Kerana Dia Milikku
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
580

Bacaan






Nak masak apa ni kak?” soal Nurul Aliya pada Haiza. Dia duduk di sebelah Haiza yang sedang asyik memotong sayur.

“Akak rasa kalau Nurul tengok betul-betul bahan yang dah kami letakkan di atas meja ni, mesti Nurul dah dapat agak apa yang kami nak masak kan?” Haiza kembali menyoal Nurul Aliya.

Nurul Aliya tunduk memandang bahan-bahan yang ada di atas meja. Dia rasa seperti madu-madunya tidak memberikan kerjasama padanya. Sejak dia melangkah masuk ke dalam rumah itu, jarang sekali madu-madunya bersuara kepadanya. Apabila Ismail ada di rumah, barulah Haiza dan Raina akan berbual seperti biasa dengannya. Jika tidak, dia hanya bersendirian.

“Kak Iza, Raina dah siap basuh ayam ni, Raina masak terus lah ya kak” Raina menunjukkan beberapa potong ayam pada isteri pertama Ismail.

“Boleh juga, Riana kalau masak kari sedap tak boleh nak cakap. Apa kata kalau kentangnya Raina lebihkan sedikit mesti abang suka” Haiza memberikan cadangan pada Raina.

“Betul juga tu, Abang suka makan kentang” Raina mencapai dua buku kentang lagi yang terletak di dalam raga.

“Nurul boleh tolong buatkan bahan, nak tak?” Nurul Aliya cuba untuk mencelah. Malangnya tidak seorang pun yang menjawab. Dia memandang Haiza dan Raina silih berganti. Kedua-dua madu tidak menghiraukannya. Nurul Aliya terasa hati.

Tanpa menghiraukan madu-madunya, Nurul Aliya mencapai bawang di dalam bakul. Dia mengupas satu persatu. Rempah kari yang terletak di atas rak dibuka dan di masukkan ke dalam mangkuk kecil. Pantas dan cepat dia membuat kerja.

“Kak Iza, mari kita ke ruang tamu. Sini ada langau busuk, hidung saya ni sakit” Raina menarik tangan Haiza. Nurul Aliya terkejut dengan kata-kata Raina. Dia ditinggalkan bersendirian di dapur.

'Ah! Lantaklah kau orang bedua. Aku boleh masak semua ni. Bukannya susah sangat pun. Campak-campak siap lah semua. Apa benda masak pakai susu ni? Masak kari mana syok pakai susu cair, pakai santan laa.. dia orang ni tak tahu memasak lah ni' Nurul Aliya menyingsing lengan. Sayur yang masih belum habis di siang oleh Haiza di ambil lalu di potong. Pantas benar dia membuat kerja.

“Menyampah betul saya pada perempuan tu” Raina meluahkan rasa bencinya pada Nurul Aliya.

“Biarkan saja dia tu Raina. Apa-apa pun dia dah jadi madu kita. Kau kena ingat, saat-saat manis macam ni, apa yang dia cakap semuanya baik bagi abang. Jangan kita buat silap, teruk kita di kerjakan nanti” Haiza mengingatkan Raina. Dia tidak mahu di pukul lagi.

“Depan abang kita buatlah macam biasa. Tu di belakang tu, dia sibuk tunjuk bagus memasak. Tadi saya nampak dia perah santan, dia tak tau ke yang abang tak suka santan?” Raina tertawa. Dia masih ingat lagi, suaminya Ismail tidak suka makan makanan yang bersantan. Pasti Ismail akan naik angin.

“Biarkanlah dia” Haiza tersenyum.

“Kak! Saya nak kenakan perempuan tu, akak boleh bantu saya?” soal Raina pada Haiza.

“Hisyy! Tak nak lah akak. Nanti tak pasal-pasal abang tau susah kita” Haiza menolak.

“Akak ni..” Raina memuncungkan mulutnya.

“Dah, tolong bukakan TV tu” arah Haiza.

Raina hanya menurut. Di dalam hatinya timbul juga rasa tidak puas hati terhadap Haiza.

'Tak boleh nak di ajak berbincang langsung. Tak apa Nurul, kau tunggu..' Raina berfikir sendiri.

“Kamu jangan nak fikir benda-benda yang mengarut Raina. Akak tak nak lihat kamu di pukul lagi” Haiza bersuara apabila melihat Raina yang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Selesai memasak, Nurul Aliya menghidangkan masakannya di atas meja kemudian dia mendapatkan Haiza dan Raina di ruang tamu. Madu-madunya sedang menonton televisyen. Sesekali kedengaran mereka berbual mesra dan tertawa. Nurul Aliya membancuh air. Dia membawa tiga gelas air dari dapur untuk madu-madunya.

“Jemput minum kak” gelas di letakkan di atas meja kopi. Dia melabuhkan punggung di sebelah Raina. Raina beralih sedikit tidak mahu duduk di sebelah Nurul Aliya. Haiza hanya memerhatikan tingkah laku madunya itu.

Suasana menjadi sunyi sekali lagi. Hanya bunyi dari televisyen sahaja yang kedengaran. Nurul Aliya terasa hati dengan kelakuan dua orang madunya. Puas dia ingin berbuat baik dengan mereka tetapi langsung tidak di hiraukan. Haiza bangun hendak menuju ke dapur.

“Akak nak ke mana tu?” soal Nurul Aliya perlahan.

“Aku nak buang air, kenapa? Kau nak ikut ke?” Haiza menyoal Nurul Aliya pula.

Nurul Aliya terdiam. Raina tersenyum sinis. Haiza terus hilang dari pandangan.

“Engkau ni, aku tengok kecik besar kecik besar aja. Rasa aku nak ganyang cukup-cukup” Raina mengetap bibir.

“Kenapa pula akak nak marah-marah kat saya ni?” soal Nurul Aliya berani.

“Kau dah ambil Abang Mail, kau boleh tanya kenapa pula?” Raina geram.

“Kita sama-sama curi Abang Mail kak. Akak curi dari Kak Haiza dan saya curi dari akak, jadi kita kira seri.. satu sama” petah Nurul Aliya membalas.

“Kau jangan nak samakan aku dengan kau! Aku tak merenyam gatal macam kau! Masa aku kawin dengan abang, aku tak tahu pun yang dia dah ada isteri. Abang bohong aku!” Raina berbohong.

“Tak kiralah tau ke tidak, yang pastinya kita berdua ni sama saja. Kalau akak kata saya ni perampas, bererti sama juga akak mengaku yang diri akak tu perampas. Tak gitu?” jawab Nurul Aliya lancar. Kali ini lebih kuat lagi.

“Hoi betina! Kau tunggu sajalah, masa kau akan sampai juga. Bila abang nak menikah lagi nanti, baru kau tau rasa” Raina membalingkan bantal yang ada di tangan ke arah Nurul Aliya. Hatinya terasa sakit. Nampaknya isteri ketiga Ismail ini bukan senang-senang untuk di singkirkan.

“Kak Raina sayang.. Abang takkan kawin lain lagi. Saya ni satu-satunya buah hati abang, abang tu sayang sangat kat saya ni. Apa yang saya cakap semuanya abang akan ikut”

“Jangan yakin sangat” Raina semakin geram.

“Kenapa? Akak dengan Kak Haiza dah sedia nak berstatuskan janda ke?” soal Nurul Aliya sambil mencebikkan bibirnya.

“Kau ni memang dah melampau” Raina bangun dari tempat duduknya. Dia mendekati Nurul Aliya.

“Raina!” Haiza yang kebetulan ada di situ pantas memegang tangan Raina.

“Lepaskan saya kak. Biar saya ajar perempuan ni” Raina cuba menarik tangannya.

“Sudahlah! Tak malu ke bergaduh macam ni. Kita semua ni isteri abang. Susah senang kita tanggung bersama. Kalau kita bergaduh, tak ada sesiapa yang untung pun, akak dah penat lah, tolonglah jaga air muka abang. Semua orang hormat dengan abang, jangan sebab kamu berdua semuanya berubah jadi lain” nasihat Haiza.

“Betina ni tak layak jadi madu kita kak!” Raina semakin meradang.

“Kenapa? Kak Raina nak tampar saya? Marilah.. nah..nah tamparlah” Nurul Aliya mendekatkan mukanya kepada Raina.

“Sudahlah tu!” dengan sekuat hati Haiza menolak Raina.

“Betina ni kurang ajar kak! Kalau mak bapak dia tak boleh nak ajar! Biar saya yang ajar”

“Akak jangan suka-suka nak sebut nama mak dengan abah saya! Akak ingat akak tu tak kurang ajar? Kenapa? Mak bapak akak pun tak ajar juga ke?” Nurul Aliya semakin berani. Dia sudah hilang sabar dengan kelakuan Raina.

“Sudah! Sudah!.. tu abang dah balik! Kalau kamu berdua tak nak berhenti, akak adukan pada abang” Haiza mengugut Raina dan Nurul Aliya sambil memuncungkan mulut ke arah tingkap yang terbuka luas. Kelihatan kereta Ismail masuk ke perkarangan rumah.

Bunyi enjin kereta Ismail semakin kuat kedengaran. Masing-masing membetulkan duduknya. Haiza dan Raina merapikan rambutnya. Nurul Aliya pantas membukakan pintu untuk suami tercinta. Raina dan Haiza hanya memerhatikan sahaja.

“Assalamualaikum sayang” lembut suara Ismail memberi salam sebaik sahaja terpandangkan Nurul Aliya.

“Waalaikum salam” tangan Ismail di raih lalu di cium perlahan. Bau minyak wangi yang di pakai oleh Ismail menusuk hidung.

Nurul Aliya berjalan beriringan dengan Ismail menuju ke ruang tamu di mana Haiza dan Raina duduk.

“Sayang-sayang abang masak apa hari ni?” soal Ismail pada semua isteri-isterinya.

“Hari ni, Nurul yang masak bang, dia kata nak masak masakan special untuk abang” Raina sengaja membuat cerita. Rasa cemburu melihat tangan Ismail melingkar di pinggang Nurul Aliya.

“Betul ke sayang?” Ismail mencuit dagu Nurul Aliya.

“Nurul tak tahu apa yang abang suka makan, Nurul masak apa yang Nurul tau saja” manja suara Nurul Aliya menuturkannya. Dia melentokkan kepalanya di dada Ismail. Dia sengaja ingin memancing kemarahan Raina.

'Padan muka kau Raina' Nurul Aliya menjeling Raina.

“Mesti sedap masakan Nurul, marilah kita makan semua. Tak sabar abang nak makan ni. Perut ni pun rasanya dah lapar sangat ni. Dah dua bulan kita menikah, ini hari pertama sayang masak untuk abang kan” Ismail menoleh ke arah Haiza dan Raina. Dia memberikan isyarat agar mereka juga turut makan bersama.

Sejak Nurul Aliya masuk ke dalam rumah itu, Ismail jarang naik angin. Setiap rasa marah yang datang dapat di kawal olehnya. Haiza dan Raina juga jarang di marahi. Dia banyak menghabiskan masa dengan Nurul Aliya. Nurul Aliya dilayan seperti seorang anak manja. Perhatiannya hanya untuk isteri ketiganya sahaja. Haiza dan Raina seolah-olah tidak wujud di dalam rumah itu. Semuanya Nurul Aliya.

“Jemput makan abang” Nurul Aliya menyendukkan nasi ke dalam pinggan Ismail.

“Baunya sedap ni” Ismail memandang Nurul Aliya.

“Abang.. kari ayam tu ada santan” Raina bersuara tiba-tiba.

“Apa? Santan?” Ismail tidak jadi menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia memandang tajam ke arah Raina dan Haiza.

“Kenapa bang? Abang tak makan santan ke?” soal Nurul Aliya. Sudah dua bulan dia duduk di dalam rumah itu, tetapi sedikit pun dia tidak tahu yang Ismail tidak makan masakan bersantan.

Raina memandang Haiza. Kali ini Nurul Aliya pasti akan kalah. Ismail tidak suka masakan yang menggunakan santan, selalunya mereka akan mengantikan santan dengan susu dalam masakan.

“Mana ada, abang boleh makan sayang. Sendukkan abang sikit kuah kari tu” Ismail menadah pinggannya.

Raina dan Haiza saling berpandangan.

Ismail memasukkan nasi ke dalam mulut kemudian dikeluarkannya semula.

“Apa yang kau masak ni?” soal Ismail pada Nurul Aliya kemudiannya dia menoleh ke arah Raina dan Haiza.

“Kenapa bang tak sedap ke?” soal Nurul Aliya.

“Sedap apanya kalau dah masin macam minum air garam. Nah cuba kau rasa” Ismail mencapai sudu lalu di suapkan ke mulut Nurul Aliya dengan kasar sekali.

“Masinnya” Nurul Aliya meluahkan semula kuah kari yang di suapkan oleh Ismail.

“Kau tau masak ke tidak ni? Kalau tak tau masak biar Haiza dan Raina saja yang masak! Kau tolong basuh-basuh pinggan cukup. Kau ingat semua ni aku cari dengan daun kering saja ke? Kalau aku tau kau tak tahu memasak macam ni, aku bagi hantaran 1k je!” Ismail geram hatinya terasa panas.

Nurul Aliya mendiamkan diri. Dia tidak berani mengangkat muka di hadapan suaminya. Airmatanya menitis laju. Raina memandang sinis ke arahnya.

“Sayang..Sayang... sorry.. abang minta maaf sayang... abang tak ada niat nak marah sayang.. emm.... kita makan di luar sajalah. Sayang siap-siap, lepas maghrib nanti kita keluar” Ismail cepat-cepat memujuk Nurul Aliya.

Nurul Aliya memuncungkan mulutnya. Dia sedih kerana di malukan di hadapan Haiza dan Raina. Air matanya menitis laju. Tersedu-sedu tangisnya.

“Sayang.. abang minta maaf ya. Abang tak sengaja..please..” Ismail masih cuba memujuk Nurul Aliya. Raina menjeling. Cemburunya menggunung.

“Abang janji jangan buat macam tu lagi”

“Sumpah!” Ismail mengangkat tangannya.

Nurul Aliya mengesat air matanya. Dia memandang ke arah Haiza dan Raina.

'Makan hatilah kau orang berdua, abang lebih sayangkan aku' Nurul Aliya berfikir sendiri.

“Sayang.. cepatlah” lembut sungguh kata-kata Ismail.

“Nurul pergi siap dulu ya.. abang tunggu tau” Nurul Aliya kembali ceria. Dia berjalan pantas menuju ke biliknya.

“Abang..” Raina memandang Ismail.

“Kau berdua tak payah ikut, kau makan semua ni sampai habis, jangan nak membazir” Ismail bersuara garang.

Haiza dan Raina mendiamkan diri. Ismail terus berlalu meninggalkan mereka.

“Tengok lah kak, Raina tak tahan macam ni. Abang sikit pun tak hiraukan kita lagi sejak perempuan tu masuk dalam rumah ni. Betul tak apa yang saya cakap, abang takkan boleh adil dengan kita. Semuanya perempuan tu yang di dulukan. Hati saya ni sakit kak” ujar Raina separuh berbisik.

Sudah lah tu, hari ni giliran dia, pengantin baru lagi tu, dah lah jangan nak di fikirkan sangat, mari kita makan” Haiza menyerahkan pinggan kepada Raina.

“Kari tu masin kak, akak sanggup ke nak makan” Raina mencapai pinggan dari tangan Haiza.

“Kari yang dalam mangkuk ni memang lah masin, tapi kari yang dalam periuk tu tak masin” Haiza tersenyum simpul.

“Apa?” Raina membeliakkan matanya.

“Akak kata, kari yang dalam mangkuk ni yang masin, tapi kari yang ada dalam periuk tu tak masin” Haiza mengulangi kata-katanya.

“Maksudnya akak yang masukkan garam dalam kari ni?” soal Raina.

“Akak lah orangnya, siapa lagi” Haiza meniup jari-jari tangannya.

“Macam mana akak buat? Bila?” terkejut Raina mendengar pengakuan Haiza.

“Tadi akak ke tandas, akak nampak kari tu dah di hidang bawah tudung saji. Apa lagi, akak masukkanlah garam satu sudu penuh. Macam mana? Pandai tak akak?” soal Haiza pada Raina.

“Ha..ha..haa.. padan dengan muka betina tu. Puas hati saya kak. Tak sangka dalam baik-baik, berduri juga akak ni” Raina puas.

“Ini baru permulaan, banyak lagi yang dia akan kena nanti. Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung jangan berselerak. Dia ingat senang-senang nak bagi kita berstatuskan janda..” Haiza tertawa kecil. Dia menutup mulutnya takut di dengari oleh Ismail dan Nurul Aliya.

Mereka makan dengan berselera sekali. Sesekali Haiza terbatuk kecil. Selesai menjamu selera mereka mengemas meja. Ismail akan mula meradang apabila melihat rumahnya berselerakan. Setelah itu mereka masuk ke dalam bilik masing-masing untuk menunaikan solat maghrib. Kelihatan Ismail masih menunggu Nurul Aliya di dalam bilik.

“Cantik tak baju ni bang?” soal Nurul Aliya pada suaminya.

“Sayang abang ni, kalau pakai apa pun tetap cantik” Ismail memuji Nurul Aliya ikhlas. Matanya tidak berkelip memandang isteri ketiganya itu.

“Abang ni, orang cakap betul-betul dia main-main pulak” Nurul Aliya memuncungkan mulutnya. Dia menjeling Ismail yang masih terbaring di atas katil.

“Aloloo.. sayang abang ni merajuk ya? Abang cakap yang betul sayang, sayang memang cantik. Rasa bertuah badan abang ni dapat isteri cantik macam sayang” Ismail memegang tangan Nurul Aliya lalu di kucupnya perlahan. Rasa sayang pada wanita itu semakin dalam.

“Kita nak makan kat mana bang?” soal Nurul Aliya pada Ismail. Dia sempat membetulkan butang baju suaminya.

“Abang nak bawa sayang makan masakan thailand di pekan. Ada satu kedai tu, memang sedap masakannya. Tom yam dengan som tam dia fuhh! Meletup” Ismail menunjukkan ibu jarinya.

“Betul ke sedap sampai macam tu? Entah-entah sedap bagi tekak abang saja tak?” soal Nurul Aliya.

“Tak lah, kedai tu ramai pelanggan. Biasanya kedai yang ramai pelanggan ni sedap masakannya” Ismail teringat kembali bagaimana sukarnya untuk dia masuk ke dalam kedai yang penuh dengan pelanggan.

Nurul Aliya memeluk lengan Ismail. Dia merasa selamat bila Ismail di sisinya. Ismail sentiasa memberikan perhatian yang lebih padanya. Ismail juga tidak pernah memarahi atau meninggikan suara padanya. Sekiranya Ismail berkasar dengannya, dia akan cepat-cepat meminta maaf dan memujuknya. Sayangnya pada Ismail menggunung tinggi. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik utama.

“Kami keluar dulu kak!” jerit Nurul Aliya. Dia sengaja ingin mengapi-apikan Raina. Biar kedua-dua madunya tahu yang Ismail sangat mengutamakannya.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku