The Time We Were Not In Love
BAB 5 IDOL
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
126

Bacaan






RUMAH BEBY

         Rerama kelihatan berterbangan dengan riang menghisap madu bunga yang kembang mekar dengan indah. Kicauan burung menambahkan lagi suasana riang pada hari itu. Sejuk mata memandang melihat pelbagai jenis bunga yang sedang menari- nari ditiup angin sepoi- sepoi bahasa. Sah..memang si pemilik taman itu sangat suka akan bunga dan kehijauan. Kawasan rumah itu sangat indah dan mendamaikan.

“ Yana! Kak Yana!” kedengaran derapan kaki menuju ke arah suara yang sedang memekik- mekik memanggil namanya itu.

“ adoii..kenapa ni?” tanya Yana dengan nafas tercungap- cungap. Beby malah ketawa melihat reaksi Yana.

“ kenapa kakak berlari- lari ni? Ha ha ha ha.” Beby terkekeh- kekeh ketawa melihat Yana yang kelelahan.

“ habis tu, yang Beby terjerit- jerit macam ada perompak masuk rumah ni kenapa? Ehh..geramnya saya!”

sorry..he he he cian kak Yana ku. Tadi kakak buat apa?” Beby menghempaskan dirinya di atas sofa.

“ ada lah..awak ni..ganggu betul lah. Geram akak tau.” Yana turut berbaring di sebelah Beby yang comel mengenakan t- shirt berwarna kelabu.

“ hei..yang awak pakai smart ni nak pegi mana ni?” Yana menyoroti tubuh Beby.

“ adalah..hari ni mama pegi jemput abang Ichi kat Airport. Jam berapa sampai?”

“ tadi mama cakap mungkin dalam pukul lapan malam kot..sekarang baru pukul satu petang. Lama lagi.”

“ naaah..Yana tak nervous ke? Last nampak abang Ichi, Yana baru 16 tahun kan? Sekarang dah 22. Mesti dupp dapp dupp dapp ni.” Beby meletakkan tangannya di atas kedudukan jantung Yana.

“ eh, relax lah..kan dia tu abang Yana juga tapi nervous sikitlah.” Yana tergelak. Beby bingkas bangun dari pembaringan.

“ Yana tahu tak..sekarang abang Ichi dan 26 tahun tau..hensem sangat! Bakal master pula tu. Yana tak berminat ke?” Beby memandang wajah Yana. Yana cuma mengangkat keningnya.

“ isk..apa yang Beby merepek ni? Tu kan abang Yana juga.”

“ memanglah tapi tetap tak ada pertalian darah. Boleh je kot..macam dalam drama- drama tu.”

“ tu memalukan lah Beby..siapalah Yana ni kan.”

“ haiya..itu boleh dirunding ma..ok lah..saya ada latihan menari ni. Saya balik awal juga..sebelum abang Ichi sampai. Bye kak.”

Beby sempat mencubit pipi Yana lalu melangkah keluar dari rumah. Yana cuma mengekori kelibat Beby yang semakin menghilang dari pandangan. Bohonglah kalau dia tidak risau. Memang sebelum ni pernah juga nampak Richie tapi sudah sangat lama. Dia memang tidak biasa dengan Richie kerana Richie jarang sangat ada dirumah. Entah macam manalah dia nak berhadapan dengan Richie nanti..ahhh..daripada risau tidak menentu, bagus tengok Kdrama.

         Beby menguak daun pintu kereta Myvi milik ibunya. Ibunya berpangkat datin tapi masih memakai kereta Myvi lagi. Mungkin ibunya rasa sayang nak tukar sebab kereta itulah yang banyak berjasa kepadanya sebelum bergelar datin lagi. Kesihatan ibunya juga agak kurang baik akhir- akhir ini jadi dia lebih selesa dihantar ke pejabat oleh pemandu mereka dengan menaiki kereta yang satu lagi. Beby mengerling jam ditangannya. Dah dekat pukul dua petang. Mana perginya L ni? Beby melilau- lilau mencari kelibat L dan rakan- rakannya yang lain. Ohh..masih latihan basketball rupanya. Beby cuma memerhatikan mereka dari jauh. Panas terik macam ini pun masih juga berlatih? Tahulah sukan tahunan akan berlangsung minggu hadapan tapi takkanlah jurulatih mereka ni tak prihatin langsung dengan keadaan yang panas membakar macam ni? Hmm..nasib baik saya dah pencen jadi atlet..kalau tidak, tentu kulitku terbakar habis.

“ assalamualaikum.” Beby tersentak dengan salam itu. Cepat- cepat dia berpaling ke arah suara tersebut.

“ waalaikumsalam..err..awak ni?” Beby cuba mengingati wajah tersebut.

your new choreographer.” Jawab Niel menghampiri Beby. Hah..ya..jurulatih muda yang kacak dan mula menjadi kegilaan para pelajar perempuan di akademi seni itu. Maklumlah Niel ini bukan saja hebat menari tetapi juga pandai berinteraksi dengan pelajar. Peramah dan melayan semua orang dengan baik.

“ dan juga lelaki penyibuk tu kan?” sela Beby. Niel tersenyum.

thanks..masih ingat rupanya.”

“ orang yang suka menyibuk ni memang susah nak lupa.”

“ ha ha..ya ke? Oh ya..lelaki yang buli awak hari tu, nampaknya ada kat sini juga kan? Awak tak takut ke dia buli awak lagi?”

“ nak takut apa pula? Dari dulu memang saya tak takut dia pun.” jawab Beby angkuh. Huh..buat apa nak takut dengan L? Lagi- lagi selepas dia menyaksikan sendiri bagaimana teruknya L kena belasah oleh samseng kurus kering itu. Alahai..dengan samseng kurus kering pun boleh kalah. Beby cuma tersengih mengejek.

“ owhh..ya ke? Baguslah kalau awak tak takut. Nama awak siapa tu? Deyanna kan?” Beby mengangguk sedikit. Niel mencuri- curi memandang wajah Beby. Beby perasan tetapi dia pura- pura tidak melihat Niel. Comel lah gadis kecik ni..walaupun nampak kasar tapi saya dapat rasa auranya yang gadis ni sebenarnya baik. Sikapnya juga gila- gila dan menceriakan..buat saya sentiasa tersenyum. Sesuai sangatlah dengan saya yang tidak suka perempuan yang terlalu serius. Ops! Apa ni..Niel berangan pula.

“ awak tunggu sape?”

“ ahh..takde. Tak tunggu sape- sape pun. Ada meeting ngan kelab je.” Jawab Beby acuh tidak acuh sahaja menjawabnya. Malas dia mahu melayan Niel yang banyak tanya ni.

meeting ke dating?” lagi- lagi Niel bertanya. Eh..banyak tanyalah lelaki ni. Bukannya saya kenal pun. memang suka menyibuk betulah. Makan penumbuk kang baru tahu.

“ mana- mana je lah.” Jawab Beby malas.

“ awak berapa umur?” aigoo..masih lagi menyoal. Dia tidak perasan ke ngan wajah Beby yang sudah berkerut seribu tanda dia malas nak menjawab segala soalan- soalannya.

“ kenapa nak tahu?”

“ owhh..ha ha..takpelah kalau Deyanna tak nak bagitau. Saya pergi dulu..see you again Deyanna. I like you. Bye.” Niel pun berlalu sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Beby. Meremang bulu roma Beby mendengarnya. I like you? Ish..gila ke apa lelaki ni? Baru dua kali bercakap dengan saya sudah cakap macam tu segala..confirm lelaki tu playboy. Ya..dalam buku dan majalah- majalah yang dia baca, salah satu ciri- ciri lelaki playboy macam itulah.

“ ohh..dating dengan sir Daniel ke?” suara itu mematikan lamunan Beby. Kacang panjang? Beby segera menoleh. L dan rakan- rakannya sudah berada di sebelahnya. Bila mereka sampai?

dating kepala otak kau..not my taste okey.” Jawab Beby dengan geram.

“ bukan taste awak ke? Lelaki kacak macam tu pun awak tak nak? Agaknya taste awak ni pompuan kot..lesbian ha ha ha ha ha.” L ketawa terbahak- bahak. Tidak lawak pun cuma dia sengaja nak mentertawakan Beby.

“ oi monyet! Biar pun saya macam ni tapi saya masih pompuan. Saya masih suka lelaki.” Dengan suara yang sangat lantang Beby menjawabnya sambil menghampiri L tapi L buat tidak tahu sahaja.

“ habis tu? Dah tahu awak tu pompuan tapi kenapa perangai macam lelaki? Bercakap je mengalahkan bapa saya.”

“ jadi? Kalau saya berperangai macam lelaki kenapalah? Awak ada masalah ke? Makanan kat rumah awak habis ke kalau saya macam ni? Ei, ni diri saya suka hati sayalah nak berperangai macam mana. Saya jadi tomboi ke pengkid ke lesbian ke apa kaitan ngan awak? Saya tak nak jadi girlish sebab tak nak orang buli saya. Saya cuma nak lindungi diri saya je..lelaki sekarang ni semua macam sial..nampak pompuan lemah je mesti kena makan.” Agak panjang penjelasan Beby. Marah betul agaknya. Sampai nafasnya tercungap- cungap. L bertepuk tangan.

“ wahh! Hebat! Boleh masuk pertandingan debat tapi sorry lah..saya tetap tak sokong kata- kata awak. Tengok je lah sendiri..sekarang pun awak dah terlebih boyish tapi masih tak dapat protect diri sendiri pun.”

Isk! Rasa macam nak terajang je lelaki ni. Tidak pasal- pasal ada yang masuk longkang ni tidak lama. Siapa yang tidak tahu nak protect diri sendiri? Awak ke saya? baru berhadapan ngan samseng pasar dah lunyai macam katak kena lenyek ngan kereta. Sempat Beby mengumpat dalam hati.

“ jangan buang masa sayalah L..kalau awak teruskan juga..bersedialah korang cari ahli baru. Itu perjanjian.” L terus terdiam mendengar kata- kata Beby. Dia terus teringat akan perjanjian mereka tempoh hari.

“ ops! Sorry my dear..tak sengaja. Saja je nak usik- usik awak.” L cepat- cepat meminta maaf tapi tidak pasti ikhlas atau tidak.

“ tahu takut..hah..buat lagilah. Sedialah korang cari ahli baru. Ingat saya suka sangat ke masuk grup korang ni? Susahkan hidup saya je.”

“ cukuplah tu..kan kita ada meeting ni pasal pertandingan tu. Boleh tak bagi kerjasama? Macam mana nak menang kalau kamu berdua asyik gaduh? Ni baru first meeting kita dah gaduh..tak tahulah kalau dah sebulan..ada yang meninggal kot..haduii.” Amirul yang sudah bosan mendengar mereka berdua pun terus bersuara. Sakit telinganya mendengar L dan Beby bertekak.

“ Mirul lagi bagus dari awak..bagus Amirul je yang jadi ketua..saya lagi suka.” Sampuk Beby tanpa teragak- agak. Dari mula memang Amirul tidak pernah membulinya. Amirul kelihatan lebih matang walaupun umur mereka sebaya. Jejaka itu kelihatan lebih baik dan sopan.

no comment. Suka hati kamulah.” Sahut L. Dia sama sekali tidak kisah pun kalau bukan dia yang jadi ketua.

“ eh, jangan. Saya tak nak jadi ketua.” Amirul pula cepat- cepat menolak cadangan Beby yang mahu dia yang menjadi ketua. Dari awal penubuhan kumpulan itu, memang L yang jadi ketua dan pemimpin mereka jadi tidak semudah itu mereka nak menukar L.

******

“ Aduhh..boring betul lah..tengok drama sudah, baca buku sudah..main game pun sudah. Nak buat apa lagi ni?” Yana bercakap sendirian. Apa lagi yang dia nak buat ni? Berkaraoke? Eh, sorang- sorang berkaraoke macam orang gila pula memekak. Yana seperti cacing kepanasan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berjalan, sekejap berbaring. Memang dia selalu ditinggalkan seorang diri di rumah.

        Bukan sebab disisihkan tetapi dia sendiri yang jarang menyertai aktiviti di luar. Tidak macam Beby. Beby jarang sekali lekat di rumah lama- lama. Dia selalu ada aktiviti- aktiviti yang ingin dilakukan bersama kawan- kawannya. Kadang- kadang Beby turut menyertai pertandingan futsal. Ah..memang Beby sangat berbakat. Sedangkan dia? hmm..saya langsung tidak ada apa- apa yang boleh dibanggakan.

        Huh! Lagi- lagi Yana mengeluh keboringan tahap dewa. Oh ya..bagus buka FB ke wechat ke..baca- baca news feed orang lain. Yana tersenyum dan berlari naik ke tingkat atas tetapi belumpun Yana sempat naik ke tingkat atas, kedengaran loceng pintu ditekan berkali- kali. Aik? Siapa pula yang datang ni? Cepat- cepat Yana berlari ke arah pintu utama. Dia mengintai sang tetamu yang tidak diketahui dari sebalik langsir yang tebal. Richell? Dia balik duluan dari mama dan Richie ke? Bukan ke mama cakap, Richell ada kelas sampai pukul lima petang jadi mungkin lewat sikit balik ke rumah. Tapi tidak apalah..bagus juga Richell balik awal. Ada juga kawan dia di rumah. Dia melompat kegirangan. Dia memang rapat dengan putera kedua keluarga itu. Walaupun tetamu tersebut membelakangkannya, dia yakin sangat itu adalah Richell. Yana terus membuka pintu rumah tanpa teragak- agak.

“ Richell.” Terkuak saja daun pintu, Yana terus menerpa mendapatkan si tetamu tetapi?? Yana terpaku. Langkahnya terus mati disitu. Wajahnya serta- merta menjadi merah padam. Saya silap. Ini Richie bukan Richell. Richie yang sudah bertahun- tahun dia tidak jumpa. Adoii..kenapa pula Richie yang muncul dikala dia berseorangan di rumah ni? Bukan ke dia balik bersama- sama mama pukul lapan nanti? Sekarang kan baru pukul empat petang.

“ err..err..sorry sorry..hampir tak kenal tadi. Emiliyanah kan?” sambil tersenyum manis, Richie menyebut nama Yana. Dia hampir lupa wajah Yana yang selalu dia nampak dalam gambar yang di muat naik oleh Beby di instagram. Yana mengangguk perlahan. Wahh! Richie betul- betul kacak rupanya. Kulitnya kuning langsat, tinggi lampai, rambutnya di dandan rapi dan digunting mengikut fesyen- fesyen rambut lelaki sekarang ini. Matanya bundar, biji matanya berwarna coklat, bibirnya kemerah- merahan.

Ada janggut pendek, nipis dan kemas di bahagian dagunya yang runcing. Aw! Dapat tak kamu bayangkan bagaimana sempurna dan kacaknya Richie ini? Ah..malu betul lah dilihat oleh Richie berpenampilan seperti ini. Ketika ini Yana cuma memakai baju tidur berwarna putih biru kartun doremon. Rambut pula kusut masai dan semestinya wajah aslinya terserlah tanpa secalit makeup pun. Belum mandi lagi. Argh! Tolonglah jangan sampai dia terhidu bau peluh saya ni. Getus hati Yana dalam hati. Mahu saja dia berlari bersembunyi di dalam bilik ketika ini.

“ Nur emiliyanah? Emily? Mily? Yana atau Ana? Mana satu nak panggil ni?” Richie terus mengusik. Geli sedikit hatinya apabila melihat wajah Yana yang sudah bertukar warna. Dia tahu Yana segan dengannya kerana terakhir mereka berjumpa ialah ketika Yana berusia 16 tahun. Diam- diam Richie mengakui adik angkatnya yang sudah dianggap oleh keluarga mereka sebagai anak kandung ini memang cantik. Gambar yang selalu dimuat naik oleh Beby di laman instagram rupanya bukan editan. Memang benar..Yana sangat cantik. Tetap cantik walaupun tanpa makeup.

“ apa- apa je lah..yang penting manis di dengar. Masuklah dulu..saya buat air.” Yana berbasa- basi untuk menutup rasa janggal dan segan terhadap Richie. Dia terus menolong Richie memunggah bagasi- bagasinya. Richie mengekori langkah Yana sehingga ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa.

“ abang Richie nak minum apa?” tanya Yana seperti pembantu rumah saja lagaknya.

“ tak payahlah..dah minum tadi sebelum balik sini. Yana duduklah dulu. Lagipun nak kenal ngan adik yang selalu Richell puji- puji tu.” Kata Richie mulai seronok mengusik Yana yang pemalu bila berhadapan dengan lelaki.

“ manada Richell puji.” Sahut Yana agak rimas dengan kata- kata Richie.

“ kenapa Yana macam takut? Memanglah kita jarang jumpa tapi anggap je macam Chell.” Richie meyakinkan Yana yang ketara sangat janggal dan segan berhadapan dengannya.

“ ermm..abang Ichi bukan sama- sama ngan mama ke? Tadi Beby cakap, abang Ichi sampai sini dalam pukul 8 macam tu..sekarang baru pukul 4.” Yana terus mengubah topik. Dia juga tidak mahu suasana disitu menjadi kaku dan menambahkan lagi rasa kurang selesa di antara mereka berdua.

“ saja je nak bagi kejutan kat budak kecik tu tapi tak tahulah pula Beby takde kat rumah sebab mama cakap hari ni Beby takde kuliah pun. Sebenarnya abang awal sampai.”

Yana mengangguk- angguk. Rupa- rupanya dia nak bagi kejutan untuk Beby tetapi Beby tidak ada di rumah. Kalaulah dia tahu Richie balik awal, dah tentu dia sudah mandi, berwangi- wangi dan berdandan. Bukan macam ni..dahlah belum mandi..pakai baju tidur doremon pula. Selekeh. Aduhai.

“ ohh..begitu rupanya. Memang Beby takde kuliah hari ni tapi dia ada latihan menari. Dia ikut pertandingan. Mama mana?”

“ mama singgah pejabat. Dia ada hal sikit. Tadi memang mama yang jemput saya kat Airport.”

“ kesian..sepatutnya kepulangan abang Ichi kena sambut meriah sikit..sebab dah bertahun- tahun tak balik. Tapi ni..takde pula orang kat rumah. Sorry abang..Yana langsung takde sediakan apa- apa ni.”

Richie tersenyum mendengar kata- kata Yana. Nah..dah lancar pun Yana berkata- kata. Agaknya Yana dah tenang sedikit berbanding tadi.

“ takpelah..esok- esok pun kita boleh buat makan- makan. Saya faham juga mama sibuk.”

Yana cuma mengangguk tanda faham. Ya..Datin Lenny memang sentiasa sibuk dan selalu keluar masuk luar negara tetapi dia sangat kagum dengan Datin Lenny. Walaupun sibuk tetapi dia berjaya mendidik anak- anaknya dengan baik dan berjaya. Datin Lenny seorang ibu tunggal tapi berjaya mendidik anak- anaknya sehingga ke menara gading. Dalam diam, dia mahu mencontohi sikap ibu angkatnya itu.

“ err..Yana pula tak pegi mana- mana ke? Yana dan Beby ambil lain- lain kursus kan? Takde kuliah ke?”

“ takde..he he he..Yana tak tahu nak buat apa jadi berkurung je lah kat rumah.”

Yana tersenyum. Sekarang dia mula merasa senang berbual dengan Richie. Tadi dia agak nervous kerana tidak menyangka Richie akan sampai ke rumah lebih awal daripada yang mereka jangkakan. Sorang- sorang pulak tu. Maklumlah juga, ini kali pertama Yana berjumpa dengan Richie setelah bertahun- tahun tidak berjumpa. Walaupun penampilan Richie dan Richell berbeza tetapi cara mereka bercakap tidak jauh berbeza cuma Richie lebih sopan dan lembut dalam melontarkan setiap kata- katanya. Beruntunglah perempuan yang jadi isteri mereka nanti.

“ tak bosan ke duduk rumah je? Tak keluar jalan- jalan? Dating ke?”

“ hah? Dating? Ehh..Yana manada boyfriend. Takde orang nak..tak cantik.” Jawab Yana tanpa segan. Ya..betul. dia tidak ada teman lelaki dan belum pernah bercinta. Sama macam Beby. Bukan tidak ada yang cuba mengetuk pintu hatinya tetapi Yana sendiri yang mengunci pintu hatinya rapat- rapat. Sebenarnya dia takut menyerahkan hatinya kepada lelaki sebab dia takut dilukai dan tidak dihargai. Dia trauma dan sedikit fobia apabila mengenangkan zaman kanak- kanaknya yang tragis. Semasa hayat ibunya, ayahnya selalu memukul ibunya tanpa rasa belas kasihan sehingga ibunya sakit teruk kemudian meninggal. Lalu, Yana tertanya- tanya..mengapa menjadi seperti itu? Dua insan itu pernah bersumpah akan saling mencintai dan menyayangi tetapi kenapa dengan mudahnya ayahnya berubah? Mana hilangnya kasih sayang itu?

“ cantik tak penting. Hati yang cantik lagi penting.”

Ahh..Richie sengaja menyedapkan hatinya. Hakikatnya orang selalu memandang pada luaran bukan dalaman.

“ abang Ichi sengaja je sedapkan hati Yana kan? Tentu girlfriend abang cantik kan?”

Yana sengaja menduga. Dia sangat yakin, teman wanita Richie ni mesti cantik macam supermodel. Siapa yang tidak akan terpikat dengan Richie @ Lee min ho ni? Kalau diberi peluang, berbaris panjang- panjang pun saya sanggup..tapi hakikatnya, dia adalah adik angkat Richie yang sudah dianggap macam adik kandung. Hurmm..takdelah harapan.

“ ha ha ha ha..abang cakap betulah. Natural beauty kan lebih cantik daripada yang pakai mekap tebal- tebal.” Hurmm..mesti teman wanita Richie ni natural beauty. Yalah..kalau korang nak tahu..istilah natural beauty tanpa mekap ni bagi lelaki mestilah yang orangnya memang cantik. Tak payah pakai mekap pun kulit tetap cantik halus mulus tiada jerawat, jeragat dan pigmentasi. Kulitnya mulus gebu gitu. Konon perempuan lebih cantik kalau tidak pakai mekap tapi kalau perempuan yang ada jerawat dan masalah kulit, bermata kecil dan kurang menarik dan bibir kering tak pula kaum adam cakap dia tetap cantik walaupun tidak pakai mekap.

“ hmm..yalah. No comment.” Yana mengalah.

“ Yana cakap tadi takde apa- apa nak dibuat..jadi, kita jalan- jalan pegi beli barang dapur nak? Malam ni kita BBQ. Amacam? Nak temankan ke tak?”

“ ja..jalan? kita berdua aje?” Yana terus excited mendengarnya. Macam nak terlompat jantungnya keluar.

“ yupp..just me and you. Ada masalah cik Yana?” Richie menjawabnya dengan yakin. Tiba- tiba Yana menjadi nervous dan excitedpula. Betul ke ni? Dia akan keluar berdua dengan Lee min ho versi ada janggut ni ke? Ha ha..mesti semua orang jealousni. Hee..tidak sangka dia akan keluar bersama abang hensem.

“ abang Ichi tak penat ke? Baru je sampai dah nak jalan balik.” Tanya Yana konon- kononnya jual mahal padahal dalam hati dah tak sabar- sabar lagi.

“ takpelah..abang cuti dua minggu..banyak masa nak rehat kat rumah. Yana pegilah mandi dulu.”

“ baiklah abang Ichi.” Yana meminta diri kemudian melangkah naik ke tingkat atas dengan hati yang berbunga riang. Richie tersenyum. Cantik juga Yana ni..orangnya pun lemah lembut dan bersopan- santun. Tidak seperti gadis- gadis yang dia jumpa di oversea yang pakai baju tapi masih berbogel. Sudahlah tidak ngam saiz..tak cukup kain pula tu. Entah..barangkali baju tu belum siap dijahit mereka dah pakai. Gediknya juga bukan main. Bermesra dengan lelaki di tempat awam macam di rumah saja lagaknya. Kalau dia nak cari isteri nanti, biarlah di tanah air sendiri sahaja.

          Beby menyanyi- nyanyi riang mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan di dalam keretanya. Beby sangat sukakan muzik. Dia tidak tahu dengan siapa dia mewarisinya kerana melihat dari sejarah keluarganya, semua ahli keluarganya tidak ada yang terlibat dalam bidang seni. Bagi Beby, muzik itu penemannya di kala sunyi. Selepas meeting dengan kumpulan mereka tadi, Beby terus balik. Biarlah L dan rakan- rakannya urus hal masing- masing. Dia cuma mahu sampai ke rumah sebelum Richie sampai.

        Abang yang selalu dirinduinya akan berada di rumah tidak lama lagi. Dia sangat rindu dengan abangnya yang satu ini. Mesti mama pun tengah sibuk shopping barang dapur untuk menyambut kepulangan putera sulung keluarga itu. Richell pun sudah dimaklumkan awal- awal lagi tentang kepulangan Richie . Tengah syok layan lagu, tiba- tiba kereta yang sedang dipandu oleh Beby terlompat- lompat macam kuda...bunyinya sekejap kuat sekejap perlahan. Macam nak berhenti pun ada. Menyedari masalah itu, Beby terus memandu keretanya ke tepi jalanraya. Dia panik sedikit nasib baik dia sempat memarkirkan kenderaannya ke tepi jalanraya yang sedang sibuk dan sesak. Pon! pon! pon! Beby terlompat sedikit. Eh..bajingan siapa lagi yang hon saya ni? Tak nampak ke saya dah parking kat tepi ni? Manada menghalang laluan bentak Beby dengan geram. Sebuah kereta Axia berwarna silver dipandu ke tepi jalanraya juga tetapi di depan kereta Beby. Pintu kereta terkuak.

“ Amirul?” ohh..rupa- rupanya Amirul je. Ingatkan siapa yang hon tadi. Hati Beby yang mula panas kembali sejuk.

“ hai Beby..kenapa ngan kereta awak? Rosak ke? Dari tadi saya drive kat belakang awak je..tetiba saya nampak awak macam ada masalah.” Tanya sambil melangkah menghampiri Beby sambil mengukir senyuman kepada gadis kecil molek ini.

“ entahlah..tiba- tiba je mati enjin.”

“ habis minyak kot.” Amirul tersengih. Beby mengerutkan keningnya. Eh..tak masuk akal pula kalau habis minyak. Takkanlah saya tak nampak kat dashboard tu kalau masih ada minyak ke takde umpatnya dalam hati.

“ takdelah..baru je saya isi dekat Shell tu. Haihh..kereta ni memang buat saya marahlah. Dahlah saya nak cepat..buat hal pula.”

“ baru- baru ni ada service ke kereta ni? Ni bukan kereta awak kan?” Amirul memandang Beby.

“ err..hee..takde kot..sebab kereta ni lama bersimpan kat garaj. Takut rosak jadi mak saya suruh guna hari ni.”

“ ohh..patutlah. Takpelah..tumpanglah kereta saya dulu. Saya hantar awak balik.” Amirul terus mempelawanya tanpa dipinta. Bulat mata Beby mendengarnya. Huh? Betul ke geng si pembuli ni nak tumpangkan saya? Beby masih ragu- ragu.

“ boleh ke? Jadi kereta saya ni macam mana? Nanti kena curi.” Risau Beby mahu meninggalkan kereta ibunya di tepi jalanraya. Sudahlah sekarang ni sana sini kecurian kereta berlaku. Tak dapat curi semua, tayar pun bolehlah. Dasar pencuri tak guna.

“ aha..nanti saya suruh cousin saya yang kerja kat bengkel tolong ambil. Meh la naik kereta saya..cakap tadi nak cepat.” Beby tersengih dan terpaksa menerima pelawaan Amirul.

“ awak tak pergi mana- mana ke? Tadi bukan korang sama- sama ke tu?”

“ mereka pegi main bowling..saya tak ikut. Mak suruh saya balik awal. Kereta ni mak lah yang punya. Bukan saya.” wah..anak emak rupanya Amirul ni. Patutlah nampak lebih baik dan bersopan daripada si kacang panjang yang cakap main lepas saja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

“ ohh..yalah..thank you sebab tumpangkan saya.” ucap Beby. Amirul tersenyum sambil memandu keretanya dengan berhati- hati. Takkan dia nampak gadis tu ada masalah dia buat- buat tidak tahu pula kan. Ibubapanya juga selalu mengingatkannya agar sentiasa berbaik- baik dengan semua orang. Sentiasa menolong mereka yang dalam kesusahan walaupun tidak kenal dan jangan suka bercakap mengenai keburukan orang lain sebab semua manusia itu ada kekurangan masing- masing. Sejak kecil, mereka adik- beradik dididik dengan disiplin yang sangat ketat.

“ ni pertama kali saya bercakap berdua ngan awak..awak tak lah teruk sangat macam apa yang L cakap tu.”

“ L? Dia kutuk saya ke?” tanya Beby memandang ke arah Amirul.

“ taklah sampai mengutuk tapi dia cakap Beby ni tak boleh diajak bercakap secara baik- baik. Kalau bercakap mesti menjerit- jerit..memaki- maki macam lelaki. Tapi dengan saya tak pun.”

Bulat mata Beby mendengar kata- kata Amirul. Bukan mengutuk? Itu dah kira mengutuk saya juga tu..omel Beby.

“ dia cakap macam tu pasal saya? ohh...dia buruk- buruk kan saya depan koranglah kan..hmm..biarlah dia tu. Saya pun malas nak layan dia. Bukannya saya tahu pun sebab apa dia benci dan buli saya.” jawab Beby. Amirul sebagai sahabat L pun tidak faham kenapa L benci dengan gadis itu. Katanya dia tidak suka perempuan berkaki pendek yang berlagak macam lelaki dan tidak ada ciri- ciri sebagai perempuan. Sungguh annoying katanya. Tidak sesuai sama sekali. Rasa macam nak angkat je buang dalam longkang.

“ dia benci tengok saya sebab saya ni buruk..kecil pendek..sebab tu dia tak suka. Kan dia tu suka tengok pompuan cantik seksi je. Kalau tak suka tak payahlah tengok saya kan? Hurm..saya pun benci juga macam ni. Penat asyik bertegang urat ngan dia je ..macam takde kerja lain. Kan bagus kalau semua orang kat sekeliling saya ni kawan ngan saya dan terima saya seadanya.” Beby tersenyum kelat. Dia sakit hati bila menjadi orang yang pendek..selalu kena tanya, tak kuat makan ke? Tak cukup vitamin? Tak cukup makan? Ada penyakit ke? Keturunan pendek- pendek? Ketinggiannya yang setakat 149cm memang selalu membuat dirinya kurang yakin. Tapi apa salahnya jadi orang pendek? Takde pun..tapi arhhh! Saya tetap benci jadi orang pendek! Beby memberontak.

“ hai..baru balik? Konon balik lebih awal dari Chell..ni dah pukul berapa ni baru nampak batang hidung?”

Yana terus menerpa ke arah Beby yang baru sampai. Sejurus saja turun dari kereta Amirul tadi, dia melihat taman mini di belakang rumahnya riuh- rendah. Memang tepat jangkaannya. Ketika dia sampai, semua ahli keluarganya sudah berada di situ.

“ bukan saya sengaja pun..kereta buat hal. Bila lagi korang ada kat sini? Abang Ichi bukan baru sampai ke?” Beby menghampiri Richie yang sedang khusyuk membakar kepak ayam dan juga sosej. Richie pura- pura tidak mempedulikan kedatangan adik bongsunya ini.

“ abang! Bukan ke abang cakap dalam pukul lapan baru abang sampai rumah? Ni bukan macam baru sampai ni..dah tukar baju dan mandi pun semua.”

Kata Beby hairan. Pukul berapa sebenarnya abangnya sampai?

“ ha ha..abang awal sampai sebenarnya. Saja nak bagi kejutan kat budak tecik ni tapi Beby takde kat rumah pula. Abang dah merajuk ni sebab Beby tak sambut kepulangan abang. Tak nak sayang Beby lagi.” Jawab Richie sengaja memuncungkan bibirnya pura- pura merajuk dengan adik kesayangannya yang tidak menyambut kepulangannya.

“ abang..Beby minta maaf. Bukan sengaja pun..kalau Beby tahu abang balik lebih awal, Beby manada lambat balik. Sorry lah..sorry lah.” Beby dengan manjanya terus memeluk abangnya. Melihat Beby sudah memeluknya, Richie terus tergelak. Yana yang menyaksikan gelagat Beby terpegun seketika. Beby yang digelar perempuan separuh siap boleh pula bermanja macam tu bila bersama dengan Richie. Sekelip mata sikap Beby yang tidak ubah seperti lelaki terus berubah menjadi 100% perangai perempuan asli. Sifat kewanitaannya terus terserlah. Selama ini dia tidak pernah melihat Beby bermanja seperti itu.

“ abanggg..janganlah terus diam..abang maafkan Beby kan?” Beby terus memeluk Richie erat- erat. Datin Lenny cuma ketawa kecil melihat adengan putera sulungnya dengan puteri bongsu. Beby memang lebih rapat dan manja dengan Richie berbanding Richell. Richell menggelar Beby “ Little boy” dan selalu melayan Beby macam budak lelaki tetapi lain pula dengan Richie kerana Richie memanggil Beby sebagai “ little princess” dan melayan Beby seperti seorang budak perempuan yang kecil dan manja.

“ ya..abang tak marah juga sebab ada Yana jadi pengganti Beby.” Richie terus mengusik Beby.

“ eh, pandai mengada- ngada pula little boy ni kalau ngan Richie ya.” Tiba- tiba satu suara menyampuk. Semua berpaling. Rupa- rupanya Richell yang baru siap mandi.

“ suka hati sayalah..bluerkk.” Beby menjelir lidah pada Richell.

“ Beby..kalau peluk abang macam ni terus..esok pun tak siaplah kerja abang ni.” Mendengar kata- kata Richie, barulah Beby meleraikan pelukannya.

“ abang tak ambil hati kan? Abang maafkan Beby kan kan?”

“ taklah..sape juga yang sampai hati nak marah little princess abang ni..Beby apa khabar?” Richie mengusap rambut Beby. Rindu sangat pada adik bongsunya itu.

“ macam ni lah..sihat je. Jadi, ada tak abang beli apa yang Beby suruh tu?”

“ ohhh..itu. sebenarnya ada..tapi memandangkan Beby macam tak endah je pasal kepulangan abang, abang dah bagi kat Yana.”

“ abang!” Beby memeluk Richie lagi sambil merengek manja. Richie ketawa. Beby benar- benar menjadi perempuan bila bersama dengan Richie. Datin Lenny turut terhibur dengan telatah Beby.

“ ahh..tak boleh. Abang dah bagi kat Yana..takkan tiba- tiba nak ambil balik pula..buruk siku namanya.”

“ abang jahat! Beby pegi dululah. Benci.” Beby pura- pura merajuk sambil acah- acah mahu meninggalkan tempat itu tetapi Richie mengejarnya kemudian terus mencempung tubuh Beby. Beby terjerit kecil kerana terkejut dengan tindakan abangnya itu.

“ alaa..girlfriend saya dan merajuk. Macam mana ni? Huhuhu.” Richie membisikkan sesuatu ke telinga Beby.

“ yakah? Mana?” dengan wajah yang sudah bertukar ceria, dia melompat turun dari pangkuan Richie. Tiba- tiba kedengaran bunyi piano beralun lembut. Richie menarik tangan Beby.

“ tadaa..special for my girlfriend!” Beby merangkul abangnya. Richie benar- benar telah menunaikan janjinya untuk membelikan sebuah piano untuk Beby. Yana pula cuma menyaksikan adengan keluarga bahagia itu sambil tersenyum. Alangkah bagusnya kalau saya pun ada keluarga bahagia seperti ini. Memang saya cukup bahagia sejak tinggal bersama keluarga ini tetapi jauh disudut hati..saya masih mengimpikan keluarga sebenar saya akan turut sebahagia keluarga angkatku ini.

******

         Seminggu lebih dengan jadual yang padat, Beby merasakan minda dan fizikalnya sangat- sangat letih. Mana tidak letihnya kalau seawal pukul Sembilan pagi sampai pukul lima petang, dia akan menghabiskan masanya di kolej untuk kuliah dan meneelah pelajaran. Itu setiap hari isnin hingga jumaat. Hari sabtu dan ahad pula dia akan berada di akademi seni. Manakala, setiap hari rabu, khamis dan jumaat, iaitu selepas waktu kuliah, dia akan mengikuti latihan menari bermula dari jam tujuh petang sampai pukul Sembilan malam.

        Hari sabtu pula bermula dari pukul dua petang sampai pukul enam petang. Nasib baik final exam lama lagi. Kalau tidak..confirm boleh gila nak bahagikan masa. Beby menghempaskan beg sandangnya di atas meja belajar lalu terus berbaring. Aduii..penatnya. muda- muda lagi dah penat gila macam ni..rehat dan tidur pun selalu tak cukup. Confirm belum sampai umur 30an muka dah berkedut ni kerana terlalu banyak yang difikirkan. Dia benar- benar letih. Ditambah lagi dengan L yang selalu saja memarahi. Kesilapan kecil saja pun akan dibesar- besarkan oleh ketua mereka yang cerewet itu. Huh! Ketualah sangat.

         Beby pula separuh rela separuh terpaksa mengikuti kumpulan itu sebab dia ingat, mungkin dengan masuk kumpulan L, dia tidak akan bermusuhan dengan L lagi. Dia juga tidak mahu membenci sesiapa tetapi sikap L yang selalu memarahi dan memakinya tidak tentu pasal menyebabkan rasa benci di hati Beby semakin bercambah hari ke hari. Dia ingat perasaan benci itu akan segera hilang bila selalu berjumpa dan berkomunikasi dengan L tetapi hampa. Makin hari L semakin teruk melayan Beby sehingga memaksanya untuk keluar dari kumpulan itu tetapi dia tidak sampai hati bila Amirul merayu- rayu dengannya supaya tidak keluar dari kumpulan itu. Dia suka berkawan dengan Amirul sebab Amirul tidak macam ketua mereka yang macam dinasour itu.

        Lain pula ceritanya tentang Niel. Jejaka kacukan Jepun itu yang selalu ingin mengambil peluang mahu mendekatinya apabila berada di akademi seni tetapi Beby buat tidak tahu saja dan terus menganggap Niel seperti tidak pernah wujud. Bagi Beby, Niel hanya mahu mempermainkan perasaannya sahaja. Dia merasa ia tidak masuk akal apabila seorang lelaki yang tampan macam Niel mahu serius berkasih dengannya yang dia anggap sangat- sangat tidak sempurna. Saya ni perempuan separuh siap kata L dan ‘ Little boy’ bagi abang Richell.

       Saya memang tidak cantik dan tidak sempurna macam gadis lain. Macam mana saya nak berusaha nak jadi cantik pun tetap juga takkan kelihatan tidak menarik. Tidak ada seorang pun lelaki yang menganggap dirinya cantik dan comel selain abangnya Richie tetapi Beby menganggap Richie itu cuma mahu menyedapkan hatinya sahaja. Hakikatnya dia memang tidak cantik. Hanya Richie seorang saja yang menganggapnya cantik sedangkan jutaan orang pula menganggapnya sebaliknya. Satu lawan sejuta siapa yang akan menang? Tentu yang sejuta juga yang Beby akan percaya kan.

“ Beby baru sampai?” sapaan tersebut mematikan lamunannya. Yana baru keluar dari kamar mandi. Dia tampak seksi sekali bila dalam keadaan seperti itu. Beby merenungnya dari atas ke bawah. Sempurnanya Yana sebagai perempuan. Dah lah badan cantik, ada aset, kaki pula panjang dan kurus. Kan bagus kalau saya pun ada fizikal yang sempurna macam Yana.

“ wei! Kenapa tengok saya macam tu? Orang tanya jawablah.” Yana menolak lembut kepala Beby.

“ hah? Tanya apa tadi?” Beby kelihatan tersentak sedikit.

“ haih..belum korek telinga lagi ke? Saya tanya, Beby baru sampai?” ulang Yana geram.

“ dah nampak baju pun belum saya tukar..tanya lagi.”

“ hurmm..manalah tahu dah lama sampai tapi masih tak tukar- tukar baju lagi.”

“ ish..Beby bukan macam tu lah.”

“ nampaknya Beby sibuk sangat akhir- akhir ni sampai tak lekat kat rumah walaupun sejam. Tahu tak, abang Ichi awak tu dah merajuk sebab Beby lebih pentingkan aktiviti Beby tu daripada abang Ichi yang bertahun- tahun baru dapat balik rumah. Tinggal berapa hari lagi abang Ichi kat sini tapi awak masih tak luangkan masa untuk abang tercinta awak tu. Kesian tau.” Omel Yana.

“ hah? Betul ke abang dah merajuk?”

“ takkan Yana tipu pulak? Dia sendiri cakap kat Yana tau.”

Beby tertunduk. Beby terus teringat. Dulu, kalau abangnya balik dia tidak akan berenggang walau sedikit pun dari Richie. Dia manja dengan Richie sahaja tetap tidak kepada abangnya yang satu lagi iaitu Richell. Kalau Richie balik dari luar negara, dia akan bawa Beby jalan- jalan, pergi fun fair, karaoke, tengok wayang, makan- makan, piknik, shopping dan macam- macam lagi. Tapi sekarang kan keadaan sudah berubah. Beby bukan lagi budak perempuan belasan tahun. Umur Beby sudah melangkah ke angka 21. Komitmen semakin banyak dan semakin sibuk kerana Beby sekarang bukan lagi budak sekolah menengah yang kerjanya cuma minta duit dan belajar dan belajar. Kalau zaman dulu, umur macam Beby sudah jadi isteri orang.

“ hee..saya pegi pujuk dululah.” Beby menerobos keluar dari biliknya lalu menerpa masuk ke dalam bilik Richie yang tidak berkunci. Tanpa memberi salam terlebih dahulu, Beby terus menolak daun pintu perlahan- lahan. Tekuak sedikit. Kedengaran bunyi gitar. Oh..rupanya Richie sedang bermain gitar.

“ abang Ichi..Beby masuk boleh?” hah..tengoklah betapa sopannya Beby bila berhadapan dengan Richie. Kalau dengan orang lain, Beby adalah masukulin tetapi bila dengan Richie, dia akan menjadi perempuan yang lemah- lembut dan manja. Agaknya Beby ni ada dua personality kot.

“ masuklah.” Jawab Richie selamba sambil meletakkan gitar di atas katil. Beby melangkah perlahan lalu naik di atas katil. Dia duduk bertentangan dengan Richie.

“ kenapa baru hari ni datang?” tanya Richie serius.

sorry bang..Beby sibuk sangat ni sampai masa rehat dan tidur pun tak cukup.” Beby tunduk. Dia tahu Richie benar- benar kecil hati dengannya.

“ apa yang Beby buat? Siapa suruh terlampau aktif. Ada aktiviti je mesti nak ikut..tengoklah siapa yang susah sekarang tak cukup tidur takde rehat.”

“ kali ni je kot..lepas pertandingan tu ok dah. Abang janganlah marah..sekarang kan lain..dulu lain.” Beby meraih tangan Richie lalu digenggamnya erat- erat.

“ apa yang lain?”

“ dulu kan Beby masih sekolah menengah yang tahu belajar dan bermanja je..sekarang Beby dan 21 tahun. Mulai sekarang, Beby mesti mula belajar hidup berdikari..buat kerja dan macam- macam lagilah.”

“ abang faham semua tu sebab abang pun pernah jadi macam Beby juga tapi abang tetap nak pesan, jangan terlebih aktif sampai menyusahkan diri sendiri. Tak baik untuk kesihatan juga tu kalau selalu takde rehat dan tidur yang cukup. Dah lah..abang tak marah juga cuma ambil hati sikitlah sebab masa abang kat sini Yana pula yang temankan abang..bukan Beby.”

“ Yana tak baik ke? Kan Beby selalu cakap dalam whatsapp, kak Yana kakak yang paling baik. Dia jaga Beby macam adik kandung sendiri.”

“ bukan tu maksud abanglah..Yana memang baik tapi terbatas sebab Yana kan bukan sedarah sedaging ngan abang..mana boleh abang buat sesuka hati..tak dapat nak belai rambut, suap- suap, picit hidung tarik pipi..macam- macam lagilah tak boleh buat.” Kata Richie sambil tersengih- sengih.

“ hmm..jadi, masa abang jalan ngan kak Yana, dalam seminggu lebih ni..abang kan selalu jalan dan keluar ngan Yana. Takde ke perasaan yang lain- lain dekat Yana?”

Beby bertanya. Sebenarnya dia mahu menjodohkan abangnya dengan Yana. Bukan tidak boleh pun sebab Yana bukannya ada pertalian darah dengan mereka tetapi kalau Yana ada pilihan hatinya sendiri, Beby tidak juga memaksa. Mustahil juga perempuan tidak cair bila bersama dengan Richie. Richie ni sangat pandai melayan perempuan. Bagi Richie, kaum hawa ni patut dilayan dengan baik- baik, disayangi dan wajib dilindungi.

          Richie akan melayan perempuan yang dia suka macam puteri. Beby masih ingat, ketika Richie berumur 22 tahun, dia putus cinta dengan seorang gadis bernama Nana. Masa tu Richie sangat- sangat mencintai Nana ni tetapi entah dimana silapnya, Nana pergi dengan lelaki lain. Maklumlah cinta pertama, akibatnya Richie menjadi pendiam, murung dan itulah kali pertama dia melihat seorang lelaki menangis untuk seorang perempuan.

        Richie menangis. Lelaki ini jarang sangat menangis tetapi kalau mereka sudah menangis memang sukar nak pujuk sebab hati lelaki ni bukan selembut hati perempuan. Masa itulah Beby mengerti dan faham bahawa Richie menangis sebab terlalu sayangkan Nana. Richie sangat jujur, setia dan ikhlas tetapi dia dikhianati. Richie adalah idol Beby. Beby sudah bertekad, dia mahu mencari lelaki sebaik dan setulus Richie. Tetapi dimana dia hendak mencari future husband yang macam tu? Kebanyakkan lelaki sekarang semuanya tidak jujur dan suka curang. Lain di mulut lain di hati. Bagusnya kalau Richie bukan abang kandungnya. Dia boleh bercinta denga Richie dan menjadi isteri kepada Richie tetapi itu tidak mungkin akan berlaku sebab Richie adalah abang kandungnya.

“ perasaan? Emm..nak tahu juga ke?” Richie tersenyum. Beby mengangguk. Hmm..respon yang baik ni.

“ Beby marah tak nanti?” Beby mengeleng.

“ emm..Yana memang cantik..tapi bukan kecantikan yang abang tengok. Lemah- lembut, sopan- santun, rajin penyayang dan dari tingkahlaku dia, abang dapat rasa, dia ni jujur dan baik orangnya. Macam mana menurut Beby?”

“ yupp..sama ngan pendapat abanglah..betul lah apa yang abang cakap tu. Kak Yana memang jujur dan baik sangat. Beby rasalah kan, kak Yana tu tak pernah bercakap bohonglah. Macam baik sangat ni.”

“ ok..terus terang, abang suka sikap Yana.” Richie tersenyum. Beby turut tersenyum.

“ sikap je ke atau?? Yeaii..Beby bagitau kak Yana!!” Beby mengusik abangnya sambil tergelak.

“ jangan!”

“ bagitau juga!”

“ jangan! Nanti Yana anggap abang ni pengecut kalau Beby yang bagitau kat dia. biarlah..dah tiba masanya, nanti abang sendiri yang bagitau kat dia.”

Beby tersengih. Yalah..betul juga tu. Lelaki yang benar- benar ikhlas dan jujur menyukai seseorang tu mestilah berani meluahkannya di hadapan perempuan yang dia suka tu bukan melalu orang lain.

“ oh ya..adik abang ni masih single ke? Dah 21 tahun kan?” Richie pula yang bertanya kali ini. Dia ingin tahu adiknya itu dah kenal dunia cinta- cinta ke atau macam mana.

single lah but not available..takdelah. Beby muda lagi lah bang..lagipun malas nak fikir pasal tu. Beby rasa, i don’t need a man and love. Belum masanya lagi..lagipun mana ada lelaki yang baik macam abang zaman sekarang? Kalau ada lelaki macam abang, barulah Beby nak.”

“ bukan juga abang nak suruh Beby bercinta..berkawanlah. Lagi ramai kawan lagi baik..tapi abang nak pesan ni ya..semua orang perlukan cinta dan teman hidup. Abang tak percayalah Beby sanggup membujang sampai ke tua.”

“ yakah? Jadi, kenapa mama boleh hidup tanpa lelaki? Mama masih juga single sampai sekarang..bahagia je pun hidup mama takde lelaki..huu..tak kisahlah bang..lagipun siapalah nakkan Beby yang sangat- sangat tak sempurna ni.”

Beby tersengih. Richie mengeleng- gelengkan kepalanya lalu membelai rambut Beby. Beby tunduk.

“ Beby tak faham- faham lagi ke? Kerana dalamnya cinta mama pada ayah, sebab tu mama tak nak cari pengganti ayah sampai sekarang. Dan satu lagi yang abang benci sangat dengar dari Beby, gara- gara kaki tu pendek teruslah anggap diri tu tak sempurna langsung. Beby tu cantik sebenarnya..tu perangai tu..siapa suruh Beby macam tu?”

“ macam mana Beby nak jatuh cinta kalau semua lelaki pun macam miang dan penipu. Mulut pun macam longkang. Abang idol Beby..Beby nak yang macam abang je tapi Beby belum jumpalah.” Jawab Beby selamba.

“ Beby jadikan abang idol buat apa? Kenapa? Abang ni orang biasa je lah..banyak kekurangan juga. Lagipun abang ni kan lelaki..carilah perempuan sebagai inspirasi..mama ke. Patutlah Richell bagitau abang yang makin Beby membesar, perangai lelaki tu semakin menjadi- jadi.

“ sebab abang bukan je hensem, pintar, cerdik, bijak..jujur, baik, penyayang, tak panas baran, tak merokok dan macam- macam lagi Beby kagum kat abang. Terlalu banyak..sampai fesyen abang pun Beby jadikan rujukan untuk bergaya. Sometime kan, Beby rasa..bagus Beby dilahirkan sebagai lelaki.”

Beby menjelaskan isi hatinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia ada perasaan ingin dilahirkan sebagai lelaki. Dia bukanlah pengkid atau tomboi. Dia perempuan normal sama macam perempuan yang lain.

“ yalah tu..tapi, abang berharap sangat satu hari nanti Beby boleh jadi macam Yana. Berhenti jadikan abang sebagai idol. Abang ni manusia biasa..mana mungkin abang sempurna macam yang Beby sangkakan. Beby dah terlahir sebagai pompuan sejak azali. Dosa tau nak ubah diri tu jadi lelaki padahal pompuan.”

“ tak..Beby bukan nak jadi lelaki..Cuma, kadang- kadang je Beby terfikir macam tu.

“ ok..kalau macam tu, Beby kena berubah..ubah perangai tu mulai dari sekarang. Boleh? Jangan kecewakan abang boleh tak?”



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku