Kerana Dia Milikku
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
231

Bacaan






Sufiahmendapatkan Latifah yang sibuk membersihkan halaman rumahnya.Rumput-rumput sudah mula panjang. Agak lama juga dia tidak keluarmembersihkannya. Tangannya laju mencabut rumput-rumput tersebut. Pasubunga di alih ke tempat yang lebih lapang. Peluh memercik di dahinya.

“Eh!Tak adalah, Aku ni nak keluarkan peluh sikit, lagipun rumput dahpenuh dalam pasu bunga aku ni.. Kau ni dari mana?” soal Latifah.Dia mendekati Sufiah yang duduk di akar pokok mempelam.

“Aku dari kedaitadi, nampak kamu ni teruslah ke sini” Sufiah membetulkan duduknya.Dia kurang selesa kerana akar pokok tersebut yang agak kecil.

“Kau datang nimesti ada cerita yang kau bawa. Apa halnya?” Latifah sepertinyatelah dapat mengagak tujuan kedatangan Sufiah ke rumahnya.

“Tak ada apa lahPah, aku dari rumah Asmah tadi, dia kata minggu depan ada kursus hajidi masjid. Kau tak pergi ke? Sebab kalau ikut dari apa yang dikatakanoleh Asmah, dah beberapa minggu kau tak pergi. Kau sakit ke?”Sufiah merenung wajah Latifah.

“Aku tak sihatsikit, perubahan cuaca agaknya. Kau tahu lah aku ni, kalau panassangat aku demam, kalau sejuk sangat pun aku boleh jadi tak sihatjuga”

“Encik Sukarmantak cakap dengan aku pun. Dua hari lepas, aku adalah juga tanya diakau di mana, tapi dia kata kau ada dalam rumah tidur” dia teringatkembali beberapa hari lepas dia ada berbual dengan Sukarman.

“Kau tahulahorang tua tu, agaknya kalau aku ni mati baru dia nak cerita padaorang. Aku demam ke sakit ke, bukannya dia nak ambil peduli. Nak bawaaku pergi klinik memang jauh sekali kalau aku tak minta. Tu lah diadibelikannya aku panadol dua tiga biji dengan air hundred plus. Lepastu pandai-pandailah aku lah nak hidup” adu Latifah pada jirannya.

“Pah! Si Nurultak balik ke?” Sufiah teringatkan Nurul Aliya.

“Tu pun satu haljuga. Sejak dia kawin dengan Ismail tu, sekali pun tak pernah baliksini. Aku ni sihat ke, sakit ke memang dia tak tau, kalau nakikutkan, rumah dia tu bukannya jauh sangat, boleh berjalan kaki sajabalik sini” Latifah mencari batu yang agak besar untuk dijadikantempat dia duduk. Kakinya agak sakit kerana berdiri terlalu lama.

“Kau tak adaberitahu dia agaknya, kalau kau beritahu dia yang kau sakit, akuyakin dia mesti balik jaga kau. Setahu aku dia memang sayang sangatdengan kau”

“Akuada jugalah talifon ke rumah Ismail tu, tapi nombor tu dah tak adadalam perkhidmatan. Lepas tu aku talifon nombor Ismail, setiap kaliaku talifon Ismail tak jawab, kalau jawab pun dia di kedai, Nurulpula di rumah. Aku nak buat apa. Bila aku talifon Nurul, dulu adalah juga bunyi, sekarang ni langsung tak ada.Malaslah aku nak ganggu mereka tu. Lagipun dia sibuk agaknya” agakLatifah.

“Biasalah tu Pah,anak perempuan ni kalau dah kawin memang dah jadi hak suaminya. Apakata suami dia kena ikut kalau tak dah berdosa pula” nasihatSufiah. Dia menepuk nyamuk yang mengigit di punggungnya.

“Sebelum kawindulu bukan main rajin lagi Ismail tu datang rumah ni. Sehari tukadang-kadang sampai dua tiga kali dia menjenguk aku ni. Bila dahdapat anak aku, jangankan batang hidung, bayang pun tak nampak”Latifah terus mengomel.

“Siapa pula tu?Bejalan tengah-tegah panas macam ni” Sufiah terjenguk-jengukmenunggu siapakah yang berjalan menghala ke rumah Latifah.

“Siapa?”Latifah juga turut memerhatikan ke arah jalan yang di maksudkan olehSufiah.

“Eh! Itu Nurul tuPah, panjang umur budak ni”

“Nurul!”Latifah memekik memanggil nama anaknya. Tangan di lambai-lambai.

“Aku balikdululah Pah, Nurul pun dah balik tu” Sufiah meminta diri. Diamenyapu pasir yang melekat di kain batiknya.

“Cepatnya, belumhabis berbual lagi”

“Mak! Cik Sufi”Nurul Aliya menghulurkan tangan pada Sufiah kemudian ibunya. Latifahmemeluk Nurul Aliya. Rindunya terubat juga akhirnya. Wajah yangsangat di rindui kini berada di hadapan mata.

“Sihat kamuNurul?” Sufi memandang Nurul Aliya ke atas dan ke bawah.

“Alhamdulilah MakCik, Nurul sihat” Nurul Aliya masih lagi memeluk ibunya.

“Kau tengok lahni, kalau kata tak sihat memang tak patutlah” lengan Nurul Aliyadiangkat oleh Latifah. Kelihatannya agak berisi sedikit.

“Kamu dahmengandung ke Nurul?” Sufiah juga perasan akan perubahan bentukbadan Nurul Aliya.

“Hissy! Takadalah Mak Cik, belum lagi. Nurul banyak makan agaknya. Abang Mail tuselalu ajak Nurul keluar makan. Tu yang macam ni jadinya”

“Baguslah kamudah dapat kebahagiaan yang kamu cari selama ni. Mak Cik doakan,semoga perkahwinan kamu kali ni akan membahagiakan kamu sampai keakhir hayat” senang hati Sufiah melihat kebahagiaan Nurul Aliya.Sejak Nurul Aliya berkahwin dengan Ismail, tiada lagi cerita-ceritayang tidak sedap di dengar keluar dari mulut Latifah.

“Amin.. kawinkalau ada restu mak bapak ni lain kan Sufi” Latifah memerlianaknya. Dia sempat menjeling wajah anaknya.

“Iyalahmak, ”Nurul Aliya memeluk ibunya kembali.

“Kenapa dengantepi bibir kau ni Nurul? Luka ke?” soal Sufiah. Dia menyentuh tepibibir Nurul Aliya.

“Aduhh!” NurulAliya kesakitan.

“Iya kenapa ni?”soal Latifah.

“Tak ada apa-apa”Nurul Aliya menutup dengan tangannya.

“Aku balikdululah, Fairuz pun dah balik tu” Sufiah terkocoh-kocoh berjalanmenghala ke rumahnya apabila terdengarkan bunyi enjin motosikalsuaminya. Lagipula dia malas untuk mendengar masalah dua beranak itu.

“Hati-hati MakCik, kalau jatuh bangun sendiri tau” Nurul Aliya sempat berguraumengusik Sufiah.

Sufiah tertawadengan usikan Nurul Aliya.

“Kamu balik sini,Ismail tak ikut ke?” soal Latifah setelah Sufiah hilang daripandangan.

“Abang Mailkursus mak”

“Kursus? Jadikamu balik ni ada minta izin dia tak?” soal Latifah lagi.

“Abang tak tauNurul balik sini. Alah! Tak apa lah mak, Nurul kan balik rumah ibuNurul sendiri, takkan abang nak marah pula kan. Lagipun abang katadua tiga hari juga lah dia kursus tu, jadi Nurul baliklah sini. Dapatjuga bermalam di sini dua tiga malam. Nurul rindu dengan masakan mak”Nurul Aliya melentok manja.

“Nurul.. cubakamu beritahu mak ni betul-betul, kamu bergaduh ya dengan Ismail?”

“Mana ada mak”

“Luka ni, Ismailpukul kamu ya?” tangan Latifah memegang dagu Nurul Aliya.

“Tak adalah mak,jangan fikir yang bukan-bukan. Nurul dengan Abang Mail hidup bahagia”Nurul Aliya menafikan kata-kata ibunya. Dia tidak mahu ibunya tahuyang dia telah di tampar oleh Ismail sebelum suaminya itu keluarrumah pagi itu.

“Kamu ni, jangannak selindung apa-apa dengan mak. Kalau mak tau Ismail buat yangbukan-bukan pada anak mak ni, siaplah dia mak kerjakan nanti, barudia bertemu buku dengan ruas.. dah bawa beg kamu tu masuk” arahLatifah.

“Senyap aja, abahmana mak?”

“Abah kamu tumacamlah kamu tak tau, kalau petang-petang macam ni apa lagi, dudukmelepak di warung depan jalan tu lah. Kamu lalu situ tadi tak kankamu tak nampak abah kamu tu” Latifah bejalan mendahului NurulAliya. Pintu dibuka seluas-luasnya. Dia tidak masuk ke dalam rumah,sebaliknya dia terus duduk di tepi pintu.

Nurul Aliyameletakkan beg di dalam biliknya. Dia memandang sekeliling, semuanyamasih lagi tersusun dengan baik dan kemas. Gambar Dalisya yang masihlagi bayi di pandang sayu. Tiba-tiba rasa rindu pada anak itumembuak-buak.

“Nurul! Nurul!”

“Ya Mak”

“Tolong ambilkanmak segelas air. Rasa haus pula tekak ni”

“Sekejap ya mak”

Tidak lama NurulAliya keluar semula sambil membawa gelas yang berisi air masak ditangan. Dia duduk bersebelahan dengan ibunya. Dilentokkan kepalanyadi bahu Latifah.

“Macam manamadu-madu kamu layan kamu?”

Nurul Aliyaterkejut dengan pertanyaan ibunya. Dia tidak menyangka ibunya akanbertanya tentang Haiza dan Raina. Apa yang ingin di jawab pun diatidak tahu. Sepanjang dua bulan dia tinggal bersama madu-madunya itu,tidak pernah sekali pun mereka berbual mesra. Mereka juga tidakpernah duduk bersama. Isteri kedua Ismail selalu memarahi danmenyakiti hatinya. Mereka hanya berpura-pura di hadapan Ismailsahaja.

“Apa yang kamumenungkan tu, mak tanya tadi kan, macam mana madu kamu layan kamu?”sekali lagi Latifah bertanya pada anaknya. Dia seperti dapat menghidusesuatu yang tak kena dari riak wajah Nurul Aliya.

“Kak Haiza denganKak Raina layan Nurul dengan baik mak. Mereka banyak mengajar Nurultentang apa yang abang suka, apa yang abang tak suka, Nurul bahagiadengan perkahwinan kami” Nurul Aliya berbohong. Dia tidak mahuibunya susah hati memikirkan dirinya.

“Kalau macam tubaguslah. Kan mak dah cakap, Ismail tu memang pandai mendidikisteri-isterinya. Dia seorang lelaki yang baik, bila bercakapsentiasa merendah diri, lembut pula suaranya. Tak menyesal rasanyabiarkan kau berkahwin dengan lelaki yang dah ada dua isteri” air ditangan di teguk perlahan.

Nurul Aliyamemandang wajah Latifah. Dia rasa ingin menangis tetapi ditahannya.Pandangannya dilemparkan jauh ke tengah jalan.

'Kalaulah mak tahuapa yang dah Abang Mail lakukan pada Nurul, mesti mak akan menyesaldengan apa yang mak katakan tadi'

“Apa yang kamufikirkan tu Nurul? Rindukan Ismail lah tu”

“Tak adalah mak,Nurul cuma.. err.. Nurul cuma..” Nurul Aliya tidak tahu apa yangingin di katakannya. Kepalanya ligat mencari apakah isu yang ingin dikeluarkannya. Dia tidak mahu apa yang dilakukan oleh Haiza dan Rainadiketahui oleh ibunya.

“Cuma apa Nurul?Kamu ni ada masalah ya?” tajam pandangan Latifah merenung anaknya.

“Mak ni, kalauNurul ada masalah, tak adalah badan Nurul naik macam ni”

“Dah tu, maktengok macam ada sesuatu yang kamu sembunyikan dari mak, ceritalahapa dia?” Latifah masih mendesak.

“Nurulteringatkan Dalisya” akhirnya Nurul Aliya dapat idea.

“Dalisya? Siapatu?”

“Anak Nuruldengan Amirul dulu tu mak” terang Nurul Aliya. Dia tidak pastiibunya betul-betul lupa atau cuma pura-pura sahaja.

“Kamu jangansebut nama tu depan mak lagi. Lupakan yang kamu pernah ada anakdengan dia. Mak tak suka” Latifah memalingkan mukanya ke arah lain.Darah panas menyerbu di hati apabila nama Amirul Asraf di sebut.

“Tak usahlah makbimbang lagi, Nurul dah pun jadi isteri Abang Mail yang sah. AbangMirul pun dah nak berkahwin tak lama lagi”

“Apa? Apa? Sicacat tu nak kawin? Huh! Siapalah yang buta nak berlakikan si cacattu” sinis kata-kata Latifah. Dia mencebikkan mulutnya.

“Ayuni, anak MakSenah lah mak, takkan mak tak ingat Mak Senah yang diam saja tu”Nurul Aliya cuba untuk mengingatkan Latifah tentang Senah.

“Senah yang manani? Mak ramai kawan nama Senah”

“Ala! Mak Senahisterinya Pak Kulub tu, yang tak banyak cakap tu. Mak ni, takkan tupun lupa” Nurul Aliya bersungguh-sungguh cuba memberi bayangan padaibunya.

“Mak rasa mak dahingat. Senah yang malam-malam hari datang rumah minta abah kamu copborang anak dia nak masuk asrama tu ya?” Latifah teringat kembalisiapa yang di maksudkan oleh anaknya.

“Betul lah tumak, anak dia yang satu tu lah yang nak kawin dengan Abang Mirul”

“Cari nahas keapa budak tu? Dahlah cacat, tak ada kerja pula tu. Memang carimasalah betul, dah kawin esok jadi macam kau dulu, tanggung biawakhidup dalam rumah tu”

“Tapi mak, AbangMirul nampaknya macam dah ada kerja, sebab masa kami jumpa dia tu,mereka sedang makan ramai-ramai di sebuah restoran yang agak mewahjugalah. Abang Mirul tu ada driver tau mak” terang Nurul Aliya.Semua yang berlaku pada malam itu rupanya diperhatikan dengan telitiolehnya.

“Lantak dia lahNurul, janji kau dah bahagia dengan Ismail. Kau jaga saja rumahtanggakau, jangan nak fikir lagi pasal budak cacat tu dengan anak dia.Lupakan semua tu” Latifah terus berlalu ke dapur. Dia malas untukterus mendengar cerita Nurul Aliya tentang bekas suaminya itu.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku