Pencuri Hati Tuan Doktor!
Bab 1.1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
611

Bacaan






“Jem lagi!” bibirku melepaskan keluhan panjang. Serius aku bosan menghadap jem yang hampir berhari-hari ada dalam jadual harianku. Aku merenung jam ditangan. Dah hampir 1 jam setengah aku berbaris dalam barisan kereta di lebuh raya ni. Kan bagus kalau kereta aku ni ada gear macam kereta Harry potter yang boleh terbang, tak payahlah aku nak menghadap jem ni berjam-jam.

“Argh!” Stereng kereta aku hempas geram. Boleh basi aku dalam kereta ni. Dahlah lagu dalam radio ni tak best langsung. Bila sampai ke lebuh raya yang membenarkan u-turn aku pulas stereng lalu membuat pusingan. Aku tak larat nak habiskan hari aku kat lebuh raya je.

Terpaksalah aku beli barang dapur kat Servay je. Baru je berangan nak jalan-jalan kat Imago, dapat juga cuci mata cuti-cuti sekolah ni.

“Tak sahlah kalau sehari parking lot ni tak penuh! Tak apalah aku dah target parking tu!”Aku membuat tangan bentuk pistol lalu konon-konon menembaknya.

Aku membawa Tom cruise kesayangan aku mengelilingi pusat beli-belah itu hampir 3 kali namun pemilik kereta Kancil itu langsung tidak mahu berganjak pergi!

“Apa yang pemilik kancil tu beli! Dia beli tapak kedai ni ke apa!”bebelku halus. Sekali lagi kereta ku arahkan mengelilingi pusat beli-belah itu.

Akhirnya parking yang ditunggu-tunggu itu kosong juga, tapi dengan selamba badak saja parking itu dicuri oleh seorang lelaki bermotorsikal membuatkan darahku mendidih. Aku bagai hendak gila sampai minyak hampir separuh senang saja lelaki itu rembat sesuka hati. Dia tak nampak ke parking motor kat hujung sana!

Dengan rasa yang tidak rela, terpaksa juga aku parking Tom cruise aku kat tempat parking berbayar. Dengan wajah tidak puas hati cepat aku mengatur langkah menghampiri lelaki itu.

“Eh! Berani awak curi parking saya!”marahku. Lelaki itu kelihatan kaget. Helmet masih lagi menutup wajahnya. Tengkinganku dibalas dengan senyuman ramah.

“Cik mulut takda insuran, tak ada pun nama cik kat sini?”sinis saja nada lelaki itu membuatkan aku semakin berasap. Helmet dibuka. Membuntang mataku. Kacak gila mamat ni?Getus hatiku.Eh! Tak boleh macam ni Ayu, dia curi parking kau!

“Memang tak ada nama saya pun, sebab kawasan ni mana boleh letak nama!”

“Tahu pun, so sesiapa saja boleh letak kenderaan kat sini.” Bicara lelaki itu. Lalu meninggalkan aku dengan wajah terpinga-pinga

“Oh ya! Lagi satu, cik ni dulu ada sekolah tak? Ada belajar ilmu sivik? Kalau takda pergi sekolah semula ya. Sebab takda adap.” Perli lelaki itu. Terngangga saja aku diperli begitu. Dia kata aku takda sekolah! Hello! Aku cikgu sekolah tau!

Dengan langkah malas aku memasuki supermarket itu. Troli yang disediakan ku tarik perlahan. Bibir aku manyunkan, nafas aku tarik untuk melegakan perasaan marah. Aku harus positive, aku cikgu! Kalau aku tak boleh nak kawal perasaan marah, macam mana aku nak pimpin pelajar aku.

Station yang dicari sudah semestinya bahagian makanan ringan. Aku mahu melepaskan stress. Ya, stress yang aku cari sendiri.

Disibuk mataku melilau mencari snek kegemaranku, dengan tidak semenggah troli aku dilanggar dari sudut sisi. Dengan muka ayu aku berpaling. Berubah riak wajahku bila manusia itu adalah lelaki yang telah mencuri parking lot aku!

Aku segera menjeling lalu menarik troli ku. Cuba untuk buat-buat tidak kenal. Cukuplah rasa malu yang telah aku dapat tadi. Sumpah aku takkan cari pasal lagi. Lelaki itu bukan orang sebarangan .Mulutnya tajam bak wanita. Ada baiknya aku tak payah layan.

“Awak pun suka snek ke?”Aku tidak memedulikannya. Namun lelaki itu tidak berputus-asa. Dia menolak trolinya agar selari denganku.Tapi aku buat nampak tak nampak. Buat lelah saja melayan lelaki yang entah siapa gerangannya.

“Ah! Kit kat!”belum sempat aku meraih snek coklat itu segera tanganku ditekup. Kelihatan tangan berkulit sawo matang sedang berlapis diatas tanganku. Bibirku ketip. Bagai robot kepalaku berpaling.

“Awak pun suka kit kat?”riang suara lelaki itu menyapa pendengaranku. Cepat aku menarik tanganku lalu troli aku sorong geram. Kenapalah dia nak melekat macam belangkas dengan aku!

“Sombong juga awak ni ya minah.” Luah lelaki itu. Tersentak aku. Troli berhenti disorong lalu cepat berpaling.

“Nama saya buka minah! Stop disturbing me!

“Oh. .Jadi nama awak disturbing? Hai disturbing nama saya Haikal. Haikal rayyan.” Lelaki itu menghulur tangan tanda bersalam.Tercengang saja aku melihat ke arahnya. Aku cakap bahasa Perancis ke tadi? Sampai dia tak faham kata-kata aku?

“Who care! Yang penting jangan ganggu saya!” Aku menarik troli barangan lalu disorong dengan perasaan marah. Dahlah tadi kutuk aku takda sivik! Lepastu senang-senang je nak buat sesi suai kenal! Mulut aku sudah berkumat-kamit tidak menentu.

**********

“Done.”Aku mengukir senyuman saat melihat troli aku dipenuhi dengan barangan yang aku cari. Tinggal nak bayar aje. Kakiku mengatur langkah menuju ke arah kaunter pembayaran.

“Cikgu Ayu..” Pantas aku berpaling mencari empunya suara yang memanggil namaku.

“Arif!” nama itu aku seru perlahan. Laju saja kaki budak kecil itu menghampiriku. Seram juga aku bila dia meluru saja ke arah aku. Takut-takut Tuan doktor yang garang gila tu pun ada sama.

Belum sempat aku bersuara tanganku segera dicapai lalu disalam. Aku hanya mampu tersenyum dalam gusar sambil mataku melirik sekeliling. Janganlah singa tu nampak aku dengan anak dia. Boleh meletop pusat beli belah ni dengan suaranya.

“Cikgu cari papa ke?” terpinga aku sebentar mendengar soalan maut dari Arif. Macam mana dia tahu aku cari ayahnya? Nak jawap apa ni? Ah! Jawap jelah.

“A’ah, papa Arif mana?” soalku. Arif mengukir senyuman sinis.

“Eleh.. cikgu rindu papa kitalah tu.” Selorohnya. Rindu papa dia? Hello sorry sikit.

“Tak adalah Arif. Cikgu risau je tengok Arif seorang-orang. Bahaya tau budak kecil seorang-orang kat pusat beli belah macam ni.” Aku cuba menyelindungkan perasaan. Sebenarnya memang aku cari ayah dia. Sebab sebelum Tuan doktor tu nampak aku. Baik aku mengelak dulu.

“Arif tak seorang-oranglah cikgu. Tu..” Jari telunjuknya diajukan ke arah sekujur tubuh yang sedang memilih ikan. Berkerut keningku. Siapa pula wanita tu?

“Jom cikgu, Arif kenalkan dengan ayang Arif.” Tanpa sempat aku membantah, tanganku segera ditarik oleh Arif menuju ke arah wanita itu.

“Eh..eh.. Arif cikgu nak..”

“Ayang..: Jerit Arif. Laju wanita itu berpaling dengan wajah kaget.

“Apa terjerit-jerit ni Arif!” marah wanita itu yang kononnya dipanggil Ayang oleh Arif.

“Ayang ni cikgu Arif, cikgu Ayu suhaila.” Dengan bangga lagi Arif memperkenalkan aku kepada Ayangnya. Aku teguk air liur saat wanita itu mengamati segenap wajahku. Dah kenapa scan aku macam scan barcode barang?

“Betul ke awak ni cikgu Arif?” soalnya. Nada serius semacam.

“Iy..iya makcik.” Tergagap-gagap aku hendak menjawap soalan itu.

“Dah kahwin?” nadanya masih lagi dalam intonasi yang sama.

“Be..belum lagi makcik.” Jawapku.

“Laa.. iyake belum kahwin lagi? Boyfriend dah ada? Dah berapa tahun jadi cikgu..” Tiba-tiba makcik yang garang ni jadi mesra alam. Terkedip-kedip saja aku bila dia membelek -belek seluruh tubuhku. Dah kenapa?

“Ya makcik, belum kahwin..”

“Ah! Sesuai..”

“Ibu.” Laung satu suara.

Tersentak aku saat mendengar suara itu. Air liur aku teguk. Ibu? Aku menoleh sekilas. Tuan Doktor! Kelam kabut aku menyalam tangan wanita itu dan berdezum pergi. Langkahku jadi tidak tentu arah.

Itu ibu si Tuan doktor? Ah! Matilah aku. Kenapa Arif suka buat cikgu macam ni! Dia perasan ke muka aku tadi? Dahlah semalam aku putuskan selipar dia. Eh! Kejap. Bercakap pasal selipar, kenapa aku tak ganti je selipar dia yang putus tu? Mana tahu dengan aku ganti selipar dia, dia akan berbunga-bunga dengan aku.

“Ya! Aku kena ganti selipar dia. Tapi.. aku tak tahu saiz kaki dia? Macam mana ya? Ah! Main agak jelah. Kaki dia pun bukan besar mana pun.” Bahasku perlahan lalu dengan bangganya aku mengatur langkah menuju ke arah tempat jualan selipar yang serupa dengan si Tuan doktor punya.

“Dik.” Panggilku kepada pekerja yang menjaga tempat jualan kasut dan selipar. Menonong saja pekerja remaja itu menghampiriku.

“Ya kak, apa yang boleh saya bantu?” soalnya.

“Adik boleh tolong carikan akak selipar fipper khas untuk lelaki tak?” pintaku.

“Oh, boleh. Saiz berapa ya?” tanya dia lagi. Aku mengaru dahiku yang tidak gatal. Macam mana nak jawap ni.

“Hmm.. akak kurang pastilah dik. Biasanya lelaki pakai selipar saiz berapa ya?” tergelak pekerja itu tatkala mendengar soalanku. Lawak ke dik? Akak siku kejap lagi baru tahu rasa! Akak serius ni!

“Maaf ya kak, macam mana saya nak tolong akak kalau akak tak tahu saiznya.” Wah! Jawapan dia macam perli aku je.

“Hmm.. Ah! Lebih kurang saiz kaki lelaki tu.” Aku menunjuk seorang lelaki yang sedang memegang selipar yang sama seperti yang aku cari.

“Oh, tadi abang tu ambil selipar saiz 40. Kalau saiz tu tinggal dua je kak. Warna hitam merah ni dengan biru hijau ni.” Kata si pekerja sambil dua pasang selipar fipper ditunjukkan ke arahku.Warna apa ya? Aku mengetuk lembut daguku. Warna hitam merah ni macam cantik je. Tapi.. ah! Hentam sajalah, kalau dia tak nak pakai biar aku je yang pakai.

“Bagi yang warna hitam nilah dik.” Jawapku.

“Okey, bayar kat kaunter ya kak.” Beritahunya. Aku hanya mengangguk lalu mengatur langkahke kaunter yang kosong.


sebarang komen anda amat dihargai.. nak sambungan sila komen kat bawa ya^^



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 1.1 | Bab 2 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku