The Time We Were Not In Love
BAB 3 Menyusahkan betulah!
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






“ Aduhh..macam mana ni? Kalau orang nampak..mesti saya yang kena tuduh!” Beby termangu- mangu sendirian tidak tahu apa dia harus lakukan sekarang. Tolong atau biarkan saja. Tolong ke tidak? Tolong ke tidak? Aigoo..pedulilah kan..bukan juga saya kenal pun. Nanti kalau saya tolong saya pula yang dapat masalah nanti. Entah- entah lelaki yang sedang menggelupur kesakitan ni pencuri kot sebab tu kena belasah..atau pun dia rampas isteri orang ke..eh, biarlah. Memikirkan semua itu, Beby mengambil keputusan untuk terus berlalu saja dari situ namun belum pun sempat dia mengangkat kakinya, tak semena- mena pergelangan kakinya ditangkap oleh lelaki yang sedang kesakitan itu. Beby menjerit kuat kerana terlalu terkejut. Hampir jatuh jantungnya.

“ Diana..jangan pergi.”

Huh? Dia panggil saya Diana? Ya..memang namanya Deyanna Gracia tapi semua orang memanggilnya Beby. Siapa dia ni? Mahu tidak mahu, terpaksa juga Beby melihat siapa yang sedang menggelupur kesakitan itu. Kenapa dia panggil saya Diana? Dia kenal saya ke? Beby meneliti wajah lelaki tersebut. Tiba- tiba, jantungnya kembali berdegup kencang! Gila! Biar betul ni? Apa yang terjadi? Lelaki yang kena belasah teruk itu rupa- rupanya ialah L. Apa yang L telah lakukan sampai kena belasah teruk macam ni? Terbeliak besar mata Beby melihatnya.

“ eii..kacang panjang..awak ke tu? Hei!” Beby yang masih ragu- ragu bersuara tetapi L tidak lagi menyahut. Wajah kacak L dipenuhi pasir dan kotoran. Bibirnya luka dan berdarah. Ada juga kesan darah mengalir dari hidungnya. Wajah kacaknya tidak lagi kelihatan ketika ini.

“ hoi L..awak dengar ke tak? Kalau dengar bangunlah sendiri..bukan ke awak ni hebat? Takkan diri sendiri pun tak dapat tolong.” Apabila mendapati bahawa lelaki yang sedang kesakitan dihadapannya ini memang benar adalah L, Beby serba- salah pula nak tolong atau tidak..sebab L ni selalu menyusahkan hidup Beby dan juga sering membulinya. Setelah beberapa minit L tidak juga bangun- bangun, mahu tidak mahu, Beby terpaksa membantunya untuk bangun walaupun hatinya kuat mengatakan tidak mahu menolong L.

“ kenapalah awak ni bodoh sangat? Berlagak kuat tapi samseng kurus kering macam tu pun awak boleh kalah..buat malu je..sini saya tolong!” Beby sempat lagi mengomel ketika membantu L untuk bangun. Dia memapah L masuk ke dalam keretanya.

“ uhukk..uhukk..uhuu.kk..” L terbatuk- batuk.

Ouch! Bau arak! Nafas L bau arak! Eiiii! Lelaki tak guna ni mabuk pulak! Beby menolak kepala L dan menutup pintu keretanya sambil marah- marah.

“ mabuk? Minum arak? Ouch..aduhh..betul- betul tak sangka..student paling cemerlang kat kolej yang jadi idol semua orang ni rupa- rupanya minum arak?” Beby yang hampir tidak percaya mengipas- ipas wajahnya kerana terlalu panas hati dengan L. Dia betul- betul tidak menyangka yang lelaki digelar lelaki paling sempurna di kampusnya itu rupa- rupanya minum arak. Kalau saya tahu tadi, dah tentu saya biarkan awak mereput kat situ. Bebel Beby tidak henti- henti. Panas sungguh hatinya. Islam kot! Eii..Islam hanya pada kad pengenalan rupanya si L ni. Dengan amarah yang belum lagi habis, Beby terus masuk ke dalam keretanya, menghidupkan enjin dan terus meluncur meninggalkan tempat itu.

“ kenapalah saya tolong si bodoh ni..patut biarkan dia je tadi..aduii..kenapalah saya tak langgar je dia tadi?” sepanjang perjalanan, Baby terus membebel tidak henti- henti. Menyesal betul pula dia menolong L.

“ nakk...mun..tahhh..” tiba- tiba kedengaran L bersuara. Beby yang asyik membebel tersentak mendengar suara L. Eh, dia sedar dah ke atau memang sedar dari tadi lagi? Maigad! Habislah saya kalau dia dengar apa yang saya cakap tadi!

“ ya ya ya! Tunggu sekejap lah! Jangan pulak muntah dalam kereta saya ni!” dengan kelam- kabut, Beby memandu keretanya ke tepi jalanraya. Nasib baik kau pandai beritahu juga yang kau nak muntah..bisik hati Beby. Pintu terus dikuak dan Beby membantu L turun dari kereta lalu L terus memuntahkan semua yang dia makan dan minum siang tadi. Setelah selesai, Beby memapah L masuk semula ke dalam kereta.

“ awak duk diam- diam situ bodoh! Jangan nak muntah lagi faham tak? Humban awak keluar kang baru tahu.” Marah Beby sambil memakaikan seat belt untuk L. Masuk saja dalam kereta, L terus tertidur. Lega juga hati Beby melihatnya. Kira- kira lima belas minit kemudian, Beby pun sampai di kediaman keluarga L. Dia tahu rumah L sebab dia pernah datang ke situ tidak lama dulu bersama ibunya sebab diundang ke majlis ulang tahun perkhawinan ibu bapa L. Rumah keluarga L sederhana sahaja..rumah teres bertingkat dan Beby dengar- dengar keluarga L cuma menyewa rumah itu sahaja bukan pemilik sebenar. Yalah..cantik ke besar ke..yang penting ada tempat berteduh dari hujan panas. Bersyukurlah ada tempat tinggal bisik hati Beby. Sesampainya di perkarangan rumah, mereka disambut oleh pembantu rumah.

“ kenapa dengan L ni? Teruknya.” Mak cik Ema sangat terkejut melihat anak majikannya yang kotor dan berlumuran darah. Beby langsung tidak menolong mengelap kotoran dan darah pada wajah L. Pembantu rumah itu segera mendapatkan L. Beby menolong mak cik Ema memapah L walaupun dia tahu dia langsung tidak ikhlas mahu membantu. Mereka terus membaringkan L yang belum sedarkan diri di atas katil.

“ terima kasih banyak- banyak cik..nama cik siapa?” tanya pembantu rumah itu dengan mesra dan sopan.

“ saya? err..nama? err..panggil je Beby.” Jawab Beby tersenyum kambing dan lantas menyambut salam mak cik Ema yang dari tadi tidak disambut oleh Beby. Terasa kasar sekali tapak tangan wanita separuh abad itu..terlalu banyak melakukan kerja berat agaknya. “ ohh..Beby boleh tolong mak cik sekejap tak? Tolong bersihkan wajah L tu dulu..cik kan teman wanita L..takkan sampai hati biarkan dia macam tu? Mak cik nak pegi dapur sekejap...takut lauk hangit pula. Tadi tak sempat nak tutup api. Nanti mak cik ambilkan tuala.”

Huh?? Teman wanita? Belum sempat Beby membuka mulut untuk menjelaskan keadaan yang sebenar, pembantu rumah itu sudah keluar dari dalam bilik L. Risau agaknya pasal lauk yang masih berada diatas api. Aigoo..apa ni? Teman wanitalah pula..Beby terhenyak di birai katil. Terasa sangat menyesal pula dia membantu L. Sepatutnya tadi dia tidak perlu masuk dalam rumah L lagi. Biar je pembantu rumah tu yang urus semua. Tapi nak menyesal pun dah terlambat..erghh! Beby memerhatikan sekeliling bilik L. Wah..walaupun bilik L tidaklah besar sangat tapi sangat cantik dan kemas. Gabungan warna putih dan kelabu benar- benar memberi kelainan pada bilik itu. Hmm..kemas dan bersih. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Beby untuk bilik L. L memang pembersih dan suka akan keadaan yang kemas. Tidak hairanlah dia memilih bidang perubatan sebagai kursus utamanya.

           Disudut biliknya pula tersusun kemas piala, medal dan sijil- sijil kecermelangan L. Wahh..lelaki ni memang genius. Melihat pada butir- butir yang tertera pada medal, piala dan sijil L, Beby jadi kagum dengan pencapaian L. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, dia hanya berada pada kedudukan pertama dan tidak pernah mendapat nombor dua atau tiga. Semua mata pelajaran pun dia dapat gred paling rendah A-. Huh?? Biar betul? Biar betul ada manusia yang otaknya macam si L ni? Kalau dia sebijak ini kenapa dia tidak masuk saja ke sekolah berasrama penuh? Sekolah sains ke? Universiti ke? Kenapa masih nak masuk kolej? Beby tertanya- tanya seketika. Kemudian mata Beby beralih pula pada gambar- gambar yang disusun kemas dan menarik di dinding bilik L. Kebanyakkan gambar yang tergantung disitu bersaiz poster. Ohh..rupa- rupanya L ni model sambilan bagi jenama pakaian lelaki Levi’s dan Alain Delon...kagum Beby melihat poster- poster L seketika. Berbakat, genius tapi sayang..angkuh, berlagak, ego, pembuli, pla..

“ ni cik tuala dan air.” Belum sempat Beby menghabiskan umpatannya, mak cik Ema menyentakkannya ke alam nyata. Dia tersenyum kelat. Acuh tak acuh sahaja dia menerima tuala berserta sebesen kecil air dari tangan mak cik Ema tu.

“ err..mana mak dan bapa dia ni?” tanya Beby. Dari tadi ibu bapa L tidak kelihatan. Hairan juga Beby dibuatnya.

“ ohh..mereka keluar shopping sekejap. Terima kasih ya cik..maaflah sudah menyusahkan cik.” Berkali- kali pula mak cik Ema tunduk kepadanya. Ahh..dah macam orang jepun pula. Nak tunduk berapa kali tu? Tak sakit ke leher?

“ eeh, takpe mak cik..saya ok je. Mak cik pegilah buat keja mak cik ye.” Lancar sungguh ayat- ayat yang tidak ikhlas itu keluar dari mulut Beby. Aduhh...teruk betul lah mulut ni. “ terima kasih cik.” Mak cik Ema pun segera berlalu. Hish! Tak pasal- pasal saya yang kena uruskan si kacang panjang ni! Menyusahkan betul lah! Beby menatap wajah L dengan tajam..geram betul dia melihat wajah lelaki yang selalu membulinya ini. Eh, rasa macam nak tumbuk- tumbuk je tau! Erghh..takpelah..dah terlambat nak menyesal. Buat je lah..dapat pahala juga nanti tolong orang.

“ tapi kalau dia tahu saya yang tolong dia macam mana? Mesti dia marah saya habis- habisan. Ahh..nantilah saya bagitau mak cik tu supaya jangan bagitau si kacang panjang ni.” Perlahan- lahan Beby mengelap wajah L dengan tuala bersih. Setelah siap dibersihkan, barulah wajah L kelihatan bersih dan berseri kembali walaupun ada luka pada bibir bawahnya. Beby mencapai pula tuala kering lalu mengelap wajah L yang masih basah. Tiba- tiba tangannya terhenti. Dia menatap wajah L. Wahh..sungguh tampan. Kulit L licin dan halus macam kulit perempuan tanpa ada cacat cela jerawat atau pigmentasi. Bibirnya pula kemerah- merahan. Agaknya lelaki ni tidak merokok sebab kebiasaannya bibir perokok akan berwarna gelap dan kasar tapi bibir L tidak. Betul jugalah orang cakap..yang lelaki ni dapat anugerah kesempurnaan yang jarang orang lain dapat.

“ Diana..Diana..” mendengar L macam sudah sedar, Beby cepat- cepat menarik tangannya dan bingkas berdiri tetapi??

“ Diana..tolong jangan tinggalkan saya lagi..saya sayangkan awak Diana.” Tanpa disangka- sangka, L yang masih belum sedar dari mabuknya terus menarik tubuh kurus Beby ke pangkuannya. Beby terkejut setengah mati dengan tindakan L itu. Dia benar- benar tidak menyangka, lelaki yang sangat dibencinya boleh pula memeluknya ketika ini.

“ oiii L! Apa awak nak buat ni? Lepaskan sayalah! Saya ni Beby la..Beby! Beby musuh ketat awak!” Beby berusaha melepaskan dirinya dari pelukan L . Dia tidak pasti apa yang L nak lakukan yang tapi dia yakin yang L salah orang.

“ L..oiii kacang panjang tak guna! Oii lepaskan sayalah! Awak dah gila ke ni? Heiii....L !!!”

MSU COLLEGE

good morning darling.” Syika menerpa ke arah Beby yang sedang khusyuk menyiapkan tutorial. Hari ini dia awal pula datang ke kelas. Konon- konon mahu berubah menjadi anak yang baik sebab dia tidak mahu ibunya sedih kalau tahu sikap buruknya itu. Ibunya memang tidak tahu banyak tentang apa dia lakukan di kolej kerana ibunya selalu sibuk keluar masuk luar negara. Maklumlah ibu tunggal..terpaksalah ibunya jadi ayah dan ibu bagi tiga orang anaknya. Malam tadi tidur Beby tidak lena sangat gara- gara peristiwa petang kelmarin itu tapi dia tetap berusaha untuk bangun awal dan datang ke kolej dengan lebih awal.

“ ya..morning too.” Lemah saja jawapannya.

“ kenapa serius sangat ni? Awak sepatutnya happy sebab berjaya datang awal hari ni.” Syika mengangkat dagu Beby. Beby cuma tersenyum kelat. Owhh..badmood rupanya dia ni..bisik hati Syika. Yalah, jangan diganggu dulu. Kalau Beby sedang badmood, lebih baik dibiarkan dahulu. Nanti dia mengamuk, satu kelas pula yang kena tempiasnya nanti.

“ hmm..baiklah. Beby buat apa ni?”

Syika mengambil beberapa helai kertas di atas meja Beby.

“ tutorial 4? Ms dah masuk kelas ke? Mana dia? takde pun.” mata Syika terus melilau- lilau mencari kelibat pensyarah mikrobiologi mereka itu.

“ dia ada meeting. Dia suruh kita buat tutorial ni je.” Syika mengangguk faham kemudian menarik kerusi di sebelah Beby lalu melabuhkan punggungnya.

“ haii..kami dah siap tutorial..Ika dah siap ke?” Verra dan Mia menerpa ke arah Syika dan Beby. Verra dan Mia ni juga adalah sahabat Beby selain Syika. Syika, Verra dan Mia adalah tiga orang sahabatnya yang selalu menolong dan selalu ada dalam suka dan duka Beby.

“ kan saya baru je sampai..takkan dan siap pula.” Syika menjawab sambil tangannya ligat menulis jawapan di atas kertas soalan tutorial.

“ heii..korang tengok tu..L baru masuk kelas..dah pukul sepuluh ni..ha ha ha..presiden pelajar yang konon- kononnya sangat berdisiplin lambat masuk kelas pula.” Mia menepuk bahu Beby tetapi Beby langsung tidak memberikan apa- apa respon. Dia terus menyiapkan tutorialnya. L yang pertama kali lambat masuk ke kelas dan juga bibirnya yang sedikit bengkak dan dahinya bertampal dengan plaster kecil menjadi tumpuan semua pelajar

“ kenapa ngan muka dia tu? Hmm..pandai je komplen bila orang lain lambat masuk kelas tapi dia sendiri pun pandai juga lambat masuk kelas kan?”

“ tu lah...ingat dia sempurna sangat ke asyik nak komplen masalah orang lain..kan? kan Beby?” kata Verra mengoncang- goncang bahu Beby tetapi sikit pun Beby tidak endah. Lantaklah..bukan urusan aku pun. Malas nak sibuk. Sendiri juga sedar diri akan kekurangan diri masing- masing bisik hati Beby dan terus menyiapkan tutorialnya. Semasa mereka tengah sibuk mengumpat pasal L, Amy masuk ke dalam kelas dan terus menuju ke meja pensyarah. Lagaknya tidak ubah macam seorang pensyarah. Amy ni lawa juga, tegas dan suka berfesyen tapi sikapnya 2 x 5 je dengan L sebab sama- sama angkuh dan berlagak. Sombong lagi. Entah- entah mereka ni bersaudara agaknya kan?

everybody! Attention please!” pap! Pap! Amy menepuk permukaan meja pensyarah sebagai tanda meminta perhatian daripada semua rakan sekelasnya. Kelas terus menjadi sunyi sepi. Kini semua pandangan hanya tertumpu pada Amy kecuali Syika, Beby dan L. Mereka terus menyiapkan tutorial mereka yang belum siap tanpa mempedulikan Amy tapi walaupun mereka bertiga tidak memberi perhatian pada Amy, teliga mereka tetap bersedia untuk mendengar.

“ tadi Ms. Marlyn pesan, kumpul tutorial yang Ms bagi tu dan hantar tempat saya sebab masa menjawab dah tamat. Jangan macam minah dua orang kat sana tu..dah nak hantar baru sibuk- sibuk nak siapkan sampai orang bercakap kat depan ni pun dah tak nampak dah. Tadi buat apa? Bergosip?”

Tangan Beby yang ligat menulis terus terhenti. Pen dari genggaman terlepas secara automatik. Sah! Amy sedang menyindir Beby dan Syika. Beby mengepal penumbuknya. Habislah kau Amy..cari pasal dengan Beby ni..bisik hati Syika.

“ woii bitch! Kalau nak bagi pengumuman bagi je lah..Ms pesan je kot suruh kumpul dan hantar! Takdenya dia suruh awak sindir- sindir orang bagai! Gedik!”

Aik? Baru saya nak bagi pengajaran sikit dah ada orang yang mendahului? Cepat- cepat Beby menoleh. L? Eh..tadi bukan ke Amy sindir dia dan Syika je? Kenapa pula L yang marah? Pandangan semua pelajar silih berganti. Sekejap pada L dan sekejap pada Beby.

“ hei L! Awak ni kenapa hah? Saya bukan cakap ngan awaklah!” marah Amy menahan malu. Malu betul dia sebab ditengking oleh L di hadapan semua rakan sekelasnya. “ memang awak tak cakap ngan saya..tapi saya perasan juga tu hanya saya, Ika dan si pendek ni je yang belum siap tutorial ni..mestilah saya pun terasa juga awak cakap macam tu. Tak boleh ke bagitau je elok- elok? Kitaorang faham juga kot. Geram betul lah saya ngan awak ni..gedik.”

Jawab L dengan lantang sekali. Semua pelajar kelihatan menahan tawa. L ni memang laser juga mulutnya. Amirul, Fiq dan Rexray berpandangan sesama sendiri. Hairan. Kenapa tiba- tiba L macam membela Beby? Amy pula terus kembali ke tempat duduknya dengan perasaan yang teramat malu.

“ eh Beby, kenapa hari ni L macam membela awak ea? Selalunya dia paling gembira bila awak kena marah.” Syika menyoal Beby. Membela ke macam tu? Isk..mana ada. Lelaki tu suka sangat bila Beby kena marah atau kena buli. L tidak mungkin akan membelanya. Beby tidak menjawab pertanyaan Syika. Dia memendamkan semua kata- katanya dalam hati dan langsung tidak terkesan akan kejadian itu.

         Hari ini kelas mereka cuma ada dua subjek sahaja jadi mereka boleh balik awal. Dari jauh, kelihatan L dan beberapa orang sahabatnya melangkah menuju ke arah sebuah kereta proton perdana. Kereta itu milik Rexray. Diantara semua sahabat L, Rexray yang boleh dikatakan orang ada- ada sikit berbanding dengan dirinya dan yang lain . Malah, Rexray tidak meminjam dengan PTPTN. Ibubapanya yang bayar pengajian Rexray tiap- tiap bulan.

“ L.” Mendengar namanya dipanggil, L segera menoleh.

“ kenapa?” dia menjawab.

“ semalam lepas saya balik rumah, awak pergi mana? Kenapa ngan muka awak tu? Awak gaduh ngan siapa lagi?” tanya Amirul yang hairan melihat wajah L.

“ ha ha ha..salah faham sikit je. Semalam lepas awak balik rumah, saya terjumpa ngan Shahrul and the gang. Mereka bawa saya pergi karaoke dan paksa saya minum ngan mereka.”

“ minum? Maksud awak minum arak ke? Beraninya awak.” Amirul dan yang lain- lain memandang wajah L.

“ Saya tak nak..tapi mereka paksa. Kononnya dah lama tak jumpa sebab tu dia bawa saya enjoy dan have fun sikit.”

“ elehh..tak payah minum arak pun fun juga..jadi, muka tu kenapa pula? Bibir luka- luka?”

“ adalah..salah faham sikit. Shah belasah saya..ingatkan tak teruk sangat. Saya dah lah mabuk sebab tak biasa minum beer..cepat sangat mabuk. Lepas kena belasah tu..saya tak ingat apa- apa dah. Esok pagi saya sedar, saya kat rumah dah.”

“ jahat betul lah kawan lama awak tu..jangan lagi kawan ngan diaorang tu. Kawan apa macam tu..dahlah bawa buat benda yang tak baik..memukul pulak tu. Jadi, masa awak tak sedarkan diri tu, siapa yang bawa awak balik rumah?”

“ manalah saya tahu..kan saya dah cakap..lepas kena pukul tu saya tak ingat apa- apa dah. Tapi..semalam saya terjumpa ngan Diana. Diana betul- betul datang jumpa saya semalam.”

Ketiga- tiga sahabatnya tergelak. Mana mungkin Diana yang sudah pergi jauh tiba- tiba boleh menjelma kembali di hadapan L.

“ mimpilah tu..dah lah L..Diana kan dah lama tinggalkan kita semua.”

Semua memegang bahu L kemudian mereka berempat masuk ke dalam kereta Rexray dan meninggalkan perkarangan kampus.

“ Ella, L hensem sangat kan?” tanpa mereka sedari, Lyana dan Ella memerhatikan empat jejaka itu dari jauh. Ella memandang Lyana yang masih angau dek ketampanan L. Setiap hari dua orang gadis ini akan melepak berjam- jam disitu semata- mata mahu melihat wajah pujaan mereka itu. L dan rakan- rakannya selalu memarkirkan kereta dan motorsikal mereka disitu.

“ yaa..L hensem sangat macam Kris.” Sela Ella.

“ mana ada macam Kris..macam Ji chang wook lah!” Lyana membantah pendapat Ella. Ella cuma tersengih.

“ Ella dah pernah tengok L menari ke?” tanya Lyana. Ella mengeleng.

“ rugilah awak..kalau awak nampak, mesti awak akan jatuh cinta kat dia beratus- ratus kali..hensem sangat tahu tak..aww..L..My boy.” Ella menepuk paha Lyana kemudian serentak ketawa.

“ esok kita pegi kelas L..nak?”

“ boleh ke masuk? Nanti ada pensyarah camne?” Ella mengerutkan keningnya tidak yakin.

“ alaa..saya tahulah caranya. Awak nak ke tak? Kalau tak nak..tak payah.”

“ okeyy..i trust you hi hi hi.” Kata Ella tersengih- sengih. Ella dan Lyana memang fans L.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku