Kerana Dia Milikku
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
645

Bacaan






Kenangan lalu terus menghantui dirinya, walaupun sudah bertahun ianya berlalu, tetapi parut yang dalam masih kekal dihati. Dia merenung ombak yang sedang asyik memukul pantai, tanpa rasa jemu dan bosan ia tetap setia dengan pantainya. Begitulah juga dengan cinta pada isterinya. Tidak pernah walau sekali pun wajah manis itu hilang dari ingatannya. Terlalu banyak kenangan manis yang mereka telah kongsikan bersama.

“Aiskrim ini untuk Abi” Dalisya menghulurkan aiskrim yang dibelinya dari penjual yang lalu-lalang di hadapannya.

“Terima kasih puteri” Amirul Asraf mencuit pipi anak daranya. Dia mengambil aiskrim yang hampir cair dari tangan anak manis yang berdiri di hadapannya.

“Abi.. tak nak laa panggil Eisya puteri,, malulah” Dalisya memuncungkan mulutnya. Sewaktu dia di sekolah tadika dahulu, dia amat senang apabila rakan-rakan memanggilnya dengan gelaran puteri. Sekarang umurnya telah sembilan tahun. Dia sudah mula tidak selesa dengan gelaran tersebut. Tambahan pula rakan sekelasnya sering mengejeknya.

“Apa salahnya? Dulu umi pun panggil Puteri juga, sebab Eisya memang puteri kami” Amirul Asraf memujuk anaknya. Rambut Dalisya yang panjang menguirai di usap lembut.

“Di sekolah ramai kawan-kawan yang ejek Eisya. Dia kata Eisya berangan nak jadi anak raja. Eisya malu lah Abi” Dalisya merenung ayahnya.

“Macam ni lah sayang, kalau mereka ejek Puteri Abi ni lagi, apa kata kalau Puteri buat tak tahu saja. Nanti lama-lama bila mereka penat, mereka mesti berhenti. Boleh sayang?” tangan Amirul Asraf mengusap lembut kepala anak dara ciliknya.

“Kenapa Abi tak panggil puteri dengan nama Eisya saja?” soal Dalisya pada ayahnya.

“Tidak sayang, Abi tetap akan panggil anak kesayangan Abi ni Puteri. Itu nama gelaran yang Umi dah berikan sebelum umi tinggalkan Abi dulu” Amirul Asraf menghabiskan aiskrim yang semakin cair di tangan.

“Kenapa umi gelarkan Eisya puteri ya Abi?” Dalisya terus menyoal.

“Sayang, dulu masa umi masih kecil, tok abah dengan mak tok pun panggil umi dengan panggilan puteri juga” terang Amirul Asraf pada anaknya.

“Nama panggilan umi pun puteri juga?” soal Dalisya. Matanya dibesarkan.

Amirul Asraf tertawa melihat gelagat anaknya.

“Betul ke Abi?” soal Dalisya inginkan kepastian.

“Betul sayang. Dulu, masa di sekolah menengah, Abi selalu usik Umi” terang Amirul Asraf pada anaknya. Kenangan lalu kembali melintasi kotak fikirannya.

“Nama saya Nurul Aliya binti Sukarman. Boleh panggil saya puteri sahaja”

“Ampun tuanku!” laung ketua kelas sambil merapatkan kedua tapak tangan, tanda menghormati Nurul Aliya. Kepalanya di tundukkan sedikit.

Serentak dengan itu, satu kelas tertawa dengan gelagat Amirul Asraf. Guru yang ada di sebelah Nurul Aliya juga tertawa geli hati dengan usikan tersebut. Nurul Aliya mengetap bibir.

“Syyhh diam semua!, Nurul Aliya, nanti kamu berkenalanlah dengan mereka ya. Umairah tolong tunjukkan tempat duduk Nurul Aliya” arah Cikgu Azmi.

Umairah Hanum mendekati Nurul Aliya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Satu senyuman terukir di bibir.

“Nama saya Umairah Hanum, saya penolong ketua dalam kelas ni. Mari saya tunjukkan tempat duduk awak” Umairah berjalan mendahului Nurul Aliya.

“Kau ni, tak ada tempat lain ke nak bagi dia duduk? Dia tu tuan puteri, nanti tak pasal-pasal kena daulat pula aku ni” Amirul Asraf berkata separuh berbisik, takut didengari oleh Cikgu Azmi.

“Sibuk lah kau!, Nurul, tempat duduk awak di sini ya. Kalau awak ada apa-apa masalah, awak boleh tanya dengan saya. Nak tanya kawan-kawan yang lain pun boleh” terang Umairah ramah.

Kelas 5 Anggerik menjadi sunyi sepi. Masing-masing memberikan tumpuan pada mata pelajaran yang sedang di ajarkan oleh Cikgu Azmi. Mereka berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan yang di utarakan oleh Cikgu Azmi. Nurul Aliya juga tidak mahu ketinggalan. Walaupun dia murid baru di sekolah itu, dia tetap ingin menunjukkan kepintarannya.

Loceng dibunyikan beberapa kali menandakan waktu rehat telah tiba. Nurul Aliya memasukkan buku ke dalam beg. Cikgu Azmi meninggalkan kelas. Semua pelajar juga mula meninggalkan kelas.

“Puteri!” panggil Umairah Hanum.

Nurul Aliya memandang ke arah Umairah Hanum dan beberapa orang lagi kawannya.

“Sini” Umairah melambaikan tangannya.

Nurul Aliya mendekati Umairah.

“Puteri, mari saya kenalkan dengan kawan-kawan yang lain. Ini Noordiana, yang ni, Noraida, sebelah Noraida ni Ida Ruhayu dan yang sebelah awak ni Hasnita” Umairah Hanum memperkenalkan rakan-rakannya. Nurul Aliya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Umairah, awak panggil saya Nurul sajalah. Lagipun nama saya Nurul Aliya. Puteri tu nama panggilan saya di rumah” terang Nurul Aliya. Dia merasa sedikit kesal kerana memperkenalkan nama panggilannya pada kelas 5 Anggerik sehinggakan dia jadi bahan ejekan kawan-kawan lelaki di kelas itu.

“Awak baru pindah di sini ke? Sebelum ni sekolah di mana?” soal Hasnita.

“Ha ah, kami pindah ke sini sebab ayah di arah bertugas di kampung ni. Sebelum ni saya bersekolah di bandar” terang Nurul Aliya.

“Tu dia! Kawan-kawan! Ni ada anak raja di sini! Tengok tu!” kedengaran laungan Najib dari hujung tangga.

“Anak raja apa tu Jib?” soal Suhaimi pula.

“Kalau kau semua nak tau, itulah anak raja celup! ha..ha..ha” Najib terus mentertawakan Nurul Aliya.

“Hoi Najib! Kau ni dah kenapa? Kalau tak mengusik Nurul tak boleh ke? Pergi sanalah” Noordiana memarahi Najib.

“Kau jangan sibuk lah budak gemuk!” Amirul Asraf mengejek Noordiana.

“Kau tu kurus macam penagih dadah lagilah teruk!” giliran Noordiana pula mengejek Amirul Asraf.

“Wey si tambun gemuk, jalan kedek-kedek macam itik bunting! Jangan menyibuk boleh tak? Kami ni nak bercakap dengan Tuan Puteri Rajagopal tu! Yang kau sakit hati sangat ni kenapa?” Najib mengeluarkan lidahnya mengejek Noordiana. Nurul Aliya hanya menundukkan kepalanya. Dia merasa malu.

“Sudahlah tu, jangan di layan mamat-mamat sengal tu. Diaorang tu memang tak ada kerja lain, asyik nak menyakat saja kerjanya” Hasnita cuba menenangkan keadaan.

“Kau pun nak menyibuk juga?” soal Amirul Asraf pada Hasnita.

“Aku bukan nak menyibuk, kau jangan main-main Mirul, silap haribulan orang yang kau ejek ni lah yang akan kau rindu siang malam nanti” Hasnita menyambung hujahnya.

“Selisih malaikat 44 lah wey!!” Amirul Asraf mengabus punggungnya berkali-kali.

“Abi! Cuba tengok cengkerang ni cantik tak? Eisya ambil di tepi pantai tadi” Dalisya menunjukkan cengkerang yang ada di tangannya. Mulutnya masih mengunyah sisa-sisa aiskrim.

Amirul Asraf masih merenung laut yang luas terbentang di hadapan mata. Dia terus berkhayal dengan kenangan manis antaranya dengan Nurul Aliya. Kelembutan yang ada pada Nurul Aliya sangat menambat hatinya.

“Abi tengok ni” Dalisya menunjukkan cengkerang untuk kedua kalinya.

Amirul Asraf masih tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Abi!” akhirnya Dalisya menjerit sekuat hatinya.

“Kenapa sayang? Puteri kenapa?” soal Amirul Asraf. Dia sedikit kelam kabut melihat kanan dan kiri badan Dalisya. Pasir pantai yang melekat di punggung anak itu disapu perlahan.

“Abi ingat umi ya?” soal Dalisya tiba-tiba.

Amirul Asraf memandang wajah Dalisya.

“Puteri tahu, Abi mesti rindukan Umi kan?” soal Dalisya lagi.

“Sayang.. mari kita balik, Tok Mak mesti sedang tunggu kita” ajak Amirul Asraf. Dia mencapai tongkat yang terletak di sebelahnya.

Hampir setiap petang dia akan ke pantai. Adakalanya dia akan pergi bersendirian dan ada waktunya Dalisya akan menemankannya. Pantai yang luas menjadi tempat dia mengadu tentang kerinduan dan rasa cinta terhadap isterinya Nurul Aliya. Setiap kali memandang Dalisya, wajah Nurul Aliya terbayang di mindanya. Sejak dia kemalangan beberapa tahun yang lalu, kehidupannya berubah sama sekali. Dia tidak bekerja lagi di bandar. Di sebabkan itu juga, dia terpaksa kembali ke kampung halamannya.

“Umi tak ingat pada kita lagi Abi. Umi dah hidup senang dengan atuk dan nenek” Dalisya memainkan jari-jarinya.

Amirul Ashraf terkesima. Dia tidak menyangkan anak sekecil Dalisya akan berkata seperti itu. Dia mengepit tongkat di celah ketiaknya.

“Abi! Abi dengar tak?” Dalisya tidak puas hati apabila kata-katanya tidak di sambut oleh ayahnya. Ayahnya akan melarikan diri setiap kali Dalisya cuba untuk membuka cerita tentang ibunya.

“Cepat sikit puteri! Siapa sampai rumah dulu dia menang!” Amirul Asraf menoleh ke arah anaknya yang masih kaku berdiri di tempat mereka berehat tadi. Hanya itulah cara yang terlintas di kepalanya tika itu untuk mengelak dari terus di tanya dengan pelbagai soalan tentang bekas isterinya.

Dalisya terus berlari mendahului ayahnya. Dia berlonjak kegembiraan sebaik sahaja sampai di tangga rumahnya. Amirul Asraf tersenyum melihat anaknya yang sedang berlonjak kegembiraan.

Aku akan terus buatmu tersenyum sayang. Walau sesukar apa sekalipun, jangan sekali-kali senyuman itu padam dari wajahmu. Amirul Ashraf terus bertongkat.

“Baru balik dari termenung tepi pantai tu ke Mirul?” soal Mak Yah pada anaknya.

Amirul Ashraf tidak menjawab pertanyaan ibunya. Dia duduk di tangga. Rasa agak penat berjalan terhencot-hencot dari pantai ke rumahnya. Sejak kemalangan itu, kaki kirinya sudah tidak dapat berfungsi lagi.

“Mak tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau ni Mirul, nak di marah dah jadi bapak budak, nak di leter kau dah tua..dah boleh fikir sendiri.. mak dah penat nak nasihatkan kau ni” leter Mak Yah. Dia meletakkan seikat daun kelapa di beranda rumah.

“Puteri pergi mandi dulu ya sayang, dah bucuk anak Abi ni” dahi Dalisya di cium lembut.

“Mak Tok mandikan boleh?” soal Dalisya manja.

“Boleh.. mari ikut Mak Tok” Mak Yah menghulurkan tangan ke arah cucunya. Mereka berjalan menuju ke ampaian untuk mengambil tuala yang masih tersidai di situ. Setelah itu mereka terus ke bilik air.

Amirul Ashraf memerhatikan langkah ibu dan anaknya. Dia hanya mampu tersenyum. Nasib baiklah ada ibunya yang masih mampu mengurus anaknya Dalisya. Jika mahu mengharapkan padanya, dia tidak mampu. Tambahan pula Dalisya sudah semakin dewasa. Dia perlukan seorang wanita untuk menunjuk ajarnya.












Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku