Kerana Dia Milikku
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
654

Bacaan






Badan Mak Yah mengigil, pulang dari membersihkan rumah Jenah dia kehujanan. Sesampai di rumah, dia segera membersihkan dirinya. Dalisya masih di rumah Ayuni. Mungkin Ayuni akan sedikit lambat menghantarnya pulang. Amirul Asraf pula telah mula bekerja di pekan.

Mak Yah menuju ke dapur. Dia mencapai periuk untuk menanak nasi. Seperti biasa selepas beras di basuh dia meletakkannya di atas tungku. Kemudian dia membuka beg plastik yang tergantung di tepi kabinet. Dikeluarkan setin sadin untuk di masak. Sejak Amirul Asraf bekerja, kehidupan mereka sudah semakin membaik. Dia juga sebenarnya sudah tidak perlu untuk membersihkan rumah jiran tetangganya lagi. Tetapi mereka tetap meminta bantuan darinya.

Pernah jua dia di marahi oleh Amirul Asraf kerana dia masih lagi keluar bekerja. Alasan yang selalu di berikan adalah, mahu mencari peluh.

“Assalamualaikum mak” Amirul Asraf memberi salam.

Mak Yah bergegas membuka pintu. Kelihatan Amirul Asraf, Dalisya dan di belakangnya Ayuni sedang berdiri menghadap tangga. Mak Yah tersenyum memandang anak dan cucunya. Setiap hari, Ayuni akan mengambil dan menghantar Dalisya ke sekolah manakala Amirul Asraf akan di jemput dan di hantar oleh Pak Husin.

“Bersaing pula kamu hari ni dengan puteri?” soal Mak Yah pada Amirul Asraf.

“Kebetulan pula, saya sampai tadi mereka pun sampai” Amirul Asraf menjawab. Dia membuka kasutnya lalu di letakkan di tepi tangga.

“Mak Tok masak apa?” soal Dalisya pada neneknya.

“Ala sayang, Mak Tok belum masak lagi. Mak Tok baru saja tenggek nasi” Mak Yah mengusap kepala Dalisya.

“Kalau macam tu, apa kata kalau Abi belanja makan malam ni? Abi pun dah dapat gaji” Amirul Asraf tersengih memandang anaknya.

“Tak payahlah, membazir saja. Duit tu jimat-jimat sikit. Mana tau kita ada keperluan lain nanti” Mak Yah menolak. Dia tidak mahu anaknya membazirkan duit yang diperolehinya.

“Sekali sekala mak. Awak pun ikutlah sekali” Amirul Asraf memandang Ayuni di sebelahnya. Entah mengapa dia merasa senang dengan gadis itu. Mungkin kerana gadis itu telah banyak membantunya.

Kerana Ayuni lah dia dapat kehidupannya semula. Kerana Ayuni juga dia telah diberi kepercayaan untuk menguruskan sebuah cawangan pasaraya kepunyaan teman Ayuni dari Kuala Lumpur. Dia telah di lantik sebagai pengurus dan dia berhak untuk menggunakan pemandu syarikat untuk ke mana-mana. Kehidupannya kembali bersinar kerana wanita itu. Ingatan pada Nurul Aliya semakin hilang dan hilang.

“Tak apalah.. abang keluarlah dengan Mak Yah dan Eisya. Yuni..” Ayuni cuba untuk memberi alasan. Dia segan apabila dirinya direnung oleh Amirul Asraf, dadanya berdegup kencang. Dia malu.

“Yuni ikut kami. Lepas maghrib nanti abang akan suruh Pak Hussin jemput Yuni di rumah” Amirul Asraf membuat keputusan tanpa meminta persetujuan dari Ayuni lagi.

“Puteri! Mari ikut Mak Tok ke bilik. Kita cari baju yang cantik untuk malam ni” ajak Mak Yah. Sebenarnya dia ingin memberi ruang pada Amirul Asraf dan Ayuni untuk berbual. Dia tahu, Ayuni ada menyimpan perasaan pada anaknya begitu juga dengan Amirul Asraf. Mungkin Ayuni adalah gadis yang telah berjaya merobohkan tembok kebencian anaknya itu pada seseorang yang bergelar wanita.

“Yuni ikut ya, ajak Mak dengan Abah sekali” Amirul Asraf bersuara agak lembut.

Ayuni menganggukkan kepalanya. Dia merasa malu.

“Abang nak berterima kasih dengan Yuni, sebab Yuni, abang dapat hidup selesa. Abang tak perlu nak menahan lapar lagi. Puteri pun tak perlu makan bubur hari-hari. Cuma yang abang risaukan Mak. Dia masih juga nak keluar bekerja. Puas abang larang, tapi dia tetap degil” Amirul Asraf meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Abang ni, tak payah nak berterima kasih dengan Yuni. Semua tu sebab usaha abang sendiri. Yuni cuma membantu. Tentang Mak Yah pula janganlah abang risaukan. Mungkin dia saja nak keluar bertemu dengan kawan-kawannya. Lagipun Mak Yah bukan pergi hari-hari kan? Sekarang ni seminggu sehari saja dia keluar bekerja. Kadang- kadang Mak Yuni sampai mengeluh sebab Eisya tak datang ke rumah”

“Mungkin benar apa yang Yuni katakan tu” Amirul Asraf memandang Ayuni. Walaupun Ayuni tidak secantik Nurul Aliya, wajah manis itu telah masuk ke dalam hatinya. Dia bimbang untuk menyataknnya. Dia sedar, dia bukanlah Amirul Asraf yang sebelumnya. Dia kini seorang lelaki yang cacat. Sesekali terasa seperti ingin sahaja diluahkan apa yang di rasa tetapi bila mengenangkan dirinya yang serba kekurangan, dimatikan semua hasrat hatinya.

“Abang nak tau sesuatu tak?” soal Ayuni tiba-tiba.

“Apa dia?” soal Amirul Asraf. Dia memandang tepat ke wajah Ayuni.

“Sekejap ya” Ayuni menekan-nekan talifon bimbitnya. Beberapa ketika kemudian, dia menyerahkan telifon bimbitnya kepada Amirul Asraf.

Wajah Amirul Asraf bertukar serta merta. Dia memalingkan muka ke arah lain. Talifon bimbit milik Ayuni dipulangkan.

“Maaf abang, Yuni tak sangka abang tak senang dengan apa yang Yuni tunjukkan” Ayuni segera meminta maaf.

“Abang dah tak peduli apa yang dia nak buat. Abang pun tak nak tau apa-apa tentang dia” Amirul Asraf mengusap rambutnya.

Gambar yang ditunjukkan oleh Ayuni, sedikit pun tidak melukai hatinya lagi. Jika sebelum ini, dia sering mengharapkan kepulangan Nurul Aliya, sekarang tidak lagi. Nurul Aliya telah jadi kenangan lampau dalam hidupnya.

“Kak Nurul dah kawin, baru dua bulan yang lalu. Kalau dilihat padastatus update dia, nampaknya dia kawin selang sehari dari hari pertama abang bekerja” Ayuni menilik-nilik talifonnya.

“Biarkanlah dia, doakan saja moga-moga dia hidup senang dan bahagia. Apa yang dia tak dapat dari abang, mungkin lelaki yang di kahwininya dapat memenuhi kehendaknya. Lagipun dia ada restu dari kedua-dua orang tuanya. Dia hidup menderita dengan abang, mungkin sekarang ni masa untuk dia hidup gembira disamping suami yang kaya raya” Amirul Asraf terus meneka.

“Betul juga tu. Buat apa kita nak kenang perkara yang dah berlalu” Ayuni menarik nafas lega. Amirul Asraf sudah mula ke depan. Dia tidak lagi duduk bersedih mengenangkan nasib diri dan bekas isterinya lagi. Peluang untuk dia mendekati Amirul Asraf akan terbuka luas kini.

“Yuni balik lah, siap-siap. Lepas maghrib nanti abang suruh Pak Husin jemput Yuni. Emm nak ajak Mak Senah dengan Pak Kulub takut tak muat pula...err apa kata kalau Yuni bawa kereta Yuni, bawa sekali Mak dan abah, dan Pak Husin bawa abang, mak dan puteri?” Amirul Asraf memandang Ayuni.

“Yuni tak kisah, Yuni ikut saja apa kata abang” Ayuni tersenyum.

“Kalau macam tu, kita jumpa lepas maghrib nanti di simpang depan kedai Mak Enon tu ya”

“Yess bos” Ayuni mengangkat tangannya seolah-olah sedang tabik hormat kepada Amirul Asraf.

“Ada-ada saja Yuni ni kan” dengan tidak sengaja, Amirul Asraf menarik hidung Ayuni.

Muka Ayuni merona merah. Dia tunduk malu. Begitu juga dengan Amirul Asraf. Dia baru sedar akan perbuatannya sebentar tadi.

Tanpa menunggu lagi Ayuni meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Dia tidak mahu berdiri lama di hadapan Amirul Asraf rasa malu menguasai diri. Tanpa meminta diri dia terus berlalu. Amirul Asraf masuk ke dalam rumah. Mak Yah dan Dalisya memerhatikannya. Mereka menunjukkan ibu jari tanda bagus pada Amirul Asraf. Dia tersenyum.

“Kalau dah berkenan, apa nak di tunggu lagi?” soal Mak Yah.

“Apa yang mak cakap ni?”

“Kalau Abi suka dengan Cikgu Yuni, Eisya pun suka. Cikgu Yuni baik, dia selalu belanja Eisya makan. Lepas tu dia ajar Eisya, belikan mainan untuk Eisya. Kan seronok kalau Cikgu Yuni jadi Umi Eisya” Dalisya terus petah berbicara.

“Jangan mengarutlah. Kita nak keluar kan, jadi Puteri pergi mandi. Abi dah tercium bau telur busuk ni” Amirul Asraf menutup hidungnya.

“Abi ni” Dalisya terus berlari meninggalkan Amirul Asraf dan Mak Yah.

“Puteri dah suka, Abi nya macam mana?” soal Mak Yah.

“Mak.. bukan Mirul tak suka, bukan Mirul tak ada hati dekat Ayuni tu, tapi Mirul sedar dengan kekurangan diri Mirul ni mak. Mirul tak nak pisang berbuah dua kali. Tak mungkin Yuni nak dengan lelaki cacat macam Mirul ni mak”

Mak Yah terus terdiam. Dia sepertinya baru di kejutkan dari lena yang panjang. Dia menaruh angan-angan yang terlalu tinggi. Benar kata Amirul Asraf, ianya tidak mungkin.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku