The Time We Were Not In Love
Bab SINOPSIS
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
220

Bacaan






Hai semua, sebenarnya cerita ni dah pernah saya kongsikan kat Ilham ni tapi saya ambil balik cerita tu dah buat balik sebab dalam cerita yang terdahulu ( mungkin ada segelintir yang dah baca cerita tu ), cerita tu sangat kebudak- budakkan ( saya tulis masa umur 16 tahun. Sekarang saya 24 tahun hehe ), selain kebudak- budakkan, terdapat juga banyak kesalahan ayat, tatabahasa dan juga ejaan dan macam membosankan sedikit ceritanya. Lepas tu cerita tu macam tak masuk akal sikit. So, saya buat balik dan lakukan banyak perubahan dari segi nama watak dan jalan cerita. walaupun jalan cerita macam sama tetapi ianya sangat- sangat jauh berbeza dengan versi yang terdahulu. Apa yang kurang, mohon tegur. Enjoy.




SINOPSIS

“ Saya benci perempuan berkaki pendek dan kecil yang berkelakuan macam lelaki..its make me sick and annoying. Its so ugly..macam saya nak angkat buang dia kat longkang je. Pompuan ni sepatutnya dilahirkan dengan sikap lemah- lembut dan cantik. kalau pompuan, buat macam cara pompuan lah. Saya tak akan teragak- agak berkasar ngan perempuan separuh siap macam dia..spesies macam dia ni patut pupus. Menyemak dan memalukan kaum perempuan. Nevermind lah..she is not my taste. My dream girl must look alike a supermodel. Must perfect!” – L

“ kamu cantik apabila menjadi diri sendiri.” – Dr. JR

“ awak ialah perempuan..apa pun yang awak lakukan dan macam mana pun perangai awak, sifat keperempuanan tu tetap kelihatan” – Amirul

“ macam mana pun sikap, perangai dan penampilan awak..saya tetap terima awak apa ada nya sebab saya tahu, awak ialah perempuan dan sentiasa cantik dan menarik di mata saya.” – Niel

“ perempuan separuh siap macam awak tidak layak untuk mana- mana lelaki kacak. Tolong malu sikit.” – Jesica

“ saya bukan sengaja nak jadi seperti ni..saya pun nak kaki yang panjang jugak..nak ketinggian macam supermodel, kaki yang kurus cantik dan panjang. Gara- gara saya pendek, saya tidak dapat menjadi cantik seperti perempuan lain. Saya pakai apa pun tetap kelihatan pelik dan tidak cantik. Saya nak kaki yang panjang!” – Beby

Beby, pelajar diploma yang mengambil kursus Medical technologist, merasa ketinggiannya yang sekadar 149cm adalah kekurangan terbesar bagi dirinya. Kerana pendek, dia merasa dirinya tidak cantik. Pakai apa pun tetap tidak cantik. Buat macam mana pun tetap tidak cantik. Oleh kerana terlalu merasa dirinya sangat tidak cantik, dia lupa untuk bersyukur sehingga mendorong dirinya untuk memberontak dengan fizikalnya yang dianggap sangat- sangat tidak sempurna baginya.

Mohd. L Akimi, dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan tetapi dia bernasib baik kerana memiliki hampir kesemua kesempurnaan untuk menjadi seorang lelaki yang diminati ramai. Dia sebenarnya sangat mengagumi kesempurnaan dan keindahan wanita tetapi disebabkan dikhianati oleh perempuan yang paling dia sayangi dan kagumi, dia berubah menjadi seorang pemarah, pembuli dan menjadikan perempuan yang kasar dan kurang ajar ini sebagai musuh utamanya.

Beby, yang merasa dirinya tidak layak untuk mencintai dan dicintai, tidak pernah menyangka akan jatuh hati pada jurulatih sendiri yang berhati malaikat. Kerana tidak pernah ada pengalaman dan ini merupakan cinta pertamanya, Beby telah meletakkan sepenuh harapan pada cinta pertamanya dan terlalu percaya ia akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat telah menjadi satu kesilapan yang sangat besar dalam hidupnya kerana hilangnya cinta pertamanya hampir membuat hidup Beby tenggelam dalam kegelapan. Dan walaupun L sama sekali tidak ada kaitan dengan hidup gadis itu dan telah sedaya- upaya untuk mengelak tetapi dia selalu saja terheret dan terlibat dalam semua masalah gadis itu sehinggalah satu peristiwa dimana L telah mengadaikan nyawa untuk Beby kemudian menghilangkan diri tanpa ada siapa yang tahu dia dimana.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku