LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 4 Kena paksa
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
335

Bacaan







          Datin Lenny menghirup teh panasnyalalu diletakkan diatas meja. Memang dia selalu sibuk dengan urusan syarikatnnyatetapi sikit pun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagaiseorang ibu. Sejak kematian suaminya dua puluh satu tahun yang lalu, dialahyang menjadi bapa dan ibu kepada tiga orang anaknya dan seorang anak angkatnyaNur Emiliyanah. Pagi- pagi jika dia tidak ke luar negara, dia akan menolongpembantu rumah menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. Begitulah rutinhariannya.

         Anak- anaknya pula sudah besar dan syukurlah..merekasemua cerdik dan bijak- bijak belaka macam arwah ayah mereka. Anak sulungnya Richie, sedang menuntut dalam bidang kedoktoran di Australia berumur dua puluh enamtahun. Anak kedua, Richell berumur dua puluh tiga tahun dan masih belajar diUMS dalam bidang perniagaan tapi Richell tinggal di hostel. Tapi, jika tiadakuliah atau cuti semester, Richell akan balik ke rumah. Jadi yang menjadipenghuni tetap rumah agam itu ialah dia, anak bongsunya Nur Deyanna Gracia,anak angkatnya Nur Emiliyanah dan juga pembantu rumah kak Nita.

        Walaupun kehidupannya sangat- sangatsibuk dan letih setelah kematian suaminya tetapi hidupnya sangat bahagiadisamping anak- anaknya yang begitu menyayangi dan menghargai pengorbanannya.Beby ada keras kepala dan nakal sikit tapi tetap masih anak yang baik danmenghormatinya.

“mamaaa..Beby dan balik!”

DatinLenny yang sedang mengelamun tersentak sedikit dengan kedatangan anaknya. Bebydan Yana menerpa ke arahnya lalu terus memeluk wanita separuh usia itu.

“pergi mana tadi? Tak bagitau mama pun.” Datin Lenny merenung wajah manis anak-anaknya. Dia tersenyum.

“kan tadi mama masih tidur..saya dan Yana keluar joging. Singgah beli barang.”Jawabnya nakal. Datin Lenny memicit hidung Beby. Pelukan Beby semakin erat.

“awal bangun pula..takde kelas ke hari ni? Beli apa tu?” pandangannya tertumpupada bakul plastik yang dijinjing oleh Yana. Yana menunjukkannya pada DatinLenny. “ beli buah..mengidam jus buah he he he.” Yana pula yang menjawab kaliini.

“nak suruh Kak Nita tapi kesian pula..banyak kerja dia..lagipun, Beby sengajakeluar awal..nak joging kan..nanti pukul dua baru kami ada kelas muzik. Daamama..Beby nak buat jus dulu.” Beby dan Yana mencium pipi Datin Lenny laluberlari menuju ke dapur. Macam budak- budak je lagaknya padahal Beby dan 21 tahun..Yana pula 22 tahun.Derapan tapak kaki jelas kedengaran.

         Datin Lenny cuma tersenyum melihattelatah mereka berdua. Yana diambil sebagai anak angkatnya ketika gadis itubaru berumur 13 tahun. Dia masih ingat peristiwa 10 tahun yang lalu, ketika itu dia menyertaiaktiviti kebajikan dan sukarelawan ke kampung- kampung untuk membantu orang-orang kampung yang kurang berkemampuan. Dia begitu tertarik dengan personalitiYana yang ketika itu menjadi penyambut tetamu.

         Yanasangat ramah dan petah bercakap. Apabila ditanya mengenai latar belakangnya,Yana mengatakan dia baru saja berhenti sekolah kerana keluarganya tidak mampumenyekolahkannya disebabkan jarak sekolah yang sangat jauh dari kampungnya danjuga keluarganya tidak mempunyai wang untuk membiayai persekolahan mereka adik-beradik. Katanya lagi, ayahnya seorang kaki judi dan kaki arak. Ibunya pulasudah meninggal gara- gara ayahnya yang selalu mendera dan memukul ibunya.

         Kakak sulung Yana baru berusia 17tahun tetapi sudah berkhawin. Ayahnya yang memaksa kakaknya berkhawin denganlelaki pilihan ayahnya semata- mata mahu mendapatkan wang mas khawin anaknya.Yana bercita- cita tinggi dan cerdik tapi sayang dia terpaksa berhenti sekolah.Kerana simpati dengan nasib gadis itu, Datin Lenny telah mengambil Yana sbagaianak angkatnya dan dibawa tinggal bersamanya di bandar bagi memudahkan Yanameneruskan persekolahannya. Walaupun ayah Yana selalu memukul danmengabaikannya, mereka adik beradik tetap menyayanginya dan selalu balik ke kampunguntuk menjenguk mereka. Yana memang lebih suka menghabiskan masanya di kampungketika cuti semester.

         Anak- anaknya menerima kehadiranYana dengan gembira terutamanya Beby yang merupakan satu- satunya anakperempuan dalam keluarganya. Cuma Richie yang sedang melanjutkan pelajarannyajarang sangat berjumpa dengan Yana. Mungkin baru dua kali. Itu pun dah lamasangat sebab Richie sangat jarang balik ke rumah. Habis saja sekolah rendah,Richie masuk ke sekolah berasrama penuh, selepas itu dia mengambil bachelor dansekarang menyambung pelajarannya untuk mengambil master. Richie tidak dapat melihat adik- adiknya membesar keranajarang pulang tapi seperti anak- anaknya yang lain, Richie juga menerimakehadiran Yana dengan gembira dalam keluarga mereka.

Akademi seni

        Sebuah kereta mini cooper berwarnamerah hitam masuk ke perkarangan kampus. Sekumpulan lelaki yang sedang melepaktidak jauh dari situ terpegun seketika melihat kereta itu. Pintu kereta dikuak.Muncul Yana dan Beby.

“wahh..Beby beli kereta baru lagi ke?” huhh..orang kaya ni memangberlagak..sengaja nak menunjuk- nunjuk. Jom!” kata L yang memang tidak senangdengan apa yang gadis itu miliki terus mendengus dan merasa sangat iri hati.Sakit hati pun ada. Beby dengan senang nak dapat apa saja yang dia mahukan sedangkandia? sudahlah nak minta beli motorsikal pun ayahnya liat sangat nakbagi..apalagi nak bagi wang yang banyak. Sebab tu L rajin ikut apa sajapertandingan di kolejnya untuk menambah wang sakunya.

Ldan rakan- rakannya menghampiri Beby dan Yana yang sedang sibuk merapikanrambutnya. Melihat L yang sering menjelma di dalam mimpi indahnya, Yana terussedaya- upaya menampilkan imej yang menarik dan mengawal tingkah- lakunya.Manakala Beby pula terus menarik muka masam.

“hai..selamat petang si comel Yana dan..si pendek Beby.” Sapa L. Serentak denganitu tawa terus bergema. Beby berpaling ke arah L dengan pandangan yang sangattajam.

“kacang panjang tak guna..boleh tak kalau awak jangan cari pasal ngan saya?”Beby memandang L tajam- tajam tanpa berkedip. L tersenyum sinis.

“alaa..marah pula dia. Relax lah. Takberminat nak tegur awak pun.” L menghampiri Yana yang asyik mengukir senyumanmanis dari tadi. Tersipu- sipu Yana dibuatnya apabila L berdiri begitu dekatdengannya. Wahh..kacaknya betul lah lelaki ni. Bertuah sungguh aku hari nisebab berpeluang menatap wajah L lebih dekat. Yana sempat mengucapkannya dalamhatinya.

“hai beautiful girl..minta nombor phone awak..wechat pun boleh..FB punboleh.” Kata L kepada Yana. Beby menjeling Yana. Yana tersenyum- senyum sambilmenunjukkan respon positif namun belum sempat Yana berbuat apa- apa, tangannyaditarik kuat oleh Beby lalu mengheret Yana meninggalkan L dan rakan- rakannya.Huh! Sungguh menjengkelkan. Lelaki bajet kacak tu cuba nak goda kakaknya?Jangan harap saya nak berdiam diri. Sesampainya di koridor, Yana merontameminta tangannya dilepaskan. Sakit betul Beby pegang.

“Beby..sakitlah..lepaskan..aduhh.” rayu Yana dengan suara yang macam hendakmenangis.

“kenapa akak masih nak layan dia tu? Kan saya dah cakap jangan!” Beby melepaskantangan Yana. Yana meraba- raba pergelangan tangannya yang masih terasa pedihtapi hatinya lagi sakit kerana tidak berjaya memberikan nombor telefonnya padaL.

“mestilah akak layan..kan Beby pun tahu yang saya sukakan L. Tadi terang- terangdah dia nak bagi peluang, Beby rosakkan pula.” Jawab Yana lemah. Merajuk.

“akak ingat kacang panjang tu betul- betul suka ngan akak ke? Dia tu playboy..suka mainkan perasaan pompuan.Nanti belum nikah dah hilang dara akak.”

Amboi!Dahsyat betul pemikiran Beby terhadap L ni. Dia bukannya rapat dengan lelakiitu pun tapi boleh pula dia tuduh macam itu sekali.

playboy? Tak pernah pun akak dengar Ltu playboy.” Yana tetapmempertahankan L.

“kak..kalau orang lain dia nak permainkan saya tak kisah..tapi kalau dengan akaksaya sendiri..saya memang tak  benarkan. Dah masuk kelas sekarang.” Bebymenolak tubuh Yana masuk ke dalam kelas vokal. Dia tidak mahu lelaki seperti Lmempermainkan perasaan kakak angkatnya yang sudah dianggap seperti kakak kandungnyaini.

“kalau akak balik awal, balik je..tak payah tunggu saya ya..saya pandailah jagadiri. Akak tu cantik..susah kalau lambat balik rumah nanti. Bye.”

Yanacuma mengangguk faham lalu melangkah masuk ke dalam kelas. Dia langsung tidakambil hati dengan kata- kata Beby. Dia tahu Beby cuma nak melindunginya saja.Tapi kenapa Beby benci betul ngan L? Semua perempuan idolkan L tapi Beby pulasebaliknya. Dia langsung tidak berminat tentang L. Lepas tu, pandai pula tuduhL macam- macam..macam mana dia tahu perangai L macam tu? Dia pernah bercintadengan L ke?

          Beby meletakkan buku- bukunya di atas meja. Syika menghadiahkan senyuman yangpaling manis kepada Beby yang kelihatan comel petang itu walaupun cumamenyarung t- shirt longgar yang di tuck-in separuh ke dalam high waist jeansnya. Walaupun perwatakkanBeby agak kasar tetapi wajah comelnya yang keanak- anakkan tetap tidak dapatdisembunyikan. Kulitnya putih mulus kemerah- merahan. Biji matanya pulaberwarna hazel. Beby memiliki sepasang mata yang bundar dan besar.

assignment dan siap ke sayang?” Bebyyang baru melabuhkan punggungnya di atas kerusi mengangguk.

“bagus..ada peningkatan!” Syika mencuit pipi Beby. Beby terjerit kecil. Syikalega apabila Beby mula menunjukkan perubahan yang positif. Beby tidak lagilewat masuk kuliah dan juga menyiapkan semua tugasan yang diberikan. Apasalberubah secara drastik ni? Sebab takut dibuang dari kolej ke atau sebab ibunyabelikan kereta baru? Ah..ini mesti sebab dah dibelikan kereta baru ni sebab itulahrajin. Huh..pedulilah. yang penting Beby mula berubah dan mahu berlajarbersungguh- sungguh.

“ceh..pipi saya juga yang jadi sasaran.”

“ hehe he he..oh ya..saya ada berita baik untuk awak. Nah.” Syika menyerahkansehelai kertas kepada Beby. Beby segera menyambutnya dan terus membacanyadengan teliti. “ pertandingan menari? Kenapa bagi kat saya?” Beby melemparkankembali kertas itu. Syika mengutipnya.

“kan Beby suka menari..sebab tu saya bagi ni kat awak.”

“suka tapi untuk suka- suka je..takde lah sampai nak masuk pertandingan. Mungkinjuga bagus kalau korang semua nak ikut. Takkan saya sorang- sorang je? Ni berkumpulanlah..nampakni?”

“laa..kami kan ambil kelas nyanyian dan teater je..kami tak tahu menarilah.”Jawab Verra yang tiba- tiba muncul dan menyampuk perbualan Syika dan Beby.

“dah tu..tak payahlah. Bukannya saya ada kumpulan pun.” ujar Beby kelihatantidak berminat.

“alaa..sayangnya..dah lah hadiah lumayan ni.”

“nak buat macam mana? Korang tak nak ikut. Saya pun tak naklah.” Syika dan Verramengeluh. Harapan hendak melihat Beby beraksi atas pentas hancur berkecai. Nakpaksa pun takkan dapat..Beby ni jenis yang keras kepala.

“eh, tengok tu..peminat fanatik L datang.” Verra menyentakkan rakan- rakannyayang sedang sibuk menatap risalah pertandingan menari itu. Beby dan Syikaberpaling ke arah yang dimaksudkan. Kelihatan Ella dan Lyana berjalan lenggang-lenggok menuju ke tempat L duduk. Hampir semua pelajar di akademi seni itu tahubahawa dua orang gadis ini sangat meminati L.

“hai L..apa khabar? Tengah buat apa tu?” tanya Lyana tanpa segan- silu merapatiL lalu duduk di atas paha L. Ella pula duduk di atas meja tanpa mempedulikanRexray dan rakan- rakan L yang lain. Macam tidak wujud sahaja rakan- rakan L. Llangsung tidak mempedulikan karenah kedua- dua gadis yang sedang mengesel- geselkantubuhnya di tubuh L. Syok sendiri. Walaupun L sangat suka dipuji dan disukaioleh para gadis tetapi gadis macam Lyana dan Ella ni bukanlah jenis gadisidamannya. Sebelah mata pun dia tidak pandang. Dia mahukan gadis yang tinggisekurang- kurangnya 1.6 cm, pandai bergaya, pandai make up tapi bukan make uptebal, kulit mestilah putih dan tiada jerawat, rambut mesti panjang dan lurus,lemah- lembut, langsing dan yang paling penting mestilah cantik dan memahaminya.

“sibuk sangat ke? Kesiannya..mesti L penat kan? Lyana membelai pipi L tapi Lsegera menepis tangan gadis itu.

“rajinnya L ni.” Walaupun tidak dilayan, Lyana dan Ella masih tergedik- gedikdisitu tanpa mempedulikan yang mereka berdua kini menjadi tontonan pelajar-pelajar lain.

“memanglah dia rajin..tak macam korang yang rajin menggoda lelaki je. Tak tahumalu pulak tu. Dah lah make up tebalmacam opera cina..heii..gedik pula tu.” Semua pelajar serentak berpaling kearah suara yang amat lantang itu. Rupa- rupanya Beby. Syika dan Verra ketawa.Nah..siapa suruh buat free show depanBeby..kan dah kena. Sendiri dapat malu.

“weii..awak sape? Suka hati sayalah..L ni boyfriendawak ke? Bukan kan?” jawab Lyana dengan geram. L buat tidak tahu saja.

boyfriend saya ke, boyfriend awak ke, boyfrienddia ke saya tak kisahlah setan! Sini tak perlukan free show. Gatal sangat ke? Dah tak sabar sangat? Cepat- cepatlahkhawin..berambus dari kelas kami. Kelas ni tempat menuntut ilmu bukan untukberasmara dana.”

Kedua-dua gadis itu berpandangan. Ella dan Lyana menarik muka masam kemudian terusmeninggalkan kelas itu. Kurang ajar kau perempuan separuh siap! Awas kau! Lyanamemasang tekad untuk mengenakan Beby kerana terlalu sakit hati dan malu dengankata- kata Beby sebentar tadi. Setelah peminat fanatik L itu menghilang daripandangan, semua pelajar di kelas itu ketawa terbahak- bahak dan bertepuktangan.

good job Beby!” kata Amirul sambilmenunjukkan thumbs up pada Beby. Bebytidak menjawab. Sakit mata dan telinganya melihat karenah perempuan gedik itutadi. Memalukan kaum perempuan saja. L pula bangga sangatlah tu dipuji dandibelai- belai. Dasar kau lelaki!

“tak nak ucap thank you ke padaBeby?”: tanya Fiq kepada L. L mengangkat bahunya.

“saya tak minta tolong pun jadi buat apa nak ucap terima kasih? Bukannya sayasuruh kan?” jawab L dengan angkuh.

“ ohyeah..tadi saya ambil ni kat papan kenyataan.” Fiq meletakkan sehelai risalahdiatas meja L. L segera membaca isi kandungan risalah itu.

“wahhhh...betul ke ni? Hadiah rm50,000? Juara akan ke pusingan akhir kat NewYork? OMG! OMG! New York geng! Saya mesti ikut ni. Yes! Mesti!”

Lmenjerit apabila mengetahui hadiah lumayan itu. Nampaknya L benar- benarteruja. Bukan saja wang besar yang dia mahukan tetapi dia juga ingin membuktikankepada ayahnya bahawa dia benar- benar serius dalam bidang nyanyian dan tarianitu.

“masalahnya..ni berkumpulan. Minimum mesti ada empat orang.” Sampuk Amirul.

“bukan jadi masalah pun..saya, awak, Ray dan Fiq? Nah..dah empat orang kan?Masalah apa lagi ni?”

“aii..Fiq belum bagitau awak ke? Tanya Rexray berpandangan sesama sendiri.

“bagitau apa? Kenapa?” tanya L sedikit bingung.

“ermm..sorry lah L..bukan saya tak nakikut tapi memang saya tak dapat ikut ni.” Fiq bersuara. L semakin bingung. Kenapadia seorang saja yang tidak tahu?

“kenapa tak dapat? Kita kan memang dah satu kumpulan..awak nak ikut kumpulanlain ke?”

“saya lupa nak bagitau awak..keputusan pemeriksaan kesihatan saya..saya adapenyakit lemah jantung. Saya tak boleh terlalu aktif..lompat lari- lari..tak bolehpenat sangat.” Luahnya dengan rasa kecewa. Setelah menjalani pemeriksaankesihatan baru- baru ini, Fiq disahkan menghidap penyakit lemah jantung danberita ini sememangnya sangat- sangat mengecewakannya kerana dia tahu, selepasini dia tidak boleh aktif lagi macam dulu.

“bila? Kenapa saya sorang je yang tak tahu?”

“memang saya nak bagitau tapi asyik lupa je..parentssaya pun dah larang saya menari..menyanyi bolehlah tapi korang pun tahu jugakan..saya sedih sangat ni.”

“aduii..susahlah kalau macam ni. Dahlah wang besar ni. Yalah..takpelah..tapidalam akademi ni masih ramai yang hebat menari kan?” sampuk L. Serentak denganitu, mata mereka masing- masing meliar mencari calon yang sesuai untukmenggantikan tempat Fiq. Ini adalah peluang yang tidak mungkin datang bergolekjadi tidak patut disia- siakan.

“ tusi Hafiz, Raykal? Deckly?”

“haih..mereka buat apa? Dah tahu mereka tu ada kumpulan sendiri..Winner kan?”

Merekaterdiam. Masing- masing cuba mengingati siapa calon yang sesuai. Walau apa punyang terjadi, L sudah memasang tekad untuk mnyertai pertandingan itu walau caraapa sekali pun. Jika dia mencuba mungkin juga tidak berjaya tetapi jika tidakmencuba..confirm tidak akan berjayakan?

yes!” Jeritan Rexray menyentakkan sahabat-sahabatnya yang sedang mencari idea. Semua mata tertumpu pada Rexray ketikaini.

“dah ada yang sesuai ke?” tanya L. Kalau boleh, dia mahu mencari calon yangsesuai secepat mungkin kerana dia tidak mahu terlepas peluang keemasan yangbegitu bererti baginya ini.

“saya dah ada calon..saya tahu di kelas ni masih ada sorang lagi sangat talent dan saya yakin..dia belum masukmana- mana kumpulan.” Serta- merta Rexray menjadi sangat teruja. Ya..saya rasadia tentu sesuai masuk dalam kumpulan kita.

“nah..jadi, tunggu apa lagi? Cepatlah ambil dia masuk kumpulan kita.” KataAmirul begitu bersemangat.

“tapi..dia perempuan.” Suara Rexray kembali menjadi lemah apabila memikirkansiapa gadis yang dia maksudkan itu.

“pompuan? Siapa? Jesica? Dia bukan dalam kumpulan Winner ke?” dahi rakan- rakannya berkerut. Yang mereka tahu, Jesicalah satu- satunya perempuan di akademi seni yang disebut- sebut sebagai hartakarun akademi seni itu lantaran kumpulan Jesica yang selalu mengharumkan namaakademi seni itu. Tapi, Jesica sudah ada kumpulannya sendiri.

“bukan Jesica la..ni mungkin ramai yang tak tahu. Dia ambil kelas tarian juga cumadia tak tunjukkan bakatnya yang sebenar. Dia tak pernah ikut apa- apapertandingan. Saya harap kamu setuju nak ambil dia sebagai pengganti Fiq.”

“siapa dia tu? Bagitaulah cepat! Tak payah berbunga- bunga ayat tu.” Kata L danAmirul tidak sabar- sabar nak tahu siapa yang Rexray maksudkan. Rexraymembisikkan ke telinga L.

What? Beby?” mereka semua terkejutapabila mendengar siapa yang Rexray maksudkan. Biar betul Beby tu berbakat?Boleh juga ke dia menari? Dahlah berkaki pendek..kecil sangat pula tu? L rasaragu- ragu. Memang Beby mengambil kelas tarian bersama- sama mereka tetapi Bebymacam tidaklah berbakat sangat. L kira, sepertinya baru belajar asas tarian.Cepat- cepat dia menarik muka masam. Nampak sangat tidak setuju dengan pilihanRexray.

“betul ke ni? Kalau hebat sangat kenapa tak pernah ikut mana- manapertandingan?”

“dia malu kot..kakaknya juga cakap Beby bukan tak berbakat tapi malas.”

“wahhh..sejak bila awak rapat ngan kakak Beby yang cantik tu?”

“bukanlah rapat sangat..kawan biasa je.” Jawab Rexray. Dia memang berkawandengan Yana tapi kawan biasa- biasa saja. Tidak ada perasaan yang lebih- lebih.

“hmm..Ray pernah nampak Beby menari ke bersungguh- sungguh ke? Macam yakin jeRay ngan pilihan tu.” Tanya L. Dia benar- benar tidak berkenan dengan pilihanRexray. Wajahnya tampak berkerut- kerut.

“yakinlah..saya rasa saya tak salah pilihan.”

“jangan cakap kosong je..bagi bukti baru saya percaya.”

******

           Kelasyang tadinya kosong dan sepi kini kembali riuh- rendah dengan suara parapelajar. Mereka baru saja balik dari bilik muzik. Di Akademi seni ini, bukansaja menawarkan kursus nyanyian dan tarian tetapi juga mengajar para pelajar untukbermain alat muzik. Akademi seni ini adalah salah satu sekolahseni ataupun lebih dikenali sebagai akademi seni berstatus swasta tetapi yuranuntuk masuk ke akademi seni ini tidaklah begitu mahal kerana salah satu matalamatakademi seni itu ialah mahu melahirkan lebih ramai masyarakat tempatan yangberbakat dan berjaya. Jika mereka tidak brminat dalam pelajaran, mereka bolehmengunakan bakat yang mereka ada untuk berjaya dalam hidup. Yuran bulanan cumarm80.00 sahaja. Tidak mahal dan tidak juga terlalu murah.

        Ramai juga remaja khususnya yangmemilih akademi seni ini untuk mengembangkan bakat mereka kerana di akademiseni ini, mereka dilatih oleh jurulatih professional yang datang dari pelbagainegara. Selebihnya pula adalah masyarakat tempatan yang sudah berjaya dalambidang seni. Kelihatan Beby dan Syika bergelak tawa menuju ke tempat duduk masing- masing. Entah apa yangmereka berdua bualkan sehingga Syika memegang perutnya yang sakit dek terlampauketawa. Lucu sangat agaknya.

“awak nampak tak Puan Naomi tadi? Ketara sangat mengurat L kan ha ha ha ha..euwwgeli pulak saya tengok cara dia tu..euww.” kata Beby di iringi tawa Syika.

“ tulah..pompuan tua..ha ha ha..padan sangatlah ngan L yang kuat membebel macambapak- bapak ha ha ha ha.” Tambah Syika pula. Tadi semasa dalam kelas muzik,Puan Naomi selaku guru muzik mereka betul- betul buat Beby meluat. Maklumlah..Lkan pelajar kesayangan di akademi itu selain Jesica. Selalu mengharumkan namaakademi seni itu.

“eh, geli tau..tengoklah cara dia tu..dahlah pilih kasih.”

Ya..PuanNaomi yang berasal dari AS ni memang peramah dan baik tapi kadang- kadang diani pilih kasih dalam mendidik pelajar- pelajar di akademi seni itu. Dia lebihsuka memberi perhatian yang lebih pada pelajar yang kacak dan cantik- cantiksahaja. Ketika semua pelajar berbual- bual kosong, Cik Anna masuk di iringiseorang lelaki yang tinggi lampai dan kacak. Dengan serta- merta hiruk- pikuktadi menjadi sunyi sepi. Semua mata pelajar tertumpu pada lelaki kacak dibelakang Cik Anna. Masuk sahaja dalam kelas, Encik Aaron, presiden akademi itumenyusul masuk. Suasana hening seketika.

“hai semua..minta maaf kalau kami menganggu kamu ya..hari ni kita dapat seoranglagi jurulatih baru..mesti kamu gembira kan? Sila perkenalkan diri kamu.”

EncikAaron terus mempersilakan jurulatih baru itu untuk memperkenalkan dirinyakepada pelajar- pelajar disitu. Beby memandangnya tanpa berkedip. Rasanya sayapernah jumpalah dengan orang ni..bisik hati Beby. Dia terus mengamati wajahlelaki yang berdiri di hadapan mereka tanpa berkedip dan otaknya terus sajaberfikir di mana dia pernah nampak lelaki ini.

“hai semua..nama saya Mohd. Daniel Yamasaki. Mulai hari ni, saya akan jadikoreografer kamu. Jadi, kalau ada apa- apa masalah nanti berkaitan tarian,bolehlah kamu berjumpa dengan saya. Jangan segan- segan. Saya sedia membantu.Sebelum ni, saya pernah menjadi koreografer di beberapa buah akademi tari diAS..sekarang keluarga saya berpindah ke sini, jadi saya berminatlah nak jadijurulatih di akademi ni.”

Hah?Niel? Ohh..ya ya ya. Sekarang saya ingat siapa lelaki ini. Betul lah Niel yang busybody hari itu. Kelihatan mata Bebymembesar seketika tatkala dia mula mengingati di mana dia ternampak lelaki ini.Apa pula reaksi L? Adakah L mengecam Niel? Beby tercangak- cangak sendiri. Diacuba mencuri- curi peluang untuk melihat reaksi L.

“Wahh..Sir Niel ni bangsa apa? Macamnama orang jepun pula.” Tanya Syika agak berminat. Alaa..kesukaanlah tu nampakjurulatih baru mereka yang kacak. Sudah- sudahlah ya Ika..kau tu tukar temanlelaki macam tukar baju saja.

“ya..saya mempunyai darah Jepun sebelah bapa..tapi..dari kecil tinggal denganibu jadi kurang fasih bercakap bahasa Jepun.”

JawabNiel sambil tersenyum kepada para pelajar di hadapannya. Oh..gadis yang dudukdi hadapan saya ni kan gadis yang saya tolong hari itu. Kalau tidak silapnamanya ialah..

“ohh..umur sir berapa?” belum sempatNiel menghabiskan kata- kata dalam hatinya, Jesica yang cantik bertanya. Memangdi akui Jesica ni cantik dan seksi tetapi entah dimana silapnya..Beby kira,Jesica sudah cukup sempurna tetapi rupa- rupanya dia masih juga terdengardesus- desas yang mereka tidak menyukai gadis itu.

“ermm..dah tua dah..25 tahun. Hmm..nampaknya pelajar sini cantik- cantik dankacak- kacak kan..terutamanya dia.”

Semuamata tertumpu pada yang dimaksudkan oleh Niel.

“saya?” Beby tersentak. Niel nampaknya memang sudah mengecam wajahnya. Wah..kuatbetul ingatan lelaki ini. Tidak sangka dia masih mengingati wajah Beby denganjelas. Tapi apahal pula lelaki ini? Perempuan macam saya boleh pula dia cakapcantik? Buta agaknya lelaki ni..bisik hati Beby terasa disindir dalam kata-kata Niel sebentar tadi. Setelah sesi memperkenalkan diri tamat, Niel punmengikuti Encik Aaron kembali ke bilik pensyarah. Pelajar- pelajar pun kembalimeneruskan kerja masing- masing.

“tahniah Beby..ternyata cantik juga.” Verra mengangkat dagu Beby. Beby menepistangan Verra. Rimas dia diperlakukan seperti itu.

“tahniah apa pula? Hantu tu sengaja hina sayalah..bukan memuji. Mentang-mentanglah saya yang paling hodoh kat sini dia hina saya pulak.”

BentakBeby geram. Isk! Lelaki itu memang sengaja mahu mengenakannya. Beby tidak akansesekali gembira dengan pujian itu sebab dia yakin dirinya tidak sempurna dan tidakmenarik langsung di mata sesiapa sahaja. Abangnya Richell saja sudah banyakkali mengatakan Beby memang boyish!Langsung tidak cantik juga tidak comel.

“sayang, syukurlah tu awak kena puji.” Sampuk Syika. Syika dan Mia mengangguk-angguk setuju dengan kata- kata Verra. Beby memang terlalu merendahkan dirinya.Apabila ada orang yang memujinya, Beby pasti akan menganggap pujian itusebenarnya menyindir dirinya semata- mata. Ditambah lagi dengan L yang selalumenggelar Beby sebagai perempuan separuh siap menambahkan lagi tanggapanburuk Beby terhadap dirinya sendiri.

“ hiladies..boleh tinggalkan prince Beby ni sebentar tak?” sapaanitu menyentakkan keempat- empat gadis itu. Kesemua mereka berpaling. Rupa-rupanya L and the gang.

prince? Hei! Beby ni perempuanlah..bukanlelaki. Suka hati je panggil prince.”Jawab Mia geram. Dia juga benci dengan sikap L yang selalu menghina dan membuliBeby. “ ha ha ha..ohh..perempuan pula..ok ok sorry. Pembetulan..princessBeby.”

Lmembetulkan kata- katanya namun senyuman sinis di bibirnya sangat ketara yangdia tidak ikhlas dengan kata- katanya itu.

“kamu nak apa?” Verra bertanya. L ni memang suka menyakiti hati Beby. Sejaksemester satu lagi, L suka sangat membuli Beby. Dia tidak tahu apa motif Lberbuat begitu tetapi dia yakin sangat yang lelaki itu membuli Beby keranadengki dengan apa yang Beby miliki. Kalau L membuli Beby kerana suka, itu bolehdi lihat melalui tatapan mata L ketika memandang Beby tetapi ini tidak. Semuapun dapat melihat kebencian dalam mata L apabila memandang wajah Beby.

“ada lah. Korang pegilah sana dulu.” Kata L.

“kalau nak bercakap ngan Beby, cakap kat sini je. Tak payah halau- halau kami.Kami ni pengawal princess Beby.”

Huuu..perempuanni memang menyampah. Banyak yang suka berkawan dengan Beby di kolej ini.Huh..bertuah betul pompuan separuh siap ini. L tidak ada pilihan lain lagi. Diatahu sahabat- sahabat Beby tidak akan berganjak dari situ kerana takut Bebydibuli olehnya. Dia menarik kerusi kosong di hadapan Beby lalu duduk bertentangandengan Beby.

“Deyanna..ops! Beby..jangan marah- marah. Relax..sayacuma nak ganggu sekejap je.” Dengan suara yang lain dari kebiasaan, L mulamenyusun ayat- ayatnya.

“cakaplah..cepat sikit. Malas nak tengok muka awak ni.”

JawabBeby dengan kasar. Eh..menyampah betulah dia melihat wajah L apalagi selepasapa yang telah berlaku antara mereka dua hari yang lalu.

thank you very much..muahhh!” Ltersengih nakal. Mesti susun ayat baik- baik ni. Kalau tidak, memang tiadaharapan.

“macam ni..kami ni sangat berbesar hati nak rekomankan Beby masuk grup kamiuntuk pertandingan menari tu..macam mana?”

Verradan Syika berpandangan sambil tersenyum lebar. Sahabat- sahabat Beby kelihatangembira mendengarnya. Mereka akan sentiasa menjadi penyokong Beby tidak kiraapa yang Beby nak lakukan. Terlupa seketika akan permusuhan antara L dan Bebykerana terlalu teruja mendengar apa yang L baru saja katakan.

“saya? kamu nak saya masuk dalam grup kamu? Banyak cantik..saya tak nak.”Lantang sekali suara Beby menolak pelawaan L. Verra dan rakan- rakannya yanglain mengeluh. Kenapa pula Beby menolak? Dah ada peluang depan mata, ditolakmentah- mentah pula.

“alaa..Beby..please. awak je harapankami ni.” L cuba merayu. L sebenarnya bukan ikhlas pun mahu mengambil Bebysebagai anggota baru kumpulan itu. Dia cuma mahu memperalatkan Beby untukmencapai matlamatnya. Selepas berjaya masuk ke pusingan akhir, L akan kick Beby balik dari kumpulan mereka.Dia bersetuju mengambil Beby selepas Rexray menunjukkan video klip tarian Beby.Dia akui..Beby memang berbakat tetapi itu tidak bermakna dia akan menyukaiBeby. Tidak akan.

“bukan ke kumpulan kamu memang dah ada empat orang?”

“ Fiqtak dapat ikut. Dia sakit. Sebab tu kami nak awak yang jadi pengganti dia. please..kali ni je. Im begging you, Beby.”

“jadi, kenapa juga mesti saya yang korang nak pilih? Carilah orang lain. Kanmasih ramai yang lebih berbakat dari saya kat sini. Saya tak nak berkumpulanngan awak..nanti hari- hari hadap muka awak..eh, tolonglah. Saya tak sanggup.”

Bebymenolak. Dia dapat membaca dengan jelas riak wajah L yang sedang berlakon. Diatahu L mesti ada tujuan yang sebaliknya sebab itu dia mahu Beby masuk dalamkumpulannya. Takkan tidak ada angin tidak ada ribut, tiba- tiba L menjadibegitu baik kepadanya. Walaupun saya ni tidak ramai kawan lelaki tetapi sayabukanlah bodoh sangat L. Beby menatap wajah L dalam- dalam. L ni memang pandaiberlakon. Dia merayu seolah- olah dia betul- betul ikhlas mahu Beby menyertaikumpulannya.

Hei! Susah betul lah nak cairkanhati perempuan separuh siap ni. Saya tahulah kau tu bencikan saya dan kalau kautahu, saya lagi bencikan kau! Kalau boleh saya nak belasah kau habis- habisansampai tidak dapat tersenyum lagi. Tetapi dalam keadaan sekarang ni, saya haruslebih pandai berlakon untuk membuat Beby yakin. Ya..go L. I know you can do it!

“tolonglah Beby..kami betul- betul perlukan awak sekarang ni. Kami nak beraksikat pentas antarabangsa. Saya tahu, awak juga ada impian yang sama ngan kamikan? Please Beby..tak baik tahu sia-siakan peluang yang ada ni.”

Wah..mulutL memang manis kalau berkata- kata. Kalau pasal berlakon, itu semua makanan Lkerana L juga mengambil kelas lakonan dan teater. Beby terdiam. Dia mengalihkanpandangannya ke arah ketiga- tiga sahabatnya. Mereka bertiga mengangguk- angguktanda memberi sokongan kepadanya. Beby serba- salah seketika.

“Beby..come on..tunjukkan bakatterpendam awak tu. Sia- sia berbakat kalau awak tak tahu nak manfaatkannya.Bersyukurlah dengan bakat awak tu..bukan semua orang ada tahu.” Rexray tiba-tiba menyampuk.

“bakat? Bila masa pula korang nampak saya berbakat menari?” tanya Beby hairan.Dia memang selalu membuat cover dancelagu- lagu kegemarannya kemudian merakamnya sendiri tetapi ia cuma koleksiperibadinya sahaja. Hanya Yana dan sahabat- sahabatnya yang tahu tentang itu.

“err..kat handphone Yana..sayasuka..jadi saya ambil lah video tu. SorryBeby.”

JawabRexray tersenyum. Aigoo! Patutlah! Kerja Yana rupanya.

“jadi macam mana? Setuju kan?” L tersenyum. Senyuman palsu. Beby menatap wajah Lseketika. Beby cuba mencari kalau- kalau ada keikhlasan di mata L tapihampa..memang tidak ada. Ok lah..nevermind.Kalau dia berdegil juga nak..cuba sajalah. Beby memaksa dirinya untuk senyum.Senyuman nakal. Dan memang senyuman nakalnya memang selalu ada makna yangtersembunyi.

“okeyy..kamu betul- betul nak saya masuk grup kamu kan?” laju saja kepala Lmengangguk

“boleh..tapi, ada syarat.” Nah..dah agak dah. Perempuan separuh siap ini memangbersyarat bisik hati L. “ ada juga syarat..hmm..apa dia?” tanya L dengan geram.

“kalau korang nak saya masuk grup korang, korang kena janji dulu yang korangtakkan buli saya, marah saya, tengking saya, tinggikan suara kat saya, suruhsaya itu ini dan tak boleh panggil saya si pendek.”

“kalau kami buat juga?”

“dengan serta- merta, saya akan keluar dari grup kamu tanpa beritahu kamu dulu.”

promise! Deal!” Amirul, L dan Rexray serentak berjanji. Nampaknya adalahharapan ni nak beraksi atas pentas antarabangsa. Memang berbaloi juga L buatmuka sepuluh sen untuk berhadapan dengan musuhnya ini sebentar tadi. Ltersenyum penuh makna. Dia tidak sangka, dia berjaya memperalatkan Beby.

“sekarang Beby dah setuju..jadi korang semua kena berjanji yang korang takkanbuli Beby lagi.” Syika yang kurang senang dengan L memberi amaran. Dia jugarisau kalau- kalau L membuli Beby lagi. Walaupun Beby mungkin boleh menjagadirinya tapi kalau semua lelaki yang membulinya macam mana?

“tenanglah Ika...saya memang tak pernah buli Beby pun.” sela Amirul dengangembira. “ saya rasa, saya pun tak pernah.” Rexray tersenyum.

“awak pula macam mana?” Verra berpaling ke arah L yang buat tidak endah sahaja.Huh..nak juga janji- janji ke?

“ yaya..saya janji. Puas hati? Jadi, sekarang awak dah masuk kumpulan kami..namakumpulan ni ialah The Grace atauAnugerah..boleh sebut TG je. Kalau nak info lebih lanjut, masuk page The one grace je. Ok..itu je.Terima kaseh.” Kata L menghabiskan kata- katanya dan beredar dari situ.

“hei! Saya belum habis tanya lagi!” pekik Beby.

call me later.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku