Pencuri Hati Tuan Doktor!
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1154

Bacaan






Aku menarik nafas sedalam-dalamnya setelah itu aku hembuskan dengan satu keluhan berat. Bibir aku ketip sambil mata meninjau rumah Tuan doktor yang kelihatan sunyi sepi saja. Pintu pagar berwarna merah itu aku sentuh perlahan. Serius ke aku nak masuk senyap-senyap ke dalam perkarangan rumah Tuan doktor ni?

Belum sempat aku terlintas nak panjat pintu pagar rumah si Tuan doktor tu, aku lihat pintu rumahnya terbuka luas. Cepat aku menyorok ditembok yang bersebelahan dengan tong sampah. Jantung berdebuk kencang. Sumpah aku kaget yang amat sangat. Minta-mintalah itu bukan si Tuan doktor.

Beberapa saat itu aku dengar pintu pagar dibuka. Ya Allah, semoga dia tak nampak aku. Plastik yang berisi selipar fipper yang aku beli pagi tadi aku peluk erat sambil sedaya upaya membuat pergerakkan agar tidak kelihatan oleh sesiapa sahaja yang bakal membuka pintu pagar itu.

“Cikgu Ayu!” tersentak aku saat mendengar suara Arif memanggil namaku. Dada aku sentuh tanda lega. Arif rupanya, nasib bukan si Tuan doktor. Aku berlahan-lahan berdiri lalu berpaling. Membulat mataku bila melihat si Tuan doktor pun ada sama. Selipar fipper yang aku beli tadi aku sorokkan dibelakang badan.

“Ah.. ar..Arif. Haha.. Tu.tuan doktor pun ada sama.” Tergagap-gagap aku menyuarakan jawapan. Air liur aku telan, rasa kering aje tekak ni bila melihat wajah si Tuan doktor yang langsung tiada senyuman itu.

“Cikgu buat apa dekat tepi tong sampah ni?” soal Arif. Aku ketap bibir. Kenapalah kau ni banyak tanya Arif! Kat sekolah kau banyak tanya, kat luar sekolah pun kau banyak tanya. Kau tak kasihan kat cikgu ke Arif? Tak semua soalan cikgu boleh jawap tau.

“Hmm.. hmm..”

“Jom Arif!” tangan si kecil Arif ditarik oleh si Tuan doktor.

“Tuan doktor.. Nah!” laju aku serahkan plastik selipar fipper itu ke arah si Tuan doktor. Aku dah buntu nak fikir cara nak berikan selipar tu pada dia. Tak sopan juga kalau aku main campak je selipar tu dari luar pagarkan?

“Apa benda ni?” bukan main serius lagi nada suaranya bertanya.

“Hmm.. kan semalam saya tak sengaja terputuskan selipar Tuan doktor. Jadi sudi-sudilah terima pemberian saya ni sebagai ganti selipar Tuan doktor yang putus tu.” Teragak-agak aku hendak memulakan bicara. Dia angkat wajah sambil memandang aku tanpa sebarang minat.

Selipar itu dibuka dari plastiknya lalu dengan spontannya selipar itu dibaling masuk ke dalam tong sampah. Terngangga saja aku melihat aksi 2 saat itu. Dia buang macam tu je? Dia fikir aku curi kat masjid ke selipar tu? Hello! Aku belilah wei!

“Kenapa papa buang hadiah dari cikgu Ayu?” si kecil Arif segera meninjau ke dalam tong sampah. Aku masih lagi memandang si Tuan doktor tanpa sebarang kata. Sebab kepala otak aku tak boleh nak proses soalan, yang aku nak tahu kenapa mamat ni kerek gila! Berlagak!

“Awak ingat saya tak mampu ke nak beli selipar murah macam tu?” satu das kata-kata pedih berjaya dilepaskan ke dalam lubuk hatiku. Rasa nak meletup saja wajahku saat soalan itu diajukan kepadaku. Rasa nak lari masuk dalam rumah je. Serius aku malu!

“Saya tak..”

“Awak datang depan pagar rumah saya sambil bawa benda tu just untuk rendahkan maruah saya? Kiranya awak nak hina saya lah sekarang ni?” sekali lagi kata-katanya benar-benar berjaya melukis luka dihati! Hina dia? Aku datang dengan nawaitu yang baik tau bukan dengan niat nak malukan dia! Tak faham betullah aku dengan mamat ni! Selipar fipper je pun bukannya kasut emas Ronaldo!

“Wait..Wait! Rasanya Tuan doktor ni dah salah faham. Saya tak ada niat pun nak rendahkan maruah doktor or nak hina doktor. Saya just nak ganti balik selipar Tuan doktor yang saya TAK sengaja..”

“Stop! Jom masuk Arif! Hilang mood abah nak jogging.” Potongnya lalu segera menyambar lengan Arif kemudian diusung masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Pintu pagar ditutup kuat. Tercengang saja aku melihat ke arah si Tuan doktor ni!

“Berlagaknya! Dah kira baik tau aku nak ganti balik selipar kau!” bebelku. Selipar fipper yang terdampar penuh hina di dalam tong sampah segera aku selamatkan.

“Tak apa! Kalau kau tak sudi nak pakai, aku boleh sedekahkan kat surau sekolah!” selipar itu aku masukkan semula ke dalam plastiknya. Setelah itu aku juga membawa haluan kakiku masuk ke dalam perkarangan rumahku. Pintu pagar aku tutup kuat. Biar dia tahu bukan dia seorang je yang ada pagar rumah!

*****

“Apa! Seriuslah wei.. dia cakap macam tu dekat kau. Ha ha ha.. Maaf aku gelak. Sebab lawaklah. Kau pun satu, nampak sangat bendul. Yang kau terhegeh-hegeh nak ganti selipar dia buat apa! Memanglah dia malu bila seorang perempuan beri dia hadiah selipar yang dia sendiri boleh beli. Adoi… Ha ha ha.” Perli Orked. Aku toyakan muka mendengar sindirannya.

“Hello! Dah yang putus tu selipar Jepun! Takkan aku nak ganti selipar croc pula! Tak logiklahkan! Lagi pun selipar tu bukan selipar Jepun biasa! Fipper tau tak! Belas-belas ringgit juga aku habis nak ganti balik selipar si Tuan doktor tu!” balasku. Sambil menjeling Orked.

“Ha..ha.. Aku masih tak boleh nak move on lagi dengan cerita kau ni. Kenapalah kau tak beri kat anak dia je, lepas tu kau auta sikitlah kat Arif. Cakap selipar tu dia yang beli, confirm si Tuan doktor tu terima kalau anak dia yang belikan.” Cadang Orked. Aku manyunkan bibir. Ya tak ya juga. Kenapa aku tak terfikir cara tu ya? Ah! Nak menyesal pun tak ada gunanya. Nasi dah jadi bubur.

“Ah! Malaslah aku nak fikir. Ingat je aku nak jaga adab hidup berjiran tau. Kalau tidak memang aku tak pandang langsung jiran berlagak macam tu.” Aku masih lagi tidak puas hati dengan si Tuan doktor yang arrogant tu.

“Nasiblah aku tak ada jiran macam tu. Ha..ha..ha.. Tapi kalau dapat jiran macam tu pun best juga. Ai.. bilalah ada Tuan doktor nak jadi jiran aku ya. Tak Tuan doktor pun tak apa. Asalkan sejuk mata memandang.” Orked sudah mula dengan angan-angannya. Kalau dilayan confirm menjadi-jadi.

“Dah-dah! Kau kalau dilayan satu kerja pun tak siap. Ni aku nak tanya kau, isnin depan kita dah mula kerja, kereta kau dah okay?” Aku buka topik lain. Kalau aku stay kat topik yang Orked mulakan memang sampai lusa pun takkan habis.

“Tak tahulah Ayu. Aku dah call bengkel yang uruskan kereta aku tu, tapi mereka asyik bagi banyak alasan je. Kata banyak kereta customer yang tak siap lagilah, itu ini, apa segala bagai! Aku pening dah nak fikir! Lembab!” marah Orked.

“Mak ai! Tak siap lagi? ni dah hampir tiga minggu kereta kau tersadai kat bengkel tu. Ada baiknya kau gertak mereka. Duit nak kerja lembab!” Aku turut membebel sama.

Tulah pasal, maybe lusa aku nak pergi serang bengkel tu. Kalau tak siap lagi tahulah aku nak bedal mereka seorang satu.” Orked mengenggam penumbuknya sambil buat muka tak puas hati. Aku hanya mampu mengeleng saja.

“Ah! Bercakap pasal kerja ni, aku baru teringat sesuatu.” Sambung Orked. Aku angkat kening mendengar kata-katanya.

“Apa?” soalku. Sambil biskut aku cecahkan ke dalam nescafe panas.

“Sebelum cuti haritu pengetua ada beritahu aku pasal dua orang guru pratikal. Seorang lelaki, seorang perempuan. Tak silap aku, kau dengan Kira akan jadi mentor untuk dua guru baru ni.” Terang Orked. Hampir tersedak aku mendengar kata-katanya.

“What! Kenapa pengetua takda cakap apa-apa pun kat aku?” nescafe dan biskut aku letakkan di atas meja. Baki biskut yang ada di dalam mulut aku telan masuk ke dalam kerongkong.

“Pengetua suruh aku sampaikan pada kau, sebab hari persekolahan nanti pengetua tak ada. Dia ada tugas kat luar. Masa masyuarat PIBG nanti pun penolong kanan yang akan handle.” Mendengar saja jawapan Orked lagilah aku rasa tak boleh nak bernafas. Serius aku serik nak handle guru pratikal. Apa lagi bakal mentee aku tu LELAKI! Tolonglah aku tak sudi nak kenang peristiwa 2 tahun lepas.

“Kenapalah pengetua nak aku juga yang handle budak-budak pratikal. Aku dah cuci tangan dalam bidang penilaian guru baru ni! Aku tak naklah. Apa kata kau saja yang ganti aku?” pintaku. Laju Orked menggeleng.

“No! Sorry sikit. Aku bukan tak nak tolong kau. Tapi aku pun dah serik dengan guru pratikal. Apa lagi yang kuat bodek lagilah aku tak sudi. Cukuplah yang aku dan kau kena dulu. Sumpah aku tak nak pimpin guru pratikal lagi.” Orked menggeleng-geleng kepalanya tanda serik. Memang pengalaman dua tahun lepas masih lagi segar dalam ingatan kami.

“Ala.. macam mana ni Orked!” rintihku.

“Mana aku tahu. Aku tak nak handle guru pratikal. Apa lagi yang degil and susah nak berkerjasama. Dahlah kita yang nilai mereka, tapi sikap mereka lebih dari kita. Yang buat aku tak puas hati bila budak yang aku nilai dulu cakap‘ patutlah cikgu tak pernah dapat anugerah guru terbaik, sebab cara cikgu mengajar ni takda aura keyakinan, macam mana murid nak maju!’ Ya Allah.. masa tu ringan aje tangan aku nak tulis prestasi buruk kat budak pratikal tu!”

“Aku lagilah teruk, boleh pula dia nak melamar aku jadi isteri dia. Lepas tu suruh aku berhenti kerja biar dia je kerja. Tak ke gila macam tu! Harap-harap aku tak dapat budak pratikal lelaki kali ni. Aku serik, sumpah minta ampun aku tak nak budak lelaki!” bantahku.

“Maaflah aku terpaksa lemahkan semangat kau, sebab kau memang akan dapat budak pratikal lelaki. Budak perempuan tu satu bidang dengan cikgu Kira. So budak lelaki tu tanggjawap kau sekarang.” Beritahu Orked.

“Double what!” Aku terjerit sedikit. Bagai luruh saja jantungku mendengar kenyataan itu. LELAKI! Oh..Tidak! Aku tak rela nak memikirkannya lagi. Serius! Tolong sesiapa please carikan aku doreamon! Please hentikan masa. Aku tak sanggup nak teruskan hari esok.

“Jiran sebelah! Kan saya dah beritahu awak awal-awal lagi!”

Terpinga aku dan Orked disergah sedemikian rupa oleh si Tuan doktor. Aku letakkan mug nescafe di meja santai lalu segera berdiri menghampiri benteng pemisah rumah aku dan si Tuan doktor.

“Dahlah tak beri salam. Suka-suka hati Tuan doktor je nak serbu saya macam tu!” Marahku. Nasib bukan masa aku kunyah roti tadi! Kalau tidak boleh mati tersedak aku disergah macam along meminta hutang. Dahlah hati tengah panas ni, waktu ni pula dia nak muncul! Dia ni sesuai jadi along! Bukan jadi doktor!

“Saya tak nak cakap banyak, saya nak awak kutip plastik ni buang kat dalam tong sampah!” arahnya lalu segera masuk ke dalam kereta. Wah! Berlagak! Aku menjeling si Tuan doktor yang bergegas keluar dari perkarangan rumahnya. Maybe dah lambat nak pergi kerjalah tu.

Aku mengatur langkah menuju ke arah Orked. Kerusi meja santai aku angkat lalu aku bawa berhampiran benteng rumah aku dan si Tuan doktor.

“Oi! Kau dah buat tabiat ke nak panjat benteng ni! Elok je pintu pagar doktor Adeeb tu terbuka luas pergilah ikut sana!” marah Orked. Aku mendengus.

“Tu pagar automatic! Lepas dia blah, dia tutuplah guna remote. Ni je cara yang boleh aku gunakan.” Jawapku selamba. Sambil berhati-hati memanjat benteng paras leherku itu.

“Panggil jelah Arif minta tolong bukakan! Nanti kau jatuh menyusahkan aku pulak.” Bebel Orked.

“Arif awal lagi si Tuan doktor tu hantar pergi tempat nenek dia. Kau ni banyak bunyi pulak mari sini tolong aku pegang kerusi ni.” Perintahku. Dengan malas Orked berjalan menghampiriku.

“Pegang betul-betul ya! Kalau aku jatuh siap kau!” ugutku. Terherot bibir Orked mendengar ugutanku.

“Tak sedar minta tolong nak ugut orang pulak!” rungut Orked.

“Orkeddd!!!”

Bukk!!

“Ayuu!” laju Orked mendapatkan aku.

“Aduh..aduh perlahanlah sikit Orked!” rintihku bila Orked menyentuh kakiku.

“Kan aku dah cakap tadi! Tapi kau degil!” marah Orked. Aku mengetap bibir. Serius aku rasa macam nak menangis saja melihat aksi aku yang dah macam superman terlanggar dengan kapal terbang.

“Aku tengah sakit ni! Kau boleh membebel pulak! Dah cepat bawa aku pergi klinik.” Arahku. Dengan sekali arah cepat Orked berlari masuk ke dalam rumahku. Aku melihat ke arah buku laliku yang sudah dikotori darah. Bibir aku ketap. Sakitnya!

“Nah! pakai ni.” Tudung dibaling ke arahku. Tuala mini yang menutup kepalaku aku buka lalu tudung aku sarungkan. Bergegas Orked mendapatkan aku setelah selesai mengunci pintu pagar rumah. Pintu kereta kesayangan aku dibuka setelah itu dia memapah aku masuk ke dalam keretaku.

“Tengok aku juga yang susah!” Marah Orked bila tubuhnya sudah memasuki ruangan kereta dibahagian pemandu. Aku muncungkan mulut. Aku tengah sakit ni ni Orked jangan sampai aku siku muka kau dari sisi!


komen kat bawa ya kalau nak sambungan bab^^



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 1.1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku