CLOWN
Bab 4: Love letter 1999
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
163

Bacaan






Bab 1: Akkir’s Story

Briekfield State Penthouse

8.30 Malam

Akkir membuntuti seorang wanita separuh umur yang berambut separuh hitam separuh perang ke ruang dapur yang panjang. Deretan lampu syiling kecil, 6 semuanya menerangi ruangan dapur yang 2 kali ganda besar daripada rumah Dian. Di sebelah penjuru meja panjang dapur tersebut, wanita tadi membuka 1 daripada 3 peti ais yang 2 kali lebih tinggi daripada Dian dan mengeluarkan puding berwarna warni yang cukup untuk buat Dian tersenyum-senyum dari tadi. Akkir mengambil puding tersebut dari wanita itu dan membawa ke ruang tamu yang 20 tapak dari dapur. Hanif dari tadi menghempuk-hempuk punggungnya ke sofa yang mampu menenggelamkan tubuhnya yang kecil sebelum Sarjan Mahzan berdehem seolah-olah memberi insyarat pada Hanif supaya behave.

Hanif bangun setelah merasakan pungungnya bergegar disebabkan gegaran daripada telefon bimbitnya yang sekarang tertera nama I.O Maria.

‘Siapa?’ Sarjan Mahzan menyoal sinis.

‘Siapa lagi’ Hanif menjawab dengan penuh nada meluat.

‘I.O Maria?’ Dian menjeling sekilas meneka.

‘Hebatlah kau Hanif, senior tu’ Dian menambah kali ini dengan senyuman sinis.

‘Kalau ikutkan, senior atas kertas saja. Kalau ikut umur, korang sama kan?’ Sarjan Mahzan seperti memberi restu.

‘Tak naklah saya. Tuan tahu kan I.O Maria macam mana. Garang. Sama macam ayah dia. Lagipun, saya dengar macam-macam pasal ayah dia. Tak naklah terlibat dengan diorang’

‘Amboi dah fikir pasal family’ Dian mencelah dengan senyuman jahat di wajahnya.

‘Kau dengar apa?’ Sarjan Mahzan mencelah.

‘Dahlar, malas nak cakap. Mengumpat pulak nanti’ Hanif segera mahu lari dari perbualan tersebut.

Sarjan Mahzan mencapai gelas kaca yang berkaki berisi cocktail yang majoritiinya berisi buah ceri dan sememangnya kegemarannya sebelum Hanif sekali lagi menghempas punggung duduk di sebelahnya menyebabkan air cocktailtertumpah 3 titik ke bajunya. Dian gelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Mengambil cocktailyang baru dan menukarkannya dengan Sarjan Mahzan. Sarjan Mahzan bercahaya matanya seperti sangat terharu dan bersyukur.

Akkir datang beriringan dengan wanita tadi dan menyertai Dian, Sarjan Mahzan dan Hanif di ruang tamu tengah rumah agam tersebut. Wajah wanita itu tersenyum-senyum dari tadi, lagi bertambah bahagia bila memandang Dian yang sudahpun menghabiskan cocktailnya. Wanita tersebut mencedok 2 senduk besar cocktail ke dalam gelas Dian sambil memandang Dian penuh takjub. Orang yang dikaguminya selama ini, yang dia hanya lihat di kaca televisyen, kini berada di depan matanya. Rasa merajuk dan marahnya pada Akkir yang lansung tidak memberitahu bahawa Dian, profiler pujaannya itu bekerja sekali dengan anaknya selama ini serta merta lesap dan seolah-olah tidak pernah wujud marahnya bila mana Dian muncul di depan pintu rumah mereka 15 minit tadi.

‘Akkir tak pernah cakap yang Profiler Dian kerja dengannya’ Wanita tersebut memulakan perbualan mereka kembali dengan senyuman manisnya yang jelas menunjukkan Akkir menerima kasih sayang yang cukup daripada wanita ini. Kasih sayang seorang ibu. Akkir ada mata ibunya. Wajahnya menurut Dian mungkin mengikut ayahnya yang menurut Akkir meninggal ketika dia di sekolah menengah. Sarjan Mahzan mula menunjukkan reaksi seperti bapa mentua yang baru melihat isterinya melayan menantu dan Akkir adalah anak lelakinya. Dian seperti yang diagak oleh Hanif dan Sarjan Mahzan hanya senyum balas dan terus menikmati cocktail penuh syukur dan bahagia tanpa sebarang klu. Sedangkan Akkir di sebelah ibunya kelihatan gelabah.

‘Dian umur 27 kan tadi Hanif cakap. Tak beza banyak dengan Akkir. Akkir baru masuk 30 tahun ni’

Puan Salma meyambung kata-katanya yang semakin lama semakin membawa kepada teori untuk menjodohkan Dian dengan Akkir.

‘Akkir tak suka saya mak cik’

Entah kenapa keadaan ruang tamu itu sunyi seketika. Mata Puan Salma terkebil-kebil. Sarjan Mahzan tersedak ceri di tekaknya, Hanif tersembur puding karamel yang baru ditelan dan Akkir, brownies sebesar tapak tangannya itu entah kenapa dirasakan cair di tangannya. Dian terus tenggelam dengan cocktail sodanya tanpa sebarang perasaan.

Puan Salma yang melopongkan mulutnya sesaat tadi kini ketawa besar yang mereka tidak pernah dengar atau lihat sepanjang 30 minit di rumah Akkir itu.Puan Salma mengambil tangan Dian dan menepuk-nepuk perlahan seperti sangat teruja dengan jawapan Dian tadi.

‘Akkir memang, dia susah sikit orang nak suka. Tapi hati dia baik’ Puan Salma membalas dengan senyuman yang masih diselangi ketawa. Sarjan Mahzan meneguk kembali soda bukan kerana keadaan sudah tenang tapi keliru samaada Puan Salma dengar betul ayat Dian sebentar tadi atau tidak kerana ayat yang Puan Salma patut katakana kalau Dian cakap ‘Akkir tidak suka saya’ adalah ‘kenapa dia tak suka awak? Kenapa dengan awak’ dan Dian akan menjawab ‘Saya tak ikut arahan dia, saya blur, atau saya bodoh’. Tapi kini jawapan Puan Salma lebih kepada membelot anak lelakinya sendiri. Akkir menghela nafas berat seolah-olah sukar menerima keadaan itu.

Akkir sambung melihat jam di tangannya. Dia perlu jumpa Chief Mazhan lepas ni.

‘Ha, Tuan. Saya dah pilih kes lepas ni. Kes Clown 2002’ Dian tiba-tiba mencelah dan tidak semena-mena bukan Akkir yang membalas tetapi Puan Salma yang sangat berminat pada apa jua yang Dian kata, menyoal.

‘Kes apa?’

Buat pertama kalinya, Dian seperti mula berfikir yang dia perlu berfikir dahulu sebelum menjawab soalan Puan Salma.

Kalau aku cakap kes apa, bahaya pula. Macam disclose kes pada pihak luar walaupun dia mak bos aku

‘Kami handle cold case mak..’ Dian terhenti sesaat saat dia menyebut perkataan ‘mak’ itu telah membuat Puan Salma berseri-seri wajahnya dan Akkir merah padam mukanya.

‘..Cik…I mean Puan Salma’ Dian menyambung dan entah kenapa dia pula yang cemas. Puan Salma kelihatan lebih terkejut dari kejutan yang pertama tadi membuatkan dia bertambah cemas samada dia telah mengguris hati Puan Salma.

‘Ouh, Akkir tak pernah cakap pun. Mak cik ingat sebelum ni dia under unit dia sebelum ni’

‘Itu dulu mak’ Akkir mencelah perlahan. Wanita itu kini barulah menolah kepalanya, melihat Akkir.

‘Kenapa tak cakap?’

‘Mak tak pernah tanya’ Akkir membalas malas nadanya.

Wajah Puan Salma yang terkejut tadi berubah resah. Yang cuba diselindung tapi masih jelas. Puan Salma diam sepanjang baki akhir mereka ada di rumahnya itu. Waktu menghantar mereka ke pintu hadapan rumah itupun dia tidak berkata apa-apa kecuali menyuruh Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif turun dulu dan biarkan Dian dengannya sekejap yang menurut pendapat Sarjan Mahzan mungkin masih mahu membekalkan Dian dengan ilmu atau ciri-ciri isteri yang Akkir mahu.

*

‘Mana Dian?’ Akkir menyoal walaupun dia sudah tahu.

‘Tak turun lagi?’Hanif saja yang membalas.

‘Sembang dengan mak mertua’ Sarjan Mahzan menambah dengan senyuman sinis dan kemudiannya ketawa kecil.

‘Jeles pulak saya sarjan’ Hanif kini seperti satu geng dengan Sarjan Mahzan.

‘Tular, I.O Maria nak kat kau, kau tak nak’ Sarjan Mahzan membengkeng. Membuka pintu tempat pemandu keretanya dan masuk ke dalam kereta tersebut. Akkir masuk duduk di belakang.

‘I.O tu? Bukan taste saya lah sarjan’ Hanif membalas malas dan melabuhkan punggung duduk di sebelah Sarjan Mahzan sebelum matanya sengaja dialihkan ke belakang.

‘Ha, tu dia. Tengah lari datang sini. Dia pegang apa tu?’ Hanif membalas sambil kepalanya menoleh ke belakang ke arah Dian yang berlari anak melintas jalan ke arah kereta mereka. Akkir mengecilkan matanya cuba mencari Dian yang semakin lama semakin membesar, muncul dan masuk duduk di seat belakang, di sebelahnya. Dian menyuruh Hanif meriba bungkusan makanan yang baru dibekalkan oleh mak Akkir kepadanya, Hanif dan Sarjan Mahzan. 3 bekas semuanya,

Akkir di sebelahnya memandang curiga.

‘Mak aku cakap apa?’ Akkir menyoal sambil merenung tepat ke arah Dian yang cuba menggabus lengan bajunya yang kena serbuk coklat brownies.

‘Dia suruh tunggu sebab nak bagi bekal ni’ Dian membalas malas, tidak memandang Akkir. Sarjan Mahzan melihat dari cermin belakang tempat duduk pemandu ke arah Akkir yang tidak berhenti memandang Dian dengan pandangan tajam. Dian yang hanya leka dengan telefon bimbitnya pula kali ni. Sarjan mahzan terus menekan pedal minyak ke arah Willstone Street untuk menghantar Dian dahulu sebelum secara tiba-tiba Akkir cuba membuang habuk yang terlekat di sebelah kiri tudung Dian membuat Sarjan Mahzan yang memperhatikan mereka tidak menyedari lampu insyarat merah dan terpaksa menekan brek secara tiba-tiba. Hanif yang cuba membuka bekas makanan paling atas hampir tersadung mukanya ke dalam bekas makanan tersebut. Sarjan Mahzan mengucap lama. Dian berhenti bermain dengan telefon bimbitnya.

*

Willstone Street House

10 malam

Akkir turun bersama Dian di simpang jalan ke arah rumah Dian dengan alasan yang diberikan kepada Hanif dan Sarjan Mahzan adalah kerana lokasi pertemuan dia dengan Chief Mazhan adalah di restoren berdekatan dengan rumah Dian. Sarjan Mahzan ketawa sinis bersama Hanif sebelum menekan pedal minyak laju meninggalkan Akkir dan Dian yang kini sedang berjalan kaki di tepi lorong kecil tersebut.

Suhu pada waktu tersebut Akkir anggarkan mungkin di bawah 28 darjah. Agak sejuk, selepas hujan yang lebat sebentar tadi. Baik Akkir mahupun Dian hanya berdiam diri, menepuh jalan tersebut. Dian memegang kemas bekal ibu Akkir, sambil humminglagu yang sedang didengarinya sebelum Akkir meninggikan suaranya, menyuruh Dian menanggalkan earphone tersebut. Dian menarik earphonenya dari telinga, memandang Akkir yang kini turut memandangnya.

‘Kenapa kau cakap macam tu tadi?’ Akkir menyoal perlahan. Berapa kali dia berhenti niat, bersambung niat, berhenti niat, bersambung niat untuk meluahkan soalan itu. Dian menghentikan langkahnya, mengerutkan keningnya. Akkir turut berhenti berjalan.

‘Kenapa kau cakap yang aku tak suka kau’ Akkir menyoal sekali lagi. Dian diam.

‘Kau faham kan..hati aku’ Sekali lagi hanya Akkir yang bersuara. Dian masih diam, menelan air liurnya. Lama, antara dia dan Akkir kini saling menukar pandangan. Angin sejuk menerpa tubuh mereka. Hati Akkir berdegup terlalu kencang. Perasaan yang dia pasti, perasaan seorang lelaki untuk seorang perempuan yang dia suka. Dan dia tahu perasaan itu sudah wujud lama cuma kerana egonya, dia hanya mampu berterus terang bila Dian disentuh oleh lelaki lain.

‘I want to give you love I never gave to any women’ Akkir menyambung dan sekarang dia menunggu, dia mahukan jawapan ataupun janji. Dian menarik nafasnya laju. Memandang Akkir lama sebelum membuat keputusan untuk bersuara. Keputusan yang dia ambil sudah lama. Dan dia bukan bodoh tidak perasan apa yang berlaku.

‘I have feeling for someone else’

Angin semakin kencang membelai tudung Dian dan rambut Akkir.

Akkir terdiam, lama sebelum memandang cemas ke arah Dian dan juga reaksi wajah yang dibuat-buat untuk redha dan menerima kenyataan.

‘Firhan?’ Akkir meneka. Dian memandangnya tajam. Tidak membalas. Dia berjalan terus ke hadapan sebelum ditahan sekali lagi oleh Akkir.

‘Firhan kan?’ Akkir meneka sekali lagi dan sekali lagi Dian memandang tajam ke arahnya. Menelan air liurnya dan mengebam mulutnya.

‘I never asked for your heart’

Dian mematikan perbualan mereka malam itu. Membuka pintu pagar rumahnya, meninggalkan Akkir di situ.

*

IPD Ampang

8.30 pagi

Hanif kembali dari tandas yang dimasukinya entah untuk yang ke berapa kali. I.O Maria yang terserempak dengannya ketika dia berada di koridor jalan menuju tandas, tidak habis-habis menjeling ke arah Hanif yang menurut Hanif, wanita itu masih menaruh dendam terhadapnya. Hanif kembali ke kerusi tempat duduknya dengan wajah yang lesu dan seolah-olah memberitahu Dian yang berada di sebelahnya jangan meganggunya lansung.

Akkir dan Srjan Mahzan kini kembali beriringan antara satu sama lain, seperti membincangkan hal yang sangat aneh bagi mereka. Tangan Akkir menghempas kotak besar yang dipegangnya tadi ke meja. Akkir dari tadi mereka lihat terutamanya Dian, yang mood lelaki itu kurang baik. Berapa kali Hanif dimarahi.

‘Ni kes yang kau nak kan? Tapi kes clown ni..’ Akkir memandang Dian. Berubah sedikit mukanya dari tegang kepada lembut sebelum kembali tegang dan merah. Lebih tinggi nada suaranya. Ya, dia mengambil keputusan begitu. Seolah-olah kejadian semalam tidak pernah berlaku.

‘Sebenarnya saya ada kes lain..kes..’ Dian memotong kata-kata Akkir. Dia cuba mengumpul saki baki keberanian yang ada untuk meneruskan katanya walaupun pada masa yang sama Dian sedar riak wajah Akkir dan Sarjan Mahzan berubah kemerahan begitu juga dengan Hanif yang tadinya pucat lesu kini merah. Akkir bangun dari kerusinya kasar.

‘Kes apa? Kau juga yang cakap semalam kau dah prepare kes ni. Aku siap turun ambik kotak ni bagai’

Akkir mencelah dengan reaksi yang Dian sudah agak. Dian menelan air liurnya. Tekaknya kering.

‘Saya bukan nak stop siasat kes tu. Kita mula pun belum. Kita akan siasat juga kes tu cuma bukan sekarang. Saya lebih dari orang lain nak siasat kes tu tapi bukan sekarang’ Dian membalas dengan nada yang selembut mungkin.

‘Habis tu kes apa yang kau nak kita siasat pulak’ Akkir menempelak. Dian ditenungnya tajam dan Dian masih tidak membalas. Seperti mahu menunggu Akkir betul-betul reda.

‘Saya ingat saya nak cakap kes ni depan-depan dengan Tuan tapi bila saya fikir balik lambat laun Hanif dan Sarjan kena tahu juga sebab kita wajib siasat kes ni. Ampang Raped Case tahun 2000..’ Dian tidak menghabiskan katanya bila mana dia melihat reaksi Akkir bertambah teruk. Tangan lelaki itu bila-bila masa saja akan hinggap ke kepalanya dan dengan hanya satu tumbukan dia akan tinggal di hospital malam itu juga. Tetapi dia tiada pilihan lain. Dia pilih untuk terima kes ni semalam. Mata Akkir dia pandang tepat.

‘Arisa bin Asyir. 17 tahun, kakak Tuan.’

Hanif terjatuh gelas yang dia mahu minum setelah menelan Panadol 2 biji, dan dia tidak pernah rasa sepahit itu Panadol kali ini. Sarjan Mahzan, salinan report yang dia pegang jatuh bertaburan ke lantai dan Dian, Dian tidak sedar bila Akkir merentap tangannya mengheretnya keluar betul-betul di hadapan polis yang lain dan kini mereka berada di tangga kecemasan tingkat 3. Badan Dian dihempap ke dinding putih.

‘Macam mana kau tahu?’ Soal Akkir dengan riak yang Dian lihat lebih marah dari kejadian sebelum ini. Merah. Matanya merah dan hanya tunggu masa untuk bergenang dengan air. Dian menghela nafas berat dan baru sedar yang dia tertinggal sampul surat putih yang dia mahu tunjukkan pada Akkir di pejabat tadi. Penjelasan yang dia ada untuk jawab. Tapi kini tinggal dengan bukti mulut.

‘Puan Salma tak bagi bekal makanan saja semalam. Dia bagi saya surat. Love letter’ Dian lambat menjawab dengan nada yang seyakin mungkin untuk Akkir.

‘Surat tu mak Tuan jumpa masa dia ambil barang dari loker Arisa di LRT Ampang minggu lepas sebab stesen tu nak renovate so diorang trace balik loker yang orang dah tak guna’ Dian mula lihat Akkir tidak lagi merentap dirinya kuat. Meyakinkan dirinya untuk terus bercerita pada Akkir dengan lebih lanjut.

‘Surat tu surat dari seorang lelaki pada Arisa. Janji mereka untuk bertemu bawah jambatan malam Arisa mati yang saya syak orang yang lure Arisa pergi tempat tu. Waktu tu tak ada clue lansung nak tuduh mana-mana suspek kan. Sekarang kita dah ada lead, kita boleh cari orang yang…’

Tanggapan Dia meleset bila mana tangannya direntap oleh Akkir ke dinding.

‘Cerita gila apa sekarang yang kau dah bagitahu pada mak aku yang kita boleh siasat kes ni’ Akkir meninggikan suaranya ke arah Dian. Dan perkara itu tidak menggugat Dian yang masih memandang tepat pada Akkir seolah-olah dia memegang jalan yang betul.

‘Mak Tuan baru tahu ada team yang boleh selesaikan kes yang tergantung dan dia baru tahu anak dia yang handle kes tu’

‘Kenapa dia tak cakap dengan aku sendiri’ Akkir menyoal balik dan jelas Dian kali ini teragak-agak untuk menjawab. Tetapi dia tidak mahu kalah.

‘Sebab dia tahu Tuan akan bertindak macam ni. Denied apa yang ada depan mata sebab tak nak ungkit kisah pahit tu. Puan Salma dah cerita semua pada saya. Kes Arisa beri impak besar pada Tuan dan itu sebab yang sama Tuan masuk polis kan?’

Macam aku- Dian berkata di dalam hatinya.

‘Dan apa-apa yang Tuan buat untuk cari pembunuh Arisa jumpa jalan buntu sehingga sebabkan kawan sekerja Tuan mati accident masa Tuan dengan dia stake out untuk kejar suspek. Dan lepas tu Tuan berhenti, tuan salahkan diri Tuan. At least kalau keluar dari mulut saya, Tuan akan..’

‘Jadi sebab aku pernah confess pada kau, sebab aku suka kau..aku akan ikut cakap kau’ Soal Akkir sebelum dicantas Dian.

‘Tuan akan ikut cakap saya. Selama ni pun kes yang kita siasat, saya yang selesaikan’ Dian, nadanya agak tinggi yang bagi Akkit tidak ubah nada orang yang menabik dada memandang rendah pada orang di bawahnya.

‘Walaupun kau tahu benda tu boleh lukakan hati aku?’

Tubuh Dian, Akkir yakin bergetar. Akkir melepaskan tangan Dian dan beralih ke arah pintu kecemasan, menguak kuat pintu itu yang menyebabkan Sarjan Mahzan dan Hanif terjelepok jatuh ke lantai. Entah sejak bila mereka ada di situ dan bukan itu yang Akkir peduli, dia melangkah laju meninggalkan mereka dan tidak kelihatan seharian di pejabat. Hanif dan Sarjan Mahzan yang menurut Dian sudah tahu keseluruhan cerita di balik pintu kecemasan hanya diam dan tidak mempersoalkan apa yang membuak-buak di dada mereka kerana tahu panas baran Dian dan Akkir bukan benda yang boleh dibuat main.

*

Sudah masuk hari ke 2 Akkir tidak masuk kerja dan hanya Dian dan Hanif yang berada di IPD Ampang pada hari kedua tersebut. Sarjan Mahzan masih tidak masuk kerja waktu pagi tersebut yang menurut Hanif mungkin Sarjan seperti Akkir kurang setuju dengan tindakan Dian. Dan Hanif? Kerana dia dibayar gaji, adalah normal untuk dia masuk kerja hari itu.

Dian bertegas menyuruh Hanif mengambil kotak di bilik bawah tanah. Kotak berisi siasatan kes rogol yang kini Hanif sendiri sudah tahu tetapi dirinya masih gerun untuk menyelak sebarang dokumen berkaitan kes tersebut kerana terasa menyiat kisah lama bosnya sendiri. Setiap kali dia cuba untuk membaca laporan tersebut, dia membayangkan Akkir yang kecil dan menangis meminta jangan diungkit lagi kisah perit arwah kakaknya. Walaupun ianya bertujuan untuk cari pembunuh kakaknya. Entah kenapa, perasaan simpati itu tidak hilang.

Dian seperti yang Hanif agak, berkeras akan teruskan siasatan membuatkan Hanif sekali lagi keliru siapa bos dalam kumpulan mereka. Setiap kali Hanif cuba membangkitkan nama Akkir dalam sidang, wajah merah padam benci Dian muncul dengan kata kesat.

‘Kenapa? Kau pun rasa aku tak berhati perut siasat kes ni balik? Kau setuju dengan Akkir? Kau pun boleh tinggalkan kes ni. Biar aku dengan Sarjan…’ Dian menjeling ke arah tempat duduk Sarjan Mahzan yang masih kosong sebelum beralih memandang Hanif kembali dan menyambung katanya.

‘..Aku sendiri yang siasat. Semua rasa aku salah. Bila nak grow up?! Childish!’

Membuatkan Hanif tidak lagi berani menyoal tentang keputusan Dian.

*

Lambert Bridge

10 malam

Akkir meletakkan kedua-dua belah tangannya ke besi penghadang jalan tepi jambatan tersebut. Jari telunjuk dan jari tengahnya berkeletak keletuk menghasilkan bunyi bila bersentuhan dengan besi. Dia memandang ke bawah, di mana kaki jambatan mencecah dasar tasik yang saujana memandang. Cahaya kenderaan yang lalu lalang menerangi malam Akkir di situ dan juga meyuluh ke tepi tasik di mana semak kini makin merimbun. Semak yang tinggi dengan lalang dan bunga-bunga putih yang kecil, yang Akkir kenal. Angin menerpa laju ke matanya membuatkan mata yang pedih sejak dua hari lepas kini bergenang dengan air. Dia memejam matanya, dan saat itu juga di balik cahaya-cahaya yang samar-samar, bayang seorang perempuan menghulurkan tangannya semakin lama semakin jelas. Perempuan itu walaubagaimanapun menarik tangannya kembali dan hilang dari kabus meninggalkan Akkir yang menangis menjerit nama perempuan itu tetapi tiada siapa yang membalas. Akkir membuka matanya, tidak sedar air yang bergenang tadi kini mengalir menyelusuri wajahnya sebelum disapa angin membuatnya kering.

‘Mungkin kau boleh fikir sekali lagi untuk terima kes tu’ Suara menyapa Akkir dari belakang. Chief Mazhan berdiri di belakang Akkir, dan kini beralih di sisinya. Mungkin Akkir betul-betul tenggelam dengan kisah lama atau bunyi kenderaan lalu lalang yang menyebabkan dirinya tidak sedar akan kehadiran Chief Mazhan. Apapun, kata-kata Chiefnya sebentar tadi masih kurang enak didengar oleh Akkir.

‘Jadi Chief setuju dengan Dian? Sebab dia dah selesaikan 2 kes sebelum ni, apa yang dia cakap sound reliable kan? Compare dengan apa yang saya cakap’ Akkir tidak berpuas hati.

‘Ini bukan soal kami percaya dengan cakap siapa, ini soal kita cari balik pembunuh kakak kau, macam yang mak kau nak dan kau juga Akkir. Aku lebih dari orang lain tahu itu reason kau bila kau start jadi polis. Kau berhenti belajar di oversea, terus applied Police Force hanya atas satu sebab. Tapi disebabkan kita kurang bukti dan tak ada lansung lead, perasaan bersalah kerana tidak dapat tangkap penjenayah tu bersarang sampai sekarang. Benda tu yang buat kau susah nak mulakan kes ni balik. Aku tahu kau juga letak harapan untuk buka kes ni balik bila squad ni ditubuhkan cuma kau takut, kita akan ulang benda yang sama’

Akkir mengebam mulutnya.

‘Syuk mati Tuan…sebab saya..’

Chief Mazhan menggelengkan kepalanya.

‘Dia tak mati sebab kau. Dia mati sebab accident. Tak ada siapa boleh ramal yang dia akan accident malam tu. Dan kalau kau nak salahkan diri kau kerana Syuk stake out dengan kau malam tu, Syuk budy kau dalam kes tu, kau pun patut salahkan orang yang sebabkan kau dan Syuk stake out sendiri malam tu. Orang tu Akkir. Pembunuh Arisa. Orang tu yang kau patut salahkan’

Akkir tidak menjawab.

‘Kau tahu kan keputusan yang kau ambik sekarang menyebabkan pembunuh masih hidup, tanpa rasa bersalah sedikit pun pada kakak kau. Pada Syuk. Aku tahu kau akan buat keputusan yang betul. Sebab tu aku nak ketepikan ego kau, terima kes ni plus sekarang kau ada lead baru, dan reliable team. Keputusannya akan berubah.’

Chief Mazhan menambah. Buat seketika dirinya terasa kotor. Bukan orang yang layak untuk memberi nasihat pada Akkir tentang sahabat. Akkir, Chief Mazhan pandang lama. Menepuk bahu anak muda itu.

Bab 2: Surat untuk Arisa

IPD Ampang

9.30 Pagi

‘Seperti yang korang semua maklum, mangsa Arisa. Kakak kandung saya. Dia pelajar asasi undang-undang tahun pertama university Malaya. Malam tu, dia keluar rumah berpakaian blouse merah dan jeans biru. Rambutnya panjang diikat longgar bersama beg berwarna beige digalas tepi. Dia cakap pada saya dan ibu malam tu yang dia ada perjumpaan study group dengan kawan dia di restoren KISS Meal, Jalan Tun Razak pukul 8 malam. Dia keluar rumah dengan skooternya selepas solat mangrib. Saya lari melambai ke arahnya kerana dia tertinggal pencil casenya tetapi dia dah jauh pergi’

Akkir memulakan perbincangan pertama mereka tentang kes tersebut. Dian orang yang pertama berada di bilik meeting tersebut agak terkejut hingga membuatkan tangannya terlepas pen bila mana Akkir muncul ketika dia sedang memasang komputer ribanya. Akkir menyuruhnya duduk dan pada waktu yang sama juga Sarjan Mahzan dan Hanif tiba dan memberi reaksi yang sama seperti Dian. Sarjan Mahzan walaubagaimanapun tersenyum bahagia melihat Akkir yang sedang berdiri memberi mukadimah kepada mereka tentang kes tersebut.

‘Jam 12 malam. Mak dengan ayah saya call dia banyak kali tapi tak dapat. Kami call kawan-kawan rapat dia tetapi salah seorang kawan dia cakap, memang betul diorang janji nak jumpa kat restoren tu tapi Arisa sendiri yang tak muncul-muncul. Kami minta tolong semua kawan-kawan Arisa untuk cari dia, tapi takde sorang pun tahu mana Arisa pergi. CCTV di kawasan restaurant tu tak tunjuk lansung bayang Arisa di mana-mana. 2 hari Arisa hilang, kami dapat phone call dari police cakap diorang jumpa Arisa. Kami sampai di bawah jambatan tu waktu malam. Saya nampak seorang perempuan, terbaring di balik semak. Rambutnya kusut. Bajunya koyak sana sini tetapi berwarna merah. Warna yang saya kenal. Sama macam seluar jeansnya yang semeter jauh dari tubuhnya.’

Akkir menekan slide seterusnya. Terpampang gambar seorang perempuan sama seperti penceritaan Akkir. Dian dan yang lain mencuba seboleh mungkin untuk kelihatan professional. Walaubagaimanapun, hanya Dian yang benar-benar mendongak melihat slide tersebut. Hanif menundukkan kepalanya.

‘Juga jeans yang saya kenal. Beg sandangnya dijumpai tidak jauh dari tubuhnya, beg sandang berwarna beige, hadiah ibu waktu dia dapat masuk fakulti law. Kakinya lebam sana sini. Dan saya tengok lengannya, ada jam yang saya hadiah. Waktu itu, saat itu saya tahu itu Arisa. My own sister’

Akkir tangannya terhenti di mouse. Dian menarik Akkir untuk duduk di kerusi sementara dirinya mengambil alih untuk menekan paparan seterusnya dengan riak yang sangat selamba.

‘Hasil laporan forensik, diorang jumpa banyak specimen air mani pada kemaluan mangsa. To say mangsa dirogol beramai-ramai sebelum mati akibat sesak nafas, yang berkemungkinan ditekup mulutnya ketika dia dirogol...’

Dian memandang kosong ke tengah bilik dan terus menyambung ayatnya. Sarjan Mahzan lihat Akkir menggengam tangannya.

‘Dan tiada seorang pun suspek yang polis tahan match dengan air mani tersebut. Sebab tu kes ni tertunggak selama 17 tahun sebelum ditutup setahun yang lepas.’ Dian beralih memandang Akkir yang menundukkan kepalanya hampir tinggal sejengkal sebelum terhentak ke meja. Dian mengebilkan matanya berulang kali sebelum menyambung ayatnya.

‘Waktu yang sama aku nampak kau Akkir’Dian bersuara di dalam hatinya seorang.

‘Yang handle kes ni waktu tu Chief Azmir, penolong IPD Bukit Aman. Ayah I.O Maria’

Hanif memberi hujah yang buat mereka yang lain mengerutkan keningnya kecuali Akkir

‘Azmir direct superior kes ni dulu. Aku dengar benda yang sama kau dengar Hanif. Dia terima rasuah banyak untuk duduk tempat dia sekarang termasuklah kes ni. Mungkin tu juga alasan aku masuk polis ni tapi semua sia-sia, satu benda pun aku tak dapat korek dari dia. Yang aku dapat tahu lepas tu, Azmir naik pangkat dan blame fall on another dectective, I can’t remember his name..’

‘Detective Yusuf’ Dian membalas perlahan. Lama. Akkir mengangguk setuju.

*

One day before midsem break, I walked upon a lake and saw a cat struggling to climb over the wall but failed to do so. I tried to help but a mist of a beautiful soul world ever touch, help the cat first. She wore a red blouse full of small flower with white cardigan cover her body. Her hair reached her waist. Few of hair strand lingered over her face and she used her own graceful hand to seal it behind her ear.

Then I saw her face became red as the sun peak so high that day. Struggling to open her eyes, and perfectly at that time, she saw me.

The heart beat faster, and more as we share the same gaze. I felt this longing feeling to see her for whole day despite the bright sun might make me blind. As the world witness, I want to see her again tomorrow.

Under the Lambert Bridge, when the moon outreach the sun.

-D, Jan 2000

‘D mungkin orang yang betul-betul sukakan Arisa, knowing she love poet’ Akkir meluahkan pendapat dengan nada kurang senang.

Hanif mengebilkan matanya beberapa kali sebelum tersenyum, tersipu malu. Baru kali ini dia membaca surat itu betul-betul setelah selama ini surat itu disimpan oleh Dian. Hentakan kereta yang dipandu Akkir tidak menghilangkan tumpuannya pada surat tersebut. Dian yang berada di tepinya hanya memandang ke luar tingkap. Akkir sekali sekala menoleh ke arahnya. Sengaja Dian tidak menoleh ke arah Akkir, seolah sedar yang Akkir pasti memandangnya tidak ubah seperti orang yang berhati dingin. Dian tidak peduli. Dia tidak kisah. Hanif melipat kembali surat tersebut. Dahinya mula berkerut.

‘Persoalannya sekarang who is D? Dan diakah yang Arisa jumpa malam tu di bawah jambatan tu? Kalau macam tu, diakah yang bunuh Arisa’ Hanif mengomel sendirian.

‘Kita kena cari siapa D untuk tahu apa yang jadi malam itu sebab kalau ikut surat ni, dia mungkin orang yang Arisa jumpa malam tu bawah jambatan’ Sarjan Mahzan memecah kesunyiam di dalam mini cooper milik Akkir itu. Hanif memandang Sarjan Mahzan teruja seolah-olah lelaki itu baru saja menjawab pertanyaan mindanya.

‘Masa siasatan sebelum ni, kawan-kawan Arisa pernah beritahu few lelaki yang minat dengan Arisa. Polis dah siasat, dan takde sorang pun yang match dengan semen tu dan semua yang alibi yang diorang ada kuat’ Dian membalas malas, memandang sesaat ke arah Sarjan Mahzan dan Hanif sebelum kembali memandang ke luar tingkap.

‘Kita kena tanya lagi. Mungkin dengan surat ni, kawan-kawan Arisa akan teringatkan seseorang yang mereka terlupa’ Akkir membalas, matanya kini tepat ke hadapan.

‘And one more thing cari sesiapa yang ada sekitar bridge tu 17 tahun yang lepas dan tahu pasal kes ni’ Sarjan mahzan mencelah sambil memandang kea rah Hanif seolah-olah memberi arahan terus dalam dialognya.

‘Tuan boleh hentikan kami depan sana, saya dan Sarjan Mahzan akan cari sesiapa yang tinggal di kawasan bridge tu’ Hanif reflek menjawab.

*

Fakulti Undang-Undang UM

10.30 pagi

Dian memandang ke kiri dan ke kanan wanita di hadapannya ini. Wanita ini sangat mesra dengan Akkir. Dian seolah-olah melihat Akkir jika rezekinya lebih, mungkin sedang ketawa bersama Arisa dan kawannya sekarang. Wanita yang diperkenalkan oleh Akkir pada Dian sebagai Penyarah Law Fakulti tersebut, Puan Zaira, menghadiahkan senyuman pada Dian sambil mengacau kopi susunya.

‘Kak pernah nampak surat ni?’ Akkir memulakan perbualan mereka sambil menunjukkan surat tersebut pada Zaira. Wanita itu menanggalkan cermin matanya, mengambil surat tersebut dan menelitinya lama sebelum menggelengkan kepalanya.

‘Tak, Arisa tak pernah tunjuk.’

Jelas hampa di wajah Akkir. Dian beralih untuk menyoal.

‘Anything you can tell us’

Zaira menghela nafas berat dan lama.

‘Saya tak rasa dalam kalangan orang yang kami kenal ada handwriting yang sama. Tapi, kalau ikut description yang pengirim tulis, memang surat ni pasal Arisa. Arisa memang selalu pakai blouse bunga dengan cardigan putih. Dia memang selalu jalan kat tasik depan hostel kami waktu petang-petang tapi just first year resident yang selalu lepak situ sebab year lain duduk jauh. Dan kalau dia cakap pasal midsem break, Arisa baru first year resident, so tu midsem break yang pertama. Jadi kalau macam tu, waktu tu hanya pelajar jurusan law yang ada cuti sebab cuti budak law dengan course lain memang selalu tak sama. Around January 2000 I would say. Saya ingat sebab tu tahun dunia masuk zaman millennium. Lagipun tarikh pengirim ni hantar pun dalam bulan January’

Dian mencuba menghadap seboleh mungkin kata-kata yang baru diterangkan oleh Zaira yang dianggap Dian sebagai informasi yang sangat berguna.

‘Jadi hanya budak law yang cuti waktu tu dan hanya budak first year yang selalu ada di tasik tu’

Zaira mengangguk.

‘Betul Arisa tak pernah ada boyfriend atau sesiapa yang berdendam dengannya’ Akkir sekali lagi menyoal soalan yang Dian tahu dia sudah tahu jawapannya dari dulu tapi lumrah manusia kita akan soal benda yang kita tak mahu jawapan yang sudah diberi.

‘Saya dah cakap sebelum ni pada pihak polis, Arisa tak pernah lansung ada teman lelaki apatahlagi kawan lelaki. Banyak masa dia luang dengan kami. Tapi satu kolej tahu dia ramai admire. It was listless. Polis dulu dah cek semua nama yang saya dan kawan kami lain bagi tapi tak de sorang pun yang polis suspek. Akkir awak tahu kan hal tu.’

Wajah Zaira kelihatan sangat resah bercampur rasa bersalah yang baginya sekali lagi dia tidak dapat menolong Akkir.

‘Kalau first year lelaki, law student, same batch dengan awak. Awak rasa siapa?’ Dian mencelah cuba memecah mood tersebut.

‘Again the odd came. Kami ada 40 male student at that time. Saya tak berani dan tak yakin nak tuduh sesiapa because everyone gave the same look to Arisa. Lust of man towards beautiful girl’ Zaira membalas. Matanya masih memandang Akkir sebelum Akkir merenung tajam dari balik belakang Dian.

Deretan kawad polis berbaris seperti menyambut kedatangan pegawai kehormat di dewan besar yang terletak berhadapan dengan kafe tersebut. Hanya 50 meter di hadapan. Tertera di salah satu banner di situ wajah lelaki tua berseragam polis yang melambangkan pangkatnya yang tinggi. Bunyi gendang dipalu menandakan perarakan masuk tetamu kehormat tersebut ke dalam dewan itu. Akkir meminta diri dan Zaira waktu itu juga dan berlari semakin ke hadapan. Ke arah pintu masuk dewan tersebut. Dian membuntutinya dari belakang.

Pegawai polis yang lain memberi tabik hormat termasuklah Dian dan Akkir sekarang. Sebelum Dian mencuri-curi lihat pada nama di bawah gambar banner tersebut sekali lagi.

SP Azmir Abdullah. Forum: Nilai intergiriti polis dan undang-undang di Malaysia’

Sesaat Dian mahu meletakkan saja tangannya ke bawah. Dia melihat Akkir masih memberi hormat pada lelaki itu dengan tangannya yang bergetar sehingga perarakan masuk itu berakhir.

Perarakkan masuk tadi berlalu dengan sangat meriah dan kini disambung dengan tepukan semua pelajar undang-undang di dalam dewan besar tersebut. Entah bila, Akkir dan Dian kini berada di barisan paling belakang dewan. Tidak mempedulikan bisik-bisik kecil pelajar di sebelah mereka yang memandang Akkir atas bawah. Dian dengan senyuman sinisnya, merapati Akkir sedikit cukup untuk buat Akkir dengar nafasnya secara tidak sengaja.

‘Saya rasa budak perempuan kat dalam dewan ni tengah gila dengan Tuan’ Dian membisik perlahan sebelum sekali lagi telinganya mendengar pelajar perempuan itu bercakap sesuatu pada kawan di sebelahnya. Tidak begitu jelas tapi cukuplah menghangatkan telinga Dian.

‘Kau tak rasa perempuan pakai tudung putih sebelah dia tu awek dia kan?’

‘Takkan taste dia macam tu?’

‘Handsome gila. Aku nak dia juga sekarang. Tapi takutlah tengok perempuan sebelah dia tu’

‘Kau rasa dia basuh tudung dia tak’

‘Aku rasa dia ada tudung warna tu ja’

Akkir membetulkan kolar bajunya. Dian hanya merengus.

‘Kau nak aku cakap kat diorang apa yang diorang cakap tu betul?’ Akkir membisik perlahan pada Dian. Dian mengerutkan keningnya.

‘Tentang apa? Yang tudung saya ni dah dua hari tak basuh?’ Dian merengus marah. Tidak memandang Akkir. Akkir ketawa kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

‘Yang kau kekasih aku’ Akkir membisik sekali lagi pada Dian membuatkan Dian menelan air liurnya dan merah padam mukanya. Dian diam. Tidak lagi mahu berbicara apa-apa dengan Akkir.Mereka kini sedang menumpukan perhatian mereka pada ucapan pegawai polis tersebut yang baru hendak memulakan ucapannya. Akkir tidak lagi mentertawakan Dian. Dia kini diam, menggenggam jari jemarinya dan hanya menunduk kepalanya ke bawah.

Soalan kini di buka kepada orang ramai. Tidak semena-mena cahaya lampu kini ditumpukan pada Akkir dan tumpuan orang ramai kini padanya dan dia baru sedar yang tangan kanannya diangkat tinggi oleh Dian. Seorang lelaki berlari memberi Akkir mikrofon dan Dian dengan matanya membulat menyuruh Akkir bangun untuk kelihatan lebih sopan pada waktu itu. Buat sesaat, Akkir rasa Dian mahu membalas dendam padanya.

‘Tak baik buat orang lain menunggu’ Dian membisik padanya dengan mata yang membulat besar dan senyuman manis. Akkir mahu yang waktu itu hanya mimpi, tidak pun dia berada di dunia lain. Sp Azmir, budak perempuan yang sedang memerhatikannya dan 1000 penonton yang lain sedang menunggu soalan darinya. Akkir menelan air liurnya berulang kali

‘Err…’

Dian ketawa di sisinya

‘Saya..Akkir. I.O Akkir dari Ampang.’ Akkir berjaya menghabiskan ayat pertamanya. Mecuri lihat Dian di sebelah sebelum memandang ke hadapan pentas kembali.

‘Ya, silakan. We have another police here’ SP Azmir bersuara. Gema dalam dewan makin kuat bila mana Akkir menjadi tumpuan dewan itu sekarang. Rata-rata gema berpunca daripada suara-suara pelajar perempuan yang mula berbisik antara satu smaa lain, dan mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk mengambil gambar atau merakam peristiwa tersebut.

‘Saya nak tanya..pasal rasuah dalam kalangan polis..macam mana kalau..’

Perkataan rasuah yang keluar dari mulut Akkir tadi ternyata seperti kalimat yang buatkan satu dewan itu diam. Akkir mati akal. Akalnya sekarang hanya mahu menumbuk muka Dian. Tetapi tidak bagi pelajar perempuan terutamanya yang masih kagum dengan adanya Akkir di situ.

‘Okay, awak boleh duduk I.O Akkir. Saya faham soalan awak. Dalam kalangan polis, rasuah tak terlepas. Kat mana-mana sekalipun ada rasuah tapi..’ SP Azmir mematikan syarahannya.

Sekali lagi lampu menghala ke arah Akkir tapi Akkir yakin kali ini dia sudah duduk di tempatnya, bukannya berdiri dan yakin tangannya tidak diangkat oleh Dian lagi. Dia menoleh ke tepi dan menyedari tangan Dian sendiri yang sekarang melayang-layang meminta mikrofon dengan suka hatinya dan berwajah amat gembira.

‘Dan cik siapa?’ Sp Azmir menyambung kata-katanya dengan senyuman manis. Dian seperti menunggu soalan itu dan menjawab dengan penuh teruja.

‘Saya I.O Dian. Profiler. Anak buah I.O Akkir. Sorry dia gementar sikit’

Satu dewan mengilai ketawa. Akkir menyembunyikan wajahnya terutamanya daripada pelajar perempuan yang menatapnya tidak ubah seperti poster gambar. SP Azmir ketawa sebelum menyambung soalannya.

‘Now we have profiler..Ya, I.O Dian? Ada jawapan kepada persoalan ketua awak tadi?’ Dia menyoal. Dengan penuh mesra. Dian yang seperti sudah tidak sabar-sabar untuk bersuara membetulkan suaranya dengan menyebut ‘testing..1..2..3…oooo..aaaaaa..’ yang membuatkan dewan sekali lagi riuh rendah. Akkir mahu keluar waktu itu juga sebelum kaki Dian memijak kakinya. Bila keadaan dewan mula reda, Dian bersuara kembali dengan suara yang lebih lembut.

‘Tak, saya cuma nak sambung apa yang ketua saya cuba tanya tadi’

Akkir mula tidak sedap hati. SP Azmir mula berubah sedikit wajahnya. Dian masih dalam riak yang sama.

‘Pernahkan Tuan, SP Azmir, sebelum atau selepas jadi SP, terima rasuah?’

Kali ini, termasuk pelajar perempuan, satu dewan diam dari sebarang gema. Pihak polis di bahagian hadapan kini menoleh ke belakang untuk mencari siapakan yang baru melontarkan soalan sebegitu pada ketua mereka. SP Azmir mengenggam kuat mikrofonnya.

‘Er,,I think it’s a bit too’

‘You are not answering sir’

‘I..’

‘You can just say yes or no..or you really..’

‘Of course not!’

‘Fine then’

Dian kembali duduk. Dia diminta oleh sekuriti untuk meninggalkan dewan itu segera tapi dihalang oleh SP Azmir yang mahu perkara itu tidak dibesarkan. Dian pula meminta diri untuk keluar dengan rela hatinya dari dewan waktu itu juga. Akkir seperti biasa, menarik tangannya jauh dari dewan tersebut. Pelajar perempuan yang lain hanya melihat bayang Akkir yang makin mengecil, jauh meninggalkan mereka sebelum pintu dewan ditutup rapat dari dalam.

‘Kau gila?’

‘Dia yang suruh kita tanya soalan. Anything dia cakap’

‘Dia superior kau’

‘Dia ketua kes kakak awak Akkir…Tuan’

‘Jadi kau buat semua ni sebab kau nak bela aku?’

‘Tak. Tuan boleh bela diri sendiri. Tuan masih hidup. Tuan kaya. Orang yang dah mati? Kakak tuan? Orang yang miskin? Orang yang jadi mangsa polis corrupt ni semua yang tak berharta. Tak ada orang nak bela diorang. Senang jadi kambing hitam polis. Orang macam ni, orang yang paling saya benci. Sampai saya mati, saya akan cari sorang-sorang dan akan heret diorang mengaku apa yang diorang dah buat. Bukan Azmir seorang’

*

Lambert Bridge village.

11 pagi

‘Kita boleh datang sini kan lepas pergi UM. Kenapa kelam kabut nak datang sini geant. Lagipun kalau datang dengan Tuan Akkir, dia lebih tahu dari kita’ Hanif merungut tidak faham mengapa Sarjan Mahzan beriya mahu Akkir turunkan mereka di simpang laluan masuk jambatan ini. Di kejauhan mata mereka, tidak jumpa sebarang perumahan. Kosong, seperti padang jarak padang terkukur. Hanif was-was adakah benar apa yang dicakap oleh Sarjan Mahzan tadi kawasan itu, tidak jauh dari situ ada kampung setinggan. Sarjan Mahzan mengambil sebatang ranting, membelah jalan mereka di balik-balik semak, tidak memadang Hanif.

‘Tiba-tiba saya rasa saya faham kenapa I.O Maria marah dengan awak Hanif. Clueless.’ Sarjan Mahzan membalas malas. Rantingnya laju, agak tajam mematikan lalang yang tumbuh tinggi. Jelas Hanif di belakang Sarjan Mahzan semakin tinggi nada rungutannya. Telinganya sangat gatal, dan sensitive sejak kebelakangan ini kalau nama I.O Maria disebut.

‘Dah kenapa heret nama perempuan tu pulak ni.’

Sarjan Mahzan hanya ketawa kecil mendengar rungutan Hanif. Buat seketika keluhannya dirawat. Dia mengeluh berat.

‘Kes ni susah. Bukan sebab kita hanya ada satu lead tapi susah bila ada kaitan dengan team member. Lebih-lebih lagi tu bos kita. Kita perlukan orang macam Inspektor Dian untuk teruskan siasatan kes ni. Saya tak masuk kerja bukan sebab saya setuju dengan Akkir tapi sebab saya marah dengan diri sendiri kenapa saya tak boleh keras hati macam Dian. Comfort Tuan Akkir, telling him everything will be okay is just bagi gula-gula untuk budak tu diam, berhenti menangis. Tapi lepas gula-gula tu habis, dia akan merengek balik cari ibu dia. Kita tak sedar, kita hanya tipu, bagi harapan pada dia. Kita semua buat benda tu pada Akkir kecuali Inspektor Dian. Biar Inspektor Dian yang lead Akkir sekarang. Diorang perlukan masa sendirian.’

Sarjan Mahzan sedar Hanif dengar jelas apa yang dia baru katakan tadi dan dia harap team paling muda usianya dalam polis, dalam kumpulan itu faham. Hanif diam, tidak lagi mempersoalkan apa-apa. Dia juga menggapai ranting yang lebih besar daripada Sarjan Mahzan dan berlari laju mematahkan lalang-lalang yang telah melukakan tangan kirinya, Hanif tidak peduli. Desiran angin tengahai itu meredakan sedikit kepanasan siang itu. Dan semak terakhir dibantai oleh mereka, lalu jelas, 3 kilometer, jauh di sana terletak satu kedai runcit lama. Hanif memandang Sarjan Mahzan dengan senyuman.

*

IPD Ampang

2 petang

‘Kawasan bridge tu sunyi. Cuma ada rumah setinggan tu pun jauh gila dari tempat tu. Perfectly for date and for a crime. Tapi 3 km dari tempat tu, guess what. Ada kedai yang jual alat memancing. Owner dia sama macam 17 tahun yang lalu. Tapi malang sekali waktu malam kejadian dia tutup kedai sebab waktu tahun baru. Dia overnight kat rumah kawan. Jadi saya tanya macam yang Inspektor Dian nak, sebelum tarikh 1 january tu. Dan memang dia ada nampak 2 malam berturut-turut seorang lelaki, tinggi, kurus ada di bawah jambatan tu, exactly lepas waktu senja around 7.45.’ Hanif memulakan perbincangan mereka selepas Akkir dan Dian pulang dari UM.

‘That is D’ Dian membesarkan matanya. Bibirnya digigit seperti memikirkan sesuatu. Akkir yang berada di sebelah memandang Dian sesaat seolah-olah dia juga memikir perkara yang sama.

‘Dia ingat tak wajah lelaki tu?’ Akkir menyoal. Hanif menggelengkan kepalanya.

‘Tak. Tapi dia kata kalau bagi gambar dia rasa dia boleh cam. Untuk describe susah sikit sebab dah lama.’ Sarjan Mahzan membalas. Mengetuk jarinya ke meja. Dia juga kini berkerut seperti Dian. Akkir bangun serentak membuatkan yang lain tersentak termasuk Dian yang hampir jatuh ke lantai.

‘Kalau macam tu, Dian kau ikut aku balik fakulti Law ambik semua gambar student first year law tahun 1999’

Akkir membalas sekaligus menamatkan perbualan mereka petang itu.

*

Telefon Dian kini ditangan Akkir. Masih menunggu message daripada Hanif yang baru seminit tadi disuruh mencari lelaki yang dicam oleh pekerja kedai runcit itu lelaki yang sama ada di bawah bridge itu 17 tahun yang lalu. Nasib menyebelahi mereka, gambar yang diambil daripada alumni univeristi itu gambar 17 tahun yang lalu, dan memang wajah itu yang pekerja kedai itu nampak dulu.

Dian memusingkan garfunya dengan pasta Bolognese yang dibelit dan sesudah berpuas hati dengan kebesaran gulungan sebesar penumbuk itu, Dian memasukkan pasta tersebut ke dalam mulutnya. Akkir yang berada di hadapannya tidak berminat untuk mengkritik Dian seperti kebiasaanya membuatkan Dian sekali lagi rasakan kes ini sememangnya mengubah Akkir. Bunyi derapan kaki dari tangga sebelah kanan mereka memunculkan seorang pelayan perempuan yang membawa 2 sup cendawan. Dian yang seperti sepantas kilat menghabiskan pastanya, kini menggapai sup cendawan itu dan menolak satu lagi sup cendawan pada Akkir yang pastanya sendiri tidak disentuh lagi. Lagu All I Ask, nyanyian Adele tiba-tiba berkumandang memecah kesunyian Akkir dan Dian. Akkir laju menjawab, membuka loud speaker memandangkan di tingkat 2 restoren tersebut tiada orang membuatkan Akkir berani berbuat demikian.

‘Dhani Khailas. One of the most influenced lawyer in Malaysia. Saya akan message alamat dia nanti’ Sarjan Mahzan di hujung telefon. Akkir segera mematikan telefon bimbitnya.

Dian menelan saki baki sup cendawan yang tinggal sambil dia menjeling ke arah makanan Akkir yang masih tidak disentuh.

‘I told you, it won’t be easy to catch him. All we have is only a letter’ Dian mencelah, matanya masih terpaku pada pasta dan sup cendawan Akkir. Akkir memandang tajam ke arah Dian.

‘NFS masih store sample semen yang ada pada Arisa. He must be one of them’ Akkir membalas tenang, dan tangan kanannya sekrang menolak pinggan pasta dan kemudiannya sup cendawan pada Dian.

‘Habiskan, lepas ni kita pergi jumpa lawyer tu’

Dian tidak sedar bila wajahnya mengukir senyuman tapi cepat-cepat bangun dari ketamakannya dan menolak kembali pasta kepada Akkir memaksa lelaki itu makan. Cuma, sup cendawan dihabiskannya. Akkir hanya senyum, tidak menyentuh pasta itu juga.

Bab 3: Her lover

IPD Ampang

8.30 pagi

Akkir orang yang pertama tiba di balai pagi itu. Menunggu sambil melihat jam tangannya berulang kali. Sekali sekala melihat telefon bimbitnya kalau-kalau Dhani yang tiada di pejabatnya semalam yang Akkir hanya memesan kepada setiausahanya supaya menyampaikan hasrat mereka untuk berjumpa dengannya menelefonnya memberitahunya yang dia sudah hendak sampai ke balai tersebut kerana mengikut message Dhani semalam dia akan datang ke balai sendiri pagi itu. Dia akan bagi kerjasama. Itu yang Akkir harapkan. Dian orang kedua yang tiba bersama bungkusan makanan untuk dia bersarapan pagi memandang diam ke arah Akkir yang berdiri ke sana sini. Dian mengajak Akkir makan sekali tetapi ditolak oleh Akkir.

‘Relaks, dia akan datang. Kita pun dah dapat waran untuk banned dia pergi oversea. Semalam dia dekat Langkawi kan, dan dia sendiri cakap dia akan direct datang balai pagi ni. Dia lawyer. Dia faham benda tu. Kalau dia mungkir janji, dia sendiri cari masalah’ Dian memulakan perbualannya dengan Akkir yang tidak begitu mendengar. Masih mundar mandir sebelum pintu pagi itu sekali lagi dikuak menampakkan Sarjan Mahzan dan Hanif yang datang beriringan membuatkan Akkir, jelas di wajahnya kecewa sebelum menghinjutkan kepalanya lebih tinggi unntuk melihat seorang lelaki, bersut hitam, tinggi, kurus di belakang mereka. Dian meneguk laju teh tariknya.

*

Interogation room 2

8.30 pagi

Akkir mengunci pintu bilik ruangan soal siasat dua itu dari dalam. Bukan strategi mereka untuk biarkan Akkir dapatkan pengakuan Dhani. Dari awal lagi, Akkir sebenarnya tidak boleh terlibat. Mangsa sekarang adalah kakaknya tetapi Dian, dia benarkan. Chief Mazhan benarkan. Mungkin itu silapnya dan jelas sekarang, dia terlambat untuk menghalang Akkir dari masuk ke dalam bilik soal siasat tersebut. Kunci pendua bilik tersebut itupun sudah diambil oleh Akkir awal-awal lagi. Sarjan Mahzan mengetuk, menendang pintu tersebut sebelum Dian memberi pendapat untuk mereka bertenang, dan dengar apa yang Akkir mahu soal. Dia ada hak.

Akkir merenung ke arah lelaki yang duduk di kerusi, berada di hadapannya sekarang. Dian, Sarjan Mahzan dan Hanif berada di bilik pemerhatian. Masing-masing seolah-olah resah dan kalut samaada tindakan mereka membiarkan Akkir menyoal siasat Dhani adalah perkara yang betul. Adakah Akkir akan melampaui batas berbanding Dian sebelum ini?. Dan mereka juga maklum, Dhani tidak tahu hal itu.

‘Ni surat yang ibu Arisa jumpa dalam locker basement milik Arisa. Lelaki dalam surat ni cakap dia akan tunggu Arisa bawah jambatan Lambert lepas waktu senja, dan bila kami siasat, ada saksi nampak lelaki berlegar di bawah jambatan tu tepat macam yang dia cakap dalam surat. 2 malam berturut-turut. Dan saksi itu juga cakap wajah lelaki tu adalah awak. Encik Dhani. Kami ada saksi, dan kami sudah hantar handwriting analysis surat ni untuk compare dengan tulisan awak. So, now we have 2 evident to claim your part. You know better than me how the thing works. Now, confess like you do to Arisa’

Akkir memulakan perbualannya tenang. Sesuatu yang tidak dijangkakan oleh mereka yang berada di observation room. Chief Mazhan tiba-tiba muncul di ruang itu juga. Dia mungkin sama seperti yang lain, risau akan Akkir mungkin mencederakan Dhani. Satu-satunya lead yang mereka ada sekarang.

Dhani, walaubagaimanapun masih diam. Tidak berkata apa-apa. Melihat jam di tangannya.

‘I won’t speak until my lawyer come’

Akkir mula merah matanya. Sesuatu yang juga dijangka oleh mereka yang lain.

Dia bangun dan tangannya kini sedang merentap kolar baju kemeja lelaki itu. Mereka yang berada di bilik pemerhatian kini meluru masuk cuba menghalang Akkir yang merenung tajam tidak ubah seperti binatang yang mahu membaham mangsanya. Sangkaan mereka yang Akkir tenang meleset.

‘Kau dah bunuh dia!’

Akkir kini meluru dan menjatuhkan Dhani ke lantai. Dia duduk di atas badan lelaki itu dan menumbuk ke muka lelaki itu berulang kali, sehingga darah keluar dari bibir dan gusi. Pintu ditendang dan dikuak kuat dari luar.

*

‘Kita kena lepaskan dia, we don’t have direct evidence to execute him. His DNA doesn’t match’

Chief Mazhan memulakan perbualan di dalam bilik pemerhatian tersebut. Keputusan DNA kini dipegang di teliti oleh Akkir yang kemudiannya meramas kertas itu dan membaling jauh dari dirinya. Sarjan Mahzan menghela nafas berat, begitu juga dengan Hanif. Dian mengebam mulutnya.

‘Tapi saya sure dia tahu sesuatu. Dia yang ajak Arisa pergi situ. 2 malam dia tunggu. Dan malam ke 3, Arisa muncul, this man must know something. Dia sendiri yang masuk ke dalam balai ni, dia tak lari tapi dia datang. Dia akan beritahu kita juga’ Dian mencelah, menguak pintu dan menuju ke luar ke arah bilik soal siasat 2. Di mana Dhani baru selesai berbincang dengan peguamnya.

Dian mengalihkan kerusi duduk di hadapan Dhani. Lelaki itu tidak menunjukkan reaksi gelisah atau apa walaupun baru saja ditumbuk oleh Akkir sebentar tadi. Bibirnya menitikkan darah yang dilap oleh tangan kirinya. Memandang endah tidak endah pada Dian.

Dian memeluk tubuhnya. Menelengkan kepalanya sedikit ke kiri bahunya dan kemudiannya memandang ke arah bilik pemerhatian melihat Akkir sesaat sebelum melihat Dhani kembali.

‘Polis yang tumbuk awak tadi adik Arisa.’

Dian memulakan perbualan yang dia tahu telah menimbulkan kekecohan di dalam bilik pemerhatian sekarang. Mendedahkan siapa Akkir pada Dhani yang merangkap peguam dan juga suspek hanya akan membuatkan Akkir dibuang dari kumpulan itu sekarang.

‘Jadi awak patut lebih tahu kenapa dia bertindak macam tu tadi. Kakaknya dirogol beramai-ramai, dan dibunuh. Dibiarkan di dalam semak selama 2 hari. Arisa, kakak dia, satu-satunya kakak yang dia ada, adik beradik yang dia ada, diperlakukan begitu. Awak rasa logik ke dia tumbuk awak? Tak logik kan? Dia patut tembak saja awak tadi. He is a good shooter. Itu baru logik’

Tidak semena-mena Dhani mendongak memandang tajam ke arah Dian.

‘Bukan aku.’

‘Then who?’

Serentak itu juga, pintu dikuak dan seorang lelaki yang Dian kenal tadi sebagai peguam Dhani muncul dengan wajah kelatnya. Dian menghentikan Dhani yang cuba meninggalkan bilik tersebut.

‘Kalau awak tak nak cakap, then why you come?’

Dhani tidak membalas. Dian menghela nafas berat.

‘Someone pernah cakap benda ni pada saya, kita akan bertanggungjawab atas setiap keputusan yang kita ambil sekarang. 17 tahun yang lalu, awak dah buat keputusan awak dan awak lihat sendiri apa akibat yang awak tanggung kerana keputusan tu. Kalau awak takut untuk bersuara just tell us. We will give you protection. You know, we open 24 hour. I wait for your call’

Dan Dian membiarkan lelaki itu pergi dari situ. Jelas dari bilik observation room, Hanif dan Sarjan Mahzan cuba menahan Akkir dari menyerang lelaki itu untuk kali ke kedua.

*

Willstone Street House

9 malam

Dian mengelap rambutnya yang basah. Lagu ‘Litless thing’ kini berkumandang di telinga Dian. Sudah dua hari dia tidak membasuh rambutnya dan kini mereka dibenarkan balik oleh Akkir kerana siasatan kes Arisa tertangguh sejak Dhani datang ke balai tersebut 2 hari yang lepas. Hari berlalu dengan Akkir menajdi pendiam dan banyak menghabiskan masanya di rooftop bagunan polis, Hanya turun jika dia mahu mengambil fail. Arahan pada anak buahnya juga tiada. Hanif juga tidak tahu arah kerja dalam pasukan itu. Sarjan Mahzan pula hilang entah ke mana, yang menurut Dian masih tidak berputus asa mengekori Dhani walaupun tidak disuruh oleh Akkir.

Dian membuka komputer ribanya yang tersadai lama di meja belajarnya. Membuka email yang berduyun tunggu untuk dibuka. Dian kemudiannya beralih ke google, menaip nama sebuah syarikat tetapi nama ‘Ethan’ yang Dian cari tiada. Dian menutup lap topnya kembali. Bayangan wajah Akkir tempoh hari saat dia menahan marah bila mana mereka hanya membiarkan Dhani pergi dari situ masih terbayang di mata Dian. Perasaan bersalah kini mula bersarang. Dan lagi bersalah bila mana perbualan dia dengan Akkir di luar bilik air, di luar rumahnya tempoh hari, Dian bertindak seperti manusia patung yang tidak ada perasaan dan membiarkan lelaki itu tenggelam dalam sengsaranya sendiri.

‘That’s better’ Dian memberi jampi pada hatinya.

Dian membaringkan tubuhnya ke katil. Meletakkan tangannya ke dahi dan merenung ke arah siling rumahnya yang berpusing kipas antik itu. Kepala Dian semakin pening sebelum lagi All I ask berdesing di telinganya. Satu nombor yang tidak dikenali kini terpapar di skrin telefonnya. Segera Dian menjawab.

‘Inspektor Dian, saya Dhani. Boleh kita jumpa di rumah saya sekarang. Saya ada benda nak cakap pasal kes Arisa. Arisa sebenarnya….’

Telefon dimatikan dan Dian kini menjerit memanggil nama Dhani yang kini sunyi. Terus Dian mendail nombor Akkir.

*

Bab 4: Cold heart

Chateur’v Condominium

11 malam

Akkir lari laju ke arah tingkat 5 rumah Dhani setelah diberitahu oleh Dian melalui phone call tadi yang Dhani mungkin diserang. Dia yang berada di sekitar rumah Dhani secara kebetulan terus bergegas ke rumah lelaki itu. Kata-kata Dian yang mengatakan Dhani mungkin menyembunyikan sesuatu atau melindungi pembunuh sebenar masih terngiang di telinga dan mengunci dirinya yang dia tidak boleh kehilangan Dhani. Dhani tidak boleh tidak ada. Dia tidak boleh mati selagi hal dia dengan Arisa belum didedahkan. Mereka perlukan Dhani. Kalau lelaki itu mati, sia-sia mereka buka kes ni balik. Sia-sia semuanya. Kakaknya sampai ke sudah tiada pembelaan. Justeru, dia perlu sampai pada Dhani sekarang.

Akkir memilih menggunakan tangga kecemasan memandangkan lif penuh dan waktu itu juga dia berselisih dengan seorang lelaki bersut hitam yang seperti menyembunyikan sesuatu di dalam jaketnya. Syak sesuatu, tetapi keselamatan Dhani adalah keutamaannya sekarang menyebabkan dia meninggalkan lelaki tadi dan segera memecah masuk rumah Dhani seperti yang dialamatkan oleh Dian melalui panggilan tadi.

Jelas mata Akkir berpinar melihat tubuh Dhani jatuh terbaring ke lantai sambil tangan kanannya memegang dadanya. Dengan tangan berlumuran darah, Dhani menarik sekeping gamabar dari jaketnya dan menyerahkannya pada tangan Akkir. Suaranya tersekat sebelum tidak sedarkan diri. Akkir segera membuat panggilan kecemasan dan memaklumkan dengan tangkas hal tersebut pada Dian. Dia kemudiannya berlari menuruni anak tangga mencari kelibat lelaki tadi dan akhirnya kelibat lelaki tadi Akkir perasan sedang berjalan di penghujung jalan sebelum jalan besar. Akkir segera memajukan langkahnya.

Sedar diekori, lelaki tadi semakin laju dan berlari ke lorong gelap. Tanpa dia sedar, di hadapannya sekarang adalah pagar dan dalam erti kata lain, jalan mati. Dia cuba untuk bergerak setapak sebelum Akkir menjerit dari belakang menyuruh dirinya berhenti bergerak. Tetapi lelaki itu masih tidak mengangkat tangannya ke atas dan cuba bergerak setapak lagi ke hadapan untuk cubaan memanjat pagar tersebut menyebabkan Akkir menjerit dengan sangat kuat untuk kali ke dua yang lansung tidak membuahkan hasil. Kerana lelaki tadi masih tidak menoleh ke arah Akkir dan tidak mengangkat tangannya ke atas.

‘Aku bagi arahan kali ke 3, letak tangan kau di atas! Atau aku lepaskan tembakan kau faham!’

Ternyata jeritan kali ke 3 lansung tidak membuahkan hasil menyebabkan tangan Akkir menarik picu dan menembak ke arah kaki lelaki tersebut yang kemudiannya rebah di hadapan Akkir bersama pisau yang berdarah dan beberapa rantai emas yang terjulai keluar dari poket hadapannya.

*

Hospital Ampang

11.30 malam

Akkir mengelap wajahnya yang baru dicurah dengan air dari jag lut sinar yang terletak di tepi katil pesakit lelaki tersebut. Wanita tersebut kemudiannya menghempas jag tersebut ke lantai menghasilkan bunyi yang agak kuat untuk menarik perhatian nurse dan pesakit lain berebut menyelitkan diri untuk menyaksikan situasi tersebut. Dian menarik tangan Akkir untuk pergi ke situ namun Akkir kini semakin berkeras meminta maaf berulang kali kepada wanita separuh umur yang tidak berhenti histerianya dan menjerit-jerit menghalau Akkir keluar diselangi dengan rintihannya pada anak lelakinya yang terlantar kaki kanannya di atas pemberat tidak bergerak. Sister yang juga penonton drama tersebut kelihatan sangat geram dengan situasi itu lalu mengherdik Akkir dan Dian supaya beredar dari situ kerana kehadiranya walaupun untuk melawat hanya menjadikan suasana lebih teruk pada pandangannya. Tindakannya membuatkan Akkir barulah benar-benar beredar dengan kaki yang lemah diiringi dengan tohmahan dan cacian orang ramai yang menyalahkannya kiri dan kanan dan menggelarnya pembunuh.

Dian membuntuti Akkir hingga ke pinggir jalan besar. Menunggu bersama Akkir sehingga lampu merah bertukar hijau untuk orang yang berjalan melintasi jalan seberang tanpa menuturkan sebarang kata. Bunyi lampu jalan hanya cukup untuk menyedarkan Akkir meneruskan perjalanan. Dian membuka pintu kereta dan menyuruh Akkir duduk di sebelah pemandu. Dian menekan pedal minyak laju melalui simpang ke kanan, ke restoren Milleum.

Dian memesan 3 botol soda dan 2 gelas tinggi bandum. Dia juga memesan full chicken panggang bersama nachos dan keju. Seusai minuman tiba, Dian mencampurkan soda pada minuman bandumnya dengan sangat banyak. Lebihan soda yang tinggal diteguk laju ke tekak Dian. Akkir masih diam. Menunduk, lansung tidak menunjukkan reaksi minat pada ayam panggang yang baru tiba di meja mereka. Dian meletak perlahan gelas tinggi tersebut ke meja. Merenung ke arah Akkir.

‘Tuan shooter yang hebat. Tuan tembak betul-betul, tepat-tepat ke kaki perompak tu. Kalau saya, saya tembak dekat kepala dia.’ Dian memulakan perbualan dan jelas Akkir masih tidak menunjukkan sebarang reaksi selain menjawab dengan sangat malas mengatakan dia penyebab lelaki di hospital tadi hilang kakinya.

‘Aku dah buat budak yang tak bersalah tu hilang kaki’ Akkir mengulang ayat tersebut 2 kali berturut-turut.

‘Budak tu perompak. Apa yang tak bersalahnya? Tuan dah bagi arahan 3 kali tapi dia still bergerak dan cuba lari so kita ikut procedure untuk tembak. Kalau kita tak tembak, gun tu nak buat apa? Accesory? Lagipun tuan dah bayar pampasan pada family dia.’

Akkir masih diam.

‘Jadi tuan nak buat apa? Nak melutut kat budak tu? Nak merayu kat mak dia? Nak berhenti kerja? Berhentilah. Tuan pilih nak jadi ahli kebajikan atau polis’ Dian meningkah.

Akkir mengangkat mukanya memandang Dian.

‘Syuk pun mati sebab aku…’ Akkir bersuara. Dian menelan air liurnya.

‘Tuan tak…’ Dian mencelah.

‘Kau tahu kalau orang cuba bunuh Dhani tak buat, aku rasa aku sendiri yang akan bunuh Dhani. Kau ingat aku takkan buat?’ Akkir mencelah.

‘Tuan takkan…’ Dian sekali lagi cuba bersuara sebelum Akkir mencantasnya.

‘Why not?! Kau tak faham. Bila orang yang dah sebabkan kematian orang yang kau sayang ada depan mata kau, kau takkan lari dari fikir untuk bunuh dia. Aku rasa Dian! Aku rasa aku nak bunuh dia. Aku nak bunuh sesiapa saja yang komplot dengan dia. Mungkin sebab tu aku tembak budak lelaki tu’

Dian masih diam. Sedangkan dia tahu perasaan itu dan dia pilih untuk bersabar.

‘Aku dah..aku dah jadi lain. Jadi jahat, jadi pembunuh macam mak budak tu cakap’

Dian menahan matanya yang kini merah dan pedih dari bergenang dengan air.

‘Tuan bukan orang jahat. You are not a bad person. It’s just that a bad thing happen to you. Semua orang ada dark dan clean side. Tuan hanya perlu pilih dan saya tahu, saya tengok sendiri tuan pilih jalan yang betul’ Dian bersuara dengan nada yang perlahan dan memandang tepat ke arah Akkir. Akkir kini mengangkat badannya, duduk sama aras dengan Dian. Dian tersenyum.

‘Ha macam tu, angkat kepala. Angkat bahu Tuan. Duduk tegak. Itu baru polis’ Dian menambah sekali lagi serentak dengan tangannya yang kini turut menambah makanan ke dalam mulutnya. Akkir mengebamkan mulutnya. Memerhati Dian beberapa saat sebelum tangannya meraba mancari sapu tangan di dalam jaketnya dan dia sedar gambar yang diberi oleh Dhani semalam masih belum dilihatnya kerana hal yang berlaku mendadak semalam. Dia meletakkan gambar tersebut ke meja.

‘Dhani bagi gambar ni pada aku sebelum dia tak sedarkan diri tapi dia tak sempat cakap apa-apa’

Dian menggapai gambar tersebut yang di dasarnya, kelihatan deretan manusia, sebelas semuanya tolak Dhani yang berdiri di barisan 3 dari kiri. Kelihatan muda, sama seperti gambar Alumni yang Dian lihat sebelum ini. Gambar itu juga gambar lama. Jelas di bawah gambar tersebut tertulis ‘Perjumpaan kali ke 11, persatuan mahasiswa kumpulan elit UM 1999).

Dian mengerutkan keningnya dan merasakan sesuatu yang boleh menggembirakan hati Akkir ketika itu.

*

National Forensic Unit

8 pagi

Dian berlari bersama payung hitam ditangannya, berlari mendapatkan Akkir yang baru keluar daripada kereta. Basah. Mereka melangkah masuk ke bagunan 7 tingkat unit forensik tersebut, menaiki lift ke tingkat 6, dan menguak pintu kaca tersebut sebelum Dian senyum sinis. Antara percaya atau tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat ada depan matanya. SP Zarul bersama seorang anggota polis yang Dian kenal amat. Tangan lelaki itu kini memegang satu sampul surat yang kelihatannya sedang diserahkan oleh anggota forensik tersebut. Dian mendekati mereka. Akkir mengerutkan keningnya.

‘Chief Azmir? Sama muka dengan I.O Maria’ Dian memulakan perbualan mereka di awal pagi tersebut. Reaksi wajah Chief Azmir dan SP Zarul kini berubah. Akkir memijak kaki Dian bila mana dia rasa Dian sudah mula sifat kurang ajarnya di depan superior mereka. Dian tidak berhenti. Memandang sekilas ke arah Akkir sebelum memandang kea rah Chief Azmir kembali.

‘Tak, sungguh..sebijik sama. Kan?’

Tiada siapa menjawab persoalan Dian mahupun Akkir yang kini semakin diam. Dian baginya patut tahu, pangkat Chief Azmir adalah lebih tinggi dari SP Zarul dan mereka? Apatahlagi. Dian ketawa sinis, memandang ke arah dua lelaki separuh umur ini seperti ada hujah baru.

‘Kecuali I.O Maria tengah cari budak yang hilang sekarang. Dia buat kerja penting. Kalau bab-bab nak ambil laporan dekat NFS ni selalunya dia suruh budak dia ambik saja tak pun dia minta tolong crush dia ambil, anak buah saya, Hanif. Tapi ayah dia sekarang datang NFS sendiri ambil laporan. Siap ada teman. Ada benda penting ke? Sampai tak boleh minta orang suruhan datang sendiri ambil’

Dian menjeling ke arah SP Zarul yang kini memandang Dian dengan wajahnya yang merah padam. Chief Azmir hanya menyeringai melihat Dian. Akkir makin gelabah riaknya. Dian menghela nafas berat. Mengubah mimik mukanya dari senyum kepada serius. Dia berjalan semakin dekat dengan Chief Azmir dan merampas sampul di tangan Chief Azmir. Tertera di sampul itu, seperti yang Dian agak.

‘For Cold Case Team. Tak pernah saya jumpa pencuri seberani ni. Mencuri siang-siang. Kat tempat detektif keluar masuk pulak tu’

Dian menjeling tajam ke arah kedua lelaki tersebut. Akkir segera menarik tangan Dian keluar dari situ.

‘Saya tak percayakan orang kat NFS. Saya akan request Firhan yang siasat. Dia balik Malaysia lusa ni’ Dian membalas laju sambil kakinya pantas melangkah keluar dari bagunan forensic tersebut. Akkir jelas kurang senang bila mana nama ‘Firhan’ keluar dari mulut Dian tadi tapi ada perkara lain yang lebih merunsingkannya.

‘Kau gila ka?’ Akkir yang dari tadi menahan marah kini menahan Dian.

‘Apa!’ Dian menjerit. Mata Akkir dipandang tajam.

‘Cakap macam tu dengan superior kau!’

‘Macam Tuan tak pernah buat’

Akkir diam. Tidak membalas. Dian laju membuka payung dan berlari ke arah keretanya.

‘Sp Zarul, saya takkan berdiam diri dengan apa yang dia dah buat’ Dian mengomel sendirian di dalam kereta.

*

Willstone Street House

6 petang

Dian menutup pintu keretanya. Berjalan ke arah jalan berbukit, menuju rumahnya sebelum memandang Mak Cik Zara sedang bersembang dengan seorang lelaki. Lelaki yang Dian kenal amat. Di sebelah lelaki itu terletak sebuah kereta mewah. Mak Cik Zara kelihatan berbicara sesuatu yang membuahkan senyuman di wajah lelaki itu dan wajah Mak Cik Zara. Darah Dian menyirap naik. Dian bergerak laju ke arah mereka sebelum Mak Cik Zara yang mungkin tidak sedar akan keberadaan Dian di situ, menuju ke arah vannya dan memandu keluar ke seberang jalan untuk mula berniaga. Dian cuba mengatur nafasnya yang kalut. Lelaki tua itu didekatinya.

‘Cantik gila kereta Tuan. BMW. Berapa orang saja kat Malaysia pakai model ni. Tuan mesti buat kerja hebat kan? Dari dulu sampai sekarang’ Dian memandang SP Zarul sinis.

‘Sampai ke sini Tuan cari saya. Memang ada benda penting betul kalau macam tu. Okay, cakaplah. Saya akan dengar. Lagipun saya tak rasa Tuan cari mak cik saya. Kalau dia tahu siapa SP Zarul sebenarnya, saya tak rasa dia akan senyum macam tadi’

SP Zarul mengerutkan keningnya sebelum tersenyum sinis ke arah Dian.Apa yang Dian maksudkan? Dia memasukkan tangannya ke poket seluar. Memandang tajam ke arah Dian. Dian maklum, dia tidak boleh dedahkan dirinya kalau dia mahu menang.

‘Kau mesti sibuk gali masa silam aku kan? So apa yang kau jumpa?’ SP Zarul menyoal Dian dengan mulutnya, merekot ke sebelah kiri wajahnya. Dian mengebam mulutnya.

‘Tuan mesti ada orang juga dalam Internal Affair kan. Ya, saya dah bagi laporan baru pada orang dalam Internal Affair. Tuan terima rasuah daripada Tan Sri Muhaimmin untuk kes bulan lepas dan dari Chief Azmir untuk kes kali ini! Tuan ingat saya akan diam, biar orang macam Reza tu terlepas? Siapa yang terlibat kena bayar apa yang dia dah buat termasuk tuan. Orang atasan mana pun takkan dapat selamatkan Tuan sekarang.’

‘Dian!’ SP Zarul mengherdik kuat. Dian, bebola matanya bergetar menahan marah.

‘Bukan Tuan sorang yang saya siasat. Anak tunggal bekas hakim negara, yang sekarang menteri. Aidil Zaril, Tuan kenal sangat dengan dia kan? Dia first offender kan? First offender kes rogol tu’

Bibir Dian jelas bergetar marah, seolah-olah menahan perkara yang dia patut luah sebelum ini lagi.

‘How could you?! Akkir anak buah kau! dan Arisa kakak dia!’ Mata Dian kini merah tetapi jelas SP Zarul hanya ketawa sinis. Dia berjalan semakin rapat ke arah Dian, diam lama sebelum bersuara.

‘Jangan macam ni Inspektor Dian. Kau hanya ada mak cik kau. Tu pun kerja gerai kecil tepi jalan. Kalau dia tak hati-hati, mungkin dia hilang gerai tu. Itu nyawa dia. Patutnya kau timbang rasa sikit dengan dia. Hutang pak cik kau masih banyak kan. Gaji kau berapa sangat kalau nak dibanding dengan tanggungan kau’

Jelas tubuh Dian semakin bergetar saat hujah daripada SP Zarul itu dikeluarkan kepadanya. Dian menghela nafas berat. Memandang tepat ke arah SP Zarul.

‘You did a lot of investigation didn’t you? This must be your method. Sama kan macam dulu? 17 tahun yang lalu. 5 orang detektif on this case tapi sorang pun tak cakap apa-apa pasal 11 orang anak orang kaya tu. Tuan cari kelemahan diorang, exploit them. Macam yang Tuan tengah buat pada saya sekarang. Tapi saya yakin Tuan tertekan sekarang kan? Kenapa? Menteri tu dah tak nak tolong Tuan dengan Chief Azmir?’

Dian memandang sinis ke arah SP Zarul. Lelaki itu berubah sedikit riak wajahnya.

’Berhenti berlagak yang kau tahu semua benda. Samada keadilan atau tangungjawab, kau ingat aku tak tahu semua tu? Tak ada apa-apa yang berubah kalau aku cuba protect benda tu. The world will still move on the same circle. Jangan macam ni, ambil peluang ni selagi kau boleh. Kau masih muda. Ini jalan yang terbaik untuk kau dan mak cik kau’

Mata Dian yang merah semakin pedih. Tangannya digenggam kuat. Bibirnya bergetar. Dian tidak menjawab terus, dia diam lama. Bayangan orang yang dia sayang juga menjelma. Kalau tiada kewarasan dan undang-undang di dunia, SP Zarul mungkin sudah mati di tangannya. Mata lelaki separuh umur itu diapndang tajam oleh Dian. Dian mengetap bibirnya.

‘The first..that first time. That’s how its start. If someone starts falling for money little by little like that, saya akan jadi macam Tuan. Anjing yang kau boleh bela, dan boleh buang. Daripada hidup macam tu, saya okay kalau hidup saya susah sikit..tak, susah banyak mana sekalipun, living this way is better than that’

Dian terus meninggalkan SP Zarul, dia ada jalan hidupnya sendiri.

Bab 5: 11 person

IPD Ampang

8.30 Pagi

‘9 daripada 11 orang lelaki yang ada dalam gambar tu. Their DNA match’ Sarjan Mahzan kembali dengan laporan forensik di tangannya. Menyerahkannya pada Akkir.

‘Yang dua lagi’ Dian mencelah tidak sabar. Sarjan Mahzan terkebil-kebil memandang Hanif sebelum memandang Dian kembali.

‘Aidil, presiden kelab elit dan pembantunya Waris, keduanya kami masih belum dapat kesan. Aidil anak bekas ketua hakim negara. Saya rasa dia tutup mulut Dhani dengan bagi job pada Dhani. Dekat akaun Dhani, kami cek banyak duit masuk dari syarikat firma guama ayah dia. Waris tu anak ahli dewan undangan negeri Selangor. Kami dah keluarkan waran tangkap tapi biasalah, pihak diorang banyak dalih. Saya dah Hanif pergi ke alamat diorang, guard diorang tak bagi kami masuk walaupun saya dah tunjuk waran. Diorang cakap tuan muda diorang tak de dekat rumah. Lepas geledah, jawapannya kosong. Saya dah cek diorang punya private villa dan rumah tapi kosong’ Terang Sarjan Mahzan panjang jela yang menghampakan Akkir paling teruk. Lelaki itu menghempaskan kertas laporan forensik ke meja. Dian mencekak pinggangnya.

‘Sarjan dah keluarkan waran ban diorang keluar dari Malaysia’ Dian menyoal lagi. Penuh kerisauan dan geram di wajahnya, sama seperti Akkir. Sarjan Mahzan memandang Dian dan mengangguk kepalanya lambat seolah resah dengan jawapannya sendiri.

‘Tapi diorang still boleh guna jalan laut. Orang kaya, boleh guna apa saja untuk hidup. Sebab tu saya dah minta kerjasama polis lain, cari diorang’ Sarjan Mahzan membalas. Hanif di tepinya juga mengenggam pen birunya kuat, geram dengan situasi tersebut. Serentak itu juga, telefon bimbit Sarjan Mahzan berdering dan segera dijawab olehnya selama seminit Dian kira.

‘Tuan, orang saya nampak kedua-dua suspek dekat stesen kereta api menuju ke perlabuhan Johor’ Sarjan Mahzan segera melaporkan apa yang baru dia tahu kepada Akkir. Dan serentak itu juga wajah Akkir berubah, bangun dari kerusinya memandang tepat ke arah mereka.

‘Awak dan Hanif pergi standby dekat harbour tu. Saya dengan Dian akan pergi ke kereta api itu. Cepat!’

*

Stesen Kereta Api bawah tanah

9 pagi

Kaki Akkir seperti mahu tercabut tetapi digagahkan juga berlari mencari, mengesan kedua-dua suspek tersebut di dalam ratusan manusia di stesen kereta api tersebut. Bertambah kalut kerana musim cuti budak univeristi sekitar kereta api itu sudah hampir menyebabkan kereta api itu sesak sekarang. Akkir sendiri tidak tahu mana Dian kerana mereka mengambil keputusan untuk berpecah. Polis bantuan sudah dikerah untuk memnbantu mereka tapi masih tiada kelibat mereka di situ kerana Akkir dan Dian tiba lebih awal di situ. Menurut Sarjan Mahzan, melalui pengintipnya di Johor, kapal-kapal di harbourtersebut masih belum berlabuh dan mengikut jadual kereta api ini juga, masih ada setengah jam untuk kereta api ke harbour tersebut bertolak membuatkan Akkir yakin 2 suspek itu masih berada di situ.

Akkir berlari ke penghujung kereta api, gerabak 8 di mana dia merasakan dia seperti nampak kelibat salah seorang daripada suspek dengan sut hitamnya, sedang berlari-lari ke arah sana sini untuk mengelirukan pihak polis.

Derapan bunyi kereta api dari pemacu asap yang pertama menandakan kereta api gerabak 8 yang menuju Johor akan bergerak dalam tempoh 15 minit. Cepat masa berlalu, dia perlu cepat. Pintu ke gerabak 8 masih belum dibuka. Kereta api gerabak 9 kini menghasilkan bunyi ke 2 menandakan ianya akan bertolak pada waktu itu juga, dan di balik itu, di seberang jalan di mana platform ke selatan terletak, Akkir lihat Dian berdiri di platform tersebut, melompat-lompat sambil menjerit sesuatu yang kurang jelas.

‘Belakang Tuan!’ Itu ayat terakhir yang Akkir dengar sebelum terasa badannya seperti ditolak kuat oleh seseorang dari arah belakang membuatkan dirinya terjelopok ke hadapan dan hilang imbangan dan jatuh berteleku ke railkereta api tersebut yang hanya 1 kilometer dari kepala kereta api gerabak 9 yang sedang bergerak. Bunyi brek kereta api dan jeritan histeria orang ramai seolah-olah bersama-sama cuba menghentikan kereta api tersebut dari melanggar Akkir yang terpaku tidak bergerak di tengah rail tersebut tetapi jarak kepala kereta api dengan Akkir adalah terlalu dekat.

Akkir merasakan kakinya terlalu berat dan matanya terpaku pada cahaya lampu depan kereta api dan bunyi brek yang berdesing di telinga. Bayang arwah kakaknya muncul tiba-tiba dan kini makin jelas seolah-olah Akkir merelakan dirinya pergi ke alam lain pada waktu itu juga, dia penat. Sebelum Akkir rasakan badannya ditolak dari tepi dengan sangat kuat dan dia kini bergolek-golek ke kanan sebelah rail kereta api. Kereta api yang membrek dari tadi berhenti 3 kilometer meninggalkan Akkir dan Dian.

Dian terbatuk-batuk sambil menggagahkan dirinya bangun dari tubuh Akkir dan jatuh terduduk di sebelah Akkir. Akkir yang mungkin terkejut pada pendapat Dian, terdiam. Tubuhnya lebih getar berbanding Dian yang baru terjun menyelamatkan dirinya dan kini pengsan di bahu Akkir.

*

Bab 6: Mind and Heart tell you different thing, didn’t they?

Hospital Ampang

6.30 petang

Akkir duduk mengadap lelaki yang dipasang bantuan pernafasan melalui hidung. Badannya berbalut. Mesin ECG menunjukkan beberapa graf turun naik yang cukup pada pengetahuan menunjukkan Dhani masih hidup. Yang Akkir harapkan sekarang untuk ceritakan apa yang jadi malam itu, pada saat-saat terakhir Arisa hanyalah ada Dhani. Walaupun benci memikirkan kalaulah bukan kerana Dhani menulis surat ajak berjumpa di bawah jambatan itu, kakaknya mungkin masih hidup hingga sekarang. Dhani menoleh sedikit kepalanya ke arah Akkir sambil jari kirinya cuba bergerak seinci dua seolah-olah cuba menggapai wajah Akkir.

‘You have her eyes’

Akkir menghela nafas berat walaupun dia setuju dengan kenyataan Dhani kerana sememangnya dia dan Arisa mewarisi matai bunya yang berwarna coklat. Dhani kemudian beralih memandang ke atas, memandang ke siling.

‘Tak pernah sehari pun hari saya berlalu tanpa Arisa. Saya tak pernah lupakan dia. Lepas apa yang saya buat, tak mungkin saya boleh lupakan dia. Macam manapun saya hidup, Arisa juga hidup. Tu balasan saya’

Akkir masih tidak berkata apa-apa, dia mahu menggari lelaki itu dan melanyaknya lagi dan lagi.

‘3 Januari, 2 hari lepas Arisa terima surat saya, saya tak sangka dia akan datang malam ke 3. Saya nampak dia dari jauh dengan baju merah dan cardigan putihnya. Hanya tinggal beberapa tapak antara dia dengan saya. Sebelum saya sedar bukan saya seorang yang tunggu Arisa bawah jambatan tu. Aidil dan ahli kumpulan elit yang lain, sebelas semuanya pun ada di situ, diorang muncul di balik semak. Saya syak diorang memang dah ekori saya dari awal dan tahu perjumpaan saya malam tu dengan Arisa. Aidil tanpa pihak kolej tahu, tanpa sesiapapun tahu, dia juga menaruh harapan pada Arisa macam lelaki lain. Mungkin dia tidak menunjukkan minatnya kerana egonya dan itu yang sebabkan kawan-kawan baik Arisa tak boleh syak Aidil dan polis pun takkan tahu pasal Aidil’

Akkir cuba menahan dirinya dari bertindak di luar batasan.

‘Bila dia tahu saya dengan Arisa. Aidil naik angin. Bagi dia, kalau dia tak dapat Arisa, siapapun tak boleh dapat dia.’ Mata Dhani mengalir deras dengan air mata yang bagi Akkir tidak layak untuk lelaki itu menangis meratap Arisa.

‘Kenapa kau datang sini?’ Aidil meninggikan suaranya pada gadis yang berada di hadapannya waktu itu. 10 lelaki ang lain hanya tersenyum sinis.

‘Sebab aku tahu kau akan datang sini juga’Arisa membalas perlahan.

‘Maksud kau?’ Aidil mengerutkan keningnya.

‘Aku nak kau henti pressure budak yang bukan ahli group kau. Suruh buat assignment bagi pihak kau, ugut diorang, pandang rendah pada orang lain. Its childish’ Arisa, tegas suaranya kali ini.

‘Jadi kau tak suka dia pun, kau just jadikan dia umpan untuk jumpa dengan aku?’ Aidil kini tersenyum sinis.

‘kau tak perlu tahu’ Arisa membalas dengan menghadiahkan pandangan tajam pada Aidil. Aidil berjalan mendekatinya.

‘Why not? Dia group aku. Kau kan tak suka group kami, kenapa dia ada exception?’ Aidil meningkah.

‘At least dia tak macam kau, guna kuasa mak bapak untuk masuk fakulti ni. Peguam macam mana kau nak jadi nanti kalau kau pun harapkan orang lain untuk bela kau?’ Arisa, itu mungkin ayatnya yang terakhir sebelum tangannya direntap oleh Aidil dan berdiri tidak jauh dari situ, Dhani tidak mampu lakukan apa-apa.

‘Diorang tarik Arisa ke semak dan saya dibelasah teruk oleh ahli yang lain. Depan mata saya, Arisa diorang buat macam binatang. Diorang mungkin ingat saya dah mati, jadi diorang tinggalkan saya dengan Arisa dalam semak malam tu. Saya kejutkan Arisa tapi Arisa dah…saya cuba call polis waktu tu juga sebelum saya dapat call daripada ayah saya sendiri yang kerja bawah ayah Aidil supaya tutup mulut kalau saya tak mahu family kami bankrupt. Disebabkan saya pentingkan diri sendiri, saya tinggalkan Arisa seorang diri dalam semak tu. 17 tahun Arisa mati tanpa dunia tahu siapa pembunuh dia sedangkan saya masih ada mulut untuk bagitahu pihak polis ‘

Dhani makin deras, laju air matanya mengalir ke pipinya. Akkir memejamkan matanya sebelum dikejutkan oleh suara Hanif dari kejauhan yang menjerit mengatakan Dian sudah bangun.

*

Dian mengeliatkan sedikit kepalanya yang terasa pedih di dahi ke arah kiri katil dengan matanya yang masih tutup, malas dibuka. Dia rasakan inilah masa yang tepat untuk dia tidur. Walaupun itu hospital. Semakin lama, kepalanya hampir meninggalkan sisi katil sebelum dilapik oleh setapak tangan. Dian terkejut dan segera membuka matanya. Segra dia bangun menyadar ke kepala katil.

‘It’s not a manner to watch someone sleeping Inspektor Akkir’ Dian menjeling ke arah Akkir dengan susah payahnya bangun untuk duduk di atas katil tersebut. Akkir yang berada di sisinya hanya memandangnya telus. Dian acah tidak acah memandang Akkir, terasa belakangnya seperti dicucuk-cucuk besi. Mungkin sudah lama dia tidak menggunakan belakangnya. Dian menggeliatkan badannya ke belakang dan ke hadapan sambil dilihat oleh Akkir dengan pandangan jelek mungkin pada pendapat Dian.

‘Sakitnya pinggang..aduhhh. Tuan pasti ke doktor cakap saya tak patah pinggang ke apa?’ Dian memecahkan suasana yang bagi Dian agak aneh kerana tiada siapa di situ kecuali Akkir. Mana pergi Hanif, Chief Mazhan, Sarjan Mahzan yang sepatutnya melawatnya. Akkir tidak menjawab. Dia memandang Dian sekali lagi membuatkan Dian merasa aneh. Segera tangannya menarik telefon bimbitnya dari poket seluar jeansnya dan memusingkan belakang telefon bimbit tersebut yang mempunyai cermin. Dian melihat wajahnya yang luka di bahagian kiri mulutnya di penjuru kiri dahinya. Dia menyentuh bibirnya.

‘Saya akan tangkap lelaki tu’ Dian membalas geram Matanya merah. Akkir menyilang kedua belah tangannya, memeluk tubuhnya.

‘Tak payah, rehat’ Sarjan Mahzan muncul tiba-tiba bersama Hanif. Mereka membawa sebungkus plastik yang Dian yakin penuh dengan makanan kegemarannya. Dian mengukir senyuman seolah-olah luka di wajahnya tidak pernah ada.

‘Kaki Tuan macam mana?’ Soal Sarjan Mahzan ke arah Akkir sambil melihat lutut kiri Akkir yang terkoyak dan tercalit darah di situ. Akkir tidak menjawab. Dian mengerutkan keningnya.

‘Doktor tadi cakap Inspektor Dian dah boleh balik’ Hanif mencelah. Akkir mengambil beg sandang Dian di sebelah katil Dian membuatkan Dian tidak senang duduk.

‘Apa yang jadi sebenarnya?’ Dian menyoal lemah. Sarjan Mahzan dan Hanif menundukkan kepala mereka, tidak sanggup memberitahu Dian.

‘Lepas Akkir dengan Inspektor Dian jatuh di rail tu. Kami distracted. Saya pasti saya dah plant polis di pintu masuk dan keluar train tu tapi tak ada seorang pun nampak mana Waris dan Aidil menghilang’

‘Kamu call siapa masa minta polis bantuan? Siapa yang arahkan back up?’ Dian mencelah laju. Hanif yang jelas terkejut, menjawab gementar.

‘SP Zarul’

Dian segera mengalihkan selimutnya dan berlari keluar hospital tersebut sebelum di hadapannya berdiri lelaki yang dia mahu lihat waktu itu juga.

‘Dian?’

SP Zarul bersuara. Chief Malik dan Chief Mazhan juga berada di situ. Di tangan SP Zarul, ada sejambak bunga dan di tangan Chief Mazhan satu bungkusan buah-buahan.

‘Kami ingat nak lawat kau. How? Are you okay?’ Sp Zarul menyoal dengan wajahnya yang menyeringai dengan senyuman seolah-olah memberitahu Dian, yang aku menang dan kau kalah. Dian menggelengkan kepalanya. Akkir yang berlari terhinjut-hinjut menggunakan kakinya yang berdenyut-denyut dari tadi, Sarjan Mahzan dan Hanif kini tiba di lobi tersebut.

‘Tak, saya tak okay?’ Dian mengebamkan mulutnya.

‘Kenapa? kau sakit lagi? Kalau macam tu, kau tak boleh keluar macam ni’ Jelas nada SP Zarul seperti risau akan keadaan Dian. Itu yang Hanif nampak.

‘Tuan buat drama apa ni? Tuan nak lawat saya atau Tuan nak celebrate saya masuk hospital? Atau Tuan nak celebrate Tuan dah lepas dari siasatan IA? Seriously. Ada saksi! Ada bukti! Tapi still Tuan terlepas. Someone in high up, in the dark must be helping you again right? Yalah Tuan dah berjaya bawa anak dia a.k.a perogol dan pembunuh tu keluar dari Malaysia kan?’

‘Dian!’ Chief Mazhan menampar pipi Dian. Dian menelan air liurnya. Tamparan yang Akkir tidak sempat selamatkan. Sp Zarul memandangnya sinis. Dian memandang mata Sp Zarul seperti menahan marah yang amat dahsyat sebelum tersenyum sinis, sendirinya.

‘You can hit me. Ni kali terakhir saya benarkan. Macam mana Tuan tak stop, saya pun akan buat yang sama’ Dian membalas. Akkir getar dirinya semakin ketara.

*

Epilog kes 4

Willstone Street

11.20 malam

Hujan masih belum reda di jalan laluan balik ke rumah Dian. Akkir menekan pedal minyak masuk ke perkarangan rumah Dian. Dari hospital hingga sekarang, tiada sepatah kata keluar dari mulut Akkir kecuali pandangannya beberapa kali hinggap ke muka Dian, dan lebih kepada pipi kiri Dian yang ditampar oleh Chief Mazhan tadi. Dian segera menanggalkan tali pinggang keledarnya dan mengambil begnya. Dia membuka pintu kereta dan keluar di balik hujan tersebut, berlari ke bagunan berbumbung sebelum jalan yang dipenuhi air itu dikocak oleh tapak kaki orang yang berlari. Nafas Akkir, Dian dapat rasa jelas walaupun ada bising hujan kerana Akkir dekat, berdiri di hadapannya dengan matanya yang merah.

‘Aku minta maaf, aku tak sempat haling Chief Mazhan tadi’ Akkir bersuara lemah. Dian menggelengkan kepalanya. Akkir diam lama sebelum bersuara kembali.

‘Sebab aku, sebab kakak aku, kau terjebak dalam kes ni’ Akkir menambah. Dan sekali lagi Dian menidakkannya.

‘Bukan sebab Tuan, sebab saya kurang ajar..kalau..’ Dian bersuara, sebelum Akkir kini menapak ke arahnya lebih dekat.

‘You could have died’ Akkir menuturkan ayat tersebut dengan bibirnya yang bergetar. Mata Dian mula merah dan nafasnya turun naik. Tekaknya berasa kering.

‘Kalau kereta api tu dekat dari tadi, kau boleh mati..macam Syuk’ Akkir menyambung. Jelas pucat di wajahnya. Dian memandang Akkir. Lama.

‘I didn’t die’ Dian membalas. Mata Akkir dipandangnya redup. Akkir mengetapkan bibirnya. Menahan matanya dari basah. Wajah Dian ditenung lama. Seolah-olah pasangan yang baru dipertemukan kembali.

‘Kau boleh suka Firhan, tapi jangan mati depan aku’ Akkir melepaskan tangan Dian dan menapak ke belakang, pergi dari situ.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku