CLOWN
Bab 5: Clown 2002 part 2
wan
Genre: Umum
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Someone should remember her death -Dian
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
319

Bacaan






Bab 1: The cold wind bring the rain and tears

Hospital Ampang

3 jam selepas Amris ditangkap

Taman kota mulai lengang. Jalan-jalan terentang bagai sepasang lengan memeluk ketiadaan. Malam menyala untuk diri sendiri. Sekawanan bintang duduk merendah. Duduk di pucuk-pucuk pohon dan rumput. Perlahan-lahan memberi cahaya. Cuba melawan detik hujan yang mulai terjun menujah dari awan malam. Tanpa tahu, awan adalah ingatan bumi pada angkasa dan juga sebaliknya. Langit pecah. Merenggangkan jaraknya untuk memberi ruang pada awan terus memerah hujan. Dan kau faham kenapa mata tidak akan pernah terkatup tanpa kenangan melahap kita.

Akkir mengelap matanya yang basah.

Mak Cik Zara memegang kuat tangan Dian yang berbalut dan terus mengalunkan bacaan yaasin ke telinga Dian. Pakar bedah bahagian trauma dan kecemasan meninggalkan bilik tersebut seusai menerangkan keadaan Dian kepada Mak Cik Zara. Membiarkan Mak Cik Zara dan dua orang nurse lelaki yang sedang mencatat dari masa ke semasa kondisi Dian dan sedang membuka salah salah satu balutan di kaki Dian untuk ditukar kerana mula berdarah kembali. Mesin bantuan pernafasan dipasang ke mulut Dian. Kepalanya berbalut dan matanya terpejam. Calar-balar di tubuhnya jelas kelihatan. Sunyi sebelum rintikan hujan mulai turun di luar hospital. Keadaan semakin sejuk.

Pelawat tidak dibenarkan melawat beramai-ramai. Hanya Akkir, Hanif dan Sarjan Mazhan beratur menunggu di luar. Tiada anggota polis yang lain kecuali dua detektif daripada homicide. Itupun bukan kerana khuatir akan hal Dian tetapi mengawasi Dian, sama macam polis lain di IPD itu, hidup ke, mati ke Dian, dia masih suspek pembunuhan Direct Superior mereka.

Samada Akkir, Hanif mahupun Sarjan Mahzan, masing-masing hanya diam. Membisu. Geram, marah tiada apa yang dapat membendung perasaan itu. Sunyi di koridor tersebut hanya menimbulkan ngilu yang makin memberatkan hati mereka. Akkir antara yang paling diam di situ. Darah Dian masih melekat di tangan baju dan seluarnya. Ada sepasang tangan menyeluk kegelisahan dan takut dalam dirinya. Dia mahu lari. Lari dari kebenaran yang mencecah segala dasar mengatakan Dian akan meninggalkannya. Dia perlukan satu kata yang belum pernah menyentuh fikiran dan lidah sesiapun tetapi Dian mengerti erti kata tersebut. Hanya Dian. Akkir ingin hidup di jantung kata itu sebagai kesedihan hampa yang jauh lebih berat dari keseluruhan kebahagian yang mampu manusia terima.

Mak cik Zara menguak pintu dari dalam dan keluar menapak ke arah mereka. Bersama dengan dua orang nurse lelaki tersebut yang sedang menolak troli berisi ubat-ubatan dan kain yang berdarah kesan dari luka Dian. Disebabkan salah seorang nurse lelaki itu berbadan agak besar, dan ruangan koridor itu sempit, dia terlanggar bahu Akkir membuatkan troli itu terhentak betul ke badan Akkir. Luka pada kain balutan itu entah kenapa buat hati Akkir makin sakit.

‘Mak Cik nak balik ambil barang Dian dan bawa balik baju dan barang dia. Kalut sangat datang sini tadi, tak sempat nak prepare apa-apa’

‘Saya hantar mak cik balik’ Sarjan Mahzan mempelawa dirinya.

‘Tak, tuan tunggu sini, biar saya yang hantar mak cik Zaira balik’ Hanif menawarkan dirinya pula. Mengiring wanita itu. Baginya orang yang lebih tua, patut ada dengan Inspektor Akkir sekarang. Akkir mengiringi Hanif dan Mak Cik Zara sehingga mereka meninggalkan hospital tersebut. Akkir dan Sarjan Mahzan berjalan beriringan kembali ke bilik di mana Dian berada.

‘Tuan masuklah dulu’ Sarjan Mahzan mencadangkan kepada Akkir sambil melihat wajah Akkir yang tegang. Akkir mengangguk, tanpa sebarang kata sebelum dia mendengar bunyi mesin ECG, dan bacaan parameter vital sign yang kuat dari arah bilik Dian. Salah seorang nurse lelaki tadi berlari masuk dan menekan butang kecemasan.

*

Bilik Mayat Hospital Ampang

5 pagi

Di pekat malam, hanya ada cerita tentang masa lalu. Jarak antara kenangan dan masa depan ialah keterpisahan laut dan kalut di dada. Yang berusaha tidak meluap di mata. Kau tidak pernah tahu. Seseorang yang kau lihat sesaat yang lalu dan kau rancang masa depan kau ada dia, sekarang dia sudah menjadi nyawa di masa lalu. Kau tidak pernah tahu langit yang cerah, akan ada badai yang menyerang sekali lagi. Tidak ada masa hadapan. Hanya jurang. Jurang di antara kebodohan dan keinginan dia untuk memiliki nyawa itu sekali lagi.

Seorang doktor menarik kain putih menutupi seluruh tubuh Dian setelah Mak Cik Zara, Akkir, Hanif dan Sarjan Mahzan melihat wajah tersebut.

‘Punca kematian dah diketahui, tapi kalau nak post mortem…’ Sarjan Mahzan bercakap perlahan dan selembut yang mungkin kepada Mak Cik Zara yang hanya memandang kosong dengan mata yang cuba dikuatkan untuk melihat Dian. Mak cik Zara menggelengkan kepalanya. Matanya basah tapi ditahan untuk tidak mengalirkan air ke lurah wajahnya.

‘Mak Cik tak nak ada luka lagi pada tubuh Dian’

Akkir hanya diam. Kesemuanya diam. Sejuk hujan yang menerpa mengilukan lagi perasaan yang sudah luka. Tangan wanita itu bergetar menyentuh bahagian tangan kanan Dian. Menggenggam kuat, dan satu persatu air matanya menitik ke tangan putih dan pucat itu. Calar balar pada tangan itu masih berkesan tapi sudah tidak berdarah. Tangan yang pernah tarik Akkir daripada dilanggar kereta api. Tangan yang hampir menumbuk junior Sarjan Mahzan yang menyindir pangkat Sarjan Mahzan dulu. Hujan makin lama makin lebat. Akkir cuba mengatur nafasnya yang tidak teratur dari tadi, berulang kali. Sarjan Mahzan mengusap belakang Akkir. Hanif hanya memandang kosong.

‘Tak apa. Hanya ada 4 orang kita dekat sini sekarang. Tak ada polis lain. Dian difitnah membunuh orang yang dah bunuh ayahnya. Dan mati kerana nak protect orang yang tak ada blood relation dengan dia. Tapi masih ada orang yang ingat dia. Dia ada orang yang tunggu dia dekat sana nanti. Bagi Inspektor Dian, ni dah cukup’ Sarjan Mahzan bersuara. Mematikan malam tersebut.

*

Briekfield state Penthouse,

2.30 petang

Sebulan selepas kematian Dian

Sarjan Mahzan membuntuti Puan Salma dan melabuhkan punggung duduk di sofa ruang tamu rumah Akkir. Puan Salma kembali setelah 5 minit di dapur dengan membawa secawan teh panas dan biskut coklat. Sarjan Mahzan meneguk senafas sebelum meletakkan cawan itu kembali ke meja. Melihat sekeliling ke arah rumah tersebut sebelum kembali mengambil beg plastik yang dibawanya tadi dan menyerahkan kepada Puan Salma.

‘Ni ada buah tangan sikit untuk Puan’ Sarjan Mahzan menyerahkan bungkusan plastik tersebut kepada Puan Salma yang menyambutnya dengan senyuman yang kelat dan kusam.

‘Puan okay? Nampak pucat’ Sarjan Mahzan menyoal. Mukanya berkerut, simpati. Sekali sekala mengintai ke arah bilik Akkir. Puan Salma menghela nafas berat.

‘Mak cik okay. Mak cik tak kisah apa yang nak jadi dengan mak cik tapi Akkir’

Dia memandang Sarjan Mahzan meminta pertolongan yang sangat terdesak.

‘Pasal hal kerja, Puan jangan risau’ Sarjan Mahzan mencelah. Mencuba sehabis mungkin untuk menenangkan wanita tersebut yang kelihatan makin kurus dari kebiasaanya.

Puan Salma mula menitiskan air mata. Membuatkan hati Sarjan Mahzan makin gundah.

‘Tak apa kalau dia nak berhenti kerja tapi kalau dia tak nak makan?’

Sarjan Mahzan terdiam.

‘Lepas Dian meninggal, dia lansung tak nak keluar bilik. Makan pun macam dalam penjara. Mak cik bawa dulang makanan ke biliknya lepas ajak keluar makan dia tak nak. Bila ambil dulang tu balik, sikit saja dia jamah. Dia diam, jawab sepatah saja bila orang tanya. Wajah dia makin cengkung. Tak bermaya. Yang dia buat seharian dalam bilik hanya tengok tingkap ke luar jendela. Dia kata dia tunggu hujan, tapi bila hujan dia menangis pula’

‘Sama macam waktu bila dia hilang kakaknya. Akkir tak pandai nak express pada orang yang dia sayang. Dia selalu cakap dia rasa bersalah pada kakak dia kerana tak layan kakak dia betul-betul waktu hidup. Sama macam kes Dian, rasa bersalah tu tak hilang’

Sarjan Mahzan tidak bersuara apa-apa. Tiada apa yang dia rasa betul-betul boleh menenangkan Puan Salma mahupun Akkir. Jika perkataan mempunyai tahap suhu, apapun perkataan yang diluahkan pada waktu getir begini hanya bersuhu bawah paras beku. Dingin.

Sarjan Mahzan bangun untuk menuju ke arah bilik Akkir sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi loceng dari luar rumah

*

Mak Cik Zara memandang sekeliling bilik tersebut. Yang hanya satu tingkap dibuka. Yang lain ditutup dengan tirai berwarna kelabu membuatkan bilik itu sedikit suram. Beberapa frame gambar dan nota-nota kecil di rak seperti sudah tidak disentuh sekian lama. Sijil-sijil perhargaan polis, pakaian seragam polis dan topi polis tersusun tidak teratur di satu sudut. Di balik tubuh Akkir, dia terpandang satu surat yang ditulis perletakkan jawatan terletak di atas meja tersebut. Teh panas yang baru dihidangkan oleh Puan Salma mengeluarkan asap berkepul kepul tapi masih belum disentuhnya kerana ralit melihat keadaan bilik tersebut yang hanya membuatkan dadanya sempit dan makin ngilu bila melihat Akkir sedang duduk bersimpuh di antara dua kakinya, melutut di hadapannya seperti lelaki ini sudah membuat kesalahan yang besar.

Akkir menarik hoodie yang menutup kepalanya ke belakang tapi masih masih menundukkan kepalanya daripada memandang Mak Cik Zara. Sekali sekala, lelaki itu meramas jari jemarinya. Dengan dua ke tiga titik air mata jatuh ke tangannya sebelum dilap kalut. Mak Cik Zara mencuba seboleh mungkin untuk mengukir senyuman kepada Akkir. Dia kemudiannya mengeluarkan satu sampul daripada beg tangannya dan meletakkan sampul ke tangan Akkir.

‘Dian asyik teragak-agak. Macam mana kalau dia tak suka?’

Akkir mengambil sampul surat daripada Mak Cik Zaira dan membukanya perlahan. Dia menarik keluar satu Mp3 nipis berwarna putih. Mak Cik Zara mula basah matanya.

‘Dia beli Mp3 tu dah lama. Dia cakap dia selalu tengok Akkir stress. Dia mungkin nak Akkir cuba cara yang sama dia hilangkan stress’

Mak Cik Zara tersenyum sendiri.

‘Macam yang dia buat. Dia selalu dengar suara ayahnya, suara ibu, adiknya, Amris dan suara mak cik yang dirakam di dalam tu. Dia cakap bila dia dengar suara-suara tu dia rasa happy. Dia nak Akkir rakam suara orang yang Akkir sayang. Dan dia nak Akkir happy. Dian, dia betul-betul sukakan Akkir’

Nafas Akkir semakin turun dan naik pada pasca yang terlalu laju.

‘Walaupun dia cakap Akkir bukan jenis yang outgoing, tak cakap banyak, tapi dia cakap Akkir tahu bezakan mana baik, mana buruk. Selalu nak tegakkan keadilan. Tak rendahkan diri depan orang lain hanya kerana orang tu lebih tinggi dari Akkir. Selalu buat benda yang betul. Dia cakap benda tu yang paling dia suka’

Mata Akkir terus basah.

‘Saya minta maaf’ Akkir membalas perlahan. Nafasnya tersekat-sekat.

‘Dan dia cakap, polis macam Akkir takkan give up’ Mak Cik Zara membalas untuk kali terakhir. Akkir tidak membalas sepatah pun. Tangannya basah dengan air mata yang tidak berhenti tumpah.

Bab 2: The price of trust

IPD Ampang

8.30 pagi

Kemarau di sekitar daerah Kuala Lumpur dan Selangor semakin dahsyat. Kering. Bahang. Tidak ramai manusia keluar pada waktu siang. Termasuklah Sarjan Mahzan yang memilih untuk bekerja pada waktu malam. Kecuali hari itu, siang itu ketika mana dia mendapat panggilan daripada I.O Zainal tentang sesuatu yang lebih menggembirakan dirinya berbanding berita isterinya membeli penghawa dingin untuk rumah mereka.

‘Betul ke?’

I.O Zainal mengangguk berulang kali. Semua memandang Sarjan Mahzan janggal. Lelaki itu berlari ke arah bilik soal siasat 1 di mana di hadapannya sekarang dia melihat Akkir sedang menyoal siasat Amris. I.O Zaidi dan Chief Zarul yang baru jalan melintasinya sebentar tadi memandang sinis.

Akkir, Sarjan Mahzan lihat mula berpakaian seperti kebiasaannya. Kemeja berwarna hijau gelap dan berseluar jeans cerah. Bukan lagi pakaian yang dia selalu nampak Akkir pakain selama sebulan yang lepas Tidak terurus. Tiba-tiba terlintas di benaknya, yang kalaulah dia bawa mak cik Zara datang lebih awal untuk jumpa dengan Akkir. Akkir mungkin akan masuk kerja lebih awal.

Sarjan Mahzan diberitahu yang soal siasatan baru saja bermula dan dia percaya, Akkir baru mahu menyoal siasat Amris. Akkir memandang Amris dengan pandangan kosong.

‘Jadi macam mana kau rasa sekarang?’ Akkir memulakan perbualan pertamanya dengan Amris. Jelas mata Akkir masih bengkak tapi cuba ditahan untuk melihat Amris. Akkir menutup lap top di hadapannya seolah-olah semua soalan sudah di hafal di dalam kepalanya. Dia memandang Amris sinis.

‘Mesti rasa frust kan. 15 tahun kau plan benda ni tapi last sekali fail juga. Razak sekarang tengah nangis dengan anak perempuan dia, tapi lepas tu diorang akan ketawa sama-sama. Bahagia’ Akkir menyambung. Amris yang diam dan tunduk dari tadi, kini mendekatkan tubuhnya pada tengah meja tersebut.

‘Sekali lagi kau sebut nama dia, aku bunuh kau dulu’

Mata Amris merah memberi amaran pada Akkir tetapi jelas di mata Sarjan Mahzan, Akkir kelihatan lebih menakutkan.

‘Tak, kau silap. Kau silap dari awal lagi. Razak pun mangsa juga’

Kata-kata Akkir membuatkan Amris mengetap bibirnya yang bergetar dan darah menyirap ke seluruh wajahnya.

‘Mangsa? Anak aku mati kat tangan dia!’ Amris mengherdik. Sarjan Mahzan bersiap sedia, kalau-kalau ada pergaduhan di situ. Akkir pula merapatkan dirinya pada tengah meja. Mukanya berkerut seperti mahu meluahkan sesuatu yang perlu Amris dengar dari dulu lagi.

‘Kau pun! Kau pun akan buat benda yang sama kalau kau kat tempat dia. Kau akan jerit kat bomba-bomba tu suruh angkat anak kau dulu. Bukan Razak sorang! Kalau kau nak balas dendam betul-betul, kau patut target orang yang betul. Orang yang bina ferris wheel tu, orang yang cakap Ferries Wheel tu selamat. Orang atas, pihak politik, orang government yang sign kertas laporan luluskan taman tema tu dibuka, CEO syarikat tu. Pelabur-pelabur. Orang macam tu yang patut kau balas dendam!’

Amris diam. Bergetar tubuhnya. Dan Akkir lebih dahsyat reaksi wajahnya. Selama ini Sarjan Mahzan melihat Akkir hanya diam sejak dari kemalangan Dian malam itu. Hingga dia sendiri risau kalau-kalau Akkir akan alami depression sepanjang hidupnya. Tapi apa yang dia lihat sekarang ni pada Akkir adalah perasaan yang membuku dalam dirinya sudah lama. Geram, marah, sakit, bila mana orang Akkir mahu lindungi mati di depannya, adalah sesuatu yang dia tidak boleh maafkan sampai bila-bila.

‘Kenapa? Kau takut nak lawan orang yang lebih kuat macam tu?’ Akkir menyambung sebelum Amris mencelahnya dengan muka yang semakin merah dan berkerut.

‘Kau siapa nak cakap macam ni? Apa yang polis macam kau tahu!’ Amris mengherdik dengan lebih kuat. Gari di tangannya di hentak-hentak ke meja. Meracau.

‘Fine! Aku tahu semua polis-polis tak guna macam tu. Aku kenal semua! Aku dah pernah rasa! Dan ada orang yang rasa lebih teruk dari aku, dan dari kau! Tapi sekurang-kurangnya, polis yang kau baru bunuh tak macam tu. Kau bunuh polis yang faham kau! Yang anggap kau macam pak cik dia sendiri!’

Getaran di nada, dan bibir Akkir hanya lelaki itu dapat rasakan sekarang. Bayang Dian seolah-olah menemaninya di dalam bilik soal siasat tersebut. Amris memandang Akkir lebih tajam.

‘Faham aku? Tak ada sesiapa yang faham aku! Dia sama macam ayah dia!’

Amris mengherdik dan segera bangun dari kerusinya. Dia memusingkan tubuhnya, mahu meninggalkan ruangan tersebut sebelum Akkir yang maish duduk, merenung ke hadapan kosong, bukan pada Amris bersuara.

‘Dia pesan pada aku sebelum dia mati, apapun yang berlaku, dia nak aku percayakan kau. Yang kau tak bersalah. Sampai ke tahap hidup dan mati, rasa bersalah dia pada kau sedangkan dia hanya budak waktu tu tak pernah padam. Bukan atas faktor darah. Dia minta aku percayakan kau. Dan lindungi kau. Dia cakap, tak kira apa yang jadi nanti, pada kau, pada dia. Amris hanya mangsa’

Akkir mengalihkan pandangannya melihat belakang Amris yang kini terhenti langkahnya.

‘Bila anak kau mati, tangan kau digari kau tak dapat buat apa-apa. Siapa yang in the first place buat macam tu. Yang masih hidup sampai sekarang. Yang semuanya berpunca dari dia. Dia manipulate polis, dia perbodohkan orang ramai. Dia perangkap kau’

Akkir mula berdiri, mendekati Amris dari belakang. Memegang tangan lelaki tersebut. Kuat. Merayu.

‘Clown tu, orang tu yang kau patut balas dendam. Itu baru balas dendam yang betul. Dia kena bayar apa yang dia dah buat. Aku akan tolong kau, tak..kau kena tolong aku!’

Genggaman makin kuat bersama harapan yang menggunung untuk Amris membuka hatinya, tetapi dilepas serta merta oleh Amris.

*

Akkir menguak pintu bilik soal siasat tersebut sebelum Sarjan Mahzan muncul secara tiba-tiba dan memeluknya kuat seperti tidak mahu melepaskannya lansung.

‘Tuan! tahu tak betapa sunyinya saya sorang-sorang kat sini’ Sarjan Mahzan bersuara sambil tersenyum bahagia. Tidak mempedulikan Amris yang baru dibawa pergi oleh dua orang pegawai penjara.

‘Mana Hanif’ Akkir meliar mencari kelibat Hanif sebelum Sarjan Mahzan yang ceria wajahnya kembali sugul. Seolah-olah baru dia sedar Hanif juga tidak ada masa Sarjan Mahzan melawat rumahnya berulang kali selama sebulan ni.

‘Its take you long enough to ask. Tuan lupa ke yang dia dah habis khidmat dekat IPD ni. Kan setahun saja. Dia dah transfer ke Bukit Aman’

Akkir mengerutkan keningnya sebelum mengeluh panjang

‘What a good timing to transfer’

Sarjan Mahzan hanya mengebam mulutnya sebelum menyoal Akkir di mana mereka mahu makan tengah hari hari itu. Akkir hanya diam. Sebelum pintu tiba-tiba dikuak dan Pakar Forensik Firhan sedang berdiri di hadapannya.

*

Seorang pelayan perempuan lingkungan 20 an datang membawa pesanan makanan ydan minuman yang 80 peratus daripadanya adalah milik Sarjan Mahzan. Dia meletakkan dua cawan kopi kepada Akkir dan Doktor Firhan, gelas panjang berisi kiwi juice dan 2 pinggan spageti oglio olio prawn dan smoked chicken wings milik Sarjan Mahzan yang mula tersenyum lebih bahagia berbanding saat dia berjumpa dengan Akkir pagi tadi. Mereka memilih untuk bersembang di Pizza Hut berdekatan dengan balai polis Ampang berbanding street food milik Mak Cik Zara. Itu lebih sesuai kata Firhan.

‘Ni laporan sijil kematian Dian’ Firhan menyerahkan satu kertas yang disambut perlahan dan aneh oleh Akkir. Akkir menyentuh dalam kebigungan.

‘Bukan sijil ni Mak Cik Zara yang simpan’ Akkir bersuara.

‘Saya tahu. Yang ni salinan saja. Original masih ada pada Mak Cik Zara’ Firhan membalas tenang.

‘Tapi kenapa?’ Akkir menyoal bertubi.

‘Saya baru balik dari oversea lepas 3 minggu Dian meninggal. Saya baru tahu tentang kematian Dian’

‘Kami minta maaf, saya tak tahu..’ Akkir cuba untuk mencari logik yang mungkin.

‘Tak apa. Saya terdetik untuk tengok sijil kematian Dian. Mungkin dah habit’ Lelaki itu bersuara dengan senyuman yang kelat. Jelas matanya turut bengkak.

‘Ada yang tak kena?’ Akkir meneka.

Firhan tidak terus menjawab. Nadanya kelam kabut. Dia mengebam mulutnya memandang Akkir cemas.

‘Kandungan potassium dia tinggi’

Akkir mula tidak sedap hati. Dia mengecilkan matanya mencari sesuatu yang boleh memberi penjelasan kepada jawapan Firhan sebentar tadi.

‘Maksud awak?’

Firhan meletakkan cawan bulat yang diteguk minuman dari dalamnya itu ke piring kecil. Sarjan Mahzan juga sudah terhenti makan tengah harinya akibat perbualan Firhan yang seperti tarik tali.

‘Dian sememangnya dah dalam koma lepas pembedahan tu. Tapi mengikut serial blood investigation, ecg monitoring, oxygen, blood pressure, keadaannya stabil lepas pembedahan. Tapi tiba-tiba saja Dan dalam keadaan cardiac arrest. Salah satu punca cardiac arrest selain polytrauma adalah potassium berlebihan’

‘Maksud awak ada orang administer potassium pada Dian malam tu?’ Akkir meneka cemas. Sarjan Mahzan kini turut gelisah.

‘Dian dibunuh?’ Sarjan Mahzan menambah kalut. Memandang Akkir dan Firhan berulang kali.

‘Tak begitu pasti tapi boleh jadi. Bila saya jumpa balik dengan surgeon dan doctor yang attend Dian, diorang syak benda yang sama tapi sebab keadaan Dian sendiri yang tak begitu baik dan waris sendiri tak nak buat post mortem. Kematian Dian lebih kurang death on the table’

Firhan mematikan perbualan mereka petang tersebut. Kemarau semakin membahang di luar sana.

*

IPD Ampang

10 malam

Sarjan Mahzan matanya fokus ke arah skrin computer di dalam bilik siasatan tersebut. Tangannya kematu mengklik setiap pergerakkan yang melibatkan lelaki yang mencurigakan lalu di kawasan hospital tersebut. Mulutnya disumbat dengan roti gardenia kosong. Sejak balik daripada Hospital Ampang tadi lebih kurang pukul 6 hingga sekarang, dia tidak keluar daripada bilik itu kecuali untuk solat. Lepas satu, satu pendrive dicucuk ke komputer ribanya. Bertaburan pendrive di meja kayu tersebut.

Pintu dikuak dari luar, Akkir masuk dengan plastik putih di tangannya. Dia mengeluarkan coffee can dan memberinya kepada Sarjan Mahzan yang lanjut meneguk coffee tersebut. Tangannya mengklik pada satu video dalam folder tersebut sambil memandang Akkir yang sedang melahap roti subway yang Sarjan Mahzan yakin 100%, itu makanan pertama Akkir hari itu.

‘CCTV kat hospital tu dipadam selang 2 minggu jadi memang tak de cctv yang available. Jadi saya trace kereta-kereta yang diletakkan kat kawasan tu tapi tak ada yang capture pergerakkan masuk nurse lelaki yang kita cari atau any suspicious person. Saya cuma dapat video ni daripada blackbox ambulans lama yang diletakkan di belakang wad kecemasan malam tu. Sebab ambulans ada tarikh jadual diorang, sebab tu saya dapat cari ambulans yang digunakan malam tu. Dan ni hasilnya’

Akkir mengecilkan matanya memandang lelaki di dalam skrin tersebut. Nurse lelaki yang sama pada malam Dian mati.

‘Dia pakai mask’ Sarjan Mahzan mengeluh.

‘Fokus lagi’ Arah Akkir makin mendekatkan dirinya yang hampir masuk ke dalam skrin tersebut.

‘Jam ni bukan ke’ Ujar Akkir sambil jari jemarinya menggerakkan mouse ke arah tangan kiri lelaki tersebut.

Sarjan Mahzan mula rasa tidak sedap hati bukan kerana apa yang mereka baru jumpa tapi lebih kepada khuatir yang Akkir akan bertindak bodoh. Akkir menghempas tangannya ke meja yang menyakitkan pada siapa yang melihatnya. Sarjan Mahzan memandangnya cemas.

‘2 nurse lelaki malam tu, hanya sorang mengaku attend Dian. Yang lain tak ada. Dan yang sorang tu tak kenal siapa nurse lelaki dengannya malam tu sebab diorang punya rotation selalu berubah-ubah. Dan kedua-duanya pakai mask. Kalau nak siasat, kena siasat semua nurse lelaki dekat hospital tu. Nurse lelaki yang sorang tu pun tak nampak bila masa yang sorang lagi buat apa-apa pada Dian, sebab dia tengah cuci luka, even Mak cik Zara pun tak perasan. Dan jam ni belum tentu orang yang kita fikir, orang lain boleh pakai jam yang sama Akkir’

‘Buat apa nak siasat orang dalam kalau ni kerja orang luar’

Sarjan Mahzan tidak membalas celahan daripada Akkir yang memandang marah ke arahnya. Akkir segera membuka pintu kuat dari dalam. Sarjan Mahzan memegang tangannya walaupun sukar kerana Akkir seperti memberontak.

‘Tuan nak pergi mana? Tuan nak serang dia? ‘Kita tak ada bukti. Siapa saja boleh pakai jam yang sama’

Akkir tidak menjawab. Melepaskan genggaman Sarjan Mahzan dan berlalu pergi dari situ.

Dia segera mengambil tangga kecemasan untuk naik ketingkat 5 bagunan tersebut. Sarjan Mahzan Akkir dikurung di dalam bilik siasatan. Mungkin dia sudah gila dengan apa yang baru dilihatnya. Tangannya laju menguak pintu ke pejabat utama. Dia tidak peduli dengan mata-mata polis yang lain di aras itu yang memandang aneh pada Akkir yang kelihatan kurang ajar menjerit memanggil nama Sp Zarul. Akkir membuka tombol pintu bilik Sp Zarul dan menguncinya dari dalam. Sp Zarul yang sedang dalam talian terhenti perbualannya taktala Akkir meluru masuk sebegitu rupa. Dia mengerutkan keningnya memandang Akkir. Jelas di wajah anak muda itu pada matanya, bergetar tubuhnya, menahan sesuatu yang sudah lama tidak terluah.

‘Dian tak mati sebab kemalangan. Someone make her death looks like an accident. Sebab dia cuba gali kes Clown. Dian mungkin tahu siapa Clown sebenarnya. Orang yang polis corrupt cuba cover selama ni’ Akkir memulakan perbualan dengan nafas yang turun naik. Jelas wajahnya merah.

‘Aku tak tahu apa yang kau cakap. Stop it and leave now. Kalau kau ada benda nak report, ikut procedure and do it formally’ Sp Zarul meletakkan telefon bimbitnya ke meja. Akkir tersenyum sinis, menapak satu persatu tapak ke arah Sp Zarul yang sedang duduk.

‘Saya ada nampak benda pelik kat hospital malam Dian mati’

Sp Zarul berubah sedikit mimik mukanya tetapi cuba untuk berlagak tenang sebaik mungkin. Akkir menyambung kata-katanya, tidak peduli apa yang akan jadi padanya sekarang.

‘Nurse lelaki bertubuh besar keluar dari bilik. Bila kami tanya staf hospital, tak ada siapa yang kenal dia. Dan dari cctv luar hospital, nurse lelaki yang sama muncul. Tangan kirinya. Jam emas. Kalau yang pakai jam tu I.O Malik. Mesti yang suruh dia buat SP Zarul. Sebab dia hanya anjing Tuan kan selama ni’

Akkir meninggikan sedikit suaranya ketika itu dan jelas mimik muka Sp Zarul berubah 100% saat mendengar hujah daripada Akkir.

‘Apa yang kau cakap? Kau dah gila?!’

Akkir tidak memberi reaksi apa-apa melainkan memandang tajam ke arah Sp Zarul.

‘Jaga sikit mulut kau dalam pejabat aku!’ Sp Zarul terus mengherdik.

Akkir masih tidak mahu mengalah.

‘Saya dengar siasatan daripada pihak internal affair yang Dian hantar for the second time, pasal tuan dah stop. Betul-betul lepas Dian mati. Great. Ada saksi, ada bukti tapi still you clear from the charge. Someone up in the dark must helping you again. Yalah, tuan dah sanggup bunuh orang untuk tunjuk kesetiaan, that’s why he takes you back. Kan?’

Akkir mengetap bibirnya dan jelas Sp Zarul mula bangun daripada keadaan duduknya dan menghentak kedua belah tangannya ke meja.

‘Cukup Akkir. Aku kata cukup!’ Sp Zarul mengherdik dengan suara yang sangat kuat. Dan Akkir tidak berganjak dari kedudukannya. Sp Zarul memadangnya dengan mata yang merah.

‘Aku dah sabar lama dengan kau!’ Sp Zarul menjerit ke arah Akkir dengan lebih kuat.

‘Aku pun dah sabar lama!’ Akkir membalas dengan suara yang lebih kuat dan matanya yang lebih merah menahan marah.

‘Siapa ada kat luar. Heret budak ni keluar dari bilik aku!’ Sp Zarul meliarkan kepalanya melihat ke arah pintunya yang berkunci sebelum kedengaran derapan kaki mengarah ke arah biliknya dan bunyi orang cuba membuka tombol pintu tersebut. 3 orang anggota polis masuk ke dalam bilik terseut dan cuba membawa Akkir keluar daripada bilik tersebut tetapi Akkir masih tidak sampai pada batasnya. Matanya makin merah dan bibirnya serta satu tubuhnya makin tambah getar.

‘Aku takkan biarkan kau lepas. Aku akan pastikan kau bayar apa yang kau dah buat! How come you did that to a girl! Macam mana kau boleh buat benda tu pada orang bawah kau sendiri! Pada anak kawan kau! Tak cukup ke kau dah bunuh ayah dia! Dia dah menderita hidup 15 tahun ni! Kau tahu kenapa dia nak sangat clear nama Amris? Clear nama ayahnya? Bukan sebab dia marahkan apa yang dah jadi pada hidup dia, bukan sebab dia memberontak, tapi sebab rasa bersalah dia pada Amris! Rasa bersalah dia pada ayahnya yang selama ni dia anggap ayahnya mati bunuh diri tapi baru 2 bulan lepas dia tahu ayahnya dibunuh. 15 tahun dia salahkan ayahnya! Dia nak betulkan keadaan dan satukan balik Amris dengan adiknya! Nak mak dengan adik lelakinya balik! Orang-orang yang dia sayang! Kau tahu! Dan kau dah bunuh orang macam tu! Lepaskan aku!’

Akkir cuba bergelut dengan tiga polis lelaki yang kini sudah mengheretnya keluar daripada bilik tersebut tapi dia masih dapat lihat jelas Sp Zarul memandangnya dan dengar jelas apa yang dia katakan. Nada Akkir mula kedengaran sebak di situ.

‘Dia masih percaya! Dia boleh betulkan mana yang salah dan bina hidup lain dengan pak cik, mak ciknya, ibu dan adik lelakinya. Ayahnya akan tenang. Dia percaya orang yang lebih besar, lebih tinggi pangkat kat luar sana boleh buat benda tu untuk dia. Sama macam 15 tahun lepas, dia percaya orang lebih besar. orang dewasa akan percaya cakapnya. Tapi kau! Kau dah jadikan budak tu anak yatim dan sekarang kau bunuh dia?! Apa kejadahnya benda ni! How could yo do that to her! Kau orang besar? Kau manusia? Kau panggil diri kau polis?!

Kata-kata Akkir sayup-sayup meninggalkan bilik Sp Zarul.

*

Bab 3: Half of me

IPD Ampang

8.30 pagi

Keadaan cuaca di sekitar ibu kota semakin membahang. Dijangka akan panas dan kemarau berlarutan sehingga masuk bulan Mac. Dan penanda, sudah 2 bulan sejak team cold case itu hanya tinggal Akkir dan Sarjan Mahzan sahaja.

Tiada sebarang berita. Tetapi usaha tidak dihentikan. Sarjan Mahzan kembali dengan sebungkus plastik berisi ayam goreng dan 2 tin minuman soda yang hanya ditenung oleh Akkir sebelum ditarik kembali oleh Sarjan Mahzan yang meminta maaf berulang kali. Akkir hanya diam. Dia menarik kotak berisi ayah tersebut dan melahapnya secepat yang mungkin sambil menyelak laporan di tangannya yang tiada kesudahan.

‘Macam mana Tuan? Amris ada cakap apa-apa tak..lagi?’ Sarjan Mahzan cuba mengubah suasana waktu itu dengan mengfokuskan Akkir kepada kerja mereka. Akkir menggelengkan kepalanya. Mmebuka tin soda dan meneguk laju.

‘Macam mana? Ada Sarjan dapat maklumat pasal Ethan tu?’ Akkir pula menyoal balas. Sarjan Mahzan turut kini menjamah satu kepak ayam.

‘Belum, secretary dia cakap Ethan akan balik dalam seminggu macam tu. Cuma saya pelik’

‘Apa?’ Akkir mencelah sambil melihat wajah Sarjan Mahzan yang kelihatan mencurigakan.

‘Masa saya pergi pejabat dia, saya sajalah perhati pejabat dia tapi secretary dia macam tak senang. Dia tak bagi lansung saya masuk pejabat tu’

‘Masa saya dan Dian datang pejabat Ethan sebelum ni pun sama. Diorang tak bagi kami masuk. Macam ada benda yang diorang cuba sembunyikan’ Akkir turut bersetuju dengan kata-kata Sarjan Mahzan sebentar tadi. Dia melabuhkan punggung sedikit duduk di atas meja.

Sarjan Mahzan hanya mendiamkan dirinya. Lama sebelum sesuatu seperti kembali menerjah kepalanya seolah-olah dia mahu memberitahu hal itu sudah lama tetapi kekangan keadaan buat dia lupa perkara yang penting itu. Wajah Akkir ditenung cemas.

‘Tuan ada baca berita 2 minggu lepas?’ Soal Sarjan Mahzan.

‘Berita apa?’

Sarjan Mahzan menelan air liurnya dan menggabus kedua belah tangannya dengan tisu.

‘Jazly. Kawan baik Dian tu, mayat dia ditemui terapung dekat tasik. Diorang cakap mati lemas. Tapi saya saja lepak dekat NFS 2 hari lepas. Saya dengar usia mayat Jazly sebenarnya dah sebulan. Dia hilang dah 2 minggu sebelum tarikh mayat dia dijumpai, tapi tak ada orang cari dia sebab Jazly tuan ingat kan Dian cakap dia selalu kerja outstation. Tak ada siapa yang syak. Sebulan tuan. Sama macam waktu arwah Dian. Tak rasa pelik ka?’

Akkir terdiam sebelum mengucapkan ‘Innalillahiwainnalillahhirajiun’ dan kembali memandang Sarjan Mahzan curiga dan terkejut.

‘Suspek?’ Akkir mencelah. Semakin mendekatkan telingannya pada Sarjan Mahzan.

‘Tak sebab result post morterm sendiri cakap mati lemas. Dan keluarga mangsa tak nak buat report. Yalah, tak nak lagi malu sebab Jazly banyak buat kerja kurang elok sebelum ni.’

‘Sarjan tak siasat?’

Sarjan Mahzan kini turut mendekatkan diirnya dengan Akkir smbil melihat kiri dan kanannya.

‘Tuan tahu kan saya macam mana. Saya try cari ikut call log phone Jazly tapi dipadam pada tarikh Dian mati. So saya try cari kawan-kawan dia based on senarai yang pekerja dia bagi dan saya jumpa orang yang last jumpa Jazly. Da cakap last dia jumpa Jazly hari yang sama Dian mati. Diorang keluar makan sama-sama dan tiba-tiba saja jazly dapat call dan tinggalkan tempat tu siang tu juga. Tapi dia tak cakap dia pergi mana’

‘Dan..’ Akkir mencelah

‘Saya hack dia punya tracking location’

‘Jadi?’

‘HK Bulding. Saya cuba cari cctv keluar masuk orang dekat HK bulding tapi dorang dah padam sebulan sekali. Tapi still saya yakin dia datang HK Building malam tu’ Sarjan Mahzan menambah.

‘So apa kejadahnya dia buat kat tasik tu’ Akkir mencelah tidak puas hati dan bertambah curiga. Melihat keluar tingkap cuba berfikir segala kemungkinan. Akkir memeluk tubuhnya yang hanya memakai baju putih tangan pendek dek cuaca yang panas sekarang ini.

‘Saya percayakan Jazly sebab Dian percayakan dia. Kalau Jazly datang HK Bulding mesti ada benda yang Dian nak dia buat. Someone yang bunuh Jazly padam call log dia sebab tak nak kita tahu mana Jazly pergi malam tu. Hari tu hari yang sama Dian mati. Kami pergi HK building 2 hari sebelum tu. Tapi kami tak dapat masuk. Hanif pernah cerita yang masa dia jumpa Jazly, Dian cakap pada dia yang Jazly pakar bab-bab pecah rumah ni. Dian mesti minta tolong Jazly untuk pecah masuk HK Bulding. Seseorang tahu dan bunuh Jazly on the spot sebab dia tak nak Jazly bagitahu Dian apa yang ada dalam HK Bulding tu. Tuan ada phone call log Dian?’

Akkir mula memandang cemas ke arah Sarjan Mahzan yang mengglengkan kepala sambil berkata yang smeua barang peninggalan Dian sudah diserahkan kepada Mak Cik Zara.

*

HK Building

9.30 pagi

‘Mak cik tak ada padam apa-apa?’ Akkir berbual di dalam telefon bimbitnya dengan Mak Cik Zara. Telefon bimbit Dian kini ditangannya selepas diserahkan oleh Sarjan Mahzan yang mengambilnya dari rumah Mak Cik Zara sebentar tadi. Deteran kereta lalu lalang di hadapan Syarikat tersebut menangkap mata Akkir. Dia perlu bertemu dengan seseorang petang itu juga. Tetamu penting, tapi masih belum kelihatan. Mak Cik Zara mengulang banyak kali jawapan pada soalan Akkir yang dia lansung tidak menyentuh telefon bimbit Dian dan menyimpan semuanya di dalam lokernya yang berkunci. Akkir mengerutkan keningnya sambil melihat skrin pada telefon bimbit tersebut yang memaparkan call log Dian 2 bulan yang lepas.

‘Call log Dian dipadam. Tapi siapa yang padam? Bila?’

Akkir mengomel sendirian. Cuba mencari segala memori yang berbaki pada ingatannya sebelum sinaran krereta antik berwarna hijau pedu menyinari matanya. Kereta antik tersebut diikuti oleh 3 buah kereta mewah lain di belakang. Yang kini menapak kalut. 4 orang lelaki bagi setiap kereta kini berlari berbaris pada kiri dan kanan di pintu masuk syarikat tersebut. Kakitangan pekerja di dalam yang tadi membuat hal masing masing kini seperti bersatu berbaris untuk menyambut sesuatu yang dihormati dan disanjungi.

Pintu belakang kereta antik itu dibuka dan seorang lelaki bersut coklat pekat dan berkasut kulit hitam yang Akkir hanya lihat di majalah-majalah terkenal dan percaya hanya dibuat khas untuk golongan elit tertentu, kini menapak keluar dari kereta antic tersebut. Dia berdiri dan memasang kancing baju sutnya kembali. Kaca mata hitamnya dibuka dan membuatkan tekaan Akkir saat dia melihat lelaki itu dari dalam kereta adalah benar.

*

Akkir melihat keadaan di meja utama bilik tersebut. Bukan seperti sebelum ini. Beberapa dokumen disusun kemas di atas meja dan komputer riba hanya satu. Bilik yang seluas ruang tamu utama rumahnya itu berdinding coklat diperbuat dari kayu oak berkualiti tinggi yang dapat menahan segala yang cuba keluar tanpa kebenaran atau masuk ke dalam bilik tersebut. Secara kesimpulannya, bilik itu diubah suai 100% berbanding apa yang dia dan Dian lihat sebelum ini.

‘Kau buat plastic surgery?’ Akkir memulakan perbualannya dengan lelaki yang sedang berada di sofa, berhadapan dengannya sambl meneguk kopi panas. Nafas Akkir turun naik tidak puas hati. Ethan menyilangkan kakinya.

‘Saya tahu Tuan..I mean inspektor Akkir bingung kenapa Hanif yang tuan kenal tak mengaku dirinya Ethan. Betul, saya saksi ke 3 kes clown tu. Betul. Tapi sama macam alasan saya sebelum ni, saya rahsiakan identity saya sebab syarikat’

‘Maksud kau?’ Akkir bagai tidak percaya. Tidak, dia tahu semuanya tipu. Hanif dah tipu mereka bulat-bulat. Dia bukan bodoh.

‘Saya harap tuan baca balik testimony saya betul-betul. Dekat mana exactly saya nampak mangsa ke 2 dengan Clown tu’

Akkir mengerutkan keningnya

‘Nightclub?’ Akkir meneka sebelum dipintas sinis oleh Ethan.

‘Gay club’ Ethan menyandar dirinya ke sofa.

‘Kes Clown waktu tu sangat famous. Semua wartawan akan gali bukan setakat siapa pembunuh, atau siapa mangsa, tapi sesiapa saja yang terlibat termasuklah saksi. Dan untuk pelajar berumur 16 tahun, satu-satunya pewaris company HK Group, kalau orang awam tahu identity saya sebagai gay, kalau ayah saya tau. Orang akan jadikan benda tu sebagai alat untuk lawan ayah saya dalam politik. Jadi, saya tak ada pilihan lain selain diamkan diri’

‘Jadi kenapa sekarang baru kau nak mengaku’

‘Tuan tahu sebab apa. Dian dah mati. Sebab saya pentingkan diri. Sepatutnya saya terus terang saja kan’

‘Kenapa kau masuk polis force?’ Akkir tidak berpuas hati.

‘Sebab saya tak nak polis buat silap. At least, ada dalam cold case, saya tahu apa arah tuju siasatan clown tu’

‘Bukan sebab kau Clown tu, kau bagi kesaksian sehari sebelum mangsa ke 3 bagi kesaksian dan selepas sebulan kes ke 2 berlalu. Dan Medina dah cerita pada aku yang dia dah bagi testimony pertama pada ayah Dian, detektif Yusuf’

‘Saya tak tahu apa yang Tuan cakap. Saya setuju saya ambil masa sebulan baru nak bagi kesaksiaan tapi macam yang saya cakap sebelum ni, its take a courage to tell them what I am doing at that night. Where I am going.’

‘Tak, tu sebab kau tahu Medina dah met up dengan Detektif Yusuf. Through Sp Zarul I would guess. Kau takut, orang macam kau, orang teliti macam kau takkan trust orang lain. Jadi kau tampil sendiri bagi testimony palsu. Just a decoy. Lepas ayah kau upah Sp Zarul ugut keluarga Medina, Medina tampil bagi testimony ke 2 yang polis palsukan sebagai testimony pertama. That’s why kedua-dua testimony korang match. Perfectly to accuse Amris’

Ethan ketawa kecil.

‘Saya buat benda yang betul. Memang Amris penjenayah sebenar. Tuan tengok sendiri dia sanggup bunuh orang dan Dian mangsanya. Saya tak sanggup ada di Ampang lagi. Semua ingatkan saya pada Inspektor Dian. Dan Amris, dah dipenjara kembali. Semua dah selesai. Tapi kalau Tuan nak kesaksian saya, saya boleh bagi sekarang’

‘Kau ingat aku bodoh. Kau masuk polis, team cold case sebab nak pantau sendiri kan kes clown ni. Sp Zarul, kau guna dia kan?’

‘Tuan boleh tengok sendiri rekod Sp Zarul yang berkhidmat di IPD Ampang sebulan lepas saya dah diterima masuk ke Ipd Ampang. He know nothing about me. Saya masuk polis sebab minat saya sendiri. Lepas saya dan parents saya accident. Saya buat plastic surgery sebab kecederaan teruk pada muka, dan pindah ke oversea. Saya study law then balik Malaysia, just applied for police force. Sebab minat. Saya dah ada dalam police force dah setahun. Setahun sebelum cold case wujud. Jadi motive saya masuk polis tak ada kena mengena dengan niat nak pantau siasatan cold case. Saya diserap masuk cold case pun sebab chief Mazhan yang pilih. Bukan saya yang nak’

‘No, police just a decoy for you’ Akkir mencantas.

Ethan masih tersenyum sinis. Akkir hanya menghela nafas berat bila mana melihat Ethan tidak berubah lansung reaksinya.

‘Apa yang kau nak explained dengan mayat-mayat yang baru kita jumpa sedangkan Amris dalam penjara’

‘Banyak teori boleh explain benda tu Inspektor. Copycat? Mangsa ditanam bukan dibiarkan macam dulu. It can be anyone. Sesiapa pun boleh buat. Apa yang ada dalam police boleh leak bila-bila masa pada orang lain. Macam kes Ulu Kinta Serial killer. Possibility tetap ada’

‘Amris tak bersalah’ Akkir meningkah lagi.

‘Terpulang. Seorang Inspektor dah mati. Tuan boleh fikir sendiri’

Akkir hanya mendiamkan diri.

‘Kau kenal Jazly kan? Dia mati sebulan yang lalu. Around masa yang sama Dian mati. Last tempat dia pergi HK Building. Kau tahu sebab apa?’

‘Manalah saya tahu, orang macam Jazly suka-suka hati dia saja nak keluar masuk tempat sebab dah memang perompak. Lagipun Tuan ada bukti ke yang dia memang masuk bulding ni?’

Akkir mengebam mulutnya.

*

Interrogation room 2

2.30 petang

Sarjan Mahzan memasukkan telefon bimbitnya yang panas hasil perbualan lama dengan Akkir ke dalam poket seluarnya. Tangannya masih bergetar. Telinganya masih terngiang-ngiang ayat-ayat Akkir. Ethan adalah Hanif? Orang yang dia anggap seperti anaknya adalah Ethan? Hati Sarjan Mahzan kini berubah semakin sakit. Dia menolak pintu tombol ke ruangan bilik soal siasat lemah. Duduk berhadapan dengan Amris. Kalau seseorang boleh sampai ke tahap ini, dia tidak boleh lengah.

‘Kita akan mula dengan malam sekitar bulan oktober paling akhir sebelum Ethan bagi testimony dia. Bulan tu hujan setiap pagi dan mendung speanjang hari. Apa yang awak akan selalu buat?’

Amris menggelengkan kepalanya

‘Apa-apa saja pun boleh Amris’ Sarjan Mahzan memujuk. Mereka terdesak. Lepas apa yang mereka tahu pasal Hanif. Hatinya makin sakit.

‘Bulan tu dah nak dekat dengan puasa’ Sarjan Mahzan menambah lagi, kening dan wajahnya makin berkerut. Amris seperti mahu menuturkan sesuatu. Sama seperti Sarjan mahzan, dia mengerutkan keningnya cuba mengimbas sebanyak mungkin memori 15 tahun lalu yang berbaki.

‘Kalau waktu macam tu, selalunya saya akan kerja’

Sarjan Mahzan mula tersenyum. Beralih ke soalan berikutnya.

‘Awak bawa lori kan? Kawasan mana selalu awak pergi? Ada tak hantar barang dekat kawasan perumahan Bukit Antarabangsa’

‘Saya bawa lori perabot. Bulan nak dekat raya selalunya ramai orang akan beli perabot. Kawasan rumah orang kaya. Bukit antarabangsa’

‘Rumah bumbung merah, ada kereta merah..kereta antic, warna merah. Saya terlanggar pemilik rumah yang baru keluar dari kerera tu sampai dia terjatuh. Muda budaknya..nampak macam belasan tahun..saya nak tolong dia tapi dia tak bagi..Dia marah..yalah orang macam saya langgar dia..Dia suruh saya balik. Saya hampir kena buang kerja sebab tu’

‘Rumah no berapa’

Amris menggelengkan kepalanya. Tetapi Sarjan Mahzan tahu dia dah semakin dekat.

‘Ada tembok besar. Rumah tu saja yang ada. Ada juga bongsai sekitar tempat tu’ Amris menyambung dan mematikan perbualan mereka malam itu.

*

Akkir menggengam kemas telefon bimbitnya. Perbualannya dengan Sarjan Mahzan setelah Sarjan Mahzan berjaya menyoal siasat Amris. Genggamannya makin kuat. Gram. Marah dan sakit. Matnaya merah. Akkir maish di dlaam kereta. Tidak bergnajak. Matanya memandang kosong ke dapan dengan bibirnya yang bergetar.

‘Jadi macam tu dia testify Amris. As long as bukan dia, dia tak kisah sesiapun ,that dog.’ Akkir membalas. Matanya makin merah.

‘Ada tuan dapat bukti lain?’ Kedengaran suara Sarjan Mahzan menyoal. Akkir nafasnya mkain tidak teratur. Turun naik.

‘Bukti! Bukti! Bukti! Kalaulah saya ada warrant’

Akkir merasakn dirinya tidak berguna. Dia tahu Ethan siapa sebenarnya. Dia sudah minta warrant untuk geledah rumah, dan tempat kerja Ethan tapi Sp Zarul seperti biasa tidak akan sesekali membenarkan perkara itu dan dia sekarang perlu ikut formality untuk menyiasat Ethan lebih. Akkir menghentak tangannya pada stereng kereta tersebut. Mula menggabus matanya yang basah.

‘Sama ka macam dulu sarjan? Sebab tu ayah Dian dibunuh kan? Dah 15 tahun, kenapa still tak berubah? Kalau kau ada power, money, kau boleh hidup senang tak kiralah betapa teruk atau busuk benda yang kau dah buat’

Akkir kini meluah segala perasaannya pada Sarjan Mahzan tanpa dia sedar.

‘Kita boleh ubah. We can make it that way’

Akkir diam sebelum Sarjan Mahzan bersuara sekali lagi mencadangkan sesuatu yang diluar jangkaan Akkir.

Bab 4: Secret

Fuze Club 98

10 malam

Akkir melangkah masuk ke dalam bilik khas golongan atasan di kelab tersebut walaupun dihalang oleh 2 orang pengawal keselamatan. Ethan yang duduk di kerusi panjang utama bilik tersebut, kelihatan sedang memegang satu beg plastik hitam yang dibalut kemas beralih merenung tajam ke arahnya. 5 orang lelaki yang lain yang ada dengannya kini kelihatan sedikit terganggu. Mula menyimpan beberapa sampul surat kembali ke dalam beg sandang mereka.

‘Amris dah cakap kat aku macam mana dia boleh jumpa dengan kau. How? Should I continue? Is it alright if everyone hear that?’

Akkir memulakan perbualannya di dalam kelab itu. Ethan memberi insyarat tangan supaya yang lain beredar. Kini hanya tinggal Akkir dan Ethan di dalam bilik tersebut. Akkir menarik satu tin minuman yang dia yakin halal ke tangannya. Jus buah epal. Hanya itu pilihannya. Penuh meja itu dengan gelas kaca meninggi yang jelas airnya berwarna teh dan juga merah pekat yang Akkir yakin adalah arak. Rokok juga bertaburan di meja tersebut. Ketulan ais diletakkan di dalam satu bekas besar kaca.

‘15 tahun yang lalu pun kau datang kelab ni Hanif. Sama saja sampai sekarang. Lansung tak ada kreativiti’ Akkir tersenyum sinis melihat Ethan yang kini merenung tajam ke arahnya.

‘Aku Ethan’ Ethan membetulkan ayat Akkir. Dan sudah tidak ada ‘saya’ atau ‘tuan’ di situ.

Akkir kini ketawa sinis yang lebih membuatkan Ethan semakin merah mukanya.

‘Apa yang seorang Inspektor lelaki buat dekat sini? Tak takut orang panggil gay?’ Ethan mengherotkan bibirnya ke kiri cuba memberi senyuman sinis yang dibuat-buat. Sebelum bersandar ke sofa empuk berwarna merah hati tersebut.

‘Aku? Sama macam yang kau buat? Kau nak orang panggil kau gay kan? Padahal kau lain? Kau suka benda lain’

Riak muka Ethan mula berubah. Akkir tertawa kecil. Ethan memandangnya tajam.

‘Aku tak tahu apa yang kau cuba cakap’ Ethan bersuara yang lebih kepada berbisik.

‘Aku boleh bagitahu kalau macam tu’ Akkir mencelah laju. Menghela nafas berat.

‘Baru sekarang apa yang jadi selama ni makes sense. Kau tak suka I.O Maria bukan sebab kau tak suka dia, bukan juga sebab kau gay, itu sebab kau tak ada nafsu macam lelaki lain ada. Patutlah ‘Not my taste’’

Riak wajah Ethan semakin merah.

‘Kau teliti. Kau takkan simpang barang peribadi kau dalam computer ataupun telefon bimbit. Patutlah aku dengan Sarjan Mahzan tak jumpa apa-apa. Sebab semua urusan berlaku di sini. Kau datang sini sebab nak beli gambar pornography budak kan? Kau nak aku koyak plastik yang kau pegang tadi? Hah? Orang takkan syak sebab dah ni club gay, mana orang nak beli benda macam tu kan? Dah berapa banyak koleksi?’

Ethan merenung Akkir tajam.

‘Saya tak ada masa nak dengar..’ Ethan mula bergegas untuk bangun dari situ sebelum Akkir menarik tangannya untuk kembali duduk.

‘Dengar dulu. kau kena dengar Ethan. Ayah kau beli polis untuk protect anak dia, dan sekarang anak dia beli polis untuk protect diri dia sendiri. Anjing kau dah sanggup bunuh orang untuk tunjukkan kesetiaan diorang. Amris! Yusuf! Dian!’

‘I don’t’t think..’ Ethan mencelah.

‘Dan Jazly’ Akkir menyambung laju.

‘Kau tahu Jazly pecah masuk pejabat kau malam tu. Kau bunuh dia. Dan bila kau tengok last phone call dia dengan Dian, kau takut Dian dah tahu siapa kau sebenarnya. Jadi kau suruh ketua aku bunuh dia kan? Dan kau sengaja offer untuk hantar mak cik Zara malam tu, sebab kau nak ambil phone Dian dah padamkan phone call log Dian dengan Jazly kan? Sebab kau tak nak kami tahu Jazly dan Dian ada contact malam tu. Jadi kau bunuh diorang. Dan sekarang kau reveal diri kau sebenar. Kau dah kisah. Samada kami tahu atau tak. Sebab kami, tak ada bukti..tak ada saksi…’

Akkir mengebam mulut dan cuba menahan nadanya yang mulai sebak

‘Tak ada lagi mangsa yang hidup yang boleh testify apa yang kau dah buat. Medina? Macam mana kau beli dia dulu, kau beli dia juga sekarang kan? Sebab tu dia tak berani cakap sepatah pun?!’

Mata Akkir makin merah memandang Ethan.

‘Kau buka mata saja dah jadi anak orang kaya. Kau bergantung pada status ayah kau untuk buat apa yang kau suka. Semua kau nak kau dapat. Kau assault budak pun dah bukan dosa sekarang. Bunuh? Kacang saja kan? Benda tulah yang paling sucks sekali. Tapi, kalau dah nama polis. Tak, manusia..sekurang-kurangnya makhluk yang mengaku dirinya manusia mana boleh pandang macam tu saja. Kau assault budak-budak tu, beli polis, perangkap orang yang tak bersalah. Itu yang buat aku geram sangat sekarang ni. Itu yang buat aku rasa macam gila sekarang. Yeah, I can say, what can I do. Tapi still bunuh orang..orang aku!..bukan benda yang aku boleh pejam mata saja Ethan!’

Akkir suaranya bergema di dalam bilik tersebut. Ethan memandangnya dengan wajah yang berpuas hati mendengar hujah daripada Akkir seolah-olah dia menunggu-tunggu Akkir hilang kesabaran di hadapannya

‘‘Whats wrong with that?’ Ethan mencelah. Akkir makin merah wajahnya.

‘Betul aku perangkap Amris. Betul aku upah Zarul bunuh Dian dan Jazly. Betul aku assault budak-budak tu. So what?’

Ethan merabut gelas kaca kecil berisi jus yang dipegang oleh Akkir.

‘That dog tak sedar status dia dan cuba nak jatuhkan aku? Jadi aku bunuh dia. So what? Kau nak buat apa? Nak tangkap aku?’

Ethan meneguk minuman tersebut dan memandang sinis ke arah Akkir sebelum menyambung kata-katanya.

‘Aku pernah jadi polis Akkir. Dan anak conglomerate no 1 dekat Malaysia ni. Pak Cik aku hakim negara. aku sendiri study law sebelum ni. The right to remain silent, and the right to an attorney, you didn’t state them to me beforehand, so my confession has no legal standing. Kalau kau rasa tak adil, kau boleh siasat lagi. Kau takkan dapat aku. 15 tahun, polis tak pernah tangkap aku. I always have a way out. What a good country. Everything you can buy’

Ethan meletakkan cawan tersebut ke meja. Dan menyandar tubuhnya ke sofa sambil ketawa melihat Akkir. Akkir diam sebelum memandang Ethan kembali dengan wajah yang cuba untuk senyum. Dia akhirnya turut ketawa dengan Ethan. Membuatkan lelaki itu kini janggal.

‘You are truly different. Mungkin sebab kau anak buah hakim dan ayah kau orang kehormat dekat Malaysia.dan macam kau cakap tadi, kau study law. Patutlah lain, I thought your brain is full of crap’

Wajah bongkak Ethan kembli berubah ke arah wajah yang sedang menahan marah.

‘Kau jadi Ceo pun sebab ayah kau. Kau dapat connection pun sebab kau lempar duit untuk orang yang sanggup kutip. Aku dengar syarikat kau dalam masalah sekarang. Mungkin faktor Dian mati boleh menyumbang kepada kenapa kau berhenti jadi polis, dan kerja balik sebagai Ceo tapi aku dengar syarikat kau banyak lost contract sekarang kan. Yalah, ceo absent for too long’

Ethan semakin mendekatkan dirinya dengan Akkir seperti mahu menarik lelaki itu untuk sesi pergaduhan fizikal sekarang.

‘Betullah orang cakap, kalau ayah bijak, anak tak semestinya bijak. Dah anak buat benda lain. Aku dengar kau dah tak client sekarang’ Akkir menyambung sekali lagi sebelum Ethan menjerit dengan kuat sambil menghentak cawan yang dipegangnya sebentar tadi ke meja hingga pecah.

‘You punk!’

Ethan mengherdik sekali lagi. Dan sekali lagi Akkir tidak berganjak dari tempat duduknya dan terus mengatakan apa yang Ethan perlu dengar dari dulu. Wajah Akkir kini turut merah. Matanya bergenang dengan kemarahan yang amat dahsyat.

‘Prepare for your defense with the crappy brain of yours. Even if I get fired, aku akan pastikan kau bayar apa yang kau dah buat. Walaupun tuhan tahu, kau takkan habis bayar dekat dunia ni. How could you, to your own mate! Orang yang sanggup protect kau dengan nyawa dia sendiri. Kau jangan sebut nama Dian guna mulut kotor kau, aku tak jamin hidup kau lepas ni’

*

Bab 6: Debt

Kampung Salak Selatan

2.15 petang

‘Kawan detektif lama saya bagi alamat dia. Dia dah lama duduk kampung tu’

Suara Sarjan Mahzan masih terngiang-ngiang di telinga Akkir. Dia kini 100 meter dari balik tembok jalan, mengadap sebuah kedai runcit lama. Hanya ada beberapa orang keluar masuk ke kedai yang terletak di hujung kampung tersebut. Tidaklah segah kedai runcit bertaraf pasar raya di kampung-kampung lain, cukupla dengan dinding batu dan bumbung zinc serta beberapa barang basah di letakkan di luar.

Seorang lelaki lingkungan 50 an keluar daripada kedai tersebut dengan menyerahkan beberapa bungkusan kepada wanita yang kelihatan sama umur dengannya dan melambai pergi ke arah wanita tua tersebut yang semakin lama semakin mengecil di mata Akkir. Akkir mendekati kedai runcit tersebut.

‘Detektif Zairi?’

Lelaki tua itu mengalihkan pandangannya pada Akkir. Mengerutkan keningnya. Akkir mengeluarkan badgenya.

‘Saya I.O Akkir dari cold case team Ampang, KL. Saya datang sini untuk kes clown 2002’

Lelaki itu cepat-cepat masuk ke dalam kedainya, cuba mengelak.

‘Dian, anak detektif Yusuf, meninggal masa siasat kes ni 2 bulan yang lepas. Dia..kawan saya. Encik tak rasa ke saya perlu tahu sesuatu?’

Kaki lelaki tua itu berhenti.

*

Detektif Zairi menarik dinding besi dan segera menutup kedainya di siang hari itu. Dia kemudiannya memasang lampu di dalam kedai tersebut. Menarik kerusi plastik putih dan menyuruh Akkir duduk di situ. Akkir menghela nafas berat sambil memandang lelaki tersebut.

‘Saya akan rahsiakan hal ni. Encik boleh cerita pada saya apa yang jadi sebenarnya tanpa takut saya akan berkas encik’ Akkir memulakan perbualan mereka di dalam kedai tersebut. Lelaki itu memberikan Akkir sekotak minuman tea crysantimum yang baru diambil dari peti sejuk. Dai melabuhkan punggun, duduk berhadapan dengan Akkir. Merenung kosong ke hadapannya sebelum mengeluh berat mengenangkan masa lalu. Dosa apa yang dia dah lakukan dan apa yang dah jadi pada hidup dia sekarang.

‘Saya tahu saya salah. Saya tak patut terima duit tu. Tapi saya nak buat macam mana lagi? Maruah detektif? 15 tahun saya jadi polis, apa yang saya ada? Awak masih muda. Tak rasa hidup ada keluarga. Anak saya masih kecil. Isteri saya tengah mengandung, hampir tuntut cerai sebab saya tak cukup duit nak beli beras. Dan dia menangis, sebab dia jadi penjamin untuk loan yang adik dia buat. Rumah kami waktu tu jadi pajak gadai, sedangkan saya polis. Hilang duit deposit rumah. Saya mungkin merempat dengan nak bini dekat tepi jalan while being a police. Jadi, polis macam saya, macam yang yusuf cakap. Kami boleh dibeli. Saya ambil duit haram yang dia benci. Saya tutup sebelah mata, keluarga saya dapat makan. Kalau saya tak ambil duit tu sekalipun, orang lain akan ambil. Jadi, apa salahnya kalau saya ambil’

Lelaki itu bersuara perlahan. Memandang ke bawah

‘Jadi apa yang berubah?’ Akkir mencelah. Tegas riak wajahnya.

‘Awak cakap awak ambil duit tu untuk ubah hidup awak. Jadi apa yang berubah?’ Sambung Akkir yang kelihatan lebih mendesak.

Zairi hanya diam. Akkir mengebam mulutnya.

‘Awak tahu Yusuf dibunuh. Mazhan sendiri mengaku bunuh Yusuf’

Lelaki itu mengerutkan keningnya

‘Maz..Mazhan bunuh Yusuf?..Tapi kenapa?’ Zairi mencelah kalut dan cemas. Bingung jelas di riak wajahnya.

‘Detektif Yusuf. Dian beritahu saya dia rapat dengan awak berbanding Zarul dan Mazhan. Kalau dia dibunuh oleh kawan dia sendiri. Ada benda besar dah berlaku. Dan anaknya sendiri sekarang dah mati. Tolong saya Zairi, kalau tak banyak pun, satu pun jadilah’

Akkir merayu tanpa dia sedar. Nadanya bergetar. Tangan lelaki itu dipegangnya kuat. Zairi memandang dengan matanya yang bergenang ke arah Akkir.

‘Yusuf tak give up dengan kes tu’

*

IPD Ampang

4.15 petang

‘Zairi mengaku dia terima rasuah daripada Zarul waktu tu untuk tutup kes tu cepat dan block other evident agiants Amris. Dia tak tahu siapa atas Zarul tapi dia selalu tengok Zarul hang out dengan ramai ahli politician waktu tu. Zarul Zairi cakap cita-cita dia besar. Zairi dah bagi list nama-nama ahli politician yang dia ingat pada saya. Dan salah seorang darinya, memang conglomerate negara waktu tu. Ayah kepada Ethan’

Akkir yang masuk ke bilik pantry itu secara tiba-tiba menghentikan Sarjan Mahzan daripada menjamah mee segeranya. Akkir menutup pintu pantry tersebut. Rata-rata polis di luar masih dlaam kerja masing-maisng. Tidak mempedulikan apa yang mereka bincangkan.

‘Jadi Zairi sendiri tak tahu siapa clown tu?’ Sarjan Mahzan mencelah. Bangun beralih ke peti sejuk untuk mengambil botol air sejuk yang disimpangnya sudah lama. Akkir menggelengkan kepalanya

‘At least kita tahu Zarul memang ada connection dengan HK firm’ Akkir menambah.

‘Bukan tu saja Sarjan. Zairi cakap untuk crime scene kes pertama dan ke tiga diorang tak tahu dekat mana sebab mangsa dah mati. Tapi untuk kes 3, diorang dapat kesan crime scene tu sebab Medina dah 12 tahun, boleh cerita di mana crime scene tu. Dia bagitahu crime scene masa dia pertama kali jumpa Yusuf. Jadi yusuf sempat pergi tempat tu. Tempat yang Medina kena kawasan lalang. Dan tuan tahu paa yang mereka jumpa?’

Sarjan Mahzan mula mengerutkan keningnya mendengar dengan teliti cerita Akkir.

‘Mula-mula Zairi dan Yusuf ingat kebetulan jadi diorang tak syak apa-apa’

‘Benda apa?’ Sarjan Mahzan mencelah.

‘Mereka jumpa kepingan gamabr putih palaroid. Tapi tak ada gambar. Yusuf syak pembunuh tangkap gambar mangsanya. Tpai bila dia lawat crime scene arwah Dian, dia tak jumpa benda tu. Jadi dia ignore’

‘Ada Medina cakap pasal clown tu ambil gambar?’

‘Dia tak cerita pada Yusuf. Mungkin diorang tak syak lagi waktu tu dan bila kali ke 2 dia pergi balai, dia dah tukar statement. Termasuklah kemungkinan yang clown tu ambil gmaabr mangsanya, tak ada siapa yang tahu’ Akkir membalas.

‘Zarul dan Mazhan tahu hal ni?’

‘Zairi tak rasa macam tu. Sebab masa tu Yusuf dah syak Zarul dan Mazhan komplot dengan orang atasan untuk pekena Amris. Yusuf beritahu Zairi sebab dia cakap, hanya Zairi orang yang dia boleh percaya. ‘Kalau hanya Zairi yang tahu pasal kewujudan kamera tu, Zarul dan Mazhan takkan tahu dan Ethan pun takkan tahu. Jadi dia takkan rasa takut dan syak pada polis. So, gambar-gambar tu mesti masih dalam simpanan dia. Bukti paling penting untuk heret setan tu.’

‘Kita kena dapatkan gambar tu’ Akkir mencelah

‘Tak semudah tu, Ethan teliti. Tengoklah tempat yang dia pilih untuk beli barang-barang pedo ecstatic, dekat gay club. Saya tak rasa dia letak gambar tu dekat rumah dia’

‘Cari property yang Ethan ada’ Akkir menghentikan perbualan mereka serta merta dan bergerak ke meja kerja sekarang itu juga.

*

Sarjan Mahzan kembali dengan 2 helai kertas yang penuh dengan asset dan no pendaftaran milik Ethan. Akkir segera meluru laju ke arah Sarjan Mahzan.

‘Tuan saya dah cek. Ethan ada 3 kondo dan 1 Villa di Cameron. 3 kondo tu dekat Kedah, JB dan Singapore’ Sarjan Mahzan bersuara. Akkir meneliti atas bawah helaian kertas tersebut. Mengerutkan keningnya.

‘Kalau gambar-gambar tu ada kat tempat yang jauh, saya tak rasa Ethan letak dekat tempat macam tu. Orang pedo selalu akan tengok gambar tu balik sebab addicted. Kalau benda tu jauh, susah dia nak ulang alik. Lagipun selama kita awasi Ethan, dia tak pernah keluar KL’

‘Benda tu mesti ada dekat dengan dia’ Sarjan Mahzan mencelah dengan penuh teruja. Tetapi di mana? Akkir mengerutkan keningnya kalut.

‘Saya still rasa Amris tahu something pasal Ethan. Sarjan ada terlupa apa-apa tak?’ Dia menoleh memandang Sarjan Mahzan yang menggelengkan kepala sebelum mengerutkan keningnya. Meneliti laporan tersebut berulang kali sebelum memandang Akkir.

‘Amris cakap masa kali pertama dia jumpa dengan Ethan, Ethan keluar dari kereta berwarna merah. Model dia tak berapa ingat. Bila saya pergi balik rumah Ethan dan cek kenderaan bawah nama dia, tak ada kereta warna merah tu’

‘Kereta warna merah?’ Akkir mencelah dengan lajunya. Mengebam mulutnya.

‘Tuan ingat tak Dian pernah cakap sebelum ni yang Clown tu pakai kereta warna merah?’ Akkir menambah kalut. Sarjan Mahzan mula laju nafasnya.

‘Ethan takkan percayakan orang lain. Banyak benda dia buat sendiri. Sama macam kes dulu, bila dia tahu mangsa ke 3 terlepas, dia datang sendiri balai untuk bagi kesaksian walaupun dia tahu probability untuk dia kena suspek adalah tinggi. Gambar tu mesti ada dalam kereta tu. Tempat yang dia boleh ambil bila-bila masa yang dia nak, dan dia boleh letak kat tempat lain bila-bila masa yang dia suka’

Sarjan Mahzan yang mendengar hujah Akkir bersorak riang yang menarik perhatian polis yang lain.

*

Jalan Ampang

2.30 pagi

Sarjan Mahzan mengurut bahunya yang tegang. Matanya berpinar. Akkir menekan pedal minyaknya laju.

‘Saya dah cek rumah Ethan, memang tak ada kereta merah dekat rumahnya. Bila saya tengok dekat pendafataran kereta sekalipun memang tak ada kereta merah yang Dian maksudkan. Bila saya tengok balik cctv area kawasan taman tema yang clown tu pernah pilih, sekitar kawasan tersebut memang ada yang suspicious kereta merah dan no plat yang sama yang Dian cakap sebelum ni. Yang kita cari tapi tak datang dari arah rumah mahupun HK group building. Dari arah jalan ni. Marron Car. Kedai sewa kenderaan. Yang paling penting pasal tempat ni, you can rent the car without showing your liscence or ID. Just give them money. Sebab diorang punya kereta pun banyak kereta curi Saya dah pergi siang tadi. Menyamar jadi customer. Sebab tak nak kalau-kalau owner dia ada perjanjian dengan Hanif..Ethan I mean’’ Sarjan Mahzan menerangkan situasi pada Akkir.

‘Jadi maksudnya dia sewa kereta tu?’

‘Bijak kan? Jadi orang tak boleh nak cari van tu walaupun ada warrant searching rumah atau company dia. Saya saja tanya orang kedai tu kereta warna merah yang available untuk disewa’

‘Jadi’

Sarjan Mahzan menggelengkan kepalanya sebelum bersuara.

‘Tapi saya perasan ada satu garaj ni terselindung balik deretan kereta kedai tu. Saya rasa kereta merah tu, ada dalam garaj tu, dan owner tu memang dah ikat janji dengan Ethan’

Akkir mengebam mulutnya.

‘Jadi kita kena cepat ke sana. Ethan tahu kita syak dia. Jadi saya tak rasa dia akan bunuh lagi buat masa sekarang. So kalau nak stake out, it will take time. Kita pergi saja malam ni. Kita tak boleh buang masa’

*

Akkir memandang sepi ke arah luar tingkap yang memberi angin sepoi sepoi bahasa setelah kemarau berpanjangan bulan tersebut. Telefon bimbit Akkir tiba-tiba berbunyi, jelas di skrin telefon bimbitnya nama Direct Superior Malik. Akkir menjawab malas.

‘Ya’

‘Macam tu ke cara kau cakap dengan superior kau?’

‘Nak apa?’

‘Mana kau dan Mahzan menghilang? Aku dah pesan pada Sarjan Mahzan suruh korang bantu group homicide untuk kes rompakan. Apa kejadahnya yang kau buat sekarang?’

Akkir tidak menjawab. Segera mematikan perbualannya dengan lelaki itu. Cukuplah apa yang dia dah buat dan Akkir tidak boleh buat apa-apa untuk bela Dian. Akkir menderam marah.

Akkir dan Sarjan Mahzan segera menyembunyikan tubuh mereka dan menunggu hingga dua jam lepas semua lampu di kedai kereta sewa itu ditutup sebelum dia dan Sarjan Mahzan menyerbu ke dalam garaj itu secara haram.

Sarjan Mahzan segera dengan berhati hati memutarkan besi skru pada kunci garaj tersebut sambil Akkir menjaga line kawasan tersebut. Dan dengan hanya beberapa kali putaran bunyi klik petanda garaj itu dibuka, Sarjan Mahzan menarik garaj itu seperlahan yang mungkin walaupun bunyinya masih bising. Dan dihadapan mereka seperti yang Sarjan Mahzan teka, kereta merah model proton saga, tersadai di situ.

Mereka segera menghala ke arah kereta berwarna merah tersebut, terutamanya ke arah bonet kereta tersebut. Sekali lagi kepakaran Sarjan Mahzan menakjubkan bagi Akkir.

‘Boleh ke polis buat benda ni?’

‘Tuan mestilah tak boleh. Polis veteran macam saya saja boleh. Tuan boleh datang esok lepas dapatkan waran dari Sp Zarul’

Akkir ketawa buat-buat. Terasa dalam gurauan Sarjan Mahzan dan sedar tidak sedar, bonet tersebut dibuka. Satu kain hitam menutupi sesuatu yang. Akkir segera membuka kain hitam tersebut dan jelas beberapa gamabr beserta nama setiap mangsa kes clown ada di situ.

Akkir memandang cemas kea rah Sarjan Mahzan

‘Dia takkan dapat lari lepas ni’

Mereka segera membungkus kembali ke kepingan gamabr tersebut dan menututp bonet, garaj dan segera kembali ke kereta. Sebelum Akkir rasakan ada sebuah kereta berwarna hitam mengekori mereka di pintu masuk persimapangan keluar rumah Ethan. Akkir segera memecutkan keretanya sebelum, dari sebelah kanan keretanya dilanggar oleh kereta hitam yang lain membuatkan kereta Akkir berpusing-pusing dan melanggar pembahagi jalan. Sarjan Mahzan tidak sedarkan diri dan Akkir kini tersepit di dalam keretanya. Tapi jelas beberapa orang lelaki dari kereta hitam tersebut kini melangkah datang kea rah Akkir sebelum mereka perasan yang minyak sedang tumpah dari tangka kereta Akkir. Akkir segera menggunakan seluruh kudratnya untuk keluar dan menarik keluar Sarjan Mahzan dari situ. Apa yang dia ingat hanyalah bunyi letupan dan video-video itu terbakar di hadapan matanya sendiri.

*

Hospital Ampang

10.30 malam

Akkir memegang kemas tangan Sarjan Mahzan yang kini berbalut kepala dan dadanya. Lelaki itu memandang sayu ke arah Akkir yang semakin merah matanya.

‘Saya okay Tuan’

Akkir rasa nafasnya begitu sukar untuk dilepaskan

‘Kita buat benda yang betul’

‘Dian dah mati! Ayah dia dah mati. Amris diperangkap. Dan sekarang Sarjan. Saya tak nak sesiapa lagi terkorban lepas ni’

‘Jadi Tuan nak berhenti?’

Akkir diam

‘Tuan lupa apa yang Dian cakap? Kita buat semua ni bukan untuk kita tapi untuk mangsa-mangsa tu. Diorang hanya budak. Saya ada anak. Saya tahu perasaan ayah yang hilang anak dengan cara macam tu. Siapa nak bela nasib diorang? Berapa banyak sekalipun saya fikir, kalau saya, kalau tuan, kalau kita tak buat, siapa lagi?’

Akkir makin basah matanya

‘Dian dah tak ada Sarjan’

‘Dian buat benda yang dia pilih untuk buat. She doesn’t die in vain. She protect her love one’

*

IPD Ampang

8.30 pagi

Akkir tidak mempedulikan mata-mata yang memandang sinis ke arahnya yang berada di meja team cold case itu seorang diri. Sudah seminggu Sarjan Mahzan tinggal di hospital. Akkir mendengar ura-ura yang bila-bila masa saja, team itu akan dibubarkan. Akkir terus menyiasat kes 5 hingga kes 11 yang berlaku pada tahun 2017. Fail yang dia baca entah untuk yang ke berapa kali. Dan untuk yang ke berapa kali dia berulang kali ke NFS untuk mendapatkan sebarang penjelasan tentang kalau-kalau ada trace of DNA lain pada rangka mangsa tpai semuanya hampa. Akkir juga sudah gerutu kakinya ke merata tempat yang mangsa-mangsa ini kali terakhir di lihat dan menemu ramah saksi-saksi tersebut yang hasilnya seperti kebiasaan hari sebelum ini, tiada klu yang Akkir dapat.

Akkir tersedar dia dari lamunan lama di tepi tingkap itu apabila Jun muncul bersaam I.O Julia. Rasa kosong dan putus asa seakan terubat melihat wajah Jun dan Julia di situ. Segera, dia memeluk Jun lama. Jun dan Julia yang diarah keluar dari teamnya dulu, dan pergi berkhidmat di negeri Terengganu sekarang muncul di hadapannya.

‘How’s Terengganu’ Akkir menyoal laju. Jun hanya tersenyum sebelum memandang Akkir penuh kerisauan. Julia walaubagaimanapun tidak senyum tetapi sama riaknya seperti sebelum ini, tegas.

‘Kami kena transfer sini balik Akkir. Aku dengan Jun akan ambil alih kes Clown. Kau boleh kemas barang kau..’

Julia melihat meja panjang milik Akkir, Dian, Mahzan dan satu lagi yang betul-betul kosong iaitu milik Hanif sebelum menyambung melihat Akkir.

‘Dan barang mate kau’

‘Apa yang kau cakap ni’ Akkir meningkah.

‘Aku nak kau kosongkan tempat ni mulai hari ni’ Julia kembali mengerah Akkir pergi.

‘Tak semudah tu Julia, aku masih ada Sarjan Mahzan dalam team aku’ Akkir membalas marah, mulai faham kenapa Julia bertindak begitu.

‘Dia dah absent lama, Sp Zarul dah bagitahu aku..’ Julia membalas dengan nada yang sama.

‘Sp Zarul tak bagitahu kau kenapa dia perlu absent lama? Kenapa dia perlu terlantar dekat hospital tu sekarang. Kalau kau rasa kau tahu semua, apa yang dah jadi pada Sarjan Mazhan, apa yang dah jadi pada aku, kenapa benda ni jadi pada aku, kau pun patut tahu juga Julia!’ Akkir meninggikan suaranya, suara yang dia tidak pernah tinggikan kepada Julia sebelum ini.

‘Kalaupun Sarjan Mahzan balik, korang nak siasat apa? Dengan hanya 2 orang korang. Korang dah tak ada lead untuk kes clown tu sedangkan press nak jawapan segera. Ikut cakap aku. Bubarkan kes ni’ Julia memberi hujah dan pujukan

‘Akkir dengar cakap aku. Keluar dari sini. Kau dah buat banyak. Bagi aku dengan Julia take over..dan pasal Dian..’ Jun yang diam lama kini bersuara. Akkir memandang tajam ke arahnya.

‘Jadi kau tahu pasal Dian, tapi still kau insist nak aku out dari kes ni?’ Akkir bersuara.

‘Why not? He killed our Chief. Kau lupa macam mana Chief tolong kita dulu’ Julia menderam marah.

‘No she’s not! Kalau kau tahu pasal Dian, Kau pun tak patut lupa apa yang Chief dah buat pada ayah dia pada pak cik dia, pada dia!’ Akkir juga marah. Jun mengebam mulutnya.

‘Ramai cakap yang Dian yang bunuh Chief Mazhan..’ Jun bersuara.

‘Jadi kau percaya?’ Akkir mengerutkan keningnya.

‘Tak ada siapa ada pada malam Chief Mazhan dibunuh, hanya Dian’ Jun mencelah.

‘Jadi kau boleh jadi bodoh macam Julia’ Akkir membengkeng dan jelas Julia seperti mahu menyerangnya sebelum Jun menahannya.

‘Kau nak gaduh dengan kami sebab dia?’ Soal Jun.

‘Aku akan gaduh dengan sesiapa saja yang speak ill pasal Dian’ Akkir membalas tegas. Matanya berpinar merah.

‘Kau memang dah gila. Kau still percaya yang Dian tak bersalah?’ Julia mengerutkan keningnya dalam marah. Sebelum pinu dikuak dan seseorang muncul dari belakang Jun dan Julia dan berdiri di sisi Akkir.

‘Aku pun percaya juga’ Sarjan Mahzan bersuara. Masih ada balutan di kepalanya. Tetapi lebih kecil dari sebelum ini, dan lebih bersemangat. Julia dan Jun mengebamkan mulut mereka. Sarjan Mahzan melihat sekeliling, ke arah polis-polis lain yang sebenarnya turut serta mendengar pergaduhan itu dan sememangnya berpihak pada Jun dan Julia.

‘Ada orang lain lagi ke tak puas hati dengan Dian?’ Sarjan Mahzan meninggikan suaranya.

‘Dan untuk I.O Jun dan I.O Julia. Not a very pleasant feeling for our first meeting isn’t but I just don’t care. Inspektor berdua boleh kembali pada Sp Zarul cakap yang this team won’t budge, sebab kami ada lead baru dan lepas tu tuan berdua boleh kembali ke Terengganu’

Sarjan Mahzan menghela nafasnya kuat.

*

Sarjan Mahzan merenung ke arah Akkir yang sejak dari tadi menundukkan kepalanya, lama. Angin sekali sekala menerpa masuk kea rah ruangan team cold case tersebut. Bilangan anggota polis di aras 3 semakin berkurangan memandangkan sudah ada hampir pada pertukaran shift.

‘Saya tak sangka Jun akan berpihak dengan Sp Zarul. It just nonsence. No one would believe Dian could kill Chief Mazhan unless he is not in right mind’ Akkir akhirnya bersuara. Dalam perasaan marah dan kecewa, kawan baiknya membelakanginya sekarang.

‘Exaclty the point Tuan. He is not in his right mind’ Sarjan Mahzan membalas.

‘Jun tak patut..’ Akkir menyambung sebelum dicantas oleh Sarjan Mahzan.

‘No. Sp Zarul’ Sarjan Mahzan membalas.

‘Dia takut yang Tuan akan lakukan apa saja lepas Dian mati. He left with no choice but to take people out one by one from you. Dia akan gunakan segala kuasa, pengaruh yang dia ada untuk hasut orang percaya apa yang dia nak orang tu percaya. Sama macam yang dia buat pada Jun dan Julia. Fear Akkir. Now, fear make people do terrible things…’ Sarjan Mahzan cuba menenangkan Akkir yang kini sudah mengangkat wajahnya. Merenung ke arah Sarjan Mahzan lama. Mengelap matanya yang basah dan menghela nafas berat.

‘Sarjan cakap sarjan ada lead baru?’ Akkir menyoal perlahan. Sarjan Mahzan kini tersenyum.

‘Tuan tahu siapa yang lawat saya di hospital sebelum ni?’

Akkir mengerutkan keningnya. Apa yang lebih menarik perhatiannya ialah apa bukti yang Sarjan Mahzan ada sekarang. Akkir benar-benar perlukannya sekarang. Namun, rasa gembira dan rasa disokong saat Sarjan Mahzan ada di situ lebih menggembirakan hatinya.

‘Zairi’

Akkir hampir telopong mulutnya

‘Dia kata dia ada call Tuan tapi tak dapat. Saya tahu tuan tak akan angkat no yang tak dikenali. Saya pun. Dia tak datang IPD sebab tak percayakan polis lain. Jadi bila cerita kita accident keluar berita terus dia datang jumpa saya dulu’

‘Apa yang dia cakap?’

‘Sehari lepas Dian kena assault, Detektif Yusuf ingat Amris akan dibebaskan sebab Dian dah bagi keterangan sebagai saksi. Tapi tak. Keterangan Dian lansung tidak direkod dalam siasatan polis. Yusuf dah syak yang Sp Zarul dan Chief Mazhan berkomplot untuk terus kambing hitamkan Amris. Dia tak pernah syak Zairi sebab Zairi cakap mereka kawan rapat sementara Sp Zarul dan Chief Mazhan baru datang Bukit Aman untuk kes tu. Last Zairi jumpa Yusuf, Yusuf cakap dia akan cari bukti. Malam ke 3 lepas Yusuf hilang dari balai, Zairi dapat call yang Yusuf nak jumpa dia malam tu dan cakap dia ada bukti. Zairi jadi takut dan dia inform benda ni pada Sp Zarul dan Chief Mazhan. Mereka bersetuju untuk biarkan Zairi jumpa Yusuf malam tu dan cuba dapatkan sendiri bukti tu dari Yusuf sebab Yusuf lebih percayakannya. Mereka janji jumpa malam tu di restoren dekat Jalan Tun Razak pukul 9. Zairi claimed dia call Yusuf sebab Yusuf lambat setengah jam tapi Yusuf cakap yang dia sebenarnya dah sampai area tu, tapi tengah singgah di satu kedai ni sebab ada benda penting, dia tak sebut kedai tu nama apa, dan lagi 15 minit dia kan sampai pada Zairi. Tapi sejam dia tunggu Yusuf di restoren yang mereka janjikan tapi Yusuf tak datang. Esoknya dia dapat tahu yang Yusuf bunuh diri.

‘Benda penting? Bukti!’ Akkir melonjak suaranya.

‘That’s right. Sebelum ni, Yusuf lansung tak cakap asal dia ada bukti. Walaumacam mana pun mereka siasat untuk kes 1 dan 2, mereka tak ada bukti. Tapi, bila anak dia jadi mangsa, baru dia cakap dia ada bukti. Jadi Zairi syak, bukti tu ada kena mengena dengan Dian’

‘Dekat mana diorang berjumpa?’

‘Streetfood Jaya’

*

Jalan Tun Razak, Streetfood Jaya

8.15 malam

Akkir menutup pintu kereta dan berjalan masuk ke lorong itu bersama Sarjan Mahzan.

Alleyni tak berubah tuan, saya pernah datang sini dulu. Sama’ Sarjan Mahzan memulakan perbualan mereka di sekitar Jalan Jaya tersebut. Meliar kiri kanan melihat kawasan tersebut yang terdapat beberapa deretan kedai sebelum tiba di streetfood tersebut.

‘Zairi cakap Yusuf tak pakai kereta kan malam tu sebab adik Amris guna. Kawasan ni pun tak banyak kereta boleh masuk. Yusuf mungkin naik teksi. Dan kalau dia naik teksi, dia akan berhenti di tempat paling hujung sana sebab kereta tak boleh masuk untuk ke streetfood’

‘Dan dia cakap lagi 15 minit dia sampai sebab tengah singgah kedai. So dia akan lalu kedai-kedai dekat sini. Kedai apa yang ada kena mengena dengan bukti tu? Dengan Dian?’

Akkir dan Sarjan Mahzan meneliti deretan kedai kasut, runcit, cermin mata, barang kemas, elektronik dan kedai jam. Dan tidak semena-mena Sarjan Mahzan dan Akkir saling berpandangan.

‘Benda yang Dian selalu buat’ Sarjan Mahzan bersuara sambil tersenyum ke arah Akkir.

*

IPD Ampang

3.30 petang

Sarjan Mahzan dari setengah jam yang tadi sejak kembali dari Streefood Jaya, tidak betah duduk. Dia hanya berjalan ke hulu ke hilir dengan sambil memeluk tubuhnya dan melihat jam di tangannya. Buat seketika Akkir keliru akan personality Sarjan Mahzan yang kadang-kadang mengejutkannya dengan hujah yang bernas dan kadang-kadang turut cemas akan perkara yang remeh.

‘Tuan rasa dia akan datang. Kenapalah dalam banyak-banyak suspek, mesti Ethan. Anak Conglomerate tu?’

Sarjan Mahzan menyoal kalut, sambil melihat jam di tangannya. Akkir hanya tenang dudk di kerusi, memandang kosong ke arah mejanya.

‘Kita still ada masa. Ethan is impulsive, and full of complex. He can’t bear to lose to anyone below him. He will come’

‘Baguslah, kenapa tuan tak jadi fortune tellersaja’ Sarjan Mahzan memerli. Akkir hanya tersenyum sinis sebelum seorang anggota polis lelaki yang menjaga bilik interrogation berlari ke arah mereka dengan mimic muka yang sangat teruja seperti tidak sabar untuk menceritakan apa yang dia tahu.

‘Tuan, Ethan datang. Ceo HK Group, Ethan Zarif. Ada dekat bilik soal siasat sekarang’

Akkir serta merta lari bersama Sarjan Mahzan ke arah bilik tersebut dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri Ethan sekarang di dalam bilik interrogation tersebut dengan muka tidak bersalah. Akkir segera menapak ke bilik tersebut sebelum terserempak dengan Chief Zarul dan I.O Malik yang kelam kabut turut masuk ke bilik Observation Room, bersama-sama dengan Sarjan Mahzan.

*

Interrogation room 2

6 petang

Cuaca semakin panas walaupun sudah menginjak lewat petang.

Akkir bersama fail dan computer ribanya masuk dan duduk berhadapan dengan Ethan. Akkir merenung tepat ke arah Ethan.

‘Ethan, you have right to remain silence, and right for attorney, you will be not penalized if you choose to remained silenced, but if you speak, anything you say can can be used to against you in the court of law. Sepanjang awak akan disoal siasat, you can ask for attorney or get assistant from him. Awak faham semuanya kan?’

Akkir memulakan soal siasat tersebut dengan suaranya yang lebih tenang. Dan seperti biasa, Ethan kelihatan tiada perasaan pada ketika itu. Seperti sengaja mahu membuat Akkir berasa marah dengannya. Sama seperti apa yang dia lakukan sebelum ini. Permainkan polis.

‘Yes’ Ethan hanya senyum sinis

‘Kau tahu apa yang jadi pada aku dan Sarjan Mahzan 1 minggu lepas?’

Ethan memandang Akkir sinis tapi masih tidak menjawab.

‘Kami diserang dan kau tahu apa yang terbakar?’

Ethan sekali lagi tidak menjawab. Akkir membawa kepalanya dekat dengan Ethan.

‘Gambar-gambar pedophilia kau. Kau ingat macam mana kita berkas Reza. Dia sama macam kau, psychopath. Korang akan simpan gambar mangsa-mangsa kau. Sebagai cenderamata. Killing has became one with your body, mind and its became your career Ethan. You are not a ceo, you are not a cop, not even a human, you just a murderer’ Akkir membisik perlahan yang jelas buat wajah Ethan sedikit berubah mimiknya sebelum ketawa sinis ke arah Akkir.

‘Inspektor, if you touch what belonged to others, it’s a logical thinking that you need to be punished’ Ethan membalas sinis.

‘Jadi kau mengaku, kau hantar orang serang kami?’ Soal Akkir laju.

‘Tuan ada banyak musuh Inspektor. Hanya sebab kemalangan kecil, Tuan tak boleh nak tuduh saya sorang’ Ethan membalas dengan suaranya yang ketawa di hujung ayatnya. Akkir menghela nafas berat.

‘Kau ambik law kan dulu? Patutlah kau tahu how this work. Kau tak kisah, kau tak terkejut pun bila aku cakap aku dengan Sarjan Mahzan dah tengok gambar tu semua sebab gambar tu semua dah tak ada. Hangus. Apa yang kami nampak, hanya akan jadi bukti yang valid hanya bila ada di mahkamah kan? You know it very well. Fine Ethan, fine’

Ethan hanya tersenyum sinis.

‘Dan betul sesiapun boleh serang aku. Tapi yang peliknya, yang tahu aku stakeout hanya antara aku dan Sarjan Mahzan’ Akkir membalas sambil menjeling ke arah bilik Observation room di mana Sp Zarul dan I.O Malik berada berdiri tegak dan sedang memandang cemas ke arahnya. Akkir mempersiapkan dirinya untuk soalan seterusnya.

‘2002, 2 victim, 3 dan 4 tahun ditemui di kawasan lalang dan deretan kedai terbiar. Hasil laporan kesihatan daripada doctor, mereka dipercayai dirogol, diliwat dan pelbagai serangan seksual yang lain. 2 saksi tampil memberi testimony tapi kedua-dua saksi hanya nampak mangsa dibawa pergi oleh Clown. Fizikal, tinggi, rendah, mereka tak dapat cam kerana kedudukan yang jauh. Mereka juga tak dapat beritahu samada clown tu memakai mask ataupun menconteng mukanya. April 2002. Mangsa ke 3 terlepas. Dia ditemui berkeliaran di kawasan perumahan. Thank goodness, clown tu tersilap. Mangsa dia kali ini sudah berumur 12 tahun dan boleh memberitahu polis di mana dia diassault dan susuk tubuh clown tersebut. Dan dia juga dapat beri testimony yang clown tu tidak memakai mask tetapi menconteng mukanya’

‘I thought we already clear, her statement was not that statement’ Ethan mencelah laju. Tetapi Akkir terus menyambungkan hujahnya.

‘Clown tu tahu dia sudah tersilap, jadi dia datang sendiri balai untuk bagi kesaksian. Untuk ubah apa yang budak tu dah cakap. Thanks to someone. She changed her testimony. Jadi betul, yang ada pada laporan aku sekarang hanya testimony yang kau sedia maklum. After all, hell know you are clown’ Akkir membalas celahan Ethan.

Ethan masih tersenyum sinis.

‘Well show me the evidence then’ Ethan bersuara.

‘Sure..sure’ Akkir memintas laju. Mengeluarkan dua keping gambar.

‘Di sebelah kanan aku gambar kau masa 16 tahun, dan sebelah kiri aku gambar kau lepas buat plastik surgery, well not bad. This is you when 17 isn’t?’

Ethan mengangguk perlahan sebelum mengatakan ya dan kembali dengan posisi senyum sinisnya.

‘Of course kau akan kata ya. Kau dah cakap pada aku sendiri kan selama ni yang kau memang buat plastik surgery. So, Hanif..sory, Ethan buat plastik surgery. Okay-okay’

Keadaan sunyi sepi. Ethan kelihatan sedikit berkerut mukanya melihat Akkir bermain dengan kata-katanya sekarang. Akkir pula hanya kalut memasang satu rakaman daripada MP3 berwarna putih sekarang.

‘Mesti benda ni familiar dengan kau kan? Masa kau Hanif’ Akkir menyindir Ethan yang masih memandang tajam ke arahanya. Akkir menekan satu butang pada MP3 yang dipasang pada speaker. Kedengaran suara lelaki sedang ketawa di samping suara seorang budak yang sedang menangis meminta tolong. Beberapa bunyi tamparan juga kedengaran dari mp3 tersebut. Akkir segera mematikan MP3 tersebut.

‘Kau mengaku suara ni suara siapa’ Soal Akkir tegas.

‘No. It wasn’t mine’ Bibir Ethan membalas.

‘Of course you won’t admit it’ Akkir senyum sinis sebelum menyambung.

‘The child in this recording belong to Dian. Seperti yang kau sedia maklum mangsa ke 4 kau pada tahun 2002. Dian tanpa dia sedar, rakam situasi ni masa kau cuba assault dia sebelum dia berjaya lepaskan diri dia. MP3 ni arwah ayah Dian, detektif Yusuf amanahkan pada kawan lamanya, juga pekerja barang elektronik untuk simpan, waiting for someone right to pick this thing up. Mak cik dia dah pun bagi testimony ini MP3 yang Dian punya dan itu suara Dian waktu dia kecil’

Akkir mengetap bibirnya cuba menahan dirinya daripada bertindak di luar batasan.

‘Persoalannya sekarang. Suara lelaki ni. Budak belasan tahun. Suara siapa? Kau, aku boleh dengar sendiri kan apa yang berlaku pada Dian waktu ni, she is being assaulted but who?’ Akkir memandang tajam ke arah Ethan. Ethan hanya memandang Akkir tanpa riak terkejut mahupun bingung. Akkir masih memengang mp3 tersebut dan menggerakkan jarinya pada satu butang lain.

‘This is what you heard 15 years ago right. Detektif Yusuf wont be that stupid to show this to you alone knowing that you are murderer. Dia dah tahu other mate komplot dengan penjenayah but what choice he has? Dia kena tangkap juga clown sebenar. That is why he met up with Sp Zarul, Chief Mazhan. To at least convince them to stop. And it happen. He thought it happened. Before the one he trusted the most, in the end killed him. Dan hanya tinggalkan pada seorang anak perempuan kecil, memori ayahnya bunuh diir dan dituduh mengambil rasuah’

‘Ini yang kau dengar sebelum ni kan, aku tak pelik kau tak terkejut’

‘I said prove me if I am clown. Can you?’

‘Yes we can’ Akkir membalas sinis. Ethan mula merekot bibir kirinya. Giginya bergetap kuat. Akkir menekan butang tengah MP3 tersebut. Kedengaran suara seorang lelaki lingkungan 40 an sedang berbicara dengan seorang lelaki yang bersuara seperti belasan tahun, dan sama seperti suara remaja lelaki dari rakaman pertama tadi.

‘Saya Amris, saya ada bungkusan untuk Encik Ethan’

‘Aku Ethan’

Kedengaran seperti barang pecah seusai 2 saat lepas lelaki belasan tahun itu bersuara dan menjerit marah. Dan rakaman bersuara tersebut berhenti di situ.

‘Detektif Yusuf tak ambil bahagian ni dan tunjukkan pada matenya sebab dia ingat dengan rakaman pertama itu sudah cukup. Ya lah, Dian masih hidup untuk testified siapa clown. Dan Amris di dalam penjara, there is no way Amris is clown kalau Dian being assault and dia pula dalam penjara. Dia mungkin ingat benda ni tak penting atau dia tak came across lansung rakaman ni sebab it occur long before Dian kena assault’

Ethan nafasnya turun naik. Akkir tidak mempedulikannya.

‘Amris dah bagi testimony yang itu suaranya dan orang yang dia bercakap pada waktu itu adalah Ethan, anak conglomerate yang tinggal di Bukit Antarabangsa lot 69. Dan dia juga cam wajah kau 15 tahun lalu. Dian ada waktu tu Ethan, Dian ada dalam van Amris waktu kau herdik pak cik dia. Dan dia rakam benda tu tanpa dia sedar. Aku tahu orang lain kau dah bayar untuk tutup mulut tapi kau lupa Amris still hidup. Dia satu-satunya orang yang boleh testified kau siapa 15 tahun yang lalu. Dan terima kasih Ethan, memandangkan kau sendiri mengaku kau adalah gambar di sebelah kiri aku 15 tahun yang lalu sebelum buat plastik surgery, jadi kau adalah Ethan yang Amris maksudkan sekarang’

Akkir tidak mempedulikan Ethan yang kini bangun menjerit mahu menarik Akkir.

‘Amris dah pun bagi testimoni yang itu suara kau untuk rakaman pertama. Budak sekolah pun boleh cakap kedua-dua suara tu adalah sama..’

Ethan mata merahnya memandang Akkir. Akkir memandang sinis ke arahnya.

‘…Dan memandangkan kami dah bagitahu hak kau untuk remained silence and hak untuk dapatkan peguam beforehand, that would make this more legal isn’t?’ Akkir menyoal Ethan yang kini sedang meracau dan menarik kolar baju t.shirt hitam Akkir.

‘YOU PUNK! Who do you think you are! Padam benda ni!’ Ethan menjerit, memaki hamun Akkir. Dia turut membaling MP3, dan lap top Akkir ke lantai dan memijaknya. Tumbukan kuat juga singgah ke muka Akkir. Sarjan Mahzan meluru masuk dengan menolak Ethan ke dinding dan menggari tangannya.

‘Ethan Razif, kerana merosakkan harta benda kerajan dan tidak memberi kerjasama semasa soal siasat, contempt, assault, and resisting detaiment..dan kes clown 2002 sampai 2017, kau kini ditahan, kau ada hak untuk peguam, hak untuk berdiam’ Sarjan Mahzan mengucapakn perkara tersebut pada Ethan yang jelas semkain marah dan cuba melepaskan dirinya. Tidak semena-mena juga dirinya ketawa kuat.

‘Kau ingat kau akan selamat kalau kau buat macam ni kat aku! Aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh! Aku akan bunuh semua orang! Kau tahu kan aku dah bunuh siapa?!’

Jeritan dan amarah Ethan sayup-sayup kedengaran setelah dibawa keluar dari bilik tersebut. Hanya tinggal Akkir yang tidak beganjak dari posisi dirinya yang sedang jatuh terduduk di satu sudut sambil memegang Mp3 putih itu yang ada suara Dian di dalamnya.

*

Epilog terakhir

Denting yang berbunyi dari gerigil besi menyedarkan burung-burung yang tumpang berteduh daripada hujan yang lebat, mengepakkan sayap terbang ke arah kawasan lain. Menyedarkan juga sesiapa yang sedang dalam lamunan panjang. Mungkin mereka tidak merasakan malam kini semakin larut. Masih terjaga. Mencari seseorang itu berada di mana, dan ingin bersama. Untuk tepiskan rindu. Memberi teori yang mungkinkah seseorang yang berada di sana merasakan yang sama. Seperti dinginnya dia di malam ini. Rintihan gerimis mengundang mencari kata dan menari dalam rindu. Tetapi tiada jawapan. Sepi.

Akkir melabuhkan punggung duduk di kerusi paling hujung di dalam gerai tersebut. Dian mucul bersama bajunya yang basah di tepi dan payung berwarna hitam yang sedang ditutup dan dilipat. Dia mengambil tisu di atas meja dan mengelap baju dan tudungnya yang basah. Mengeluh tentang hujan yang lebat dan betapa banyaknya kerja dia hari itu dan betapa marahnya pada Akkir kerana tidak benarkan dia pulang rehat di rumah. Dian kemudiannya mengambil botol soda yang dipesan 2 oleh Akkir sebentar tadi, dan menuangkannya ke dalam cawan kaca lut sinar yang berisi ais kiub lalu meneguk laju. Dian mengelap bibirnya selepas itu. Bercerita panjang lebar pada Akkir tentang harinya yang akhirnya, kebiasaannya akan berakhir dengan pergaduhan mulut dengan Akkir tetapi pada malam itu, pada saat itu, Akkir tidak membalas. Hujan makin lebat, menghasilkan bunyi yang agak kuat ketika menimpa bumbung gerai yang hanya guni plastik tebal itu.

‘Kenapa Tuan tak makan?’

‘Aku tunggu kau’

‘Kenapa tunggu saya?’

‘Kau kan marah kalau orang makan tak ajak kau?’

‘Saya macam tu?’

Akkir mengangguk. Memandang Dian lama.

‘Kau selalu macam tu’

‘Jadi Tuan mengata sayalah sekarang ni? Saya kurang ajar, saya gelojoh, kuat makan, selekeh, tak hormat orang kan?’ Dian meningkah. Akkir mengangguk sekali lagi, sebelum mengangkat kepalanya merenung Dian.

‘Kau pentingkan diri sendiri, sebab tu…kau tinggalkan aku sekarang’

Mata Akkir bergenang. Dian merenung Akkir dan kemudiannya tersenyum. Bayu kesan dari hujan yang merintik perlahan menerpa masuk ke dalam kedai tersebut, menyejukkan tubuh Dian dan Akkir.

‘Kaki tuan macam mana? Sakit lagi?’ Dian menyoal perlahan.

‘Sarjan Mahzan bagi aku ubat. Waktu hujan saja, kaki aku sakit atau bila aku kerja lebih. Tapi aku okay’

Akkir mengelipkan matanya berulang kali yang kini pedih. Dan cubaan pertamanya untuk tidak lagi memandang Dian ternyata membuatkan Dian beralih mendekati Akkir.

‘Tuan marah dengan saya?’ Soal Dian. Akkir tidak menjawab.

‘Tuan benci saya?’ Dian menambah. Dan sekali lagi Akkir tidak menjawab. Dia diam lama. Seolah-olah hari-hari sebelum ini membakar habis dirinya. Dan setiap kali, dia cuba untuk mengumpulkan abunya, jari-jarinya berubah menjadi badai angin. Dan dia penat. Dia mahu berehat dari mengingati Dian. Tetapi kepalanya sudah menjadi kamar tidur Dian jauh sebelum Akkir mengenali nama itu. Akkir mahu terpejam mengimpikan wajah lain beberapa jam, tapi Dian, cahaya telentang di pasang mata Akkir yang Akkir pinta Dian supaya bangun. Tapi Dian diam dan gerak di lengan Akkir. Perempuan itu bunyi, dan sunyi di suara lelaki itu. Bagaimana cara menyembunyikan dirinya daripada aku.

Dan malam ini. Tiada ada yang sanggup Akkir lakukan selain duduk berteleku menatap kekosongan hingga langit menutup matanya yang tenang dan lapang. Akkir mahu bayangkan dirinya tidur di kamar itu. Ditelan mimpi yang tidak perlu dikejutkan. Tetapi mungkin esok, barangkali akan ada yang mengetuk pintu. Akkir akan bangun dan tidak menemukan dirinya lagi. Dia tidak lagi mampu membezakan mimpi atau realiti. Tidak mampu membezakan kesedihan atau cuaca penyebab basah kolam matanya. Tidak tahu membezakan suara yang memanggil-manggil dari hari lalu dan beku udara yang menggigil di tulang-tulang. Tidak mampu mmebezakan, apakah bayangan Dian yang datang atau tubuhnya yang pulang. Dan oleh kerana itu, ada ayat perlu Akkir sampaikan.

‘Aku rindukan kau’ Akkir membalas perlahan. Dian menarik nafas berat. Tekaknya mulai kering. Mengelipkan matanya yang kini turut basah sekali dua sebelum dibesarkan untuk melihat Akkir.

‘Saya tak boleh janji apa-apa pada awak Akkir. Sebab tu saya tak datang’

Dian bersuara dengan nada yang lain dari saat dia masuk ke kedai tadi. Akkir kini beralih matanya, menatap mata Dian. Takungan air di mata Akkir, hanya masa akan menentukan saat untuk tumpah. Akkir menemukan masa semakin singkat. Lagu-lagu sudah habis diputar pada radio lama. Semakin singkat. Bagaimana kalau perempuan itu akhirnya hilang? Kau tinggalkan aku dan kenangan kini satun-satunya masa depan yang tersisa. Akkir menelan air liurnya, memandang kosong ke arah hadapan kedai.

‘Aku still rindukan kau’ Akkir membalas perlahan. Sekali lagi, Dian rasa matanya semakin pedih.

‘Saya takut untuk berjanji...’ Dian mencelah. Kalut di dadanya semakin terasa.

‘Kau rindu aku?’ Akkir menyoal Dian, basah pada matanya.

‘Sekali pun tak?’ Akkir meningkah. Dian masih tidak menjawab. Adakah perempuan itu benar-benar pergi. Dan dia tidak lagi akan menemukan perempuan itu di mana-mana. Di udara dingin yang menyusup di bawah pintu atau hujan. Atau dia tidak lagi akan ada di jalan-jalan yang lengang atau bangku-bangku taman yang kosong. Atau di kedai ini.

‘Kau pernah rindu aku?’ Akkir menyoal sekali lagi. Dian menghela nafas berat, menghadiahkan senyuman kerisauan yang amat pada Akkir.

‘Every day, seconds. I longed to see you’ Dian membalas perlahan. Dan kali ini Akkir yang tersenyum, mengelipkan matanya sesaat dan mengangguk perlahan.

‘That’s all I need. That’s enough’ Akkir membalas.

*

Atlanta Child Murder

Merupakan pembunuhan bersiri yang berlaku di Atlanta, sekitar tahun 1979-1981. Digelar sebagai child murder case kerana banyak melibatkan kanak-kanak pada permulaan kes (ada juga dewasa). 28 African-America (kulit hitam) budak, remaja, dewasa, dibunuh. Polis berbulan-bulan staked out di jambatan-jambatan yang pembunuh selalu campak mayat mangsanya dan pada tahun 1981, 2 orang anggota polis mendengar bunyi percikan air, seperti sesuatu dihumban ke sungai, dan mereka melihat sebuah kereta turun dari jambatan tersebut. Ini membawa kepada penahanan Williams, 23 tahun sebagai suspek utama mereka. Walaupun lelaki ini menidakkan hal tersebut, banyak bukti menjurus ke arahnya. Pertama, dia satu-satunya orang yang polis nampak lepas bunyi percikan mayat dilempar ke dalam sungai (William claimed yang dia tak pernah berhentikan keretanya di jambatan dan hanya baru membelok masuk). Kedua William claimed yang malam tu sebenarnya dia ada sesi temu ramah dengan penyanyi Cheryl Johnson, tapi polis tak jumpa rekod appointment suspek dengan penyanyi tersebut. Ketiga, komposit sketch daripada saksi yang pernah nampak pembunuh sama seperti wajah William. Dan polis menjumpai 24 nylon cord, yang kelihatan sama seperti bekas jerutan pada leher salah seorang mangsa dalam keretanya. William yang bekerja sebagai wartawan juga mengaku yang dia banyak menghabiskan masa mencari America-African budak lelaki untuk ditemu ramah, yang sama umur dengan mangsa. Dan yang paling diingati adalah apabila William gagal dalam ujian FBI-Administrated polygraph examination (sedangkan polygraph tidak dianggap sebagai bukti di mahkamah). FBI juga menemui fibre daripada carpet rumah William yang match dengan apa yang mereka jumpa pada mangsa. Ditambah bulu yang mereka jumpa pada badan mangsa juga sama seperti baka bulu anjing peliharaan William. Saksi sendiri tampil bagi testimoni yang mereka nampak William berjalan dengan Cater (one of the victim) malam sebelum dia hilang. Seorang profiler terkenal UK, John Douglas turut memberi pendapat di mana dia mengatakan kemungkinan besar William adalah pembunuh.

‘He was looking pretty good for a good percentage of the killing’ .

William sehingga ke akhir, mengatakan yang dia tidak bersalah dan Atlanta Office, sengaja menjadikan dia kambing hitam demi menyembunyikan pembunuh sebenar, Ku Klux Klan. Satu kumpulan white extremist yang terlibat dengan banyak kes assault, bunuh. Ahlinya, percaya mereka melakukan purification untuk America (perjuangkan orang berkulit putih dan hak mereka). Yang mana polis sedar, kalau golongan ini ditangkap, akan menyebabkan peperangan kaum di Atlanta.

‘This is profound miscarriage of justice. That has kept an innocent man incarcerated for a majority of his adult life and allowed the real killer to escaped justice’- peguam bela William

John E oduglas latter said ‘ forensic and behavioural evidence pointed out to Williams, however they didn’t find conclusive evidence linking to him to all or most of the child murders to be convincing’

Department of Justice study, yang diterbitkan pada tahun 2015 sendiri mengatakan yang ‘banyak analysis rambut, bulu pada tahun 1980 hingga 1990 an gagal capai standart professional yang sebenar’

Seorang anggota polis cuba untuk membuka kes ini kembali, percaya yang mereka sudah tangkap orang yang salah.

‘If they arrested a white guy, he said…they will be riot across the U.S’. Polis ini bagaimanapun tidak berjaya membuka kes itu kembali.

Pendakwa William sebaliknya berkata yang ‘The murder stop since we arrest the William and there has been nothing since’

#Case Closed



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku