CLOWN
Bab 5: Clown 2002 part 1
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
101

Bacaan






Bab 1: Jinjang Hill

IPD Ampang

9.30 pagi

Hujan di daerah utama seperti Sungai Buloh, Klang, Ampang, Bangsar, Serdang, Shah Alam dan Banting antara yang paling dahsyat lebatnya berbanding daerah lain di Selangor dan Kuala Lumpur. Paras titik hujan tinggi sejak 2 hari yang lalu. Banjir jelas kelihatan di kawasan-kawasan rendah terutamanya daerah Klang. Ampang tidak begitu terjejas namun cukup untuk memberi amaran supaya tidak ke mana-mana tanpa membawa payung dan awasi kenderaan anda yang mungkin hanyut. Hari takkan berlalu tanpa berita peringatan tentang hujan lebat, ribut taufan yang bakal menjelma selewat-lewatnya sepanjang bulan November tersebut. Anehnya, hujan yang selalui menghantui negeri sebelum ini seperti di Kelantan dan Kedah sunyi daripada sebarang berita. Cuaca yang aneh itu tidak lansung menjadi perbualan kakitangan polis di IPD Ampang yang hanya sibuk mengejar jenayah dan menyiapkan laporan kertas kerja.

Cuaca hari ke 3 pagi tersebut sama seperti semalam, mendung di sekitar IPD Ampang. Team cold case, semua sudah berada di situ kecuali Dian yang masih belum muncul yang menurut Akkir mungkin sekarang sedang bertarung dengan kesesakkan lalu lintas dan berlari basah lencun ke pejabat. Sarjan Mahzan pula syak Dian tidak sedar kerana tidur mati seperti kebiasaan Dian yang boleh terlelap di mana-mana saja manakala Hanif sekarang datang dengan menghempas kotak yang kelihatan sangat berat ke meja perbincangan tersebut. Dia mengeluh tapi mengeluh dengan keadaan yang sangat pelik. Jelas di wajahnya merah. Tanda penat atau marah tidak dapat dipastikan.

‘Inspektor Dian baru message saya suruh ambik kotak ni dekat blik stor bawah tanah. Dia cakap ni kes terbaru kita. Yang dia cadangkan sebelum ni’ Hanif memulakan perbualan mereka pagi itu. Sarjan Mahzan mendekati kotak itu sementara Akkir mengecilkan matanya melihat dari jauh sebelum kedua-dua mereka mengerutkan kening sama seperti Hanif tadi. Kedengaran hujan mula menitik satu persatu di luar sebelum bunyi bah hujan lebat menghentam bumbung balai tersebut. Hanif bangun menutup tingkap yang dibukanya baru sebentar tadi dan diganti dengan suis lampu bilik perbincangan tersebut.

‘Clown 2002. Bukan kes ni kes yang dah selesai. Mereka dah tangkap pembunuh budak-budak tu’ Sarjan Mahzan mencelah. Adalah tidak adil juga baginya menyuruh Hanif mengambil kotak dari bilik bawah tanah dan kotak itu hanya berisi kes yang sudah selesai. Hanif menghempaskan badannya ke kerusi beroda dan menyandarkan badannya, sambil mengeluh. Bersetuju dengan Sarjan Mahzan.

‘Ke sebab saya junior, Inspektor Dian memang saja nak test saya tahu ke tak kes ni kut. Tapi at least saya ni lebih tua dari dia kut’ Hanif meneka sambil memeluk tubuhnya dan menelengkan kepalanya sedikit ke kiri seolah-olah sedang memikirkan segala kemungkinan.

‘Ada ke polis kat Malaysia tak tahu kes ni? Kes paling famous lepas dunia masuk zaman milleneum’ Sarjan Mahzan mencelah lagi. Dia mendekati kotak tersebut dan mengeluarkan fail yang berlapis-lapis itu.

‘Kenapa Dian nak siasat kes ni’ Akkir bersuara buat kali pertama pagi itu. Akkir juga berfikir begitu, dia pernah mengambil kotak itu sebelum ini dan ingin menyoal Dian perkara yang sama dulu sebelum Dian mencadangkan kes Arisa, jadi Akkir tidak pernah menyoal Dian selepas itu.

‘Tak silap saya saksi dan mangsa yang bagi testimony tu consistent’ Hanif kini mencelah dengan pengetahuan yang dia ada pada kes tersebut. Tetapi tidak bagi Sarjan Mazhan yang tiba-tiba dengan muka yang penuh curiga, memperlahankan sedikit suaranya. Bertambah tidak dengar suaranya kerana hujan lebat di luar yang memekakkan telinga.

‘Sebenarnya kan saya dengar juga benda ni tapi tak tahulah betul ke tidak. Saya dengar mula-mula ada 2 saksi bagi testimoni, tapi suspek-suspek yang ditahan ada alibi yang kuat. Lepas tu, mangsa ke 3 tampil bagi saksi, sebab dia terlepas dari clown tu. Sebab semua mangsa clown tu dibunuh. Mayat dia akan dijumpai dalam beg hitam, by chance’ Sarjan Mahzan menambah.

‘Maksudnya?’ Hanif mencelah, semakin merapatkan telingannya pada Sarjan Mahzan.

‘Ramai profiler cakap tulah kesalahan dia. Selama ni, 2 mangsanya tak selamat. Mati di tangannya. Budak yang terselamat tu kalau tak silap, dah besar sikit. Dah 12 tahun, mungkin sebab tubuh dia kecil waktu tu, clown tu ingat dia tak pandai nak larikan diri’

‘Apa yang jadi lepas tu?’ Akkir pula mencelah kali ini tidak sabar dan tidak sedar dia juga seperti curi-curi dengar apa yang baru diperkatakan oleh Sarjan Mahzan. Sarjan Mahzan mengerutkan keningnya sebelum menyambung ceritanya dengan nada yang makin perlahan.

‘Budak ni bagi kesaksian. Tapi tak silap saya, dia cakap benda yang sama macam testimony daripada saksi. Bila polis tunjuk gambar-gambar bekas banduan yang ditahan kerana kes yang lebih kurang sama, macam assault, saksi tu point out muka salah seorang banduan. Tapi yang anehnya, dia tukar statement dia dua kali, mula-mula dia cakap yang banduan ni, pastu dia cakap banduan yang satu lagi pulak. Dan bila diorang suruh budak yang mangsa ke 3 ni cam gambar clown, dia pilih banduan yang sama macam saksi tu pilih waktu. Lagipun, sebab tekanan dari pihak atas untuk stop kes tu. Yalah sama macam Ulu kinta serial killer yang gila tu, siapa lagi yang nak dengar pasal serial killer. Semua orang takut dan bila masyarakat takut, polis terkena beban tu. Ajaibnya lepas suspek ditahan, memang dah tak de dah kes clown tu lepas tu’ Sarjan Mahzan mencelah sambil mengenang kisah lamanya. Dia mengelamun sendiri sebelum dikejutkan dengan pintu yang tiba-tiba dikuak dan berdirinya ahli kumpulan mereka yang terakhir. Dian dalam keadaan basah kuyup dan Akkir tahu tekaan dia menang.

‘Jadi testimony saksi dan mangsa, circumstances utama waktu tu? ’ Dian mencelah sambil memegang kopi yang mengeluarkan asap berkepul di tangannya. Tahulah mereka kenapa Dian lambat, dia mungkin singgah di coffee shop untuk beli kopi dan lansung tiada budi bicara untuk membelikan coffee pada teamnya yang lain sebelum Dian menyatakan hal sebenar yang Dian baru berurusan dengan pihak imegresen China dan polis Chine untuk mengesan Waris dan Aidil di sana kerana menurut siasatan Dian sebelum ini, kemungkinan adalah besar untuk dua lelaki itu ada di China memandangkan mereka, masing-masing mempunyai networkdan asset di sana. Jadi, mereka hanya perlu tunggu. Akkir diam lama memandang Dian. Hanif dan Sarjan Mahzan, mula menjalar rasa bersalah di hati mereka tetapi ketiga-tiga mereka mula merasakan perkara lain. Apa maksud Dian tadi. Sarjan Mahzan memandangnya. Teragak-agak untuk menjawab.

‘Ya, mula-mula detektif yang in charge kes tu ragu-ragu juga dengan statement saksi sebab dia tukar statement dia 2 kali. Itu saja yang saya dengar. Saya tak tahu sebab apa’ Sarjan Mahzan membalas kerana soalan Dian tadi terasa seperti arahan. Dian pandang endah tidak endah pada Sarjan Mahzan.

‘Tapi, kenapa kau berminat dengan kes ni?’ Akkir mencelah.

‘Haah, kes ni dah 15 tahun. Dah ditutup’ Hanif juga menyokong. Ketiga-tiga mereka sekarang perlu tahu alasan kenapa Dian mahu siasat kes yang sudah ada hitam dan putihnya. Dian meletakkan kopi di meja, turut memandang tepat pada yang lain terutamanya Sarjan Mahzan.

’15 tahun sarjan cakap tadi kan. 15 tahun kalau lelaki ni masuk penjara atas jenayah yang dia tak pernah buat dan korang sendiri cakap tadi yang kesahihan siasatan diragui, ni dah salah. Hanya sebab ada tekanan dari pihak atasan untuk hentikan pembunuhan bersiri ni, kita boleh ambik sapa saja jadi kambing hitam. Hanya sebab Amris bekas banduan, jadi halal?’ Dian membalas. Dian duduk di penjuru meja tersebut. Yang lain saling berpandangan seolah-olah mereka mahu Dian terangkan lebih. Sarjan Mahzan dan Hanif mula berbisik sesama mereka mengatakan Dian sudah mula buat hal balik, dan ini semua kerja gila. Kalau kes ni diselesaikan dengan bukti yang kurang memuaskan, pada pendapat Sarjan Mahzan pasti ada orang atasan yang mahu kes ni ditutup cepat dan kalau orang atasan sendiri yang buat hal tu, orang bawah macam mereka tak patut sentuh kes ni. Hanif juga mengangguk tanda setuju dengan ayat Sarjan Mahzan yang hanya didengarinya bukan Akkir mahupun Dian kerana mungkin Sarjan Mahzan menurut Hanif, Dian juga superiornya. Akkir sebaliknya memandang Dian sesaat, dan kemudiannya memandang Hanif dan Sarjan Mahzan pula dengan muka yang sangat berazam, seolah-olah memberitahu mereka dia sudah pasang niat dia untuk setuju dengan Dian. Sarjan Mahzan melabuhkan punggungnya ke kerusi sebelum telefon bimbit Dian berbunyi menunjukkan nombor telefon Doktor Firhan.

*

National Forensic Centre

9.05 Pagi

Air dari tab sinki menitik satu persatu. Dian segera menutup paip sinki berdekatan dengan meja pembedahan. Dian menyembunyikan tangannya yang menggeletar tetapi sempat dilihat oleh Akkir. Akkir menghampiri meja besi dalam bilik tersebut yang terdampar gambar-gambar di crime scenemerujuk kepada tempat mayat yang baru ditemui. Rangka yang kecil, tengkorak kecil, cebisan beg berwarna hitam yang reput, dan beberapa cebisan nylon berwarna hitam kehijauan. Dian, Akkir lihat nafasnya turun naik saat matanya bertentangan dengan gambar-gambar tersebut. Pintu dikuak dari belakang.

Firhan masuk bersama laporan di tangannya.

‘This is the one you wait for all this while Dian. She is a child. Ameera, 6 tahun. Dilapor hilang pada tahun 2011’ Firhan menunjukkan laporan tersebut kepada Dian. Akkir mengerutkan keningnya. Yang Dian tunggu? Siapa? Siapa budak ni?

Dian menelan air liurnya. Matanya membesar menyoal Firhan berulang kali untuk kepastian usia rangka tersebut.

‘Kenapa kau Dian?’Akkir hanya menyoal dalam hati. Dia lebih risaukan keadaan Dian yang kini mengebilkan matanya berulang kali ke arah rangka manusia yang berada di meja besi tersebut. Wajah Dian pucat, wajah yang Akkir tidak pernah lihat sebelum ni.

‘Diorang jumpa tulang ni dekat kawasan pergunungan Jinjang, Klang. Salah seorang hiker yang jumpa’ Firhan menyambung. Menyoal Dian berulang kali samaada Dian sihat atau tidak kerana dia seperti Akkir perasan wajah perempuan itu tidak seperti kebiasaannya yang putih kemerahan tetapi hanya dibalas dengan gelengan kepala oleh Dian sebelum Dian terjatuh ke belakang. Firhan terlepas laporan di tangannya, cubaan untuk menyambut Dian tetapi Akkir terlebih dahulu memegang bahu Dian dan mendudukkan Dian di salah sebuah kerusi di luar bilik tersebut. Disebabkan tersentuh tangan Dian sebentar tadi, jelas tangan Dian sangat sejuk. Dan melihat keadaan Dian yang menggigil. Akkir menanggalkan jaketnya dan memakaikan kepada Dian. Dian masih diam. Tidak membalas sebarang pertanyaan dari Akkir. Akkir keluar dari bilik kecil tersebut, menghampiri Firhan.

‘Jinjang. Saya tinggal area tu dulu tapi tak rasa ada kawasan yang hiking kat situ’ Akkir mengomel tanpa sebarang jawapan yang dia dapat. Dian di luar, menggigit ibu jari tangan kanannya dengan mata yang makin merah tapi cuba disembunyikan seboleh yang mungkin.

*

Akkir menekan lutut kirinya yang berdenyut sejak semalam, hasil daripada kemalangan di stesen kereta api sebelum ini tanpa menyedari Dian sekali sekala memandang ke arahnya. Dia menekan pedal minyak laju melawan hujan yang mulai kurang di kawasan menuju Jinjang hill tersebut. Dian mencadangkan mereka pergi ke situ setelah balik dari NFS tadi. Akkir tidak soal banyak, seperti boleh membaca riak Dian yang perempuan ini sedang dalam kekalutan yang Akkir sendiri tidak tahu.

‘Ameera, 6 tahun hilang di semasa di Taman Tema Ice city, Shah Alam, bersama ibunya. Ibunya cakap dia hilang Ameera waktu dia tengah beli makanan ringan. I.O Maria cakap diorang dah cari banyak tempat tapi lansung tak ada lead. Macam kes dulu’ Sarjan Mahzan bersuara melalui loud speaker phone Dian sekarang. Dian segera memandang Akkir cemas.

‘Kita perlu hantar back up kat gunung tu. Semua pakar forensik, polis hutan, anjing cadaver, kena pergi situ’ Dian memandang Akkir penuh kalut dan pengharapan lelaki itu akan ikut cakapnya. Hanya Akkir yang dia ada sekarang.

*

Jinjang Hill

4.30 petang

Hujan reda sejak tengahari seolah-olah mahu kawasan jinjang hill benar-benar perlu dibongkar hari itu. Semua pakar forensic dan anjing polis, polis hutan kini bertaburan di merata tempat. Akkir berada di penjuru barat hutan tapi masih melihat gerak geri Dian yang ke hulu dan kehilir bersama polis yang lain. Sarjan Mahzan dan Hanif kini mengerah polis semakin tinggi mendaki. Lecah hasil hujan memasahkan dan menenggelamkan kasut mereka tetapi tidak menghentikan langkah polis ini. Akkir berlari cuba mendapatkan Dian di barat bukit, yang wajahnya masih kelihatan pucat.

‘Kawasan ni baru bukak seminggu yang lalu untuk hiking. Sebelum ni hanya gunung terbiar, tak ada orang’ Akkir memulakan perbualan dengan Dian.

‘Apa kau rasa?’ Akkir menyambung. Dian menghentikan langkahnya dan memandang Akkir.

‘Pembunuh Ameera…Clown…Ameera, dia tak sorang kat gunung ni. Ada mayat lain. Pembunuh tu dari dulu sampai sekarang, tak pernah berhenti membunuh’ Dian memberi hujah yang terksekat-sekat. Ketar di bibirnya semakin ketara.

‘Tapi Clown tak tanam mangsa-mangsa dia’ Akkir mencelah. Dia semakin keliru ditambah dengan kelakuan aneh Dian sekarang dan kata-kata Firhan di NFS tadi.

‘Pattern dia dah berubah’ Dian memberi profiling terhadap kes tersebut.

‘Itu maksudnya ada something dah berlaku pada pembunuh. Dulu, last kes ditemui tahun 2002 mayat mangsa dibiarkan di tempat-tempat berdekatan dengan tempat diorang hilang. Mangsa pertama dijumpai di kawasan lalang dekat dengan taman tema tu, mangsa kedua ditemui di lorong kecil betul-betul belakang kelab malam, dan mangsa ke tiga di kawasan perumahan 1 km dari taman tema Petaling. Dia biarkan mayat mangsa ditemui. Mangsa satu dan dua, dia biarkan polis jumpa. Termasuklah mangsa ke 3, dia ingat dia pilih budak yang tak boleh lari, yang tak pandai berfikir untuk larikan diri, tapi dia silap. Mangsa ke 3 dapat larikan diri, plus tampil bagi kesaksian. Jadi dia takut. Takut orang akan tahu apa yang dia dah buat, jadi next mangsanya, dia tanam. Lagipun orang lain dah jadi kambing hitam baginya, jadi dia perlu tanam mangsa dia untuk elak orang tahu clown sebenar masih hidup. Dulu dia biarkan orang jumpa, sekarang dia dah start tanam. Kalau Ameera hilang tahun 2011, selepas tahun 2002, tahun 2003? 2004? Sampai sekarang 2017? Tuan rasa binatang macam ni akan stop?’ Dian menyambung dengan matanya seperti ada pantulan api marah yang membuak-buak. Tangannya juga digenggam berulang kali. Akkir lihat tubuh Dian semakin bergetar seolah-olah Dian dalam kesejukkan sebelum mereka dihentikan dengan teriakan daripada pihak polis yang mengatakan ada yang pelik mereka jumpa di tengah gunung. Bunyi salakan anjing kadevar semakin kuat membingitkan telinga.

Dian berlari, semua berlari. Sebelum mereka dibingitkan dengan teriakan polis yang lain di timur gunung pula. Dan tak lama lepas tu, polis tidak jauh beberapa meter menjerit menyatakan hal yang sama. Dalam masa 5 minit, kini pihak forensik, polis hutan dan anjing hutan bertaburan di 9 kawasan.

Dian cuba menghentikan giginya yang bergetar dengan menggumam bibirnya. Dia memeluk tubuhnya kuat. Semakin pucat, jelas di mata Akkir wajah Dian.

‘Apa benda semua ni’ Sarjan Mahzan mengeluh dengan matanya melopong melihat ke sembilan-sembilan kawasan itu yang terbongkar tulang dari tanah. Hanif di sebelahnya mengeluh panjang.

Bab 2: The last person

IPD Ampang

Main Meeting Hall

‘Ameera 6 tahun, Zuhail 5 tahun hilang pada tahun 2011. Arisya dan Syaufi dua-dua 6 tahun hilang pada tahun 2012, Amsyar dan Siti 8 tahun, 2012 dan 2013, Zalikha 11 dan Arya 12 tahun hilang tahun 2015. Dan kesemua mangsa hilang di taman tema. Dan hasil reputan nylon yang polis jumpa pihak forensic sahkan itu belon. Sama macam yang Clown 2002 tinggalkan untuk setiap mangsanya di dalam baggage hitam’

Akkir menghalakan pointer merahnya tepat pada slidenya. 10 orang unit atasan polis yang berada dalam bilik perbincangan utama kini diam sebelum berbisik antara satu sama lain. Dengan nada cemas dan kerisauan yang membuak-buak. SP Zarul yang berada di tengah antara kiri dan kanan, pembahagi meja bulatan panjang itu merenung tajam seolah-olah tidak senang hati dengan penyataan daripada Akkir sebentar tadi.

‘Jadi awak nak cakap ni kes pembunuhan bersiri clown 2002?’

Akkir mengangguk, menjawab persoalan daripada Supt. Zarul. Dia menekan slide yang sererusnya. Dian yang berada di kerusi paling belakang hanya memadang kosong pada slide tersebut. Tumpuannya pada anggota polis lain. Yang menurut Akkir, Dian sebenarnya mengelak daripada melihat mangsa-mangsa tersebut di slidenya. Sama seperti macam mana dia mengelak dari mellihat mangsa di forensik, dan di gunung tadi. Kenapa? Akkir takut dengan andaiannya sendiri. Dia meneruskan bicaranya.

‘Masuk kes hari ni dan kes tahun 2002, total 11 mangsa pembunuhan Clown’

‘Sedangkan kita dah masukkan pembunuh dalam penjara?’ Sp Zarul mencelah dengan mukanya menyeringai dengan senyuman sinis. Dia melonggarkan tali lehernya. Anggota polis yang lain makin rancak dengan andaian masing-masing yang mana pada pendapat Sarjan Mahzan dan Hanif yang turut berada di sebelah Dian, tiada siapa di dalam bilik itu menyebelahi Akkir. Akkir sebaliknya membalas pertanyaan SP Zarul dengan renungan tajam.

‘Kalau kita buat silap, normal untuk kita mengaku salah kita’ Akkir membalas tidak mempedulikan Chief Mazhan yang berada di sebelah SP Zarul renungan yang seperti mahu membaham Akkir waktu itu juga.

‘Kita?’ SP Zarul melawan sambil menjeling ke arah Chief Mazhan dan memandang Akkir kembali.

‘Hand out this case to other team’ Sp Zarul membalas lagi dan menamatkan ayatnya di situ. Chief Mazhan mengangguk laju dan cuba menghentikan Akkir daripada menyerang Sp Zarul yang mula keluar daripada bilik tersebut dan diikuti dengan polis-polis yang lain. Kosong. Akkir memandang tajam kea rah Chief Mazhan.

‘Tuan yang tubuhkan team ni untuk siasat kes ni. Kalau Amris kena frame, kita kena overturn balik’ Akkir tidak berputus asa. Hanya tinggal Chief Mazhan, Akkir, Dian yang masih duduk di penjuru diam seribu bahasa, Sarjan Mahzan dan Hanif di bilik itu sekarang.

‘Overturn apa? Kau ingat kau tengah bawa kereta?!’ Chief Mazhan merenung ke arah Akkir

‘Tak cukup ke dengan kes kakak saya?! Lagi! Dan lagi! Chief nak saya pejam mata saja tengok apa yang Sp Zarul dah buat?! Budak-budak ni?! Kita tahu tapi kita buat bodoh! Chief nak saya pejam mata lagi?’ Akkir mengherdik dengan herdikan yang belum pernah didengari oleh Sarjan Mahzan, Hanif atau Dian sebelum ini. Jelas di mata Akkir merah yang teramat. Chief Mazhan merapatinya.

‘Aku benarkan kau siasat kes kakak kau bersebab dan aku tak benarkan kau siasat kes ini juga bersebab! Kau akan rasa jijik, kau akan rasa kotor kalau duduk dalam force ni. Kalau kau tak suka, kau boleh pergi. Group ni pun memang akan bubar juga nanti. Dan aku bukan bersih. Tu dunia sekarang Akkir. Semua orang macam tu. Apa yang bekas banduan macam Amris tu cakap is just a bullshit dan apa yang anak korporat tu cakap is a truth. Like a god and we just a servant’ Kata-kata Chief Mazhan ibarat sembilu yang sedang menghiris ngilu telinga Akkir. Akkir semakin hampir untuk menarik kolar baju Chief Mazhan.

Akkir tidak sedar bila masa dia bergelut untuk menumbuk Chief Mazhan hingga lelaki itu jatuh terduduk sebelum Dian bangun meleraikan pergaduhan itu dengan berada di tengah antara Akkir dan Chief Mazhan. Dian memandang sekilas ke arah Chief Mazhan.

‘Kami akan cari bukti dan bila waktu tu tiba, kau kena mengaku apa yang kau dah buat’ Dian membalas sambil memandang tepat ke arah Chief Mazhan yang berkerut wajahnya. Dian kemudiannya melepaskan tangan Akkir dan meninggalkan bilik tersebut.

*

Meeting Room

8 malam

Baik Akkir, Sarjan Mahzan mahupun Hanif tidak berani mempersoalkan apa-apa pada Dian sejak 30 minit kejadian perkelahian antara Akkir dan Chief Mazhan di bilik perbincangan utama tadi. Kekeliruan, kerisauan, perasaan ingin tahu mereka tentang bagaimana Dian mendapat keberanian untuk berkata ‘Aku’, ‘Kau’ dengan Chief Mazhan tadi hingga lelaki itu diam seribu bahasa masih menjadi tanda tanya yang mereka bekukan buat sementara waktu untuk tunggu angin Dian sejuk. Hanya Akkir memberi arahan kepada mereka untuk berkumpul di meeting room 1, perjumpaan pertama mereka untuk kes clown ni secara rasmi walaupun Sarjan Mahzan dan Hanif kurang bersetuju untuk teruskan siasatan mereka tetapi ditegaskan oleh Akkir yang secara tidak rasminya perkataan ‘Cari bukti’ daripada Chief Mazhan tadi sebenarnya greenlight untuk mereka teruskan siasatan dan Akkir sendiri tidak diminta oleh mana-mana team untuk serahkan fail siasatan mereka. Akkir menyelak helaian report di tangannya. Sekali sekala melihat Dian yang seperti hilang dalam dunianya sendiri.

‘Kes Clown 2002. Mangsa pertama, adik Amalina, 4 tahun hilang ketika berada di Desa Water park, KL, dan dijumpai pada March 2002 hari yang sama. Berdasarkan rekod kesihatan, mangsa diliwat, dirogol, dan pelbagai lagi serangan seksual terhadap mangsa. Mangsa ditemui berseorangan di kawasan tidak jauh dari tempat manga hilang iaitu kawasan lalang belakang kilang HK, Kl 2 kilometer dari taman tema tersebut. Ada saksi waktu tu tampil bagi statement. Dia cakap dia nampak mangsa dibawa pergi oleh clown. Tapi takde sorang suspek pun yang polis syak atau ditahan. Mangsa ke 2 hilang di taman tema yang sama, Amir 3 tahun juga, dan M.O sama macam mangsa pertama. Saksi mangsa ke 2 pun nampak benda yang sama, budak-budak ni dibawa pergi oleh clown cuma police tak dapat jalankan siasatan kerana saksi tak boleh nak cam wajah clown tu. Mereka hanya nampak budak-budak ni dengan badut. Sejak itu, banyak taman tema haramkan badut dalam taman tema mereka atas arahan polis. Ramai ibu bapa tidak berani bawa anak mereka ke taman tema. If you go, you die, if you smile to the clown you die. People told ghost story like that. Jadi tak banyak yang polis boleh cari waktu tu. Lepas tu, saksi ke 3 yang nampak sendiri wajah clown tu tanpa mask bagi testimony utuk kes ke 2. Tak lama lepas tu, mangsa ke 3 tampil, Medina 12 tahun yang macam saya cakap sebelum ni bagi testimony yang sama macam saksi’

Akkir menutup bacaan laporannya pada fail yang pertama.

‘Apa yang saksi tu cakap?’ Dian mencelah tapi masih menundukkan kepalanya ke meja membaca laporan tersebut. Masing-masing agak terkejut tetapi masih cuba kelihatan serius. Sarjan Akkir cepat-cepat membaca laporan di tangannya.

‘Dia cakap mangsa dibawa oleh badut, ketinggian dalam 160’ Sarjan Mahzan membalas sambil menyelak laporan tersebut.

‘Tnggi dia 170’ Dian mencelah. Masih menundukkan kepalanya. Yang lain mengerutkan kening sebelum Dian menyuruh Sarjan Mahzan teruskan pembacaannya tentang laporan tersebut.

‘Badan berisi, dan pakai mask’

‘Saksi cakap dia nampak wajah suspek, apa yang dia nampak kalau clown tu pakai mask?’ Celah Dian.

Sarjan Mahzan terkejut. Tersekat untuk menyambung ayatnya.

‘Mungkin masa tu dia tak pakai mask’

Dian berdehem tidak puas hati.

‘Dia muncul di khalayak ramai sebab banyak juga saksi nampak dia sebelum ni, dan waktu tu mungkin dia target mangsanya’ Sarjan Mahzan menyambung.

‘Dia tak pakai mask, tapi dia conteng muka dia sehingga kita nampak seperti mask. Macam tu cara dia sembunyikan wajahnya dan dia tak muncul dalam kalangan orang ramai, dia muncul kawasan mana ada budak tersesat dalam taman tema tu, yang hilang dari parents diorang. Macam tu dia target mangsanya’ Dian mencelah sekali lagi dan sekali lagi mereka yang lain aneh dengan tindakannya. Dian seperti roda menyuruh Sarjan Mahzan teruskan laporan tersebut. Akkir walaupun semakin syak sesuatu.

‘Badut tu menurut saksi, bawa mangsa ke 2, adik Amir masuk ke dalam keretanya WM3456, yang juga milik pembunuh yang didakwa tak lama lepas tu.’ Kali ini Sarjan Mahzan memandang curi curi ke arah Dian syak yang Dian akan menyerbunya lagi.

‘Dia tak bawa kereta. Dia bawa van. Van hitam’

Dan firasatnya betul. Semua kini seperti hilang sabar dengan Dian terutamanya Akkir.

‘Apa yang kau cakap ni? Kau nampak dia ka?’ Akkir meninggikan suaranya. Mula-mula Dian nak mereka siasat kes ni, tu pun tanpa alasan yang begitu kukuh tapi dia masih setuju entah kenapa, dan sekarang Dian seperti dektektif zaman dahulu yang siasat sendiri kes ini. Apa yang mereka tak tahu tapi Dian tahu. Dian memejamkan matanya sesaat sebelum membukanya kembali. Hujan di luar semakin lama semakin kuat. Dian bangun dan keluar daripada bilik meeting tersebut waktu itu juga meninggalkan yang lain dalam keadaan terpinga-pinga terutamanya Akkir sebelum mereka mendengar jeritan Dian dari luar bilik tersebut. Akkir orang pertama meluru keluar diikuti dengan Sarjan Mahzan dan Hanif.

Di hadapan mereka, situasi yang mereka tidak pernah bayangkan akan terjadi pada Dian. Dian jatuh terduduk ke lantai, di tengah pejabat tingkat 3, di dalam keriuhan orang ramai, I.O Azmir sedang memegang kek manakala I.O Maria berada di tepinya dengan keadaan bersedia untuk meniup lilin pada kek tersebut. Dan pada waktu itu juga kilat merah memancar masuk ke dalam pejabat itu sebelum memasang malam yang pekat dan gelap di aras itu. Bagunan itu kini gelap, dan sunyi dari sebarang kata sebelum riuh sana sini dengan derapan kaki mencari sumber elektrik

Akkir segera mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mencari arah di mana Dian berada berdasarkan jeritan hysteria dia yang tak berhenti dan dia berjaya. Dian berada di satu sudut dengan wajah yang pucat, pipinya yang cengkung, matanya yang merah dan badannya yang menggeletar seperti baru melihat sesuatu yang sangat menakutkan. Satu yang Akkir perasan mata Dian terpaku pada satu arah dan berbekalkan cahaya lampu yang samar-samar Akkir lihat pada arah mata Dian yang seorang sedang berdiri di hadapan Dian, berbaju belang berwarna warni, bersama wajahnya yang diconteng terutamanya bahagian mulutnya yang merah dan hidungnya yang seperti buah ceri yang besar berserta rambut kerinting berwarna warni yang membulat. Di tangan Clown itu, ada belon berwarna hijau muda.

Jeritan Dian makin kuat.

‘Dian! Bertenang! Aku ada..aku ada kat sini, senior kau ada kat sini’

Tapi Dian masih tidak bertenang. Dian makin meracau. Nafasnya makin sukar dan dia sekarang menangis seperti anak kecil yang mahu perlindungan.

‘An minta maaf, An..An salah…An salah..An minta maaf..jangan bunuh An…’

Mata Dian makin merah, dan membesar. Akkir tidak sedar bila masa dia meletakkan Dian kuat dalam pelukkannya. Menjauhkan pandangan Dian daripada Clown tersebut.

‘Kau tak salah apa-apa, kami yang salah…Kami minta maaf..Tenang Dian!’ Akkir tidak sedar ayat itu keluar dari mulutnya tapi yang pasti Dian semakin kurang histerianya kini.

Akkir menjerit menyuruh Hanif membawa Clown tersebut pergi dari situ. Polis yang lain walaupun di dalam gelap, Akkir tahu mereka mula berkata tentang Dian. I.O Azmir yang bingung tapi dapat merasakan yang itu salahnya, segera meletakkan kek dan meminta semua polis di istu meninggalkan pejabat tersebut untuk memberi ruang pada Dian supaya bertenang. Clown yang dibawa pergi oleh Hanif berulang kali meminta maaf sambil menjelaskan yang dia hanya dibayar untuk parti hari jadi I.O Maria.

*

Dian menarik selimut biru yang baru diambil Hanif dari bilik rehat dan dipakaikan oleh Akkir ke tubuhnya kini rapat ke tangannya. Sarjan Mahzan kembali dengan kopi panas di tangannya dan memberikan kepada Dian. Tangan Dian menggelar menyambut cawan plastik tersebut. Bukan kerana dia haus, tapi dia perlu berpaut pada sesuatu. Matanya yang basah mulai kering tapi masih jelas pucat wajahnya itu. Hujan di luar juga masih belum berhenti dan bekalan elektrik juga masih belum kembali. Mereka hanya berbekalkan lilin yang dipasang dan diletakkan di meja kumpulan mereka. Berbekalkan lilin itu, Akkir menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Dian.

‘Kes Clown ni, kau tahu something kan’

Dian tidak menjawab. Membiarkan hujan membuat bising. Hanif yang tidak senang duduk memegang bahu Akkir.

‘Tuan, apa kata kita tanya Inspektor Dian esok saja. Kita hantar Inspektor Dian balik dulu. Dia perlu rehat’ Hanif memberi cadangan sebelum Akkir meninggikan suaranya.

‘Pandang aku Dian!’

Kini semua diam. Kecuali Dian dengan lemahnya mengangkat kepalanya memandang Akkir.

‘You can do it. Trust me’ Akkir memujuk. Dian meneguk kopi itu dengan sekali nafas sebelum memegangnya kembali. Dia mengebam bibirnya, menarik nafas yang tidak teratur dan memejamkan matanya sebelum membuka kembali memandang Akkir. Terasa pedih matanya waktu itu.

‘Saya mangsa ke 4 kes ni yang tak ada dalam report tu. Total mangsa bukan 11 tapi 12.’ Dian membalas dan balasannya itu dibalas sunyi yang lain. Hanif yang melopong mulutnya cuba untuk menampar pipinya bagi meyakinkan yang dia bukannya bermimpi, Sarjan Mahzan mengerutkan keningnya sambil menggabus telinganya bimbang yang dia sudah tersilap dengar.

‘Apa maksud kau?’ Akkir orang yang pertama yang memecah kesunyian tersebut.

‘Tuan tanya saya tadi, saya nampak atau tak. Saya nampak! Saya nampak! Saya mangsa ke 4 clown tu. Bukan Medina sorang 12 tahun waktu tu, bukan dia seorang yang terlepas. Nasib saya lebih baik dari budak lain, saya sempat lari. Saya lari sebab saya tahu saya nak mati. Bukan mangsa ke 3 tu saja yang Clown tu silap, saya pun. Dia ingat saya budak kecil sedangkan saya dah 12 tahun waktu tu’ Dian membalas. Jelas walaupun samar-samar, badannya ketar. Tidak pasti samada sejuk dengan suhu hujan atau air cond atau pengakuan yang baru dia beri.

‘Kenapa kau..kenapa kau tak bagitahu polis?’ Akkir teragak-agak samada sudah percaya dan mula simpati atau perasaan aneh kenapa Dian tidak pernah ceritakan hal ni. Waktu yang sesuai yang Dian maksudkan sebelum ni adakah waktu ini, dengan kes ni? Kes di mana bukan Dian sebagai detektif tapi mangsa? Apa yang perempuan ni dah lalui? Akkir tak sanggup bayangkan. Dan dia perlu dengar.

‘Saya bagitahu! Tuan ingat saya tak bagitahu. Saya bagitahu polis, tapi takde sorang pun percaya. Sebab? Saya budak. Saya baru 12 tahun. Bila saya dah besar, saya datang balai ni lagi, sebagai polis. Tapi still, diorang anggap saya budak. Sebab tak ada bukti dan kes ni dah ditutup dan yang paling penting, kes ni dah lama. Tak ada polis nak bukak balik kes yang jadi wound pada orang ramai plus diorang dah tangkap orang yang mereka anggap Clown. Senang. Tutup kes. That is how you ignorant police do your job! Bila saya dah besar sekalipun kenyataan saya tak diterima, they told me to go back and I found out why later. Bukak balik kes ni sama dengan buat polis mengaku yang ada yang tak kena dengan siasatan diorang. Yang diorang dah hukum orang yang salah’

Dian menyambung. Nafasnya turun naik. Hanif dan Sarjan Mahzan kelihatan semakin takut. Takut Dian akan apa yang Dian dah lalui. Kenapa Dian macam tu, kenapa Dian benci polis, mereka rasa mereka sudah tahu sekarang.

*

Perkarangan IPD Ampang

12 tengah malam

Akkir menutup pintu kereta setelah Dian masuk duduk di sebelah tempat memandu keretanya. Mereka meninggalkan Hanif dan Sarjan Mahzan yang menghantar mereka sehingga di hadapan balai sekarang.

‘Sarjan tak rasa ke brutal sangat Inspektor Akkir. Kesian saya tengok Inspektor Dian. At least kena bagi masa untuk dia cerita hal sebenar. Trauma betul saya tengok Inspektor Dian tadi’

Hanif mengomel. Sarjan Mahzan yang masih memandang kereta Akkir yang semakin lama semakin mengecil, memeluk tubuhnya. Basah sedikit mereka kerana hujan masih rintik-rintik di luar perkarangan balai tersebut. Dia diam agak lama sebelum bersuara membalas keluhan Hanif.

‘Inspektor Akkir buat benda yang betul. Aku pun akan buat benda yang sama Hanif. Tak kira 15 tahun, 20 tahun, clown sebenar bersembunyi, selagi aku hidup, aku akan tangkap dia hidup-hidup. Apa yang dia dah buat, benda yang tak sepatutnya manusia buat. Orang macam tu, bukan..binatang macam tu kena berhenti menyalak’ Balas Sarjan Mahzan memandang kosong ke arah jalan raya. Hanif hanya diam. Tidak pula menafikan tidak pula mengiyakan kata-kata Sarjan Mahzan.

*

Willstone Street House

10 malam

Hujan turun agak lebat sejak dalam perjalanan dari dalam kereta lagi. Akkir dan Dian berjalan menyelusuri lorong masuk ke arah rumah Dian bersama-sama. Di bawah satu payung. Akkir mengenggam erat kaki payung. Basah tepi bajunya tidak disedari. Lampu jalan berkelip-kelip mungkin kerana hujan, menhasilkan suasana suram dan sunyi di jalan tersebut. Bunga liar yang menumbuh liuk di balik semak tepi tebing jalan tersebut menunduk apabila badannya mengenai rintikan hujan. Kadang-kadang hanya ada bunyi daripada kucing liar yang mungkin mencari tempat berteduh. Malam semakin pekat.

‘Kau rasa kau boleh tinggal sorang malam ni?’

Dian yang sedang membuka pintu pagar rumahnya menoleh, memandang aneh ke arah Akkir. Dalam kecelaruan itu, Akkir tahu ayatnya boleh menimbulkan salah faham. Akkir masih meneduhi Dian.

‘Tak, maksud aku, kalau kau tak okay, kau boleh tinggal kat rumah aku. Mak aku ada. Lagipun aku tak tidur kat rumah aku malam ni. Aku tidur kat balai. Ada kerja’

Akkir menyoal Dian yang masih tidak menjawab soalannya. Diamnya lama. Dian yang perasan akan basahnya baju Akkir pada ketika itu menolak payung Akkir dari meneduhinya secara menyeluruh. Dian membuka pintu pagarnya luas.

‘Masuk kejap’ Dian bersuara perlahan. Akkir diam sebelum melangkah ke hadapan membuntuti Dian yang kini sudah membuka pintu rumahnya.

‘Saya tinggal dengan mak cik saya. Dia ada dalam bilik sekarang. Jadi Tuan jangan risau’ Dian cuba memberi hujah untuk menyelesaikan salah faham yang sudah menimbun di benak Akkir. Akkir masuk dan mengangkat beberapa kertas yang bertaburan ke lantai, mungkin kerana tingkap kecil di tengah rumah Dian yang tak ditutup menyebabkan angin malam membawa kertas itu terbang hingga ke penjuru pintu masuk. Dian mengambil pelapik tempat duduk dan menyuruh Akkir duduk di situ. Dia beralih ke peti sejuknya dan mengambil satu tin coffee kepada Akkir. Akkir menyambut coffee tersebut, entah kenapa dia rasakan coffee itu hangat. Adakah peti ais Dian rosak? Perlukan dia tanya?

Akkir memilih untuk diam. Dia memandang sekeliling. Teringat stor di rumahnya, mungkin lebih besar. Di tempat yang Akkir rasa kecil itu, dia lihat dinding-dinding rumah Dian penuh dengan nota-nota, peta-peta, organisasi-organisasi, modus operandi, yang dilekat ke dinding hingga tidak dapat ketahui warna dinding rumah tersebut. Di sudut sebelah kiri katil Dian, rak memanjang hingga mencecah ke penghujung dinding rumah itu dan di dalam rak itu, penuh dengan fail-fail yang ditanda kemas dengan penanda berwarna warni. Hanya rak itu yang kemas. Hanya itu yang Dian jaga. Tiada apa lagi di dalam rumah itu, hanya ada beberapa mangkuk, sudu, garfu. Yang lain adalah kertas-kertas laporan kes. Dian menghampiri satu rak, dan mengambil fail berwarna Oren pudar dan menyerahkan pada Akkir.

‘Tak banyak yang saya dapat daripada kes Clown tapi ni summary yang saya dah buat’

Akkir menyentuh muka hadapan laporan tersebut, mahu menyelak helaian pertama tetapi menutupnya kembali dan meletakkan ke tepi. Memandang Dian yang duduk di sebelahnya.

‘Sebelum aku baca fail ni, aku nak dengar kisah kau dulu’ Akkir bersuara dan dibalas keluhan yang jelas di wajah Dian.

*

Bab 3: Her story

IPD Bukit Aman,

Sept 7 2002, 9.45 malam

Seorang lelaki, cengkung wajahnya, keringat membasahi urat-urat tua di wajahnya. Dia berjaket hitam dan berseluar lusuh, tangannya kini menggengam erat tangan kecil seorang budak perempuan yang kelihatan kusut masai dengan pakaian dan rambut yang tidak terurus, masuk ke dalam ruangan interrogation room 2. Budak itu dibiarkan seketika, seminit sebelum 3 lagi lelaki masuk ke dalam bilik tersebut dengan wajah yang sangat kalut dan gusar. Lelaki berjaket hitam itu tadi mengusap rambut budak perempuan tersebut yang tidak terurus dan kini menangis tidak henti-henti hingga sedu. Tidak pasti apa yang dapat menenangkannya, dia hanya memeluk budak perempuan itu rapat.

‘Kau dah bawa Dian ke hospital?’ Seorang lelaki berbadan agak besar, berumis dan memakai kemeja hitam menyoal lelaki berjaket hitam yang sedang memeluk budak perempuan tersebut.

‘Dah, doktor kata dia tak kena apa-apa. Dian budak bijak, dia baling batu besar ke mata clown tu, sebab tu dia boleh lari dan keluar ke jalan besar sebelum saya jumpa dia di hujung jalan 3’

‘Aku dah hantar orang pergi tempat tu balik…Apa yang Dian cakap lagi?’ Lelaki berbadan besar itu menyoal lagi.

‘Clown tu bawa dia naik kereta merah. No plat WM7689. Saya dah suruh konstable Aril trace. Nanti dia akan bagitahu’

Seorang lelaki kurus tinggi berbaju lusuh berwarna kuning yang diam dari tadi kini membongkokkan badannya memandang budak perempuan tersebut.

‘Dian nampak wajah clown tu?’

Budak perempuan tersebut menggeleng. Masih kelihatan ketar seluruh tubuhnya tapi cuba untuk berani di hadapan ayahnya.

‘Dian cakap lelaki tu conteng muka dia, bukan pakai mask macam kita anggap sebelum ni. Susah nak bagitahu siapa. Tapi tinggi dia, 170 dan kurus. Macam orang muda. Kita kena tangkap lelaki tu. Kalau apa yang Dian cakap betul, Amris tak bersalah’ Lelaki berjaket hitam itu memandang lelaki baju kuning dan kemeja hitam itu penuh cemas dan pengharapan.

Lelaki berkumis tebal itu mengangguk.

‘Bawa Dian balik dulu Yusuf, aku dengan team 1 akan cari lelaki tu.’

Dian kemudiannya menundukkan sedikit badannya dan melihat dengan senyuman manis dan menyeringai ke arah budak perempuan tersebut.

‘Dian, terima kasih’ sambil memegang tangan kanak-kanak perempuan tersebut.

*

Flat Lama, Cheras, Sept 9 2002

8 pagi

Seorang kanak-kanak prempuan menangis teresak-esak. Baju sekolahnya kini bersalut dengan tanah terutamanya kainnya, terheret di tanah. Tangannya memegang kuat tangan seorang budak lelaki lebih kecil darinya yang turut menangis teresak-esak, sebelum ditepis kuat dan kasar oleh seorang wanita yang mengangkat beg yang agak besar keluar dari rumah tersebut.

‘Ibu nak pergi mana? Bawa An sekali..’ Budak perempuan tersebut merintih. Tangan budak lelaki itu dipegang kembali, tidak berhenti. Selagi ada peluang. Dia tidak peduli dengan keadaannya kini yang sedang luka di kaki. Wanita itu dengan matanya yang merah memandang tajam kea rah kanak-kanak perempuan tersebut.

‘Semua salah kau! Sebab kau beritahu bukan-bukan pada polis, ayah kau jadi gila. Dan sekarang kau tahu apa diorang cakap pasal ayah kau? Dia ambil rasuah! Polis bangkai!’

Wanita itu kemudiannya meragut tudung kanak-kanak perempuan itu dan menariknya keluar ke tempok pagar luar rumah sebelum menghempas budak tersebut ke dinding tembok tersebut yang kini berconteng dengan spray berwarna merah, sayur busuk, telur busuk, dan sampah sarap.

‘Tengok Dian! Apa yang ayah kau dah buat! Mana aku nak letak muka aku?!’ Wanita itu menambah. Kali ini tekad, mengambil tangan budak lelaki tersebut mengangkatnya dan berjalan pergi dari rumah tersebut, Sekali lagi, budak perempuan tersebut, dengan saki baki kudrat yang ada memegang kaki wanita itu.

‘Bawa An sekali, ayah An tak buat benda tu…’ Tangan budak perempuan tersebut kuat memegang pergelangan kaki kiri wanita tersebut sebelum wajah budak perempuan tersebut ditendang kuat menyebabkan genggamannya terlepas. Wajah budak perempuan tersebut dipandang tajam dan penuh geram.

‘Kau bukan anak aku!’

*

IPD Bukit Aman,

Sept 9 2002, 4 petang

Seorang budak perempuan menghinjut-hinjut melihat, atau lebih kepada mencari di balik puluhan kereta yang menutupi jalan masuk IPD Bukit Aman tersebut. Budak perempuan itu mencari jalan, meloloskan dirinya memasuki balai tersebut. Kerana tubuhnya kecil, dia akhirnya dapat masuk ke dalam balai tersebut hingga ke pejabat aras 1, tempat ayahnya bekerja.

Seorang polis lelaki melintasi budak perempuan tersebut dan tanpa terlepas sedetik sedikitpun, budak perempuan tersebut kini menggengam tangan polis lelaki itu seperti tidak mahu melepaskannya.

‘Konstable Ali, pak cik kenal ayah saya kan? Saya Dian, anak dia. Pak cik ada datang rumah kami tahun lepas, saya ingat pak cik. Pak cik tolong saya, tolong cari ayah saya. Dah 3 hari dia tak balik rumah’

Lelaki itu cuba melepaskan genggaman budak perempuan tersebut hingga budak perempuan itu kini terjatuh ke lantai sebelum budak perempuan itu bangun mengejarnya tetapi polis lelaki tadi hilang. Budak perempuan itu kini beralih mencari polis lelaki yang lain sebelum segera berlari ke arah seorang lelaki berbaju uniform polis yang baru muncul di koridor tersebut bersama fail menimbun di tangannya. Budak perempuan tersebut menggengam tangan lelaki itu kuat sehingga menyebabkan failnya jatuh.

‘Pak cik ada sembang dengan ayah saya last raya china, depan warung depan rumah kami kan. Saya anak Detektif Yusuf. Pak cik kawan dia kan. Dia dah tak balik 3 hari. Dia janji dengan saya dia akan balik’

Sekali lagi, polis lelaki itu kelihatan rimas, mengutip failnya, dan melangkah pergi dari situ. Budak perempuan tersebut kini menangis tidak henti memaut pada tangan polis yang lalu lalang tapi semuanya mengelak darinya sebelum budak perempuan ini beralih pada seorang polis perempuan yang baginya itu harapannya. Segera kakinya yang kecil itu berlari mendapatkan wanita tersebut.

‘Saya dah datang balai semalam tapi polis dekat bawah tak cakap apa-apa. Diorang mungkin tak kenal saya. Tapi aras ni, aras ayah saya kerja. Saya kenal semua yang kerja aras ni. Kakak pun. I.O Ameera. Tolong saya, ayah saya hilang. Dia pergi mana? Ada kakak jumpa dia? Ayah saya takkan buat macam ni.’

Dan tangan anak perempuan itu dikuis kuat oleh polis wanita tersebut sehingga tersandar budak perempuan tersebut ke dinding. Pintu bilik di dalam pejaabt itu dikuak, seorang lelaki masuk.

‘Dian, balik. Ayah awak dekat rumah. Pak cik nampak dia dekat bandar tadi, dia ada beli anak patung. Mesti dia nak bagi pada awak’

Kanak-kanak perempuan itu tersenyum girang. Mengelap matanya yang basah. Mengucap terima kash berulang kali pada lelaki tua berbadan besar yang juga ada pada malam Dian dibawa oleh ayahnya ke balai selepas kejadian culik itu, yang budak perempuan itu kenal sebagai Detektif Zarul.

*

Berek lama, Cheras 2002

Sept 9, 6.30 petang

Budak perempuan tersebut berlari laju setelah turun dari bus yang dia hanya dapat belas kasihan untuk menumpang balik. Kakinya digerak laju menyelusuri lorong kecil ke rumahnya. Dia menanggalkan beg galas belakangnya dan membuka tombol pintu rumahnya. Menguak pintu, menjerit memanggil nama ayahnya dengan senyuman dan kegembiraan yang amat sebelum dia, dengan matanya sendiri, melihat sekujur tubuh berlumuran darah yang mengalir dari pergelengan tangannya kini terbaring di bilik utama rumah tersebut. Tangan kiri lelaki itu, ada anak patung berwarna coklat disebelahnya yang turut terkena darah yang sama.

Pintu kemudiannya dikuak perlahan, seorang wanita separuh abad, masuk dan sama seperti budak perempuan itu, dia turut kaku sebelum menelefon ambulans dan segera terduduk memeluk budak perempuan tersebut yang cuba berlari ke arah tubuh tersebut.

‘Mak Cik Zara, ayah…ayah..Ayah!!!’

*

Willstone Street House, 2017

1 pagi

Dian memegang kuat teddy bear berwarna coklat itu. Tidak semena-mena air matanya mengalir sebelum dilap kalut.

‘Saya tak tahu kenapa ayah bunuh diri. Orang ramai cakap ayah saya mati sebab rasa bersalah kerana masukkan Amris yang dah macam adik dia sendiri ke dalam penjara dan yang paling kuat alasannya adalah kerana ayah tahan Amris malam tu, anak perempuan Amris mati malam tu. Kemalangan. Dan kemudiannya mak tiri saya cakap ayah dituduh ambil rasuah untuk kes 2 tahun sebelum tu, kes kakak Tuan. Itu kesalahan terbesar dan tekanan paling dahsyat yang mak tiri saya dan orang lain claim’

Akkir terasa seperti kilat baru melintasi masuk ke ruangan rumah Dian. Apa yang Dian dah sembunyikan padanya.

‘Betapa beratnya tekanan yang dia dapat sampai dia pilih jalan tu saya tak tahu. Saya tak tahu kenapa abah saya kena mati macam tu and I found why later. Lepas ayah meninggal, adik Amris, Mak Cik Zara, bawa saya pergi dari bandar tu. Mungkin dia tak tahan hinaan orang ramai terhadap abangnya, atau dia kasihan dengan saya. Kami pindah ke Nilai. Masa tu saya jumpa mangsa ke 3 kes clown tu. Saya pernah nampak gambar dia pada fail ayah. Saya cam dia. Walaupun dia tak mengaku. Saya dengar perbualan dia dengan ayah dia. Dia cakap hidup dia tak tenang sebab makan duit haram, masukkan orang yang tak bersalah ke dalam penjara, dan yang paling penting clown tu masih bebas. Dia sama macam saya, tahu clown tu masih bebas tapi kenapa dia tipu? Saya cuba nak cakap dengan dia tapi dia mengelak. Saya tarik dia pergi ke balai cakap benda yang betul. Tapi dia cakap polis sendiri yang suruh dia cakap macam tu. Polis yang nak dia buat macam tu. Gila. Esoknya saya dapat tahu dia dah pindah. Saya baru 15 tahun waktu, saya tak tahu nak buat macam mana nak cari dia. Bila dah besar sekalipun, saya tak dapat cari dia. Lansung tak ada rekod dia dekat mana-mana Satu yang saya tahu, kes clown tu lebih dari yang saya sangka. Untuk protect orang atas, diorang tak kisah rasuah orang bawah, beli victim. Dan ayah saya, mungkin tertekan dengan hakikat tu. Dia bunuh diri.’

Akkir hanya mampu diam. Dian menghela nafas berat sambil melihat ke arah pintu bilik di mana Mak Ciknya berada.

‘Amris dah macam pak cik saya. Adik perempuan dan anak perempuan dia tinggal dengan kami masa dia masuk penjara sebelum itu atas kesalahan mencabul tapi abah cakap waktu tu wanita yang tuduh Amris sebenarnya dah perangkap dia. Bila Amris keluar penjara, kami semua duduk sama-sama satu rumah. Dengan mak tiri dan adik lelaki saya. Lepas apa yang jadi pada ayah. Ibu tiri saya cakap itu salah saya. Salah saya sebab buka mulut. Ayah stress, tak balik rumah, kena framed, dan bunuh diri. Saya nak betulkan keadaan Akkir..Tuan. Saya nak Amris balik dengan adik perempuan dia, dia masih ada orang yang sayang dia. Dan ibu tiri dan adik lelaki saya, saya nak jumpa diorang balik. Duduk satu rumah macam dulu. Saya takkan give up’

Dian diam dan Akkir sedar apa yang Firhan maksudkan sebelum ini. Dian tahu Clown masih hidup. Dia satu-satunya yang tahu Clown masih bebas. Dan tujuan Dian berulang alik ke NFS dan berhubung dengan Firhan selama ini adalah untuk menemui mangsa Clown yang seterusnya. Dan kenyataan paling pedih untuk Akkir terima, dia selama ini tidak pernah tahu sengsara yang Dian hadapi. Seorang diri. Banyak perkara yang dia tidak tahu pasal Dian. He thought he know.

Bab 4: The third witness

IPD Ampang

7.45 pagi

Sarjan Mahzan menarik board ke tengah, menghalang penglihatan team lain ke arah meja mereka.

‘Saya dah baca balik fail kes Clown 2002. Dan pergi sendiri NFS, hospital yang attend mangsa, cari balik team yang terlibat dengan kes ni dulu dan detektif yang ada waktu tu. Bila saya tengok balik, memang ada something off pasal kes ni sama macam yang Dian cakap sebelum ni. Ada detektif yang gossip pasal kes ni dulu yang sebenarnya pihak polis yang handle kes ni tahu ada semen yang diorang jumpa pada setiap mangsa, satu hingga 3. Tapi benda ni tak mention lansung dalam report. Tak ke gila benda tu? Sedangkan semen bukti paling penting untuk compare DNA dengan suspek. Detektif waktu tu hanya rely dengan testimony daripada saksi dan mangsa’ Sarjan Mahzan merah mukanya menahan marah dan geram.

‘Kan, itu saja yang mereka ada. Testimoni daripada mangsa dan saksi. Jadi, macam mana kalau saksi dan mangsa ni tipu?’ Akkir mencelah. Dian mengerutkan keningnya.

‘Ramai profiler profiling kes ni sebelum Amris ditangkap. Banyak variasi pada kemungkinan yang mereka catatkan, semua berbeza-beza tapi cuma ada satu persamaan, penjenyah adalah lelaki, dan berumur 20 an macam tu. Introvert. Tak bersosial. Kebanyakkan pedophilia macam tu. Sebab tu banyak spekulasi timbul bila Amris, 46 ditangkap masa tu. Sebab tak fit dengan apa yang diorang cakap’ Dian mencelah pula. Dia menyelak helaian seterusnya. Masing-masing melihat Dian. Akkir tidak sedar matanya tidak lepas dari memandang Dian.

‘Tengok dari segi dia cuci mayat mangsa selepas assault, cara dia bungkus mangsa dengan tali dan sumbat mangsa dalam beg, planning tempat tanam yang orang lain takkan pernah agak, dan cara penyamarannya yang budak akan suka, profiler conclude dia seorang lelaki yang teliti. Cermat. Tersusun. Dan sebab kenapa dia tanam mayat budak-budak lepas 2002 adalah sebab dia tak mahu orang lain tahu budak-budak ni dah jadi mangsa dia dan paling penting, Clown masih hidup. Dia tahu apa yang dia buat. Dia dalam lingkungan 20-25 tahun. Tinggi dan kurus. Tengok macam mana polis dan orang dalam NFS sendiri palsukan bukti, clown tu mesti anak, adik atau saudara terdekat orang yang berkuasa di KL waktu tu. Anak prosecutor, anak politician, anak menteri atau sesiapa saja yang boleh beli polis’ Dian menambah.

‘Dian dah cerita pada saya sebelum ni yang dia dah bagi kesaksian direct pada polis lepas dia lari clown tu. Yang ada waktu tu, hanya ayahnya, detektif Yusuf, SP zarul, Chief mazhan dan Chief Zairi. Sp Zarul ketua waktu tu. Antara diorang, kita tak tahu siapa’ Akkir mencelah. Sarjan Mahzan dan Hanif menjeling ke arah Akkir seolah-olah memerli ayat Akkir yang Dian dan dia sudah ada perbualan sulit antara mereka.

‘I vote for Chief Mazhan’ Hanif mengangkat tangannya. Akkir mengetuk kepala Hanif dengan fail

‘Saya SP Zarul. Terang tang-tang kut. Tengoklah kes kakak Akkir macam mana?’ Sarjan Mahzan bersura sebelum perasaan akan riak wajah Akkir yang mula berubah.

‘Saya look up background diorang. Detektif Zairi, saya cuba cari dia tapi sejak kes clown tu, saya dapat tahu dia dah letak jawatan dan hijrah ke China. Saya tak dapat cari lepas tu. Chief Mazhan, saya dah selidik latar belakang dia, tapi macam dah dirancang. Its clean. Dan Sp Zarul. Korang tahu sendiri dia macam mana. Even lepas saya report pada IA untuk kes kakak Akkir, ramai back up dia. Thats why, my vote same with Sarjan Mahzan. SP Zarul’ Dian bersuara. Jelas wajahnya merah.

‘Kalau kes clown 2002, ketua kes waktu tu SP Zarul kan?’ Hanif mencelah dengan muka bercahaya.

‘Sp Zarul, memang pada kertas clean. Tapi senior saya pernah cakap yang dia banyak terima rasuah. Dia start jadi polis bawahan saja tapi dalam usia yang muda, dah jadi ketua polis besar. Banyak orang cakap pasal benda ni dulu’ Sarjan Mahzan membalas dengan keningnya yang berkerut dan kepalanya yang memanjang melihat kiri dan kanan kalau-kalau ada orang lain terdengar perbualan mereka. Dian mengerutkan keningnya

‘Walau banyak kali pun saya baca, saya tak berapa sedap hati dengan saksi ke 3 yang bagi testimony. Saksi pertama dan kedua cakap diorang hanya nampak badut tu. Diorang tak bagi description lengkap pasal clown tu, tinggi ke, kurus ke, dan diorang tak cam wajah dia tapi saksi 3 yakin dia nampak clown tu pakai mask. Dan waktu dia nampak clown tu, clown tu tanggalkan mask’ Sarjan Mahzan menambah.

‘Clown tu bole saja tersilap, tak sedar masa dia tanggalkan mask, ada orang yang nampak’ Akkir mencelah. Hanif mengangguk.

‘Sarjan betul. Dia selamat dengan teknik dia sebelum ni, kenapa dia nak ambik risiko dengan buka mask dia kat tempat yang orang boleh nampak dia? Dan saksi tu tukar statement 2 kali kan? Mula-mula dia cakap banduan ni, tapi lepas dia tengok Amris, dia cakap amris pula. Macam tak yakin. Lagipun gambar yang polis tunjuk waktu tu gambar Amris waktu muda, masa dia masuk penjara waktu umur 25 tahun, sedangkan kalau betul clown tu betul yang saksi tu nampak, Amris dah 46 tahun. Seolah-olah dia yakin, dan tekad itu memang Amris’

Dian memberi hujahnya

‘Dan kenapa dia muncul tiba-tiba? Ikut tarikh ni, dia bagi kesaksian untuk kes ke 2. Iaitu sebulan lepas kes ke dua berlaku dan sehari sebelum kes ke 3 dilaporkan berlaku. Apa yang buat dia ambik masa yang lama untuk bagi kesaksian?’

‘Siapa nama saksi tu lagi? Dia anak korporat kan Chief Mazhan cakap sebelum ni?’ Sarjan Mahzan menjawab persoalan Dian dengan soalan.

‘Ethan. No matter how I search for him, saya tak jumpa jejak dia lansung’ Dian menghela nafas berat.

‘Hanya sorang yang dapat jawab’ Akkir memberi cadangan.

‘Siapa?’ Mereka serentak menyoal Akkir.

‘Amris’ Semua terpaku. Ada logiknya kerana Amris saja yang boleh beritahu mereka samada dirinya sendiri pernah dilihat oleh saksi ke 3.

‘Dia tak nak jumpa saya’ Dian membantah sebelum disoal serentak oleh yang lain. Jelas wajah bersalah di mimik muka Dian. Akkir terutamanya kelihatan curiga. Dian mengebam mulutnya.

‘Tuan ingat kemalangan yang saya cakap sebelum ni? Kejadian tu berlaku di Mimaland. Amris, masa ayah saya nak bawa dia pergi balai, dia minta 5 minit. Sebab dia dah janji dengan anak perempuan tunggal dia yang diorang akan naik roda putar dekat Mimaland malam tu. Tapi takut Amris lari, ayah gari Amris pada kereta. Dari dalam kereta, 5 minit dia tengok perempuan dia naik ferris wheels tu sorang-sorang’

‘Maksud awak Mimaland yang roboh tu? 1 sept..2002!’ Sarjan Mahzan mencelah dengan riak wajah yang sangat terkejut.

‘Ya Amris ditahan pada 1 sept 2002, malam tu. Malam runtuhan theme park tu, tanah runtuhan. Anak dia mangsa runtuhan Ferris Wheels tu’

‘Ayah cakap bila dia jaga, dia tengok Amris pengsan dekat tempat duduk belakang, dia cuba cari Arisya, anak Amris. Dia nampak Arisya masih sedar, masih hidup di bawah cebisan runtuhan ferris wheels tu dan cuba untuk panggil nama ayahnya. Ayah nak pergi pada Arisya tapi runtuhan yang lain sekat dia, masa tu juga dia dengar Amris jerit dari belakang panggil nama anak dia. Pihak kecemasan datang, diorang nak selamatkan Arisya tapi dalam masa yang sama ada tiang besi hampir runtuh dan mereka tak sempat nak buat apa-apa. Arisya mati dalam runtuhan tu. Sebab rasa bersalah tu, ayah bunuh diri. Korang faham kan sekarang, kenapa Amris takkan pernah mahu jumpa saya. Dia hanya anggap saya anak kepada orang yang dah bunuh anak perempuan dia’

*

HK Company

11.30 pagi

‘Betul tempat ni? Anak korporat tu?’ Akkir menyoal tetapi tak dibalas oleh Dian. Di hadapan mereka tersergam bagunan pencakar langit yang membuatkan leher Dian sakit kerana terpaksa mendongak tinggi.

‘Ethan, 34 tahun. CEO syarikat ni. 15 tahun yang lalu, dia pelajar kolej. Dia tinggal di Sungai Buloh. Dan lepas tu saya dengar dia pergi oversea, and I don’t know what happen to him after that. Banyak kali saya datang sini, but no one ever see him or speak about him and I pray it will be different today’ Dian membalas perlahan. Akkir memandang Dian sekilas.

‘Jadi apa yang penduduk Sungai Buloh buat dekat KL 15 tahun yang lalu?’ Akkir menyoal tapi tidak dibalas oleh Dian. Mereka melangkah masuk ke dalam bulding tersebut dan menekan aras 13th. Mereka masuk ke ruangan tingkat 3 yang penuh dengan kaki tangan pekerja yang keluar masuk. Dian menegur seorang kakitangan yang baru masuk ke dalam aras tersebut.

‘Boleh kami tahu mana CEO Ethan sekarang?’ Dian menyoal soalan yang dia sudah lontarkan beribu kali pada pekerja syarikat itu sebelum ini. Wanita itu mengerutkan keningnya sebelum Akkir mengeluarkan kad polisnya.

‘CEO Ethan on leave sekarang. Dia bercuti sekarang’ Wanita itu bersuara sambil menutup fail ditangannya.

‘Bila dia balik?’ Dian hampa. Sama saja jawapan yang dia terima sebelum ini.

‘Saya tak sure yang tu. Lagipun dah 8 bulan dia tak datang pejabat ni’

‘8 Bulan?’ Dian mengerutkan keningnya.

‘Maksudnya sebelum 8 bulan ni, Ethan ada saja di syarikat ni?’

Wanita itu mengangguk. Teragak-agak memikirkan apa yang dia cakap salah atau tidak di mata polis.

‘Awak tahu sebab apa?’ Dian menyoal lagi. Wanita itu menggelengkan kepalanya.

‘Dia baru saja datang Malaysia. 6 tahun lepas kalau saya..’

Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki berbadan besar dan lingkungan 50 an, berjalan kalut, menghampiri Dian dan Akkir. Wanita tadi, entah ke mana, menghilangkan diri.

‘Saya Pembantu kanan En Ethan, Rasyid’

*

Dian melihat sekeliling pejabat Ethan. Jelas kosong dinding. Mejanya kosong. Memang bilik itu hanya tinggal untuk dikemas. Tangannya kini ingin membuka tombol pintu satu bilik kecil.

‘Its just a store’

Dian tidak mempedulikan lelaki tua itu dan terus mencuba membuka tombol pintu tersebut tapi berkunci. Dian menoleh badannya memandang lelaki tua tersebut.

‘Saya dengar Ethan ada di syarikat ni sejak 6 tahun lepas. Tapi bila saya datang syarikat setahun yang lepas, no one told me he was here’

‘Dia on leave’

‘Tapi pekerja perempuan tadi cakap, baru 8 bulan dia tinggalkan syarikat ni, on leave’

‘Dia mungkin silap kira’

Dian tersenyum sinis.

‘Boleh kami lawat rumah dia?’ Dian menyoal.

‘I think its not appropriate to go to someone house if the owner wasn’t there. Ethan anak tunggal. Parent dia meninggal 15 tahun dulu. Kalau inspektor pergi sekalipun, no one will greet you. Unless you want to search, need a warrant though’ Lelaki tua itu berdehem.

Dian hanya menjeling. Dia dan Akkir seusai selesai melawat pejabat Akkir, mereka pergi meninggalkan bagunan tersebut. Beberapa deretan kereta mewah tidak berhenti masuk ke dalam ruangan bulatan jalan masuk ke pintu utama bagunan tersebut. Dian membetulkan tudungnya yang disapa angina petang.

‘Bilik Ethan, tuan tak pelik?’

Akkir hanya mengerutkan keningnya. Tidak menjawab. Mereka melintasi bulatan untuk ke seberang.

‘Tak kira berapa lama sekalipun seseorang tu on leave, pasti ada beberapa dokumen, gambar di dinding yang nak cakap ada orang pernah guna bilik tu’

‘Jadi kau nak cakap Ethan tak pernah guna bilik tu’ Akkir meningkah. Mengeluarkan kunci keretanya.

Dian menggelengkan kepala. Terus masuk ke dalam kereta, duduk di tempat sebelah pemandu. Di tepi Akkir. Akkir menghidupkan enjin keretanya.

‘Ada bilik yang dikunci. Dinding pejabat ada kesan dipaku, ada extension di tepi kaki meja tapi tiada sambungan. Semuanya macam dikemas secara kelam kabut. Ke dalam bilik tu. Ada benda yang diorang tak nak kita nampak. Tuan tengok kan tadi pembantu Ethan macam mana? Dan macam mana dia cantas kata-kata pekerja wanita tadi. Mungkin pekerja wanita tadi terlepas cakap benda yang tak sepatutnya dia cakap. Kita kena cari. Bilik tu, mesti ada something’ Dian memberi cadangan. Akkir menekan pedal minyak masuk ke jalan utama.

‘Kita tak ada warrant. Kalau kita masuk macam tu’

Dian mengeluh. Memeluk tubuhnya sebelum menggapai telefon bimbitnya di dalam poket sleuar sebelah kiri, segera menelefon seseorang yang dia kenal tanpa disyaki oleh Akkir lansung.

*

Willstone Street,

7.45 malam

Siang kini digulung malam yang senja. Dian memberi salam ke arah kiri tubuhnya. Berdoa, dan kemudiannya duduk berteleku di tikar sejadah. Kepalanya seperti hutan. Penuh dengan semak masalah. Mengeluh sebelum telefon bimbitnya berbunyi. Dan tertera nama Chief Mazhan di situ.

‘Aku tahu kau siapa Dian. Kau anak Detektif Yusuf kan?’

Dian tidak menjawab pertanyaan secara tiba-tiba oleh Chief Mazhan tersebut. Bibirnya seakan dijahit. Rasa ingin tahunya membuak-buak dalam kebingungan dan keras di hatinya.

‘Kes yang kau tengah siasat, kes yang kau tak patut sentuh’

‘Apa maksud Tuan?’ Dian akhirnya bersuara. Mengerutkan keningnya. Tubuhnya seperti timbul perasaan baru iaitu geram dan marah. Angin malam menerpa masuk dari celah tingkap dan membelai wajah Dian.

‘Aku tahu kau check background aku sebelum ni, dan aku buat benda yang sama pada kau Dian. Bukan semalam tapi 7 tahun yang lepas. Aku tahu kau anak Detektif Yusuf, aku tahu kau masuk akademi polis dan aku tahu tujuan kau masuk akademi tu. Aku ambik kau masuk team cold case bukan sebab kau profiler terkenal tapi hutang aku pada kau dan pada Amris. Tapi aku bodoh, kes ni terlalu bahaya’

Dian mengenggam kuat telefon bimbitnya. Ternyata telahannya selama ini benar. Telingannya sekarang dipasang, terlentang. Lapang bagi penerimaan sebarang kebenaran.

‘Tentang Amris difitnah, tentang ayah kau yang bunuh diri. Kalau kau rasa kau boleh handle benda yang sebenar, jumpa aku di Hospital Nilai’

Suara Chief Mazhan terhenti di situ. Dian bangun menanggalkan kain sembahnyangnya, memakai tudung dan terus bergegas keluar dari rumahnya. Hari ini kematian membisikkan perihal-perihal indah. Langit siang yang hangat kini diganti dengan malam yang dingin. Dian berjalan menyelusuri lorong kecil ke parkir jalan bawah, dengan harapan kebenaran akan dibongkarkan. Sesuatu yang tergantung sudah lama.

*

Bab 5: Unveil the truth

IPD Ampang

Bilik perbincangan utama 11 malam

‘Kenapa awak jumpa dengan chief?’ Sp Zarul menyoal Dian yang berada di hujung meja panjang tersebut. Keadaan tegang sejak 15 minit yang lalu. Daripada hospital hinggalah sekarang, setiap 15 orang anggota polis yang berada di situ memandang tajam ke arah Dian. Daripada menunggu penjelasan, mereka lebih perlukan pengakuan. Kenapa Dian ada di situ? Kenapa Dian bunuh Chief Mazhan?!

Chief Mazhan ditemui berlumuran darah dengan pisau menusuk perutnya, terburai. Dian meramas jari jemarinya, hanya memandang kosong ke hadapan.

‘Dia call saya’ Dian membalas perlahan. Akkir, Sarjan Mahzan dan Hanif yang berada di belakangnya menunggu sambungan Dian. Sp Zarul mengerutkan keningnya. Begitu juga anggota polis yang lain. Itu tidak cukup bagi mereka. Mana mungkin cukup!

‘Sebab apa?’ Soal Sp Zarul lagi. Menghela nafas kuat.

‘Kes clown 2002. Dia cakap ada benda dia nak bagitahu pada saya pasal kes tu’ Dian membalas perlahan. Terasa semangatnya semakin disedut keluar setiap kali dia dipersoalkan seperti penjenayah. Mungkin ini yang Amris rasa sebelum ini. Dia berfikir sejenak. Mengimbau kesedihan lama.

‘Pasal apa?’ Sinis nada Sp Zarul tetapi lebih kepada ingin tahu. Dian memandang tajam ke arah Sp Zarul, sedar apa yang dia cakap sekarang akan memberi kesan yang Dian sendiri tidak tahu, yang pasti hatinya tidak selesa. Ada benda yang tidak kena. Ada benda sedang berlaku tetapi tidak diakui oleh pelakunya. Hati Dian semakin gelap seakan semua lampu sudah dimatikan, jendela dibuka menyebabkan angin lampau masuk ketika itu. Memarahi segala perkara. Yang panas di kening, yang dingin dikenang.

‘Dia cakap kes tu dah diubah suai’ Dian menjawab perlahan. Sp Zarul semakin tajam memandangnya.

‘Jadi kes dah diubah suai. In what way?’ Sp Zarul menyoal sinis.

Dian mengebam mulutnya. Cuba mengatur idea.

‘Dia tak cakap lagi pada saya. Bila saya sampai dia dah kena attack’

Dian kemudiannya diam. Tidak menjawab. Bibirnya ketar. Masih melihat jari jemarinya yang berlumuran dengan darah Chief Mazhan. Matanya makin berpinar. Dia dibawa terus ke balai sebagai suspek sebaik saja dia sendiri yang menghantar Chief Mazhan ke hospital tadi.

‘Masa awak sampai tempat kejadian, apa yang awak nampak’ Sp.T Zarul mengasak Dian sekali lagi dan sekali lagi Dian menggelengkan kepalanya. Tidak ada yang boleh dibawa berbincang ketika itu.

‘Chief dah tersandar pada pokok, berlumuran darah’. Dian membalas perlahan. Akkir yang duduk di hujung seakan menyelami sepasang kolam di dalam mata Dian yang dalam dan kelam di wajahnya.

‘Ada suspicious person?’

‘Dia sorang’

‘Senjata pembunuhan’

Dian menggelengkan kepalanya lagi

‘Saksi? Atau situasi waktu tu?’

‘Gelap, saya..saya tak nampak’ Dian membalas ragu-ragu sebelum Sp Zarul bangun menghentak meja.

‘Awak polis kat negara ni! Direct superior awak mati dan awak tak nampak atau dengar apa-apa? Chief Mazhan ketua awak! Dia polis, dan mati depan polis yang lain dan polis tu tak tahu apa-apa!’

Jeritan Sp Zarul membingitkan suasana di dalam bilik itu. Semua anggta polis menundukkan kepala mereka.

‘Ketua-ketua lain? Ketua kepada detektif lain dah dibunuh. Ditinggal dalam hutan, berdarah! Saya nak team 1, 2 dan 3 cari siasat kes ni sampai dapat. Saya akan pastikan kamu takkan dapat tidur selagi kes ni tak selesai. Semua orang must be on this case. Cari apa-apa pasal Chief Mazhan, his credit card, cctv, phone call log, fail investigation, dan bawa pembunuh tu kat aku. Tapi, team cold case dikecualikan dari kes ni’

SP Zarul menjeling marah ke arah Akkir.

‘Chief Mazhan ketua kami juga’ Akkir membantah keras. Hanif dan Sarjan Mahzan juga membantah.

‘Teamate kau suspek dalam kes ni!’ Jelas kuat herdikan daripada Sp Zarul sambil menjeling ke arah Dian.

‘Bukan saya yang..’ Dian membantah. Mengerutkan keningnya. Sampai ke tahap ini dia difitnah. Seperti keberadaannya sebentar tadi bukan untuk disoal siasat tetapi hanya formaliti polis kepada suspek dan akhir sekali Sp Zarul yang akan tentukan yang Dian adalah pembunuh. Sp Zarul memandang tajam ke arahnya.

‘That’s up tu us to decide’

Sp Zarul menamatkan perbincangan mereka waktu itu.

*

Pantry Aras 3, IPD Ampang

11 malam

Hanif dan Sarjan tidak nampak di mana Akkir dan Dian sejak dari bilik mesyuarat utama tadi. Kali terakhir mereka nampak Dian adalah dalam bilik mesyuarat tadi sebelum Dian lesap entah ke mana. Akkir juga. Perasaan ingin tahu mereka apa yang terjadi sebenarnya pada Dian dan Chief Mazhan sangat membuak-buak tapi rasa kasihan pada Dian lebih menebal. Sarjan Mahzan tidak senang duduk.

‘Sarjan’ Hanif memulakan perbualan mereka di pantry tersebut. Dia hanya menyebut nama superiornya tanpa tahu apa yang perlu diucapkannya lagi pada waktu begitu. Kalau mereka tersilap langkah, team lain akan pandang mereka dengan perasaan curiga sekarang sebab mereka dah dikecualikan dari kes itu dan jika mereka cuba siasat lebih kes itu untuk bela Dian, mereka yang akan kena.

‘Aku berani kerat jari, yakin 99.99% yang Dian takkan buat benda bodoh tu. Lagipun dia perempuan. Gila ke apa Sp Zarul tu’ Sarjan Mahzan memberi hujahnya menumbuk meja.

‘Tak fit dengan profile Dian. Chief Mazhan physically lagi kuat daripada Dian, Dian takkan dapat semberono tikam dia hidup-hidup. Orang yang pernah buat jenayah saja bole buat macam tu’ Sarjan Mahzan menambah. Hanif mengangguk kepalanya berulang kali. Masih meliar kepalanya mencari Dian.

*

Akkir berlari ke hulu ke hilir mencari Dian sejam tadi sebelum dia mengambil keputusan untuk balik saja malam tu. Lagipun Akkir dengar perbualan I.O Mahadhir dengan Dian tadi yang Dian akan dikawal 24 jam sebagai suspek. Polis akan bersamanya. Walaupun dia tak tahu Dian dimana kerana tidak seorang pun anggota polis mahu beritahu Akkir dan team cold case yang lain, seorang-olah curiga dengan mereka, setidak-tidaknya Akkir tahu Dian selamat di bawah mata polis lain.

Akkir melangkah ke parkir kereta bawah balai, berniat untuk ke rumah Dian sebelum dia nampak tubuh perempuan itu sedang berada di balik keretanya, duduk berteleku seorang diri. Seolah-olah tidak mahu orang lain melihatnya. Di belakang Akkir sekarang 2 anggota polis yang mundar mandir di kawasan parking itu dan segera berlari ke arah Akkir saat nampak Akkir dan Dian di situ.

‘Saya akan hantar inspektor Dian balik’ Akkir bersuara tegas seolah-olah memberi arahan kepada dua anggota polis muda tersebut.

‘Tapi tuan’ salah seorang konstable membantah, perlahan dalam nada takut. Akkir memandang tajam ke arahanya.

‘Kamu hilang suspek kan? Seriously, I thought your team tailing her carefully. Korang nak aku cakap kat I.O Mahadhir yang korang terlepas suspek? Saya akan hantar dia. Berlambak cctv kat sini, jalan masuk rumah Dian pun penuh cctv. I bet kat rumah Dian pun dah ada polis standby. Dan kamu nampak saya orang terakhir dengan Dian. Saya tak sebodoh tu nak lari dengan Dian tapi minta kebenaran polis’

Akkir menarik tubuh Dian bangun dan memapahnya berjalan masuk ke balai kembali. Tidak mempedulikan 2 anggota polis tersebut yang masih dalam mode serba salah. Dian melepaskan tangan Akkir yang memegang bahunya. Dian hanya membuntuti Akkir untuk ke pantry. Mereka menggunakan pintu kecemasan kerana tidak mahu polis lain memandang serong pada Dian.

‘Kita cuci dulu tangan kau’

Akkir yakin Dian dibelakangnya berdasarkan bunyi tapak kaki Dian sebelum Dian tersadung di tangga ke 10 dan jatuh terduduk di situ sambil melihat tangannya yang berdarah dengan darah Chief Mazhan. Akkir segera menuruni anak tanggan mendekati Dian.

‘Kau okay ke?’

Dian menghela nafas berat. Memandang tangannya. Matanya, Dian rasakan gelap. Dia rasa dalam mulutnya pahit. Rasa mahu muntah tapi tidak keluar apa-apa. Bibirnya makin ketar, satu tubuhnya ketar. Hatinya entah kenapa rasa berat, jatuh ke dalam tempat yang Dian tidak tahu. Dan dia juga tidak sedar yang sekarang matanya basah bila mengenangkan pemilik darah itu dan rasa bersalah, sakit, sedih, marah mula menguasai dirinya. Dian cuba mngatur nafasnya tetapi tidak menjadi. Seolah-olah dirinya ditimbun runtuhan masa silam yang mencintai para pembenci. Dia lihat ayahnya terbaring bersama darah yang bukan diguris oleh dirinya, ibu tiada di dapur, adik lelakinya tiada di ruangan rumah bermain bola kegemarannya. Mereka tidak ada di mana-mana. Tetapi di jalan sana, ada orang yang meraikan dengan huru hara yang tidak pernah tuntas. Dian merasakan ada retakan baru di tubuhnya. Membelahnya. Mengubah ingatan kepada hukuman. Meletakkan jiwanya di antara keinginan dan keengganan kembali, di antara perkara-perkara yang mungkin dan tidak mungkin selesai.

‘Dian’ Akkir memanggil namanya dan sekali lagi Dian menangis berat. Dian mengebam mulutnya, nekad untuk mengatakan sesuatu pada Akkir walaupun dia tahu itu susah.

‘Aku tak nak darah dia kat tangan aku. Aku tak nak’

Akkir mengerutkan keningnya.

‘Apa yang aku dah buat’ Dian merengek. Menangis. Umpama anak kecil.

‘Apa kau cakap ni’ Akkir cuba waras.

‘Ayah aku.Ayah aku Akkir. Chief Mazhan cakap, dia bunuh ayah aku!. Ayah aku tak bunuh diri, dia yang bunuh..Diorang dah bunuh ayah aku! Dan anaknya ingat selama ni ayah dia bunuh diri. Dia ingat ayahnya pentingkan diri sendiri, bunuh diri dan tinggalkan dia sorang-sorang kat dunia ni. Anak jenis apa aku ni?!’

Dian tidak mahu memandang Akkir. Tangannya yang berdarah kini basah dengan air matanya. Dian melibas tangannya pada bajunya pula. Meracau sebelum Akkir menenangkannya.

‘Dian, terang kat aku apa yang jadi’

Dian menggeleng kepalanya.

‘Dan sekarang diorang bunuh Chief Mazhan. Diorang nak bunuh sesiapa saja yang related dengan kes Clown ni dulu. Chief Mazhan call aku sebab nak beritahu hal sebenar, dalang mungkin tahu hal ni jadi diorang bunuh Chief Mazhan.’

‘Kalau macam tu nyawa kau pun Dian, dalam bahaya’ Akkir memberi hujah. Dian kini kelihatan lebih tenang. Dia mungkin sedar dia sudah membahasakan dirinya ‘Aku’ dengan Akkir.

‘Diorang tak tahu saya siapa’ Dian berbicara perlahan.

‘Diorang akan tahu. Kalau Chief Mazhan tahu, lambat laun dalangnya pun akan tahu. Dan sekarang kau suspek Dian, diorang akan selidik background kau. Sampai kami cari pembunuh sebenar, aku harap kau tak buat benda bodoh’ Akkir membalas.

‘Macam mana?’ Dian menyoal. Akkir diam lama.

‘Ethan kita tak dapat kesan, Detektif Zairi hilang, mangsa ke lima lesap, dan sekarang hief Mazhan mati!’

Dian mendesak. Akkir mengebam mulutnya, berfikir sebelum bersuara.

‘Medina, mangsa ke 3, aku dah suruh Sarjan Mahzan cari. Sarjan Mahzan paling pakar kalau cari orang yang hilang. Team missing person bencikan kita bukan sebab kita ambik tempat diorang tapi sebab diorang cuba recruit sarjan Mahzan tapi tak dapat. Dia memang tak pandai guna computer tapi kalau kat luar, dia paling cekap. Sarjan Mahzan dah tengok rekod dia dekat airport pada tahun 2002 sampai sekarang, nama Medina tak pernah ada. Dia still kat Malaysia. Kita still ada harapan’ Akkir masih dalam nada memujuk Dian.

Bab 6: Law

Willstone street house

8.45 pagi

‘Team 1 standby dekat rumah kau, diorang awasi kau siang malam. Kau kena hati-hati. Aku tunggu kau dekat lorong ke tiga’

Kata-kata Akkir masih terngiang di telinga Dian awal pagi tadi melalui telefon. Dian memakai topi dan melompat dari bagunan atas rumahnya ke bagunan lain. Kerana kedudukannya yang berkembar, jadi jarak tidak terlalu jauh. Jelas dia lihat di bawa, kereta polis, 3 semaunya berada di situ. Dia membongkokkan dirinya untuk mengelak dari dilihat oleh team 1. Kemudian berlari sepanjang lorong kecil itu sebelum nampak kereta Akkir tunggu di hujung lorong tersebut. Melihat keadaan bersih kiri dan kanan daripada polis, Dian meluru laju masuk ke dalam kereta Akkir. Termengah-mengah. Akkir menekan pedal minyak laju, selaju yang mungkin meninggalkan bandar Ampang menuju ke Nilai. Akkir menyerahkan satu laporan kepada Dian.

‘Sarjan Mahzan cakap semua rekod Medina tak ada. Saam macma yang kau cakap sebelum ni tapi, walau macam mana sekalipun orang tu sembunyi, kalau dia hidup dia akan tinggal trace juga. Dia ada rekod hospital, 3 tahun yang lalu dekat wad psikiatry Nilai. Dia tak pernah tinggalkan Nilai Dian’

Akkir menekan pedal minyak laju masuk ke highway Nilai.

‘Dia mungkin didiagnose dengan post traumatic disorder lepas kes clown tu. Tak macam saya, Medina hanya dapat lepaskan diri selepas dirogol. Jadi dia perlukan ubat untuk insomnia dan depression’ Dian membalas.

‘Aku call hospital tapi biasalah alamat yang dia bagi pun alamat palsu. Tapi, aku dan Sarjan Mahzan rasa dia tinggal dekat-dekat situ saja. Itu saja yang kami tahu. Dia tak ada appointment set, doctor situ cakap dia hanya datang bila dia rasa dia tak sihat. Walaupun diorang dah bagi date, kadang-kadang dia tak ikut date tu. Jadi doctor tak tahu bila dia akan datang’

Akkir menambah. Dian masih menyelak, membaca tekun laporan tersebut.

‘Dia akan tinggal di situ. Bila dia tengok orang ramai, terutamanya lelaki dia akan rasa anxious dan takut. Dia takkan gunakan jalan besar, atau jalan yang sesak. Dia juga akan elak dari tempat macam police station atau taman tema. Dia tak suka tempat yang dia kena exposed. Tempat tu mestilah tempat yang hanya orang hidup pergi balik kerja saja. Dia lawat hospital setahun sekali untuk ambik ubat’

Dian memberi hujah profiling ke atas laporan tersebut.

Sejam lebih, mereka tiba di Nilai. Akkir memarkir keretanya di tepi bandar berhampiran dengan Hospital tersebut di mana kebanyakkan perumahan ada di situ begitu juga dengan tempat kerja yang banyak di situ. Mereka mencari berdasarkan profiling daripada Dian tadi. Mereka berpecah. Dian menyelusuri kedai-kedai kecil di lorong jalan tersebut dan kini berdiri di salah sebuah kedai yang menjual aksesori wanita.

‘Kalau mangsa regular visit dekat hospital nilai sebagai psikiatric patient dari tahun 2003-2014. Itu bermakna dah 3 tahun mangsa hidup tanpa ubat. Dia mungkin dah mulakan hidup baru. Jadi dia mungkin dah ada kerja. Dia akan cari kerja di mana tak begitu banyak orang, tak banyak tekanan dan yang paling penting tak ada urusan dengan orang lelaki’

Dian mengomel di dalam benaknya sebelum terpandang sebuah kedai yang speadan dengan dugaannya. Kedai akseosari wanita. Dian cuba membuka pintu kedai tersebut sebelum pandangan dari sisi kiri matanya tertangkap susuk tubuh seorang wanita menuju ke arah kedai tersebut. Wanita itu memakai cardigan coklat yang rapat ketubuhnya seolah-olah kesejukkan. 2 orang lelaki dari hadapan jalan, bertentangan jalan menuju ke arahnyya, dan wanita itu mengelak sehabis mungkin. Setidak pun, membiarkan lelaki yang dia terserempak berjalan pergi dahulu. Dian melepaskan gengamannya pada pintu masuk kedai tersebut dan berlari ke arah wanita tersebut.

‘Medina?’

Wanita yang kelihatan sebaya dengan Dian itu berhenti. Memandang Dian dengan wajahnya yang lesu. Dian mengeluarkan kad polisnya.

‘Saya Inspektor Dian, polis dari Ampang KL, saya datang sebab kes Clown 2002’

Medina memalingkan tubuhnya dan pergi dari situ, jelas ketakutan dan seolah-olah baru teringat sesuatu yang dahsyat. Jalannya semakin laju. Dian menahannya. Berbicara dari belakang wanita terssebut.

‘Saya tahu awak ingat saya. Saya anak Detektif Yusuf. Amris bapa saudara saya. Awak tak rasa ka awak kena beritahu saya sesuatu?’

*

Agoda Coffee shop

11.30 pagi

Medina memegang gelas kaca tersebut yang panas. Mungkin itu saja yang dapat panaskan dirinya sekarang.

‘Kami tahu benda ni buat awak tak selesa, jadi saya akan singkatkan perbualan ni. Boleh awak beritahu kami apa yang terjadi sebenarnya waktu dulu’ Akkir memulakan perbualan mereka di dalam kedai kopi tersebut. Hanya ada beberapa pelanggan di dalam kedai itu sekarang. Medina masih diam.

‘Apa maksud awak bila awak cakap pada saya dulu yang awak dah tipu polis, ambik duit haram, dan tahu clown tu masih bebas. Dan apa yang awak maksudkan yang polis yang nak awak cakap benda tu’

Dian pula bersuara kali ini. Bibir Medina bergetar. Dia tidak menjawab soalan Dian. Dia tak mahu. Rambutnya yang berjurai ke bawah, hampir melindungi wajahnya. Dia masih diam.

‘Bukan awak sorang yang tahu clown tu masih hidup’ Kata-kata Dian buat Medina mengangkat kepalanya.

‘Saya mangsa ke 4 Medina, Cuma nasib saya baik saya sempat lari. Tapi saya tahu awak tipu dalam statement awak sebelum ni. Sebab apa yang saya nampak pada Clown tu tak sama dengan apa yang bagitahu pada polis. Awak dah cukup besar waktu tu, dah 12 tahun. Dah cukup untuk beza siapa pembunuh sebenar. Kenapa awak cakap Amris, pak cik saya yang buat? Polis mana yang nak awak cakap macam tu?’

Medina terdiam. Tekaknya kering tapi tak bertenaga untuk meneguk kopi ditangannya. Jelas rebut di dadanya makin kencang.

‘Saya tak berniat nak tipu polis. Saya memang nak cakap hal sebenar dan saya dah buat. Saya dah cakap hal sebenar pada pihak polis waktu tu. Tapi lepas tu, ada polis datang rumah cakap dengan ayah saya, pujuk kami dengan duit untuk tukar statement. Diorang bagi kami duit..untuk mulakan hidup baru..jadi saya tak kisah kalau kami boleh dibeli…’

‘Maksud awak, awak datang balai 2 kali?’ Dian menyoal laju, memintas kata Medina. Medina mengangguk

‘Dengan siapa awak cakap?’Akkir mencelah.

‘Detektif Yusuf’ Medina membalas perlahan.

Dian mengerutkan keningnya

‘Jadi ayah saya tahu hal ni’ Dian mahu kepastian.

‘Siapa yang suruh awak tukar statement?’ Akkir menyoal sekali lagi. Medina mengebam mulutnya sebelum bersuara.

‘Saya tak cam, saya hanya ada dalam rumah waktu tu. Hanya curi dengar. Tapi saya tahu ada 2 orang. Ada dua suara. Masa saya ambil statement kali ke dua pun, saya hanya ingat detektif Yusuf ada waktu tu’

‘Jadi lepas tu, awak bagi kenyataan lain cakap Amris penjenayah sebenar’ Dian meningkah dengan nada yang lebih tegas. Median, jelas tangannya makin bergetar.

‘Saya hanya 12 tahun. Saya terlalu takut. Abah cakap semua akan berakhir kalau saya cakap Amris yang buat. Saya cuma nak semua berakhir. Tu saja. Apa yang saya fikir waktu tu just nak keluar dari Ampang, tempat neraka tu. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf’

Dian mahupun Akkir kini diam. Dian mengleuh berat yang lama sebelum bersuarak kembali dengan Medina.

‘Jadi, siapa penjenayah sebenar’

‘Saya tak tahu. Apa yang saya nampak dulu sama macam yang awak nampak’ Medina semkain kuat suaranya dan juga ketar.

‘Jadi awak betul-betul tak tahu’ Dian semakin mengasak. Akkir memandang kea rah Dian. Tidak pasti tujuan sebenar Dian.

‘Saya tak tahu’ Sekali lagi, kali 3 Medina membalas dengan gelengan kepalanya. Dian matanya makin merah, nafasnya turun naik. Memandang tajam ke arah perempuan yang sebaya, berada di hadapannya skearang ini.

‘Itu saja yang awak perlu cakap dulu. Itu saja.’

Medina mengangkat wajahnya memandang Dian. Akkir, berat dadanya. Jelas bibir Dian bergetar.

‘Kenapa..kenapa awak sanggup buat pak cik saya macam tu’

‘Dian..’ Akkir memintas perlahan tapi tidak dipedulikan oleh Dian. Wajah Akkir dipandang tajam oleh Dian.

‘Tuan tahu kan apa yang berlaku pada pak cik saya. Sebab mulut dia! Penjenayah sebenar masih hidup kat luar sana macam tak ada apa-apa yang berlaku, macam dia tak buat salah lansung! Pak cik saya tak buat salah. Abah saya? Mati!’

‘Mati?’ Medina mencelah seolah-olah dia baru mendengar sesuatu yang salah dan tidak mungkin akan berlaku.

‘Detektif Yusuf takkan buat macam tu. Dia tak..dia mati? Tak mungkin. Detektif Yusuf sampai ke akhir cakap pada saya, semua ni bukan salah saya. Even saya bagi kenyataan yang salah, dia cakap dia akan cari penjenayah tu sampai dapat. Sampai ke akhir, dia bagi semangat pada saya. Sebab kata-kata dia, saya pegang untuk hidup sehingga sekarang. Saya lupa…saya ingat saya lupa’

Medina kini menangis teresak-esak di hadapan Dian.

‘Memang macam tu awak hidup tapi ayah saya bukan. Ikut kami balik, testify kes ni’

‘Tak..tak boleh. Saya tak boleh. Saya ada anak dan suami. Keluarga yang saya susah nak dapat. Saya tak boleh hilang diorang’

‘Awak bukan penjenayah. Awak mangsa’ Dian membalas tegas. Medina lanjut memandangnya dengan matanya yang merah.

‘Betul saya mangsa, tapi awak patut tahu apa yang teruk bila jadi mangsa. Bila awak tak salah tapi orang tunding jari pada awak. Dia mangsa rogol. Dia macam tu, dia macam ni. Tahun 2002 ke, tahun 2017 ke, sama saja. Mereka takkan berhenti cakap. Saya tak sanggup nak lalui benda tu sekali lagi. Saya minta maaf’

Medina segera meninggalkan kedai kopi tersebut. Sementara Dian, menjerit memanggil namanya. Akkir cuba menenangkan Dian.

‘Ayah saya macam mana? Pak cik saya macam mana?!’

‘Stop it Dian! Bagi Medina masa.’

‘Masa? 15 tahun saya bagi dia masa! Pak cik saya masuk penjara sebab jenayah yang dia tak buat. Abah saya? Mati! Mati macam tu. Dan penjenayah tu hidup macam dia raja. Polis bawah dia, hakim bawah dia. Undang-undang apa ni! Hah?!’

Dian melepaskan genggaman Akkir.

*

Shah Alam

10 malam

Dian membelok masuk kereta yang disewa ke jalan raya utama Sungai Buloh ke Shah Alam. Dia tidak tahu di mana Akkir sekarang. Dian hanya diam dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan Akkir siang tadi. Dia masih tidak pulang ke rumahnya, Dian menyewa kereta. Dia tidak mahu puang ke rumah, dadanya sempit. Melihat bagaimana dia tidak dihubungi oleh team 1, dia mungkin masih belum disyaki hilang dari pantauan mereka.

Jalan di Kuala Lumpur makin sesak disebabkan kereta yang perlahan kerana hujan yang masih lebat sepanjang minggu tersebut. Jalan yang dilalui Dian sekarang hanya tunggu arahan untuk ditutup barangkali.

Dian menunggu di dalam kereta, untuk bergerak meter demi meter ke hadapan. Di balik hujan yang lebat, lampu-lampu malam, bagunan-bagunan rumah yang bercahaya, kedai-kedai yang masih dibuka malam itu, Shopping Complex paling besar di bandar itu, di balik semua itu mata Dian terpandang pada deretan orang ramai bersama payung mereka berkumpul di satu bagunan pencakar langit, seperti bagunan persiaran, dan mendongak kepala mereka 70 darjah ke atas, ke bagunan tersebut yang mempunyai skrin tv yang besar. Dian membesarkan matanya.

Breaking news, bekalan elektrik telah terputus di kebanyakkan kawasan di Kajang termasuk Penjara Kajang yang menyebabkan sistem pagar penjara utama dan khas automatic hangus dan tidak dapat berfungsi. Hal ini menyebabkan 3 daripada banduan dapat melepaskan diri mereka. 2 sudah ditangkap kembali kecuali seorang seorang penjenyah profilic tinggi. Pihak polis meminta kerjasama daripada semua rakyat Malaysia untuk menelefon pihak polis berdekatan segera jika terserempak dengan banduan ini. Banduan, Amris bn Yahya, 57 tahun merupakan penjenayah kes Clown pada tahun 2002…’

Dian menghela nafasnya yang semakin kalut. Segera menekan pedal minyaknya laju membuat pusingan U dan tidak jadi masuk ke daerah Ampang.

Bab 7: The choice you have to make

Tea Terrace House

11.30 malam

Beberapa anggota polis sedang memasang alat pengesan pada telefon bimbit dan rumah Peguam Razak. Isterinya, menangis tidak henti dari tadi memangiil nama anaknya. Akkir melabuhkan punggung duduk berhadapan dengan suami isteri ini.

‘Apa hubungan Encik dengan Amris’ Akkir memulakan siasatan. Balik dari Jitra hingga ke KL, dia masih belum dapat rehat sepenuhnya. Fikirannya melayang memikirkan Dian.

‘Saya tak kenal dia. Saya tak pernah nampak dia. Saya tak tahu siapa dia’ Peguam Razak membalas. Memegang tangan isterinya. Tangan kirinya kuat memegang telefon bimbitnya. Dia kemudiannya memandang Akkir cemas.

‘Awak cakap tadi dia bekas banduan, dia perogol kan. Anak saya? Macam mana kalau dia apa-apakan anak kami’ Peguam Razak kini menyoal Akkir. Isterinya semakin kuat tangisannya. Anggota polis keluar masuk dari rumah tersebut, ke hulu ke hilir mencari apa-apa sebagai bahan lead mereka pada Amris. Anggota forensik kini berada di dalam bilik anak perempuan peguam itu yang diculik. Akkir menghela nafas berat. Entah kenapa, bayangan Dian tidak hilang dari benaknya. Adakah kerana Amris?

‘Nora ada telefon bimbit dengan dia kan? Kami tengah trace GPS phonedia tapi sebab dia phone dia tutup, jadi tak dapat nak buat benda tu. Amris akan call. Lagipun, kalau Amris Clown, dia Pedophilia. Dia takkan buat benda tu pada orang dewasa. Kalau dia culik anak perempuan Encik pasti ada benda lain yang dia nak. Saya perlukan memori encik untuk ingat benda tu’ Akkir memberi pendapat yang dia harap dapat tenangkan suami isteri itu. Peguam itu sebaliknya membalas dengan nada yang agak tinggi yang dia sememangnya tidak tahu apa-apa pasal Amris. Akkir sekali lagi, mengeluh.

Seorang anggota forensik turun daripada bilik anak perempuan peguam itu dan menyerahkan satu botol kecil pada Akkir.

‘SSRI. Anak pak cik ada depression?’

Peguam itu diam. Lama. Mengerutkan keningnya. Seolah-olah kurang senang untuk menjawab. Fikirannya melayang seperti mengimbau masa silam yang dia dah padam.

‘Semua sebab kes 15 tahun yang lepas. Kes runtuhan Taman Tema Mimaland. Anak saya salah seorang mangsa tragedi itu. Dia salah seorang passenger roda putar yang runtuh tu’ Peguam itu menjawab perlahan sebelum telefon bimbit Akkir bordering dan tertera nama Dian di situ.

‘Hello Tuan..’

‘Dian! Kau ada nampak Amris?’

‘Saya..saya tak..saya baru tahu dia terlepas dari penjara,’

‘Dia dah culik orang Dian!’

‘Apa maksud tuan?’

‘Aku dekat rumah mangsa, dia dah culik budak perempuan. Kami tengah trace dia’

‘Macam mana polis tahu tu Amris?

‘Polis jumpa cap jari Amris, dan cctv ada wajah Amris masuk rumah peguam tu.’

‘Tak.tak mungkin, pak cik takkan buat macam tu. Kenapa pulak dia nak culik budak tu..’

‘Siapa budak tu?’

‘Nama dia Nora, ayah dia Zaman. Pegawai bank. Kau tahu apa-apa ka? Kau cakap sebelum ni, anak Amris pun mati juga kat taman tema tu kan? Apa kena mengena dengan anak perempuan peguam tu?’

‘Saya nak confirmkan sesuatu, nanti saya call Tuan balik. Cuma satu saya minta, apapun yang terjadi, tolong percayakan pak cik saya. Dia tak salah apa-apa’

Dian mematikan telefon bimbitnya. Dan serentak itu juga, I.O Maria memanggil yang lain mengatakan dia dapat trace GPS anak perempuan peguam itu sekarang. Akkir segera mengarahkan mereka pergi ke tempat tersebut. Semua anggota polis bergerak waktu itu juga keluar dari rumah tersebut. Sekilas, Akkir memandang peguam tersebut masih mengenggam erat telefon bimbitnya. Akkir menapak kalut, membuka pintu keretanya sebelum tangannya ditahan oleh seorang perempuan tua yang Akkir kenal amat.

‘Mak cik Zara’

Perempuan tua, pemilik gerai strretfood hadapan balai mereka kini berada di hadapannya. Apa yang terjadi sampai dia cari Akkir hingga ke sini? Wajah perempuan itu resah.

‘Adik mak cik, tolong cari dia. Tolong dia Akkir.’

‘Apa maksud mak cik’

‘Mak cik tengok berita tadi dan mak cik dengar polis cakap kat warung tadi yang Amris dah culik orang. Orang cakap pasal dia lagi’

‘Amris adik mak cik?’ Akkir seakan tidak boleh terima semuanya berlaku dalam putaran yang sama. Mak Cik Zara adik Amris, jadi dialah wanita yang menjaga Dian sebelum ini? Dan Dian sememangnya kenal wanita ini.

‘Dia culik anak perempuan peguam tu sebab ingat Suri, anak perempuan dia mati kerana peguam tu. Kes runtuhan taman tema 2002, anak dia, Suri mati jatuh dari Ferris Wheel. Depan mata dia, tapi sebab tangannya digari waktu tu, kerana ditahan sebagai suspek kes clown tu, oleh lelaki yang dia anggap macam abang kandung dia sendiri, dia tak boleh nak buat apa-apa. Tapi bantuan kecemasan sempat sampai waktu, bomba, tapi hanya ada satu alat elevator untuk angkat besi berat. Diorang nak tarik Suri keluar dari runtuhan tu tapi Amris cakap waktu tu juga ada seorang lelaki jerit panggil pihak bomba tolong keluarkan anaknya yang tersepit juga. Waktu tu juga, tiang elektrik paling besar kat tepi runtuhan tu hampir tumbang. Pihak bomba kena buat pilihan, Amris kata peguam tu desak bomba selamatkan anak perempuannya dulu. Dan disebabkan tu, tiang besi tu jatuh betul-betul ke arah Suri dan betul-betul depan mata dia. Sebab tu dia berdendam…’

Akkir sekali lagi tergamam, tidak percaya apa yang baru didengarnya. Dia memandang mak cik Zaina.

‘Taman tema Mimaland mak cik cakap?’

Perempuan tua itu mengangguk.

*

I-City Theme Park

12 malam

Dian membelok laju masuk ke highway jalan menuju ke I city theme park.

‘Amris akan datang sini. Selalunya trauma scene akan diingati oleh mangsa dan jadi tempat paling bermakna pada dia. Tapi Mimaland park dah ditutup, dah roboh. Kalau Amris nak balas dedam pada peguam tu, dia akan pilih cara yang sama anak dia mati. Dia akan pilih taman tema yang masih berfungsi dan ada ferris wheel, yang sama macam Mimaland Park. Sekatan polis ada di mana-mana. Jadi dia tak boleh pergi jauh, kalau dalam area Kl, taman tema yang buka hanya I city. Dan sekarang, dalam penyelenggaraan’

Dian memberi profiling. Nafasnya turun naik. Jarinya kalut menekan slide pada ksrin telefon bimbitnya yang tiba-tiba berdering dan terpapar nama Jazly di situ

‘Ya Jazly’ Dian menjawab cemas. Fikirannya merewang hanya pada Amris dan bukan pada kes Clown itu lagi. Bukan lagi marahnya pada Medina, atau pada Akkir. Sekarang hanya soal Amris yang dia kisahkan.

Dian,aku dah pecah masuk pejabat Ethan macam yang kau nak. Dalam bilik tu just ada kotak dan dalam kotak tu sebenarnya ada frame gambar. Gambar lelaki muda. Cuma aku pelik kenapa kau suruh curi-curi masuk macam ni.’

Dian mengerutkan keningnya. Tidak memahami sepatah pun dari ayat Jazly. Strereng kereta dipegang kuat oleh Dian di saat dia menekan pedal semakin laju. Dia tidak ada masa yang banyak.

‘Apa maksud kau?’ Dian menyoal cemas.

‘Taklah, kalau dia orang yang kau kenal, kenapa mesti upah aku masuk tempat ni curi-curi’

Dian mula tidak sedap hati. Dalam masa yang sama, keretanya laju memasuki ICity. Seperti yang Dian agak, taman tema itu kini sunyi, ditutup.

‘Orang yang aku kenal?’ Dian membalas setelah diam 2 saat.

‘Ya, yang malam kita jumpa depan balai tu. Lelaki tu, dia team kau juga kan?’ Jazly membalas laju dalam nada yang juga aneh dan keliru dengan reaksi Dian. Dia membesarkan matanya tapi tidak membalas. Dia menghentikan keretanya betul-betul di hadapan sebuah bagunan tinggi. Di atas bagunan tersebut, di rooftop bagunan tersebut, seorang lelaki yang dia kenal sedang berdiri tegak. Pada saat itu, itu keutamaanya. Dian berlari mendapatkan lelaki tersebut.

‘Stop!’

Dian menjerit dalam keadaan termengah-mengah dan memaut lelaki tersebut hingga jatuh ke bawah, tetapi lelaki itu terus bergelut mahu lihat ke bawahnya. Dian menggunakan sehabis kudratnya supaya lelaki itu memandangnya dan dengar kata-katanya.

‘Pak cik, ni Dian. Mana anak perempuan Razak? Kenapa pak cik buat macam ni? Pak cik tak kesiankan kakak pak cik? Pak cik tak kesiankan Dian?’

Lelaki itu tidak menjawab. Masih mahu memandang ke bawah. Dia merintih memanggil nama anaknya.

’15 minit, dia hanya menderita 15 minit tapi aku?! 15 tahun!...anak aku..Suri, kesian anak aku..Suri!’

Amris menjerit histeria. Dian memandang kalut ke wajah Amris yang memadang 20 darjah ke bawah bagunan tersebut. Dian membongkok untuk melihat pada arah yang sama. Ferris wheel kini sedang berputar. Dan seorang lelaki separuh umur yang Dian syak sebagai Peguam Razak ada betul-betul bawah Ferris Wheel tersebut. Mundar mandir. Di dalam deretan roda yang berputar, ada satu kujur tubuh manusia di dalamnya. Dian menelan air liurnya, segera menggari tangan Amris ke salah satu besi kurus di atas rooftop tersebut dan berlari ke bawah. Walaupun dia tahu ada perkara lain yang perlu dia buat, tapi hanya Amris, anak perempuan Razak dan Razak yang menjadi keutamaanya sekarang. Dia, walaupun di bawah langit yang sama, ada dua dunia yang berbeza. Jarak yang membentang di antaranya menciptakan bahasa baru untuk Dian tuturkan. Dan dia memilih bahasa lama.

*

I-City Theme Park

12.15 pagi

‘Akkir, kami dah jumpa anak perempuan Razak cuma Razak, kami tak dapat kesan dia. Police yang standby jaga dia tadi terlepas pandang. Dia keluar ikut jalan belakang. Kami tak dapat trace telefon bimbit dia. Off’

Akkir mematikan perbualannya dengan I.O Maria. Tangannya bergetar.

‘Kalau Nora selamat dan Razak hilang..’

Akkir mengomel seorang diri di dalam keretanya. Bayangan Akkir pada Peguam Razak yang berubah wajahnya dan memegang telefon bimbitnya ketat tadi mula melayang ke minda Akkir.

‘Target Amris bukan Nora tapi Razak!’

Akkir menekan pedal minyak laju memasuki kawasan masuk I City. Berdasarkan GPS phone Dian yang dia suruh Hanif trace sebentar tadi. Itu saja lead yang dia ada sekarang. Dian tahu Amris di mana. Akkir menghempas pintu keretanya kuat, berlari ke arah di mana kereta Dian berada. Dan tepat kedudukannya di situ, 2 kilometer dari situ, Akkir melihat peguam Razak sedang mundar mandir di hadapan roda putar. Akkir mendongak 90 darjah ke atas, salah satu daripada kotak roda berputar itu, jelas Akkir lihat Dian berada di dalamnya, mengetuk cermin kotak tersebut berulang kali sebelum tidak sampai 2 saat kemudian, ketika mana kotak itu berada di kedudukan paling atas, salah satu pencawat besi sebelah kiri kotak tersebut terputus, membuatkan kotak itu senget sebelah.

Akkir berlari, menjerit, menggunakan kudrat yang ada untuk menghalang kotak itu dari jatuh tetapi 1 saat kemudian, yang sebelah kanan kotak itu pula tercabut membuatkan kotak tersebut menjunam jatuh pada kedudukan menegak, dengan ketinggian 70 meter dari bawah, merudum 90 darjah ke tanah. Besi kotak itu bertaburan bersama tubuh Dian dan satu patung mannequinyang bercerai tubuh.

Dan entah kenapa pada ketika itu telinga Akkir jadi pekak. Dan bengang. Dia tidak mendengar jeritan dari peguam Razak, dia tidak mendengar marah dari Amris di atas bagunan sana, dia tidak mendengar angin malam yang masuk menerpa ke ruangan telinganya, dia tidak mendengar laluan kereta yang lalu lalang di seberang jalan sana.

Akkir mengatur langkah lemah tetapi digagahkan berlari ke arah Dian. Meriba tubuh Dian. Badan Dian menggelupur dengan darah di keseluruhan badannya. Tudung putihnya bertukar merah. Kulitnya yang putih kemerahan kini penuh dengan luka. Dan dilembap bibirnya, Akkir menyuruhnya mengucap.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku