CINTA DI SUATU HARI
Bab BAB 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
535

Bacaan






BAB 11

BANGLO setingkat itu dihias cantik bagi meraikan hari perkahwinan Meng dan Lin. Kam tidak terus masuk ke dalam. Kakinya dipakukan ke halaman rumah. Separuh perasaannya mahu membatalkan hasratnya untuk menghadiri majlis mereka itu. Bukan dia tidak dapat menerima penyatuan mereka. Bukan juga kerana dia sedih Lin jadi milik Meng. Dia sakit hati dengan kedua-duanya. Kam tahu mereka hendak menunjuk-nunjuk dengannya. Sudahlah berbuat salah padanya lepas tu tanpa rasa bersalah menjemput pula dia menghadiri perkahwinan mereka. Betul-betul muka tembok!

“Abang nak masuk tak? Kalau abang rasa abang tak boleh tengok mereka kita balik je,” kata Yati bila Kam tidak menunjukkan tanda-tanda untuk masuk ke dalam.

Balik? Kalau dia tak datang Meng akan lebih angkuh lagi. Tidak! Maruahnya sudah dipijak sekali. Dia tidak akan membiarkan maruahnya diinjak kali kedua.

“Kita masuk,” tegas suara Kam.

Meng dan Lin ada berdiri di tepi pintu menyambut tetamu-tetamu yang hadir ke majlis mereka. Lin yang mula-mula perasankan lelaki itu. Mukanya berubah sedikit. Fikirnya Kam tidak akan berani menunjukkan mukanya di majlisnya. Silap perkiraannya. Datang juga bekas tunangnya itu. Datang berteman lagi. Gadis di samping Kam dijeling. Teman wanita Kamkah? Cantik juga gadis tu. Muda pulak tu. Rasa cemburu Lin terbit tanpa diduga.

“Tahniah Meng, Lin,” kata Kam bersahaja.

Meng merengus dalam hati. Dia ingat dia sudah menang kerana berjaya merampas Lin daripada lelaki itu. Rupanya tidak. Kekasih baru Kam itu lebih jelita daripada isterinya.

Yati duduk di kerusi yang disediakan untuk para tetamu. Dia tidak menyertai Kam bertegur dengan tetamu yang hadir. Macam mana dia hendak beramah jika dia tidak kenal satu pun orang dalam majlis itu.

Terdengar bunyi kerusi kosong di tepinya ditarik seseorang. “Kenapa duduk sorang-sorang? Kam mana?” Meng duduk rapat dengan gadis itu. Sengaja dia menunjukkan sikap ramahnya.

Lurus jari Yati menunjuk pada suaminya yang sedang berbual-bual dengan kawan-kawannya.

“I rasa I pernah nampak you sebelum ni. You ni model ke?” Meng mula menggatal.

Yati senyum sebelum menggeleng sopan.

Alamak!” Meng buat-buat muka terkejut.

“Kenapa?” soal Yati kaget.

“Klip rambut you ni senget sedikitlah,” Meng menipu. “Tak apa. Saya boleh betulkan sendiri,” Yati mengelak bila lelaki itu cuba menyentuhnya.

Tim yang ternampak Meng cuba menggoda gadis itu segera memaklumkan pada Kam. Kawannya itu terus meletup. Habislah. Desis Tim. Dia tahu Kam sangat berbahaya bila tengah marah.

Marah Kam sampai ke kemuncaknya bila Meng meletakkan tangannya di atas paha Yati. “Meng, yang ni aku punya. Yang kau punya dekat sana tu,” dia menolak kasar kerusi Meng sehingga lelaki itu jatuh berdebuk ke lantai. Kecoh suasana dalam dewan itu dengan bunyi pergaduhan mereka berdua.

Meng bangun. Sedikit terhuyung-hayang dia. “Kenapa? Sebab kau punya ke aku tak boleh usik dia sikit?” tengkingnya sombong.

“Ya! Yati ni isteri aku!” Kam menempik.

“Ada aku kisah?” Meng menyiramkan lagi minyak dalam api kemarahan lelaki tu. Kam sudah mengangkat tangannya untuk membelasah Meng tetapi Tim mara ke depan. “Kam, kau jangan layan sangat cakap Meng. Dia mabuk tu,” dia menyuraikan pergaduhan mereka berdua.

“Kam, kau pergilah. Kau sudah mengganggu majlis aku,” Lin menghalau lelaki itu.

“Aku memang dah nak balik pun!” Kam menarik tangan Yati dan mengheretnya keluar dari dewan itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku