Lelaki Paling Setia!
Bab SINOPSIS
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
418

Bacaan






Sejuta tahun pun ku sanggup tunggu…

Walaupun kau selalu berjauhan dariku…

Gara-gara termengaku Syed Aqasha Luqman sebagai suami di hadapan Irsyad Azam, status bujang Afiya Zafira tergugat. Tiba-tiba sahaja Aqasha mahu mengahwininya. Dia tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab ‘isteri’.

“Aku Syed Aqasha Luqman bin Syed Azahar, berumur 30 tahun dan seorang chef terkenal yang memiliki restoran sendiri, seorang yang kacak dan bergaya berjanji akan memperisterikan Afiya Zafiya binti Razuan dan menjaga kau hingga akhir nafas kita!” – Syed Aqasha Luqman

Afiya Zafira cuba lari, tapi Syed Aqasha Luqman tetap mengekori. Keikhlasan hati Syed Aqasha Luqman yang beria-ia mahu memperisterikannya, meruntuhkan tembok keegoan Afiya Zafira. Pinangan diterima.

Namun ketika ijab bakal dikabulkan, dunia bertukar menjadi gelap. Nyawa ayah berhati binatang diragut di tangan Afiya Zafira. Demi seorang anak, si ibu rela menjadi galang ganti untuk ke tirai besi. Afiya Zafira melarikan diri dek tidak tahan dengan cemuhan. Nanar jiwa Syed Aqasha Luqman ketika mendengar video suara yang ditinggalkan Afiya Zafira melalui aplikasi whatsapp!

“Maafkan saya, Qasha. Perkahwinan kita terpaksa dibatalkan!” – Afiya Zafira

“Kenapa awak batalkan perkahwinan kita, Afiya? Jangan sebab famili saya cemuh ibu awak, awak terus nak padam ingatan mengenai cinta kita. Saya sayangkan awak.” – Syed Aqasha Luqman

Sejak itu, Syed Aqasha Luqman menjadi lelaki paling setia! Setia menanti Afiya Zafiranya sehingga ke akhir nyawa! Baginya, Afiya Zafira tiada galang gantinya!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku