh nak buat kerja. Dulu tak macam construction company sekarang. Lepas pukul 6 petang, saya dan Nasir balik macam biasa. Dia naik motor dia, saya naik motor saya’ Morad memulakan perbualan. Setiausahanya berlalu pergi setelah menghidangkan mereka 3 cawan teh dan biskut.

‘Kawasan yang dia dan saya lalu berpisah dekat simpang depan sana tu, dan saya tak tahu itu last saya nampak dia.’ Morad menyambung. Memasukkan satu biskut ke dalam mulutnya. Akkir cuba merakam laluan simpang yang dimaksudkan oleh Morad. Simpang tersebut adalah satu daripada 4 simpang. Satu simpang menghala dari flat rumah Nasir ke AP Eshawaran, satu simpang adalah simpang di mana Akkir dan Hanif tersesat tadi tetapi jalan itu tetap berhubung ke AP Eshawaran dan dua lagi simpang, Akkir tidak tahu. Apa yang pasti, simpang yang Akkir dan Hanif tersilap pilih tadi, di tepi jalan itu, di balik semak adalah kubur Nasir. Tetapi kenapa dia pilih jalan tu? Atau dia dibawa ke situ?

‘Ada tempat-tempat yang dia selalu pergi? Atau dia baru pergi?’

‘Nasir workaholic, awal pagi dia pergi kerja, balik terus dia ke rumah main dengan anak-anak dia. Lagipun mak dia duduk dengan dia. Besar tanggungjawab dia Nasir selalu cakap begitu. Tak pernah saya tengok dia pergi tempat lain’ Balas morad.

‘Ada perubahan pada dia’. Hanif mencelah. Siap dengan nota kecil dan pen biru di tangan.

‘Tak ada dan tak pernah ada. Dia payah nak nampak dia sedih. Saya tak tahu bila dia sedih. Selalu buat lawak saja’ Balas Morad. Dia di biskut yang kedua.

‘Ada orang yang dia baru kenal? Atau sesiapa yang ada masalah dengan dia? Atau dia ada masalah dengan orang tu? Apa-apa? Trivia thing pun takpe Encik’ Hanif menambah lagi.

‘Saya faham. Polis yang datang pada siasat 29 tahun lalu pun sama macam encik berdua sekarang, tapi setakat ni saja yang saya boleh tolong. Nasir memang tak ada masalah dengan orang. Dia siapa jaga mak dia yang tua lagi. Dia ayah, anak dan kawan yang baik.’ Morad menutup perbualan mereka di biskutnya yang ketiga.

*

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan

12.30 pagi

Beberapa album-album lama pelajar alumi sekolah dibongkar satu persatu oleh tangan tua milik pengetua sekolah tersebut. Habuk berbeza dari segi ketebalannya membuktikan album itu keluar masuknya tidak menentu. Ada yang ruangnya kosong, mungkin hilang. Atau diambil sebagai rujukan pelajar dan cikgu-cikgu yang lain.

Cahaya pagi menerpa masuk dari celah tingkap bertingkat dari ruangan bilik pengetua tersebut. Tirainya yang berwarna kuning memancarkan lagi warna cahaya pagi mengena mata Dian, silau jadinya. Dian menghala tumpuannya ke arah lain, ke arah album yang baru dibuka muka surat tengahnya menampakkan beberapa muka pelajar muda dalam pakaian seragam sekolah. Semua kemas. Dan salah seorangnya menangkap mata Dian dan Sarjan Mahzan. Wajah yang sama dalam fail yang mereka pegang sekarang.

Wajah Amir. Semasa dia berumur 12 tahun.

‘Cikgu masih ingat Amir?’ Dian memulakan perbualan yang dia tahu soalan bodoh. Kalau pengetua ini lupa, mana mungkin dia mengambil album yang betul dan membuka muka surat yang betul.

‘Mana boleh saya lupa, dia pelajar sekolah ni dulu. Dan juga anak angkat saya. Saya ada 2 orang anak angkat’ Pengetua tersebut membalas. Tepat ke telinga Dian. Pelik.

‘Anak angkat?’ Sarjan Mahzan menyoal sambil sekilas memandang ke arah Dian. Mereka mula mempersoalkan kenapa tiada lansung perkataan ayah angkat dalam fail kes Amir, yang ada hanya pengetua sebagai salah seorang yang memberi saksi dahulu.

‘Itu antara saya dan Amir sahaja. Tiada kesahihan dan kertas valid nak buktikan saya ayah angkat dia. Sebab tu saya tak cakap benda ini pada polis dahulu’ Balas pengetua tersebut tenang.

‘Kenapa sekarang baru cakap?’ Dian menyoal secara reflek.

‘Sebab ibu Amir dah takde. Ibu dia tak suka orang ambil berat kemiskinan dia dan Amir. Dia selalu cakap, kalau susah biar dia susah dengan anak dia. Tapi saya jamin, dia mak yang baik pada Amir.’ Balas pengetua tersebut. Dia menanggalkan cermin matanya dan meletakkan ke meja tengah pejabat tersebut.

‘Amir, ibu dia ibu tunggal. Dia pelajar harapan sekolah ni dulu. Susah-susah dia, tak pernah nak susahkan orang lain. Ibu dia meninggal 2 tahun lepas.’ Sambung Pengetua itu lagi.

‘Boleh cerita balik apa yang terjadi sebenarnya pada hari tu’ Dian bertukar ke mood serius. Tangannya yang melekat gula daripada kuih keria digabusnya kasar.

‘Amir balik jam 10 malam, so dalam 10.30 macam tu sepatutnya dia dah sampai rumah’ Sarjan Mahzan menambah sambil menyelak laporan lain.

‘Ibu dia bagi statement yang sama, selalunya Amir akan sampai rumah pukul 10.30 macam tu. Dan kalau dia lewat,’ Sarjan Mahzan menyambung.

‘Saya yang akan teman dia balik’ Pengetua tersebut mencelah. Sarjan Mahzan mengangguk. Diam mereka lama, Dian dan Sarjan Mahzan seperti sudah mati akal apa lagi patut mereka soal sebelum pengetua tersebut menambah.

‘Amir ceria orang dia, positif’ Pengetua tersebut membalas. Dian melihat catatan dari segi personaliti Amir yang hanya menulis ‘Ceria dan tidak ada masalah’.

‘Hubungan dia dengan orang lain’ Dian menyoal walaupun dia seperti sudah boleh agak jawapan yang diberikan oleh pengetua tersebut.

‘Satu sekolah, kejiranan kenal budak tu. Hujung minggu dia tolong mak dia meniaga dekat pekan. Tapi sekarang pekan tu dah tak de’

Dian menggeleng kepalanya. Matanya melihat ke arah gambar Amir yang berpakaian seragam sekolah tersebut. Ada sesuatu yang menganggu kepalanya.

‘Tadi cikgu cakap cikgu ada 2 orang anak angkat. Sama umur dengan Amir? Amir kenal dia? Diorang rapat tak?’

‘Kenal. Rahimi, masa tu dia baru 14 tahun. Saya selalu jemput anak angkat saya datang rumah setiap hujung minggu’ Balas pengetua tersebut.

‘Boleh saya tahu mana dia sekarang’ Dian menyoal sekali lagi. Pengetua mengeluarkan kad nama satu pertubuhan rumah orang tua pada Dian.

‘Yang ni saja yang saya ada’ Balas Pengetua tersebut sambil mengeluarkan satu kad tempat dan menyerahkannya pada Sarjan Mahzan. Dian dan Sarjan Mahzan bingkas bangun, kerja mereka di sekolah tersebut sudah selesai. Pengetua tersebut menghantar mereka hingga ke pintu keluar bagunan tersebut.

‘Tolong tangkap pembunuh tu sampai dapat. Macam mana saya merayu pada polis 29 tahun yang lalu, macam tu juga saya merayu pada polis sekarang. Amir hanya 12 tahun.’ Kata-kata Pengetua tersebut mengiringi pulang Dian dan Sarjan Mahzan dari bagunan sekolah tersebut.

Dian tidak mengganguk atau mengiyakan. Dia berlalu pergi dari situ dengan Sarjan Mahzan. Mereka merancang untuk melalui kawasan laluan balik Amir dari sekolah seperti yang diberitahu oleh Pengetua tersebut dan laporan yang dibuat. Beberapa dinding batu bata konkrit menemani laluan mereka. Seperti 29 tahun yang lalu, sekarang sudah menginjak pukul 2 petang. Keadaan sunyi seperti 29 tahun yang lalu. Dian dari awal agak teragak-agak. Dia lebih rela sekarang malam yang lewat dari tenghahari yang kembang.

Laluan Sarjan Mahzan dan Dian menyaksikan hanya ada satu jalan tanpa sebarang simpang. Terdapat beberapa buah rumah setinggan, sekolah menengah kebangsaan polis hutan dan rumah kejiranan yang ada di situ berserta sebuah Taman permainan yang Amir dilihat kali terakhir sebelum dia hilang dan kedai runcit yang sudah bertukar menjadi pasaraya kecil di pekan. 3 kilometer dari belakang taman permainan tersebut adalah hutan, dan jauh sedikit di dalamnya adalah kubur Amir. Hanya satu jalan.

Dian dan Sarjan Mahzan membelok ke kiri dan tiba di rumah Amir. Dian melihat jam tangannya.

‘Berdasarkan kelajuan biasa kita berjalan, 20 minit baru sampai rumah Amir dan hanya ada satu jalan di kawasan laluan balik Amir. Tak seperti Anisa.’ Dian menambah, dia kemudiannya melihat sekeliling sebelum berpatah balik ke laluan yang sama ke sekolah tersebut. Tiada jalan lain untuk ke sekolah tersebut.

Dian sekali lagi melihat sekeliling. Sudah habis mereka menemu ramah kawasan perumahan tersebut, hanya ada 3 buah keluarga yang masih sama, macam 29 tahun yang lalu tinggal di situ. Dan seperti 29 tahun yang menyimpan memori terlalu lama, tiada apa yang mereka ingat tentang Amir.

*

Rompin Welfare

4.30 petang

‘Pak Cik, hari ni macam mana? Pak Cik marah ke sebab adik pak cik tak datang hari ni? Dia call saya tadi cakap dia sibuk. Esok dia datang’ Seorang Nurse dengan senyuman lembut di wajahnya sedang memujuk seorang lelaki tua yang tidak menghiraukannya, leka bermain dengan teddy bear berwarna merah jambu. Dia yang memakai baju merah dari atas hingga bawah, mengusap sekali lagi teddy bear tersebut. Lelaki tua lain di hadapannya menyeringai dengan senyuman. Angin yang menerpa masuk dari birai tingkap tersebut menyentuh ubun kepala lelaki tua berbaju merah. Lelaki tua yang menyeringai tadi menyisirkan rambutnya ke tepi. Dia kemudiannya lantas bangun dan keluar dari bilik tersebut, meninggalkan lelaki tua berbaju merah tersebut dengan Dian dan Sarjan Mahzan. Nurse tersebut membuntutinya dari belakang, meninggalkan mereka.

Dian dan Sarjan Mahzan merapati perlahan lelaki tua tersebut yang kelihatan takut dan menundukkan kepalanya. Dian duduk bersebelahan dengannya. Memberi salam, dan senyuman. Lelaki bernama Rahimi itu kelihatan malu-malu memandang Dian. Dian kemudiannya mengeluarkan gambar arwah Amir dan menunjukkannya pada Rahimi. Anak angkat Pengetua yang kedua. Rahimi tidak menunjukkan minat pada gambar tersebut.

‘Pak Cik kenal siapa dalam gambar ini?’ Soal Dian, perlahan. Rahimi menggelengkan kepalanya. Mukanya jelas berkerut, seperti tidak suka akan keberadaan Dian dan Sarjan Mahzan di situ. Atau malu?

‘Pak Cik ingat lagi tak ayah angkat pak cik? Cikgu Razak? Pengetua sekolah rendah pak cik dulu?’ Dian tidak mahu berputus asa.

‘Dia ayah aku’ Rahimi membalas pendek. Cuba lari dari memandang Dian.

‘Pak Cik tahu budak dalam gambar ni pun anak angkat pengetua? Nama dia Amir’

Rahimi kali ini seperti tersentak. Diambilnya gambar tersebut, meneliti lama.

‘Amir?’ Dian mengangguk. Berharap.

‘Amir, 12 tahun. Sekolah Polis Hutan 1987’ Balas Dian semakin mendekatinya. Lelaki itu semakin mengerutkan keningnya. Dian tersentuh tangan Rahimi. Sejuk. Dian menarik beberapa selimut di katil tersebut dan menutupi badan Rahimi. Lelaki tua itu kini tidak lagi lari dari memandangnya. Dia lantas menghadiahkan sesuatu pada Dian. Teddy Bear merah jambu. Dian teragak-agak untuk ambil.

‘Pak cik masih ingat Amir?’

Lelaki itu diam hingga ke akhir. Dian dah Sarjan Mahzan meninggalkan bilik tersebut.

‘Sarjan tengok pakaian dia tadi?’

‘Merah’

‘Tak pelik ke? Sedangkan kawan dia tadi warna lain. Pesakit lain pun warna lain. Rahimi atas bawah, merah’

‘Jadi kau nak cakap dia pembunuh? Sebab merah sama dengan teori. Envelope merah, reben merah. Rahimi, Amir pun dia kenal’ Sarjan Mahzan membalas.

‘Saya tahu, saya tengok bilik dia tadi pun warna merah. Staff tadi cakap, diorang tak restrict kalau patient nak decorate bilik diorang’

Dian mematikan perbualan dalam kerisauan.

*

Kilang Norzan Bakeri, Ulu kinta Perak

2 petang

Dian dan Sarjan Mahzan kini berada di kilang lama tempat mangsa ke 3, Khairil pernah bekerja dahulu. Mereka menjejaki pemandu bas yang menghantar Khairil pulang ke rumah sebelum Khairil hilang. Dalam erti kata lain, dia orang terakhir yang melihat Khairil.

‘Ouh, pak rahmat, dia dah berhenti lama dah dari kilang. Lebih kurang 3 tahun lepas.’

Pemandu bas kilang tersebut, En Mohan menjawab pertanyaan Dian.

‘Awak tahu dia dekat mana sekarang’ Dian menyoal lagi. Peluh mula mencecah dahinya.

‘Alam lain cik, dia dah meninggal’ En Mohan membalas. Sambil menanggalkan sarung tangan putih miliknya. Sarjan Mahzan mengeluh.

‘Siapa lagi yang pernah kerja lama dekat sini’ Sarjan Mahzan menyoal kembali.

‘Kilang ni baru je tukar orang baru. So pekerja-pekerja lama dah tak de’ En Mohan menambah, mereka kini berjalan masuk ke ruangan kilang tersebut. Ada penghawa dingin, Dian mula lega.

‘Selain dari pekerja asas, macam cleaner ke, yang dah lama macam tu, ada tak’ Sarjan Mahzan tidak berputus asa. Dan serentak itu juga seperti ada pencerahan di wajahnya dan pengharapan di wajah Dian.

‘Kejap hari ni hari apa?’ Mohan tiba-tiba ada pencerahan di wajahnya. Sarjan Mahzan menunjukkan jam tangannya yang berserta masa dan hari.

‘Kalau macam tu, saya rasa ada orang yang boleh tolong cik’ Dian rasa seperti mahu melompat. Mereka membuntuti Mohan, makin ke dalam kilang tersebut.

‘Pak Cik Rashid. Dia paling lama kerja di sini dulu. Dia start kerja kat kilang ni lepas dia SPM kalau saya tak silap. Dia kerja dekat KL tapi hujung minggu dia balik rumah dia dekat Perak’ Sambung Mohan lagi. Dian dan Sarjan Mahzan kini kelihatan lebih gembira.

*

Dian membuka tingkap kereta. Dadanya agak sempit melihat laluan kiri kanan jalan yang hanya hijau. Entah kenapa dia lebih sukakan bandar daripada hutan. Lima minit lalu laluan mereka bukan laluan itu tetapi bandar tetapi sekarang sekejap saja sudah berhutan, berbukit agak tinggi. Sarjan Mahzan memandang Dian.

‘Lagi lima minit kita sampai Flat Maju’

Dian mengangguk tanda faham dan lega.

‘Mungkin tengok banyak sangat tempat mangsa dikuburkan, logik kalau Inspektor Dian ada perasaan macam tu’ Sarjan Mahzan menambah. Dian buat pertama kalinya bersyukur ada kata begitu ditujukan padanya. Dia seperti mahu menjulang Sarjan Mahzan.

*

Flat maju, Ulu kinta

4.30 petang

Seorang lelaki pertengahan umur sedang membakar puntung rokok buluh. Dia kemudiannya membaling pancing buluh rotan jauh ke dalam parit kecil di pesisir bandang tersebut. Dian dan Sarjan Mahzan menunggu kata balas darinya.

‘Nak apa’ Lelaki tua tersebut menyoal, tiada lansung riak takut walaupun tahu Dian dan Mahzan adalah polis. Dian dan Sarjan Mahzan menelan air liur. Lelaki itu mungkin tidak percaya mereka adalah polis, Dian mengeluarkan kad pengenalannnya sebelum di cantas oleh lelaki itu kembali.

‘Aku tahu’ Lelaki tua itu membalas buat pertama kali.

‘Aku dah cerita semua pada polis dulu, diorang tak catit ke?’ Lelaki tua tersebut menyoal dalam nada tidak puas hati. Jorannya hampir jatuh dari bangku sebelum Dian membawa joran tersebut ke tempatnya kembali.

‘Sikit sangat pak cik, kalau pak cik masih ingat, boleh citer kat kiteorang balik’ Dian menyampuk. Tidak peduli dengan suasana yang kurang menyenangkan. Lelaki tua tersebut memandang Dian atas dan bawah. Sebelum membuka bicaranya. Puntut rokok daunnya sudah tinggal separuh.

Dian lihat wajah lelaki separuh abad tersebut kini menyeringai dengan senyuman bahagia tapi yang pasti bukan untuk Dian. Tetapi seseorang di belakang Dian. Seorang kanak-kanak lelaki berlari menuruni bukit tersebut ke arah lelaki tua tersebut. Lengkap dengan pakaian sekolah rendah. Seperti kalut baru pulang dari sekolah petang.

'Ejan bawa kuih ni untuk pak cik. Ayah pesan dia cakap malam ni blok tempat tinggal kita mungkin tak ada api, dia suruh pak cik beli siap-siap lilin. Lepas tu dia ajak esok pergi lawat kubur ibu' Ucap budak bernama Ejan tersebut sambil menghulur bekas makanan tersebut kepada wanita tersebut. Dia kemudiannya beralih pada Dian dan Sarjan Mahzan.

'Diorang ni siapa' Belum sempat Dian menjawab, lelaki tua tersebut menghentikan perbualan mereka, membisik kepada budak tersebut supaya pergi dari situ. Hilang bayang budak tersebut dari situ.

‘Khairil anggap aku macam adik dia’ Lelaki tua tersebut menambah.

‘Malam tu, dia tegur aku sebelum dia naik bus yang Rahmat bawak, dia cakap dia seronok sangat sebab malam tu dia nak sambut birthday mak dia. Mana tahu benda tu nak jadi kat dia’ Pak Cik Rashid menambah. Matanya seperti melangkau masa lampau.

‘Dia orangnya macam mana’ Dian menyoal.

‘Peramah. Baik. Suka dengar masalah aku’ Pak Cik Rashid menambah. Bergenang air di kelopak matanya.

‘Ada perubahan pada sikap dia? Contoh ada orang yang baru dia kenal’ Dian menyoal. Pak Cik Rashid menggeleng kepalanya.

‘Ada pak cik Rahmat beritahu apa-apa tentang malam tu pada pak cik’ Dian menyoal lagi. Mengeluarkan notanya. Dia kini duduk di sebelah Pak Cik Rashid.

‘Dia cakap benda yang sama macam yang dia cakap pada polis. Dia turunkan Khairil dekat depan bus stop perumahan, sebab bus tak muat nak masuk lorong rumah Khairil. Dulu mana ada van shuttle. Semua pakai bas’

‘Lagi, ada apa-apa lagi?’ Dian menyoal sekali lagi.

‘Ada dia nampak sesiapa yang mencurigakan?’ Dian soal. Dan menyoal.

‘Tak ada, mungkin sebab tu polis tak dapat tangkap pembunuh tu’

Dian diam. Menelan air liurnya. Pak cik Rahid cuba meletakkan pancing ke sebelah kirinya. Menggapai sebotol air untuk dibuka tetapi mungkin tangannya yang basah memasang umpan tadi, tindakkannya jadi sukar. Dian menolong Pak Cik Rashid membuka penutup botol air tersebut.

‘Cuma,’ Pak Cik Rashid mencelah. Sarjan Mahzan dapat rasakan kebaikkan Dian pada Pak Cik Rashid membuatkan lelaki itu lembut hati untuk menolong mereka.

‘Cuma apa?’ Dian meningkah.

‘Rahmat cakap malam tu hujan, ramai yang tumpang naik bas malam tu’

‘Dia cakap, lepas 2 stop, lepas hantar Khairil, ada ramai penumpang bukan kerja kilang berhenti dekat situ’

‘Dekat mana? Jauh tak dari rumah Khairil?’

‘Dekat je, biasalah hujan mana ada orang nak stop jauh dari rumah mereka’

‘Ramai tak?’

‘Adalah dalam 2-3 orang’

‘Ada Rahmat cerita perkara ni pada polis?’

Lelaki tua itu menggeleng kepalanya.

‘Polis tanya siapa yang turun sekali dengan Khairil saja’ Pak Cik Rashid membalas soalan Dian dam mematikan perbualan mereka petang itu.

*

Flat Permai

9 malam

Dian menyepak batu-batu kecil di ruangan jalan tersebut. Malam masih muda. Dia melihat keliling laluan jalan, dari tempat dia turun bas, laluan yang sama Khairil ambil waktu dia pulang ke rumah. Di jalan itu, ada satu jalan menghubungkan ke satu kawasan seperti bagunan terbiar, yang Dian syak Flat Jalan Lama yang dimaksudkan Rashid sebelum ini. Di sekitar kawasan semak, belakang bagunan terbiar itu adalah kubur Khairil. Sarjan Mahzan kembali, menghulurkan sebungkus minuman air milo kepada Dian. Dian meneguknya laju. Baru dia sedar, kali terakhir dia makandan minum ada waktu pagi tadi di kafeteria UTP.

Dingin merayap di tekaknya. Otaknya mula mengimbas perjalanan 1 hari mereka di Perak.

‘Saya tak sedap hati dengan saksi yang kita jumpa terutamanya Rahimi. Semua yang pernah encounter dengan mangsa ada persamaan. Mereka mahukan perhatian, Aulia, Rahimi, Rashid. Saya tak pasti dengan saksi-saksi lain yang Inspektor Akkir dan Hanif jumpa. Terlalu awal nak jump into conclusion. Entahlah Sarjan, balik kl nanti saya nak mandi dulu baru fikir. Seharian kat Perak ni’ Balas Dian perlahan, membaling kopi yang kosong ke tong sampah di tepi jalan.

Sedar tidak sedar mereka sudah tiba di rumah Khairil. Kini sudah didiami oleh keluarganya. Hanya tinggal ayah dan adik lelakinya. Adik lelakinya kini berada di universiti di Indonesia. Hanya tinggal ayahnya seorang diri di rumah. Kerja sebagai kakitangan awam di pejabat pos. Lamunan mereka terhenti dengan panggilan telefon bimbit Sarjan Mahzan.

‘Dekat rumah Khairil’ Sarjan Mahzan membalas sebelum memandang risau ke arah Dian.

‘Okay baik Tuan’ Sarjan Mahzan mematikan telefon bimbitnya. Berkerut keningnya. Dia mengebam mulut, kalut memandang Dian.

‘Tuan Akkir nak kita stay dekat Perak malam ni sebab ada dokumen yang dia suruh ambik dekat Ulu Kinta.’ Sarjan Mahzan menerangkan pada Dian. Dian menghela nafas berat.

‘Kita ambil sekarang’ Dian mencelah, memusingkan badannya ke belakang, ke arah kereta mereka sebelum ditahan oleh Sarjan Mahzan.

‘Tempat tu dah tutup sekarang. Lagipun, orang yang jaga dokumen tu tak ada malam ni. Esok pagi baru dia ada’ Sarjan Mahzan menerangkan sekali lagi. Dia juga, dengan helaan nafas berat. Dalam hati, Dian menyumpah ranah Akkir.

*

Permai Flat

7.30 pagi

Dian menyelak baju sejuk yang menutupi tubuhnya. Dia bangun dari pelantar kayu di hadapan rumah flat lama mangsa Khairil. Terasa belakang badannya seperti dibekukan. Dian mengeliat ke kanan dan ke kiri. Tudungnya yang menutupi separuh mukanya ditarik ke belakang. Dian menguap. Besar. Matanya yang separuh dibuka digagah mencari sumber air. Matanya terhenti ke arah satu paip kecil di hujung pelantar tesebut. Dia mencari kasutnya. Memakai dalam keadaan terhuyung hayang. Memusing kepala paip air tersebut sepenuh hatinya.

Air sejuk yang membasahi mukanya cukup kuat sebagai bahan pengejut dari tidurnya. Dari keadaan separuh sedar kepada sedar yang Akkir, kini berada di hadapannya. Dalam keadaan wajah yang sangat kecewa.

Dian menapak secara spontan ke belakang.

‘Apa Tuan buat dekat sini!’ Jeritan Dian hampir bingit.

‘Kau tidur kat sini?’ Akkir menyoalnya tajam.

‘Sejak bila tuan ada dekat situ?’ Dian tidak berpuas hati.

‘Penting ke soalan tu?’ Akkir meningkah

‘Penting, kenapa pulak tak penting’ Dian tidak berpuas hati.

‘Jangan risau, muka kau bangun pagi dengan sekarang, tak berubah’ Akkir membalas sinis.

Dian sekali lagi rasa api merayap di dadanya. Akkir melabuhkan punggung duduk di pelantar tersebut dan memandang ke arah Dian.

‘Asal kau tidur luar?’ Sekali lagi Akkir menyoal.

‘Habis tu takkan aku nak tidur dalam? Mahzan lelaki. Ayah Khairil bukan perempuan tetapi lelaki. Dan diorang bukan gay. Lebih dari tu, aku ni perempuan. Mana boleh tidur satu bumbung dengan orang lelaki. Takkan aku nak suruh diorang tidur dekat luar sedangkan ni rumah dia. Dah cari pekan ni, satu hostel pun tak da. Yang ada hotel. Dari beratus duit keluar hanya untuk semalam, baik aku tidur kat luar ni. Lagipun, siapa yang suruh aku bermalam dekat Perak ni. Kau kan?’

Dia menyoal penuh kuat ke arah Akkir. Akkir yang ada dalam lamunanannya. Akkir yang nyata hanya menggelengkan kepalanya dari tadi hanya meluru masuk ke dalam rumah Khairil.

*

Dian membuka penutup air sejuk kuat, seperti merentap. Dia meneguk terus ke mulutnya. Akkir menggelengkan kepalanya. Ayah Khairil, datang dengan periuk kecil bersi tom yam seafood yang baru dimasaknya. Sarjan Mahzan mencedok nasi ke dalam satu mangkuk dan memberi kepada Dian. Dian menggapai sudu dan terus meresap dalam sarapan pagi tersebut. Akkir sekali lagi menggeleng kepalanya.

‘Semalam saya tak balik KL. Hanif seorang saja. Saya minta maaflah sarjan, sebab kawan saya cakap hari ni dia ada hal. Kunci stor tu ada dekat dia pulak. So dia cakap nanti dia pos dokumen tu.’ Akkir memulakan perbualan pagi tersebut.

‘Kau tak rasa ke kau patut minta maaf dengan aku juga?’ Dian mengomel sendirian.

*

Bab 7: She leave her letter, hoping someone will find her

Meeting Room

Ibu pejabat polis Ampang

5 petang

Hanif laju tangannya menutup pintu masuk ke ruangan pejabat tingkat tiga bagunan tersebut. Orang terakhir yang meninggalkan bagunan tersebut, Sarjan Rizal melangkah keluar dengan kaki yang malas, lemah, lembik, baju kemejanya hilang tali leher, kotnya entah di mana, rambutnya ibarat sarang menanti burung datang menghinggap. Dia menoleh ke kiri, ke arah Hanif dengan mata kuyunya, seperti lelah mendengar taklimat Chief Mazhan meminta skuadnya menghantar laporan kes rompakan T.Street hari itu juga. Dia memandang tajam sebelum ke hadapan kembali seolah-olah tidak peduli dengan hal mereka. Sememangnya tiada yang peduli dengan Team Cold Case sejak sebulan mereka berada di situ. Tiada siapa yang mahu ambil tahu hidup mati kumpulan tersebut.

Masa sudah menginjak waktu pulang dari kerja. Sarjan Rizal hilang dari pandangan Hanif. Hanif mengunci rapat pintu tersebut seolah-olah tidak mahu ada pihak luar yang mengintip walaupun hakikatnya tiada siapa yang mahu lakukan perkara tersebut. Dan tidak mahu yang di dalam keluar.

Yang di dalam, yang di meja panjang sekarang. Dian, Sarjan Mahzan, Akkit dan Hanif.

Hanif tadi, sejenak melihat Sarjan Rizal seperti melihat dirinya pada cermin. Keadaan Sarjan Rizal tidak ubah sama macam keadaannya sekarang. Lemah, penat. Kecuali Sarjan Rizal yang boleh pulang ke rumah hari ini, sudah 3 hari constable itu tidak pulang ke rumahnya.

Suasana lenggang. Hanya tinggal team mereka. Hasil daripada jerkahan Akkir kepada Hanif yang beriya mahu pulang kerana sudah 3 hari dia tidak pulang ke rumah.

Hanif berlari ke arah tempat duduknya kembali. Agak sedikit tersorong kerusi beroda tersebut ke arah Sarjan Mahzan. Sarjan Mahzan menolaknya ke tepi kembali. Akkir menggelengkan kepalanya.

‘Sampai bila kita nak sembunyi-sembunyi guna bilik ni, team lain boleh saja guna bilik ni?’ Hanif merungut. Matanya turun naik. Mengedarkan kertas-kertas laporan yang baru difotostat kepada yang lain.

‘Aku malas nak bertekak dengan ketua team lain. Diorang mana pernah approve kita. Tu belum sentuh bab nak minta kerjasama diorang….’ Akkir membalas malas. Menyelak laporan-laporan di tangannya.

‘Jangan mula pasal isu kerjasama, even team ni ditubuh atas dasar benci pihak polis’ Sarjan Mahzan mencelah.

‘Jadi, kalau orang atas sendiri tak nak support, kita buat untuk siapa?’ Hanif mengeluh.

Dian menyelak muka tengah laporannya sebelum menunjukkan gambar keenam-enam mangsa tersebut kepada Hanif. Hanif menelan air liurnya. Akkir menghela nafas berat untuk memulakan pertemuan tersebut. Berbanding yang lain yang mana situasinya lebih kurang sama dengan Hanif, hanya Dian yang matanya masih segar ibarat tidur tiada dalam kamusnya.

‘Kita mula dengan Nasir’ Akkir memulakan bicara. Hanya waktu ini mereka ada untuk guna bilik tersebut. Waktu lain bagi polis yang lain, bilik itu keutamaan mereka.

‘Additional maklumat pasal Nasir. Nasir hilang di laluan balik dari kilangnya ke rumahnya. Dia menggunakan simpang 1. Tetapi mayat dan motosikalnya dijumpai di simpang 2. Dari segi personality mangsa, sama seperti sebelum ni. Nasir seorang kawan, ayah dan anak lelaki yang baik. Mak dia tinggal dengan dia.’ Akkir memlulakan perbincangan mereka.

‘Nisa hilang ketika dalam perjalanan balik ke maktab. Kali terakhir dilihat di stesen bas. Dan orang yang nampak Nisa adalah pemandu bas 105. Katanya, Nisa tak naik bas yang sepatutnya dia naik iaitu 106 yang akan tiba 5-10 minit selepas bas 105 lalu di stesen tersebut. Kenapa? Waktu tu adalah sekitar 8.00 malam. Masih awal. Dan disekitar kawasan tersebut ada kedai runcit dan taman perumahan. Tak mungkin Anisa diculik di situ. Jadi dia diculik ketika berpatah balik ke rumahnya untuk ambil mungkin sesuatu yang penting. Mungkin waktu itu dia diculik. Itu teori yang Profiler Dian dan saya rasa’ Sarjan Mahzan menambah perbincangan.

Dian masih diam.

‘Tuan cakap simpang 2 kan tadi? Ada apa kat simpang 2 tu? Ada rumah orang tak?’

‘Simpang 2 tu ke Jalan lama. Kami guna jalan tu tadi sebab sesat. Jalan tu sebenarnya boleh juga ke rumah Nasir tapi jauh. Jadi kebiasaannya Nasir, dia guna simpang satu’

‘Tapi, boleh saja kan dia guna simpang 2 malam tu? Betulkah kawan dia nampak betul-betul Nasir ambil simpang satu?’ Dian meningkah.

‘Dia just cakap mereka berpisah di simpang’ Akkir membalas sambil mengerutkan keningnya.

‘Kalau jalan lama tu, ada Flat lama. Flat lama tu pun bertembung dengan Flat rumah Khairil dan Nisa’ Dian menerangkan situasi tersebut kepada mereka yang lain.

‘Jadi Flat lama titik persamaan mereka?’ Sarjan Mahzan cuba memberi konklusi.

‘Saya ingat macam tu tapi rule ni tak apply untuk Amir. Rumahnya hanya satu laluan’

‘Kalau kita tolak tepi kes Amir. Flat lama tu mungkin boleh jawab misteri ni. Keempat-empat mangsa mungkin bertembung dengan pembunuh di Flat lama tersebut. Serial killer tak perlu ada masalah dengan mangsa-mangsanya untuk dia jadikan alasan bunuh diorang. Polisi polis, kita cari masalah yang mangsa ada untuk kita trace siapa pembunuh mereka, tetapi dalam kes serial killer, motif unexpected. Atau lebih tepat, tak ada motif. Personaliti mangsa, kesemua mereka di tempat masing-masing, dikenali. Suka tolong orang, suka bagi nasihat pada orang. Tak ke terlalu pelik untuk semua ni just kebetulan’ Dian menambah. Semakin mendekatkan kepalanya ke arah tengah meja.

‘Maksud kau?’ Soal Akkir. Tanpa dia sedar, dia turut melakukan perkara yang sama.

‘Disebabkan personaliti mangsa, mangsa samada kenal dan pernah bersembang dengan pembunuh atau hipotesis ke 2, killer perhatikan mangsa dari jauh. Untuk ke dua-dua hipotesis ni, pembunuh mesti dekat dengan mangsa. Cukup dekat untuk dia tahu rutin mangsa pergi dan balik. Sebab tu saya cari titik mereka bertemu dan Flat lama boleh jawab tapi macam yang saya cakap, Amir kesnya tak fit. Masalahnya timbul sebab semua mangsa ramah dengan semua orang. Tak mungkin polis dulu dapat temu ramah semua yang orang yang mangsa pernah cakap. The list will be infinity’ Dian menyambung.

‘Bila tengok balik kawasan tempat rutin mereka, pembunuh orang yang tahu rutin mereka. So, dah tentu dia dan mangsa kenal antara satu sama lain’ Sarjan Mahzan, orang pertama memberi hujah pada hujah Dian.

‘Itu deduction saya. Boleh jadi tak, boleh jadi betul. Intuition saya lebih kuat bila Mak Pak Cik Rshid kes Khairil cerita pada saya apa yang jadi malam Khairil hilang’ Dian menyambung.

‘Pak Cik Rashid cakap driver bus yang pernah hantar Khairil balik malam tu cakap, tak ada orang yang turun sekali dengan khairil tetapi ada 2-3 orang lepas tu yang turun lepas khairil. Orang tu semua turun dekat jalan lama. Dan salah seorang daripada orang tu ada bersembang dengan khairil dalam bas tetapi sebab pak cik Rahmat dah tak ada, kita tak tahu Khairil cakap dengan siapa. Polis waktu dulu hanya tanya siapa yang turun sekali dengan Khairil, bukan yang selepas tu’ Dian menyambung. Akkir kini kelihatan tekad.

‘Hanif, trace balik senarai penduduk yang tinggal dekat situ. Cari dewasa 20 tahun ke atas. Precise on lelaki. Persamaan yang kita dapat sekarang Cuma jalan lama. Pembunuh mungkin jumpa ke lima-lima mangsa ni di jalan lama.’

‘This rule does not apply untuk kes Sazly dan Sofia.’ Dian mencelah. Seakan tidak bersetuju mereka capai konklusi begitu cepat.

‘Saya dah investigate untuk Sazly dan Sofia. Adress, card transaction, tempat-tempat yang mereka pernah pergi. Tak ada persamaan.’ Hanif menambah.

‘Maybe we need to look more’ Sarjan Mahzan menambah. Dian mengeluh berat. Dan kini menghalakan gambar-gambar surat yang pembunuh bersiri itu pernah hantar kepada setiap waris mangsa.

‘Dan lagi satu tentang personaliti setiap mangsa, saya tak rasa sikap peramah semata-mata buat pembunuh pilih untuk bunuh. Mesti ada reason lain. Reason yang sama kenapa dulu dia stop dan sekarang dia mula balik. Cuma saya belum tahu lagi apa. Tapi teori saya mungkin pembunuh ada masa silam yang buat dia mahukan perhatian dari orang seperti mangsa’ Dian menambah dan kini jari jemarinya singgah pada surat-surat daripada pembunuh.

‘And one more thing is about the letter, cara tulisan mangsa. Saya dah tengok balik, dan rasa tak tak kena about capital letter ‘w’ dan ‘s’. W pembunuh ni macam ketara atau merujuk pada satu perkara’ Dian menyambung dan sambungan kata-katanya itu jelas mengerutkan kening mereka yang lain. Hanif paling ketara. Dian menelan air liurnya.

‘I mean breast. Dan S adalah s line bagi perempuan. Something bother him about sex. Mungkin dia ada affectioned yang kuat pada wanita. Pemalu, dan sensitif. Tak kahwin, mungkin still virgin. Mungkin tinggal seorang diri atau dengan adik beradik perempuannya. Sangat teliti. Tapi ni just teori, saya tak tahu yang lain’ Dian kini turut mengerutkan keningnya. Mencari persamaan dengan saksi yang dia jumpa dan profiling yang dia tengah lakukan sekarang.

Macam Rahimi’ Dian hanya mengomel di benaknya.

*

Jalan Lama

10.30 pagi

‘Saya dah attach senarai tenant yang pernah tinggal di Flat Jalan Lama ke dalam group’ Kedengaran suara Hanif di ruangan telefon bimbit Dian.

‘Saya dengan Sarjan on the way ke sana’ Dian membalas, tangannya masih kuat memegang stereng. Telefon bimbit Dian kini dalam mode loud speaker.

‘Hanya ada 5 family yang pernah duduk di situ. Sebelum satu kes kebakaran berlaku dekat area situ. Kawasan tu jadi kawasan berhantu, sebab tu semuanya berpindah. Tak ada satu pun daripada mana-mana waris family ingat ayah atau ibu mereka pernah naik bas dengan Khairil malam tu. Yalah dah 29 tahun’

Kata-kata Hanif berhenti di situ. Sarjan Mahzan yang berada di seat pemandu berulang kali batuk tapi masih gigih menulis butir penting tersebut kedalam nota kecilnya. Dian memusingkan stereng kereta beralih ke signboard jalan lama. Jalan yang sunyi, hanya dikelilingi belukar kiri dan kanan. Setengah jam berjalan ke jalan kecil, mereka melihat bekas bagunan yang ditinggalkan. Hanya tinggal tapak dan jalan yang sunyi. Dia menepis lalang tersebut menggunakan tangannya sendiri sebelum merasakan sesuatu yang seram sejuk di belakang lehernya. Segera dia menoleh ke belakang. Sarjan Mahzan dengan senyumannya. Dian menghela nafas lega sebelum Sarjan Mahzan semakin mendekatinya, Dian automatik kakinya menapak ke belakang. Nafas turun naik. Tangan Sarjan Mahzan diangkat, dan seperti menunjuk sesuatu di belakang Dian. Dian menoleh ke belakang sekali lagi.

Mata Dian menangkap satu susuk tubuh bagunan dari jauh pandangan sebelum telefon bimbitnya berdering memaparkan nama Akkir di situ.

*

Rumah Agam Wangsa

3 petang

Dian membunyikan loceng rumah tersebut. Seorang perempuan lingkungan separuh abad datang membuka pintu rumah agam tersebut. Seperti sudah dipesan oleh Tuan rumah, Dian dibawa masuk terus ke ruangan ruang tamu yang ke 4 rumah tersebut. Mulut Dian terlopong seminit sebelum dia kembali waras melihat Akkir dengan selesanya sedang meneguk teh herba, bersama ayah Sofea. Dian melabuhkan punggung perlahan. Ayah Sofea kemudiannya berlalu pergi setelah Akkir meminta kebenaran untuk menggeledah bilik Sofea.

‘Mana Hanif?’

‘Saya dah hantar dia balik’

‘Saya?’

‘Exception, Hanif balik pun sebab kerja’

‘Aku dah tak balik rumah 4 hari termasuk hari ni. Aku macam dah confius mana satu rumah aku, kereta, ipd Ampang atau Perak. Sarjan Mahzan sakit tuan bagi cuti, Hanif tuan tak suruh gerak banyak sangat pun, dahlah satu IPD Ampang anak tirikan kita, kau pulak nak anak tirikan aku? Dah tu, kau senang-senang melilau area kl, siap minum teh herba bagai’ Dian kembali sedar dari lamunan impiannya dengan bunyi derapan kaki dari belakang. Orang Gaji Sofea datang membawakan minuman.

‘Kenapa kena datang sini? Bukan Tuan cakap Sofea tak duduk dengan family dia?’ Dia menanyakan soalan di alam nyata. Dia kecewa dengan dirinya.

‘Supaya saya tak buat silap’. Akkir membalas malas,

‘Kalau betul apa yang kau deduct, macam mana criminal kenal victim dia dulu, victim zaman sekarang pun orang yang criminal kenal’ Jawab Akkir sambil menolak masuk pintu ke bilik Sofea. Tersergam katil mewah di ruang tengah bilik tersebut. Bersama beberapa teddy bear kecil berwarna pink. Banyak. Itu yang menangkap mata Akkir.

‘Teddy bear ni’ Akkir seperti Deja Vu. Teddy bear yang sama dia lihat di penthouse Sofea sebelum ini dan rumah Sazly, ketika blackout dan anak bongsu Sazly bermain dengan anak patung yang sama.

‘Tuan suruh ubah sebab kenduri arwah Sofea, tak elok katanya kalau orang nampak ada anak patung dalam bilik anak tuan haji. Tetapi baru dua hari lepas, saya letak balik’

‘Banyak teddy bear ni, semua sama’ Tambah Akkir. Mengangkat salah satu daripada teddy bear tersebut. Tertera tulisan di tapak kaki teddy bear tersebut. ‘NY WELFARE’. Mata Dian tidak lari Teddy Bear yang tidak asing dari matanya.

‘Haah, Sofea dapat lepas kerja volunteer dia dulu’ Sambung orang gaji tersebut.

‘Volunteer?’ Akkir menyoalnya kembali.

‘Sofea volunteer dekat pusat khidmat masyarakat yang jaga orang tua-tua setiap hujung minggu di perak’ Orang gaji tersebut menyambung.

‘Rumah orang tua? Kenapa perkara ni tak pernah dato beritahu?’ Akkir meningkah.

‘Bukan dato tak pernah beritahu cuma dia tak tahu.’ Orang gaji tersebut menghadiahkan senyuman kelat pada Dian dan Akkir.

‘Perak? Mak cik ingat tak nama rumah orang tua tu?’ Akkir menyoal. Orang gaji tersebut menginjak ke arah laci meja solek Sofea.

‘Apa yang Tuan fikir?’ Dian menyoal. Orang gaji tersebut kembali dengan satu kad di tangannya.

‘Tak, isteri Sazly pernah cakap dengan aku, suaminya ada buat kerja amal dekat rumah orang tua di Rompin Welfare’

‘Haah. Rompin Welfare’ Orang gaji tersebut membalas.

‘Dan semalam, saya sendiri pergi Rompin Welfare. Saya Nampak Teddy bear yang sama’ Dian membalas sambal mengambil kad dari tangan orang gaji tersebut.

‘Rompin Wellfare. Got it. Persamaan yang mereka ada. Both of them volunteer’ Akkir membalas.

Dian segera melihat senarai nama di skrin telefon bimbitnya. Satu nama menangkap matanya.

‘Kenapa Dian?’

‘Rahimi pembunuh tu. Kita tak jumpa titik pertemuan dengan Amir sebab dia memang dah kenal Amir. Mereka selalu berjumpa. Dan sebelum ni pun saya pergi jumpa Rahimi, dia fit dengan karakter pembunuh. Lelaki, badan sasa, bujang, sensitive, pemalu dengan perempuan, tinggal di kawasan di mana perlu jagaan orang lain, suka warna merah, dan yang sekarang, dia ada connection dengan semua mangsa. Dia bekas penduduk Flat Lama’

Dian mematikan perbualan mereka.

*

Interrogation room, IPD Ampang

5.30 Petang

Rahimi meramas jari jemarinya. Kuat. Peluh membasahi dahinya hingga ke muka. Dia dari tadi hanya menundukkan kepalanya. Aksinya kini diperhatikan oleh Akkir dan Hanif. Akkir menggelengkan kepalanya ke kiri sedikit. Matanya dikecilkan, keningnya dirapatkan.

‘Seorang saksi bagi keterangan nampak ada penduduk Jalan lama turun lepas Kharil, mangsa ke 2 turun dari bas. Flat Jalan Lama satu-satunya tempat di mana seorang penjenayah akan bertembung dengan Nasir, Khairil dan Nisa. Disebabkan mereka senang didekati, mereka mungkin dah tegur kau dan bersembang. Mangsa ke 5, Sazly dan mangsa ke 6 Sofea, pernah volunteer di rumah orang tua, tempat yang kau duduk sekarang. Dan Amir, kau kenal dia kan’

Rahimi masih diam, matanya membulat merah meliar ke kiri dan ke kanan.

‘Kau tinggal di Flat Jalan Lama sebelum ni. Kau kenal mereka semua kan. Kau sukakan perhatian. Hanya mangsa-mangsa ni boleh bagi kau benda tu. 29 tahun yang dulu, kau baru 17 tahun. Kau tak angkat mangsa kau ke kubur mereka, kau jemput mereka kan. Sebab mereka, kau tahu akan ikut cakap kau. Kau tulis sendiri surat tu. Patutlah tulisan budak sekolah’

Rahimi masih diam. Semakin menunduk. Menghentak kakinya pada kaki meja. Lama. Nafasnya turun naik. Dian merenungnya tajam.

‘Bila mereka dah tiba pada tempat yang kau dah rancang dari awal. Kau hempap kepala mereka dengan batu. Ikat kaki dan tangan mereka macam binatang. Dan kau tanam mereka hidup-hidup. Dalam semak, dalam hutan tu’

Rahimi kali ini mengangkat kepalanya untuk memandang Dian bila mana perkataan ‘hutan’ keluar dari mulut Dian. Tetapi hanya dongakan 10 darjah. Masih takut untuk bertentangan mata dengan Dian. Dia meramas-ramas tangannya. Seolah-olah berfikir seribu kali sebelum berani menuturkan sesuatu dengan bibirnya yang bergetar dan nafasnya yang laju.

‘Dia suka dengar mereka minta tolong dengan dia’ Ayat pertama Rahimi membuatkan Dian bergetar bibirnya. Dian mengerutkan keningnya. Mengebam bibirnya. Merapatkan dirinya pada Rahimi.

‘Siapa?’ Dian laju, mencantas kata-kata Rahimi. Wajahnya berpeluh. Dian lihat Rahimi, matanya ke hulu dan ke hilir. Seperti dalam ketakutan. Hanya teori Split Personality yang bermain di fikiran Dian sekarang.

‘Dia suruh kau bunuh? Dia siapa?’ Semakin kalut suara Dian. Bergetar nada di hujung ayat. Bilik tersebut entah kenapa dirasakan makin panas berdasarkan keadaan Rahimi yang semakin berpeluh dan lesu. Rahimi seperti sebelum ini tidak menjawab. Dia hanya mengerutkan keningnya, seolah-olah membengkeng hujah Dian. Dian tidak semena-mena bangun dan menghempap tangannya ke meja. Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif yang berada di bilik pemerhatian ternyata terkejut. Lampu di siling yang bergantung kini bergoyang.

‘Cakap Rahimi! Siapa kau dalam hutan tu?!’

Dian mengherdik kuat, yang paling kuat Akkir pernah dengar keluar dari mulut perempuan tersebut. Rahimi masih diam. Dian tangannya laju menarik kolar baju Rahimi dekat dengannya. Memandang Rahimi dengan matanya yang mula merah.

‘Orang gila macam kau dah bunuh ayah orang! Anak orang! Bapa orang! Disebabkan orang macam kau ada dekat dunia ni, orang normal kat luar sana tak boleh hidup tenang!’ Dian menghempas badan Rahimi ke dinding, membuatkan lelaki itu jatuh terjelepuk. Serentak itu juga telefon bimbit Akkir berbunyi menyebabkan mereka yang kaku di bilik pemerhatian sejak dari tadi laju bergerak ke bilik soal siasat. Akkir menarik tubuh Dian dari terus memukul Rahimi manakala Hanif segera membawa Rahimi ke hospital. Akkir mengherdik menyuruh Dian berhenti, sebelum Dian memandang Akkir dengan matanya yang merah membesar.

‘Sarjan Mahzan di Perak. Aku suruh dia siasat lebih pasal Rahimi. Kita silap. Rahimi ada bipolar disorder. Jadi boleh saja dia minat warna merah Dian. Dan apa yang kau buat tadi dah trigger symptom dia’

Dian mengerutkan keningnya tidak percaya.

‘Rahimi tahu pasal kes ni. Dia pembunuh, tuan dengar sendiri kan yang dia hampir confess, biar saya..’ Dian membalas sebelum Akkir mengherdik dirinya sekali lagi.

‘Sudah! Kita tak ada bukti, apa yang kau buat tadi boleh bahayakan nyawa dia! Nyawa orang yang mungkin tak bersalah lansung. Kalau kau nak tangkap Rahimi, cari bukti’

Dian bangun pergi dari bilik tersebut.

Bab 8: Will you understand me

IPD Ampang

2.00 petang

Dian menyepak batu-batu kecil di hadapan parkir kereta IPD tersebut. Mengeluh. Melihat ke hadapan jalan yang dipenuhi oleh pelajar sekolah menengah yang beransur pulang. Dia membuka kuat pintu keretanya sebelum tersembur beberapa gambar dari seat tempat duduk pemandu daripada drawerkeretanya. Gambar lokasi pembunuhan di flat jalan lama. Dian mengutip gambar-gambar siasatannya yang bertaburan. Salah satu gambar merupakan bagunan di balik Flat Lama yang dia pergi dengan Sarjan Mahzan pagi tadi. Bagunan yang Sarjan Mahzan tunjukkan padanya. Selain Flat Lama, titik prtemuan mangsa juga adalah di Sekolah Menengah Polis Hutan. Adakah Dian salah? Meluru menangkap Rahimi dan menolak kemungkinan yang pembunuh boleh saja pelajar, tukang kebun, cikgu di sekolah tersebut. Tapi apa yang Rahimi baru cakap padanya tadi? Siapa dia? Siapa di dalam hutan tu? Kalau bukan Rahimi, jadi siapa?

‘Kau tak boleh gari orang yang salah’ Kata-kata Akkir terngiang di telinganya.

*

Sekolah Menengah Kebangsaan Polis Hutan

5.00 petang

Dian tidak mahu mengulang kesilapan yang sama, kerana dia lebih daripada orang lain tahu perasaan dituduh atas jenayah yang bukan dia yang lakukan. Disebabkan itu, walaupun satu bagunan sekolah ini dia perlu tanya, dia akan pergi. Dia tidak boleh tinggal walaupun satu klu yang tidak membawa dia ke mana. Dian memandang sekeliling ruangan pejabat lama tersebut. Hanya ada meja di tengah, kerusi, dan satu almari lama. Kelihatan antik. Bersih. Seperti setiap hari dilap. Angin memasuki sekali sekala ruangan bilik pengetua sekolah tersebut. Tertera di dinding bilik tersebut gambar-gambar pengetua dari tahun 1980 hingga 2016. Yang pasti sekolah ini wujud sebelum kes 29 tahun lagi. Pintu dikuak, seorang wanita separuh abad masuk dan melabuhkan punggung, duduk berhadapan dengan Dian. Dian bangun, menyalami wanita tersebut sebelum duduk di tempatnya kembali. Wanita merangkap pengetua sekolah tersebut, dan tertera nametag ‘PUAN HUDA’ menghadiahkan senyuman. Dian menghela nafas kalut, mengeluarkan 4 keping dari buku notanya dan meletakkannya ke meja bulat tersebut.

‘Ada mana-mana gambar ni ingatkan puan pada seseorang? Rapat dengan mana-mana guru? Student? Pekebun? Anything’ Dian memulakan bicara. Dia perlu cepat. Puan Huda juga perlu cepat memberi jawapan padanya.

Tangan kanan wanita tersebut mengambil sekeping gambar di tengah. Seorang lelaki tua. Gambar Nasir.

‘Lelaki ni. Kalau tak silap saya, dia pernah langgar salah seorang pelajar kami. Ha, dia lah. Dia bawa motor’ Puan Huda berkerut wajahnya cuba mengingat sesuatu.

‘Honda petak’ Dian mencelah.

Puan Huda mengangguk.

‘Dia langgar pelajar tu petang tu. Tak sengaja katanya, saya ingat lagi sebab hari hari pertama saya bertugas dekat sekolah ni. Lepas tu saya tengok selalu jugaklah lelaki tu berborak dengan peajar ni’ Puan Huda menambah.

‘Siapa pelajar tu? Puan ingat lagi tak? Siapa nama dia?’

‘Kalau tak silap saya, dia menengah atas waktu tu. 17 tahun. Tingkatan 5. Saya masuk tahun 1987. Kalau macam tu, dia batch yang ke 40. Kejap’

Puan Huda bangun menuju ke arah almari lama tersebut. Dia mengambil salah satu album. Menyelak laju. Sebelum berhenti di ¾ album tersebut. Dia memusingkan album tersebut dan menghalakannya pada Dian. Dian tersentak. Tak mungkin. Nafas Dian turun naik. Wajah susuk itu tidak berubah lansung, seakan tidak dimamah usia.

‘Betul ke pelajar ni?’ Dian menyoal bertubi tapi dibalas dengan jawapan yang sama oleh pengetua tersebut.

‘Puan ingat pelajar ini? Apa-apa pasal dia?’ Dian mahu cepat. Dia tidak boleh lambat. Puan Huda tersenyum. Seperti ada jalan penyelesaian atau jawapan yang lebih baik dia boleh beri pada Dian.

‘Kalau nak tahu lebih pasal student ni better tanya ayah angkat dia’

Dian mengerutkan keningnya.

‘Ayah angkat?’

‘Rahsia. Tapi bukan lagi sekarang. Saya tahu pun bila ayah angkat dia cuba cari dia dulu lepas dia hilang. Ayah angkat dia dulu senior saya. Pengetua sekolah rendah polis hutan sekarang. Pengetua Zambri’

*

Sekolah Kebangsaan Polis Hutan

6.30 petang

‘Kenapa Pengetua tak cakap pengetua ada anak angkat yang lain?’

Bibir lelaki tua itu ketar. Kotak memorinya seperti mahu lari dan pergi ke masa lampau. Masa di mana dia masih boleh pertahankan nasib pelajar tersebut. Masa di mana, kasih sayangnya pada pelajar malang seperti itu di tahap maksimum. Sakarang kasih mungkin pudar, kerana itu dia tidak lagi dengan kudratnya mencari pelajar tersebut. Tangannya diberanikan menyentuh gambar pelajar tersebut.

‘Masa tu musim hujan. Waktu kali pertama saya nampak dia. Dalam tanah lembap. Dia tinggal dengan saya di flat lama lepas tu. Daripada 3 orang anak angkat yang saya ada, dia sahaja yang tinggal dengan saya. Dia rapat dengan isteri saya. Lepas isteri saya meninggal, dia jadi pendiam. Bila umur dia 20 tahun, dia lari rumah. Saya tak tahu di mana dia sekarang’ Ketar bibir lelaki tua itu cuba memberi jawapan. Dian kecewa, dia terlepas pandang nama pengetua tersebut dalam senarai penduduk yang diberi oleh Hanif.

‘Dia rapat dengan isteri tuan?’ Dian mengerutkan keningnya menyoal. Pengetua mengangguk. Terlintas di benak Dian tentang hubungan Khairil yang diberitahu oleh Akkir sebelum ini, ibunya tinggal bersamanya, Nisa rapat dengan ibunya, Nasir juga sama. Sazly dan Sofea, kedua-duanya rapat dengan ibu mereka. Ibu.

‘Betul pengetua tidak tahu?’ Dian memandang sinis, mustahil lelaki ini tidak tahu. Dia tahu Rahimi di mana, jadi dia patut tahu siapa yang melawat Rahimi. Tetapi pengetua tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Dian sekarang sedang menyatukan puzzle minda yang hampir terjawab. Itu tidak mengejutkannya. Dan sekarang terjawab juga kenapa handwriting analysis yang Sarjan Zuhail pernah hantar adalah tulisan budak sekolah.

‘Macam mana Pengetua ambil Amir sebagai anak angkat sebab background dia yang kurang bernasib baik, i guess the same thing about this student’ Dian menyoal laju. Mahu jawapan. Lelaki tua itu menghela nafas berat yang dia tidak mahu luahkan.

‘Kes kebakaran rumah setinggan dekat dengan Flat Lama. Itu rumah dia. Tu family dia’ Pengetua tersebut membalas. Dia tidak jadi menyandar tubuhnya. Nafasnya turun naik. Teringat dia pada kata-kata Hanif sebelum ni yang mengatakan ada kawasan kebakaran di flat jalan lama yang menyebabkan kawasan disekitarnya berhantu.

‘Bukan ke dalam berita cakap tak ada family yang survive’ Soal Dian. Bertambah kerut di wajahnya. Tidak semena-mena kerisauannya dibalas sinis Pengetua tersebut.

‘Jadi nama dia pun tak layak kalau nak tulis dalam akhbar. Walaupun dia hidup’ Pengetua tersebut membalas. Dian diam. Lama. Dia tidak tahu respond apa patut dia beri.

‘Mak dia anggap dia anak yang tak patut ada dekat dunia. Mak dia dirogol dan dia anak hasil benih lelaki yang jadi mimpi negeri mak dia. Ayah maknya sendiri. Masa dia sekolah rendah, heboh dekat kejiranan yang keluarga dia abused dia. Mak dia pun tak sihat, ada masalah mental. Selalu abused dia. Saya tahu pun lepas kejadian tu berlaku. Ayah, mak, abang, kakak mahupun adik lelaki dia, semua tak suka pada dia sebab dia. Even mak buang dia, inikan keluarga tiri dia? Dia selalu tanya saya ‘kenapa ibu dia tak sayang dia? Mungkin sebab tu dia rapat dengan isteri saya’

Dian tersentak selesai Pengetua Zamri menghabiskan hujahnya.

‘Sampai sekarang, dunia tak berubah. Apa salah budak tu?’ Pengetua Zamri memecah kesunyian sesaat itu, mengeluh berat. Dian memejamkan matanya sesaat. Apa salah budak tu? Apa salah dia?

‘Semua ahli keluarga dia mati, kena tembak dengan perompak. Perompak tu sendiri mengaku bunuh keluarga tu’ Pengetua tersebut menghela nafas berat untuk menyambung ceritanya sebelum Dian mencelah.

‘Budak tu. Macam mana dia boleh survive’ Dian menyoal cemas.

‘Dia sembunyi. Sampai tembakan terakhir, perompak tu tak sedar dia ada dalam rumah tu tapi’ Pengetua tersebut menghentikan biacaranya. Sesuatu menganggunya.

‘Masa di mahkamah, peguam bela perompak tu ada mention yang dia tak mulakan api yang bakar rumah tersebut. Dia juga mention yang rumah tu memang gate dia dah terbuka. Macam kerja orang dalam’ Pengetua Zamri menyambung.

‘Jadi, diorang syak orang yang selamat’ Dian mencelah sebelum lelaki tua tersebut menjeling tajam ke arahnya.

‘Dia baru 12 tahun, tak mungkin budak 12 tahun buat benda tu’

Jawapan pengetua tersebut mendiamkan Dian. Tetapi tidak dengan hal yang baru terlintas di fikirannya,

‘Lagipun, diorang tu mak kandung, ayah, abang, kakak, dan adik tiri dia.’

Dian bangun lari, dari bagunan sekolah tersebut memecut laju. Telefon bimbitnya laju menelefon sesiapa saja yang dia boleh ingat. Yang paling dekat, dia perlukan sekarang. Segera dia menelefon Akkir tetapi tidak berjawab. Dian membayangkan Akkir masih marah padanya. Sarjan Mahzan, kelihatan namanya terpapar di skrin telefon Dian sekarang. Serentak itu juga dia ingat yang Akkir menghantar Sarjan Mahzan ke Perak untuk soal lebih pasal Rahimi pagi tadi. Segera tangannya laju menelefon Sarjan Mahzan.

*

Flat Maju

6.30 petang

‘Dian kami dah jumpa adik Eshan. Dia selamat, ada sekarang dengan kami dekat sekolah rendah. Diorang stayback’ Suara Sarjan Mahzan jelas di telinga Dian sebelum dia rasakan telefon bimbit Sarjan Mahzan seperti dirampas kasar dan suara orang yang digeruninya kini menjelma di telinganya.

‘Kau dekat mana?!’ Akkir menjerit. Mungkin Sarjan Mahzan menelefon Akkir memberitahu situasi Dian membuatkan marahnya pada Dian makin marak. Bertindak seorang diri seperti ini makin menyirapkan darah Akkir. Dian diam. Tidak menjawab pertanyaan Akkir. Ada perkara yang lebih penting ketika itu. Matanya tertumpu pada deretan cawan-cawan kaca yang disusun di rak kecil tersebut mengikut susunan. Tertib. Bingkai di dinding, tiada gambar sesiapa. Hanya gambar permandangan tetapi disusun mengikut saiz. Tertib.Jalan ke arah dapur juga bersih. Tingkap seperti dicuci setiap hari. Tiada sebarang habuk. Lantai seperti dimop setiap hari. Tiada banyak barang di rumah tersebut tapi jelas di satu sudut ada longgokan tali, reben merah, kain cotton merah, dan beberapa kayu yang kelihatan seperti kayu bola besbol. Nafas Dian mula tidak teratur.

‘Apa yang aku tinggal? Nasir, 50 tahun. Khairil 29 tahun. Siapa lepas mereka? Kalau bukan Eshan, 12 tahun.’

Dian diam. Dahinya pecah peluh cuba mengingati sesuatu sebelum keningnya dikerutkan, dan bulu romanya menegak.

‘Lepas Khairil, Anisa, 27 tahun’

Dian mengeluh berat. Jeritan Akkir di telefon bimbit tidak dijawab. Tangannya kirinya dialih kebelakang, ke poket belakangnya cuba mengeluarkan pistolnya, sebelum sesuatu dihentak ke kepalanya dari belakang. Telefon bimbitnya jatuh ke lantai. Dimatikan.

*

Seorang budak perempuan, berumur 12 tahun lengkap dengan pakaian seragam sekolah rendah puteri diikat kaki dan tangannya. Tertera nametag namanya ‘Sufia’. Jatuh dia rebah ke lantai sejuk. Suaranya ketar meminta pertolongan yang hanya disambut gema bagunan lama shopping mall yang dirobohkan. Malam semakin menampakkan diri. Perasaan takut semakin memuncak ke dalam dada pelajar ini. Nafasnya turun naik. Air mata hanya tunggu masa untuk bertukar warna. Malang, tiada siapa di situ.

Kecuali satu susuk tubuh yang datang. Tubuh itu tinggi dan kurus. Atasnya, mata budak perempuan itu hanya menangkap bayang bulat. Bayang yang dia nampak satu jam yang lalu. Tapi di tempat lain. Bayang semakin jelas, setapak mendekati budak tersebut. Semakin dekat. Dan dekat. Wajah susuk itu dicat. Seperti badut. Menyeringai dengan senyuman.

Tersentak Dian. Sinar cahaya seperti jejari yang menyinari dari celah sisir tingkap. Tepat ke mata Dian. Tubuhnya terumbang ambing seperti berada di laluan berbukit. Matanya dicuba dibuka seluas yang mungkin. Pedih. Dan dia sedar, tangannya diikat dengan kain berwarna merah, sama seperti kakinya sekarang. Cuma satu, mulutnya tidak disumat dengan kain berwarna merah. Kenapa? Dian menelan air liurnya beberapa kali. Nafasnya turun naik. Punar matanya melihat tubuh yang memandu van tersebut dari sisi cermin belakang kereta. Susuk itu lengkap dengan jaket hitam, sarung tangan hitam memegang stereng van tersebut. Lagu klasik inggeris berkumandang dari dalam van tersebut. Tangan kanannya meningkatkan lagi volume suara lagu tersebut. Badan Dian semakin ke depan dan ke belakang seperti binatang di dalam sarkas. Dian merenung tajam.

Rashid, bibir kanannya merekot memberi senyuman sinis. Kepalanya diputar ke kanan, menoleh sedikit dan ke belakang, ke arah Dian sebelum kembali memandang ke arah hadapan. Dia memasuki lorong kanan jalan. Kawasan berbukit. Tiada penanda jalan. Cuma warta hijau. Hutan. Semak. Kawasan yang dia lihat sebelum ini bersama Sarjan Mahzan dan juga bakal menjadi tempat Dian disemadikan tubuhnya. Itu rancangan Rashid.

‘Jangan buat benda bodoh, kau tahu aku boleh bunuh kau sekarang juga’ Rashid memulakan perbualan pertama antara mereka. Dia menggerakkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dengan senyuman yang Dian pertama kali lihat. Lebih bahagia berbanding senyuman dia pada budak lelaki tempoh hari. Pada Eshan.

‘Apa bezanya? Kau nak bunuh aku juga nanti? Kau tahu kami buka balik kes ni. Kau takut, jadi kau lead kami pada Rahimi. Adik beradik angkat kau sendiri kan? Kau nak kami percaya yang Rahimi pembunuh’ Dian membalas. Peluh di dahinya mula menampakkan diri. Rashid tidak menjawab. Hanya menjawab dengan bibir yang merekot. Dia menggengam stereng rapat. Mereka kini melalui laluan makin kecil dan sempit. Rashid hanya fokus kepada jalan.

‘Kenapa diam? Bukan kau nak aku sembang dengan kau ke sekarang sebab tu kau tak tutup mulut aku?’ Dian memprovokasi. Matanya merah memandang Rashid. Bebolanya tepat ke arah Rashid.

‘Sebab aku ingat kau lain. Aku ingat kau akan faham aku’

Dian mengerutkan keningnya sebelum Rashid mencelah kembali

‘Pelik. Yang lain bila bangun, diorang mintak tolong’ Rashid melontar soalan bukan jawapan. Dian mengecilkan matanya. Mengebam bibirnya.

‘Aku tak takut dengan psychic macam kau Rashid’ Dian membalas tegas masih cuba berhempas pulas meloloskan diri daripada ikatan tali tetapi gagal. Rashid jelas ketawa di hujung ayat Dian.

‘Kau tahu apa yang lebih menakutkan dari perasaan takut? Bila kau ditangkap yang kau sebenarnya takut. Aku tahu kau takut Inspektor. Semua orang takut bila tahu dia nak mati.’ Rashid menyeringai dengan tawa kecil sekarang ini. Dian nafasnya semakin turun naik. Dian cuba mengatur sebaik mungkin. Cuba berfikir. Dia mengesotkan tubuhnya sedikit dekat dengan Rashid. Rashid kini menghentikan keretanya di satu lereng bukit.

‘Jadi kau tanya umur aku dulu sebab ni. Sebab aku, Anisa, umur aku sama dengan kakak tiri kau’

Kata-kata Dian membuatkan lelaki tua itu menjeling sedikit ke arah Dian, mengerutkan keningnya lama, jelas bibirnya bergetar sebelum dia seperti mengambil keputusan untuk hanya senyum kepada Dian dan kembali melihat ke hadapan. Rashid keluar dari kereta dan mengheret Dian masuk ke semak tersebut dan mengikatnya pada salah satu pokok bersebelahan dengan kubur yang sedang digali orang Rashid. Dian memperhatikan gerak geri Rashid.

‘Kau tak takut polis akan jumpa flaw dalam pembunuhan kau kali ni? Kau heret aku. 29 tahun yang lepas hingga 1 bulan yang lepas, kau tak pernah heret mangsa kau. Mereka yang datang sendiri kan?’

Rashid tidak menjawab. Tangannya laju menggali kubur Dian. Disebabkan tanah yang lembap kerana hujan semalaman, kerjanya jadi mudah. Dian menarik nafas lama, melilau melihat pergerakkan Rashid.

‘Semua mangsa kau umur mereka sama dengan keluarga kau kan Rashid?’ Dian meninggikan suaranya. Dia mahu Rashid dengar. Rashid gelak kecil

‘Polis selalu lambat satu tapak’ Balas Rashid. Semakin laju menggali. Menghempas tanah, dengan penyerodok tanah yang tajam. Dian memandangnya tajam. Pergelangan tangannya kini jelas berdarah akibat geseran kuat Dian.

‘Kau tahu apa yang akan jadi kalau kau bunuh polis?’ Dian mengerling tajam. Rashid, tawa makin mengilai. Dia memandang sekilas ke arah Dian.

‘Aku jadi terkenal’ Rashid membalas dengan senyuman sinis entah yang ke berapa kali.

‘Jadi kau sukakan perhatian? Sama macam mana kau rapat dengan Nasir, Khairil, Nisa, Amir. Sazly, Sofea bukan sebab sikap ramah mereka, tapi sebab perhatian ibu mereka terhadap mereka kan? Kasih sayang ibu. Benda tu yang kau nak kan? Benda tu yang kau tak ada. Kenapa ibu tak sayang Rashid? Kau ulang banyak kali soalan tu kan? Ayah angkat kau cerita semua pada aku. Lepas isteri pengetua merangkap orang yang rapat dengan kau, yang kau anggap macam ibu kau sendiri meninggal, benda tu jadi trigger point kau untuk membunuh. Dan kau stop lepas kau jumpa ibu Eshan kan? Dan lagi. Kau start balik bila ibu Eshan mati kan?’ Dian memberi hujah.

‘Jadi lepas bunuh aku, bunuh mangsa-mangsa kau sebelum ni, perasaan sewaktu kau bunuh kami, tu akan buat kau rasa kau dah kuasai memori dan diri kami kan? Hidup kami jadi milik kau? Macam tu? Tapi kau silap Rashid, aku dah tak ada mak. Apa yang kau dapat kalau kau bunuh aku. Kau hanya akan dapat masa silam aku yang mungkin lebih teruk dari kau’

Penyerodok Rashid berhenti. Sudah lama, sejak Dian mengutarakan hujahnya sebentar tadi lagi. Rashid beralih, menoleh ke arah Dian dengan matanya yang merah.

‘Kau ingat aku tak tahu benda tu? Kan aku cakap tadi, aku ingat kau lain’

Dian mengerutkan keningnya. Tidak menjawab ayat yang dilontarkan oleh Rashid. Penyerodok Rashid kembali ke masa sekarang. Kali ini makin laju menggali. Dengan kasar. Dan kedalamannya semakin dalam. Dian menggelengkan kepalanya. Tangannya semakin berdarah dengan lebih teruk hasil geseran berulang kali dengan kain merah yang dia cuba tanggallkan. Dian masih memandang Rashid. Mata di berkelip berulang kali. Apa yang Rashid nak dia faham? Kenapa Rashid katakan padanya yang dia berharap Dian lain dari yang lain. Dia melihat kuburnya kaku.

‘Keluarga kau mati bukan sebab ditanam hidup-hidup, tapi sebab ditembak dan dibakar. Jadi kenapa kau...’

Rashid melempar penyerodok ke tepi kubur yang dia gali. Dia menoleh ke belakang. Dian setapak mahu ke belakang tetapi tiada keupayaan baginya. Hanya suara yang tidak akan ada sesiapun di situ dengar kecuali binatang buas. Keningnya berkerut masih mahu memberi hujah. Sebelum terdetik sesuatu yang menyejukkan tulang sendinya. Dia membesarkan matanya. Rashid semakin lama, semakin dekat.

‘Yang ditanam hidup-hidup kau kan?’ Dian meneka dan dia tahu tekaannya betul meliat reaksi Rashid yang hilang pertimbangan memandang tajam ke arahnya.

‘Mak kau. Dia gila. Dia tanam kau hidup-hidup kan?’

Dian menelan air liurnya bersiap sedia dengan segala kemungkinan, dan peluang hidup yang tipis saat dia mengeluarkan ayat itu. Mata Rashid semakin membulat merah.

‘Dan rule 3 hari. 3 hari, mungkin kau diseksa 3 hari. 3 hari kau tunggu orang cari..’

‘Jadi, ada diorang cari aku?!’ Rashid mencelah kuat, menyoal dan dibalas dengan diam Dian. Kaki Dian seperti lemah. Dia tidak pernah selemah itu. Apa yang dia rasa sekarang? Hatinya tidak sedap.

‘Jadi sebab tu, kau nak orang cari kau. Kau nak orang cari mangsa-mangsa tu. Kau nak orang tolong kau?’ Dian mengumpul segala keberanian dan akal untuk menyoal. Rashid makin dekat dengannya.

‘Ada diorang tolong aku?!’

‘Pengetua Zamri, dia selamatkan kau kan?’

‘Aku nak mak aku!’ Rashid menjerit kuat. Dian menelan air liurnya. Matanya berpinar. Rashid memotong tali yang mengikat Dian, mengheret dan menghempas badan Dian ke dalam kubur yang baru digali. Sebelum jeritan dan tembakan kuat di laung ke udara.

*

Epilog kes 1

‘Kami jumpa ni pada badan Amris’ Sarjan Mahzan mengangkat bungkusan plastik yang mengandungi satu pakaian yang berjurai talinya. Hanif dan Akkir memandang aneh ke arah bungkusan tersebut kecuali Dian.

‘Double breast suited. Amris ada affectioned pada ibunya walaupun ibunya abused dia waktu kecil. Dia cemburu dia tak dapat kasih sayang ibunya macam adik beradik tirinya yang lain. Benda yang sama dia rasa bila dia tengok mangsanya rapat dengan ibu mereka. Dia sebenarnya in love with his mother. Oedipus complex. Love with mother and hated his father’ Dian memberi hujah ringkas sebelum masuk duduk di dalam van. Jelas riak wajah terkejut oleh Sarjan Mahzan yang seperti tidak sanggup memegang plastik tersebut. Hanif bergetar dirinya. Akkir menghela nafas laju.

Van kini hanya ada Akkir dan Dian duduk di belakang. Yang memandunya adalah Hanif. Sarjan Mahzan masih ada kerja mahu diselesaikan di crime scene tersebut. Mereka hanya diam sepanjang jalan pulang ke Ampang KL selepas leteran 15 minit oleh Akkir yang benci tindakan Dian yang mencari Rashid seorang diri. Dian seperti anak yang patuh, tidak melawan cakap Akkir. Baik Dian, Akkir mahupun Hanif tidak bersuara lagi selepas itu. Lama, 1 jam. Van tersebut menyelusuri highway untuk masuk ke Sg Buloh, sebelum Dian yang diam sudah lama, tiba-tiba ketawa mengilai. Akkir, entah kenapa dia baru perasan yang tangan Dian, kedua belah pergelangan tangannya kini merah, basah dengan luka. Tetapi lansung tidak dihiraukannya Dian. Akkir memandang aneh. Dian menepuk pehanya menahan ketawa. Matanya berair. Hanif mula melihat aneh keadaan Dian melalui cermin belakang kereta tersebut. Adaakh leteran Akkir tadi buat Dian gila?

‘Tuan tahu, Rashid tak ikat pun mulut saya tadi. Rashid anggap saya ibu dia. Dia rasa saya dapat faham dia. Dia ingat saya akan faham dia’ Dian mengeluarkan ayat pertamanya sebelum kembali ketawa. Dia mengelap matanya yang berair. Nafasnya laju kerana ketawa hingga wajahnya merah. Dian menghela nafas lama, mengambil hujung kain tudungnya dan mengelap matanya. Akkir melihat tangan Dian yang berdarah, menitik darah dari situ.

‘Sedangkan pada saya, dia tak lebih dari seorang pembunuh’ Dian menamatkan ayatnya sebelum kembali ketawa dan diam. Tidak sedar bila matanya sudah terlelap. Akkir menahan darah di tangan Dian menggunakan sapu tangannya.

Mad Bomber Case

New York pada tahun 1940 an hingga 1950 an, dikejutkan dengan siri pengeboman. Puluhan letupan di serata daerahnya. Bom dipasang di teater, terminal, perpustakaan, dan pejabat-pejabat di mana jumlah orang awam adalah ramai. Bom ditinggalkan di dalam pondok telefon, bilik loker, dan juga kawasan rehat orang awam. Disebabkan kawasan bom yang pertama adalah di Pusat Jana kuasa Edison, dan polis sendiri menjumpai satu bekas berbalut tidak jauh dari kawasan letupan yang bertulis

‘CON EDISON- THIS IS FOR YOU’

Polis mengesyaki pengebom adalah bekas pekerja syarikat Edison yang menyimpan dendam terhadapan syarikat tersebut. Selepas kes bom yang pertama, setiap pengeboman selepas itu, stesen tv, majalah, polis akan menerima surat daripada pengebom yang menyatakan niatnya, atau sebab, sebelum atau selepas pengeboman berlaku. Keseluruhan pengeboman adalah 33 kali, di mana 22 daripadanya meletup dan menyebabkan 15 cedera. AFIS, handwriting analysist, Bomb Investigation unit dan NYPD yang lain bekerja keras untuk menjejaki penjenayah terbabit tetapi gagal. Senarai pekerja Edison Company diselidik tapi jumlahnya terlalu banyak dan variasi. Detektif yang mengetuai kes tersebut, John Cronin meminta pertolongan rakan baiknya sendiri iaitu James Brussel, profiler terkenal, dan juga seorang Doktor Pakar Sakit Jiwa sebagai jalan terakhir mereka. Brussel diberi gambar-gambar lokasi pengeboman, fail setiap pekerja, dan surat asal pengebom. Kerjasaam ini telah membolehkan James Brussel mengwujudkan potret pengebom itu sendiri atau digelar sebagai Offender Profile. James percaya yang pengebom adalah

‘Male, as historically most bombers were male. Well proportioned and of average build, based on studies of hospitalized mental patients. Forty to fifty years old, as paranoia develops slowly. Precise, neat and tidy, based on his letter and the workmanship of his bombs. A Slav, because bombs were favoured in Middle Europe. A catholic, because most slavs were catholic. Courteous but not friendly. Has good education, but probably not college. Foreign-born- the formal tone and old fashioned phrasing of the letters sounded to Brussel as if they had been written or thought out in a foreign language and translated to English. Based on the rounded letter ‘W’S’ of the handwriting, he believed it was to represent breast. Brussel thought something about sex was troubling the bomber, possibly an Oedipus complex- loving his mother and hating his father. A loner, no friend. Little interest in women possibly virgin. Unmarried, perhaps living with an older female relative’

‘Brussel even predicted that when the bomber was caught, he might be wearing double breast suited, buttoned. And when the police caught the bomber, George Mesteky, 50 year old, unmarried, salvic, man who lived with his 2 sister, his belonging were neat, and his workshop (where he built he bombs) was extremely organized. He was shy around others and wasn’t talkative with neighbours and he when police asked him to stripped down his clothes, he was wearing double breasted suit’- NY times.

George Mesteky sebenarnya adalah seorang mangsa kemalangan insdutri di Syarikat Edison. Dia pengsan selepas menyedut gas yang bocor secara tiba-tiba sewaktu bekerja. Dia kemudiannya dirawat sebagai pesakit tuberculosis. Disebabkan menggunakan cuti sakit selama 26 hari, dia hilang pekerjaannya. Rayuan sebanyak 3 kali untuk pampasan bagi pekerja tidak dilayan.

‘When a motorist injures a dog- he must report it-not with an injured workman-he rates less than a dog- I tried to get my story to the press – I tried hundreds of others- I typed tens of thousand of words (about 800,000)-nobody cared---(---)—I determined to make these dastardly acts known – I have plenty of time to think—I decide on bombs’

F.P’



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku