Bodyguard Cinta
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 08 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1010

Bacaan






     Bunyi cengkerik memecah keheningan malam yang sunyi dan gelap. “Juna.” Seseorang menegur Juna saat dia sedang bersendirian dibalkoni rumahnya. Tanpa menoleh Arjuna tahu siapakah gerangan orang yang menegurnya. Tiba-tiba Arjuna merasai kepalanya digosok lembut.

“Ma, rosaklah rambut juna.” Juna mula merunggut apabila rambutnya disentuh. Juna paling tidak suka rambutnya yang sudah dibentuk cantik dirosakkan sebab baginya rambut adalah mahkota kemachoan dia. Tiba-tiba terasa kepalanya ditonjol dan Arjuna mula mengadu kesakitan.

Walaupun Arjuna seorang yang gagah tapi apabila Puan Azura mula menyentuhnya dia boleh bertukar menjadi seorang yang lemah. Arjuna sangat manja dengan Puan Azura. Puan Azura lah orang yang bertanggung jawab mengajar Arjuna cara untuk melindungi diri, keluarga dan orang lain. Puan Azura pernah bekerja sebagai pengawal peribadi orang ternama pada suatu ketika dulu dan sekarang Puan Azura telah membuka syarikat keselamatan sendiri dan itu adalah salah satu cita-cita Puan Azura.

Apabila Arjuna mula mengadu kesakitan, Puan Azura hanya tertawa melihat tingkah anaknya.

“Juna, peluru pistol yang menembusi lengan kamu pun kamu senyum saja. Ini mama baru tonjol sikit saja kamu dah mengadu sakit.”Arjuna hanya ketawa mendengar bebelan mamanya.

Bukan selalu Arjuna dapat bermanja dengan Puan Azura. Almaklum semenjak Arjuna bekerja dengan Puan Azura dia jarang berada dirumah dan meninggalkan Encik Malik dan Puan Azura berdua sahaja dirumah.

“Mama, bila papa akan balik dari Langkawi?”

“Sepatutnya Flights papa hari ni tapi papa terpaksa tundu flight dia sebab esok papa ada mesyuarat tergempar antara ahli lembaga pengarah bagi syarikat perhotelan milik papa dekat Langkawi. Jadi kalau tak ada apa-apa masalah lagi, hari jumaat papa sampailah sini.”

Setelah berborak seketika Arjuna dan Puan Azura terus masuk kedalam rumah semula untuk makan malam bersama. Bukan selalu Arjuna dapat makan berdua dengan Puan Azura. Nanti papa cemburu tapi bukancemburu dengan aku, tapi papa cemburu dengan mama sebab aku selalu lebihkan mama dalam segala hal.

Sudah berkali-kali papa memujuk aku untuk bekerja dengannya di syarikat perhotelan milik papa. Beribu alasan jugalah yang papa sering beri supaya aku berhenti kerja dengan mama. Katanya papa risau bila aku kerja dengan mama aku akan selalu terdedahkan kepada bahayalah, aku akan tercederalah dan macam-macam lagi alasan yang papa beri.

Tapi bagi aku bila aku bekerja dengan mama, aku dapat merasai pengalaman yang lebih mencabar. Walaupun aku sering terdedah dengan bahaya dari pelbagai sudut tapi aku tetap suka. Dari situ juga aku dapat mengenali perangai orang ternama dengan lebih dekat.

“Juna esok teman mama pergi shopping boleh?” Mama menyoalku.

“Everything for you my queen.” Balasku bersama senyuman.



      “Ma! Cepatlah siap semalam kata nak minta Juna teman mama pergi shopping.” Bebelku sambil mengetuk pintu kamar mama.

“Ish, membebel saja kamu ni. Mama dah siap lama lah tinggal nak keluar bilik saja.

Dengan memandu kereta BMW M6 milik mama, aku dan mama terus menuju ke Pavilion. Pavilion adalah salah satu shopping mall yang terkemuka di Kuala Lumpur. Hari ini aku akan menjadi driver mama, jadi kemana saja mama nak pergi akan aku bawa.

Bukan selalu dapat datedengan mama sebab aku sendiri jarang berada dirumah.

Setibanya di Pavilion mama terus menarik tangan aku untuk masuk kedalam salah satu butik yang biasa mama pergi. Aku hanya mengikuti langkah mama. Aku turut melihat beberapa orang gadis sedang berbisik sesama mereka sambil tersenyum saat melihat mama menarik tanganku.

Perempuan ni senyum-senyum, ingat aku kena Tarik dengan sugar mammy ke. Ini mama akulah.

“Mama nak beli apa dekat sini?”

“Mama nak beli tayar motor tak Nampak ke?”

Ha! Ambik kau setepek. Dah tahu mama masuk butik mestilah mama nak beli pakaian takkan nak main bola pula. Aih.

Setelah itu aku hanya ketawa dan berlalu kearah baju yang tersusun cantik dirak. Aku mencapai sehelai kemeja yang tergantung dirak tersebut. Mak aih! Mahalnya kemeja je pun, menarik pun tidak. Terkejut aku melihat tag harga kemeja tersebut yang bernilai RM1000. Walaupun keluarga aku boleh dikategorikan sebagai jutawan tapi kalau sehelai kemeja pun dah bernilai RM1000 memang membazirlah.

Aku mencuit bahu mama dan mama pantas menoleh.

“Ma, kenapa harga baju ni mahal sangat sampai mencecah RM1000 sehelai.” Aku terus menyoal mama kerana aku berasa tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.

“Itu baju yang direka dan dijahit khas oleh seorang fesyen designer dari Paris dengan hanya mengunakan tangan. Itu sebab harga dia mahal sayang.” Sedikit terngangga aku mendengar penjelasan mama.

Mama aku ni kerja sini ke apa?

Sampai bergitu detail sekali dia terangkan dekat aku. Aku ingatkan dia akan Tanya pada sales girl. Powerlah mama.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku