Lelaki Paling Setia!
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
302

Bacaan






TERNYATA,Afiya merupakan seorang pekerja yang sangat dedikasi ketika menjalankan tugas sebagai seorang cashier yang tergalas di bahunya. Demi mencari sesuap nasi dan melunasi hutang keluarga, dia sanggup berhabis daya bekerja. Cukuplah, apa yang berlaku dahulu benar-benar menduganya. Kerana ayah tirinya itu, dia dan ibunya terpaksa menanggung beban yang tersangat berat. Ayah tirinya itu benar-benar tidak guna dan dayus!

Sementara itu, Aqasha yang sudah selesai mendapatkan barangan yang dimahukan di pasar raya itu, segera menolak trolinya menuju ke kaunter pembayaran. Dia mahu cepat-cepat membayar barangan itu dan segera ke restorannya semula, mahu memasak untuk menu malam ini.

Seusai beratur di belakang seorang wanita yang juga sedang menunggu giliran untuk membuat bayaran, mata Aqasha tiba-tiba terpandangkan susuk tubuh Afiya yang sedang tekun mengscan harga barangan dan memasukkan ianya ke dalam plastik. Buntang terus biji matanya.

Afiya buat apa kat sini? Desis hatinya. Ah, terasa dirinya seperti tidak berguna apa-apa kerana membiarkan bakal isterinya bekerja di situ! Lantas, dia mengambil keputusan untuk memaksa Afiya untuk meletakkan jawatan di Giant dan bekerja dengannya sahaja. Kalau benar gadis itu hendak mencari sesuap nasi, dia boleh memberikan pekerjaan pada gadis itu!

Melihat barang yang masih penuh di dalam troli wanita di hadapannya itu, membuatkan Aqasha berdecit geram. Hatinya meronta-ronta agar masa dicepatkan supaya dia dapat bertemu mata dengan Afiya. Dia tahu, gadis itu langsung tidak menyedari keberadaannya di situ.

Lama menunggu, akhirnya tiba giliran Aqasha untuk membuat bayaran. Satu per satu barang yang ada di dalam troli diangkat lalu diletakkan di hadapan Afiya. Setelah selesai, dia menegakkan tubuhnya memandang wajah bakal isterinya itu.

“Afiya?” panggil Aqasha dengan nada serius.

Afiya tersentak. Eh, lelaki itu memanggil namanya? Lantas, dia mengangkat muka memandang wajah lelaki itu. Demi melihat figura Aqasha yang sedang merenung tajam segenap inci wajahnya itu, Afiya terkedu. Semerta dia meneguk liur.

“Kau buat apa kat sini, Qasha?” Terpacul pertanyaan itu dari bibirnya.

“Beli barang untuk masak malam ni,” balas Aqasha ringkas.

Afiya kembali membisu, memulakan kerja mengsan harga barang itu semula.

Tiba-tiba Aqasha mendengus kuat.

“Aku nak kau berhenti kerja, Afiya!” tegasnya.

Kerja Afiya terus terhenti tatkala mendengar kata-kata Aqasha. Dia segera menghentak kuat mesin scan harga yang ada di tangannya, kemudian merenung tajam wajah lelaki itu.

“Apa masalah kau hah? Tiba-tiba aje nak suruh aku berhenti kerja bagai! Kau tu belum jadi suami aku lagi, nak arahkan aku buat benda yang aku tak suka! Kalau nak beli barang, buatlah cara nak beli barang! Tak payah sibuk nak ambil tahu pasal diri aku, okey! Kau buat kerja kau, dan aku buat kerja aku. Faham?” Dia menegking Aqasha.

Suasana di kaunter bayaran terus jadi hingar-bingar dek pergaduhan yang tercetus antara Aqasha dan Afiya. Pekerja kaunter di bahagian hadapan kaunter Afiya segera mengentikan kerja lalu berlari ke bilik pejabat pengurus. Hendak memanggil pengurus untuk meleraikan pergaduhan mereka.

Sekali lagi Aqasha mendengus. Hilang sabar jadinya!

“Memang aku belum jadi suami kau, tapi kau tu bakal isteri aku! Jadi, aku berhak ambil tahu serba-serbi pasal diri kau, faham? Aku tak nak orang cop, aku ni tak boleh tanggung bini sendiri. Biarkan bini sendiri kerja kat pasar raya, sedangkan aku bersenang-lenang duduk dalam ofis kat restoran aku tu! Sebab tu aku nak kau berhenti kerja! Aku boleh tanggung makan, minum dan pakai kau!” bidasnya, tetap berkeras mahukan Afiya meletak jawatannya itu.

Afiya melampiaskan tawa sinis.

“Kau tak payah berangan nak kahwin dengan akulah! Kita ni pergi kursus kahwin pun belum tau! Dan satu lagi, aku tak perlukan perhatian kau walau sebesar hama sekalipun! Aku tak perlukan perhatian kau. Aku boleh tanggung sendiri makan, munum dan pakai aku!” Dia memulang paku buah keras.

“Afiya Zafira!” Mendidih jiwa Aqasha. Gadis itu benar-benar mencabar kesabarannya!

Afiya terus mempamer senyum sinis.

Aqasha mengecilkan bola matanya, tetap merenung tajam wajah Afiya.

“Aku tak peduli, aku nak kau berhenti kerja!”

“Kalau aku tetap nak kerja kat sini, kau nak buat apa? Kau nak pergi jumpa bos aku? Pergilah, aku tak takut!” Afiya mencabar Aqasha.

“Kau cabar aku?”

“Ya!”

“Okey, aku…”

Belum sempat Aqasha hendak menghabiskan ayatnya, tiba-tiba muncul Qistina bersama pengurus besar di pasar raya Giant itu.

“Apa yang dah berlaku ni, Afiya?” Begitu tajam renungannya menikam benak wajah Afiya.

Gulp, Afiya jadi gentar melihat renungan itu. Ah, bila-bila masa dia akan kehilangan pekerjaan ini!

Qistina menghampiri Afiya.

“Apa ni, Fiya? Kau kan dah janji takkan buat masalah kat sini!” marahnya.

Afiya memuncung.

“Bukan aku yang buat masalah, tapi dia!”

“Aku…”

“Encik?” panggil Aqasha.

Pengurus besar itu memandang Aqasha.

“Saya Syed Aqasha Luqman.” Aqasha memperkenalkan dirinya, kemudian memandang Afiya.

“Bakal suami Afiya Zafira,” sambungnya.

Afiya terkesima mendengar pengakuan berani Aqasha, Qistina pula sudah membuntang mata.

“Bakal suami?” bisik Qistina ke telinga Afiya.

“Dia…”

“I nak minta jasa baik encik supaya pecat Afiya daripada pasar raya ni!” pinta Aqasha.

“I memang nak pecat Afiya!” balas pengurus besar itu.

Aqasha tersenyum meleret.

Manakala Afiya dan Qistina pula sudah terkedu.

“Bos, jangan pecat saya! Saya betul-betul perlukan pekerjaan ni!” Afiya bersungguh-sungguh merayu.

“Awak dipecat, Afiya!” Dia menoleh memandang Qistina.

“Qis, uruskan semua customer ni!” arahnya.

“Bos!”

Tanpa mendengar rayuan Afiya, pengurus besar itu terus mengorak langkah meninggalkan dirinya, Aqasha dan Qistina.

Afiya tergamam, dia memandang ke arah Qistina yang sedang bertungkus-lumus menyelesaikan urusan pembayaran para pelanggan di hadapannya itu.

“Qis, pujuklah bos supaya tak pecat aku!” rayunya.

Qistina melepaskan keluhan.

“Maaf, aku tak boleh tolong kau,” balasnya dengan reaksi serba salah.

Afiya mendengus, seraya menoleh memandang Aqasha.

“Ni semua kau punya pasal!” Dia menengking Aqasha.

Aqasha buat pekak telinga.

Dek geram melihat sikap Aqasha, Afiya terus beredar dengan hati bengang.

“TAK guna punya lelaki! Sebab kau, aku kena pecat tau! Apasallah aku boleh terserempak dengan manusia macam kau ni hah? Kalau aku tahu macam ni jadinya, aku takkan gatal-gatal mulut mengaku yang kau tu suami aku depan Irsyad, tau tak? Menyesal aku buat macam tu! Menyesal!” Afiya menjerit dengan suara lantang. Melepaskan amarah yang berkumandang dan mengetuk kuat jantungnya itu.

Melampau! Itulah gambaran sebenar sikap Aqasha yang sangat menjengkelkan hatinya itu! Disebabkan lelaki itu, dia hilang pekerjaannya! Bagaimana dia hendak menyara hidupnya sekiranya dia tidak mempunyai pekerjaan tetap? Ya ALLAH… Ah, lelaki itu punya pasallah! Moga-moga selepas ini, dia tidak perlu berhadapan dengan lelaki itu lagi! Kebencian dia pada lelaki itu semakin bercambah!

Pon!

Bunyi hon dari arah belakang menyentak lamunan Afiya. Dia semerta mematikan langkah, lalu menoleh memandang kereta yang berani membunyikan hon padanya. Apa, ingat hon dia tu macam hon lori ayam ke? Cis!

Cermin sebelah pemandu diturunkan. Tersembul muka Aqasha di situ. Menyedari pemilik kereta itu adalah Aqasha, cepat-cepat Afiya melajukan hayunan langkahnya. Sakit hatinya pada lelaki itu masih belum hilang lagi.

Aqasha terkedu melihat tindakan Afiya.

“Afiya, tunggulah! Aku ada benda nak cakap dengan kau ni!” laungnya.

Namun, laungannya itu tidak dipedulikan, sebaliknya Afiya terus melangkah menjauhi kereta Aqasha.

Aqasha jadi hilang sabar, lantas bertindak keluar daripada perut keretanya dan meluru menghampiri tubuh Afiya.

“Afiya, kau dengar cakap aku ke tak ni?”

“Tak, aku tak dengar! Aku pekak!” sembur Afiya.

Aqasha mendengus. Pantas dia berjalan ke hadapan Afiya, menghadang laluan gadis itu.

“Hah! Sekarang, aku nak kau berdiri tegak dan dengar apa yang aku nak cakapkan ni!” arahnya dengan memek wajah tegas.

Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada Aqasha.

“Kau nak apa? Tak puas lagi ke dah buat aku kena pecat?” Dia menghamburkan amarahnya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk sepuas hati wajah Aqasha. Biar kekacakannya itu hilang ditelan buku lima dia! Padan muka!

“Okey, aku minta maaf sebab buat kau kena pecat tadi,” mohon Aqasha.

Afiya ketawa sinis.

“Dengan ucapan maaf kau yang tak berharga bagi aku tu, kau ingat boleh mengubah apa yang dah berlaku tadi tu ke? Hakikatnya, aku dah kena pecat dan dah join grup pengganggur terhormat sekarang ni, faham?” tambahnya, terus-terusan memakihamun Aqasha.

“Sekurang-kurangnya, aku dah minta maaf kat kau. Aku ada sebab mengapa aku buat kau kena pecat dari pasar raya tu!” balas Aqasha serius.

Afiya tercengang.

“Sebab apa?”

Aqasha mempamer senyuman penuh makna.

“Sebab aku ada kerja yang lagi layak untuk kau,” balasnya.

Afiya mencemik.

“Aku tak nak kerja dengan kau!” bentaknya.

“Aku peduli apa kau tak nak kerja dengan aku ke tak? Aku tak perlukan jawapan kau! Yang aku tahu, kau akan kerja dengan aku mulai hari ni! Aku tak suka tengok bakal isteri aku kerja kat tempat-tempat macam tu. Apa, ingat aku tak ada duit ke nak sara hidup kau? Dah jadi tanggungjawab aku untuk jaga kau baik-baik!” tegas Aqasha.

“Aku tak perlukan perhatian kau! Aku boleh jaga diri akulah,” marah Afiya.

“Aku tetap akan jaga kebajikan kau!” tegas Aqasha lagi.

“Dah, jom naik kereta aku! Aku bawak kau pergi restoran dan tunjukkan tempat kerja baru kau tu,” ajaknya, seraya memulakan langkah menuju ke kereta.

Tatkala melihat Aqasha sudah melangkah menuju ke keretanya, Afiya cepat-cepat memulakan langkah meninggalkan Aqasha.

Terkesima jadinya Aqasha melihat tindakan Afiya. Dia nilah… Pantas dia mengejar Afiya, lalu mencengkam kuat tangan gadis itu.

Afiya tergamam. Sedaya upaya dia menarik tangannya dari cengkaman Aqasha.

Aqasha tidak mempedulikan rengekan Afiya, sebaliknya menarik tangan gadis itu menuju ke keretanya. Daun pintu kereta dibuka.

“Masuk,” arahnya.

“Tak nak!” bentak Afiya.

Dia nilah… memang cabar aku!

“Kalau kau tak nak masuk dalam kereta aku ni, okey tak apa… aku akan tolak kau masuk dalam!” Aqasha mengugut.

“Buatlah!” cabar Afiya.

“Okey, aku buat!” Spontan Aqasha menolak kasar tubuh Afiya ke dalam kereta. Kemudian, cepat-cepat dia menekan punat untuk mengunci pintu kereta. Langkah diayun laju menuju ke tempat pemandu. Kunci dibuka, lalu dia membolos masuk ke dalam. Kunci ditekan semula.

“Weh, kau buat apa ni? Buka kunci ni! Aku nak keluar!” bentak Afiya.

“Diam! Kalau kau tak diam, aku lekat mulut kau tu dengan pita pelekat! Jangan cabar aku sebab aku buat betul-betul nanti!” sergah Aqasha.

Takut dengan ugutan Aqasha, Afiya semerta membisu. Bersama bibir muncung ke hadapan, dia memandang ke arah jalan.

Aqasha tersenyum melihat tingkah laku Afiya. Hmm… tau takut?

AFIYA menoleh memandang Aqasha.

“Kau nak bawa aku pergi mana ni?” Dia menyoal Aqasha.

“Pergi restoran aku,” jawab Aqasha ringkas.

Afiya ternganga.

“Buat apa nak pergi restoran? Kau nak belanja aku makan ke? Hmm… okey jugak! Bab-bab makan ni, aku onaje! Orang cakap rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Alang-alang dapat makan percuma, rembat ajelah!” tekanya. Rasa kecur liur pula mendengar perkataan makan. Sudahlah dia tidak makan apa daripada pagi tadi. Tiba-tiba terasa lapar pula.

Terjongket sebelah kening Aqasha.

“Bila masa pula aku nak belanja kau makan?”

Afiya tercengang.

“Hmm… tapi kalau kau nak makan sekalipun, aku okey aje. Makanlah puas-puas, aku tak kisah. Restoran tu kan restoran aku, bakal suami kau,” tambah Aqasha selamba.

Afiya mencebik.

“Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ni?”

“Kan dah cakap, aku nak bawa kau pergi restoran,” jawab Aqasha.

“Untuk apa?” soal Afiya lagi.

Aqasha mempamer senyum penuh makna.

“Aku tawarkan satu pekerjaan untuk kau,” balasnya.

Berkerut dahi Afiya.

“Pekerjaan apa?”

“Kerani. Kau akan uruskan kewangan dan pentadbiran restoran aku. Uruskan pesanan, mesyuarat dan sebagainya. Dari segi kewangan pula, kau akan uruskan akaun keluar masuk, bil-bil utiliti dan sebagainya. Faham?” Aqasha menerangkan satu per satu skop kerja yang bakal tergalas di bahu Afiya sebentar lagi.

Terjegil terus mata Afiya.

“Apasal pulak aku kena jadi kerani?”

“Habis tu kau nak jadi cleaner?”sindir Aqasha.

“Sekurang-kurangnya gaji halal,” jawab Afiya.

“Kerani pun gaji halal.” Aqasha betulkan kenyataan.

“Argh!” bentak Afiya.

“Apasal paksa aku buat benda yang aku tak suka hah? Aku tak suka kerja kerana!” marahnya.

“Tapi aku nak kau kerja kerani!” balas Aqasha.

“Aku cakap tak nak tu maknanya tak naklah!” balas Afiya kuat.

Aqasha bersiul.

Afiya tepuk peha, geram dengan tingkah laku Aqasha.

“Qasha, aku cakap dengan kau ni!” panggilnya.

Aqasha tetap bersiul.

Afiya berdecit.

“Dia nilah…”

Aqasha berhenti bersiul, lalu tersenyum meleret. Berjaya juga dia membuat gadis itu mengunci mulutnya daripada terus bersuara!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku