Kerana Dia Milikku
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
855

Bacaan






Ismail keluar dari bilik. Dia membawa beberapa beg pakaian bersamanya. Haiza dan Raina saling berpandangan. Nurul Aliya mengekori Ismail dari belakang. Rambutnya di ikat kemas.

“Abang nak ke mana ni?” soal Raina pada suaminya.

“Dengar sini semua, Abang nak ke bandar beberapa hari. Jadi abang harap sepeninggalan abang ni, kamu semua jaga rumah, jaga diri baik-baik. Abang tak nak balik nanti ada jiran tetangga yang mengadu dengan abang pasal kamu semua faham!” Ismail memandang wajah isteri-isterinya satu persatu.

“Abang buat apa nak ke bandar tu?” Giliran Nurul Aliya pula menyoal suaminya.

“Bukan ke abang dah beritahu Nurul tempohari? Abang ada kursus usahawan di sana, takkan benda kecil macam tu pun Nurul dah lupa? Cubalah beri perhatian sikit bila abang bercakap” sabar Ismail sedikit terguris. Dia menarik nafas dalam-dalam.

'Orang tanya pun nak marah' Nurul Aliya memuncungkan mulutnya, jawapan yang di berikan oleh Ismail menyakitkan hatinya.

Haiza dan Raina tersenyum sinis memandang Nurul Aliya. Sepertinya Ismail telah mula bosan dengan kelakuan isteri ketiganya itu. Ismail sudah mula menunjukkan taring sebenarnya padahal mereka baru dua bulan bergelar suami isteri. Kelihatannya tumpuan Ismail telah terarah pada perkara yang lain.

“Abang pergi dulu” tanpa menunggu lagi Ismail terus berjalan laju menuju ke pintu.

“Abang!” Haiza mendekati Ismail, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Raina juga melakukan perkara yang sama. Hanya Nurul Aliya sahaja yang masih terkaku di tempatnya berdiri. Muncungnya masih lagi kelihatan. Dia menunggu Ismail memujuknya.

Ismail memandang tajam ke arah Nurul Aliya. Dia menghulurkan tangannya ke arah Nurul Aliya tetapi Nurul Aliya masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Ismail hilang sabar. Dia mendekati Nurul Aliya.

'Tau pun aku ni merajuk. Jangan harap kau dapat pujuk aku' Nurul Aliya berbisik dalam hati.

Pangg! Satu penampar melekat di pipi Nurul Aliya menyebabkannya jatuh terjelepuk ke lantai. Dia menangis. Lain yang di harap lain yang dapat.

“Isteri kuarang ajar!” pekik Ismail.

Dia menyarung kasut dan terus berlalu tanpa menoleh lagi pada Nurul Aliya. Beg di tangan di masukkan ke dalam bonet dan tidak lama kemudian keretanya meluncur keluar dari rumah.

Haiza dan Raina berjalan beriringan ke sofa. Sedikit pun mereka tidak membantu Nurul Aliya yang masih lagi menangis tersedu-sedu. Akhirnya Nurul Aliya berlari masuk ke dalam biliknya. Dia menangis sepuas-puas hatinya. Ismail yang ada dengannya sangat berbeza dengan Ismail yang pernah di kenalinya sebelum ini.

“Kenapa abang buat Nurul macam ni? Apa salah yang Nurul dah buat? Abang tak sayang Nurul lagi ke?” soal Nurul Aliya pada gambar Ismail yang tersangkut di dinding bilik.

“Kak.. apa kena dengan abang tu ya?” soal Raina pada Haiza. Sebenarnya dia juga terkejut dengan tindakan Ismail sebentar tadi. Dia tidak menyangka, Ismail akan menampar Nurul Aliya. Di sangkanya, Ismail akan memujuk isteri mudanya itu.

“Entahlah, akak pun tak tahu. Biasanya kalau abang dah bertindak macam tu, maknanya dia dah dapat orang baru” Haiza membuat andaian. Dari apa yang pernah di laluinya, dia sepertinya sudah faham dengan perubahan sikap suaminya.

“Dia dah ada yang nombor empat ke kak?” Raina memandang tajam ke arah Haiza.

“Mungkin juga, sebab kalau tak ada pemandangan lain, abang biasanya tak jadi macam tu. Mungkin betullah dia dah ada calon nombor empat, sebab tu nombor tiga di layan macam tu”

“Baru dua bulan kawin tu kak, tak kan abang dah pandang orang lain? Apa perempuan tu tak tau nak layan abang ke? Patutlah muda-muda dah menjanda..” Raina berkata separuh berbisik, takut di dengari oleh Nurul Aliya.

“Biarkanlah dia, yang penting abang tak marah kita sudahlah”

“Nampaknya giliran dia dah sampai. Apa yang kita terima masa abang nak kawin dengan dia, akan dia terima pula. Apa dia ingat bagus sangat jadi bini abang agaknya. Biar dia rasa, puas hati saya kak”remote kipas angin di tekan ke mod medium.

“Kita sama-sama tengok apa yang nak jadi, akak rasa yang nombor tiga ni degil sikit ni. Kalau dulu dia boleh minta cerai dengan bekas suami dia, tak mustahil kalau dia juga akan minta cerai dengan abang” Haiza teringat kembali apa yang dikatakan oleh Latifah sewaktu mereka masuk meminang Nurul Aliya beberapa bulan yang lalu.

“Memang salah besar lah kalau dia fikir abang tu akan berlembut macam bekas suami dia tu dulu” Raina memandang ke arah lain. Bunga plastik menghalang pandangannya yang ada di hadapan mata di letakkan di tepi.

“Akak tak tau nak cakap apa, macam yang akak cakap tadi, kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang nak jadi. Kita dah masak sangat dengan perangai abang, dia tu pula baru lagi” Haiza menguap.

“Kalau betullah abang dah ada calon nombor empat, memang padan lah dengan muka Mak Pah, dia tu beriya-iya sangat nak bermenantukan abang kan, kononnya abang tu lelaki yang baik untuk anak dia. Habis satu kampung ni di canangnya yang dia tu akan bermenantukan abang. Lepas ni dia tau lah dia apa cerita yang sebenarnya” Raina meluahkan rasa marahnya.

“Mak Pah tu terpersona dengan lakonan abang, tambah pula dengan pelakon pembantu macam kita ni. Kalau dilihat pada mata kasar, abang tu memang yang terbaik. Tapi kalau diteliti betul-betul, ALLAH sahaja yang tahu segalanya” Haiza baring menjulur di atas sofa. Dia menepuk-nepuk bantal yang ada di sudut sofa. Matanya di pejamkan. Dia malas untuk terus memikirkan tentang madu-madunya. Ketiadaan Ismail di rumah memberikan peluang untuknya bergerak bebas. Nafas di tarik dalam-dalam.

“Akak nak tidur ke?” Raina mencuit lengan Haiza.

“Terasa mengantuk pula mata ni, akak nak lelap sekejap”

“Akak tidurlah, yang lain-lain nanti saya minta nombor tiga uruskan” langkah Raina laju menuju ke bilik utama. Perlahan pintu bilik di buka. Kelihatan Nurul Aliya juga sedang lena di atas katil. Ada sisa air mata di pipinya.

“Amboi! Amboi! Bukan main syok lagi kau berehat ya! Hoi perempuan! Bangun! Bangun!” Raina mengoyangkan badan Nurul Aliya.

Nurul Aliya terkejut. Raina menariknya hingga terduduk di atas lantai. Terasa sakit tangan dan punggungnya. Dia menangis lagi. Ternyata isteri kedua Ismail bukanlah selembut yang di sangka.

“Aku kata bangun! Bangun lah pemalas!” Raina menunjal-nunjal kepala Nurul Aliya. Dia merasa senang melihat air mata yang mengalir di pipi Nurul Aliya. Segala dendam kesumat yang di simpan beberapa bulan yang lalu habis di keluarkan.

“Kak Raina, kenapa buat Nurul macam ni? Apa salah Nurul?” soal Nurul Aliya tersedu-sedu.

“Banyak salah yang kau dah buat kau tau? Kesalahan paling besar yang kau buat adalah merampas suami aku!” Raina terus menyepak kaki Nurul Aliya.

“Akak yang izinkan abang kawin dengan Nurul! Bukan salah Nurul!” Nurul Aliya melawan. Di memandang tajam ke arah Raina.

“Kepala hotak kau! Kalau abang tak paksa, tak ingin aku nak bermadu dengan kau! Perempuan gatal!” tangan Raina menarik rambut Nurul Aliya.

“Sakit kak!”

“Kau dengar sini, sekarang ni kau pergi masak untuk aku dan Kak Haiza. Kau jangan nak jadi macam mem besar dalam rumah ni. Tu dalam mesin basuh tu banyak lagi kain baju yang belum di basuh! Pergi buat semua tu!” Raina menolak Nurul Aliya. Puas hatinya. Nafasnya turun naik kepenatan.

Nurul Aliya memandang ke ruang tamu. Kelihatan Haiza sedang menonton televisyen sambil baring di atas sofa. Dia tahu Haiza pasti mendengar jerit pekiknya sebentar tadi, tetapi yang menghairankannya, mengapa Haiza langsung tidak membantunya. Adakah Haiza juga tidak menyukainya?

“Kak Haiza” Nurul Aliya memanggil isteri pertama Ismail. Dia cuba untuk meraih simpati wanita itu.

“Kau buat saja lah apa yang Raina suruh tu. Kalau tak nahas kau nanti” giliran Haiza pula mengugut Nurul Aliya.

Nurul Aliya berjalan pantas menuju ke dapur. Ternyata kedua-dua madu tidak menyukainya. Tetapi yang menghairankan dirinya, mengapa mereka membenarkan Ismail menikahinya dan mereka sendiri yang datang ke rumah meminangnya.

'Mak!' Nurul Aliya menjerit di dalam hati.

Dia melakukan tugas-tugas di dapur dengan perasaan yang berbelah bahagi. Haiza kelihatannya sedikit tenang tetapi Raina pula seorang wanita yang garang dan kebenciannya terhadap Nurul Aliya memang nyata.

Selesai memasak dia menghidangkan di atas meja. Setelah dia berpuas hati dengan semua yang telah tersedia, dia ke dapur semula. Di dapur dia berjalan mundar-mandir. Sempat juga dia memasukkan baju kotor di dalam mesin basuh.

Nak panggil makan ke tak? Nak panggil ke tak? Aduhh! Macam mana ni? Kalau tak panggil nanti kena marah, kalau dipanggil pula, buatnya tak kena pada masanya, aku juga kena marah lagi. Nurul Aliya berkira-kira sendiri. Akhirnya digagahi juga kakinya untuk melangkah menghampiri Haiza yang masih mengadap televisyen.

“Kak.. Kak..” perlahan Nurul Aliya mengoyang-goyangkan tangan Haiza.

Haiza membuka matanya.

“Dah pukul satu, mari makan” ajak Nurul Aliya.

“Mana Raina?” soal Haiza. Dia mengosok matanya.

“Mungkin dalam bilik agaknya”

“Pergi panggil dia” arah Haiza sambil tangannya ligat membetulkan rambutnya yang mengerbang.

Nurul Aliya masih lagi berdiri di hadapan Haiza. Dia sedikit gerun untuk berhadapan dengan Raina. Pasti ada sahaja kata-katanya yang akan melukai hatinya. Rasa serba salah mula bermain di fikirannya.

“Apa tunggu lagi? Pergi laa..!” tengkingan Haiza membuatkan Nurul Aliya terkejut. Dia pantas berjalan menuju ke bilik Raina.

Tuk! Tuk!

“Kak Raina.. Kak Raina..”

Pintu masih belum terbuka.

“Mana dia?” soal Haiza apabila melihat Nurul Aliya masih lagi berada di hadapan pintu bilik Raina.

“Kak Raina tak buka pintu kak”

“Raina! Raina!” suara Haiza agak lantang memanggil madunya.

Pintu bilik terbuka. Wajah Raina terjengul di pintu.

“Mari makan” ajak Haiza. Dia terus berlalu menuju ke meja makan.

Raina menganggukkan kepalanya. Dia mengekori Haiza dari belakang. Nurul Aliya juga turut mengekori dua madunya.

“Apa yang kau masak?” Raina membuka tudung saji.

“Biasa-biasa saja kak”

Pinggan di capai, nasi disendukkan untuk Haiza kemudian Raina. Nurul Aliya menarik kerusi di sebelah Haiza. Dia memasukkan sayur bayam dan ikan goreng di dalam pinggannya.

“Lepas makan ni, kau tolong bersihkan halaman depan tu. Aku tengok pasu bunga tu dah penuh dengan rumput. Pokok limau purut tu pun aku nampak ada banyak kumbang di daunnya. Kau bersihkan. Nanti senang nak masak tom yam” panjang lebar arahan yang di berikan oleh Raina pada Nurul Aliya.

“Kak, saya ingat petang ni saya nak balik rumah mak, nak bermalam di sana dua tiga hari. Lagipun dah lama saya tak jenguk mak dengan abah” Nurul Aliya menyuarakan hasrat hati kepada dua-dua madunya.

Haiza memandang Raina.

“Abang tak ada di rumah kau nak keluar pula?” soal Raina pada Nurul Aliya.

“Bising nanti kalau abang tau” Haiza pula bersuara.

“Saya bukannya nak ke mana-mana, saya cuma nak balik rumah orang tua saya saja” Nurul Aliya memberanikan diri menjawab kata-kata Haiza.

“Kau dah dapatkan izin abang?” soal Raina pula. Dia tahu Ismail pasti akan mengamuk.

“Abang tak kan marah, Nurul nak ke rumah mak saja, bukannya nak menggatal” Akhirnya Nurul Aliya meninggikan suaranya sedikit.

“Lantak kau lah, kalau kau kena hempuk dengan abang, jangan nak menyesal pula” Haiza mengingatkan Nurul Aliya. Dia tahu Ismail memang patang jika isteri-isterinya mahu keluar tanpa keizinannya. Pasti teruk Nurul Aliya akan di kerjakan nanti.

“Kalau abang bising, biar Nurul yang hadap” Nurul Aliya membasuh tangannya. Dia membawa pinggannya terus ke sinki. Dia tidak mahu terus bertekak dengan dua madu yang memang tidak menyukainya.

Dari aku terus duduk dalam rumah ni, baik aku balik rumah mak. Belum apa-apa lagi dah nak suruh aku buat itu dan ini. Kalau lama abang tak ada di rumah, memang macam-macam lah dua perempuan sakit jiwa ni suruh aku buat. Dari aku terus jadi hamba abdi mereka bedua, baik aku blah. Lagipun takkan abang nak bising pula. Nurul Aliya berkira-kira sendiri sambil tangannya pantas membasuh pinggan.

Seperti biasa, selesai makan mereka mengemas meja. Kemudian mereka akan duduk menonton televisyen.

“Kak”

Haiza memandang Raina.

“Tu” Raina memuncungkan mulut ke arah Nurul Aliya.

Haiza menoleh. Nurul Aliya telah siap memakai tudung dan di sampingnya ada sebuah beg pakaian.

“Jadi kamu nak balik Nurul?” soal Haiza.

“Jadi kak. Saya rindu pada mak dengan abah. Dah dekat dua bulan saya tak jumpa mereka. Nak talifon mereka pun tak dapat, line saya dah kena potong” Nurul Aliya sempat menjeling Raina.

“Tapi kamu tak minta izin dengan abang lagi, kamu tak boleh pergi” Haiza cuba melarang.

“Saya dah cakap tadi kan, abang tak kan marah. Lagi pun kalau ada apa-apa yang jadi, biar saya yang tanggung. Akak berdua tak perlu nak campur. Akak berdua ni tak ada mak bapak, anak yatim piatu, sebab tu akak bedua tak faham apa perasaan saya” kurang ajar sekali jawapan Nurul Aliya.

“Nurul!” Haiza mula hilang sabar. Rasa ingin di tamparnya sahaja muka itu.

“Sudahlah, saya pergi dulu. Assalamualaikum” Nurul Aliya terus menuju ke pintu. Dia malas untuk terus bertengkar dengan kedua-dua madunya.

Haiza memandang Raina yang masih membisu.

“Raina!”

“Biarlah Kak, dia belum tahu lagi angin abang. Balik nanti kita juga yang untung” Raina tersenyum-senyum.

“Untung?” Haiza tidak faham apa yang ingin dikatakan oleh Raina.

“Kita dapat tengok drama percuma kak, yang pastinya drama air mata” terang Raina.

“Ooo...” Haiza baru faham apa yang ingin dikatakan oleh Raina. Dia menjengah ke luar jendela. Nurul Aliya sudah tidak nampak bayang, hanya kelihatan anak-anak jiran yang sibuk bermain bola di halaman.





Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku