CINTA DI SUATU HARI
Bab BAB 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
174

Bacaan






BAB 14

YATI duduk di bawah sebatang pohon yang rendang. Matanya berulang-alik mengikut suaminya. Kam sedang memantau pembinaan pagar yang menjadi sempadan memisahkan kawasan kebun miliknya dengan orang lain. Ayah mertuanya pun ada sekali. Semangat dua beranak itu ‘berbincang’. Yati yang sedikit bosan mencapai ranting kayu kecil dan mula ‘melakar’ di atas tanah untuk membuang masanya. Ralit dia jadinya.

“Macam budak kecik. Main conteng-conteng tanah,”

Kam duduk. “Yati lukis apa ni?” dia rasa hendak gelak. Yati melukis tiga muka dekat-dekat. Dua muka besar tu agaknya dia dan Yati. Ada satu muka kecil di tengah-tengah mereka. Rasanya dia tahu siapa muka budak kecil dan berambut tocang itu.

“Ini siapa?” saja Kam bertanya.

“Anak kita. Nama dia kan Marina,” balas Yati kebudak-budakan.

“Marina? Tak sedapnya nama anak kita,” Kam cebik.

“Apa pula tak sedapnya? Marina. Sedaplah nama tu,” Yati pertahankan pendapatnya.

“Nama lainlah Yati, eh?” Kam ‘tawar-menawar’ dengan isterinya.

“Tak nak! Nak nama Marina jugak!” Yati bentak-bentak macam budak kecil.

“Habis kalau lelaki takkan Yati nak letak nama Marina,”

“Kalau kita dapat anak lelaki abanglah yang beri nama,”

Harapnya anak mereka ini lelaki. Doa Kam dalam hatinya. Biarlah dia yang bagi nama. Kalau anak perempuan sah-sah nama Marina itu yang melekat! Isterinya sudah bulat tekad untuk memberi nama itu pada anak mereka.

UNTUKYati,” Kam menghulurkan setangkai bunga lily berwarna putih pada isterinya semasa mereka berjalan-jalan di taman bunga.

“Cantik. Wangi,” Yati menghidu bunga itu penuh perasaan. “Abang beli ke?”

“Taklah. Abang kutip tepi jalan,” Kam sengih.

“Hesh, abang ni!” Yati ketawa dan menampar manja lengan suaminya. Tapi dia masih menghidu-hidu bunga itu. Jatuh suka dia dengan keindahan dan harum bunga lily itu.

“Bunga ni lambang cinta abang. Abang harap Yati akan tetap suka bunga ni biarpun selepas bunga lily ni dah layu,” penuh retorik Kam menyampaikan rasa kasihnya.

“Yati akan tanam bunga ni keliling rumah kita sebanyak-banyaknya. Biar sentiasa ada bunga baru menggantikan bunga yang layu. Agar cinta kita menjadi seindah dan seharum bunga lily yang sedang mekar selamanya…”

KAM membelek-belek bunga lily yang sudah kekeringan itu. Pada tangkai bunga itu terikut reben berwarna merah hati. Perempuan memang makhluk Tuhan yang paling beremosi. Bunga kering ini pun boleh ada nilai sentimental yang tinggi. Sungguhpun keliling rumah mereka ada banyak bunga lily, bunga yang satu ini tetap mendapat tempat di hati isterinya. Yati masih menyimpan bunga ini rupanya. Dia tahu pun sebab dia menggodek laci biliknya untuk mencari buku kira-kira lamanya. Masa yang berlalu telah merubah rupa bunga ini. Warna lily itu tidak lagi putih suci. Bunga itu kini menguning. Harumannya pun sudah lama hilang. Sudah tua dia. Masa mudanya sudah lama pergi meninggalkannya. Dia kini dimamah usia, seperti bunga lily itu juga…

ABANG, Yati ada nak cerita sesuatu tau dekat abang…” Yati menghantar secawan teh lalu duduk bersimpuh menghadapi suaminya.

“Apa dia?” Kam menekan-nekan kalkulatornya sebelum menulis sesuatu di atas buku kira-kiranya. Suara isterinya masuk dalam sebelah telinganya sahaja. Dia lagi sibuk mengira akaun miliknya.

“Tadi masa Yati pergi pasar…”

“Yati jumpa apa dekat pasar?”

“Abang dengarlah dulu! Yati jumpa Meng. Dia dengan seorang perempuan,”

“Linlah tu,” balas Kam malas.

“Bukan Linlah. Yati ingat lagi muka Lin. Ni perempuan lain. Kawan abang tu nampak mesra sangat dengan perempuan tu. Yati rasalah kan… kawan abang ada hubungan dengan perempuan tu,” bukan Yati membuat cerita tapi itulah yang dia nampak. Kemesraan Meng bersama perempuan itu tampak berlebihan.

Kam berhenti mengira seketika. Meng ada perempuan lain? Nanti, kenapa aku mesti kisah apa yang dia buat? Kam sambung kerja dia balik. “Biarlah. Bukannya kita ada kaitan dengan dia pun,” tak kuasa dia nak menyibuk hal si Meng. Pedulikan apa yang lelaki tu buat. Bukan ada kena-mengena dengan dia pun.

“Yati cuma kesiankan Lin,”

Terhenti lagi pengiraan Kam di kalkulator. Yati dilirik tajam. “Kasihankan perempuan tu? Habis tu abang ni macam mana? Yati tak kesian ke dekat abang? Dua orang tu tipu abang hidup-hidup tau,” berani isterinya menaruh rasa simpati pada perempuan yang dibencinya itu.

Yati diam. Suaminya memang keras hati. “Abang buatlah kerja abang. Yati nak ke dapur sekejap,” dia bangun dan berlalu ke dapur.

YATItidak mengada-adakan cerita. Hari seterusnya Kam pula terserempak dengan Meng. Betul ada perempuan lain yang berdamping dengan Meng. Mulanya Kam tidak endahkan wanita itu. Tetapi ada sesuatu tentang iras wanita itu yang menarik perhatiannya. Baru dia ingat. Perempuan tu adalah Sharlene, rakan rapat Lin.

Karma. Kam senyum sini. Dulu Lin mencurangi dia dengan kawan baik dia sendiri. Sekarang perempuan itu pula dikhianati oleh kawan rapatnya. Dunia ini memang adil.

Kam tengok dari jauh sahaja. Meng tidak perasan kerana sibuk mengulit Sharlene. Tetapi Sharlene pula ternampak dia lalu memberitahu Meng. Meng tidak terkejut pun. Bersalah apatah lagi. Dia terus bermesraan dengan Sharlene. Malah lebih melampau dari tadi.

Gelagat mereka memualkan Kam. Meluat pun ada. Setelah makanan yang dipesan Yati siap, dia terus keluar dari restoran itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku