Pencuri Hati Tuan Doktor!
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Mac 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2110

Bacaan







Hey! Senangnya dalam hati bila cuti sekolah,

Seperti dunia ana yang punya.

Aku menyanyi riang sambil mencuci kereta, lama agaknya aku tak basuh encik Tom cruise aku ni. Bunyi engin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah membuatkan aku segera menoleh.

“Macam kenal je kereta ni? Ah! Tuan Doktor.” Aku segera meninjau melihat ke arah pagar yang menjadi benteng rumah aku dan Tuan doktor. Aku panggil dia Tuan sebab mamat ni berlagak nak mampus. Panggil encik tak layan, kalau panggil Tuan doktor baru dia menoleh, itu pun sekilas jelah. At least dia ada pandang kat kau walaupun sekilas. Okeylah daripada tak adakan?

Engin kereta segera dimatikan, aku menghampiri pangar rumah lalu melemparkan semanis-manis senyuman. Pintu kereta dibuka, aku lihat Arif keluar dari kereta sambil mengenyit mata kepadaku.

“Assalamualaikum Arif, Lambat balik hari ni Rif? Ada tuition ke?” sapaku. Spange pembasuh kereta aku baling masuk ke dalam baldi.

“Waalaikumsalam, cikgu Ayu. Iya hari ni Arif ada tiga tuition.” Balas si kecil molek Arif Hakimi.

“Oh.. Dengan cikgu Kila atau ustaz Fakhrul?” soalku lagi.

“Dah Arif, masuk dalam mandi. Abah nak hantar pergi rumah nenek”. Cela si Tuan Doktor. Aku hanya sengetkan senyuman. Namun senyumanku hanya dibalas dengan jelingan maut. Fulamak! Arrogant sangatlah Tuan Doktor ni. Baling dengan baldi ni baru tahu rasa.

“Hish! Macam ni ke doktor? Kalau aku sakit sumpah takkan pergi hospital kalau doktornya macam si Tuan doktor ni.” Bebelku halus. Muncung aku tarik lalu kembali membasuh kereta kesayangan aku.

“Hmm.. jiran sebelah.” Tersentak aku bila mendengar panggilan dari suara garau. Macam kenal je suara tu? Perlahan-lahan aku berpaling. Buntang mataku. Apa? Tuan Doktor? Kejap-kejap! Tuan doktor yang arrogant tu tegur aku?

“Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah. Saya datang sini nak tanya kat cikgu yang anak saya ada bagi saya borang ni, saya tak faham. Boleh tolong jelaskan.” Pintanya.

Aku masih tercengang lagi. Aku cubit geram pahaku, sakit! That mean aku tak mimpi! Selama 2 tahun berjiran, ini adalah kali pertama dia hendak membuka mulut bertegur denganku.

“Nak tolong ke tidak!” Aku tersedar dari lamunan saat mendengar suara itu melontarkan pertanyaan dengan begitu serius sekali.

“Bo..boleh.” Sambil tanganku ligat mencapai kertas putih yang disuakan kepadaku beberapa minit lepas.

“Oh, borang ni. Ni borong masyuarat PIBG. Semua ibu bapa diwajibkan untuk datang isnin depan, kalau tak dapat datang boleh tanda kat ruangan bawa ni, tapi mesti ada reason yang kukuh..

“Okay terima kasih.” Belum sempat aku hendak menjelaskan dengan lebih detail mengenai surat itu, dengan sepantas kilat surat itu ditarik dari tanganku lalu dibawa masuk  ke dalam rumahnya. Tercengang saja aku. Terkedip-kedip saja melihat dia masuk ke dalam rumahnya!

“Ya Allah Kereknya!” satu jelingan aku tarik bersama perasaan menyampah yang teramat sangat. Dingin sangat! Patutlah bini dia tinggal dia. Nama je Adeeb yang beradab, tapi tak Adeeb langsung! Nak sedekah senyuman pun berkira. Cakap terima kasih pun macam terpaksa.

Bunyi deringan telefon membuatkan aku terhenti dari mengutuk tuan doktor yang sombong mak datuk tu. Sebelum melangkah mendapatkan telefonku yang merengek di meja santai aku sempat lagi menjeling pintu rumah sebelah.

Cikgu Orked

Berkerut keningku melihat nama cikgu Orked terpapar indah di dada skrin telefonku. Dah kenapa si Orked ni call aku masa-masa cuti macam ni? Hmm.. nak bergosip lagilah ni.

“Assalamualaikum, Ayu.” Orked memulakan bicara.

“Waalaikumsalam, kenapa call?” Aku terus saja bertanya niat Orked menganggu aku dihari-hari cuti yang indah ini.

“Kau PMS tak?” terjongket keningku memahami bait pertanyaan Orked? Dia call aku hanya untuk tanya aku PMS je? Buang tabiat agaknya budak Orked ni!

“Kau tahu tak, soalan kau ni boleh menyebabkan siku aku melekat kat muka kau tau! Cuba jangan main-main, kau nak apa sebenarnya?”

“Ala.. emosional lah kau ni. Ni cuti sekolah tau tak, so janganlah badmood. Aku call ni nak ajak kau pergi solat berjemaah kat surau, hari nikan malam jumaat.” Beritahunya.

“Ya Allah, yalah. Aku lupa.” Aku menepuk dahiku. Aku dah hampir nak lupa, nasib Orked maklumkan.  Nasib aku dah siap periksa semua home work murid-murid.

“Nasib kau ingatkan aku Orked, kalau tak aku lupa hari ni hari khamis. Okeylah jumpa kau kat surau je. Assalamualaikum.” Talian terus aku noktahkan sebelum sempat Orked menjawap. Aku kena siapkan semua kerja rumah sebelum pergi ke surau, rugi kalau aku tak pergi. Sebab malam ni ada baca yasin berjemaah.

******

“Ayu.” Aku menoleh ke arah Orked tatkala mendengar gadis itu memanggil namaku.

“Ada apa?” jawapku. Tudung telekung aku naikkan ke bahu bila ia hampir saja jatuh.

“Handsome je kan Doktor Adeeb Aathif kalau pakai jubah melayu macam tu. Lampu suluh disorotkan ke arah belakang Tuan Doktor yang tiga meter di hadapan kami berdua. Aku sunggingkan mulut.

“Bolehlah daripada takda.” Acuh tak acuh saja aku menjawap.

“Untung kau sebab dapat berjiran dengan Doktor Adeeb, dahlah macho, tinggi, peramah, penyayang pula tu. Puji Orked, aku pula rasa nak muntah hijau. Peramahlah sangat!

“Untunglah sangat.” Jawapku tanpa sebarang minat. Memang aku tak minat nak bualkan lelaki sombong kat depan tu. Dengan orang kawasan perumahan memang senyumannya tak pernah lenggang kat mulut. Tapi dengan aku, nak senyum pun macam kena bayar cukai. Kedekut!

“Betullah untung, sebab kau berjiran dengan duda hot kat perumahan ni. Pagi-pagi boleh cuci mata.” Makin menjadi-jadi pula si Orked ni memuji si Tuan doktor tu.

“Dahlah Orked. Daripada kita bualkan pasal perkara tak penting, baik kita bualkan pasal kerja kita.” Aku cuba mengubah topik bual bicara. Sumpah aku fed up habis bila Orked asyik membuka topik yang sama bila balik dari surau. Dan tiap kali balik dari surau memang si Tuan doktor nilah yang akan ada di hadapan kami.

“Nak bincang apa, aku dah siap periksa semua kerja sekolah budak-budak. Lagi pun nikan cuti sekolah buat apa kita nak kusutkan fikiran. Baik kita fikir pasal kita yang tak kahwin-kahwin ni.” Aku menjeling Orked.

“ Kalau dengan kau tak sah kalau tak bual pasal kahwin, kalau tidak pun pasal si Tuan doktor tu. Dahlah, aku nak cepat ni. Nak layan drama Jackie chan.” Aku melajukan langkah. Malas nak ambil kerenah si Orked ni.

“Eh! Kejaplah, aku nak beritahu something dekat kau ni.” Orked mengejar langkahku yang sudah terbuka luas meninggalkannya.

“Something apa? Aku nak cepat ni.” Aku sedaya upaya mengelak. Kalau dia dah sebut perkataan ‘ SOMETHING’ sah pasti ada yang tak kena.

“Ni, aku nak bagi surat ni." Sepucuk surat diserahkan kepadaku. Namun aku hanya merenung surat itu tanpa sedikit pun ada niat hendak menyambutnya.

“Surat apa? Kalau hal tak penting aku tak nak layan.” Aku lajukan langkah. Orked berlari anak mengejar langkahku.

“Mana aku tahu, sebab surat ni dari Ustaz Fakhrul. Pentinglah kot.” Jawap Orked.

“Dia lagi! Kau buang sajalah. Aku tak berminat.” Aku berpaling lalu menolak surat itu sambil kakiku melangkah laju tidak menentu. Sebenarnya aku dah agak surat tu dari Ustaz Fakhrul sebab surat tu jugalah yang aku buang kat tong sampah tempoh hari.

Buk!

“Aduh!”

Aku segera berpaling saat mendengar suara lelaki. Buntang mataku. Tuan Doktor! Aku langgar belakang dia! Matilah aku. Dia juga berpaling sama.

“Mata letak kat mana ni? Sampai boleh langgar belakang orang?” sergahnya. Aku mati kata dimarah begitu. Lalu tenungan tajam aku lemparkan kepada Orked yang tengah buat muka cuak.

“Ma..maaflah Tuan Doktor, saya tak perasan tadi.” Ucapku. Dia segera tunduk. Selipar jenama fipper yang sudah putus segara diraih lalu diangkat di hadapan wajahku. Bulat mataku. Aku terpijak selipar dia sampai putus ke?

“Kali ni, mata tu letak kat depan! Bukan kat belakang!” marahnya lalu berpaling dan meneruskan langkah. Terdiam saja aku dimarah begitu. Orked pun turut membungkam sama. Tak guna, jatuh air muka aku.

“Garangnya doktor Adeeb tu?” perlahan-lahan Orked bersuara saat bayang Tuan doktor sudah semakin jauh.

“Ni semua salah kau! Tengok apa dah jadi!” kini giliran Orked pula menjadi mangsa amarah aku. Tak pasal-pasal aku dan Tuan doktor lancar perang pula. Baru je aku ada niat nak berbaik-baik dengan Tuan doktor tu.

“Eh! Aku pula yang salah. Siapa suruh kau jalan reverse! Betullah kata Tuan doktor kau tu, mata letak kat depan. Bukan kat belakang. Okay lah dah nak sampai rumah aku. Assalamualaikum.”Jawap Orked lalu mengubah haluan kakinya.

Ewah-ewah! Aku pula dia salahkan. Salamnya aku jawap dalam hati saja. Setelah itu aku pun kembali meneruskan perjalanan menuju ke blok rumahku.



kalau nak sambungan komen kat bawa ya.. hihi.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 1.1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku