CLOWN
Bab 2: Reply 1991
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
237

Bacaan






Bab 1:Unexpected Letter

Willstone Street House,

12 tengahari

Dian menangkap ibu jari kakinya yang tersadung ketika dia cuba menggeliatkan tubuhnya yang seharian terlentang di katil bujangnya. Mp3 yang dipakai sebelum Dian tidur kini jatuh ke lantai bersama wayar earphone yang kelihatan berungkai. Sedikit darah keluar mengalir dari celah ibu jari kaki kirinya itu. Dian menegakkan tulang belakangnya, mengalihkan selimut kelabu sedikit berbulu di bahagian bawah itu, seperti berbulan tidak dibasuh ke tepi. Dia menggagahkan diri bangun dan mencapai tisu di kiri katilnya. Tisu yang entah bila kedudukannya berubah, sepatutnya di meja lampu bilik, kini terbaring lama di lantai sebelah kiri katil Dian. Tisu yang berbekas setompok darah dibuang laju ke tingkap yang dibuka sedikit di kepala katil sebelum Dian mendengar pekikan suara tua yang memaki hamun dari bawah dan tahulah Dian, tisu itu mungkin kena kepalanya. Dian cepat-cepat menutup tingkap itu kembali. Dia menguap kuat seperti mahu mengoyakkan mulutnya dan cuba membesarkan matanya yang sepatutnya dibesarkan secara semula jadi sebagai respond balas pada matahari yang sudah tegak berdiri di langit sudah lama. Dian kemudiannya, menggeliatkan kepalanya ke kiri dan kanan sehingga membunyikan tulang yang berkeriuk perlahan, dan cuba seboleh mungkin mengumpul motivasi yang ada untuk bangun berdiri. Dian berdiri seminit sebelum dia membuat keputusan untuk baring semula. Deringan dan debaran di bawah tengkuknya membangunkan dia sekali lagi. Nama Hanif tertera di situ tetapi tidak diangkat terus oleh Dian.

‘Buat apa! Korang dah buang aku!’ Dian mencebik, memarahi kepada alat elektronik tersebut sebelum membaling telefon itu ke arah katilnya yang keras itu. Walaupun dia tahu yang patut dia marah dan bengkeng sekarang adalah teamnya sendiri. Secara berdepan. Bila Akkir dengan bibirnya sendiri kata pada Dian selepas Dian keluar dari hospital kerana Rahmah, dengan suaranya sendiri walaupun perlahan, mengatakan dia mendapat arahan dari pihak atasan yang Dian akan digantung kerja 2 bulan! Alasan yang diberikan oleh Chief Mazhan yang disampaikan oleh Akkir padanya adalah kerana pasukan mereka tidak boleh menerima tindakan melampaui batas yang Dian lakukan pada Rahimi sehingga lelaki itu terpaksa masuk hospital 3 hari ditambah dengan ura-ura yang pihak atasan sudah tahu yang Dian sendiri yang memecahkan rahsia envelope merah itu pada media.

Akkir mesti lega sekarang

Dian membengkeng. Perasaan megah dan bangga kerana dapat menangkap penjenayah buat pertama kalinya selepas team itu ditubuhkan hilang begitu saja. Perasaan yang setidak-tidaknya dapat membalas pada mata yang sebelum ini membengkeng pasukan mereka, pasukan tiada harapan musnah begitu sahaja. Oleh Akkir, ketuanya sendiri. Penatnya dibalas dengan dia digantung kerja. Sekarang baru satu bulan, lagi sepurnama baru dia boleh kembali. Jadi Dian mempersoalkan kenapa Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif kerap menelefonnya setiap hari. Kenapa? Rasa bersalah? Kenapa tak bela aku! Kenapa mereka asyik telefon? Pergi mampus! Dian bangun dengan hati yang meradang sakit, bertambah sakit dengan keadaan kakinya begitu, dia berjalan lemah longlai seperti sotong ke arah bilik air. 5 minit, dia keluar. Dia juga tidak pasti sama ada dia layak digelar orang yang sudah mandi atau belum. Yang pasti, sekarang dia lapar. Dian bergerak, automatik ke arah dapur yang hanya beberapa langkah daripada bilik air. Bukan, rumah itu begitu strategik kedudukannya. Katilnya, 5 langkah besar ke semua sudut penting rumah tersebut membuatkan rumah Dian tidak ubah seperti kotak. Dian menyepak beberapa helaian bajunya yang dibiar berciuman dengan lantai sudah berbulan.

Dian membuka peti sejuk yang hanya dengan jelingan sudah dikesan kosongnya peti tersebut. Hati Dian bertambah merudum. Semua tidak kena. Sekali lagi, kepalanya pula sekarang terhantuk dengan pintu peti ais. Dian menggapai tudungnya, dan menyarungkan baju sejuknya ke tubuh.

Berjalan ke arah pintu yang berserakkan dengan beberapa kepingan kertas iklan dan surat-surat bil air dan elektrik. Terlalu banyak hingga menyekat pintu rumah Dian. Disebalik timbunan kertas surat-surat dan iklan itu, satu surat berwarna putih tanpa pengirim, menangkap mata Dian.

‘Inspektor Dian, Willstone Street House, Ampang’

*

IPD Ampang

10 pagi

Keadaan di pejabat tingkat 3 selepas sebulan Dian digantung hanya berlansung seperti biasa cuma sedikit meriah dengan saksi yang keluar masuk dan beberapa konstable yang baru melapor diri di Bahagian jenayah berat. Sarjan Mahzan menyelak beberapa laporan yang baru diberi oleh Inspektor Zainal, ketua Team Missing Person yang perlu Sarjan Mahzan teliti dan dan sahihkan. Hanif berlari dengan timbunan fail di tangannya. Mukanya berpeluh seolah balik dari pertarungan besar dengan anak buah Inspektor Zainal. Dia merungut kepada Sarjan Mahzan yang lansung tiada riak ingin tahu, mengatakan dirinya tak ubah seperti hamba kepada team tersebut sekarang (Dia lebih tekankan nama anak buah Inspektor Zaril, I.O Maria dan rungutannya). Sarjan Mahzan beralih, mengesotkan kerusi beroda itu ke meja Inspektor Akkir, menggapai pen hitam dari meja Inspektor Akkir sambil menggumam menyumpah ranah team sebelah mereka, Team Unit dadah yang acap kali meminjam atau lebih kepada ambil dan tidak pulang-pulang barang-barang alat tulis mereka yang menurut Hanif Sarjan Mahzan sedang membelanya. Sarjan Mahzan kemudiannya membulatkan beberapa kepingan gambar crime scene yang baginya tidak logik dengan tajuk laporan tersebut. Dia akhirnya menggelengkan kepala, turut serta dalam mogokkan Hanif yang mereka adalah hamba sekarang. Hanya kerana mereka tidak ada kerja baru selepas kes pertama mereka yang berjaya itu, mereka diminta memberi pertolongan atau bagi permahaman Sarjan Mahzan dan Hanif sekarang lebih kepada penghambaan kepada Team Missing Person dengan kes yang berlambak-lambak.

Isnpektor Akkir kembali dengan baju yang sama seperti semalam, dengan fail yang dihempas ke meja. Mengguman sesuatu yang jelas bagi Hanif, dia menyumpah ranah Ketua Team Missing Person, Inspektor Zainal. Akkir sejak Dian digantung kerja tidak pernah berada dalam mood yang baik apatahlagi sekarang.

‘Bohong kalau nak cakap tak ada kes baru nak assign, berlambak cold case yang tak settle. Apa kejadahnya kami kena tolong team lain?’

‘Jadi awak ingat team awak hero lepas selesaikan satu kes? Jangan jadi budak-budak. Tolong team lain, tu juga kerja polis’

Masih terngiang perbualan atau lebih kepada pertengkaran Akkir dengan Chief Mazhan tempoh hari. Belum dicampur dengan bengkengan Akkir pada SP Zarul saat mereka dapat tahu Dian digantung bukan dinaik pangkat atas keberaniannya menangkap Rahmah. Keberanian Dian dilihat tidak ubah sebagai tindakan bodoh yang secara logic akal, tidak sekali-kali patut dilakukan oleh seorang yang bernama polis. Lebih dari itu, Dian juga telah menyerang Rahimi. Mengambil kira tindakan Dian semuanya, adalah wajar menurut SP Zarul untuk menggantung Dian. Seperti biasa ‘Digantung lebih baik daripada dibuang terus’

Mata Akkir menahan perasaan mengantuk hingga memerahkan kedua belah biji matanya yang pedih. Seharian dia menemu ramah saksi-saksi mangsa yang hilang. Tidak tidur sudah 2 hari, dengan baju yang sama. Mindanya waktu itu seperti orang gila yang tunggu dimasukkan ke dalam wad. Akkir merampas botol air sejuk yang baru hendak diteguk oleh Hanif. Bayangan Rahimi 2 hari lepas di pejabat ketuanya, masih terbayang di benaknya. Apa pulak laporan yang Rahimi beritahu pada Chief Mazhan? Dian dibuang kerja? Akkir menghempas botol air yang tinggal suku sahaja ke mejanya. Hanif memandang hampa tapi masih meneguk air tersebut habis dan bangun mengambil beberapa notis dan surat dari peti sebelah tempat duduk mereka. Timbunan surat mencurah keluar dari peti tersebut. Tidak pasti yang mana baru, yang mana lama. Hanif menggapai seboleh mungkin kesemuannya dan melonggokkan ke mejanya. Bersebelahan dengan Akkir membuatkan lelaki itu, sekali lagi berpinar matanya. Dan waktu itu juga, tidak semena-mena mereka dikejutkan dengan detakkan kaki yang semakin lama, semakin dekat oleh susuk tubuh yang mereka kenal amat.

Mulut Sarjan Mahzan terlopong seolah melihat banduan yang baru terlepas. Hanif tidak jadi meneruskan hasratnya untuk membuka salah satu surat yang jelas daripada pihak atasan dan terusan memandang susuk yang kali terakhir dilihatnya adalah sebulan yang lepas.

Dian tercunganp-cungap, berdiri di hadapan mereka dengan senyuman yang dia tidak kisah akan dibalas balik atau tidak. Dian kemudiannya kalut meletakkan satu lipatan kertas, dan membentangkannya pada mereka. Mata-mata team lain masih memandangnya hairan seolah-olah serentak menyoal keberadaannya di situ. I.O Maria yang memanjangkan lehernya mencari Hanif dari tadi juga sedang memandang mereka sebelum Akkir bangun merapati Dian dan menghalang pandangannya. Akkir, matanya tepat ke arah kertas yang dibentang oleh Dian.

‘Ariana Murdered Case 1991. 5 Rule…..

1. Buli

2. Perform

3. Reward

4. Escalate

Mata Akkir menunduk membaca, kemudian memandang semula kepada Dian seolah meminta penjelasan serta merta. Kenapa Dian di situ, bukan di rumah, kenapa dengan surat ni. 5th rule? Apa kejadahnya dengan surat ni sampai Dian sanggup datang berlari sekali lagi melanggar peraturan. Dan kenapa Dian, tidak menjawab panggilan dia selama sebulan. Kalau Dian marah, kecewa dengan teamnya sekarang, dan perasaan itu sudah hilang kerana pentingnya surat ini untuk Dian tunjukkan pada mereka, Akkir perlu tahu. Surat itu lebih penting dari panggilannya?

Dian mengebamkan bibirnya. Menarik nafas panjang dengan senyuman seoalah-olah bakal menceritakan suatu cerita yang sangat menarik untuk didengar.

‘Saya dapat surat ni pagi tadi. Saya ingat prank tapi tengok sini ‘Alamat: Inspektor Dian, Team Cold Case’ Orang yang hantar tahu ada team cold case yang baru ditubuhkan dan nak kita siasat.’

‘Tak bermaksud ni bukan prank’ Akkir mencelah malas melonggarkan sedikit kancing baju atasnya. Dian merekotkan bibir bawahnya ke depan seolah sengaja mencebik ke arah Akkir. Dian mengangkat kertas tersebut sengaja tinggi ke udara.

‘Stated here Kes Ariana, high school girl yang polis tutup tahun 1991 sebagai kes bunuh diri. Kalau kes ni dihantar pada team cold case, itu maksudnya apa?’ Mata Dian terkebil kebil dengan senyuman menyeringai umpama mencari mana-mana mata lain yang akan senada dengannya. Dan dia dapat tangkap seorang. Hanif.

‘Kes tu tak pernah selesai!’ Hanif melompat dari kerusinya. Menepuk kedua belah tangannya bangga.

‘Dan Ariana bukan dibunuh’ Sarjan Mahzan pula menyambung.

‘Habis tu rule ni apa?’ Akkir tidak mahu mengalah. Walaupun dia bertarung seorang diri. Dian memandang sinis ke arahnya.

‘Tu yang kita kena cari’ Dian sekali lagi mengeleng seperti loceng jam kepada Akkir. Akkir diam lama sebelum Dian menyeringai mengangkat tangannya.

‘Siapa on?’ Dian senyum sinis sambil melihat ke arah laporan di tangan Sarjan Mahzan.

‘Kalau still nak bagi tangan kedua pada team lain, saya tak halang’ Dian menyambung sebelum dicelah oleh Sarjan Mahzan

‘Tapi Inspektor kena gantung’

Dian menggelengkan kepala sebelum beralih ke meja Hanif dan merentap surat yang dipegang Hanif sejak dari tadi dan membentang tepat ke mata Sarjan Mazhan.

‘Saya dah boleh kerja. Sebenarnya sejak 2 hari lepas lagi. Sebab Rahimi datang sendiri jabatan polis minta polis timbangkan kes saya. Dia cakap saya sebenarnya dah selamatkan dia dan Rahmah. Kalau polis tak nak tanggung rasa bongkak, mereka perlu lepaskan saya’

Akkir yang mendengar tersentak, tahulah dia maksud Rahimi datang berjumpa dengan Chief Mazhan tempoh hari adalah bertentangan dengan apa yang dia fikirkan. Hanif dan Sarjan Mahzan tersenyum-senyum sambil menarik kerusi menyuruh Dian duduk. Hanif beralih laju ke I.O Maria dan menghempas kuat ke meja I.O perempuan itu surat rasmi dari pihak atasan yang mengatakan team cold case tidak perlu lagi menolong team missing person. I.O Maria, jelas kecewa di wajahnya.

*

Bilik perbincangan

10.30 pagi

‘Ariana, 16 tahun. Ditemui mati oleh guru kelasnya, terapung di kolam renang, tingkat 1, sayab barat SMK Brinchang. Suicide letter ditemui dalam beg sandang sekolahnya di tepi kolam renang. Alasan, stress study. Kes ditutup’ Akkir membaca laporan yang baru dikeluarkan dari kotak lama stor bawah tanah.

‘Dia sekolah perempuan Bukti Brinchang kan? Sekolah elit. Dari dulu sampai sekarang. Most pelajar kena cemerlang sukan dan akademik untuk layak stay dalam school tu. Most student dapat tawaran study abroad dekat Oxford dengan Harvard. Ada juga atlet yang layak ke olimpik, lahir dari sekolah tu. Saya tahu sebab anak saya fail masuk sekolah tu sebab obese’ Sarjan Mahzan mencelah dan perasan Hanif ketawa mencicit di hujung meja tersebut.

‘Kenapa budak bijak bunuh diri?’ Soal Dian sambil memeluk tubuhnya ingin tahu.

‘Kan cakap situ stress belajar’ Akkir mencelah seolah-olah benci membiarkan dirinya mengulang benda yang sudah nyata dan ianya berjaya membuatkan Dian diam.

‘Siapa saksi yang ada’ Sarjan Mahzan menyoal. Bangun dan beralih ke arah kotak tersebut.

‘Selain cikgu kepada Ariana, Cikgu Lara merangkap orang first yang jumpa mayat Ariana, waktu tu hanya ada 4 orang yang tampil bagi kesaksiaan. Roomate Ariana. 4 orang. Zara, Alia, Diana dan Jasmine. Tulis dekat sini, mereka satu gang dan rapat dengan Ariana.’

‘Kalau macam tu, Hanif dan Sarjan Mahzan jumpa balik budak-budak ni, Dian, kau ikut aku gi sekolah tu balik’

Akkir memberi arahan dan memandang tepat ke arah Dian membuatkan dirinya dapat menggagak sesi leteran yang panjang sepanjang perjalanannya ke SMK Brinchang itu nanti. Bersama dengan Akkir.

*

Bab 2: The thing that we can’t tell

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Brinchang

10.30 pagi

‘Sekolah kami menekankan nilai intergriti yang tinggi dari dulu sampai sekarang, peratus pelajar yang bermasalah hampir zero percent sejak kes 1991 tu hingga sekarang. Pihak sekolah tak pernah ambil ringan stress pelajar’

‘Blah..blah..blah’ Dian mengomel di benaknya, seperti melihat bibir pengetua perempuan di hadapannya ini ibarat loceng jam yang ke kiri dan ke kanan, kiri dan ke kanan, bergoyang ke sana, ke sini dan tidak berhenti seperti hipnosasi. Dian menggeleng kepalanya ke kiri dan ke kanan, mencuba seboleh mungkin untuk mendengar mukadimah daripada persoalan yang dilontarkannya 15 minit lalu tanpa jawapan yang munasabah. Apa yang Dian tanya ‘Betul ke Ariana stress?’ dan jawapan yang dia dapat sekarang adalah sepanjang sekaki karangan perbahasan di dewan sidang. Dian kini dalam percubaan untuk menghidupkan mp3 yang dia sudah siap dipakaikan earphone pada telinganya sebelum Akkir perasan akan tindakkannya itu, segera menyiku tubuh Dian supaya berdiri tegak.

‘Jadi, adalah salah Ariana tidak berbincang masalahnya dengan pihak kounseling. Kalau nak salahkan sekolah, kenapa Ariana seorang sahaja yang stress sedangkan semua pelajar menerima kokurikulum yang sama’

Akhirnya hujah pengetua perempuan itu tiba di penghujung walaupun Dian sebenarnya tidak berapa yakin. Daripada menjawab soalan, Pengetua itu lebih kepada mempertahankan sesiapa yang cuba menceroboh rumahnya. Sangat defensive. ‘Bukannya aku tuduh dia yang bunuh Ariana’ Dian mengomel mengecilkan matanya separuh. ‘Atau memang dia’ Dian kembali melihat sekilas sisi Pengetua perempuan itu sebelum pandangan maut daripada Akkir seolah menyuruhnya berhenti dari mengajuk cara wanita itu bercakap. Dian mengerutkan kening seolah membalas kembali yang dia cuma mahu pengetua itu diam sesaat. Dan ternyata permintaan Dian didengari secara lansung atau tidak lansung. Mungkin masih ada kesedaran di dalam pemahamannya untuk biarkan Dian pula bersuara. Dian menyoal arah kafe, mengadu pada pengetua itu sendiri dengan bibirnya yang pucat, kerana tidak menjamah apa-apa dari malam pagi. Dian lihat jelas wajah pengetua perempuan itu merekot ke kiri dan kanan, dengan lemah lembut dan penuh karisma menyuruh Dian bersabar kerana waktu kelas Cikgu Lara yang mereka mahu jumpa sudah hampir tiba. Pengetua perempuan itu berkata, lebih efisen kalau cuba waktu sekarang kerana mereka sudah berada, berdiri di hadapan kelas Cikgu Lara. Akkir menggelengkan kepala yang bagi Dian bukan mengeluh kerana tidak dapat ke kafeteria pada waktu itu tapi kerana meluat dengan tingkah lakunya yang bagi Akkir bukan tingkah laku seorang perempuan.

Dian, Akkir dan pengetua wanita itu menutup sedikit telinga mereka saat loceng bordering kuat menandakan waktu rehat pelajar sudah tiba. Mereka bertiga berdiri betul-betul di hadapan kelas yang mereka tunggu untuk bercakap dengan Cikgu Lara. Tetapi perempuan itu masih mengambil masa mengemas bukunya. Tanggapan Dian dan Akkir bahawa pelajar-pelajar yang lain lakukan perkara yang sama meleset apabila tidak seorang pun daripada 30 pelajar di dalam kelas itu berubah dari tempat duduk mereka. Dari posisi, dengan mata terpaku ke buku-buku yang menimbun di meja.

‘Gila, ni waktu rehat kut’ Dian mengomel sendirian. Perutnya berbunyi entah yang ke berapa kali. Pengetua di sebelahnya tersenyum senyum seolah-olah apa yang baru disaksikan oleh Dian dan Akkir itu membanggakan dirinya sebagai pengetua sekolah tersebut. Cikgu Lara, yang berambut pendek, dengan tracksuit biru gelap, sesuai dengan gerangan Cikgu Sains Sukan itu melangkah keluar dari kelas tersebut.

*

Pejabat Guru

2 petang

‘Saya tak pasti macam mana Inspektor boleh dapat surat ni. Saya macam pengetua juga, tak pernah tahu pasal rule ni. Bole jadi ni sekadar prank. Sebab team cold case famous sekarang ni’ Cikgu Lara menghidangkan biskut coklat ke meja bulat dalam pejabat guru tersebut. Seperti yang diagak oleh Akkir, tangan Dian yang pertama sekali mengambil menyumbatkannya ke mulut. Dian menggabus-gabus serbuk biskut yang tersisa di bajunya.

‘Yang tentukan samaada ni prank atau tak itu kerja kami’ Dian membalas laju. Membiarkan Cikgu Lara menggumam sesuatu yang Akkir tidak tahu apa tapi pada pendapat Dian, dia menyumpah ranah Dian yang bermulut celupar. Yalah, di sini mereka semua diajar tatatertib yang tinggi. Cikgu Lara, Dian lihat dia menyandarkan dirinya sedikit ke belakang. Meneguk saki baki teh panas. Dian menelan biskut yang Dian sumpah kali terakhir dia akan makan setelah Akkir sepintas lalu menjeling ke arahnya. Dian seperti mendapat ilham, mengeluarkan nota kecil dari poket kanannya, dan mengambil pen dengan selamba dari poket baju kiri Akkir.

‘Cikgu orang yang jumpa Ariana. I mean mayat Ariana’ Dian menyoal laju. Dalam posisi professional kali ini. Wanita, guru kelas Ariana yang dulu, Cikgu Lara mengangguk berat.

‘Lebih kurang 11.30 malam. Memang rutin saya check pool sebelum balik bilik sendiri. Saya nampak Ariana, mayatnya terapung tengah kolam renang. Bag dia ada tepi kolam renang, waktu polis sampai dan lepas selidik. Kami jumpa surat tulisan tangan mangsa yang dia bunuh diri sebab stress’ Cikgu Lara menundukkan sedikit wajahnya, bibirnya ketar untuk meneruskan bicara. Dian yang cuba-cuba untuk mencapai biskut seterusnya merasakan itu bukan waktu yang sesuai. Dia merapatkan diri sedikit dengan Cikgu Lara.

‘Dulu Ariana tak macam tu, dia student yang dengar cakap’ Cikgu Lara menyambung ayatnya.

‘Maksudnya? Ariana berubah? Kenapa? Bila?’ Dian mencelah perlahan. Cikgu Lara mengangkat wajahnya sedikit ke arah Dian. Dian rasakan mereka terlalu dekat menyebabkan dia menghenjak tubuhnya kembali ke posisi asal.

‘Bila masuk tingkatan 6, dia bergaul dengan 4 orang student tu. Sejak tu Ariana berubah. Mereka suka ganggu dia. Waktu saya cek dorm diorang malam tu pun, diorang takde. Tak pernah nak ambil tahu hal roommate sendiri. I bet they do their own stuff. Merokok, tu yang diorang suka buat’

‘Siapa?’ Akkir kali ini mencelah. Dian, Akkir lihat menelan air liurnya berulang kali yang pada pendapat Akkir biskut yang baru dijamah, yang 99% masuk perut Dian itu tidak cukup dan hanya mukadimah bagi Dian hari itu.

‘Kawan satu dorm dengan Ariana. 4 orang pelajar yang bagi keterangan saksi sebelum ni’ Cikgu Lara membalas. Akkir tidak jadi meneguk tehnya.

*

71 Building, 3rd floor

12.30

Perempuan yang berada di hadapan Sarjan Mahzan dan Hanif sekarang, yang mereka kenal sebagai Alia Marzain, salah seorang kawan rapat Ariana yang memberi keterangan tahun 1991 satu yang lalu, sedang menyilangkan kakinya, melihat jam tangannya berwarna emas berulang kali. Sekali sekala dia menggaru lehernya yang tidak gatal, bersalut rantai emas yang menyuntai ke paras dada. Rambut yang disanggul ke atas, dirapikannya berulang kali. Entah yang keberapa kali.

‘Jadi, Cik Alia rapat dengan Ariana’ Hanif melontarkan soalan pertamanya. Yakin benar dengan matanya yang besar itu dapat meyakinkan Alia Marzain, executive Officer, syarikat terkemuka Malaya yang dia adalah polis. Alia, wanita itu kini bermain dengan kukunya yang dicat merah.

‘Takdelah rapat sangat. Dia tu loser.’ Balas Alia malas.

‘Loser?’ Sarjan Mahzan mencelah. Hanif mengerutkan keningnya.

‘Memang kami satu bilik tapi dia still junior’ Alia membalas persoalan Sarjan Mahzan.

‘Apa yang cik Alia buat malam Ariana mati’ Hanif mencelah menyebabkan wajah wanita itu berubah.

‘Excuse me, ar you suspecting me? Encik patutnya bersyukur saya nak jumpa Encik waktu lunch saya sedangkan berduyun client saya kena jumpa sekarang ni’

Hanif menelan air liurnya yang kering. Sarjan Mahzan Hanif lihat tidak melakukan perkara yang sama, tidak ada riak mahu berundur atau apa seolah-olah mahu mengishtiharkan perang mulut dengan wanita di hadapan mereka ini.

‘Jadi, untuk elakkan kita masing-masing membuang masa, kita direct to the point jelah ye Cik Alia. Awak memang tak pernah tahu pasal rule ni’ Sarjan Mahzan memberi kata putus. Yang seperti sudah mereka agak, Alia memilih untuk menggelengkan kepalanya dari menggunakan mulut.

‘Cik Alia, buli Ariana ke dulu?’ Kata-kata yang baru dilontarkan oleh Sarjan Mahzan itu dilihat pada sudut amatur Hanif sebagai senjata yang padu untuk membuatkan Alia, wanita itu tidak lagi menyilangkan kakinya sebaliknya, buat pertama kalinya memandang Sarjan Mahzan secara telus.

‘Saya rasa logik kalau senior nak buli junior dia sikit-sikit. Lagipun, daripada buli, lebih sesuai kalau saya cakap bergurau. Gurau-gurau kecil’

‘Jadi awak mengaku awak buli Ariana’ Sarjan Mahzan menambah dan tidak dibalas apa-apa oleh Alia. Bibir Alia merekot sedikit ke kiri seperti menahan marah. Hanif rasakan tidak perlu waktu lunch tersebut habis untuk Alia mengambil keputusan bangun dan pergi dari Kafe tersebut jika Sarjan Mahzan terusan dengan persoalannya.

‘Jadi Ariana gelak bila Cik Alia bergurau dengan dia?’ Sarjan Mahzan menambah taktala dia lihat Alia lebih memilih untuk berdiam diri. Sarjan Mahzan semakin rancak mengeluarkan hujah yang seterusnya. Alia mengerutkan keningnya. Masih tidak menjawab. Sarjan Mahzan memandangnya tajam.

‘Taklah, kalau cik Alia cakap cik Alia hanya bergurau dengan Ariana, Ariana kena gelaklah kalau benda tu benda lawak. Kalau dia tak gelak bila Cik Alia buat lawak, itu samaada cik Alia buat lawak bodoh atau itu namanya buli.’

Sarjan Mahzan menyambung. Kali ini Hanif lihat wajah Alia bukan wajah yang pertama kali mereka lihat di kafe awal-awla tadi, bukan juga wajah yang merekot bila Sarjan Mahzan menyerangnya dengan kata-kata tetapi wajah seorang pelajar remaja tahun 1991 yang Hanif lihat dalam kes laporan itu sebelum ini. Wajah remaja perempuan yang ditangkap kerana melanggar undang-undang sekolah.

‘Bukan saya seorang’ Akhirnya Alia bersuara. Lebih perlahan nadanya dari sebelum ini.

‘Maksud Cik Alia, Zara, Jasmine dan Diana buat benda yang sama? Sebab tu dalam rule ni. 1. Buli. Ariana bunuh diri sebab stress dari kena buli, bukan belajar. Salah seorang dari kamu berempat mungkin rasa bersalah, nak bongkarkan rahsia sebenar sebab tu kami hantar surat ni pada kami untuk bongkarkan benda sebenar’ Sarjan Mahzan menujah dengan laju dan seolah-olah mahu pengakuan segera oleh Alia. Alia kali ini menggeleng kepalanya berulang kali dan berulang kali juga mengatakan pada Hanif dan Sarjan Mahzan yang semua ini adalah mengarut.

‘Yang lebih mengarut, saya takut Ariana bukan bunuh diri tapi dibunuh’ Sarjan Mahzan mengakhiri perbualan mereka tengahari itu.

*

D. Rousell Firm

2.30 petang

Dian memasukkan baki sosej yang tinggal ke dalam mulutnya membuatkan sos merah sedikit tercalit di bibir kirinya. Sosej yang dia dapat hasil susah payahnya menyuruh Akkir berhenti di SevenE untuk dia beli makanan tengahari. Hanya 5 minit diberikan itupun sudah dianggap oleh Akkir sebagai membuang masa keran temu janji mereka dengan saksi seterusnya adalah setengah jam dari waktu itu. Dian yang percaya kata Akkir cuba menghabiskan semua makanan yang baru dibeli termasuk 2 hamburger yang sepatutnya satu tapi ditolak oleh Akkir. Jadi, 2 hamburger tersebut masuk ke dalam perutnya sepanjang perjalanan kereta. Mereka kini bergerak masuk ke dalam lift untuk ke tingkat lima, di mana firma guaman saksi setersunya berada.

Akkir memandang Dian lama, yang Dian yakin Akkir pasti merasakan dengan yang Dian sepatutnya tidak berada di dalam bilik yang dianggap terlalu mewah itu. Dengan keadaan dirinya yang comot pada waktu itu.

Bilik yang sedang mereka duduk, hanya golongan elit patut berada di situ. Dalam keadaan Akkir termangu itu sambil memikirkan posisi apa patut dia duduk, seorang wanita berambut hitam kilat, paras leher rambutnya dengan pakaian kemaja dan berseluar hitam panjang masuk dengan tergesa-gesa duduk di hadapan mereka berdua.

‘Saya minta maaf saya lambat sedikit. Baru habis kes dekat mahkamah’

‘Kes apa?’

Belum sempat Dian menyambung ayatnya Akkir dengan cepat menendang dari bawah meja ke arah kaki kanan Dian. Jasmine, wanita itu tertawa kecil. Dian boleh lihat alir rambut hitamnya melayang sedikit ke telinganya. Dia memberi insyarat tangan yang ke depan dan ke belakang seolah-olah tidak kisah dengan pertanyaan Dian itu yang menurut Akkir adalah maklumat sulit firma guaman tersebut.

‘Kes dera. Isteri kena abused dengan suami. Saya banyak ambil kes macam ni. Kalau Inspektor Dian ada masalah, boleh contact saya bila-bila saja’ Wanita yang mereka kenal sebagai Jasmine itu melahirkan senyuman. Dia tidak pasti akan keikhlasan daripada senyuman itu yang pasti kini dadanya, kerongkongnya seperti tersedak sesuatu yang meloyakan. Angkara 5 sosej tadi, barangkali pada firasat Dian. Akkir seperti sudah tidak peduli dengan apa yang dia lihat atau dengar. Akkir mengeluarkan surat yang sama mereka tunjukkan pada Pengetua dan Cikgu Lara. Jasmine Dian lihat memberi reaksi yang Dian, Akkir tunggu selama ini. Jari jemari Jasmine dengan spontan menyentuh surat tersebut dan segera, dia menanggalkan cermin matanya. Mata Jasmine besar kecil Dian lihat.

‘Awak tahu pasal surat ni?’ Akkir mencelah seolah-olah sudah tidak sabar, ingin tahu segera jawapan Jasmine tetapi dibalas oleh diam Jasmine yang agak lama. Seminit Dian rasa, baru dia bersuara.

‘Mana Inspektor dapat surat ni?’

‘Jadi awak tahu pasal surat ni?’

‘Mana inspektor dapat surat ni?’

‘Apa maksud surat ni?’

Untuk elak daripada Akkir menyoal perkara yang sama untuk kali ke 3, dan Jasmine terusan dengan soalan gilanya, Dian percaya dia perlu masuk campur.

‘Saya dapat surat ni pagi tadi, pengirim hantar direct ke alamat rumah saya. Ke team cold case. Awak tahu C.O.L.D C.A.S.E. Kami popular juga. Boleh tahanlah. Awak nampak saya kat TV? Awak tak nampak tak apa, orang yang hantar surat ni nampak. Dia suruh saya buka balik kes Ariana. Yang mati 1991. Kawan satu dorm dengan awak.’

Akkir dengan perasaan janggal atau malu pada pandangan Dian, menjegilkan matanya sebaik sahaja mendengar celahan dari Dian tersebut.

‘Tapi Ariana bukan ke dia bunuh diri? Siap ada surat yang dia tulis sendiri’ Celah Jasmine, tidak berpuas hati riak wajahnya.

‘Atau mungkin tidak, sebab tu pengirim nak kami siasat. Dan pasal surat tu, awak tahu apa-apa pasal surat yang Ariana tulis?’

‘Saya cuma tahu tentang surat bunuh diri Ariana. Saya tahu secara tak sengaja. Itupun lepas Ariana pernah attempt nak lemaskan diri dia dulu, dan saya yang selamatkan dia. Masa tu juga saya terbaca surat tu sebelum Ariana sembunyikan dalam beg hitamnya. Dia selalu bawa beg tu, sebab tu masa polis jumpa surat ni saya ingat dia betul-betul bunuh diri sebab dia pernah buat sebelum ni. Dan pasal rule ni,’

‘Rule ni tentang apa?’

‘Rule ni hanya rule dalam gang kami. Kami dulu nakal sikit. First kami buli, 2 kalau budak tu perform, kami reward ambik dia jadi gang kami’ Balas Jasmine selamba. Terlalu selamba pada Dian.

‘Sama macam yang awak reward Ariana masuk gang awak?’ Akkir mencelah sebelum kembali menyoal Jasmine tentang rule yang kelima. Jasmine menggengkan kepalanya.

‘Di sini, cakap ada 5th rule, tapi hanya list sampai 4. Mana rule yang kelima?’ Akkir sedikit tinggi suaranya.

‘Saya tak tahu samada Zara, Diana atau Alia atau pihak sekolah yang tahu pasal rule ni cuba buat prank pada polis tapi rule yang gang kami tahu hanya 4.’ Jasmine menoktahkan perbualan hari itu seolah-olah katanya itu cukup untuk menghalau Dian dan Akkir pergi dari situ. Dian berlari mengejar Akkir yang bingkas bangun dari bilik, mengajaknya singgah ke restoren yang berdekatan sebelum Akkir menendang kakinya, insyarat yang cukup untuk buat Dian diam dalam perjalanan pulang mereka ke IPD Ampang.

*

Pharmacist Zuffa. Aman Jaya

4.30 petang

Hanif matanya ke kiri dan ke kanan mengikut pergerakkan Zara yang berulang alik dari satu sudut almari 1 ke almari dua. Mencatit bilangan ubat yang baru dikeluarkan dari kotak yang Hanif rasa baru diorder dari syarikat besar. 5 kotak semuanya. Hanif turut mengangkat satu kotak yang ditinggalkan di pintu masuk farmasi itu dan meletakkannya di sebelah Zara, mengeliatkan bahunya seolah-olah baru mengangkat anak gajah (menurut Sarjan Mahzan, kotak itu hanya seberat anak kucing) Hanif menoleh sedikit, tidaklah dia mengharapkan ucapan terima kasih tetapi hanya dibalas oleh wajah Zara yang hanya mengangguk sedikit tanda dia perasan yang Hanif baru meletakkan kotak di sebelah kirinya yang menghalang jalan. Dia lebih suka kalau kotak di sebelah kanannya.

‘Diana kut yang hantar sebab dia ingat saya yang bunuh Ariana’ Zara membalas pertanyaan dari Sarjan Mahzan yang dilontarkan sejak 5 minit lalu kalau ikut kiraan berapa kali kepala Hanif terteleng kiri dan kanan sehingga dia bangun mengangkat kotak tersebut.

‘Kenapa awak cakap macam tu?’ Sarjan Mahzan membalas, kali ini dia pula yang memandang pergerakkan kalut Zara. Zara meletakkan satu bekas ubat ke meja. Daripada letak, ianya lebih kepada menghentak. Hanif bahunya terangkat secara reflex. Tetapi lebih lega bila dia lihat Zara mengambil langkah untuk duduk di kerusi bulat tinggi itu, berhadapan dengan mereka setelah setengah jam berulang alik dengan kakinya.

‘Ariana alcoholic. Reward adalah dengan diberi arak. Tapi Ariana alcoholic. Sebab saya tak nak gang kami terus jadi bahan cemuh cikgu yang cakap kami gang masalah, Ariana alcoholic pulak, saya buang semua bir yang Ariana minum. Kami gaduh besar malam tu.’

Zara tidak ambil peduli reaksi Hanif yang seperti terlopong mendengar kisah yang Zara rasa dia ingat Zara mereka cerita, Sarjan Mahzan pula seperti wajah seorang ayah yang baru dilaporkan kes anak daranya yang melanggar peraturan sekolah yang dahsyat. Hanif menelan air liurnya.

‘Kenapa awak tak cakap pada polis dulu?’ Sarjan Mahzan mencelah. Mencuba segala kekuatan, formality yang ada untuk maintain professionalism dalam soal siasat.

‘Dulu saya student. Tuan ingat saya jadi akan jadi farmasi kalau pengetua, polis tahu kami minum arak?’

Sarjan Mahzan tidak terkejut lansung dengan jawapan daripada Zara seolah-olah dia sudah agak Zara akan berkata begitu padanya. Sengaja dia mahu dengar keluar dari mulut Zara sendiri. Hanif kembali ke reaksi yang normal.

‘Sejak bila korang minum? Ariana? Kenapa?’

Zara diam. Tidak menjawab terus soalan bertalu daripada Sarjan Mahzan.

‘Rule ni, tentang apa?’ Sekali lagi Sarjan Mahzan menyoal. Dan sekali lagi juga, Zara tidak membalas. Dia bangun mengambil beg tangannya, mengeluarkan dompet putihnya, dan menyelak di balik selitan-selitan kecil dari dalam dompet tersebut, dan satu keping gambar terjatuh dari situ. Hanif membongkok mengambil gambar tersebut. Gambar seorang bayi perempuan. Hanif selamba menyerahkan pada Zara kembali.

‘Ni kad Diana, kawan farmacist saya kenal Diana dan terserempak dengan dia tahun lepas, Diana minta passkan kad ni pada saya. Saya tak pernah call dia. Saya tak tahu da kerja kat situ lagi atau tak’

Hanif tetap mengambilnya walaupun dia sudah tahu mana mereka perlu cari Diana tetapi atas dasar tidak mahu kurang ajar, Hanif menghulurkan tangan mengambil kad tersebut.

*

Street Food, Ampang Will

10 malam

Dian melilitkan wayar earphone pada mp3nya dan meletakkan mp3 tersebut ke atas meja, menuangkan baki soda terakhir ke cawan kecilnya dan menggoncang-goncang botol soda tersebut sebelum mengangkat tinggi tangan kirinya memanggil Mak Cik kedai tersebut supaya membawa 2 lagi botol. Mak Cik kedai tersebut jalan terhinjut-hinjut, dengan kaki yang lambat melangkat dengan tangan memegang dulang yang penuh dengan dua botol soda dan sepinggan mee goreng.

‘Kau makan kali kedua?’

Dian tidak menjawab soalan Akkir, membiarkan Akkir bersembang dengan Sarjan Mahzan tentang soal siasat mereka siang tadi. Dian laju dengan mee goreng keduanya. Memerah limau kasturi ke mee tersebut dan menggaul sebati mee tersebut dan bila mana Dian rasa meenya sudah sempurna, satu suapan yang Akkir rasa sedikit saja lagi boleh mengoyakkan bibir kanan dan kiri Dian, disuap lahap ke mulutnya. Akkir menggeleng kepalanya sambil Sarjan Mahzan tertawa kecil.

‘Inspektor Dian memang tak suka kalau orang kacau dia tengah makan’ Hanif muncul secara tiba-tiba dari kain guni yang menutup sebelah kiri gerai makan tersebut. Mukanya basah sedikit kerana hujan yang mengganas sejam yang lalu. Rintik-rintik hujan turun dari bumbung guni gerai tersebut.

‘Kau pergi mana?’ Soalan Akkir tersebut membuatkan wajah kurang senang Hanif kerana bajunya yang basah sedikit itu bertukar 360 darjah ke mood gembira. Bibirnya mengukir senyuman yang sudah lama tidak wujud dalam kumpulan itu.

‘Geant tahu gambar yang Zara jatuhkan masa kat farmasi tadi? Itu anak dia. Saya terserempak dengan Zara dekat Seven E sebelum datang sini, biasalah dia buat tak nampak je dengan saya. Bayi dalam troli tu sebijik macam Zara’

‘Jadi?’ Sarjan Mahzan mencelah. Dian tinggal 2 suap lagi sebelum mee nya habis. Akkir diam. Seolah-olah memberi reaksi ‘So, what?’ kepada cerita yang entah apa-apa dari Hanif itu. Akkir mungkin beranggapan Hanif sudah tahu rule yang kelima dan dengan bangganya ingin memberitahu mereka. Saat sangkaannya meleset, dia meneguk kopi panasnya.

‘Anak dia, comel gila. Geant tahu kan saya suka budak-budak’

Sarjan Mahzan menggelengkan kepalanya membiarkan Hanif senyum dan tenggelam dalam ceritanya yang mahu kahwin awal, dan mahu anak ramai tanpa sedar sedikit pun Akkir yang sudah angka 3 di hadapan umurnya itu berfikir apa-apa atau Dian, setidak-tidaknya seorang wanita, yang sudah memasuki fasa anak dara tua terasa.

Bab 3:Every Saint has a past, every sinner has a future

Hospital Banting

11 malam

Dian memusingkan kepala pemulas tingkap tempat duduk pemandu kereta Hanif. Keretanya di bengkel sejak kelmarin. Entah kenapa tetapi pada pendapat Dian kerana kejutan budaya setelah sebulan Dian tidak keluar rumah tetapi Akkir petang tadi membantah mengatakan tidak payah tunggu sebulan, kereta 2nd hand yang Dian ada itu memang sepatutnya ada di kilang besi sejak azali lagi. Dian yang menumpang kereta Akkir petang tadi hanya diam setelah membayangkan dirinya seorang diri ditinggalkan di tepi highway jika dia membantah pendapat Akkir. Dian memilih untuk bersabar dengan mukanya yang merah padam. Dan sekali lagi bersabar setelah diarah oleh Akkir selepas perjumpaan mereka secara tidak sengaja di Street Food tadi supaya bertemu dengan saksi terakhir, Diana yang berkata secara jelas melalui loud speaker daripada telefon 2g Akkir yang dia hanya ada masa selepas pukul 11 malam hingga 12 tengah malam itu sahaja untuk sebarang urusan rasmi. Itupun di hospital Banting. Dian turun dari kereta menyertai Hanif, mereka sama-sama masuk ke ruangan kecemasan mencari Diana yang menurut mereka boleh dicari dengan hanya name tag dan wajah yang mereka lihat dalam resume di senarai staf hospital tersebut sebelum mereka dikejutkan dengan suasana di jabatan kecemasan tersebut dengan puluhan lelaki dan perempuan dengan pakaian putih berlari ke sana sini. Buat seketika, Dian seperti mahu mencadangkan kepada Hanif supaya mereka merendah diri sedikit dan bertanya di kaunter yang tidak begitu mengalukan orang (Perempuan separuh umur di kaunter menjeling ke arah Dian dari jauh seolah-olah beranggapan ada kes kecemasan terbaru) sebelum bahu Dian dipegang daripada belakang. Seorang wanita berwajah sama dan bername tag yang mereka cari selama ini, kini berdiri di hadapan mereka sekarang. Dian rasakan seperti berjumpa kembali pasangan hidup yang hilang, dan Hanif kelihatan seperti bapa yang baru jumpa anaknya yang hilang dalam khalayak ramai.

*

Bilik Rawatan

11.15 malam

‘Jasmine cakap macam tu?’

Wanita dihadapan Hanif dan Dian, yang mereka kenal sebagai Diana Mokthar, saksi keempat dan juga terakhir ini menutup birai tingkap yang terletak di sebelah kiri bilik rawatan kecemasan tersebut.

‘Apa maksud awak yang Jasmine cakap macam tu? Salah ke apa yang Jasmine cakap?’ Ucap Dian curiga.

Diana, Doktor Diana hanya menggelengkan kepala, tersenyum sinis. Dian menghela nafas malas.

‘Apa rule yang ke lima’

Diana tidak membalas. Dian yakin personaliti pelajar-pelajar perempuan yang dia jumpa tidak seorang pun memuaskan hatinya.

‘Kenapa orang yang kirim, I mean salah seorang daripada kamu berempat tulis kat sini lima’ Dian tidak mahu mengalah. Matanya merah, lebih merah dari saat dia bersabar dengan Akkir yang mencaci maki keretanya, lebih merah dari saat dia disuruh overtime malam itu.

‘Dia samaada bodoh, buta, atau sengaja nak tegakkan benang yang basah? Saya tak tahulah siapa orangnya kan?’ Diana membengkeng. Menanggalkan sarung tangan getah yang Dian dan Hanif perasan Diana memakainya sejak dari tadi membuatkan mereka serba salah samaada itu memang waktu rehat Diana atau tidak.

‘Awak tahu Ariana alcoholic?’ Hanif mencelah setelah diam lama kerana rasakan dia seperti seorang adik yang menganggu perbualan antara kakak-kakaknya.

‘Siapa pula yang cakap kali ni?’ Diana menjegilkan matanya ke arah Hanif membuatkan lelaki muda itu seperti mahu menyembunyikan dirinya di bawah katil rawatan segera.

‘Itu tak penting, awak tak menjawab soalan Diana’ Dian mencelah, Hanif rasakan ada pembelaan daripada Dian. Diana berpaling ke arah Dian seolah-olah mahu meneka satu peristiwa yang menarik untuk Dian dan Hanif dengar.

‘Mesti Alia kan? Dia nampak Ariana minum masa form 5. Dan dia merokok. Lepas Ariana masuk gang kami waktu form 6, Ariana tuduh Alia buang bir dia. Sebab dia pernah lapor pada cikgu yang Alia merokok dulu’ Diana menyeringai dengan senyuman seolah-olah dia baru sahaja berjaya menangkap minat Dian dan ternyata betul bila Dian menyoal lanjut pernyataan Diana itu samaada betul ke Alia merokok kerana menurut Dian pelajar lain yang Dian jumpa tidak bercerita hal tersebut sedikit pun.

‘Ouh, hal buruk Ariana dia cerita, hal buruk dia, dia tutup. Bijak.’ Diana membalas.

*

71th Bulding. 3rdfloor

8 pagi

Dian tidak menyangka dia akan datang ke bulding tersebut, berhadapan dengan Alia yang daripada apa yang mereka dengar daripada Sarjan Mahzan tidak begitu menyenangi polis, dan bertambah tidak senang bila Dian terpacak di depan pejabatnya seawal 7.45 pagi lagi. Dian tidak boleh tidur. Semalam dia melilau di sekitar rumahnya memikirkan apa yang saksi-saksi itu katakan dan tidak sedar bila dia bangun, sudah pukul 6 pagi sedangkan kali terakhir dia melihat jamnya semalam adalah pukul 5 pagi. Mimpi dia ditinggalkan di dalam hutan sewaktu kes Rahmah 2 bulan yang lalu tidak lagi hilang.

‘Awak tahu Ariana kaki minum?’ Dian memulakan perbualan pagi tersebut tanpa sebarang mukadimah. Dia tidak kisah melihat Alia yang sedikit terkejut melihat wajahnya yang sugul dan lingkaran hitam di bawah matanya yang makin teruk dari semalam.

‘Tak perlu nak bukak aib orang yang dah mati’ Alia membalas, mencuba seboleh mungkin untuk tidak bertentang mata dengan Dian dan semestinya Dian tahu eyebagbukan puncanya. Ada yang Jasmine bohong dengannya.

‘Pihak sekolah tahu? Parents Ariana?’ Dian mencelah.

‘Sudah-sudahlah dengan kenyataan Ariana bunuh diri, beban yuran yang melambung untuk parents dia tanggung waktu tu, kalau parents dia tahu yang Ariana kaki minum pulak, apa yang tuan inspektor rasa?’

Dian tidak terkejut lansung dengan Jasmine yang membentak ke arahnya. Baginya untuk tahu kebenaran adalah lebih penting.

‘Saya tak kisah lansung pasal perasaan mak bapak Ariana. Saya jadi polis bukan nak jaga perasaan orang tapi nak tangkap pembunuh Ariana dan untuk itu saya nak awak berterus terang dengan kami. Lagipun, kalau awak begitahu awal pada parent Ariana, pada pihak sekolah. Ariana, kematiannya boleh dielak’ Dian membalas marah dan dia tahu tentang konsep dia tidak peduli dengan perasaan mak bapak Ariana, dia tahu dia salah. Dan kini jelas di wajah Alia yang dia sekarang merasakan Dian terlalu biadap dan seolah-olah mahu menggunakan segala kuasa elit yang dia ada untuk memanggil pengawal, mengheret Dian keluar dari pejabatnya waktu itu juga.

‘Memang macam tu kan? Dari dulu sampai sekarang, polis sama saja. Sekolah sama saja. Cikgu, malas saya nak cakap. Elak macam mana? Apa yang diorang tahu! Diorang tak tahu apa-apa!’

Alia mengeluarkan kata-kata tersebut dengan mukanya yang merah padam. Dian diam. Keduanya sama.

‘Apa yang kami tak tahu?’ Dian mencelah setelah diam lama. Alia tidak membalas, dia bergegas mengambil note pad dari almari kedua sebelah mejanya dan menyoal Dian apa lagi yang Dian mahu soal seperti memberitahu yang dia ada urusan lain dia mahu pergi pagi itu.

‘Mana kamu dapat arak tu?’ Dian menyoal kalut saat melihat Alia sudahpun bangun dan mahu menuju ke pintu pejabatnya sebelum beralih ke arah Dian.

‘Boyfriend saya’

*

Pool Wangsa

10 pagi

Akkir mencatit alamat yang baru diberi oleh Dian melalui perbualan singkat mereka pagi tadi. Memejut laju bersama Sarjan Mahzan, meninggalkan IPG Ampang menuju ke arah laluan Shah Alam untuk bertemu dengan lelaki yang dimaklumkan oleh Dian sebagai teman lelaki Alia merangkap orang yang membekalkan arak kepada kumpulan remaja perempuan itu dulu. Sejam, mereka tiba di bagunan dua tingkat, tempat budak remaja menghabiskan masa mereka bermain pool.

‘Ouh gang tu. Saya dah lama tak contact diorang. Last bila Alia futher study dia saya dah lost contact. Biasalah budak bijak. Laki jaga pool macam saya, mana diorang pandang. Tapi ada hal apa dengan saya?’ Lelaki bernama Syariff itu memulakan perbualan dengan ramah, sambil menyusun bola di meja besar permainan tersebut.

‘Awak tahu pasal kes Ariana’ Persoalan daripada Sarjan Mahzan membuatkan lelaki itu terlopong besar seperti dia tidak menganggak lansung yang bila mana polis datang akan menyoalnya tentang kes itu, dan lebih menyangka polis datang untuk menyoalnya kes jenayah yang lain (Akkir rasa lelaki itu terjebak dengan sindiket perjudian melihat keadaan kedai itu kosong dan merasakan ianya penuh waktu malam, waktu yang lebih sesuai)

‘Gila tak tahu.’ Jawab Syariff dengan muka terkejut yang menurut Akkir seperti dibuat-buat.

‘Apa yang awak tahu?’ Akkir mencelah.

‘Dia bunuh diri. Kenapa?’ Syariff menyoal balas.

‘Awak yang bekalkan arak pada diorang kan? Awak yang rosakkan diorang?’ Akkir mencleah lagi sebelum Syariff ketawa berdecit di hadapannya.

‘Rosak apa ni? Diorang memang dah rosak sebelum saya bagi lagi. Budak 5 orang tu memang gila. Kalaulah pihak sekolah tahu apa yang mereka buat, saya tak rasa diorang boleh hidup macam sekarang’

Sarjan Mahzan dan Akkir saling berpandangan seperti mendengar pembohongan besar daripada Syariff. Akkir tidak berpuas hati dan menyoal lanjut pada Syariff. Lelaki itu sekali lagi membengkeng. Dia kembali dengan 2 cawan minuman berwarna gelap di kedua-dua belah tangannya sebelum mengucapkan ‘Coke’. Mungkin perasan dengan reaksi Sarjan Mahzan yang terkejut melihat minuman itu berbuih-buih melimpah seperti arak, ditambah dia pembekal arak kepada Ariana selama ini. Walaubagaimanapun, baik Akkir mahupun Sarjan Mahzan tidak lansung menyentuh minuman itu. Sarjan Mahzan hanya menghidu sedikit minuman itu yang membuatkan ianya yakin itu memanglah coke cuma untuk elakkan was-was, lebih baiklah dielakkan.

‘Apa maksud awak?’ Akkir mencelah.

‘Diorang budak bermasalah. Ariana saja baik sikit. Tu pun mungkin dia junior tetapi lama-lama saya tengok sama saja. Kalau diorang tuduh sana sini kaki merokok, kaki minum. Semuanya sama saja. Budak bermasalah, biasalah zaman budak sekolah. Saya pun sama’ Syariff menambah lanjut. Dia seorang saja yang menikmati minuman tersebut yang diambil sekali lagi dari kaunter pelayan.

‘Ada diorang cakap sebab apa? Rule ni awak tahu? Pernah tengok atau dengar dari diorang?’ Sarjan Mahzan menyoal sambil menunjukkan kepingan surat itu tepat pada mata Syariff yang membesarkan matanya seluas-luasnya dan kembali menggoyangkan kepalanya.

‘Tak pernah. Tapi seingat saya, Alia masa form 1 hingga 5 okay lagi. Saya pun tak berani kacau sebab nampak macam budak baik. Bila masuk form 6. Dia jadi liar sikit, sebab tu saya berani masuk’ Syariff menambah mematikan perbualan mereka pagi itu. Sarjan Mahzan dan Akkir meninggalkan bagunan itu sambil diiringi oleh Syariff yang membekalkan mereka 2 tin coke yang akhirnya disedekahkan Akkir ke tong sampah.

*

IPD Ampang

2 Petang

Suasana awal petang di pejabat tingkat 3 itu sedikit lenggang hari itu. Hanya team missing person, 2 ke 3 orang keluar masuk di pejabat tersebut, sambil menjeling ke arah Hanif, satu-satunya team cold case yang ada waktu itu. Hanif dapat lihat mata itu menyumpah ranah segala keturunannya kerana membelot, membantu mereka separuh jalan. Hanif mencuba seboleh mungkin untuk mengelak jelingan itu dan keputusannya untuk beralih ke tempat duduk Akkir supaya dapat menghalang jelingan team missing person itu adalah keputusan terbaik yang dia boleh fikir waktu itu walaupun dia tahu akibat besar jika dia duduk di tempat Akkir yang kurang gemar barang-barangnya disentuh.

Sarjan Mahzan dan Akkir melangkah masuk. Bayangan 2 lelaki berbeza umur ini umpama bayangan malaikat pada Hanif. Hanif serentak bangun, laju ke tempat duduknya, yakin Akkir tidak melihatnya dan terus tersenyum-senyum lega.

‘Perghhhh, tuan tak tengok tadi IO Zainal dan IO Maria macam nak makan saya. Saya rasa macam umur pendek tadi. Sebab tu, mak saya banyak kali cakap suruh kahwin awal’

Akkir tidak mempedulikan Hanif yang sedang ditenangkan oleh Sarjan Mahzan yang seperti rela tidak rela menenepuk-nepuk belakang Hanif.

‘Mana Dian?’ Akkir mencelah. Walaupun dia sudah biasa dengan ketiadaan Dian sebulan dalam team itu tetapi Dian baru mula kerja balik, last dia nampak Dian ada dalam pejabat itu hanya hari pertama dia melapor diri balik. Waktu lain, perempuan itu lesap. Buat seketika, Akkir baru sedar Dian mungkin makan hati dengan ejekannya pada kereta 2nd hand itu.

‘Dia pergi bengkel, ambil keretanya’ Hanif membalas pantas sambil melihat gerak geri mata Akkir yang meneliti sudut meja kirinya yang berubah sedikit kedudukan pen itu ( Hanif terlanggar bekas pen itu ketika dia bangun mengejut tadi) dan lega bila Akkir kembali membaca dokumen di tangannya.

‘Tular aku dah cakap banyak kali tukar kereta tu, bukan dia tak mampu. Ni nak gerak mana-mana pun susah.’ Akkir membengkeng.

‘Dia ambil kereta dia sebab nak pick up Zara datang balai’ Hanif membalas malas. Akkir berubah sedikit riak wajahnya.

‘Kenapa dengan Zara? Ada interrogation session ke dengan Zara? Saya tak tahu pun’ Akkir meninggikan sedikit suaranya. Hanif seperti berbelah bagi untuk menjawab atau tidak tetapi memandangkan Akkir kelihatan seperti mahu membahamnya lebih dari I.O Maria, Hanif menjawab juga.

‘Bukan Zara sorang, tapi Diana, Alia dan Jasmine. Zara bagi alasan tak boleh datang kereta perlu jaga anaknya tapi Dian bertegas boleh jaga anaknya dan willingly nak ambil Zara.’ Hanif balas laju tanpa sebarang kesalahan dalam fakta ayatnya. Dia yakin cuma kurang lega bila dia melihat Akkir menggengam tangan kanannya dan mengerutkan keningnya.

‘Diorang ingat dia teksi?’ Akkir merungut.

*

Bab 4: The 5th rule

Observation Room

5 petang

Hanif menggendong bayi tangannya. Bayi perempuan, dan diakui oleh semua kakitangan polis yang sempat melihatnya sebagai bayi yang comel, saling tak tumpah seperti maknya (Hanif berharap sikapnya lain sedikit dari ibunya bila besar nanti). Sarjan Mahzan masuk setelah selesai, dengan susah payahnya membuat susu yang sebenarnya sudah diukur dan disiapkan semuanya oleh Zara terlebih dahulu, hanya tinggal dituang air panas mengikut sukatan yang Zara sudah tanda. Sarjan Mahzan menghalakan botol susu tersebut pada mulut kecil bayi tersebut dengan penuh kepakaran di mata Hanif dan membuktikan dia sememangnya ayah kepada 5 orang anak perempuan. Jelas di wajah Hanif kagum dengan setiap gerak geri Sarjan Mahzan, dan sempat mengerling ke arah Dian yang baru masuk. Hanif merasakan tanggungjawab membuat susu itu seharusnya kerja Dian sebagai perempuan apatahlagi dia yang beriya-iya kata dia boleh menjaga bayi itu tadi. Dian dengan muka kosong masuk meletakkan bekas drypers yang tertinggal di keretanya sebelum Akkir yang kembang kempis hidungnya sejak dari tadi merentap tangan Dian keluar dari bilik tersebut. Hanif dan Sarjan Mahzan tenggelam menjadi babysitter baby tersebut seolah-olah sudah biasa dengan keadaan tersebut.

‘Kenapa kau kumpulkan mereka?’ Akkir memperlahankan sedikit suaranya bila seorang constable baru melintasi lorong kecil, tempat Akkir mengheret Dian tadi.

‘Seronok kan? Dapat jumpa kawan lama? Saya tak de pun kawan lama’

‘Aku bukan nak dengar kisah silam kau Dian’

Dian seperti pekak. Tersenyum seorang diri. Menarik keluar earphone dari telinga kirinya dan jelas wajah Akkir kini semakin merah, seolah-olah sedar yang Dian lansung tidak mendengar sindirannya tadi.

‘Kronologi hubungan mereka dengan Ariana tak kena. First diorang buli Ariana, okay fine itu yang mereka cakap tetapi lepas tu mereka terus reward Ariana masuk group diorang. Mana step 2? Perform tak ada. Tuan tengok sendiri Alia tak jawab soalan saya bila saya tanya hal tu. Dan rule ni, takkan semudah ni? Lepas tu, Diana cakap Ariana lapor Alia merokok sebab ingat Alia buang bir dia. Itu sebelum diorang recruit Ariana masuk group diorang. Masa Ariana form 5. Itu maksudnya Ariana minum sebelum masuk group tu lagi. Dia dah escalate sebelum masuk group tu lagi. Diana bercanggah dengan Zara. Kenyataan diorang tak fit. And I bet, same goes 1991 ago. And same goes to Jasmine and Alia. Biar mereka duduk berempat, saya nak tengok sejauh mana diorang nak temberang kita’ Dian memeluk tubuhnya setelah selesai memberi hujah pada Akkir yang sedikit tenang wajahnya berbanding tadi.

‘Kenapa kau tak cakap dengan kami dulu?’

‘Tak sempat saya nak call sorang-sorang tadi. So message kat whatsapp. Lupa tuan phohe 2g. Takde whatssapp’

Dian tidak memandang Akkir yang merekot wajahnya menahan marah.

‘Kau suka buat kerja sorang, sama macam kes Rahmah’

‘Sebab saya tahu saya ada reliable ketua macam Tuan’

Dian meninggalkan Akkir yang semakin merah wajahnya. Membelok laju ke arah pantry sebelum 3 minit kemudian keluar dengan dulang dan 4 cawan kopi. Dian menolah daun pintu interrogation room perlahan dan dengan cermat menghidangkan minuman tersebut. Dian sempat melemparkan wajah kosongnya kepada 4 wanita di hadapannya sekarang.

‘So kakak-kakak sekalian, anggaplah ni 1991 reunion Brinchang high school girl. Kita ada banyak masa sebelum pihak kami interrogate puan-puan sorang-sorang. So buat macam rumah…dorm korang dulu ya. Bye-bye’

Dian melangkah keluar setelah memberi sepatah dua kata kepada 4 wanita tersebut yang tidak lansung menunjukkan riak selesa melainkan merengus marah, memikirkan kenapa mereka setuju untuk berada di bilik itu sekarang. Bersama, berempat. Jasmine yakin mereka ditipu oleh Dian.

*

Bunyi engsel pintu barangkali bunyi terakhir kedengaran daripada bilik soal siasat tersebut. Hanif meninggalkan mereka setelah menghidupkan kipas manual yang rosak sejak dua hari yang lalu dan baru sahaja secara rasminya ditukar oeh Akkir pagi tadi. Tiada perubahan pada empat wanita ini dari sudut pandangan Akkir, Dian, Sarjan Mahzan yang berada di Observation Room. Seperti yang dinasihatkan oleh Dian. ‘Tunggu, kipas tu saya sengaja suruh Hanif bukak no 1, nak bagi diorang panas’, mereka bersabar menunggu reaksi dari mana-mana antara 4 wanita tersebut. Setengah jam berlalu tanpa sebarang pergerakkan kecuali bunyi engsel kipas (Dian mengesyaki Akkir tidak memasang kipas tersebut betul-betul manakala Sarjan Mahzan bimbang kipas tersebut akan tertanggal skru dan jatuh menimpa ke arah Zara menyebabkan bayinya mungkin jadi anak yatim, kerana dia berada betul-betul di bawah kipas tersebut sebelum ditenangkan oleh Hanif yang mengatakan kipas itu mampu menanggung kelajuan no 1 sambil memuji-muji Dian kerana menyuruhnya memulas no 1 seperti ahli sihir yang tahu masa hadapan).

Alia memusingkan kerusinya, ke kiri dan kanan, sekali sekala memandang Diana yang menurutnya paling tidak bergaya di dalam bilik itu. Dia menendang kerusi yang diduduki oleh Diana, seolah-olah sengaja mencari pasal kerana kebosanan yang melampau. Hanif melompat sedikit di observation room memikirkan umpan mereka sudah kena sebelum terlupa yang dia sedang memegang bayi.

‘Kau yang hantar surat tu kan? Nak kenakan aku?’

Diana hanya diam. Tidak menjawab soalan Alia. Jasmine menggumam. Zara hanya mengebilkan mata, berharap masa berlalu cepat.

‘Asal kau diam?’ Alia tidak berpuas hati dan kali ini meninggikan suaranya sama seperti dia meninggikan suara pada Dian Sarjan Mahzan dan Hanif sebelum ini. Akkir yang melihatnya pertama kali jelas terkejut.

‘Kau nak aku cakap apa?’ Diana seperti biasa membalas malas.

‘Mengaku jelah Diana. Kau nak jadi hero. Dulu kau nak sekolah tahu, sekarang kau nak polis pulak tahu?’ Alia tidak mahu mengalah. Sekali lagi menarik lengan baju Diana. Diana beralih memandang Alia dengan pandangan yang sangat meluat dan memualkan.

‘Bukan aku yang hantar. Kau ingat aku bodoh!’

‘Perlahan sikit suara kau Diana, kau nak satu balai ni dengar’ Jasmine mencelah. Mengeluarkan kata pertamanya di dalam bilik tersebut. Alia membengkeng dengan senyuman sinis.

‘Akhirnya, our almighty cik peguam kita bersuara. Ngakulah Jasmine. Kau pun rasa Diana yang hantar kan? Intuisi kau masa kau ketua group kita dulu tak pernah salah.’

Belum sempat Jamine membalas kata kesat daripada Alia, Hanif menerpa masuk dengan bayi Zara yang merengek. Hanif mengadu yang mungkin susu yang dibuat oleh Sarjan Mahzan tidak begitu sedap membuatkan bayi itu hanya menghabiaskan ¾ daripada botol susu tersebut. Zara pantas memeluk anaknya. Dian, Akkir dan Sarjan Mahzan juga tanpa sedar meluru masuk ke bilik tersebut seolah-olah keselesaan bayi Zara adalah keutamaan waktu itu. Tetapi tidak bagi Jasmine, Alia, dan Diana yang seperti tidak sedar kewujudan mereka yang lain.

‘Group kita dah takde. Dan aku bukan lagi ketua korang semua. Baik kau diam Alia kalau kau tak nak masalah.’ Jasmine menghalang pantas lidah Alia yang cuba memerlinya dengan pelbagai isu zaman dahulu. Bayi Zara terus merengek, Hanif berlari seperti kilat ke Obervation Room menggeledah beg yang hanya mengandungi drypers itu kalau-kalau ada permainan yang boleh menenangkan budak dan kembali hampa kerana yang dia jumpa hanya 5 drypers. Zara meluahkan pendapat yang mungkin anaknya tidak biasa dengan keadaan panas bilik itu (Bilik observation room tidak beraircond kerana atas arahan Sarjan Mazhan bayi tidak elok kalau terdedah dengan keadaan sejuk) membuatkan Hanif reflek memulas kipas ke no 5 sebelum dihentikan oleh Akkir yang bimbang akan kondisi kipas. Katanya nyawa lebih penting daripada bunyi bayi merengek.

‘Kenapa bukan Zara? Kau rapat dengan Ariana kan dulu? Kau layan dia macam adik kau. Macam anak kau sekarang. Kau yang beriya cakap Ariana tak bunuh diri dulu’ Diana membengkeng. Bunyi teriakan bayi tersebut semakin kuat. Dian mendesak Zara keluar dari bilik itu tetapi kata-kata Diana sebentar tadi pada Zara membuatkan Zara kaku di dalam bilik tersebut. Alia memandang ke kiri dan kanannya, ke arah Diana dan kemudiannya ke arah Zara sebelum dia menendang kerusi Diana.

‘Kau ingat aku suka terkurung kat sini dengan korang? Common Diana, mengaku. Boleh kiteorang balik cepat. Dan kau, pesakit kau kan berlambak dekat hospital tengah tunggu. Kau tak nak diorang tunggu lama kan. Kau kan baik, kami je yang jahat’ Alia sekali lagi menyiram api dengan api. Diana, Dian lihat jelas nafasnya turun naik.

‘Aku tahu kenapa korang layan aku macam ni, sebab korang berjaya. Zara ada farmasi sendiri dan lansung tak contact aku walaupun ada namecard aku, Alia, kau CEO syarikat, Jasmine ada syarikat guaman sendiri, aku saja chronic MO. Sebab tu kau layan aku macam ni’

Diana menambah. Zara beralih memandangnya di dalam kesibukkan menenangkan bayinya.

‘Kami tak pernah anggap kau macam tu’ Zara memujuk.

‘Sebab tu kau hantar surat tu kan?’ Alia mencelah dan jelas berjaya membuat Diana menyirap darah. Zara masih cuba memujuk bayinya yang menangis walaupun berulang kali Dian mengajaknya beredar dari situ (Dian sebenarnya bimbang akan kipas di kepala mereka yang baru dipulasnya menjadi 5 tanpa pengetahuan Akkir kerana menurut Dian, meredakan bayi menangis lebih penting).

‘Buat apa? Kalau aku juga akan kena! Dan boleh tak kau Zara dengan bayi kau keluar dari sini!’

Hanif menelan air liur, tangannya reflex menekup telinga bayi Zara, seolah-olah menghalang bayi itu daripada mendengar perkataan kesat yang keluar dari mulut kawan ibunya sendiri.

‘Sebab tu, sebab kau nak kami kena, kau tak kisah kalau kau jatuh sekali. Good, sama-sama jatuh!’ Jasmine, kali ini dia mencelah.

‘Aku tak sebodoh tu’ Diana membalas malas. Nada suaranya lebih perlahan berbanding tadi. Dia kembali duduk di kerusinya.

‘Ya kau tak sebodoh tu. Kalau kami kena, kau pun kena juga Diana. Ingat tu’ Alia mencelah.

‘Tak, hanya seorang yang akan kena. Orang yang bunuh Ariana’ Zara yang diam dari tadi kecuali bila dia mahu menenangkan Diana kini bersuara sekali lagi. Diana, Alia dan Jasmine sekali lagi memandang sesama mereka seolah-olah baru pecah tembelang besar.

*

Interogation room 1

2.30 petang

‘Saya clearly dengar yang awak dengan mulut awak sendiri cakap Ariana tak bunuh diri tetapi dibunuh. Jadi Zara, awak yang hantar surat ni? Apa sebenarnya rahsia sebalik rule ni? Apa rule yang kelima? Apa yang awak nak kami cari?’

Zara tidak terus menjawab soalan Dian. Mungkin masih memikirkan nasib bayinya di tangan Hanif walaupun Hanif berulang kali mengatakan bayinya sudah kembali reda dari tangisan setelah dia dan Sarjan berjaya mencari punca bayi itu menangis melalui internet. Yang menurut Hanif bukan kerana panas tetapi tempat baru yang kurang sesuai dan orang yang ramai mungkin membuatkan bayi 9 bulan itu mudah takut. Hanif sekarang berada seorang diri di Observation room 1 bersama air cond yang baru dihidupkan dan bayi Zara lena sejak air cond itu berfungsi. Akkir dan Sarjan Mahzan berada di bilik soal siasat yang lain untuk menyoal siasat Alia dan Diana. Dian akan menyoal siasat Jasmine selepas Zara.

Zara menggurutu memandang kalut ke arah Dian seolah-olah belum bersedia untuk mengaku. Bibirnya merekot, bahunya seperti dihumban dengan beban yang berat. Zara memejamkan mata, sesaat bayang Ariana selintas kilat melayang di hadapannya meminta tolong. Sama macam tahun 1991. Kalaulah dia berani seperti sekarang. Hanya bila dia ada anak perempuan, perasaan kasih sayang itu baru muncul kembali. Tidak semena-mena mata Zara merah dan Dian tidak sama sekali menjangkakan situasi itu.

‘Suicide’ Zara menjawab menyebabkan Dian rasakan bibirnya seperti dibekukan dengan tahap ais beku yang melampau. Dia hanya tersedar balik bila kakinya tersadung sedikit ke kaki meja.

‘I thought you told us clearly just now Ariana being murdered, not a suicide’ Dian mencelah tidak mempedulikan mata Zara yang makin merah. Nafas Zara turun naik, seperti terlalu sesak untuk dia ceritakan hal sebenar.

‘First, dia akan buli kami. Buat benda yang tak munasabah. 2nd kami perform, ikut prestasi yang dia nak, 3rddia reward kami dengan arak, 4h dia akan escalate kami dengan…..’ Zara mengambil masa yang agak lama untuk menyambung walaupun jelas di riak wjaah Dian yang dia tidak sanggup lagi tunggu untuk semalaman untuk Zara menyambung katanya.

‘Apa awak cakap ni?’ Dian mencelah tidak sabar.

‘Kelima…’ Sambungan ayat Zara walaupun tidak mengikut turutan masih ditunggu oleh Dian.

‘Kami kena suicide, berkorban’

‘Korban apa? Untuk siapa?’ Dian sekali lagi mencelah yang menurut Dian, kalau Akkir berada di situ sudah lama kepalanya dihenyak ke meja keras itu kerana menyampuk kata-kata saksi. Zara mengebam mulutnya, kali ini mata merahnya bagi Dian luar biasa kerana sudah bergenang dengan air.

‘Korban nafsu dia’

*

Bab 5: The last truth

IPD Ampang

11.21 malam

Hanif seperti belum kembali ke bumi, belum kembali ke 3rd Floor IPD Ampang. Riak wajahnya jelas terkejut mendengar sesuatu yang dahsyat keluar daripada mulut Dian sebentar tadi. Dia merasakan tenaga bahagia yang dia dapat daripada bayi Zara tadi hilang begitu saja.

‘Jadi Cikgu Lara lesbian’ Sekali lagi dia mengulang ayat yang sama dan Dian yang malas mengangguk untuk yang keberapa kali melambai tangan kirinya ke arah Sarjan Mahzan dan Akkir yang baru kembali dari bilik interrogation menurut Dian, sebelum Sarjan menjelaskan hal sebenar yang dia dan Akkir sebenarnya baru pulang dari kafe kerana Alia dan Diana lansung tidak memberi kerjasama jadi sesi mereka habis awal manakala Jasmine hilang entah ke mana bila Akkir mencarinya di bilik menunggu. Dian melihat mesej yang baru diterima, jelas daripada Jasmine yang mengatakan dia ada hal mustahak. Hanif berlari dan membisik kepada Akkir dan Sarjan Mahzan dan daripada reaksi yang Dian lihat sama seperti Hanif tadi, Dian maklum Sarjan dan Akkir sekarang sudah tahu.

‘Astarghfirullahalazim’ Sarjan Mahzan mengeluh. Duduk.

‘Diorang tubuhkan group berdasarkan siapa yang pernah kena dengan cikgu Lara’ Dian menambah.

‘Lepas diorang masuk form 6. Sebab waktu tu baru diorang masuk kelas yang cikgu Lara ajar. Sains Sukan’

‘Macam mana diorang tahu siapa yang pernah kena dengan Cikgu Lara?’

‘Diorang satu dorm. Zara pernah nampak majalah porn yang Cikgu Lara bagi padanya ada dalam laci Alia. Dan benda yang sama juga pada yang lain.’

‘Porn magazine?’ Kali ini reaksi Sarjan Mahzan agak besar di mata Dian.

‘Tu step ke 4. Escalate’ Dian membalas malas atau lebih kepada tidak sanggup meneruskan ayatnya.

‘Sebab tu pakwe Alia cakap Alia berubah bila masuk form 6’ Hanif mencelah.

‘Sebab tu juga Ariana masuk group tu masa dia form 6 atas kan?’ Sarjan Mahzan menyokong.

‘Kenapa dia tak tulis suicide sebagai rule ke lima?’ Akkir mencelah tidak faham.

‘Sebab dia nak kita cari dia’

‘Kita dah cari kan, kenapa dia tak cakap sebelum ni?’

‘Dia tak nak dia seorang yang cakap. Dia nak kawan dia 3 orang tu mengaku juga’

Akkir mendengar dengan wajah yang seolah-olah tidak percaya dan tidak logic saja jawapan Dian itu.

‘Satu benda yang saya tak faham, kenapa diorang tak beritahu pihak sekolah?’ Hanif mencelah dengan wajah tidak berpuas hati. Betul, sesiapapun akan soalkan soalan tu sama dengan dia. Dian mengebam mulutnya.

‘Sebab diorang perempuan. Maruah nak letak mana? Ingat diorang boleh study macam biasa kalau pelajar lain tahu apa yang dah jadi pada diorang. Dan kalaupun diorang grad from that school, rumour will stop? Beban yuran melambung kat mak ayah, sebagai anak tak sanggup nak tengok benda tu dibazirkan kalau mereka choose untuk berhenti….’

Hanif terpinga-pinga saat Dian masih lagi berleter dan Dian sendiri sedar akan hal itu.

‘..adalah apa yang Zara cakap bila saya tanya benda yang sama tadi’ Dian menghabiskan kata-katanya sambil tersengih-sengih.

*

Jam 8 pagi di IPD Ampang kembali sibuk selepas beberapa kes rompakan Bank Ambank menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan, 3 orang awam cedera parah dan kerugian wang tunai sebanyak 1 juta ringgit. Pihak polis termasuk konstable baru yang masih blur dengan keadaan dalam pejabat itu (seorang konstable hampir mengikut Team Missing person sedangkan dia ditugaskan menjaga crime scene rompakan tersebut sebelum I.O Maria dengan penuh rasa meluat mengheretnya keluar dari kawasan teamnya). Inspektor Hakim, Unit Jenayah Berat, mundar mandir dengan beberapa kertas laporan yang menggunung di mejanya. Anak buahnya yang lain keluar masuk bersama saksi yang baru mereka temui. Chief Mazhan juga baru masuk sebentar tadi, untuk mendapat quick explanation daripada Inspektor Hakim tentang rompakan tersebut kerana beratus wartawan sedang menunggu perkembangan siasatan rompakan di press room. Sibuk. Sunggu sibuk dan tiada sebenarnya ambil peduli dengan team yang lain termasuklah Dian yang berada dalam team cold case, di hujung sayab kiri pejabat tersebut.

Dian memasangkan lagu di mp3nya. Berkumadang lagu kegemerannya di telinga. Sekali sekala, dia mengecilkan dirinya, berjalan seperlahan yang mungkin ketika melalui jalan sempit ke arah mejanya, seboleh yang mungkin mengelak daripada dipanggil oleh mana-mana team Homicide untuk meminta pertolongannya. 2 minit, Dian sampai di meja teamnya. Sarjan Mahzan tekun dengan semakan laporan semalam, Hanif leka dengan telefon bimbitnya yang menurut Dian lelaki itu hanya bermain game daripada membuat temu janji dengan Jasmine seperti yang Dian suruh sebelum mereka bersurai semalam. Akkir entah dari mana, muncul dari belakang Dian menyoalkan bila Dian mahu ke sekolah untuk bertemu dengan Cikgu Lara.

‘Kalau Tuan pergi dengan Sarjan boleh? Saya ambil Hanif’

Akkir tidak menjawab lanjut. Sarjan Mahzan mengangkat sedikit kepalanya cuba membaca reaksi Akkir manakala Hanif berhenti bermain dengan telefon bimbitnya seolah-olah meramalkan perang yang dahsyat pagi itu akan berlaku lagi antara Dian dan Akkir.

‘Sarjan, 5 minit lagi tunggu kat luar’ Akkir membalas pantas tanpa melihat Dian lansung. Dari semalam, dia tidak senang dengan Dian, yang menurut Hanif dan Sarjan Mahzan, mungkin kerana Dian selalu bertindak seorang diri walaupun dia betul.

*

Dunhye Café

10.30 pagi

‘Zara dah confess dia yang hantar surat tu dan dia dah cerita semua pada kami’ Hanif memulakan perbualan dengan Alia yang berubah sedikit wajahnya seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya daripada Dian dan Hanif. Seperti biasa, menggeserkan jarinya yang lan dengan kukunya yang Dian lihat dicat dngan warna hitam pulak kali ini. Bila masa pula dia buat? Bukan semalam balik macam kilat kata ada hal lain?

‘Jadi giliran awak untuk cerita hal sebenar.’ Dian mencelah laju dengan senyuman sinis tidak mempedulikan Alia yang jelas marah. Hanif berlari bangun dari meja tersebut selepas gegelung waiting tool berkelip dengan cahaya biru menandakan minuman mereka sudah siap. Dian tidak menunggu Hanif untuk bertanya soalan seterusnya.

‘Malam tu apa yang jadi sebenarnya?’ Dian melontarkan dengan riak yang benar-benar ingin tahu dan mahu Alia berterus terang dengannya. Alia mengerling, berpinar-pinar matanya seolah tidak rela untuk bersuara.

‘Kami rancang nak kenakan Cikgu Lara balik’ Alia membalas tidak mempedulikan Dian yang tersentak ke belakang dengan wajah yang melopong.

‘Apa yang kamu buat?’ Soal Dian laju. Alia memandangnya endah tidak endah.

‘Benda yang sama dia buat pada kami’

Dian tidak terus berkata apa-apa sebaik sahaja Alia menjawab soalannya. Hanif kembali dengan 2 kopi latte dan Juice Kiwi. Dian meneguk laju Kopi Latte tersebut.

*

Sirliont Steak Street House

10.11 pagi

Sarjan Mahzan berulang kali cuba menghiris daging steak itik tetapi cubaannya agak kalut. Hanya bila Akkir khusyuk menyoal siasat Diana tanpa menyentuh lansung steak yang baru tiba di meja makan mereka, Sarjan Mahzan berjaya memotong 5 peratus daripada daging tersebut dan menyuap bangga ke mulutnya.

‘Kami berlima ikut lime rule tu’ Diana bersuara. Dia meneguk air kosong di atas meja. Dia hanya memesan sup cendawan, itupun tidak disentuhnya.

‘Macam mana anak murid buli cikgu?’ Akkir mencelah tidak faham. Seorang pelayan tiba dengan beberapa pinggan kecil berisi desert. Dan tahulah Akkir dalam diam, Sarjan Mahzan dah habiskan menu utama restoren tersebut.

‘Kenapa tak boleh?’ Diana membalas sambil mengangkat keningnya seperti membengkeng persoalan Akkir.

‘Buli ada dalam banyak cara. Semua dia yang ajar. Kami rosakkan event yang dia buat, sengaja pancitkan tayar keretanya, buku-buku latihannya kami bakar. Kami kotorkan pool. Kami tak masuk kelas dia’ Diana matanya mulai merah saat dia bercerita tentang hal itu.

‘Kedua, dia perform?’ Kali ini Sarjan Mahzan mencelah, seolah-olah baru sedar tanggungjawabnya di situ. Akkir mengerling melihat pudding Sarjan Mahzan hanya tinggal daun pudina.

‘Dia cuba buat baik. Respond balas pada kami.’ Diana menjawab malas.

‘Berlima?’ Sarjan Mahzan sekali lagi mencelah.

Diana menggelengkan kepala.

‘Masa Cikgu Lara pilih mangsa Alia, Ariana, saya, Zara dan Jasmine, dia bukan pilih serentak. Semua berdasarkan minat dia. Mula-mula Jasmine, pastu saya, Zara then Alia. Bila Ariana masuk form 6 bawah, baru turn Ariana. Jadi sama macam bila dia perform. Dia pilih mana yang dia minat. Sebab itu rule dia’ Bibir Diana agak bergetar seolah-olah dia mahu Akkir dan Sarjan Mahzan berhenti menyoalnya.

‘Jadi siapa yang dia pilih?’ Akkir terus menyoal tidak pedulikan apa jua riak Diana sekarang ini walaupun dia sudah meneka siapa yang Cikgu Lara pilih. Seorang pelayan datang lagi membawa ais krim yang dicucuk sana sini dengan gulungan coklat dan biskut bulat dan meletakkannya betul di hadapan meja Sarjan Mahzan sebelum Akkir memekik meminta Sarjan Mahzan berhenti makan. Buat pertama kalinya, Sarjan Mazhan faham permintaan Dian yang mahu keluar dengan Hanif dan bukannya dengan Akkir.

*

Amber Gallery

11 pagi

Jasmine melangkah keluar ke arah tingkat satu lobi di mana Hanif dan Dian sedang menunggunya. Dian hanya pandang kosong ketika melihat kelibat Jasmine yang sepatutnya tiba 30 minit lebih awal kalau ikut temu janji yang Hanif tetapkan. Jasmine melabuhkan punggung ke sofa panjang lobi tersebut. Lampu lobi menerangi samar-samar kawasan lobi yang sedikit gelap kerana cuaca yang mendung di luar sejak awal pagi tadi.

‘Cikgu Lara pilih Ariana kan?’ Dian malas memberi synopsis macam mana dia tahu berdasarkan perbualannya dengan Akkir 10 minit yang lalu di dalam telefon kerana dia tahu wanita di hadapannya kini sudah agak polis dah tahu sejauh itu sejak Zara mula buka mulut.

‘Asal Inspektor tak suruh diorang cerita habis. Tak perlu saya ulang lagi’ Jasmine membengkeng.

‘Malam Ariana mati. Saya nak tahu apa yang jadi malam tu’ Dian tanpa berselindung menyatakan tujuan sebenar dia mahu berjumpa dengan Jasmine. Lebih-lebih lagi lepas pergaduhan mereka sebelum ini Dian dapat tahu yang Jasmine adalah ketua group itu jadi dia lebih dari orang lain tahu benar kisah malam tu.

‘Selain minum arak, selain dari jadi mangsa seksual Cikgu Lara apa lagi yang kamu semua sembunyikan?’ Dian mencelah lagi. Jasmine beralih sedikit wajahnya memandang Dian seperti tahu dia tiada jalan lain selain berterus terang jika polis sudah tahu sejauh itu.

‘Malam tu, kami berempat standby di belakang pool. Kami nak lemaskan cikgu Lara. Ariana umpannya…sebab Cikgu Lara pilih dia..dia pilih Ariana…bukan kami’ Jasmine agak tersekat-sekat ayatnya. Jelas merah mukanya.

‘Ariana dah berjaya bawa Cikgu Lara ke pool dan mahu reward Cikgu Lara dengan arak yang kami beli dari boyfriend Alia. Tapi malam tu, Cikgu Lara cakap dia ada kelas awal pagi esok, so dia boleh stay out. Kami tak nak rancangan kami gagal, jadi’ Alia menyambung walaupun sekali lagi tersekat lagi dan bergantung ayatnya.

Dian dan Hanif masih tekun mendengar walaupun nada Jasmine seperti meleret-leret dan tersekat-sekat seolah-olah baru menghidupkan sejarah lama yang diikat tekad untuk tidak bongkarkan balik.

*

Parking Lot, Sirliont Steak Street House

11.05 pagi

‘Cerita bagi habis Diana! Bila kamu tahu rancangan kamu gagal apa yang kamu buat lepas tu?’ Akkir meninggikan suaranya sambil mengekori laju Diana yang melangkah laju ke parking lot bawah restoren tersebut. Diana meninggalkan meja makannya secara tiba-tiba seolah-olah tidak mahu lagi memberi keterangan pada pihak polis. Diana berhenti setapak bila mana Akkir memintasi jalannya dan berdiri di hadapannya. Mata Akkir dipandang dengan api yang meluap.

‘Kenapa mesti saya? Zara, kenapa dia tak cakap habis apa yang dia mulakan? Alia? Jasmine’ Diana membengkeng dengan rasa tidak puas hati. Sarjan Mahzan yang berada di belakangnya kini turut berada di hadapannya dengan termengah-mengah.

‘Kenapa tak boleh awak?’ Sarjan Mahzan membalas tercungap-cungap. Peluh di dahinya di lap dengan sapu tangan dari poket kirinya. Jelas riak wajah Diana berubah serta merta.

‘Awak kawan Ariana jugak kan? Awak nak balas dendam bagi pihak Ariana jugak kan? So kenapa tak boleh awak? Jujur saya cakap, kalau bukan Zara yang hantar surat tu pada kami, saya rasa awak yang akan hantar kan sebab masa takkan boleh padam dosa’ Sarjan Mahzan menambah. Akkir diam yang secara automatic mengiyakan kata-kata Sarjan Mahzan yang bagi Akkir sangat matang dan logik. Dan itu juga yang Akkir rasa Diana rasa sekarang kerana jelas mata merah Diana kini bergenang air. Diana memejam sesaat matanya membuatkan aliran air keluar dan mengalir membentuk lurah lalu membelah wajahnya. Nafasnya turun naik.

‘Suicide. Ariana korbankan diri dia’ Diana bersuara ketar. Bibirnya tidak tetap.

‘Tapi Ariana tak bunuh diri kan macam yang group kamu cakap sebelum ni?’ Akkir mencelah. Diana mengangkat sedikit wajahnya separas dengan wajah Akkir seperti mahu melontarkan hujah yang dahsyat dan jelas Akkir sudah salah faham tentang maksudnya.

‘Memang Ariana tak bunuh diri tapi maruah dia sebagai perempuan dah tak de! Maruah kami berlima dah takde! Kami hanya budak! .....even lepas sacrifice, Cikgu Lara insist nak tinggalkan pool dan waktu itu jugalah pengetua tiba-tiba muncul dan arahkan semua beredar’

Nada Diana tersedu-sedu.

‘Dia nampak? Pengetua tahu..’ Akkir mencelah. Diana menggelengkan kepalanya sambil mngatakan yang Pengetua tiba bila Ariana dan Cikgu Lara sudah memakai pakaiannya dan tidak lagi berada di dalam kolam renang tersebut.

‘Jadi rancangan kamu gagal?’ Sarjan Mahzan mencelah pula. Walaupun di dalam hatinya membuak-buak menahan marah mengetahui pengetua tahu hal sebenar.

‘Kami semua lari. Berpecah. Kemudian berkumpul di dorm balik’

‘Pukul berapa?’

‘Tak ingat, semua balik, kecuali Ariana. Kami ingat mungkin Ariana kecewa rancangan kami gagal jadi dia mahu bersendirian. Sejam kemudian, kami dengar riuh rendah dari pool. Cikgu Lara kata dia jumpa mayat Ariana…Dia mati lemas sedangkan saya tahu dia yang bunuh Ariana sebab takut Pengetua siasat lebih kes ni atau dia dah syak Ariana memerangkap dia dengan sengaja memanggil pengetua malam tu dan dia hanya bernasib baik pengetua tiba bila dia dah pakai baju balik’ Nafas Diana turun naik.

‘Tapi diorang jumpa surat yang Ariana tulis sendiri di tepi pool. Ikut handwriting analysis waktu tu, 95% sama’ Akkir mencelah. Dan jelas membangkitkan kemarahan Diana.

‘Tak munasabah! Kalau macam tu saya pun dah lama bunuh diri. Saya ada surat yang sama. Dan saya rasa yang lain pun pernah buat benda yang sama. Semua fikir nak bunuh diri lepas apa yang Cikgu Lara buat pada kami. Saya ada waktu Ariana tulis surat tu malam tu, dan bila dia tidur saya curi baca. Sama sebijik macam yang polis jumpa tapi saya tahu Ariana bukan bunuh diri’

‘Yang lain tahu pasal surat ni?’

Diana mengangguk.

‘Cikgu Lara pernah cakap pada saya sebelum ni lebih kurang pukul 11.30 dia start round dorm kamu, kamu berlima tak de kat bilik. Itu sebelum atau selepas rancangan’

Diana mengerutkan kening, seolah-olah memerah segala memori yang ada.

‘Cikgu Lara selalu start around waktu tu. Kalau waktu tu, tu lepas kejadian dekat pool. I mean bila pengetua datang, kami lari. Berpecah. Tapi lebih kurang setengah jam kami kumpul balik dekat pool’

Diana membalas malas.

*

Bab 6: The pride

SMK Brinchang High School Girl

3.30 petang

Dian meloloskan dirinya daripada ratusan pelajar yang berkumpul di luar pejabat guru tersebut. Akkir dan Sarjan Mahzan yang tiba lebih awal dari Dian di sekolah tersebut sedang memanjangkan leher mereka mencari kelibat Cikgu Lara di situ. Kehadiran mereka yang sebelum ini walaupun tidak menarik minat pelajar tersebut kerana kedatangan yang diam dan sunyi dari pengetahuan murid kini walaubagaimanapun sudah diketahui tujuan sebenar setelah pengetua di hadapan Sarjan Mahzan dan Akkir ini menunduk patuh. Pelajar menghinjut hinjut kaki, memanjang leher, membesarkan mata cuba melihat situasi sebenar di balik kaca kecil tingkap bilik tersebut.

‘Betulke aku dengar Cikgu Lara tu sebenarnya…les..kau tahu kan’ Pelajar-pelajar berbisik-bisik sesame mereka.

‘Kau rasa pengetua dah tahu hal ni?’

‘Patutlah aku tengok Cikgu Lara tu macam pelik je. Dia pandang aku semacam ja dalam kelas’ Seorang pelajar perempuan yang agak kurus tinggi lampai pula bersuara sebelum ditidakkan oleh kawannya yang sedikit gempal yang mengatakan Cikgu Lara memandangnya kerana kerja sekolahnya yang tidak siap.

Dian menuju ke arah Sarjan Mahzan cuba mengambil tahu hal sebenar sebelum pintu sebelah kanan bilik guru tersebut dikuak dari luar dan Cikgu Lara yang mereka tunggu muncul. Dian tanpa diarah oleh Akkir meluru mengeluarkan garinya dan menggari laju tangan Cikgu Lara. Di hadapan guru, pengetua dan pelajar yang semakin bertambah bilangan mereka.

‘Lara Zaril, Awak ditahan kerana gangguan seksual terhadap 5 pelajar dan suspek pembunuhan Ariana 1991. Awak ada hak untuk berdiam diri atau pembelaan daripada peguam’

Cikgu Lara memandang tajam ke arah Dian tetapi terus menundukkan wajahnya. Pengetua yang duduk menunduk dari tadi spontan bangun dari kerusi, kelihatan gelisah dan seperti tidak rela melihat Cikgu Lara dibawa pergi dari situ walaupun jelas di wajahnya terkejut dengan berita yang keluar dari mulut Akkir bahawa guru yang berkhidmat di sekolah, di bawah pengawasannya itu sebenarnya orang yang dia tidak pernah bayangkan ada di bawah batang hidungnya sendiri. Dia berlari cuba mengekori Dian yang daripada mengiring lebih kepada mengheret Cikgu Lara keluar dari koridor sekolah sebelum Akkir menghentikannya dengan pandangan tajam dan arahan supaya dia tidak bertindak bodoh untuk membela guru tersebut.

*

Interrogation room 3

4 petang

‘Goodness’ Akkir ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya. Cikgu Lara di hadapannya hanya mendiamkan diri dari tadi. Dian muncul 5 minit tadi meletakkan 2 cawan yang putih plastik berisi air masak walaupun jelas diberi arahan oleh Akkir yang mahukan kopi tetapi dibalas kuat oleh Dian yang mengatakan machine soft drink rosak. Akkir menjeling tajam ke arah Dian, yang menurut Dian Akkir masih marahkannya tentang dia terburu-buru mahu menangkap Lara tadi dan sengaja tunjuk hero di depan pelajar yang lain. Cikgu Lara di hadapan Akkir mendengus beberapa kali, mengerlipkan matanya. Nafasnya turun naik seperti mudah saja di hilang sabar pada bila-bila masa.

‘Aku tak bunuh Ariana’ Kata Cikgu Lara dengan nada yang sedikit tinggi, berlainan benar sewaktu kali pertama Akkir menyoalsiasatnya.

‘Kenapa sembunyikan fact kau dengan Ariana malam tu?’ Akkir membalas marah. Sama nadanya seperti Cikgu Lara. Wanita awal 40 an itu memandang tajam ke arah Akkir sebelum mengerling ke arah lain.

‘Tak perlu aku nak cakap’ Balas Cikgu Lara malas sambil memeluk tubuhnya. Akkir mendekatkan kepalanya ke tengah meja tersebut seolah-olah dia mahu Cikgu Lara dengar ayatnya betul-betul.

‘Jadi biar aku yang cakap. Ariana reward kau dengan arak malam tu. Di tepi kolam renang, kamu berdua pesta arak. Disebabkan kau insist nak balik, Ariana depan mata kau, strip her own clothes, naked to please you. Or in the other word, she sacrifice her body, her pride for the sake of your lust!’

‘Bukan aku yang bunuh dia’

‘Dan kau still insist nak balik bilik kau malam tu sebab kau ada morning roll esok. Waktu tu jugak, tiba-tiba pengetua datang, nasib kau baik. Kau dan Ariana dah keluar dari pool dan pakai baju jadi pengetua tak tahu benda jahat yang kau dah buat..’

‘Bukan aku yang bunuh dia!’

‘Tapi sebab kau rasa tak sedap hati, risau pengetua gali lebih kejadian malam tu, atau kau rasa Ariana yang perangkap kau, kau tutup mulut Ariana dengan lemaskan dia!’

‘Berapa kali aku nak cakap bukan aku yang bunuh dia!’

‘Kau dah bunuh dia! Bukan sorang tapi lima! Dan lihat macam mana kau still hidup, jadi guru di sekolah tu sampai sekarang, aku tak tahu dah berapa mangsa nafsu kau. Ariana dah mati, tapi 4 lagi masih hidup untuk bongkar balik dosa apa yang kau dah buat pada diorang. Kau dah buang masa 26 tahun sembunyikan hal ni. Jadi, jangan buang masa aku, mengaku hal sebenar!’

*

‘Dia tak mengaku’ Hanif membeliakkan matanya tidak percaya walaupun dia tahu mereka hanya ada testimony daripada saksi dan tiada bukti direct untuk buktikan Cikgu Lara adalah pembunuh.

‘Setan betul, lepas apa yang dia buat. Dia nak tipu lagi’ Akkir menghentak dinding yang terkupil sedikit cat putih tersebut sebelum menyesal kerana dirinya saja yang dapat sakit bukan Cikgu Lara.

‘Apa kita nak buat sekarang?’ Sarjan Mahzan mencelah. Mengerutkan keningnya yang sudah kerut.

‘Buat apa? Pressured dia sampai dia cakap. Lagipun kita ada 4 saksi yang lain’ Akkir membalas padu. Sambil merenung ke arah Dian yang serba tidak kena dari tadi. Dian tepat matanya memandang ke arah bilik waiting room yang jelas kelihatan Diana, Zara, Jasmine dan Alia sedang berada di situ. Masing-maisng seperti yang Dian agak tidak bertegur sesama sendiri. Serentak itu juga, telefon bimbit Dian berbunyi dan tertera nama pengetua sekolah Brinchang itu di skrin. Seminit lepas Dian berbual dengan pengetua tersebut dengan perbualan yang Akkir rasa sesuatu yang sangat serius, Dian menyuruh Hanif memanggil salah seorang saksi di dalam waiting room untuk ke bilik interrogation 3 untuk disoal siasat. Dian berlalu pergi kasar, tidak mempedulikan tujahan soalan Akkir yang sekali lagi tidak mahu Dian bertindak seorang diri.

*

Interrogation room 2

6 petang

Walaupun sudah menginjak waktu petang tetapi cuaca di Ampang masih panas. Laporan cuaca seperti menipu Dian waktu itu yang mengatakan cuaca mendung sepanjang hari membuatkan Dian tidak berani menjemur pakaiannya di balkoni. Akibatnya semua pakaiannya yang sememangnya tersadai sudah beberapa minggu, tidak terbasuh. Dian memejamkan matanya, beralih duduk di hadapan wanita yang baru disoal soalan pertama yang adakah benar dia yang bunuh Ariana. Wanita di hadapannya ini jelas kelihatan terkejut, marah, geram sambil mengerutkan keningnya.

‘Mengarut, kenapa pula saya nak bunuh dia?’

Dian hanya tersenyum sinis, tidak mempedulikan mood wanita tersebut.

‘Malam tu, bila pengetua jumpa Ariana dan Cikgu Lara. Cikgu Lara ikut pengetua balik dengannya dan mereka berdua yang jumpa mayat Ariana sejam lepas tu, bukan Cikgu Lara sorang. Dalam erti kata lain, Cikgu Lara ada alibi kuat’

‘Pengetua boleh menipu sebab nak cover prestasi guru, prestasi dia Inspektor. Sama macam 26 tahun yang lalu.’

‘Dan bila kamu lari berpecah selepas pengetua datang, setengah jam baru kamu berkumpul balik di dorm dan awak yang orang yang terakhir sekali balik’

Bibir wanita tersebut merekot sedikit. Matanya mengecil. Tetapi masih ketap bibirnya cuba membantah

‘Kalau betul, keempat-empat kami tak ada kat dorm, jadi kenapa saya sorang yang inspektor tuduh?’

Dian tidak terus menjawab. Meneliti wajah gelisah wanita tersebut sebelum bersuara kembali.

‘Kamu semua mungkin stress sebab tak dapat kenakan Cikgu Lara dan macam Ariana, kamu pilih untuk bersendirian. Dan awak, awak patah balik ke pool, and dengan intention awak sendiri. Awak tolak Ariana ke dalam kolam renang, lemaskan dia. Awak tahu Ariana selalu bawa beg tu, dan awak tahu surat tu ada dalam beg yang Ariana bawak dan semuanya perfect macam yang awak nak.’

Dian habis mengatakan apa yang perlu, dia berhenti. Cuba melihat reaksi wanita tersebut yang kini berubah sinis.

‘Inspektor buat novel? Nak suruh saya beli?’ Wanita tersebut tidak mahu mengalah, itu yang Dian tahu sekarang. Dian bangun tapi masih di kedudukan yang sama, mendepakan kedua belah tangannya ke meja, kepalanya ditunduk, mengadap wanita tersebut.

‘Kalau saya betul, awak juga yang panggil pengetua malam tu’ Suara Dian lebih perlahan, seperti berbisik mungkin kerana dia dekat wanita tersebut dan tak perlu dia meninggikan suaranya.

‘Gila! Kenapa pulak saya nak gagalkan rancangan kami? Inspektor patut lebih tahu betapa pentingnya rnacangan ni untuk kami’ Wanita di hadapan Dian kini merandang, dan Dian senyum. Seolah-olah itu reaksi yang dia mahu dari tadi.

‘Sebab awak tak nak Cikgu Lara kena tangkap’ Dian menyambung, matanya mengikut wajah wanita tersebut yang kini diam, merenung tajam ke arahnya.

‘Awak takut bila kami tunjukkan rule ni masa first time saya jumpa awak. Awak yang pertama cover rule ni dengan pembohongan. Semua sebab tak nak yang lain bukak mulut dan seperti yang awak tak nak berlaku sekarang. Awak dalam bilik ni dengan saya. Awak nak tak nak, terpaksa alih salah pada Cikgu Lara. Kenapa?’

Dian tidak sambung, dia masih seronok melihat wanita tersebut tenggelam dalam wajah, nada yang resah, marah, sakit, geram ke arahnya sekarang. Wajah wanita itu merah, matanya umpama lautan laut yang berisi darah, yang titisannya mampu buat orang lain luka. Dian dengan sinisnya, mendekatkan kepalanya makin hampir dengan wajah wanita tersebut, bibirnya dengan nada yang perlahan juga, berbisik pada telinga kiri wanita tersebut.

‘Cinta dah berubah Jasmine? Awak lesbian kan?’

Bibir Dian sendiri ketar di hujung kenyataan yang dia buat. Dan dia tahu reaksi yang sama di bilik Observation room. Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif reaksi mereka lebih dahsyat berbanding kali pertama mereka tahu Cikgu Lara adalah lesbian. Dan sekarang Jasmine? Yang mereka anggap mangsa rupanya mutual? Hanif masih meragui dan seperti mahu setuju saja dengan Jasmine bahawa dia memang mengarang novel.

‘Korang tak ada bukti’ Jasmine membalas dan kali ini jelas di telinga Dian, professionalism Jasmine yang dia tekankan dari kali pertama mereka bertemu sehingga beberapa saat yang lalu semakin goyah bila Jasmine menggelar dia dan teamnya ‘Korang’. Dian tersenyum sinis, kembali duduk di kerusi dan meneruskan hujahnya.

‘Yang lain normal. Tinggal awak, obses dengan perempuan, mungkin itu juga alasan awak bela nasib perempuan sampai sekarang dan masih single. Opps, saya lupa, perempuan yang kami nampak tempoh hari di galeri nampak mesra dengan awak. Dia perempuan awak?’ Dian menyeringai dengan senyuman sinis yang dibuat-buat.

Mata Jasmine kini Dian lihat dari air bawah ke atas, beransur merah. Mukanya juga merah seperti paruh burung helang yang menunggu untuk mematuk Dian.

‘Jadi saya tak normal? Sebab saya lesbian saya tak normal?’

Dian melonjak sedikit rasa lega bila perkata lesbian keluar dari mulut Jasmine seolah-olah itu yang dia tunggu dari tadi. Dian membiarkan Jasmine yang kini ternseyum sinis ke arahnya seperti wanita gila.

‘Ariana…..bising sangat. Walaupun dia muda kami, tapi dia beriya nak kenakan cikgu Lara. Cikgu Lara pun…curang’

Dian tidak mencelah terus tetapi sedikit demi sedikit mendekatkan mukanya pada Jasmine.

‘Sebab dia pilih Ariana, jadi awak cemburu?’ Dian mengingat kembali saat dia bertemu dengan Jasmine kali kedua dan pertemuan itulah yang menguatkan ingatannya bahawa Jasmine seakan tidak suka bila mana menceritakan hal Cikgu Lara memilih Ariana dan bukan dirinya.

‘Dia pilih Ariana…bukan kami’…..’Bukan aku’

Jasmine memandang Dian penuh rasa benci dan juga seperti budak yang baru ditangkap kerana berbohong. Jelas di hadapan Dian sekarang Jasmine, 18 tahun yang memberontak dengan menayangkan matanya yang merah bergenang dengan masa silam yang dia tidak boleh ubah sampai bila-bila. Jasmine mengetapkan bibir yang susah untuk menuturkan perkataan seterusnya tetapi nekad untuk bersuara juga. Dengan malas dan cuba mengelak.

‘Benda dah lepas’

Dian tidak menunggu Jasmine meneruskan ayat seterusnya sebaliknya bangun menghentak kedua belah tapak tangannya ke meja.

‘Tak lepas Jasmine! Dan kita tengah cakap pasal benda ni sekarang. Sejak bila soal hidup mati seseorang jadi benda yang lepas. Awak jangan nak putar belit. Awak dah bunuh kawan awak sendiri.’ Dian tidak sedar bila masa kesabarannya terlepas di situ. Mungkin batas sabarnya hanya sampai di situ. Akkir meluru masuk seperti sudah menganggak hal itu akan terjadi sekiranya Dian dibiarkan bersendirian dengan pembunuh.

*

Epilog kes 2

Akkir menutup tangan Jasmine yang digari dengan kain tuala nipis putih yang berbulu sedikit di hujungnya dan membiarkan Hanif membawanya ke lobi, menunggu van polis untuk di bawa ke Bukit Aman.

‘Syukurlah Jasmine dah confess’ Sarjan Mahzan memulakan perbualan dia dengan Dian, dan Akkir sambil melihat belakang Jasmine dan Hanif yang semakin mengecil meninggalkan mereka.

‘Macam mana Isnpektor tahu Jasmine pembunuh?’ Sarjan Mahzan tidak pasti itu soalan yang betul kerana dia sendiri telah mendengar dengan jelas soal siasat Dian dan Jasmine tadi cuma dia mahu tahu dan benar-benar aneh bagaimana Dian boleh mengesyaki Jasmine, bukan yang lain.

‘By gut saja Sarjan. Bila tak ada bukti. Hanya confession dari pembunuh yang kita perlu..’ Dian menangguhkan katanya selepas melihat Akkir memandangnya dengan wajah tidak percaya dan ragu-ragu.

‘And of course, statement dari witness juga’ Dian menyambung dengan menggerenyet dengan senyuman yang seperti dibuat-buat. Memakaikan earphone ke telingannya dan masuk ke kembali ke bagunan IPD Ampang.

Tapi bila ada testimoni dari saksi, kadang-kadang, kata-kata dari suspek dah tak guna’ Dian mengomel sendirian, melalui lorong menuju ke pantry.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku