Kerana Dia Milikku
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1431

Bacaan






Haiza  sibuk  membersihkan  rumput  liar  yang  tumbuh  di  dalam  pasu  bunganya  manakala  Raina  pula  sibuk  membasuh  kaki  lima  rumah.  Masing-masing  asyik  dengan  kerja  yang  sedang  di  lakukan.

“Kak..”

Haiza  memandang  Raina. 

 “Bijak  juga  kepala  otak  perempuan  tu  kan”  ujar  Raina  pada  Haiza.  Rasa   geram  juga  kerana  Nurul Aliya  berjaya  mengelakkan  diri  dari  kerja-kerja  yang  disuruhnya. 

 “Akak  ni  sebenarnya risau, Nurul  tu  balik  rumah  mak  dia  tu  entah  dia  ada  bagitau  abang  ke  tak”  Haiza  meluahkan  kerisauannya.

“ Abang  kan  sayangkan  dia,  takkan  lah  abang  nak  marah  pula.  Lagipun  dalam  rumah  ni,  dia  tu  umpama  permaisuri  abang”

“Cakap  pasal  sayang  ni  kan,  kau  perasan  tak  abang  macam  dah  lain  sikit  dengan  Nurul  tu” 

 “Lain  macam  mana  tu  kak?”  batang  berus  di letakkan  di tepi  dinding.  Dia  menarik  kerusi  yang  berhampiran  dengan  Haiza.  Topik  perbualan  yang  diutarakan  oleh  Haiza  kelihatannya  agak  menarik. 

“Kau  tak  nampak  ke  pagi  tadi?  Abang  tu  terang-terang  marah  dengan  Nurul.  Pagi-pagi  buat  perangai,  tak  pasal-pasal  dapat  penampar  pecuma”  Haiza  teringat  kembali  rajuk  Nurul Aliya  yang  di pujuk  dengan  penampar  Ismail  sewaktu  dia  hendak  keluar  pag i tadi.

“Betul  juga  tu,  tapi padan lah dengan muka dia.. mengada sangat. Apa dia ingat abangtu suka melayan orang mengada-ngada macam dia tu? Huh!  Memang  tak  lah”

“Akak rasa macamada sesuatu yang sedang berlaku, tapi kita tak tahu” berkerutkening Haiza memikirkan sesuatu.

“Apa maksudakak?”

Haiza  memandang  Raina. Mata  merek a saling bertentangan.

“Abang dah jumpayang nombor empat!” mereka berkata serentak.

“Kalau betul lahsangkaan kita, memang padan muka betina tu kak. Puas hati saya”Raina tersenyum.

“Aik? Kamu takmarah ke kalau abang tambah satu lagi?” duga Haiza.

“Buat apa nakmarah kak, lagi saya suka adalah. Biar perempuan tu tau langit tutinggi ke rendah. Saya pun nak tengok juga perempuan tu merasa apayang kita rasa” Raina meluahkan rasa.

“Kalau nak diikutkan, Nurul tu tak bersalah pun. Dia tu jadi mangsa keadaan. Akakrasa kalau bukan Puan Latifah yang beriya-iya nak bermenantukanabang, budak Nurul tu pun tak ingin nak kawin dengan lelaki yang dahada dua isteri macam abang tu” Haiza mengeluarkan pendapatnya pula.

“Alah kak.. yangpenting memang dah dua-dua gatal” Raina masih mempertahankanpendiriannya. 

Kereta milik Ismailmasuk ke dalam pagar. Haiza dan Raina masih lagi duduk di kerusisambil bercerita tantang kemungkinan yang di fikirkan oleh merekabedua sebentar tadi. Mereka cepat-cepat mendapatkan Ismail. Haizamembukakan pintu untuk suaminya. Senyuman Ismail meleret.

“Sayang-sayangabang ni tengah buat apa tu?” matanya memandang rumput-rumput yangtelah di kumpulkan di tepi.

 “Tak ada apa bang,kami bersihkan pasu bunga dengan kaki lima ni saja” lembut danhalus suara Haiza menjawab pertanyaan Ismail.

“Abang tak jadikursus ke?” soal Raina pula. Dia mengambil beg yang ada di tempatduduk belakang kereta.

“Kursus tu dah dibatalkan. Mereka dah hantar email, tapi abang tak dapat email tu.Sampai sana saja tengok semuanya tutup. Bila baca nota yang di tampaldi depan pintu, memang betul kursusnya batal” bohong Ismail.Sebenarnya dia telah dapat cara yang lebih baik untuk mendapatkanAyuni.

 Kesian abangpenat memandu. Mari saya picitkan badan abang” Raina menarik Ismailmembawanya duduk di ruang tamu.

“Saya ke dapurbuatkan air” Haiza tersenyum memandang Ismail. Dia berlalu ke dapuruntuk mengambilkan air buat suaminya.

Ismail hanyamenurut. Tangan lembut Raina memicit bahunya. Dia rasa tenang danselesa sekali. Matanya di pejamkan. Wajah Ayuni muncul. Cantik, lemahlembut dan sangat menarik hatinya, dia benar-benar telah gila bayangdengan Ayuni sepertimana hatinya pernah jatuh pada Nurul Aliya. NurulAliya? Matanya terbuka luas..

“Mana Nurul?”Ismail memandang Raina.

 “Minum abang”Haiza menyerahkan segelas air sirap pada suaminya. Dia duduk disebelah kiri Ismail.

“Mana Nurul?”keluar lagi soalan yang sama. Kali ini di tujukan pada Haiza pula.

“Maaf abang,Nurul dah balik ke rumah mak dia lepas makan tengahari tadi” terangHaiza.

“Apa? Kenapa kamubedua biarkan dia keluar rumah ni tanpa izin aku?” Ismail mulaberang. Marahnya mula  memuncak.

“Kami dah larangbang, tapi abang taulah bini nombor tiga abang tu, degil, keraskepala.. bila bercakap dia saja yang nak menang. Kami tegah pun, adasaja alasan yang dia bagi” Raina terus mengadu.

 Lagipun saya adatanya sama ada dia ada beritahu abang atau tak, dia tak jawabpertanyaan saya” tunduk Haiza memandang lantai. Dia tidak sanggupuntuk melihat mata suaminya.

“Dia kata cumabalik rumah mak dia saja, bukannya dia pergi menggatal denganmana-mana jantan. Abang takkan marah punya” Raina menambahmembuatkan hati Ismail tambah mendidih.

“Dia ni memangdah melampau. Semakin aku layan baik dekat dia, semakin naik kepalapula ya. Memang nak kena ni” Ismail mengeluarkan talifon bimbitdari kocek seluarnya.

 Haiza dan Rainahanya mendiamkan diri. Mereka tidak mahu masuk campur kerana bimbangmereka pula yang akan di pukul oleh Ismail.

'Eh! Aku tak bolehtalifon Nurul di sana. Kalau mak dia tahu, lagi kecoh jadinya. Emm...apa kata aku minta izin menikah satu lagi dengan Haiza dan Rainadulu'

Ismail meletakkansemula talifon bimbitnya di atas meja. Dia tidak jadi untuk menalifonNurul Aliya. Dia kembali duduk di sofa. Wajah Haiza dan Raina dipandang silih berganti.

“Sayang-sayangabang...” lembut sekali suara Ismail.

Haiza dan Rainamemandang Ismail. Tangan mereka di raih lembut. Haiza dapat mengagakada sesuatu yang di inginkan oleh suaminya itu, begitu juga denganRaina.

“Kalau abangnak..emm..nak..” teragak-agak Ismail ingin menyuarakan hasrathatinya.

 Kalau abang nakkawin satu lagi, kami tak ada halangan bang. Kami setuju saja”pantas Raina menjawab apa yang ingin di sampaikan oleh suaminya. Diasudah dapat mengagak Ismail pasti akan meminta izin untuk kawin lagi.

Terkejut Ismailmendengar apa yang keluar dari bibir isteri keduanya itu. Memang ituyang ingin ditanyakan pada mereka berdua. Ternyata Haiza dan Rainasudah dulu dapat mengagak apa yang ingin di katakannya.

 Betul tu bang,saya memang tak ada halangan kalau abang nak menikah satu lagi. Kalauabang rasa abang mampu untuk beri nafkah pada kami, apa salahnya kan”tenang Haiza menyuarakan persetujuannya. Dalam diam dia sempatmemerli Ismail.

“Abang rasa abangmampu, Terima kasih sayang” Ismail mencium tangan Haiza kemudianRaina. Dia memeluk kedua isterinya. Rasa sangat bahagia dan beruntungkerana kedua-dua isterinya sangat memahami.

“Tapi yang nombortiga kami tak tahu. Abang tanya dengan dia sendiri lah ya” Rainamengingatkan Ismail tentang Nurul Aliya.

 Tak apa, yang tutak penting. Nanti pandailah abang uruskan dia. Oleh keranasayang-sayang abang dah buat abang gembira hari ni, apa kata kalauabang bawa sayang-sayang abang ni ke pekan? Abang nak belanjasayang-sayang abang ni makan, shopping dan jalan-jalan. Nak tak?”

“Betul ke bang?”Haiza merasa gembira. Sejak Ismail menikah dengan Nurul Aliya, diadan Raina sering di tinggalkan di rumah.

“Betul,sayang-sayang abang pergilah bersiap, abang tunggu” Ismailkegembiraan. Penat badan sudah tidak di fikirkan lagi, apa yangpenting isteri pertama dan keduanya tidak menghalang apa yang ingindi miliki. Pastinya Haiza dan Raina tidak akan menolak sekiranyabantuan mereka di perlukan.

Ismail memejamkanmatanya. Angan-angan untuk merampas Ayuni dari Amirul Asraf semakinnyata. Dia pasti, satu hari Ayuni akan jadi miliknya. Dia akanmenggunakan Nurul Aliya untuk memenuhi impiannya. Hanya Nurul Aliyayang dapat membantunya saat itu. Dia tidak menyangka, perjalananuntuk mendapatkan Ayuni tidaklah sesukar mana.

Ayuni.. kau akanjadi milikku. Si cacat tu memang tak layak dengan kau. Aku yang lebihlayak. Aku akam memilikimu walau apa pun yang akan terjadi. Aku dahsayangkan kau Ayuni, aku dah jatuh hati pada mu, kau takkan ku lepaskan lagi. Sekarang kau dah jadi matlamataku dan untuk kau si cacat aku akan pastikan kau terus hidup denganpenghinaan sepanjang hayatmu. Apalah nasib kau si cacat, orang-orang yang berkaitan denganmu.. semuanya jadi milikku. Kau sungguh malang!

 Ismail tersenyumsimpul. Matanya masih lagi terpejam. Dia enggan membuka mata walaupunseketika, dia bimbang wajah Ayuni akan lenyap dari pandangannya.

“Abang, kami dahsiap”

Ismail membukamata. Berdiri di hadapannya Haiza dan Raina. Masing-masing anggundengan baju kurung dan tudung di kepala. Terlihat cantik isteri-isterinya. Dia tersenyum. Ternyata dia memiliki wanita-wanitayang cukup sempurna.

Haiza dan Rainamasih memandang ke arah Ismail. Nampaknya Ismail mengelamun panjang.Ternyata Ismail sangat gila bayang dengan wanita yang bakal menjadiisteri keempatnya.

“Dah siap ke?”akhirnya Ismail tersedar dari lamunannya.

“Dah” Rainamenjawab. Dia memegang tangan Ismail. Mereka keluar bersama.

Ismail membukakanpintu penumpang di hadapan untuk Haiza dan kemudian membukakan pintudi belakang untuk Raina. Kereta meluncur keluar dari rumah. Di dalamkereta mereka  berbual mesra. Tiba-tiba Ismail menghentikankereta di tepi jalan besar.

“Sayang-sayangabang tunggu kejap ya. Abang nak pergi jumpa bapak mertua abang disana tu” telunjuk Ismail tegak menghala kepada seorang lelaki yangsedang duduk di kedai kopi sambil berbual  dengan beberapa orangkawannya.

“Encik Sukarmantu” Haiza memberitahu Raina sebaik sahaja Ismail keluar darikereta.

“Anak beranak tuada saja di mana-mana. Rimas saya. Tu tak ada lain, abang nak Nurulbalik rumah lah tu” cemburu Raina mula memutik.

 Sudahlah tu, kamujangan nak cemburu sangat. Abang tu kan dah buka mulut nak kawin lagisatu. Secara automatiknya dendam kita dah terbalas juga. Sakit hatikau tu dah terubat. Nurul akan terima apa yang kita pernah lalui”Haiza menyedapkan hati Raina.

“Betuljuga tu. Lepas ni, memang jadi  lahdia. Kita bedua dah sah-sah terlepas dari sepak terajang abang, sebabkita tak membantah. Tapi kak kalau Nurul tak membantah juga?” Rainamenyoal Haiza.

“Jangan jadibodoh Raina. Abang dengan Nurul tu baru kawin dua tiga bulan, kauingat senang-senang si Nurul tu nak izinkan abang kawin lain? Kau tudulu, dah empat lima tahun dengan abang, pun susah kau nak lepaskanabang kawin satu lagi, inikan pula dia.. kau fikir apa?” Haizakembali menyoal Raina. Keningnya diangkat-angkat. Rasa puas dihatinya. Sakit ketika Ismail menduakannya semakin terubat.

“Betul juga apayang akak cakap tu” puas hati Raina. Dia tersenyum.

Ismail masuk semulake dalam kereta.

“Maaf ya sayang”Ismail meminta maaf kerana meninggalkan Haiza dan Raina menunggunyadi kereta. Dia sengaja berjumpa dengan Sukarman di kedai itu,tujuannya adalah supaya Sukarman melihat dia keluar bersamaisteri-isterinya tanpa Nurul Aliya di sisi. Dia tersenyum sinis.


 “Abah” Ismailmencium tangan Sukarman.

“Kamu dari manani Mail?” soal Sukarman pada menantunya.

“Saya nak bawaisteri-isteri saya bejalan-jalan makan angin” jawab Ismail mesra.

“Kau nak minumMail?” soal Pak Hamid.

“Tak apalah PakHamid, saya nak cepat ni. Ternampak abah di sini, tu yang berentisekejap nak bertanyakan khabar” terang Ismail.

“Dua saja dalamkereta tu. Satu lagi mana?” soal Pak Hamid lagi. Dia memandang kearah kereta Ismail yang terletak di seberang jalan. Sukarman jugamemerhatikan kereta Ismail.

“Nurul balikrumah abah kan? Tu yang tak dapat bawa dia bersama” Ismailmemandang Sukarman.

“Iya ke? Abah taktau pula. Abah keluar dalam jam 3.00 tadi, lepas mesyuarat melepak disini. Jadi abah tak tau kalau Nurul ada di rumah” terang Sukarman.

“Saya punsebenarnya tak tahu Nurul tu balik rumah abah. Saya ni, pagi tadikononnya nak pergi kursus, tapi dah sampai sana mereka kata batal, tuyang saya balik semula. Bila sampai rumah yang ada cuma Haiza danRaina saja, Nurul tak ada. Tau-tau Haiza kata Nurul dah balik rumahmak dia, saya nak kata apa lagi kan” Ismail cuba memutikkan rasabersalah di dada Sukarman.

“Maksud kamu,Nurul keluar rumah tanpa keizinan dari kamu?” soal Sukarman. Diamemandang Hamid yang duduk di sebelahnya. Terasa sedikit malu dengankelakuan anaknya.

“Saya tak tahuabah, sampai rumah jam 5.30 tadi Nurul tak ada di rumah” Ismailmengeleng.

“Sekarang ni dahjam 6.30 petang, Tak apalah, nanti lepas isyak abah sendiri akanhantar Nurul balik ke rumah kamu” janji Sukarman.

“Iyalah, sayapergi dulu abah, Pak Hamid” sekali lagi Ismail bersalaman denganSukarman. Dia melangkah pergi dengan senyuman. Dia tahu, Sukarmanpasti akan membawa Nurul Aliya pulang ke rumahnya. Cermin mata hitamdi kenakan kembali. Dua isteri sedang menunggunya.


 “Siapa nama bakalmadu baru kami tu bang?” Raina cuba untuk berbual dengan suaminya.

“Ayuni” ringkasjawapan Ismail.

“Ayuni? Sedapnama tu. Orang mana?” Haiza pula cuba menarik perhatian Ismail.

“Kampung sebelahsaja”

“Dekat tu, senanglah urusan meminang nanti” Raina pula bersuara. Tujuannya tetapsama, untuk menarik perhatian Ismail.

“Mesti cantik kanpilihan abang tu” Haiza juga terus memancing mood Ismail.

“Mestilah, kalaupandang mata tak berkelip tau. Abang dah sayang sangat pada dia”terang Ismail. Tangannya menyapu dada.

“Bilaagak-agaknya abang nak temukan kami dengan Ayuni tu? Supaya kamiboleh bincang dengan dia untuk proses peminangan” Haiza menambah.

“Emm... abang takpasti lagi, nantilah kalau dah sampai masanya, abang akan beritahusayang-sayang abang ya”

“Ayuni tu anakdara ke janda?” pertanyaan Raina membuatkan Ismail terkedu.

Ayuni tu tunang orang! Ismail menjawab dalam hati.

“Abang?” Rainamasih menunggu jawapan suaminya.

 Ayuni tu seorangguru, dia masih belum berkahwin. Anak dara” jawab Ismail tenang.Dia tidak akan sesekali memberitahu mereka yang Ayuni sebenarnyatelah bertunang dengan orang lain. Dia akan merampas Ayuni dari sicacat tu.

“Emm.. anak daralagi.. cikgu pula tu. Pandai abang memilih” puji Haiza.

“Entahlah..pertama kali abang nampak Ayuni tu, jantung abang ni berdegupkencang. Rasa nak pandang terus mukanya. Memang dia tak secantikbetina derhaka yang satu tu, tapi dia manis. Tak jemu mata memandang”cerita Ismail bersungguh-sungguh.

“Mungkin ada dayapenariknya tu, sebab tu abang boleh jatuh cinta pada dia” Haizamemandang Ismail.

“Ayuni tu tau keyang abang ni dah ada tiga isteri?” soal Raina tiba-tiba.

“Tak.. Ayuni taktahu” terang Ismail.

“Kalau macam tu,abang kena berterus terang dengan dia, supaya tak ada masalahdibelakang hari nanti” nasihat Raina. Dia merasa hairan, mengapakali ini Ismail tidak berterus terang dengan Ayuni tentangisteri-isterinya. Dia mengagak mungkin awal-awal lagi Ayuni telahmemaklumkan kepada Ismail yang dia tidak mahu bermadu. Sebab itulahIsmail tidak memaklumkan bahawa dia mempunyai tiga isteri.

“Abang sayangAyuni, kalau boleh abang nak cepat-cepat memilikinya” Ismailbersuara tiba-tiba.

Raina terdiam.Soalan yang menggunung di kepalanya menjadi kosong mendengar luahanhati suaminya. Dia merasa Ayuni akan lebih di sayangi oleh Ismail.Dia seorang yang berkerjaya dan pastinya cerdik. Rasa cemburu Rainapada Nurul Aliya mula berkurangan dan diam-diam rasa cemburu padaAyuni mula menular ke seluruh fikirannya.

“Abang..” Haizamemandang Ismail.

“Iya sayang”

“Kalau abang dahkawin dengan Ayuni, abang tolong jangan tinggalkan Iza. Dalam duniani, Iza dah tak ada sesiapa lagi selain abang” Haiza sayu.

“Eh! Apa yangsayang cakap ni? Bila masa abang kata nak tinggalkan sayang?”soal Ismail. Tangan Haiza di raih lalu diletakkan di dadanya. Rainapelik dengan kelakuan madunya yang satu itu.

“Tadi abang kata,abang belum beritahu Ayuni tentang kami. Jadi pada fikiran Iza,mungkin Ayuni tak mahu bermadu. Kalau benar apa yang Iza fikirkan ni,nampaknya abang kena lepaskan kami bertiga” Haiza meluahkan apayang terbuku di hati. Raina melopong. Ternyata apa yang difikirkanolehnya sebentar tadi telah diluahkan oleh Haiza.

“Tak sayang,bukan sebab tu. Abang takkan tinggalkan sesiapa pun. Iza, Raina danNurul tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila” terang Ismail.

“Habis Ayunimacam mana?” soal Raina pula.

“Pasal Ayuni,nanti abang ceritakan. Kita pun dah sampai ni, kita solat maghribdulu, lepas tu kita makan dan shopping senangkan hati, okey” Ismailmemandang Haiza. Dia sempat mengenyitkan matanya pada Raina di tempatduduk belakang melalui cermin pandang belakang. 




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku