The Time We Were Not In Love
BAB 2 Lelaki Tak Guna!
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
120

Bacaan






IMAGO SHOPPING COMPLEX

           Dari jauh, kelihatan L dan sahabatnya Amirul sedang berpusing- pusing mencari  parking yang kosong. Petang ni, seperti yang sudah dipersetujui, Beby akan datang menemui mereka untuk belanja mereka makan tapi Beby tidak tahu yang L merancang lebih dari itu. Memang sengaja nak kelentong anak orang kaya yang naïf itu untuk menyuruhnya membayar yuran pengajiannya yang belum dibayar. PTPTN memang ada tapi mereka tidak diberi pinjaman sepenuhnya jadi terpaksa bayar separuh juga dengan duit sendiri. Beby pula ingat dia sudah berjaya membuat L tutup mulut. Beby juga tidak menyangka yang presiden pelajar itu boleh makan rasuah. L memilih Amirul untuk menemaninya petang itu. Rancangannya, lepas Beby belanja makan, baru dia ugut balik gadis itu agar bersetuju membayar yuran pengajian untuk semester itu.

       Agak susah mencari  parking di sekitar shopping mall itu terutamanya pada waktu seperti ini kerana ramai orang suka keluar pada waktu petang. Para pekerja juga sudah mulai balik dari tempat kerja dan singgah membeli- belah di shopping mall itu menyebabkan semua tempat letak kenderaan penuh. Puas mencari  parking tapi belum juga ada yang kosong.

“ eh!! Kenapalah mesti sekarang ni yang takde parking! Kita letak sini je lah.” Keluh L dengan geram. Kereta yang dia guna sekarang ni kereta ibu dia. Dia pinjam. Dikesatnya peluh yang menitis dari dahi. Haih..hairan. Kereta ni ada aircond, masih juga berpeluh? Amirul memandangnya.

“ kita pergi tempat lain je lah L..memang Imago ni tak pernah tak sesak. Kalau awak nak sini juga, kita parking kat atas tu.” Amirul memberi cadangan.

“ gila.. parking kat atas tu kena bayar. Tak naklah..aduhh..bengang sangat ni! Pening kepala pusing- pusing cari parking kosong.” Semakin lantang pula suara L membantah cadangan Amirul.

“ dari awak je lah.. dah nampak sini takde  parking, nak juga sini.” Omel Amirul yang mula geram apabila mendapati L langsung tidak mahu mendengar kata- katanya. “ letak sini je lah.” L bekeras mahu meletakkan keretanya di tepi laluan keluar masuk kenderaan kerana sudah putus asa mahu mencari  parking yang kosong.

“ jangan L..nanti kita kena saman. Kita mana ada duit banyak nak bayar saman ni.” Amirul menghalang niat L lagi. Dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah. Sudahlah kereta tersebut bukan kereta L. Walaupun mungkin tak mahal sangat saman tu tapi tak ke membazir duit juga namanya tu? pon! pon! pon! tiba- tiba kedengaran kereta lain membunyikan hon. L dan Amirul menoleh ke belakang.

“ nah kan..kita dah halang laluan kereta lain! Cepatlah jalan.” Amirul memberi arahan kepada L.

damn!”

           Beby menghentak stereng keretanya dek kerana terlalu geram. Hari- hari jamm! Bentak Beby seorang diri. Inilah keadaan yang paling dia benci apabila memandu. Hmm..yalah, macam mana tak jamm kalau makin hari bilangan kereta semakin bertambah. Semua orang pun dah ada kereta masing- masing. Kerajaan galakkan untuk berkongsi kenderaan atau menaiki kenderaan awam untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi nampaknya orang awam lebih suka menggunakan kenderaan sendiri kerana lebih selesa dan senang nak bergerak pergi mana- mana. Termasuk sayalah tu..serta- merta bibirnya tersenyum sendiri apabila menyedari dia sendiri pun tergolong dalam golongan yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri. Namun, dia tidak akan menolak sekiranya disuruh menaiki bas awam.

        Kira- kira 5 minit terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, trafik pun kembali lancar. Fuhh..Beby menarik nafas lega tetapi tiba- tiba menjadi bengang kembali apabila teringat akan L. Ayah L berkerja di syarikat milik keluarga Beby iaitu Crown group. Syarikat automotif ini ditubuhkan oleh arwah Datuk Ronal tetapi setelah dia meninggal dua puluh satu tahun yang lalu, ibunya lah yang telah mengambil alih syarikat automotif itu. Walaupun ayah L berkerja di syarikat keluarganya, Beby tidak kenal sangat dengan L dan keluarganya. Setelah sampai di Imago, Beby terus naik ke tempat letak kereta. Tidak susah nak cari parking kalau di Imago ni sebab di atas tempat parking ni ada sensor. Kalau parking tu kosong, lampu warna hijau. Kalau parking kat luar bangunan Imago memanglah susah nak dapatkan parking sebab semua orang pun nak yang free je kan. Keluar saja Beby dari dalam perut kereta, dua orang jejaka menghampirinya. Wahh...mereka berdua ni ada ilmu ke? Boleh pula tahu saya parking kat sini..omel Beby.

“ lambatnya sampai..janji kita jam berapa? Ni dah jam berapa ni?” L terus menengkingnya sejurus saja Beby keluar dari dalam kereta. Setelah tidak berjaya mendapatkan parking percuma, L tiada pilihan lain selain memarkirkan keretanya di tempat letak kereta di dalam bangunan Imago itu. Terpaksalah bayar.

“ eh, bukan lambat berjam- jam pun. Sabarlah sikit..kebulur sangat dah ke?” jawab Beby pula dengan geram. Dia lewat beberapa minit saja pun.

“ yalah..memang dah lapar ni. Cepatlah.”

“ awak ingat saya kisah ke kalau awak lapar ke nak mati ke..tak kisah pun. Nah..ambik ni..pegi makan.” Beby terus mengeluarkan not rm100 dari dalam dompetnya dan menghulurkan wang itu pada L.

“ rm100 je? Awak ingat kita nak pegi makan kat mana? Kedai mamak? Kita ada tiga oranglah!”

“ bertiga? Korang berdua je..saya bagi duit je..sape nak pegi makan ngan awak? Gila ke. Nah..ambik ni..cepatlah.” L langsung tidak mengambil wang itu daripada tangan Beby. Dia tidak puas hati sebab Beby bagi rm100 saja kot.

“ rm100 je awak bagi? Tak nak..tak cukup.” L memeluk tubuhnya. Beby mengetapkan bibirnya. Geram. Lelaki ni memang mata duitan.

“ ahh..tak nak sudah..tak payah.” Beby memasukkan wangnya kembali ke dalam dompetnya dan mengeluarkan kunci keretanya tanda dia dah nak pergi dari situ.

“ weii pendek! Nak kemana tu? Belum selesai lagi ni!”

“ nak baliklah..awak cakap tadi tak nak.” L tersengih. Sinis. Kurang ajar! Lain yang dirancang lain pula jadinya!

“ baiklah..duit belanja makan tu tak payah..tapi awak bayar yuran semester saya.”

Huff! Terbeliak besar mata Beby mendengarnya. Apa si mata duitan ni cakap? Beby memandang ke arah L. “ apa awak cakap?” Beby menghampiri L kembali.

“ bayar yuran semester sayalah pekak.”

“ bayar yuran awak? Awak suruh saya yang bayar? Heh..” Beby tergelak kecil tidak percaya apa yang baru dia dengar dari mulut L.

“ bayar atau semua masalah awak kat kolej saya bagitau kat mak yang paling awak sayang tu. Pilih..jangan tak pilih.”

“ jangan nak kurang ajar sangat..awak jangan nak melampau sangat ngan saya ya..awak ingat saya ni bodoh sangat nak ikut semua apa yang awak cakap? Memang sial lah kau ni pembuli! Perasan sangat hensem! Puik! Dah lah muka tu macam bontot kuali..perangai pula macam kimak! Orang macam kau ni memang saya tak hairanlah sial! Mohon orang macam awak ni cepat- cepat mampus!”

Dek kerana terlalu geram dengan sikap L yang memaksa dan mengugutnya, Beby yang sudah hilang sabar terus menghamburkan kata- katanya tanpa memikirkan ia kurang ajar atau sebaliknya. Pedulilah..yang penting dia puas hati. L dan Amirul terdiam seketika mendengar kata- kata Beby sebentar tadi. Wajah L terus bertukar menjadi merah. Mungkin malu dan rasa terpukul dengan makian Beby tadi. Tanpa L sedari, tangannya secara automatik diangkat dan mahu menampar gadis biadap itu tetapi belumpun sempat tangan L yang sasa mendarat di pipi Beby, seseorang telah menahan tangan L. Mereka bertiga tersentak.

“ awak ni syaitian dari mana lagi hah? Jangan nak menyibuk hal orang!” dengan mata yang berapi- api, L menarik tangannya dari cengkaman lelaki itu.

sorry..terpaksa masuk campur sebab pompuan yang awak nak tampar ni ialah girlfriend saya.” jawab lelaki tadi sambil mendekatkan dirinya pada Beby. Beby terkebil- kebil. Dia sendiri pun tidak kenal dengan lelaki ini. L dan Amirul berpandangan.

boyfriend? Dia girlfriend awak? Ha ha ha ha..kelakar betul ha ha ha..pompuan separuh siap macam dia pun ada boyfriend juga? Adeiii..ni lawak ha ha ha ha..malang..malang.” tawa L terus meletus. Geli hatinya apabila mendengar kata- kata lelaki tadi. Perempuan macam Beby pun ada boyfriend juga?

“ kenapa? Awak jangan nak hina- hina dia. Luarannya memang macam ni tapi hatinya baik macam malaikat. Orang yang tak kenal dia je yang akan cakap buruk pasal dia. Sekarang baik awak berdua berambus sebelum saya patah- patahkan leher awak berdua.” Lelaki tadi memberi amaran kepada L. Buntang mata L mendengarnya. Hatinya amat sakit ketika ini kerana sudahlah rancangannya tidak berjaya, kena maki oleh Beby lagi dan sekarang boyfriend nya pula . L mengalihkan pandangannya pada Beby dengan tajam.

shit! Awak ingat awak dah menang? Tunggu apa saya nak buat nanti!” L terus masuk ke dalam keretanya diikuti oleh Amirul lalu memecut meninggalkan tempat itu. Bunyi keretanya betul- betul membingitkan telinga. Beby mengenggam penumbuknya. Kau ugut lagi? Tak kisahlah! Apa nak jadi, jadilah! Kalau L bagitau mentor dan ibunya pun bagitau je lah! Beby betul- betul sudah tidak kisah kali ini. Biarlah semua orang tahu yang dia pelajar bermasalah! Biarlah..dia sudah bersedia menerima apa- apa hukuman kali ini. Tiada gunanya berbincang dengan lelaki mata duitan macam L.

“ awak ni sape? Tiba- tiba masuk campur..busybody! nak cari nahas ke? Nak kena belasah ngan samseng taik minyak tu?” Baby menengking pula lelaki tadi. Ahh..mulut Beby ni memang tidak tahu sopan santun. Orang sudah tolong, ditengkingnya pula.

“ bukan saya yang kena belasah..tapi awak.” Jawab lelaki itu tenang sambil tersenyum. Ada lesung pipit di pipi kirinya.

“ tu pun kalau dapatlah..tapi rasanya saya belum perlukan pertolongan.” Dengan angkuhnya Beby mnjawab tetapi lelaki tadi tetap tersenyum.

“ baguslah kalau macam tu..tahu nak pertahankan diri.”

“ saya tak minta pujianlah. Yang awak mengaku boyfriend saya tu kenapa? Bila masa pula saya jadi girlfriend awak?”

“ aha..sorry lah kalau awak tak suka..saya cuma nak tolong. Saya tak suka nampak lelaki layan pompuan macam tu. Kenapa? Lelaki tadi boyfriend awak ke?”

i don’t need a boyfriend okey.” Beby menjawab sambil marah- marah.

“ owhh..okeyy..sorry..saya Niel..awak?” selamba saja lelaki itu memperkenalkan namanya walaupun Beby tidak bertanya.

“ Deyanna. Ok, rasanya saya tahu apa yang awak nak..awak ni duit kan? Sebab dah tolong saya dan awak rasa saya ni terhutang budi kat awak dan saya patut bagi upah kan?”

“ cik Deyanna, saya ikhlas tolong tadi. Saya tak minta apa- apa balasan pun.” dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, Niel menolaknya dengan ikhlas. Belum sempat Niel bertanya lagi, Beby sudah pun masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur pergi. pedulilah! Saya tak kenal awak pun..tak payah nak rasa terhutang budi sangat..dia yang sendiri datang tolong. Bukannya saya yang suruh. Huh! Beby terus berlalu tanpa mempedulikan Niel yang masih tercegat disitu.

Rumah L        

         En. Johan melabuhkan punggungnya diatas sofa. Mencecah sahaja punggungnya di atas sofa, isterinya terus datang sambil menantang dulang berisi air sejuk lalu diberikannya pada suaminya yang baru sampai. En. Johan terus meneguknya dengan rakus sehingga kedengarn bunyi air berlumba- lumba memasuki kerongkongnya. Nampaknya dia benar- benar dahaga. Hari ini dia awal sikit balik dari kerja. Selalunya dia akan sampai di rumah kira- kira pukul sembilan malam. Dia juga sangat jarang ada dirumah sebab sering ke luar negara atas urusan kerja. Maklumlah..dia pun cuma makan gaji. Dek kerana kesibukkannya itu, dia sering kali tidak ada dirumah untuk menjadi seorang ayah dan suami. Dia sebenarnya seorang suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab tetapi dia kini terlalu taksub mengejar kemewahan sehingga lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

“ awal abang balik hari ni.” Puan Hasni segera duduk di sisi suaminya lalu menolong melonggarkan tali leher suami kesayangannya itu.

“ awal..bos sengaja suruh balik awal..sebab tahulah..saya ni jarang sangat ambil cuti. Lagipun, ada staff baru masuk..taklah sibuk sangat. Anak- anak belum balik lagi ke?” En. Johan meneliti setiap inci ruang rumahnya yang mula dipenuhi dengan perabot- perabot dan perhiasan mewah hasil daripada titik peluhnya. Anak- anaknya tidak kelihatan.

“ Oxi sibuk ngan kerja..L tu hurmm..entahlah bang. Budak tu jarang lekat kat rumah. Lepas kuliah dia terus pergi kelas nyanyian dan tarian tu.” Jawab Puan Hasni. En. Johan terdiam. Sebenarnya dia marah sangat apabila mengetahui L mengambil kursus nyanyian dan tarian lagi. Entah apalah yang dia harapkan dengan nyanyian dan tarian itu. Bukannya boleh kaya pun. sudah berkali- kali juga mereka menentang cita- cita L yang dianggap sia- sia itu tetapi sikit pun L tidak endah.

En. Johan mahu L mengambil kursus perakaunan tetapi L mengambil kursus medical laboratory pula. Dia suruh L masuk tingkatan 6 dulu tapi L pergi masuk kolej pula. Lepas tu, L pandai- pandai pula mengambil kursus nyanyian dan tarian tanpa berbincang dengan ayahnya terlebih dahulu. Yalah..yang tanggung semua nanti ayahnya juga...L bukannya ada duit sendiri nak bayar itu ini. Katanya, selain nak jadi MLT ( medical laboratory technology), dia juga mahu menjadi penyanyi. Pening kepala En. Johan apabila memikirkannya.

“ yang, cubalah nasihatkan anak kita tu..degil sangat.”

“ sudah bang..dah banyak kali pun saya tegur tapi dia tetap tak nak dengar..katanya jadi penyanyi pun boleh kaya juga kalau ada bakat.” Puan Hasni memberitahu suaminya apa yang L cakap pada dia dulu ketika dia menegur anak bongsunya itu pasal kursusnya yang sia- sia.

“ heii..susah juga ada anak macam dia tu. Bazir duit je suruh dia sambung belajar..sudahlah ambil kursus yang tak laku. Tak payah sekolah tinggi- tinggi kalau nak jadi penyanyi pun boleh jadi juga. Pengemis kat tepi jalan tu pun kalau ada bakat boleh jadi penyanyi juga. Betul- betul bazir duit.” Luah En. Johan dengan nada kecewa. Pernah juga dia dan L bertikam lidah gara- gara dia menentang cita- cita L. Selepas insiden itu, L sepertinya menjauhkan diri darinya.

“ sudahlah tu bang..kita doakan ajelah yang terbaik untuk dia. Bang, awal balik hari ni kan? Temankan ayang shopping barang dapur boleh? Dah lama kita tak jalan sama- sama.” Puan Hasni memaut lengan suaminya.

“ boleh..nanti sediakan baju abang dulu. Abang pergi mandi.”

******

       Beby menjeling jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah petang. Ini bermakna, library akan ditutup pukul lapan nanti. Beby segera mengemas buku- buku yang dibacanya lalu mengembalikannya ke tempat asal. Jangan ingat Beby yang nakal ini bukan ulat buku. Pada masa cuti atau ketika masa lapang, dia dan kakak angkatnya Yana lebih suka menghabiskan masanya membaca buku di perpustakaan. Pendek kata, biar nakal biar berakal. Beby pun melangkah keluar dari perpustakaan lalu menuju ke arah keretanya. Baru saja dia hendak masuk ke dalam kereta, Beby dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat. Dia cepat- cepat menoleh. Ah, rupa- rupanya hanya sekumpulan budak lepak sedang bergaduh. Beby mencebikkan bibirnya lalu masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin dan meluncur meninggalkan tempat itu tetapi tiba- tiba seseorang dicampak betul- betul di laluan kereta yang yang sedang dipandu oleh Beby. “ ohh mak kau!!” Beby yang terkejut setengah mati sempat menekan brek dengan kelam- kabut sehingga bunyi tayar keretanya kedengaran. Hampir- hampir Beby terhantuk pada stereng keretanya kerana menekan brek secara mengejut.

       Tindakan budak- budak lepak tadi yang tiba- tiba mencampakkan mangsanya ke arah laluan kereta yang sedang dipandu oleh Beby betul- betul membuatnya terkejut separuh mati. Ya Allah! Apa mereka buat ni? Kurang ajar punya samseng! Bentak hati Beby dengan panas lalu terus keluar dari dalam keretanya. Dengan hati yang panas membara, Beby terus menerpa ke arah tiga orang jejaka yang sedang bergembira melihat mangsanya menggelupur kesakitan.

“ oi samseng! Apa yang korang buat ni hah? Saya bukan nak masuk campur urusan korang ea tapi kenapa korang campak dia ni depan kereta saya? tak nampak ke saya tengah drive tadi? Kalau saya terlanggar dia macam mana?”

Tanpa rasa takut akan keselamatan dirinya, dia terus memarahi budak- budak lepak tadi. Tangan Beby kelihatan bergegar sedikit bukan kerana takutkan budak- budak lepak itu tetapi terkejut dan takut kalau- kalau dia terlanggar orang yang dicampak di laluannya tadi itu. “ wahh! Supergirl! Ada yang membela nampak.” Seorang daripada mereka bersuara dan menghampiri Beby.

“ awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya dah cakap kan saya bukan nak campur urusan korang..saya cuma marah sebab korang campak dia ni depan kereta saya..kalau saya terlanggar dia macam mana? Tentu saya terlibat sama kan?”

“ kami pun harap- harap dia kena langgar tadi ha ha ha ha.” Berdekah- dekah pula kumpulan samseng itu ketawa mendengar kata- kata Beby.

“ suka hati korang tapi jangan suruh saya yang langgar..saya tak nak terlibat sama.” Beby yang memang jenis tidak kisah pasal orang lain terus memberi amaran.

“ hmm..sebenarnya kami bukan nak bunuh dia pun...kami cuma nak bagi pengajaran je kat dia ni sebab angkuh dan berlagak sangat..dan satu lagi ye budak tecik, kami bukan samseng! Nice to meet you.” Jawab salah seorang daripada mereka yang Beby kira sebagai ketua mereka kemudian ketiga- tiga lelaki tadi masuk ke dalam kereta mereka yang diletakkan berdekatan disitu dan terus berlalu pergi tanpa mempedulikan orang yang mereka belasah itu.

“ heiiii! Hei ! takkan korang pegi macam tu je? Macam mana ngan dia ni? Aduhh!” jerit Beby tapi lelaki- lelaki tadi terus meluncur pergi tanpa mengendahkannya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku