CLOWN
Bab 3: Missing Body 1997
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
120

Bacaan






Bab 1: Death that will repeat

IPD Ampang

8.30 pagi

Lagu All I ask berkumandang di telinga Dian. Dian menghabiskan Maggie perisa kari cawannya yang bersisa. Tidak mempedulikan beberapa orang daripada team missing person yang Dian perasan masih belum pulang dari semalam. I.O Maria, dan I.O Zainal seperti dalam perbincangan yang sangat ngeri dan menakutkan, memberi arahan kepada anak buah mereka yang kusut masai tentang sesuatu strategi barangkali, dan menjadi bencana kalau Dian cuba-cuba curi dengar jadi dia memlih untuk tidak mempedulikan mereka. Dia mengelap mulutnya dengan tisu kotak dari meja Hanif. Sambil matanya laju membaca surat khabar pagi tersebut. Perasmian Projek Mega di Klang yang melibatkan asset bernilai 1 bilion oleh HK Group menangkap mata Dian sebelum Hanif dan Sarjan Mahzan tiba di office pagi itu bersama-sama diikuti dengan Akkir 15 minit kemudian.

‘Sarapan Maggie?’

Dian tidak membalas pertanyaan Akkir membuatkan Sarjan Mahzan dan Hanif memandang antara satu sama lain. Ada pergaduhan lagi ke yang mereka tidak tahu? Dian yang seperti menghidu situasi di mana semua mata seperti memandangnya menarik sesuatu keluar dari telinganya. Earphone dan melilitkannya kembali MP3 berbentuk bulat, berwarna purple itu.

‘Tuan ada tanya saya ke?’ Dian menyoal dengan matanya yang membulat.

Akkir tidak membalas. Sarjan Mahzan dan Hanif ketawa sebelum mereka pun perasan keadaan tegang di meja sebelah mereka. I.O Maria kini mengherdik ke arah salah seorang anak buahnya membuatkan Hanif antara yang terkejut besar sebelum perempuan itu sendiri perasan dirinya direnung Hanif segera berubah menjadi seekor kucing yang patuh dan comel. Sarjan Mahzan meletakkan sebungkus makanan berisi roti canai dan capati ke meja tersebut. Dia dan Hanif bersiap sedia untuk sarapan yang Akkir menolak untuk turut serta kerana katanya sudah bersarapan di rumah. Dian hanya tersenyum sinis mengatakan untunglah ada orang boleh sediakan mkananan pagi-pagi sambil dibalas tegas oleh Akkir.

‘Aku masak sendiri. Hanya orang malas suka bagi bagi alasan dalam hidupnya’ yang membuatkan Dian diam sepanjang pagi itu. Sebelum mereka disapa oleh Konstable Azman yang membawa seorang perempuan lingkungan 50 an kepada mereka. Serentak itu juga, team missing person entah kenapa melilaukan pandangan mereka untuk melihat wanita itu. Dian mengerutkan keningnya. Sarjan Mahzan dan Hanif cepat-cepat membasuh tangan mereka dan kembali ke meja tersebut. Akkir mempersilakan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Rokiah itu duduk di kerusi yang baru dibawa oleh Dian. I.O Zainal jelas menjeling ke arah mereka.

‘Saya ibu kepada mangsa yang hilang di Bukit Broga. Tahun 2012. Missing body 1997’ Wanita itu memulakan perbualan dengan tangannya diletakkan atas peha yang dilapik beg bimbit berwarna hitam. Dan jelaslah Dian kenapa team missing person memandang mereka dengan tidak senang.

‘Saya dapat tahu ada team baru yang boleh handle kes-kes lama macam ni. Jadi saya harap pihak tuan boleh cari anak saya. Tak, saya merayu. Tolong cari Sufia. Satu-satunya anak perempuan yang saya ada’

Semua menggerutkan keningnya kecuali Hanif yang kelihatan begitu bersemangat dan pada pendapat Dian, junior mereka itu masih tidak perasan keadaan sebenar waktu itu iaitu rasa bersalah. Dian menghela nafas berat sambil menoleh pandangan mereka ke arah team missing person yang kini berbisik-bisik antara mereka.

‘Tapi selalu untuk kes missing person, team lain yang..’ Sarjan Mahzan mencelah sambil menjeling ke arah tempat I.O Zainal berada.

‘Team tuan dah selesaikan 2 kes yang Malaysia ingat akan berkubur selamanya. Dan kes ni kes lama, team lain mungkin tak sepakar team tuan. Saya dah jumpa sendiri dengan Chief Mazhan’

Sekali lagi terdiam. Bukan kerana dipuji. Dian dapat rasakan suatu perasaan tidak enak sekarang. Bertambah yakin kenapa Team Missing Person kelihatan sibuk. Due date kes missing person 1997 untuk ada mangsa baru adalah dalam bulan Januari tahun 2017. Hanya tinggal seminggu lebih.

‘Puan, team lain lebih pakar dari kami dalam bidang ni. Saya boleh cakap dengan mereka kalau..’ Akkir mencelah. Wanita itu memandang Akkir dengan matanya yang merah.

‘Tuan ingat saya buat benda ni untuk saya sorang? Saya datang sini sebab saya mak. Saya faham perasaan orang hilang anak lebih dari orang lain. Saya tahu Tuan semua dah tahu yang kes tu akan berlaku setiap 5 tahun sejak tahun 1997 macam yang dilaporkan sebelum ni. Saya wartawan dulu jadi saya tahu. Saya dah buat banyak analisis. Dan kalau teori ni betul, seorang perempuan lagi akan hilang pada tahun ni. Seorang anak. Adalah tangungjawab polis yang ada kepakaran untuk handle kes lama handle kes ni. Saya datang pada team yang betul’ Ujar perempuan itu tegas.

‘Sejak kes 1997, saya tak pernah ambil tahu pasal kes tu. As long as bukan keluarga saya, bukan anak saya, bukan orang yang saya sayang. Saya tak kisah. That is how ignorant I am. Dan akhirnya, anak saya sendiri jadi mangsa kes tu. Tuan tahu apa yang sakitnya pasal kes ni? Saya tak tahu anak saya hidup atau mati..saya tak tahu dia di mana..di atas tanah atau di dalam..sorang atau beramai..saya tak tahu siapa orang yang saya boleh salahkan. Kalaupun dia..mati. Saya tak tahu bila, bagaimana dan kenapa dia perlu mati. Jadi, at least sebagai polis, tuan semua kena beritahu hal tu pada saya’

Dian memeluk tubuhnya kuat. Matanya panas.

*

Akkir duduk di atas meja, mengadap ke luar tingkap sambil memeluk tubuhnya sebelum memusingkan badannya memandang anak buahnya yang lain.

‘Kita ambil kes ni’ Akkir mengetuk meja dengan jarinya meminta semua memberikan perhatian.

Sarjan Mahzan yang seperti sudah agak ayat itu akan keluar dari mulut Akkir kini merah wajahnya. Hanif dan Dian masih mendiamkan diri. Mengebam bibir masing-masing.

‘Gila. Kes tu even detektif elit bukit Aman pun tak dapat selesaikan, team missing person dah ambik alih kes ni 5 tahun dan sekarang Tuan nak team kita yang baru setahun jagung..tak. 5 bulan jagung ni handle? Wake up. Betul kita dah handle 2 kes kronik tapi ni another level. Dan yang paling penting apa team missing kata pada kita nanti bila diorang tahu kita cantas kes yang diorang kerja keras sejak bulan lepas. Tuan tengok sendiri I.O Zainal, I.O Maria dan anak buah diorang macam orang gila. Kalau diorang tahu kita tetiba ambil kes ni apa Tuan fikir diorang akan rasa?’ Sarjan Mahzan mencelah marah. Dian memandang tajam ke arahnya.

‘Sarjan tak dengar apa yang mak mangsa cakap tadi? Dia dah cakap dengan Chief Mazhan’ Dian mencelah tajam.

‘Sejak bila kau dengar cakap superior kau?’ Sarjan Mahzan membalas tegas. Dian memandangnya tajam, mendiamkan diri. Hanif buntu dan juga diam. Akkir mengecilkan matanya memandang yang lain.

‘Memandangkan kita belum lagi kena assign mana-mana kes, kita ambil kes ni’ Akkir memutuskan diam yang lama sambil dicelah oleh Sarjan Mahzan yang membantah kuat. Akkir mengebamkan mulutnya.

‘Siapa tak nak, boleh dismiss’ Akkir menyambung.

*

Bab 2: Perempuan

Bilik perbincangan

1.15 petang

I.O Zainal masuk dan menghempas sekotak fail-fail siasatan kes yang menjadi miliknya sejak 1997 sebelum diserahkan sekarang pada team Akkir.

‘Chief Mazhan suruh aku serahkan kes ni kat kau Akkir. I mean team kau. Dia cakap korang pun tak ada next case lagi dan kau tahu kan kenapa. Kuasa press’ I.O Zainal menjeling kea rah Dian dan menghela nafas berat, berlalu pergi dari situ sambil dilihat oleh I.O Maria yang berada di muka pintu bilik mesyuarat berkenaan. Hanif pura pura sibuk. Dian hanya melihat dari jauh. Akkir menyelak fail-fail tersebut dan menyuruh Hanif membuat salinan. 5 minit kemudian, mereka memulakan perbincangan kes ke 3 mereka itu.

‘1997 Broga Hill missing body, mangsa pertama seorang penjual kosmetik, Masrina, 29 tahun hilang. Kereta mangsa ditemui di kaki pergunungan tersebut dan menurut rakan mangsa, mangsa ada memberitahu mahu mendaki gunung tersebut pada tarikh mangsa hilang. Saksi di gunung ada lihat mangsa bersama dengan seorang lelaki. Memandangkan mangsa mempunyai teman lelaki. Teman lelakinya ada suspek utama tetapi disebabkan ada alibi yang kuat, dia dibebaskan. Nuang Hill 2002, Natasha, 27 tahun seorang pekerja di spa hilang dengan cara yang sama. Saksi juga melihat mangsa bersama dengan seorang lelaki. Bukit Tabur 2007, Elina seorang pekerja di syarikat insurans, hilang ketika dilaporkan bercuti bersama rakannya di Rawang Resort. Kali terakhir memberitahu mahu menyertai satu group hiking gunung Bukit Lagong, tetapi group ni denied Elina ada dalam group diorang hari tu tapi ada saksi nampak Elina dengan seorang lelaki daki gunung hari tu. Dan kes terakhir Bunga Hill 2012, seperti yang kita semua maklum, Sufia, 25 tahun seorang pekerja di kedai perabot hilang juga dengan cara yang sama dan gunung yang sama’ Akkir memulakan perbincangan.

‘Lebih dari 3 orang untuk kita cakap ini kes serial killer’ Hanif mencelah

‘Kita belum tahu status mangsa Hanif’ Akkir membantah

‘Of course we all wish they are alive’ Hanif menyeringai seperti kerang busuk.

‘Kenapa 5 tahun?’ Dian mengomel sendirian

‘Profiler Dian?’ Akkir menegur, mematikan lamunan Dian.

‘Tak ramai profiler yang profiling kes ni sebab status mangsa yang masih hilang menimbulkan perlbagai spekulasi. Sebab kesemua mangsa dilihat bersama lelaki, ada yang cakap mereka lari ke Lombok, I mean kahwin lari, ada juga yang cakap mangsa dibawa bunian, masuk alam lain memandangkan tempat mangsa-mangsa ini hilang adalah di kawasan sebegitu. Gunung. Suspek pula tak dilihat dengan begitu jelas oleh pendaki yang lain pada waktu itu sebab semasa kita mendaki gunung, jarang kita mengfokuskan untuk melihat orang lain kerana pendaki sentiasa ada yang turun dan naik. A great choice to abduct a person tapi kalau betul mangsa dibunuh di gunung, tiada mayat yang polis jumpa, even any trace. There is nothing. Dan kalau mangsa dibunuh di mana-mana checkpoint dan mayat dibawa turun, tapi macam mana? Macam mana penjenayah tu bawa mayat tanpa orang lain perasan? Then comes to jugdgement person who know better about the route of this jungle. Malin hutan’ Dian memberi hujah pertamanya.

‘Malin hutan?’ Sarjan Mahzan mencelah. Dian mengangguk

‘Setiap gunung yang terlibat ada malin hutan. Tetapi none of them perasan something dan semuanya ada alibi yang kuat. Kalau penjenayah nak bawa mayat mangsa tanpa diperasan oleh orang lain, dia kena ikut route yang orang lain takkan guna tapi semua malin ni claimed waktu tu there is no such a way dan kalau ada pun bahaya. Lagipun, he carry a body. Jadi, kami profiler buat kesimpulan hiking just a decoy to hide himself. Mangsa mungkin pergi hiking dengan pembunuh tapi dia tidak dibunuh di situ, it occurs selepas diorang turun’ Dian menambah.

‘Suspek yang pasti ketinggiannya dalam 170, kurus dan dalam lingkungan 20-30 tahun’ Akkir menambah.

‘Gunung yang dipilih juga variasi. Boleh jadi di mana-mana saja tapi masih dalam lingkungan Selangor’ Dian menambah lagi.

‘Mangsa yang dipilih juga variasi dari segi pekerjaan, dan personality dan tiada unsur permusuhan dalam backgroung analysis. Hanya 2 persamaan yang saya dapat, mereka berumur 20-30 tahun, muda, dan mempunyai teman lelaki di mana semua teman lelaki yang diberkas ada alibi yang kuat jadi apa yang 4 perempuan ini buat dengan lelaki lain dekat gunung tu?’ Dian menyuarakan pendapatnya.

‘Maksud kau mereka curang’ Akkir meneka. Dian mengangguk.

‘Mungkin. Tapi yang pasti lelaki itu pasti ada tarikan dia sendiri untuk berjaya bawa wanita yang sudah ada teman lelaki pergi mendaki gunung bersama-sama. Dia mesti seorang yang bekerjaya, kacak dan pandai memikat wanita. Tengok dari segi bagaimana dia meyakinkan mangsa untuk pergi ke gunung bersama-samanya tanpa memberitahu yang lain, memilih gunung as a method of crime, dia seorang yang teliti dan bijak. Dia takkan muncul carelessly’

Dian membalas mematikan perbincangan pertama mereka terhadap kes tersebut.

*

Semarak Flat

3.30 petang

Seorang lelaki yang lumpuh dari pinggang hingga ke bawah, berkerusi roda kini memsuingkan kerusi rodanya menuju ke ruang tamu, tempat di mana Akkir dan Dian sedang berada. Seorang perempuan lingkungan 20 tahun yang dia syak adik kepada Masrina muncul dengan membawa dulang, 3 kopi panas dan ubi kayu dicicah bersama gula digaul nyiur dan garam.

‘Dah lama polis tak datang rumah kami. Saya ingat kamu dah jumpa Masrina’ Lelaki tersebut, menghadiahkan senyuman kepada Akkir dan Dian sambil menyalami Akkir. Dian menghela nafas berat.

‘Kami minta maaf pak cik’

Lelaki tua itu hanya tersenyum mendengar kata-kata Dian. Dia meneguk kopi tersebut sambil mengajak mereka minum bersamanya sebelum menyoal Dian kembali.

‘Apa yang kamu nak tahu tadi?’

Dian diam seketika sebelum menyambung.

‘Teman lelaki Masrina. Selain Nizam, ada anak pak cik cerita pada pak cik tentang lelaki lain? Lelaki yang baru dia kenal? Lelaki yang suka dengannya? Sesiapa?’

Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya perlahan.

‘Masrina satu-satunya yang pak cik ada kat dunia ni. Dia tak ada mak sejak dia kecil. Dan dia duduk dengan pak cik dari kecil sampai besar. Tak ada rahsia antara kami. Itu yang pasti. Dia hanya ada Nizam seorang’

‘Nizam macam mana? Dia layan Masrina macam mana’ Akkir mencelah.

‘Baik saja pak cik tengok. Waktu macam ni, dia ada di bengkel dia sekarang’ Lelaki tua itu membalas. Mengunyah ubi kayu di tangannya. Kini adik Masrina datang bersama satu kotak yang agak besar seperti yang diminta oleh Dian sebentar tadi.

‘Ni barang kakak. Saya simpan dalam kotak ni. Kalau-kalau dia balik’

Dian memandang seketika ke arah budak perempuan tersebut sebelum beralih ke kotak tersebut. Akkir mengeluarkan satu persatu barang di dalam kotak tersebut yang kebanyakkannya berisi majalah-majalah barang-barang wanita yang sememangnya normal untuk wanita berumur seperti Masrina itu ada dalam koleksinya. Pelbagai majalah barang dari brand yang berlainan.

*

Dian dan Akkir menapak kea rah seorang lelaki yang sedang berbaring, separuh badannya berada di bawah kereta manakala separuh lagi di luar. Terdedah. Dian menundukkan tubuhnya memanggil nama lelaki itu menyebabkan lelaki itu menarik sliding tempat dia berbaring dan melihat dari bawah, Dian sedang merenung ke arahnya. Dia mengelap sedikit mukanya yang berminyak tersebut.

‘Masrina dengan awak macam mana?’ Akkir memulakan perbualan mereka setelah memberitahu hajat mereka di situ.

‘Maksud Inspektor?’ Lelaki itu mengerutkan keningnya.

‘Dia ada pernah, I mean. Jangan salah faham maksud saya Nizam, ada tak dia pernah mention mana-mana nama lelaki pada awak atau awak pernah nampak dia dengan lelaki lain?’ Dian mencelah laju.

‘Masrina bukan perempuan macam tu’ Jelas lelaki itu merah padam mukanya tetapi masih cuba bertenang.

‘Sebab tu saya tanya sekarang’ Dian menambah.

‘Dia perempuan baik. Anak yang baik. Dia kerja dekat pasaraya jual kosmetik instead of going to kolej sebab ayah dia tak mampu’

‘Awak dengan dia ada gaduh besar tak sebelum dia hilang? Ada tak perubahan pada dia. Contoh macam tiba-tiba gembira, tiba-tiba sedih, tiba-tiba peramah atau tiba-tiba pendiam?’

‘Tak pernah sekalipun kami bergaduh. Masrina selalu faham kerja saya. Walaupun saya kerja macam ni. Dia terima saya. Dan dari segi perubahan, last saya jumpa dia 2 hari sebelum dia hilang. Sama macam ayah dia, kami tak syak lansung dia akan pergi ke gunung tu. Dia tak pernah cakap dia suka hiking. Tuan boleh cek barang-barang dia, tak ada satu alat pun boleh tunjuk yang Masrina gemar hiking’

‘Jadi awak lansung tak syak sesiapa? Tapi saksi nampak dia dengan seorang lelaki’ Dian tidak berpuas hati.

‘Saya lebih dari orang lain nak tahu siapa lelaki yang dah larikan Masrina’ Lelaki tersebut membalas tegas.

*

Manjung Flat house

3.35 petang

‘Natasha, anak sulung kami. Dia jarang hiking. Tapi bukanlah penggemar hiking sangat. Masa polis cakap jumpa kereta saya yang Natasha pinjam dekat gunung tu, saya memang terkejut sebab Natasha akan cakap kalau dia nak hiking ke apa sebelum keluar pergi mana-mana’ Ayah Natasha yang baru pulang dari kerja sebagai pengawal keselamatan bersuara. Adik Natasha tiba dengan membawa minuman dan kuih kepada Akkir dan Dian.

‘Dengan saya pun, Natasha tak pernah cakap apa-apa’ Adam, teman lelaki Natasha yang duduk di sebelah ayah Natasha mencelah.

‘Bila last pak cik nampak dia?’ Akkir mencelah.

‘2 hari sebelum tu. Dia cakap dia ada kerja dekat bandar, jadi dia mungkin tinggal dekat rumah sewa kawan dia. Sebab tu dia pinjam kereta saya dulu’

‘Kerja apa?’ Dian mencelah.

‘Kursus kecantikan, sebab dia kerja spa’ Adiknya menjawab.

‘Kursus tu wujud?’ Dian mencelah walaupun dia tahu ayatnya telah menyinggung perasaan keluarga Natasha. Akkir menjeling marah ke arahnya.

‘Saya tak tahu. Tapi bos dia cakap, tak ada. Mungkin dia pergi tempat yang berduit’ Kakaknya menjawab soalan Dian. Dan tidak semena-mena waktu itu, ayah Natasha meminta diri untuk ke bilik air manakala adiknnya berpura-pura bangun ke arah lain sebentar, yang menurut Akkir terasa dengan ayat Dian.

‘Hubungan awak dengan Natasha sebelum tu macam mana? Ada tak korang berdua gaduh besar atau dia berkecil hati atau anything’ Dian menggunakan peluang di mana hanya ada Adam seorang diri untuk menyoal siasat lelaki tersebut.

‘Tak ada. Adam layan dia elok. Lebih dari saya layan Natasha. Adam takkan sakitkan hati dia’ Mak Natasha muncul tiba-tiba dari balik tirai dapur yang serta merta meminta Dian dan Akkir pergi kalau tiada lagi soalan yang mereka mahu tanya sekaligus mematikan hasrat Dian untuk melihat barang Natasha.

*

Dian dan Akkir berjalan keluar ke arah kereta mereka sambil ditemani oleh Adam. Lelaki itu wajahnya dengan senyuman yang serba salah.

‘Saya minta maaf bagi pihak diorang. Pak Cik dengan Mak Cik tak berniat nak berkasar tadi. Diorang hilang anak sulung diorang. Adik-adik Natasha masih kecil. Natasha tempat diorang bergantung’ Adam cuba menyedapkan hati Dian dan Akkir.

‘Jadi awak selalu datang rumah diorang?’ Dian mencelah. Akkir menggeleng kepalanya.

‘Itu saja yang saya dapat bantu untuk Natasha’ Lelaki itu mengusap belakang kepalanya sambil menguntumkan senyuman.

‘Inspektor mesti pening kan cari jalan tempat ni tadi. Nak balik lagi susah. Jomlah saya hantar sampai jalan besar. Lagipun saya on the nak pergi kerja. Saya shift malam hari ni’ Adam memperlawa Akkir dan Dian. Dia beralih ke arah motosikalnya yang terletak secara kebetulan di sebelah kereta Akkir.

‘Awak kerja mana?’ Dian mencelah lagi.

‘Saya kerja biasa saja. Wiring dekat syarikat elektronik bandar sana’ Lelaki itu membalas perlahan. Menghidupkan enjin motornya.

*

Kampung Baru, Cheras

5.30 petang

‘Elina anak ke 3 kami. Tak banyak karenah budak tu. Lepas SPM dia kerja dekat syarikat insurans guna result yang dia ada. Kerja biasa saja. Banyak jumpa orang. Macam tu. Tak pernah minta apa-apa dari kami. Teman lelaki dia pun Elina okay dengan dia. Tak ada perubahan apa-apa sebelum dia hilang. Dia cuma cakap ada hiking in group jadi saya benarkan dia pergi. Tapi group tu cakap yang Elina tak pernah join mereka tapi salah sorang daripada group tu bila polis tunjuk muka Elina dia cam Elina ada dekat gunung tu. Dengan lelaki tetapi bukan Saiful, kekasihnya. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu’

Mak Elina, Puan Maryam diam setelah bercerita. Tangannya mengesat matanya yang basah sambil memeluk anak bongsunya di ribanya.

‘Saiful di mana sekarang ni?’ Akkir menyoal.

‘Dia dah kahwin 2 tahun lepas dan berhijrah ke kedah. Tu pun puan saya suruh dia stop datang sini. Dia terlalu setia dengan Elina. Even dah 6 tahun Elina hilang, dia tak stop dari datang rumah ni tolong kami anak beranak. Puas juga saya suruh dia kahwin. Alhamdulillah dia dah ada anak sorang sekarang’

‘Hubungan dia dengan Elina?’ Dian mencelah.

‘Kami sebenarnya dah nak satukan Elina. Saiful waktu tu dah cukup duit untuk bernikah. Walaupun hanya kerja buat bendang, tapi dia rajin. Entah kenapa tiba-tiba Elina hilang’ Ibu Elina membalas.

Dian dan Akkir saling berpandangan sebelum Dian meminta diri untuk melihat barang-barang milik Elina. Dian menyelak beberapa pakaian Elina semasa dia ada. Hanya pakaian-pakaian biasa seorang perempuan yang bekerja di bandar akan pakai. Kecuali beberapa helai pakaian yang kelihatan masih elok, dan berkualiti tinggi.

‘Kakak memang suka barang branded tapi dia hanya beli setahun sekali. Sebab nak tampung kos hidup adik kami yang bongsu, ada masalah jantung’ Adik Elina yang ke 7 bersuara di balik pintu. Dian menutup almari tersebut.

*

Streetfood

8.40 malam

Seorang wanita berambut beralun paras dada dan berpakaian blouse merah dan berskrit hitam masuk dan duduk di satu penjuru kedai tersebut. Memesan nasi dan sup daging berserta teah o ais limau. Keberadaannya di situ jelas menangkap mata lelaki yang lain termasuklah Dian, Akkir, Hanif dan Sarjan Mahzan yang melekat mata mereka memandang wanita berkenaan.

‘Gila ah’ Dian senyum menyeringai. Akkir menggelengkan kepalanya dan menarik perhatian tubuh Sarjan Mahzan dan Hanif kembali ke perbincangan mereka yang terhenti tadi.

‘Jadi semuanya okay saja. Memang typical serial killer, motive unrealistik’ Sarjan Mahzan cuba berpura-pura kembali dalam perbincangan mereka.

‘Sarjan doa diorang mati ke apa?’ Akkir mencelah sinis.

‘Mestilah tak’ Sarjan Mahzan menjawab laju.

‘Tapi saya rasa boleh jadi jugaklah Tuan. Mak Sufia pun cakap anak tunggal dia tu anak yang baik. Teman lelaki dia pun banyak kali datang rumah. Diorang sweet dan macam-macam lagilah yang saya dengar’ Hanif mencelah. Meneguk kopi ais.

‘Apa lagi yang awak dapat?’ Dian mencelah

‘Saya pergi tempat kerja Sufia dengan Sarjan. Semua pekerja cakap, Sufia lemah lembut, pekerja yang baik. Saya sendiri dah cakap dengan kawan baik dia. Tak ada yang mencurigakan pasal Sufia’

‘Boyfriend dia?’ Dian mencelah lagi. Menunggu cemas jawapan Hanif sebelum dua orang lelaki dan perempuan yang mereka yakin adalah couple, berdasarkan masing-masing saling berpegangan tangan tapi kelihatan begitu muda untuk dikatakan sudah berkahwin duduk di tepi meja wanita cantik sebentar tadi. Teman lelakinya seperti kebanyakkan lelaki yang lain, mula menoleh ke belakang untuk melihat perempuan cantik tersebut dengan lebih jelas. Sarjan Mahzan ketawa kecil.

‘Satu tempat kerja dengan dia’ Hanif membalas setelah berhenti agak lama.

‘Kerja kilang perabot juga?’ Akkir mencelah. Sedang mengupas ubi kayu yang masih panas, baru dibeli oleh Sarjan sebentar tadi.

‘Boyfriend dia kerja belakang, angkat-angkat perabot ni semua. Sufia kerja bahagian yang kena layan customer. Direct jual macam tu. Tak pernah sekalipun diorang ni nampak Sufia dengan lelaki lain kecuali Shahlan, boyfriend dia. Boyfriend Sufia, mak Sufia cakap alim lah jugak. Dia cakap dia nak masuk minang Sufia capat-cepat lepas dia kumpul duit. Dia tak nak kawan lama-lama. Mak dia cakap macam tu lah’ Hanif menambah. Sarjan Mahzan tiba-tiba highfive dengan Hanif seolah-olah bangga dengan apa yang mereka dah siasat.

‘Awak ada cek barang-barang dia?’ Dian mencelah tidak berpuas hati.

‘Tak ada barang hiking’ Hanif yang yakin riak wajahnya menjawab cepat.

‘Dia ada computer tak?’ Dian mencelah dan diangguk balas oleh Hanif. Mata Hanif terkebil-kebil melihat Dian.

‘Ada kamu cek?’ Dian menyoal pantas. Ubi yang maish panas di tangannya seperti tidak terasa di tangan Dian.

‘Takde pulak. Perlu ke?’ Hanif menyoal teragak-agak memandang Sarjan Mahzan yang cuba mengelak dari dilihat.

‘Basic Hanif. Basic. Sarjan Mahzan tak cakap ke?’ Dian mencelah balas dengan wajah sinisnya.

Kelihatan wajah Hanif merah padam bersama-sama dengan Sarjan Mahzan yang seperti mahu melancarkan perang mulutnya dengan Dian sebelum bunyi pinggan dibaling dan hentak jatuh ke lantai menghentikan mereka. Teman wanita lelaki itu kini lari meninggalkan kedai tersebut sambil diikuti oleh teman lelakinya yang sedang mengurut kepalanya yang kelihatan seperti merah dan membengkak kesan dihentak dengan pinggan tersebut. Wanita cantik tadi cepat-cepat menghabiskan makanannya dan pergi dari situ taktala mata-mata pelanggan lain semakin memandang ke arahnya.

‘Pelik betul’ Dian mencelah. Masih duduk di kerusinya seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan yang lain sudah bangun dari kerusi mereka.

‘Pelik kan? Dah tahu pakaian tu macam tu, tak payahlah nak datang makan kat tempat macam ni. Tak pasal-pasal couple tu bergaduh’ Sarjan Mahzan membalas ayat Dian. Dia kembali duduk di kerusinya.

‘Bukan sarjan tengok juga ke tadi’ Akkir menyindir.

‘Takleh salahkan perempuan tu sarjan. Couple tu pun pelik juga. Boyfriend dia tahu girlfriend panas baran camtu, pergi pandang perempuan tu lama-lama buat apa. Padan muka’ Hanif pula mencelah. Menghabiskan ubi di tangannya.

‘Pelik kan’ Dian dengan ayat yang sama membuatkan Sarjan Mahzan yang dari tadi marah kepadanya melenting tetapi ditahan oleh Akkir.

‘Kau ni dah kenapa, pelik dari tadi’ Akkir menyoal. Melihat Dian masih mengupas ubi yang sudah dikupas sejak 15 minit yang lalu tapi tiada kesudahannya.

‘Dia memang sengaja cari gaduh tuan’ Sarjan Mahzan menyindir pula kali ini.

‘Pelik memang pelik’ Dian membalas dengan mukanya yang berkerut.

‘Kau ni Dian!’ Akkir melenting membuatkan Sarjan Mahzan dan Hanif terkejut besar seperti meramalkan ada pergaduhan ke 2 di dalam kedai itu sekarang.

‘Tengok tuan pun nak marah saya. Nak gaduh dengan saya. Sebab apa sebab kita rapat? Dah selesa antara satu sama lain…’

Muka Akkir merah padam. Dian tahu dia perlu perbetulkan ayatnya.

‘Tengoklah couple tadi, gaduh sebab pakwe dia tengok perempuan lain. Tu baru couple. Ada ke girlfriend akan cakap macam ni kalau boyfriend dia tengok perempuan lain ‘ its okay, I faham you’?’ Dian memberi hujah yang lansung tidak memberi pencerahan kepada mereka yang lain.

‘Apa yang kau nak cakap ni?’ Akkir mencelah.

‘Keempat-empat mangsa ada teman lelaki yang baik dengan diorang. Diorang tak pernah bergaduh. Tuan dengar sendiri kan setiap mangsa cakap ‘kami tak pernah bergaduh’ and I bet kekasih Elina pun akan cakap benda yang sama. Nasib kita, tak dapatt dengar sendiri sebab dia ada di kedah sekarang, kalau tak..’ Dia membalas.

‘Bukan ke tu benda baik’ Hanif mencelah pelik.

‘Baik kalau mereka stranger but they are couple. Kalau tak gaduh maksudnya tak begitu rapat. Tak macam couple tadi’ Dian membalas.

‘Jadi diorang couple ke tidak’ Hanif mencelah keliru yang membuatkan Sarjan Mahzan hampir ketawa di balik kekecohan tersebut.

‘Of course they are. Siap ada testimony dari family dan kawan. Even Shahlan sampai nak minang Sufia dan Elina nak kahwin. Tapi mungkin itu sebab 3 wanita ni tertarik dengan lelaki lain. Bad boy type’ Dian memberi hujahnya yang membuatkan mereka yang lain merasakan Dian sudah gila.

‘Kita kena selidik lebih lagi. Tengok balik laporan transaction card credit and debit diorang. Tempat-tempat yang diorang pernah pergi. Mesti ada flaw dekat mana-mana’ Dian mematikan perbualan mereka malam itu

Bab 3: Desire

IPD Ampang

7.45 pagi

Langit mengenakan kepit jejari cahaya matahari pagi. Ada di mana-mana. Kilau cahaya meminjam warna-warni pagi yang muda. Dan bahasa bayu pagi. Pintu-pintu kebanyakkan rumah terbuka, melahirkan penduduk kota yang menghala ke tujuan masing-masing. Tidak mengenal siang atau malam. Bagai satu negeri yang sedang berjuang dari tangan orang asing. Mereka sandarkan hidup yang redup di bahu sendiri. Semuanya sendiri.

Dian memandang dari balik jendela pejabat. Memikirkan sesuatu yang lama bersama alunan suara di telinganya melalui Mp3 sebelum derapan kaki menghalas dekat ke arahnya. Dian menanggalkan earphonenya.

‘Saya dah cek, terkejut juga bila saya tahu tadi. Kan Hanif?’ Sarjan Mahzan bersuara. Hanif mengangguk bersungguh-sunguh

‘Kenapa? Ada korang cari dia ada purchase barang mahal ke?’ Dian cuba menganggak. Mengerutkan keningnya dan berharap tekaannya betul.

‘Kami tengok dekat dia punya search history banyak carian pasal smoking. How to stop smoking’ Hanif membalas.

‘Sufia smoking?’ Akkir yang berada di satu sudut datang mendekati sambil mengerutkan keningnya.

‘Tak masuk akal. Tak ada sesiapa nampak dia pernah smoking’ Akkir mencelah, cuba memberi logik.

‘Tak pernah nampak dia smoke tak semestinya dia tak merokok’ Dian menggigit bibirnya. Akkir memandangnya.

‘Masrina dan Natasha macam mana pulak?’ Sarjan Mahzan mencelah memandang Akkir dan Dian.

‘Saya dan Akkir dah cek belongings diorang, tak ada satu pun yang mencurigakan kecuali majalah-majalah tu, baju-baju tu..’ Dian membalas sebelum dirinya sendiri diam sebentar. Dian mengerutkan keningnya.

‘Majalah perempuan. Majalah barang kemas. Kasut branded. Baju branded. Kedua-duanya ada benda yang sama. Masrina, Natasha, Elina dan Sufia. Keempat-empat diorang, ada teman lelaki tapi teman lelaki diorang hanya kerja biasa saja. Shahlan, kedai perabot. Nizam mekanik. Adam Wiring. Ketiga-tiga lelaki ni claim mereka perempuan baik. Tak pernah bergaduh, tak pernah minta barang mahal. Keluarga 3 mangsa ni bukanlah kaya mana. Ayah Masrina, pesara polis dan ada lagi 2 anak perempuan yang lain. Natasha ada adik kecil 5 orang, dia anak sulung. Ayah lumpuh, mak jual kuih. Elina pun sama. Susah. Sufia. Anak tunggal kepada ibu tunggal. Bergantung pada pencen ibu untuk teruskan hidup. Pendek kata, mereka bukan orang senang, perempuan yang lemah lembut, baik, dengar kata itu yang kita dengar dari orang terdekat mereka. Tapi macam yang saya cakap sebelum ni, itu yang mereka nak. Desire of every women. Sometimes we show, sometimes being supressed’ Dian memberi hujah.

‘Apa maksud kau?’ Akkir menyoal aneh. Dian mengecilkan matanya. Keadaan di dalam kedai tersebut beransur lenggang. Sudah menginjak awal pagi. Mak Cik kedai pun kelihatan sedang mengemas peralatan dapurnya. Dian menggeserkan ibu jari kirinya pada jari telunjuknya, kebiasaannya kalau berfikir.

‘Semua orang termasuk wanita, naluri tidak dapat lari dari idamkan hidup mewah. Barang mewah. Baju cantik-cantik. Apa yang orang nampak pada wanita yang lemah lembut mungkin tak ada flaw tapi mungkin ada benda yang mereka tak nak tunjuk pada orang lain. Rasa geram dengan kehidupan yang susah, tapi tak boleh mengadu pada orang lain. Mangsa ada katalog barang mewah, branded, tapi reality? Mereka tak mampu. Geram, frust. Mungkin salah satu cara untuk lepaskan stress dan wild side adalah dengan merokok’ Dian berhenti seketika bila mana melihat Sarjan Mahzan, Akkir dan Hanif mula mengerutkan kening mereka pelik. Dian mengebamkan mulutnya. Hujan mula menitik kembali, mengena bumbung guni kedai tersebut.

‘Termasuklah dalam memilih teman lelaki. Mungkin terlalu baik itu masalahnya. Fantasi mereka mungkin lelaki kaya, handsome dan pandai melayan wanita. Ciri-ciri lelaki yang buat mereka tergoda dan sanggup ikut lelaki tu hiking’

Jelas di riak wajah Hanif terkejut besar.

‘Jadi lelaki tu pilih perempuan berdasarkan ciri-ciri tu? Tapi macam mana? Macam mana dia tahu yang diorang ni merokok, liar macam tu. Even yang terdekat pun tak perasan’ Hanif menyoal laju. Lama dia biarkan yang lain berfikir.

‘Workplace’ Akkir meneka. Dian mengangguk perlahan.

‘Perpretor pilih wanita yang senang dia nak interact buat kali pertama atau tak akward kalau dia nak kaji lama-lama. Masrina, jual barang kosmetik yang sememangnya akan berbual direct dengan customer. Natasha spa. Tempat yang lelaki suka pergi kan. Lagipun spa tu korang cakap sendiri sebelum ni, lelaki dan perempuan boleh keluar masuk spa tu. Sufia, salesgirl kedai perabot. Smemangnya akan berhubung terus dengan pelanggan. Dan Elina syarikat insurans, apatahlagi’ Dian menghabiskan hujahnya.

‘Jadi lelaki ni one of their customer?’ Sarjan Mahzan cuba memastikan pemahamannya betul.

‘Unuk urusan jual beli atau dapatkan rawatan, masa yang diambil akan menjadi lama. Penjenayah akan guna masa tu untuk kaji mangsanya. Mungkin dia secara sengaja atau tidak sengaja nampak benda yang dia nak ada pada wanita ni. Contoh ternampak mangsa merokok atau’ Dian membalas.

‘Atau?’ Sarjan Mahzan mencelah

‘By observation relationship mangsa dan teman lelakinya and hit her after that. Jika wanita tu fall for him, wanita macam tu akan jadi target dia. Luar seems good, dalam liar. He might like this kind of women. Lelaki macam ni mungkin ada sejarah yang sama dalam hidupnya. Typical psycho’ Dian menyambung.

‘Maksudnya, dia target perempuan yang wiling untuk curang’ Akkir mencelah.

‘Exactly’ Dian membalas. Akkir kelihatan diam lama, yang lain juga. Mereka tidak dapat lari daripada bersetuju dengan hujah Dian. Akkir cepat-cepat menghabiskan perbualan mereka, menyedari kedaan begitu lewat.

‘Sekarang dah tahun 2017. Bulan 1. Ikut pola mangsa hilang, bulan ni anak perempuan orang lain akan hilang lagi. Jadi, kita kena cepat. Trace balik cctv tempat kerja setiap mangsa, cari mana-mana customer yang pernah in contact dengan mangsa. Lelaki, kaya dan kacak’ Akkir memberi arahan yang jelas melihat lebih ke arah Hanif yang kelihatan terburu-buru untuk pulang.

‘Kalau kita menyamar?’ Dian mencelah, menguntumkan senyuman.

‘Undercover?’ Akkir mencelah.

‘Lebih proaktif. Ada berlambak-lambak cctv yang kita perlu trace and it will take a time. Dan saya tak rasa ada. Dah 5 tahun last case happen, most of kedai akan lupuskan footage. Bulan 1 dah nak habis. Ikut logistic tempat kerja mangsa, its around Rawang. Banyak kedai-kedai service customer kawasan tu. Dan saya..’

‘Maksud kau, kau nak menyamar jadi perempuan tu?’ Akkir meneka pantas dan dibalas dengan senyuman oleh Dian. Yang jelas wajah Sarjan Mahzan dan Hanif melopong besar.

‘Tapi kan banyak kedai kat area tu, kita tak tahu kedai mana dia akan pergi. Dan kita takkan tahu dia akan pilih kau atau tak’ Sarjan Mahzan yang kembali ke realiti membantah.

‘Apa maksud Sarjan? Saya kurang menarik?’ Dian memandang sinis ke arah Sarjan Mahzan.

‘Takdelah macam tu. Siapa nak jadi lelaki tu?’ Sarjan Mahzan cepat-cepat mengubah soalan. Dian kini jelas memandang tajam ke arah Akkir.

‘Saya nak Tuan. I mean Tuan Akkir akan menyamar jadi boyfriend saya’

Hanif hampir tersedak saki baki kopi ais yang baru diteguknya. Akkir? Kaku.

‘Kita perlukan lelaki yang handsome untuk penjenayah sebenar akan rasa tercabar dan bet I will fall for him or not. If I do, he will target me the most’ Dian membalas. Menamatkan perjumpaan mereka malam itu. Dia mengambil beg sandangnya dan bergerak pergi dari situ sambil dijerit oleh Sarjan Mahzan yang dia masih belum membayar makanannya. Akkir segera beralih ke mak cik Zara, pemilik kedai tersebut, dan membayar bagi pihak mereka semua.

*

Fancy Bella Sportwear, Rawang

10.05 pagi

Dian turun daripada motosikal Honda petak yang ditunggang oleh Akkir. Tangannya masih memegang payung untuk memayungi Akkir. Akkir menunggang motosikal lama Sarjan Mahzan untuk kelihatan lebih tragis kata Hanif. Hanif dan Sarjan Mahzan dari tadi gelak besar bila mana motor yang ditunggang Akkir mati di tengah jalan. Mujurlah Dian tahu menghidupkannya semula. Hanif dan Sarjan Mahzan menggelengkan kepala mereka berulang kali melihat lakonan Akkir dari dalam kereta mereka yang diparkir seratus meter dari kedai yang akan menjadi tempat kerja Dian yang baru.

Dian menebeliakkan matanya menyuruh Akkir menanggalkan topi keledar untuknya. Akkir dengan penuh wajah meluat melakukan perkara itu dengan cepat sebelum Dian memberi insyarat mata sekali lagi untuk Akkir senyum ke arahnya. Dian melambai-lambai pada Akkir saat dia mahu masuk ke kedai tersebut. Akkir dengan wajah merah padam berlalu pergi dari situ. Dian membetulkan nametag di baju seragam kerjanya dan tudung yang sememangnya berwarna lain dari kebiasaan Dian. Tudung bercorak geometri berwarna coklat pekat dan juga beige. Wajahnya turut disolek mengikut permintaan bos di situ walaupun mereka tahu siapa Dian sebenarnya. Dian yakin Akkir terkejut sebenarnya melihat wajahnya tadi.

*

Sudah 5 jam Dian bekerja di kedai tersebut, tetapi bayang lelaki yang mereka cari masih belum kelihatan. Malam itu mereka bertemu sekali lagi di tempat rahsia jauh dari Rawang. Dian meneguk laju air soda bercampur dengan ais kiub yang terisi dalam gelas yang tinggi setakat ni mereka yang lain pernah lihat dan menghentakkannya ke meja seperti mahu melepaskan geramnya yang Sarjan Mahzan dan Hanif tahu berpunca daripada Akkir.

‘Tuan kena mesra lagi dengan saya. Saya tahu saya bukan taste tuan tapi tolonglah for the sake of case’

Dian mengeluh. Mengupas ubi keledek panas yang baru dibeli oleh Hanif sebentar tadi. Tempat yang sama Sarjan Mahzan beli sebelum ini. Tapi dek terlalu panas, Akkir menukarkan ubi keledek yang baru dikupasnya kepada Dian. Sarjan Mahzan memandang mereka.

‘Aku tak biasa, kau tak faham’ Akkir membalas. Meneguk kopi ais.

Sarjan Mahzan ketawa.

‘Betul kata Inspektor Dian Tuan, kena nampak lebih gentleman’ Dia mencelah.

‘Sarjan tahu kan itu bukan saya’ Akkir tidak berpuas hati.

‘Sebab tu nama benda ni undercover, kita menyamar orang yang bukan diri kita’ Dian membalas keras sebelum terpandang Hanif yang tiba-tiba mengangkat tangannya takut-takut.

‘Saya ada cadangan’

Semua memandang ke arahnya. Tangannya masih di udara.

‘Tukar dengan saya. Confirm-confirm lelaki tu akan pilih inspektor Dian sebab dia tengok depan mata dia sendiri perempuan ni curang’

Dian mengetuk kepala Hanif. Terus membaham saki baki ubi rebus yang ada sebelum Akkir sekali lagi memberi Dian ubi keledek yang baru dikupasnya membuatkan Sarjan Mahzan perasan yang lelaki itu belum menjamah apa-apa dari saat mereka masuk kedai itu. Dia menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum sendirian.

*

Bella Fancy Sportwear

9.30 malam

Sudah seminggu Dian menyamar, dan lagi 3 hari sebelum bulan 1 2017 akan berakhir. Mereka juga sudah meminta pertolongan I.O Maria untuk memberitahu mereka directly jika ada mangsa baru yang hilang.

Dian mengurut-urut kakinya yang lenguh kerana berdiri sepanjang hari. Dia melihat sekotak rokok yang sengaja di simpan di dalam bagnya dan sengaja di jatuhkan beberapa kali secara sengaja di hadapan customer. Hampir ada seorang budak yang mengutip kotak rokok itu sehingga Dian dipandang aneh oleh mak kepada budak tersebut. Akkir yang berada di luar, dengan motosikalnya juga beberapa kali mencuri pandang ke arah Dian. Dengan baju t.shirt putihnya yang jelas basah sedikit kerana cuaca yang panas tetapi tidak bergerak sedikitpun dari memerhatikan Dian.

Dian kini beralih mengurut bahunya yang terasa tegang, sekali sekala melihat wajahnya di cermin kecil yang terletak di setiap sudut kedai mewah tersebut untuk memudahkan pelanggan. Dian beralih bergerak ke satu cermin tetapi disebabkan laluan yang agak sempit dengan orang yang baru masuk ke dalam kedai tersebut, dia dengan kasut tumit tingginya tersadung dan melanggar bahu salah seorang daripada pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai tersebut. Dian dan lelaki itu jatuh terduduk, sebelum lelaki itu dengan tangannya mengangkat Dian untuk berdiri dan menghulurkan kotak rokok Dian yang Dian pasti terkeluar dari poket skirt kerjanya itu sewaktu dia berlanggar tadi. Akkir yang berada di luar kini merenung tajam, dalam keadaan bersedia. Begitu juga Hanif dan Sarjan Mahzan yang kini menyamar sebagai tukang sapu sampah dan Hanif, seorang lelaki yang sedang membaca surat khabar di luar kedai tersebut. Semua kini memberi tumpuan.

Dian mengebam mulutnya, mengangkat wajahnya untuk melihat lelaki tersebut. Nafas Dian turun naik apabila melihat lelaki di hadapannya ini sedang berdiri dengan senyuman yang begitu terletak pada wajahnya yang kacak. Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya untuk benarkan Dian lihat lebih jelas wajahnya. Alis mata lelaki itu tebal, matanya redup dipandang, dan bibirnya Dian pasti merah semula jadi tanpa sebarang lipstick. Putih kulitnya. Tiada cela. Susuk fizikalnya idaman semua lelaki yang menjaga badan. Tinggi dan maskulin. Lelaki itu memakai kemeja petak kecil berwarna beige dan berseluar jean biru pudar. Dian mengucapkan terima kasih dengan suara yang dicuba sebanyak mungkin untuk kelihatan lebih lemah lembut. Hanif tergelak kecil dari sisi mereka di luar tingkap tempat kerja Dian.

‘Relaks-relaks, you can do it’ Dian memberi jampi pada dirinya di dalam hati. Dia menelan air liurnya beberapa kali. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki tersebut. Dian cuba bertentang mata dengan lelaki tersebut.

‘Are you okay? Saya minta maaf sebab terlanggar Encik?’ Dian menyoal lembut. Dian pasti Hanif, Sarjan Mahzan mahupun Akkir kini sedang menahan ketawa. Lawak paling kelakar awal tahun tersebut. Dian cuba berfikir waras. Lelaki itu menghadiahkan senyuman yang kedua.

‘Its okay cik..?’

Dia menarik sedikit name tagnya untuk dilihat jelas oleh lelaki tersebut.

‘Fara. Fara Aisya’ Dian mencelah, menghadiahkan senyuman kepada lelaki tersebut.

‘Cik Fara, selalu nampak tak sihat’ Lelaki itu membalas. Tangannya kini diletakkan ke belakang. Lelaki tersebut seolah-olah dalam mood melihat wajah Dian 360 darjah atas dan bawah. Dian batuk kecil.

‘Really?’

Dian tahu ayatnya salah. Cepat-cepat dia senyum kembali pada lelaki tersebut yang kini sedang menghulurkan Dian kad kerjanya.

‘Call me anytime. Kalau cik Fara nak kerja yang lebih senang’ Ucap lelaki tersebut sambil memegang kad yang kini disambut oleh Dian.

‘Thanks’ Dian tersipu malu. Akkir merenung meluat di luar tingkap. Lelaki itu kini beralih matanya memilih baju-baju yang disangkut dan ada yang dipakaikan kepada mannequin.

‘Much welcome. Anyways, ada recommendation untuk baju sport kat sini?’ Lelaki itu menyoal lembut.

‘Kita ada design baru, you can have a look’ Dian mempersilakan lelaki itu ke arah satu sudut di mana pakaian khas untuk sukan lasak dipamerkan.

‘Macam mana dengan yang ni? Sesuai kalau nak buat aktiviti luar, contohnya hiking’ Dian memandang ke arah lelaki itu dengan wajah yang dibuat supaya kelihatan lebih menggoda dan dia tahu Sarjan Mahzan, Akkir dan Hanif sedang menyumpah ranah kepadanya di luar sana.

‘Hiking?’ Lelaki itu menyoal Dian dengan penuh aneh. Reaksi yang Dian tidak harapkan. Adakah dia terlalu lead conversation mereka?

‘Awak suka hiking?’ Lelaki itu menyoal laju. Tangannya terhenti pada satu alatan hiking.

‘Quite’ Dian membalas teragak-agak. Lelaki itu hanya tersenyum. Membelek salah satu hiking tool sebelum memandang Dian kembali. Dengan penuh rasa ingin tahu.

‘Tadi saya nampak ada lelaki yang pandang awak dari luar. Naik motosikal. Kekasih?’ Lelaki itu menyoal selamba. Dian melonjak riang di dalam hatinya. Dia mengangguk sebelum membalas

‘Ya, tapi tak okay sangat’

Lelaki itu hanya merenung Dian. Adakah Dian tersilap lagi.

*

Bab 4: Reason of your life

Lorong lama 2

12.30 malam

‘Adi Reza anak Tan Sri Muhaimin. 29 year old. One of the most influenced corporat dekat Selangor. Terkenal sebagai talented young interprenuer. Dia CEO dekat syarikat ayahnya di Malaysia. Anak tunggal. Ayah dengan ibunya bercerai. Hobi? Golf. Personality? Clean, workaholic. Love? None’ Hanif membaca dari kertas soal selidiknya mengenai lelaki yang mereka kenal sekarang sebagai suspek utama mereka.

‘Diorang takkan cerita benda yang betul pada press. All is about fame. Typical biography anak corporat’ Akkir mencelah.

‘Lagi 2 hari. Apa yang dia nak sebenarnya?’ Sarjan Mahzan mencelah di dalam pertemuan rahsia mereka di situ. Memandang kiri dan kanan. Sekali sekala melihat jam di tangannya. Dian di sisinya kelihatan resah.

‘Saya tak faham. Saya rasa dia betul-betul pilih saya waktu tu. Tengoklah siap bagi name card tapi bila saya call tak berjawab. Ada benda yang saya jawab salah ke?’ Dian mencelah. Menggigit ibu jari kanannya.

‘Mungkin. Cuba kau ingat balik’ Akkir pula kali ini menyuarakan pendapatnya. Memeluk tubuhnya di balik lorong yang sunyi tersebut.

‘Ke dia tahu yang Inspektor Dian ni polis?’ Hanif cuba meneka walaupun dia tahu boleh menimbulkan perkelahian di situ.

‘Tak mungkin, saya tak rasa dia ikut saya sampai ke waktu lepas kerja. Lagipun dia datang waktu lepas office hour. Dia kan CEO’ Dian membalas perlahan. Memandang kosong ke hadapan tembok batu tersebut.

‘Apa ya?’ Sekali lagi Dian menambah cemas. Menggigit ibu jarinya sebelum menjerit kuat, melepaskan tekanan.

*

IPD Ampang

11 malam

Dian, Hanif Akkir dan Sarjan Mahzan kembali ke IPD Ampang dalam keadaan serabut, di dalam satu kereta. Kebiasaan mereka setiap kali habis Dian undercover mereka akan kembali ke IPD Ampang untuk perbincangan kecuali semalam, Dian tidak dapat sertai kerana kakinya yang sakit.

Itu pun dalam keadaan berhati-hati, untuk mengelak curiga pada yang memerhati. Perbincangan mereka di IPD juga adalah rahsia. Ketika semua polis sudah beransur pulang. Itu permintaan Dian. Tiada yang tahu perkembangan kerja mereka setakat ini. Dian tidak banyak cakap. Dian menukar pakaian kerjanya tadi di satu stesen rehat. Tidak mahu ada yang mengesyakinya. Akkir menghentikan Dian dan Hanif di balai kerana Sarjan Mahzan meminta jasa baik Akkir untuk hantarnya pulang ke rumah dulu kerana anaknya yang sakit.

Dian membuka pintu lobi tersebut sebelum mata kirinya seperti perasankan seseorang yang Dian sudah kenal lama.

‘Jay!’ Dian menjerit keriangan. Perasaan gembira yang Dian rasa kali pertama untuk hari itu. Hanif mengerutkan keningnya. Memandang atas bawah lelaki tersebut yang berambut panjang dan kurus kering. Dan yang paling penting, tangannya kini bergari. Jadi kenapa Dian senyum?

‘Ni Jazly Hanif. Dia kawan saya. kau buat hal lagi ek?’

Lelaki bernama Jazly itu menyeringai dengan senyuman.

‘Hal kecik saja Dian. Diorang silap tu. Diorang ingat aku pecah rumah dekat area bukit antarabangsa semalam. Aku ada bukti kuat kut. Ada alibi. Lepas ni aku keluarlah’

Dian menghadiahkan senyuman kepada Jazly. Menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

‘Jazly ni terror bab pecah masuk rumah orang. Kau Hanif kalau terasa nak masuk rumah suspek yang kau tak dapat warrant masuk rumah dia, kau roger je dia’

Dian kelihatan bangga memberi nasihat sebegitu kepada Hanif. Mereka kemudiannya berpisah di lobi.

Dian dan Hanif menapak masuk ke dalam tingkat 3 pejabat mereka sebelum dia melihat SP Zarul keluar dalam keadaan tergesa-gesa dari pejabat tersebut. Dia hanya menegur Dian dan Hanif sesaat sebelum beransur pergi dari situ. Dian mengerutkan keningnya. Menapak perlahan ke arah meja kumpulannya, cuba melihat sekeliling tempat kerja mereka.

‘SP Zarul balik lewat juga ke semalam, waktu aku takde?’ Dian menyoal Hanif. Hanif mengerutkan keningnya sebelum mengangguk. Dian, dia tidak sedap hati.

‘Hanif, kau ada letak apa-apa ka pasal kes siasatan kita dekat meja ni?’

Hanif mengerutkan keningnya, menggelengkan kepala.

‘Ish mana ada, semua saya bawa setiap kali ada perbincangan kat luar. Ni dekat tangan saya. Saya pegang’ Hanif cuba mempertahankan dirinya. Dian tidak berpuas hati. Melihat sekeliling meja, kerusi, tingkap dan akhirnya kepada whiteboard. Tertera nama suspek utama mereka di hujung paling bawah board tersebut.

Hanif menelan air liurnya.

‘Kau tahu kan suspek kita siapa?’ Dian memandang Hanif dengan matanya yang merah.

‘Saya, lupa nak padam semalam’ Hanif menjawab dalam nada bergetar.

‘Dan dia boleh beli polis! Semua yang kita buat rahsia. Termasuklah nama dia, siapa dia’ Dian mematikan perbualan mereka. Mengambil kasar beg plastik putih yang ada baju kerjanya itu, meninggalkan Hanif yang tercengang.

*

Crousel House

10.30 pagi

Dian menyuruh teksi berhenti di hadapan rumah tersebut yang Dian peroleh alamatnya setelah pergi sendiri ke alamat syarikat Reza tadi. Dian keluar dari teksi itu dengan segera. Dia menapak ke arah pintu rumah mewah tersebut dan menekan loceng. Dia melihat berulang kali dirinya di dalam cermin dan baginya itu sudah cukup untuk menarik perhatian lelaki. Dian mengeluarkan sekotak rokok yang masihh ada dalam begnya. Merenung lama ke arah kotak tersebut, menghela nafas berat sebelum mengambil keputusan untuk membuka balutan plastik rokok tersebut dan mengeluarkan sepuntung rokok. Dia kemudiannya menyalakan api pada rokok yang kini di dalam mulutnya dan menghisap sekali nafas sebelum merasakan sesuatu perasaan yang aneh dan rasa yang pelik pertama kali dalam hidupnya. Dian cepat-cepat menghembus keluar asap dari mulutnya sebelum pintu dikuak dari dalam, dan Adi Reza kini berdiri di hadapannya dengan wajah yang sangat terkejut bersama pakaian tidurnya kimono lelaki berwarna merah hati. Dian tekad menghisap rokok untuk kali kedua dan menghembus tepat asap rokok tersebut kea rah wajah Reza. Lelaki itu memandang Dian tepat.

‘Kenapa awak tak jawab call saya?’ Dian menyoal perlahan. Lelaki itu tak menjawab. Dia menolak pintu tersebut sebelum Dian menahan kuat dengan kudrat yang dia ada. Dian seperti pura-pura mabuk sekarang.

‘Why? Kenapa? Apa yang awak tak suka dengan saya? Saya miskin? Tak cantik? Ke sebab rokok ni sekarang?’

Adi sekali lagi tidak menjawab. Tapi jelas pintu yang dipegangnya makin dilonggarkan.

‘Awak dah ada teman lelaki Fara’ Reza membalas perlahan. Matanya tepat memandang Dian yang kini ketawa. Dian semakin mendekati Reza. Mengeluarkan rokok dari mulutnya dan memegang rokok tersebut di antara dua jarinya. Mata Reza, Dian pandang redup.

‘I want you’

Dian semakin galak yang Dian sendiri rasa geli geleman sekarang. Dia menolak Reza hingga jatuh ke lantai. Dan tidak semena-mena Reza memegang pinggangnya. Dian menelan air liurnya. Tangan Reza kini beralih memegang wajah Dian. Agak lama. Lebih kurang 5 minit Dian rasa. Tangan lelaki itu memegang kening, pipi dan bibirnya. Dan kini turun ke leher Dian dan menggenggam kuat. Sesaat, tangan lelaki itu kini sedang mencekik lehernya. Dian kini bersiap sedia dengan tangannya di belakang. Sebelum cahaya lampu menyinari mereka di pintu masuk rumah tersebut. Seorang lelaki tua muncul dari kereta tersebut, dalam keadaan serabut. Dengan bajunya yang berpeluh dan kasutnya yang berlumpur. Dan jelas dia melihat apa yang Reza cuba lakukan pada Dian.

Dian bertindak reflex dan segera memusingkan badan Reza dan meghentak Reza ke dinding, menggari tangan lelaki tersebut.

‘Apa yang kau buat dekat anak aku!’ Lelaki tua itu menjerit

*

Bab 5: She is someone’s daughter too

IPD Ampang

10 malam

Dian mencuci tangannya dengan sabun yang dituang terus ke tangannya berulang kali tadi. Dia beralih menggosok lengan bajunya. Dian menyentalk kuat. Bayangan Reza memegang tubuhnya tadi masih terbayang di benaknya. Dian menyapu mukanya dengan air. Laju sehingga membasahkan tudungnya juga. Dian kemudiannya menapak keluar dari bilik air tingkat 3 sebelum Akkir kini berdiri di hadapannya dengan matanya yang merah dan kelihatan speerti seorang bapa yang baru temui anaknya yang hilang.

‘Aku ingat Reza dah culik kau. I thought something bad will happen to you. I thought I will loss you’

Akkir menuturkan ayat yang membuatkan badan Dian keras. Tidak bersuara. Akkir semakin merapati Dian melihat tangan Dian yang basah dan berketar. Akkir meletakkan sapu tangan putih yang dipegangnya sejak dari tadi, membaluti tangan Dian.

‘Bila Hanif cakap kau hilang, aku tak boleh lari dari ingat kau akan serang Reza sama macam kau serang Rahimi sendiri sebelum ni. You don’t have idea how much I worried thinking that I might lose you again. I don’t want to repeat that mistake again’

Dian masih diam. Tidak bersuara. Hanya memandang Akkir yang kemudiannya mereka ditegur oleh Sarjan Mahzan yang memanggil dari jauh untuk Dian bersiap sedia menyoal siasat ayah Reza.

*

Interrogation room 2

2.30 petang

‘Kami dah geledah rumah Reza. Ada barang hiking dan gambar mangsa. Reza still tak sedarkan diri’ Hanif berlalu pergi dari situ setelah berbisik perlahan kepada Dian di dalam bilik itu. Sesaat Hanif menjeling ke arah Tan Sri Muhaimmin yang masih menundukkan kepalanya. Tidak berkata apa-apa. Dian menarik kerusi, menghidupkan lap top dan duduk berhadapan dengan Tan Sri Muhaimmin.

‘Adi Reza. 29 tahun. Pada usia 5 tahun, hilang ibu. Bukan sebab meninggal tapi berkahwin dengan lelaki lain. Kahwin lari. Tan Sri besarkan dia seorang diri. Dia introvert. Pendiam. Dan hanya rapat dengan wanita-wanita tertentu. Yang ada karakter sama dengan ibunya. Lemah lembut. Dan dia pilih mangsanya berdasarkan trait yang sama. Lemah lembut, baik pada pandangan orang lain tapi sebenarnya curang. Isteri Tan Sri curang kan? Bila tangannya menyentuh leher perempuan macam tu, urge to kill become high. He posses the feeling he had for 5 years living with her mother. And to live for another next 5 years, he must kill again. Typical psychopath. Jadi, bagi kerjasama dengan kami Tan Sri. Bagitahu kami mana mangsa-mangsa anak kau, apa yang dia dah buat!’ Dian meninggikan suaranya.

‘Bini aku bukan macam tu. Dan aku tak tahu apa yang kau cakap tapi anak aku tak buat apa-apa!’ Tan Sri Muhaimmin mengherdik Dian. Dan mengerutkan keningnya. Dia salah?

‘Tan Sri dengar sendiri kan apa tuduhan kami pada anak Tan Sri. Dia pembunuh bersiri kes missing body 1997 hingga sekarang dan Tan Sri nampak sendiri kan tadi, apa yang dia buat pada saya? Dan yang paling penting kami ada gambar mangsa yang Reza tangkap lepas dia bunuh mangsanya! Apa kejadahnya ayah yang duduk bawah satu rumah tak tahu benda ni, tak tahu yang anak dia seorang penjenayah!’

Dian kini turut meninggikan suaranya. Lelaki tua itu meramas kedua belah tangannya. Matanya merah memandang Dian.

‘Anak aku tak buat apa-apa! Aku yang bunuh! Aku yang bunuh!’

Dian menelan air lirnya. Nafasnya makin laju.

‘Ni bukan pengakhirannya Tan Sri. Reza, dia akan bunuh lagi..lagi..dan lagi! Dian mengherdik dengan lebih kuat. Tetapi lelaki tua itu tetap tidak berganjak.

‘Apapun yang kau cakap, even kau letak pisau kat leher aku, anak aku tak salah apa-apa’ Tan Sri Muhaimmin membalas laju. Bergetar bibirnya cuba mempertahankan anaknya itu.

Dian menghela nafas berat. Memejamkan matanya dan kembali melihat ke arah Tan Sri Muhaimmin. Dian mengecilkan matanya memandang lelaki tua itu dan bersuara dalam nada yang lebih perlahan.

‘You are really something didn’t you?’ Dian bersuara. Tan Sri Muhaimmin masih diam.

‘You lie now because he is your son’ Dian menyambung. Matanya merah.

Tan Sri Muhaimmin seperti yang diagak, masih tidak menjawab. Dian kini membuka fail siasatan dan meletakkan 4 keping gambar betul-betul di hadapan Tan Sri Muhaimin. Lelaki tua itu reflek menggerakkan kepalanya berulang kali, ke kiri dan ke kanan. Cuba untuk tidak melihat gambar-gambar tersebut. Tangannya yang digari dan diletakkan di atas meja kini berdetak, cuba lari dari tersentuh gambar-gambar tersebut.

‘Mangsa pertama, Masrina anak perempuan kepada ayah yang hidap penyakit kronik. Mangsa kedua, anak sulung kepada 5 adik beradik yang ayahnya harap untuk ubah nasib diorang. Elina satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya dan Sufia anak tunggal kepada ibunya yang hanya ada dia dalam dunia ni’

Tan sri Reza mengalihkan pandanganya sekali lagi dari gambar-gambar tersebut. Dian menghentak meja tersebut dengan telapak tangannya. Kuat.

‘Tengok Tan Sri! Tan Sri sorang saja ka ada anak?! Mangsa-mangsa ni pun ada ayah, ada mak, ada adik, ada abang yang sayangkan diorang. Yang tunggu diorang balik. Tan Sri patut kesiankan diorang juga!’ Dian menjerit.

‘Diorang yang datang kat anak aku!’ Tan Sri Muhammin, jelas menyirap darahnya. Dian menghela nafas geram dan marah.

‘Jadi halal?! Sebab mereka perempuan yang serahkan diri mereka pada anak Tan Sri jadi Reza boleh bunuh diorang?!’ Dian menyoal bertubi, bertentangan mata dengan lelaki tua tersebut.

‘Reza dah janji dia takkan buat lagi. Lepas Sufia, dia dah janji dengan aku yang kami akan mulakan hidup baru. Di luar negara, lupakan apa yang dah jadi sebelum ni. Lupakan semua. Dan orang kat luar sana pun akan lupakan benda ni. Kenapa kau nak gali balik! Kenapa kau datang cari dia!’

Tan Sri Muhammin membalas marah ke arah Dian. Dian kini duduk. Mengenggam kedua belah tangannya.

‘Tan Sri silap. You are completely wrong. Bukan saya yang cari Reza, tapi dia. Dia masih berlegar di kedai mencari mangsanya. Mungkin dia dah janji pada Tan Sri, mungkin sebab itu juga dia tidak balas call saya. Tapi Tan Sri tengok sendiri macam mana janji tu boleh diputuskan macam tu saja bila ada perempuan rayu pada Reza. He is completely addicted to kill. Tan Sir ingat dia akan stop kalau pindah tempat lain? Sama saja!’ Dian menghela nafasnya yang semakin tidak teratur. Berharap lelaki, seorang bapa ini akan menolong anaknya sendiri. Tan Sri Muhaimmin mengebam bibirnya lama sebelum bersuara berulang kali.

‘Dah lima tahun, orang akan lupa. Semua akan baik kalau aku bawa dia keluar dari sini. Semua orang akan lupa’

Tan Sri Muhammin mengulangi mantera itu berulang kali. Dian mengerutkan keningnya, menghembus nafas hati yang sakit. Mata lelaki tersebut ditatapnya.

‘Kalau saya bunuh Reza tadi, Tan Sri boleh lupakan dia? Boleh lupakan segalanya? Macam tak ada apa yang berlaku? Boleh Tan Sri makan, minum, cakap, senyum? Tidur? Boleh Tan Sri hidup bahagia macam tu?’

Tan Sri Muhammin mengangkat kepalanya memandang ke arah Dian.

‘Mereka tak mati di bawah pelukan orang mereka sayang, tapi tempat yang hanya Tan Sri dengan anak Tan Sri saja yang tahu bukan tempat yang baik bagi orang yang dibunuh. Dalam ketakutan yang amat, mereka mati macam tu. Seseorang kat luar sana..kena ingat benda tu! Kena ingat mereka! Sama macam Masrina, Natasha, Elina, mahupun Sufia, walaupun apa yang mereka buat salah, walaupun mereka curang! Tapi mati bukan hukuman untuk mereka. Even kematian untuk orang macam tu, saya akan ingat’

Dian memberi hujahnya yang seperti memujuk. Tan Sri Muhaimmin kini diam lama. Jelas matanya kini yang pasti bertakung dengan air.

‘Tak ada sesiapa di dunia boleh tentukan hidup mati seseorang tu kecuali Allah. Tak ada siapa boleh judge orang lain sesuka hati dia’

Tan Sri Muhaimmin masih diam hingga membuatkan Dian rasa dia sudah sampai kepada kemuncak kesabarannya.

‘Tan Sri cakap Tan Sri takkan cakap apa-apa even saya letak pisau dekat leher Tan Sri kan? Kalau macam tu, saya tak ada pilihan lain. Saya akan buat dengan cara saya sendiri. Saya akan pastikan Reza yang tengah koma sekarang ni terima, bayar! Apa yang dia dah buat’ Dian mematikan soal siasat tersebut.

*

Akkir menyerahkan secawan kopi panas kepada Dian. Dian memanaskan tangannya menggunakan luar cawan tersebut. Asap masih keluar dari balik kopi tersebut. Baik Akkir yang merasakan yang dia patut menyambung kata-katanya yang seperti tergantung di luar bilik air itu mahupun Dian yang sekarang seperti kosong, dan tidak lansung kelihatan gelabah, atau aneh, atau teruja dengan pengakuan Akkir tadi. Akkir sedar ini bukan masanya. Mereka hanya diam. Mereka masih di ruang observation room. Melihat Tan Sri Reza seorang diri, menundukkan wajahnya menangis.

‘Tan Sri tahu yang anaknya membunuh, saya pasti dia tahu Reza tanam mayat mereka di mana?’ Dian mencelah di balik kesuraman bilik tersebut. Cahaya lampu bilik tersebut beberapa kali berkelip-kelip sendiri. Tahulah Akkir fikiran Dian hanya pada kes. Tetapi Akkir cuba berfikiran positif dan menganggap respond Dian adalah baik untuk mereka tidak lagi kelihatan ganjal walaupun pada hakikatnya hanya Akkir yang merasakan sebegitu.

‘Saya dah suruh bahagian violent and crime bawa anjing ke kawasan rumah Reza’ Sarjan Mahzan mencelah sambil menghela nafas berat melihat tangis Akkir seperti kelihatan sedikit terkejut dengan kemunculan Sarjan Mahzan yang muncul tiba-tiba di situ, mungkin kerana dia terlalu asyik memandang Dian tadi.

‘Saya tak rasa mayat mangsa ada dalam rumah tu’ Dian mencelah. Mengerutkan keningnya melihat Tan Sri Muhaimmin yang diperhatikannya dari tadi lagi. Dian melihat tubuh lelaki tua tersebut sebelum bayangan SP Zarul sekali lagi menjelma di kepalanya. Akkir dan Sarjan Mahzan seperti biasa mengerutkan kening mereka setiap kali Dian memberi profiling.

‘Tan Sri Muhammin, kasutnya berselut dan bajunya berdebu’ Dian menambah lagi cemas memandang Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif yang kini turut menyertai mereka. Akkir mula mengesyaki sesuatu.

‘Trace balik mana Tan Sri pergi tadi’ Akkir segera memberi arahan kepada Hanif

*

Highway Serendah

4 pagi

Dian menapak keluar dari kereta yang terpaksa diparkir jauh sedikit dari bagunan terbiar tersebut kerana laluan pejalan kaki ke bagunan tersebut adalah kecil dan tidak muat untuk kereta. Ditambah pula dengan laluan yang berselut. Hasil tracking GPS kereta Nissan mewah Tan Sri Muhaimmin, mereka menemui tempat tersebut. Selut mula menenggelamkan kaki mereka tetapi tidak diendah. Lampu suluh besar yang dibawa masing-masing bersama beberapa kawanan polis yang membawa anjing cadaver memecah kesunyian malam tersebut.

‘Gereja Symphony. Dirobohkan pada 1991 sebab ada salahlaku kuasa. Ramai penyembah katolik dijadikan mangsa korban. Tak pernah cuba dibangunkan kembali. Dibiarkan terbiar, bahkan hilang dari peta. Perfect place to hide a corpse’ Akkir memulakan perbualan mereka sambil menyuluh ke arah ukiran plat nama pada dinding masuk bagunan tersebut yang berhabuk dan berselut dan kata-katanya tadi membuatkan yang lain menelan air liur mereka dan keringat sejuk mula mengalir. Sarjan Mahzan menampar pipinya memastikan dia tidak bermimpi. Hanif masuk dengan bersembunyi di belakang Akkir. Dian sahaja yang mara ke hadapan.

‘Seriuslah tempat ni? Creepy sangat? Psycho betul Reza tu. Ayah dia sama saja..’ Hanif membebel seorang diri yang menurut Dian sengaja dia berbuat demikian untuk menghilangkan rasa takut yang menebal dalam dirinya.

Salakan anjing cadaver semakin kuat ke arah suatu bilik di belakang dewan utama. Mereka bergegas pergi ke arah situ sebelum melihat kesan dinding yang terbakar dan beberapa debu dan serpihan kayu bertaburan di dalam ruangan bilik tersebut. Mungkin kerana api yang membakar bilik ini hanya untuk membakar sesuatu yang Dian takut untuk bersuara, dan mungkin kerana lokasi bilik yang sedikit terpisah dengan bagunan utama, api ini tidak membakar keseluruhan bagunan gereja tersebut. Dian melihat cemas. Jelas merah wajahnya menahan marah sebelum membaling lampu suluh miliknya ke dinding sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Dian meletakkan kedua belah tangannya ke pinggang. Mengeluh.

‘Tan Sri Muhaimmin datang tadi bukan sebab ada mangsa baru Reza tapi dia nak bakar semua bukti mangsa-mangsa Reza sebelum ni. Macam yang dia cakap tadi, mereka nak mulakan hidup baru lepas Sufia. Gila! Saya patut sedar benda ni awal tadi. Bila SP Zarul curi tahu pasal siasatan kita’

Akkir mengerutkan keningnya bila mana nama SP Zarul keluar dair mulur Dian. Hanif seboleh mungkin cuba menghilangkan dirinya.

‘SP Zarul tahu suspek kita anak Tan Sri Muhaimmin. Mungkin dia dah beritahu Tan Sri dan suruh Tan Sri bakar bukti yang ada. Gambar-gambar tu mungkin dia terlepas tengok’

‘Kenapa kau tak cakap dengan aku?’ Akkir menyoal laju.

‘Jadi apa Tuan akan buat? Serang dia? Tuan ingat dia akan mengaku? Tuan ingat orang macam dia akan mengaku’

Akkir tidak menjawab soalan bertubi daripada Dian. Dan dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Dian mengeluh. Menderam marah. Yang lain hanya diam. Sarjan Mahzan memanggil pakar forensik yang berada di luar untuk datang ke bilik tersebut. Walaupun hanya tinggal debu, itu saja harapan mereka. Dian melangkah keluar dari gereja tersebut sebelum telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama konstable baru di unit mereka. Konstable Syahir.

‘Inspektor Dian, ada orang cari Inspektor. Dia cakap dia saksi untuk kes Reza’

‘Siapa?’ Dian mengerutkan keningnya.

Kedengaran seperti Syahir menyerahkan telefon tersebut kepada seseorang dan suara perempuan jelas di telefon tersebut.

‘Saya Raline. Bekas kekasih Reza’

*

Interrogation room

5.30 pagi

Dian membelek sekali lagi setiap gambar mangsa yang ditemui dari simpanan Reza dan ingatannya tentang testimoni yang baru diberi oleh Raline sebentar tadi. Dan fizikal Raline. Dian mengerutkan keningnya. Dia menghempas pintu kuat. Dian mengunci pintu tersebut dari dalam. Dian matanya sudah tidak dilelapkan selama dua hari. Tidak tahu kekuatan apa yang dia pegang ketika itu. Yang pasti kemarahan semakin meluap dalam dadanya sekarang. Dian membentangkan sekali lagi 4 keping gambar mangsa di meja bilik ruangan soal siasat tersebut. Di hadapan Tan Sri Reza. Lelaki itu sama seperti reaksi sebelum ini tidak mahu memandang gambar tersebut. Sekali lagi melarikan pandangannya dari gamabr-gamabr tersebut.

‘Kenapa Tan Sri tak tengok? Ni gambar mangsa yang Tan Sri baru bakar? Tan Sri cakap Tan Sri yang buat semua ni kan? Reza, anak tan sri tak buat, tak terlibat dengan kes ni lansung kan? Gambar-gambar mangsa dalam rumah Tan Sri milik tan sri, Tan Sri cakap yang tu kan tadi? Kalau macam tu, kenapa Tan Sri tak nak tengok? Bukan Tan Sri simpan gambar diorang selama ni untuk tatapan, untuk puaskan nafsu? Sebagai memento daripada mangsa, bukan macam tu? Selalunya serial killer akan enjoy tengok gambar mangsa yang mereka bunuh’

Tan sri Muhaimmin masih diam. Dian mengebam mulutnya.

‘Kita cakap macam orang besarlah sekarang Tan Sri. Saya tahu macam mana tan sri tahu kami dah syak Reza dan kenapa tan sri bakar mayat mangsa-mangsa tu just right on the time. Tapi saya ada satu kemusykilan. Kemusykilan yang profiler lain akan tanya pada psychopath. Pembunuh kes ni sangat teliti. Dah bertahun dia tidak ditangkap. Jejak lansung polis tak jumpa. Kami syak mayat ditanam tapi tak. Kenapa mangsa tidak ditanam? Kan senang nak elak polis jumpa mangsa. Kenapa biarkan mayat mereka dalam gereja tu’

Nafas Tan Sri Muhaimmin turun naik.

‘Tan Sri tak tahu? Of course Tan Sri tak tahu. Bukan Tan Sri yang buat’

Tan Sri Muhaimmin masih diam. Wajahnya berpeluh.

‘This doesn’t decrease your sentenced even for a day. Just confess’

‘Anak aku tak buat apa-apa’ Sekali lagi lelaki tua itu menidakkan kata-kata Akkir.

‘Biar saya yang beritahu’

Tan Sri Muhaimmin mengangkat kepalanya memandang ke arah Dian. Dian menghela nafas berat. Cuba menemukan keadaan dan jalan penyelesaian kepada pengakuan yang dia mahukan supaya dirinya tidak perlu mengutarakan hal-hal yang boleh melukakan hati orang lain tetapi hanya jalan buntu yang dia jumpa.

‘Reza necrofilia’ Dian membalas setelah lama diamnya. Tan Sri Muhaimmin mengerutkan keningnya. Peluh keringatnya kian ketara.

‘You are true about your wife. Only that part’ Dian bersuara lagi. Perlahan. Bebola matanya bergerak membaca reaksi lelaki tua tersebut yang kini tidak betah memandang Dian.

‘Bila dia ditinggalkan ibunya. He is just 5 years old. Can’t think to kill. Tapi bila Reza 19 tahun, dia bercinta dengan Raline kan? Saya pasti Tan Sri kenal nama tu. Raline dah bagi testimony pada saya. Itu cinta pertama Reza. 5 tahun mereka bercinta sebelum Reza sekali lagi ditinggalkan Raline. Raline cakap dia frust dengan Reza immaturity and lack of ambition. Reza, 2 kali ditinggalkan oleh perempuan yang dia sayang. Dalam tempoh yang sama. 5 years. Dia 24 tahun waktu tu. This is probably the pivotal time in his development to kill. Dia sambung study di oversea, engaged dengan multiple broke and reconciled relationship. Sekali lagi, dia back dengan Raline tapi just for one week, dia sendiri yang putuskan hubungan mereka. Raline cakap ayat terakhir yang dia dengar dari Reza adalah.. ‘I just want to prove that I could marry you’. Dia membuat eksperimen yang orang normal takkan pernah faham. Lepas tu, Raline dah tak dengar apa-apa pasal Reza. He might deliberately planned the entire courtship and rejection in advance as vengeance for the breaking Raline initiated first. Reza 25 tahun, start to skip class dekat oversea, dan lepas tu tak datang lansung. Dia balik Malaysia, lived in KL. Dan semenjak itu, satu persatu perempuan muda dekat area Rawang hilang’

Dian semakin laju dengan hujahnya.

‘Feeling of rejection yang dia dapat kesan dari kekasih pertamanya beri kesan kuat pada Reza. That’s why personality setiap mangsanya sama seperti Raline. Bertudung, putih, lemah lembut but actually a smoker. Wild. Tan sri boleh tengok sendiri gambar-gambar yang Reza tangkap lepas dia bunuh mangsanya. Dia potong tambut mereka, semuanya pendek seperti Raline. Raline used to sleep with Reza and I bet he done the same thing to his victim. Dia hias mereka. Pakaikan lipstick dengan warna yang sama, pemerah kuku dan baju yang sama. Sama seperti Raline. 68% psychopath yang perfom nefrophilia is for non ressiting or non rejecting partner reason. They will leave the corpse, revisit the crime scnene, perform sexual intercourse, until the putrefaction. Stage kelima kematian. When the body is at the peak where sexual activity is impossible, only then, they will stop. Sampai tahap tu Tan Sri. This is what your son done!’

Dian menelan berat air liurnya.

*

IPD Ampang

6 pagi

Team Cold Case masih belum pulang. Walaupun rata-rata anggota polis yang terlibat sudah pulang ke rumah masing-masing. Selut di kasut, baju yang dibasahi peluh, dan keringat sejuk masih berbekas. Dian masih berada di ruangan pemerhatian, menunggu sebarang confession daripada Tan Sri Muhaimmin yang masih ditahan untuk 48 jam sebelum keriuhan kedengaran dari luar bilik tersebut dengan kehadiran waris pada mangsa-mangsa tersebut dan pihak wartawan. Dian menghela nafas cemas bila ibu kepada Sufia, Puan Rokiah meluru ke arahnya sambil diperhatikan resah oleh waris yang lain. Wartawan dihalang untuk mendekati dan dibiarkan berada diluar balai.

‘Diorang cakap, kamu dah tangkap pembunuh tu? Tapi dia dekat hospital? Apa yang jadi?’ Soal wanita tersebut bertubi-tubi. Dian memandang dengan matanya yang cuba ditahan daripada basah.

‘Suspek accident masa kami cuba berkas dia. Still dalam koma. Ayah dia kami sedang tunggu untuk pengakuan sebab ada gambar mangsa dengan suspek dalam rumah mereka. Kecuali mayat..mayat mereka..kami sedang trace’

Dian nafasnya turun naik. Wanita itu menggoncang tubuh Dian berulang kali

‘Trace, maksud Inspektor?’

‘Mangsa dibunuh. Dan kami syak mayat mereka dibakar di sebuah gereja terbiar. Pihak forensik sedang mengumpul saki baki DNA yang ada untuk pastikan itu mayat-mayat mangsa. Kalau ada..’

Puan Rokiah mula lemah tangannya memegang lengan Dian.

‘Bakar? Anak aku dibunuh? Bakar?!’

Dian menelan air liurnya. Menghela nafas berat. Puan Rokiah kini jatuh terduduk ke lantai.

‘Pihak kami sedang cuba sedaya upaya untuk cari abu mayat. Semua pakar forensik ada di sana sekarang. Kita hanya perlu tunggu suspek untuk bangun, dan saya akan pastikan dia bayar apa yang..’

Baju Dian kini direntap kuat oleh Puan Rokiah.

‘Macam mana? Macam mana kau nak lelaki tu bayar? Kau tak tahu kan bila dia akan bangun? Macam mana kalau dia mati? Orang yang bunuh anak aku mati macam tu tanpa bayar dulu dekat dunia ni, depan mata aku! Dan polis tadi cakap ayah dia yang mengaku untuk anak dia? Jadi dia terlepas? Macam mana dengan anak aku! Mak bapak yang lain?! Siapa nak jawab! Undang-undang apa ni!’

Dian tidak lagi mengangkat kepalanya. Wanita itu memandang Dian dengan mata yang lebih merah dan basah. Waris yang lain juga sama, mulai menangisi hakikat yang orang yang mereka sayang, dan mereka tunggu untuk pulang dibunuh dan dibakar dengan kejam.

‘Kami minta maaf..saya minta maaf’ Dian menahan nafasnya. Akkir yang berada di satu sudut cuba menghalang wanita tersebut daripada menyerang Dian sebelum Dian sendiri menghalang Akkir melakukan sebegitu. Hanif dan Sarjan Mahzan hanya mampu menundukkan kepala mereka.

Puan Rokiah semakin meracau. Mengetuk pintu bilik soal siasat di mana Tan Sri Muhaimmin berada.

‘Kau keluar! Keluar! Anak kau dah bunuh anak aku!!’

Wanita tersebut, meronta menjerit marah. Dian mengelap matanya yang basah. SP Zarul dan Chief Mazhan muncul dibalik keriuhan orang ramai. Sp Zarul masuk ke dalam bilik di mana Tan Sri Muhaimmin berada. Dian memandang tajam ke arahnya.

*

Epilog kes 3

Willstone Street House

8 pagi

‘Suspek kes 1997-2017 Mising body akhirnya diberkas. Walaupun kontrovesi timbul mengatakan suspek sebenar adalah Adi Reza, anak kepada menteri penerangan, tetapi ayahnya sendiri, Tan Sri Muhaimmin sudah membuat memberi pengakuan disebabkan bukti yang cukup dan jelas. Pihak polis menemui kepingan gambar mangsa di kediaman mewah mereka di Rawang, dan hasil siasatan mendapati mangsa disimpan mayatnya di bagunan terbiar yang dulunya gereja di Jalan 3, Highway Serendah. Hanya debu mayat ditemui, disyaki dibakar kerana cuba memadam bukti, telah dijumpai dan dipercayai diletakkan di dalam keranda dan di susun di dalam sebuah bilik. Abu mayat dihantar ke NFS untuk ujian DNA dan pengesahan identiti. SP Zarul, ketua unit bahagian jenayah berat tidak menafikan ada pihak ketiga yang sengaja menjatuhkan Tan Sri Muhaimmin dan masih tiada bukti jelas katanya, dan..’

Dian menekan butang ‘off’ pada remote control televisyennya dan kembali tidur.

Bundy Murder

Ted bundy dilahirkan pada tahun 1946, adalah seorang rakyat America, pembunuh bersiri, penculik, perogol, pencuri, dan Necrofilia. Dia telah membunuh lebih dari 30 perempuan muda. Sehari sebelum dijatuhkan hukuman mati, selepas berpuluh kali denial, dia akhirnya mengaku telah membunuh 30 perempuan dari tahun 1974-1978 di Pacific Northwest. Jumlah sebenar mangsa masih tidak diketahui, mungkin lebih dari itu. Bundy dikenali oleh mangsanya yang hidup sebagai seorang yang kacak dan berkarisma, satu trait di mana dia mampu menawan kepercayaan mangsanya. Dia akan menghampiri mangsanya di kawasan umum, berlakon kononnya sakit, tidak berdaya. Dia selalunya dilihat memakai cast pada tangan kirinya, dan akan menaiki kereta volswagen kuning (kereta ini kini dipamerkan di America museum). Dia akan menggunakan helah ini untuk meraih simpati mangsa untuk mendekatinya. Bila mana ciri fizikalnya tidak berkesan, dia akan menyamar sebagai seorang anggota polis ataupun bomba. Dia akan pukul, dan culik mangsanya. Bawa ke tempat yang sudah dirancang. Tanggalkan baju (Ted anggap ni salah satu upacara keagamaan). Bundy akan melakukan pembunuhan yang variasi tetapi lebih kepada seksual, blunt trauma dan jerut. Dia sangat teliti dan merancang pembunuhannya terlebih dahulu. Kesan cap jari tak pernah ditemui dan ini menjadi bahan untuk dia pertahankan diri di mahkamah bertahun-tahun. Dia akan tinggalkan mangsanya di kawasan terbiar yang sukar dijumpai. Dia akan melawat kembali mangsanya, bersama mayat itu semalaman, menghias mayat, memakaikan baju yang mangsa tidak pernah pakai, atau nail polish yang ahli keluarga mangsa tidak pernah nampak.

‘You know, if you‘ve got the time’ he told Hagmaier (Detective)..’They can be anything you want’. Dia juga akan melakukan necrofilia sehingga tahap ke lima proses kematian berlaku, putrefection (bila kulit bertukar kehijauan yang teruk) atau mayat dimakan binatang buas, di mana hubungan seksual tidak mungkin lagi dapat dilakukan. Dia juga menyimpan kepala sebahagian daripada mangsanya di apartmentnya sebagai mementos. Selain itu, dia juga menangkap gambar Polaroid hampir setiap mangsanya.

‘When you work hard to do something right’ he told Hagmeir again, ‘you don’t want to forget it’. Dia akan biarkan dirinya mabuk untuk menekan sifat dominan untuk elak dirinya membunuh dan membiarkan sifat resesif melakukan perkara tersebut.

Bundy ditangkap d Florida selepas cubaan lari keluar dari penjara. Dia dipercayai mempunyai banyak masalah pskikiatri seperti multiple personality disorder di mana mak cik dan banduan yang pernah tinggal dengan Bundy mengatakan yang kadang-kadang Bundy kelihatan seperti sangat asing dan bukan Bundy yang mereka kenal (Almost a complete change of personality, that was the day I was afraid of him’. Ada juga yang mengatakan Bundy antisocial personality disorder. Di mana dia lansung tidak ada perasaan bersalah pada mangsa (‘Guilty doesn’t solve anything, really..it hurts you- Ted)’. Semuanya menjurus ke arah psychopath di mana Bundy adalah narcisim, tidak pandai menilai baik dan buruk, dan manipulative (he even manipulated me- psychiatrist which at last treat his student to dinner as he promised ‘ I always tell my student I will treat them to dinner if they can find me a real, a true psychopath. I never thought they exist but Ted may have been one. A true psychopath without any remorse or empathy at all’)

Sehari sebelum dijatuhkan hukuman mati, Bundy setuju untuk melakukan sesi temuramah dan di dalam sesi itu, dia hanya menyalahkan pornography sebagai punca permulaan kepada pembunuhannya. ‘Violent of media he said’. ‘You want to kill me, and that will protect society from me, but out there many many more people who addicted to pornography and you are doing nothing about that’. Pada ketika ini, ramai profiler membuat keputusan ini adalah langkah terakhir Bundy untuk letak kesalahan pada orang lain. Masa dia mengaku membunuh 30 mangsanya sekalipun, Bundy tak pernah rasa itu salahnya. Dia letakkan kesalahan kepada datuknya yang kaki dera, ibunya yang tinggalkannya, media, porno, polis (yang dia claimed sengaja palsukan bukti), masyarakat, and even his vitim. ‘I know people who..their facial expression say ‘I am afraid of you;, this people invite abused. By expecting to be hurt, do they subtly encourage it?’

Bundy sentiasa terkejut setiap kali orang perasaan yang mangsanya hilang. Sebab dia bayangkan America tempat yang orang takkan nampak apa yang orang lain buat. Dan dan sangat terkejut bila ada orang testified yang mereka nampak dia dengan mangsa sebab dia tak pernah percaya atau tahu yang orang boleh kenal antara satu sama lain.

‘I don’t know why everyone is out to get me’

Bundy mati selepas beberapa siri tangkapan, perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman mati secara electrocution. Biographer Ann Rule menyatakan bahawa

‘Ted bundy, the most cold hearted son of bitch you ever met’

Tetapi ada juga di kalangan perempuan muda yang mengenali Bundy masih menganggap bundy tidak bersalah.

‘They are deeply depressed because Bundy was dead. They believed he was the only one. They suffered nervous breakdown when he died. Even in death, Ted damaged the women’-Ann Rule, crime writer.

Waktu kecil Bundy adalah sadis. Dia dilahirkan oleh ibu yang tidak berkahwin. Dia dibela oleh datuk dan neneknya yang dia diberitahu sejak kecil mereka itu adalah ibu bapanya dan ibunya adalah kakaknya. Ada isu timbul mengatakan yang Bundy sebenarnya adalah anak daripada datuknya sendiri yang merogol ibunya. Tetapi tidak disahkan kenyataan ini. Bundy selepas 20 tahun, baru mengetahui hal sebenar dan merasakan itu semua salah datuknya yang kaki pukul, dan rasa geram dan marah pada ibunya yang telah menipunya dan membiarkannya mengetahui hal sebenar sendiri. Neneknya juga penghidap Major depression disorder yang lansung tidak keluar rumah dan acap kali keluar masuk hospital. Bundy menunjukkan sikap yang aneh sejak kecil. Satu daripadanya adalah ketika Julia (Adik ibunya) bangun daripada tidur, dan bila dia sedar, dia sedang dikelilingi oleh beberapa pisau dan di hujung katil, Ted Bundy 3 tahun sedang tersenyum ke arahnya. Bundy melanjutkan pelajaran sebagai pelajar undang-undang dan di sini, dia menjalani hubungan pertama percintaan dengan Stephanie Brooks tetapi dia ditinggalkan oleh gadis tersebut. Ramai profiler cakap peristiwa ni mungkin penyebab rasa untuk membunuh dalam diri Bundy sudah bermula. (Setiap mangsa Bundy dikatakan putih, berambut perang, latar belakang middle class, age 15-25 and hampir kesemuanya pelajar kolej iaitu sama ciri dengan bekas kekasihnya) Selepas itu, Ted Bundy berpindah ke merata tempat dan menjalani hubungan dengan beberapa gadis tapi hanya dalam masa yang singkat. Bundy masuk kembali ke UW College, tetapi kali ini dia mengambil bidang psikologi dan menjadi antara pelajar yang hebat ketika itu. Selepas graduasi, Bundy terlibat dengan banyak kerja-kerja yang memerlukan khidmatnya dan masuk ke dalam sekolah undang-undang kembali dan semasa lawatannya ke California, dia berjumpa dengan Brooks untuk kali ke 2 dan mereka bersama kembali sebelum Bundy sendiri memutuskan hubungan mereka. Sejak itu, Bundy mula ponteng kelas, dan pada bulan April, Bundy tidak lagi menghadiri kelas selama-lamanya. Dan tak lama selepas itu, perempuan muda di Pacific Northwest mula hilang satu persatu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku