CINTA DI SUATU HARI
Bab BAB 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1009

Bacaan






BAB 12

ABANG, esok kita pergi Cameron Highlands ya?”

“Cameron? Kenapa?” mata Kam yang sedang menonton televisyen berkalih pada isterinya.

“Ayah suruh Yati tengokkan tanah yang Yati punya tu,” bulan lepas ayahnya membeli tanah untuknya di situ. Ayahnya menyuruh dia pergi melihat-lihat tanahnya itu. Sudah ada masa terluang Yati ingin suaminya pergi bersamanya sekali.

“Ah ba nak ikut,” Lim yang kebetulan terdengar perbualan mereka mencelah.

Ah ba ni, bagilah peluang dekat aku berdua-duaan dengan Yati. Kam merungut-rungut dalam hati.

“Boleh aje ah ba,” Yati tidak kisah. Lagi ramai lagi baik.

“Kenapa? Kau tak suka ke aku ikut sekali?” soal Lim bila muka Kam sudah layu macam bunga tak disiram pagi.

Kam memaksa dirinya membuat riak muka suka ayahnya mahu mengikut mereka.

“Taklah… Kam memang nak ajak ah ba pun…”

TIDAK tahu pula Yati tanah yang dibeli ayahnya sudah berdiri rumah di atasnya. Terus dia menelefon ayahnya. Rupanya ayahnya sudah tahu akan hal itu. Kata ayahnya, terserah padanya untuk mengekalkan rumah itu atau menggantikannya dengan rumah yang baru.

“Apa pendapat abang?” Yati bertanya pendapat suaminya.

“Ikut Yatilah,” Kam menyerahkan pada isterinya untuk membuat keputusan.

“Yati tak dapat buat keputusan. Itu yang Yati minta pandangan abang,”

“Abang rasa rumah ni elok lagi. Tapi kita masuk dalamlah dulu. Tengok keadaan dalam rumah ni macam mana,” usul Kam.

“Ah ba?” Yati bertanya ayah mertuanya pula.

“Sama macam Kamlah,”

“Kalau macam tu kita masuk dululah,” putus Yati.

RUMAH kayu itu kecil sahaja. Yati merasakan keluarga yang mendiami rumah itu dahulu berbangsa Cina kerana ada mangkuk kecil dan chopstick yang ditinggalkan tergolek atas meja kayu yang sudah usang.

“Aku sukalah rumah ni,” Lim yang menyukai suasana kampung jatuh hati dengan rumah itu.

Kam buat muka. “Buruklah rumah ni ah ba,” protesnya.

Dua beranak itu mula ‘bertengkar’. Yati tidak mempedulikan mereka kerana dia tidak faham apa yang digaduhkan anak beranak itu. Dia meninjau salah satu bilik dalam rumah itu. Bilik itu hanya dihiasi dengan katil besi lama gaya Inggeris dan sebuah almari antik. Cukup ringkas. Yati merasakan penghuninya dulu seorang yang sukakan kesederhanaan.

Jendela ditolak perlahan. Terus angin dingin menyerbu masuk. Terbentang keindahan ladang teh yang menghijau. Indahnya. Desisnya.

“Cantik kan? Abang dapat bayangkan kita besarkan anak kita di sini,” bisik Kam kedengaran indah di telinganya. Tubuhnya dalam pelukan lelaki itu.

“Anak? Seorang je ke anak kita?” Yati angkat kening.

“Banyaklah. Banyak macam bulu ayam tu,” seekor ayam betina kebetulan sedang lalu di luar bilik mereka.

“Yeke? Kejap, Yati kira bulu ayam tu,” Yati bercanda, buat-buat mengira bulu ayam betina itu.

Tawa mereka seiring. Bahagia.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku