LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 6 GADUH!
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
169

Bacaan






         Beby melangkah keluar dari keretanya lalu melabuhkan punggungnya di satu kerusi kayu berdekatan dengan pintu masuk ke dance hall tempat mereka selalu berlatih menari. Sudah beberapa hari berlalu selepas perbualan panjang antara dia dan Richie tetapi kata- kata abangnya masih jelas terngiang- ngiang di gegendang telinga.

        Memang betulah saya ni tidak sempurna sampai Richie pun suruh ubah sesuatu dalam diri ini? Jadi, semua kata- kata Richie selama ini yang dia akan sayang Beby walau macam mana pun perangai dan sikap Beby tu adalah palsu semata- mata? Abang Richie? Adakah saya memang tidak cukup sempurna sampai abang pun suruh saya untuk berubah..adakah saya memang tidak sempurna dilahirkan sebagai seorang perempuan? Richie selalu mengatakan Beby cantik dan sempurna segala sifat tetapi mengapa masih mahu dia berubah lagi? Kalau benar kata- kata Richie, dia tidak akan menyuruh Beby mengubah dirinya.

        Beby membelek- belek keadaan fizikalnya kemudian tertumpu pada bahagian kakinya. Ahh..ketinggiannya yang cuma 149 benar- benar membuatnya rasa kurang. Konon cantik..comel..ahh..semua tu tipu. Kenyataannya..dia memang tidak sempurna.

        Siapa yang patut dipersalahkan jika dia seperti ini? Dia membesar dengan abang- abang lelakinya. Dari kecil didedahkan dengan kehidupan lelaki, pakaian lelaki, aktiviti lelaki, fesyen lelaki dan cara pertuturan lelaki. Sebab itukah? Memang ibunya ada tetapi pengaruh abangnya lebih kuat sebab mereka yang menjaga dan menjadi teman Beby sejak kecil. Jadi, saya tak boleh salahkan sesiapa dalam hal ni.

       Ahh..serabutnya otak ni. Beby meraup wajahnya. Dia mengerling jam ditangannya. Wahh..lamanya saya mengelamun! Dah dekat pukul lima ni. Mana perginya jantan- jantan tu? Dua hari lagi pertandingan akan berlangsung dan esok pula Richie akan terbang semula ke Australia. Hidupnya pasti akan kembali sunyi tanpa Richie.

CENTRE POINT SHOPPING MALL

         Rexray mengelap peluh yang tidak henti- henti menitis dari dahinya. Dia melihat jam di tangannya. Ahh..dah pukul enam petang rupanya. Mana perginya Amirul dan L ni? Mesti Beby sedang menunggu ni. Rexray meraba- raba poket seluarnya mencari handphone nya. Hampa. Handphone nya tidak ada. Ia ditinggalkan dalam kereta tadi. Lagi- lagi Rexray mengeluh. Betulkah apa yang L cakap tadi? Diana yang menghilangkan diri selama empat tahun tiba- tiba boleh muncul semula di sini? Betulkah Diana sudah balik? Gara- gara mencari Diana, mereka bertiga terkandas di sini.

        Rexray tidak percaya tetapi L tetap berdegil mengatakan memang perempuan yang dia nampak semasa membeli jeruk buah di Centre point ialah Diana. Oleh kerana bimbangkan L, Amirul pun mengekori L. Aduh..lebih baik saya balik ke kereta dulu bagitau Beby yang sedang menunggu. Kira- kira lima minit, Rexray sampai di tempat letak kereta. Dia terkejut pula apabila melihat L dan Amirul sudah berada disitu. Rexray mendapatkannya.

“ hei korang! Dah ada kat sini rupanya..sengsara saya cari korang berdua tau. Naik cepat. Kita dah lambat tiga jam ni.” Rexray memberi arahan kepada kedua- dua sahabatnya. Tanpa bantahan, L dan Amirul terus saja masuk ke dalam kereta. Dalam perjalanan, mereka cuma diam tidak bersuara macam selalu.

“ kenapa diam je ni?” tanyanya hairan.

“ saya gagal lagi berjumpa ngan Diana.” Sahut L serius dan ringkas.

“ L..tu bukan Dianalah..percayalah cakap saya. Kan Diana pernah berjanji takkan balik ke sini lagi.”

Rexray cuba meyakinkan L. Dia faham sangat- sangat, L terseksa dengan perpisahan yang terjadi kerana Diana bukan saja curang tetapi juga mengkhianati kumpulan itu. Diana adalah ahli kumpulan asal dalam kumpulan mereka yang juga merupakan bekas teman wanita L.

“ saya tak buta Ray..tu memang Diana. Walaupun dah bertahun dia menghilangkan diri, saya yakin..dia memang Diana.” Kata L tetap berkeras.

“ sudahlah L..bukan Dianalah tu. Tengok ni..dua puluh miscall daripada Beby, mengamuk dia kat grup whatsapp sorang- sorang. Mesti dia tengah tunggu kita sekarang ni.” Amirul menunjukkan handphone nya kepada L. L buat tidak endah sahaja. Baginya, Diana lebih penting daripada itu semua ketika ini. Diana! Diana! Dan Diana! Otak L penuh dengan nama Diana saja.

        Dia tidak peduli hal lain lagi. Kira- kira dua puluh minit kemudian, mereka pun sampai di dewan akademi seni. Dari jauh sudah kelihatan kereta Beby. Ternyata Beby masih lagi menunggu. Kasihannya..bisik hati Amirul. Seperti yang sudah dijangka, Beby terus menunjukkan wajah yang serius dan tidak puas hati.

“ hei! Korang pegi mana hah? Ingatkan dah mampus semua!” amarah Beby terus meletus. Dia memang tidak dapat mengawal emosinya sudah sebab dia membuat panggilan sebanyak 20 kali, whatsapp entah berapa banyak tetapi semuanya tidak berbalas. Siapa yang tidak akan marah? Dia menunggu disitu dari pukul dua setengah petang sehingga pukul tujuh malam. Ditambah pula dengan perutnya yang terus bernyanyi riang minta di isi kerana dari tengah hari tadi dia belum menjamah apa- apa makanan.

“ kamu ni buat hal ikut suka hati je kan? Langsung tak peduli perasan orang lain. Korang ingat dah berapa jam saya tunggu kamu kat sini? Dah hampir 5 jam saya tunggu kamu bodoh! Lusa dah nak bertanding...tapi kamu buat saya macam ni..saya nak tarik diri!” pekik Beby yang betul- betul menyinga. Kali ini dia benar- benar sudah nekad..dia tidak mahu terlibat dengan kumpulan ini lagi.

sorry Beby..kami betul- betul ada masalah tadi. Janganlah terburu- buru buat keputusan.” Melihat ketua mereka langsung tidak bersuara, Rexray terus tampil ke hadapan menjadi wakil.

“ kalau ada masalah kenapa tak batalkan je latihan hari ni? Lepas tu langsung tak bagitau saya apa- apa yang korang lambat ke ada masalah ke..takde pun korang bagitau saya. Saya call tak diangkat..chat takde respon! Saya menunggu kamu macam orang gila je tau! Dah lah lapar!”

Beby terus menghamburkan kata- katanya tanpa mengendahkan kata- kata maaf daripada Rexray. Amirul ketika ini langsung tidak berani bersuara. Dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak berapa biasa mendengar orang meninggikan suara kerana jarang sekali ahli keluarganya bercakap dalam nada tinggi atau kasar. Ibu- bapanya sangat lemah lembut mendidik mereka adik- beradik namun tegas. Tambahan pula, semua adik- beradiknya adalah perempuan.

“ kami pun tak tahu juga kami ada masalah..tiba- tiba je..saya tahu awak marah sangat kat kitaorang..kami bertiga betul- betul minta maaf. Kami tak sengaja. Sorry Beby. Sorry.”

Kata Rexray terus cuba meyakinkan Beby yang memang benar- benar sudah marah melebihi had. Dia faham juga perasaan Beby ketika ini kerana sesiapa pun akan marah kalau menunggu berjam- jam..lepas tu buat panggilan tidak dijawab. Menunggu dalam keadaan lapar dan haus lagi. Memang boleh buat orang bergaduh.

“ eii..kan saya dah cakap tadi..kalau betul korang ada masalah, kenapa takde sorang pun yang bagitau kat saya sedangkan semua pun ada handphone? Takkan sorang pun tak boleh kan?” Beby tetap tidak puas hati. Baginya, orang- orang macam mereka ni hanya merugikan dia sahaja kerana membuang masanya berjam- jam hanya untuk menunggu.

“ memang ka..

“ apalagi hah? Apalagi alasan bodoh korang?” belum habis kata- kata Rexray, Beby sudah memotong percakapan Rexray. L yang dari tadi cuma berdiam diri terus berpaling ke arah Beby.

“ hei perempuan separuh siap! Awak bagus sikit! Satu kali lagi awak biadap ngan kawan- kawan saya, siaplah awak! Tampar muka awak yang hodoh tu!”

Akhirnya L bersuara. Lantang dan nyaring sungguh suaranya. Ketiga- tiga mereka memandang ke arah L. Aduhh..kenapalah L bersuara pula dalam keadaan yang huru- hara macam ni? Sudah tahu Beby sedang marah berhabis, menyampuk lagi. Diam- diam sudahlah. Tolonglah jangan keruhkan lagi suasana..pinta Amirul dalam hati.

“ apa awak cakap tadi? Nak tampar? Ohh..awak ingat saya takut sangatlah ngan gertakan awak tu? Eii..saya tak takutlah ngan lelaki tak guna macam awak ni. Awak ni langsung takde guna tau..berlagak baik padahal berhati syaitian! Pembuli! Mata duitan! Hei! Kalau awak betul- betul hebat, kenapa awak hampir mati time kena keroyok ngan samseng pasar tu? Kalau bukan saya yang tolong awak masa tu..mungkin awak dah arwah sial! Awak ni tahu marah orang je bila saya yang lambat beberapa minit tapi awak boleh pula lambat berjam- jam? Hah? Sekarang apa alasan awak lelaki tak guna!”

Beby menghampiri L yang sedang memakukan pandangan tajam setajam- tajamnya terhadapnya. Memang dari tadi dia mahu terus menyerang L, tetapi Rexray pula yang duluan bersuara.

“ cantik betul bahasa awak kan? Suka hati tuduh saya itu ini! Hei perempuan separuh siap! Jangan terlampau kurang ajar ngan saya..awak ingat awak tu pompuan, saya tak berani nak pukul ke?”

Pukul? Oh tidak! Habislah! Keadaan semakin tegang. Rexray cepat- cepat memberi isyarat kepada Amirul supaya segera membawa Beby beredar. Tanpa berlengah, Amirul terus mendapatkan Beby tetapi Beby menolak Amirul sehingga Amirul jatuh tersungkur. Uikk..kecil tapi kuat rupanya gadis ni. Beby nampaknya benar- benar marah kali ini.

“ saya ada cakap ke yang awak tak berani? Selama ni kamu semua memang anggap saya bukan perempuan kan? Hah..pukul lah! Pukul!”

Pakk! Pakk! Amirul dan Rexray terkedu tidak bergerak seperti terkena renjatan elektrik. Suasana terus menjadi sunyi sepi. Kedua- dua jejaka yang berusaha mahu meleraikan L dan Beby itu tercengang dan terlopong. Mereka hampir tidak percaya tetapi ia sudah berlaku. L benar- benar telah menampar Beby kali ini. Dua kali pula tu. Omaigad! L betul- betul nekad menampar Beby. Dan semestinya tamparan itu sangat kuat. Dari bunyinya saja pun dah tahu L menampar Beby dengan kuat sekali. Apa yang L buat ni? Dia betul- betul nekad memukul perempuan?

“ Beby!”

“ L!” Amirul terus mendapatkan Beby dan Rexray mendapatkan L. Beby turut terkedu dan terlopong. Walaupun dia tahu L memang betul- betul akan memukulnya tetapi dia tidak menyangka L akan menamparnya sekuat itu. Dua kali pula. Pipinya terasa kebas dan pedih. Sakit. Nampaknya L telah menampar Beby sekuat hatinya. Jelas kelihatan bekas lima jari L di pipi gebu Beby.

“ wei L! Apa awak buat ni hah? Kenapa awak pukul Beby? Awak tahu tak dia ni pompuan bukan lelaki! Awak memang tak boleh dimaafkan!” marah Rexray sambil mengoyang- goyangkan tubuh L.

“ dia bukan pompuan! Dia lelaki berwajah perempuan! Saya benci dia ni..betul- betul benci! Hei perempuan tiruan, dengar sini baik- baik! Saya benci bila awak guna nama Diana! Awak buang nama Diana tu! Awak tak layak pegang nama tu! Awak ni perempuan sepa..”

Pakk! Pakk! Nah! Sekarang dah seri. Tiada yang kalah tiada menang. Beby membalas tamparan L dengan menampar L dua kali juga. Biar L turut rasakan betapa pedihnya tamparan yang dia dapat sebentar tadi. Kata orang, tamparan wanita ni lebih berbisa. Sekali lagi Amirul dan Rexray terkejut. Beby menampar L juga? Beby memang berani!

“ L! Saya tak tahu kenapa awak benci sangat kat saya sebab setahu saya, saya tak pernah menyusahkan hidup awak..atau hidup keluarga awak. Saya tak pernah mintak duit atau makanan kat awak..apa masalah kau ni sebenarnya hah? Saya sebenarnya tak suka nak benci- benci orang ni tapi awak sendiri yang buat saya bencikan awak. Awak bawa saya masuk kumpulan ni pun sebab awak cuma nak peralatkan saya kan? Pergunakan saya. awak ingat saya tak tahu ke? Awak cuma gunakan saya untuk dapat apa yang awak mahu! Awak ingat saya tak tahu? Eii, semua orang boleh hidu bau busuk hati awak yang macam bangkai! Awak memang teruk L! Awaklah lelaki yang paling teruk sekali pernah saya jumpa dalam hidup saya. Saya lebih bencikan awak sebenarnya selepas apa yang kau dah buat ngan saya! apa yang awak nak sebenarnya? Saya tahu saya tak cantik, hodoh, pendek..tak sempurna macam pompuan lain tapi saya tak pernah terhegeh- hegeh nak dekat ngan awak! Tapi kenapa awak selalu sangat hina- hina saya? kenapa selalu rendah- rendahkan saya? saya pun ada perasaan juga L..saya pun ada maruah! Saya benci awak!”

         Habis saja berkata- kata, airmata Beby terus berjurai. Beby berani bersumpah, inilah kali pertama dia menangis sebab lelaki. Lelaki yang langsung tidak ada kaitan dengannya. Sungguh sia- sia airmata Beby tapi apa boleh buat..Beby sudah berusaha mengawal dirinya daripada menangis ketika ini tetapi tangisannya malah kian kedengaran.

        Tanpa dia sedari, dia terus memeluk Amirul. Dia bukan menangis kerana tamparan L tadi tetapi dia terlalu sakit hati bila memikirkan semua yang sudah L lakukan kepadanya selama ini. Rexray memberi isyarat kepada Amirul supaya membawa Beby beredar dengan segera. Risau nanti kalau L tiba- tiba membalas lagi. Amirul yang faham pun terus membawa Beby segera angkat kaki dari situ kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin rumit.

        Amirul tidak menyangka, L dan Beby ini betul- betul saling membenci rupanya. Dia ingat selama ini, dua orang itu hanya benci- membenci biasa- biasa sahaja. Kasihan pula Amirul melihat Beby ditampar oleh L dengan begitu kuat sekali sehingga pipi gadis itu jelas kelihatan merah. Kata- kata Beby memang biadap tadi tetapi L tetap tidak ada hak untuk menampar Beby. Beby bukan siapa- siapa untuk L pun.

        Beby bukan kekasih, bukan saudara, bukan adik, bukan kakak, bukan kawan juga bukan sahabat melainkan hanya seorang gadis yang L pergunakan untuk mencapai cita- citanya. Setelah agak yakin keadaan disitu tenang, Amirul membawa Beby duduk di sebuah kerusi. Beby masih tersedu- sedan. Amirul memandang wajah Beby. Tersentuh hatinya melihat airmata gadis itu yang masih membasahi kelopak mata dan pipinya. Tanpa sedar, jari- jemarinya perlahan- lahan mengusap pipi Beby kemudian mengelap sisa- sisa airmata Beby. Beby terkesima dengan perlakukan Amirul terhadapnya. Amirul?

“ mesti sakit kan..saya nampak ngan jelas tadi..L tampar ngan kuat.”

       Dengan suara yang sangat lembut dan menenangkan, Amirul mengusap lembut pipi Beby dengan harapan, rasa sakit akan berkurang. Beby pula terus- terusan tersentak dengan layanan Amirul terhadapnya. Inilah kali pertama pipinya disentuh oleh lelaki lain selain abangnya Richie dan Richell. Perlahan- lahan Beby mengangguk. Ya, memang sakit. Kebas, perit dan pedih tapi hatinya lagi sakit ketika ini. Bagai dirobek- robek.

“ hmm..jangan nangis lagi. Beby kan kuat. Kalau sakit betul, saya pegi beli aisbatu tuk redakan sakit tu.” Amirul cuba memujuk Beby.

“ awak pun anggap saya macam lelaki juga ke?” Amirul terdiam seketika mendengar soalan spontan daripada Beby. Amirul menatap wajah Beby. Mata mereka bertemu.

“ tak..bagi saya, Beby tetap pompuan. Kalau dah namanya pompuan, awak buat macam mana pun, kasar macam mana pun...tetap kelihatan perempuan juga. Tak pernah akan jadi lelaki sebab dah dilahirkan sebagai perempuan sebab tu kasar garang macam mana pun, aura keperempuanan tu tetap ada.”

         Amirul tersenyum seikhlas- ikhlasnya. Dia simpati dengan gadis ini. Mungkin kerana dia membesar bersama- sama dengan abang- abang lelakinya yang menjadikan Beby agak kasar berbanding daripada gadis- gadis yang lain. Ya, kemungkinan ini tidak boleh ditolak kerana ia memang teori yang 50% boleh menjadi kenyataan.

       Amirul sendiri membesar bersama dua orang kakak dan seorang adik perempuan. Oleh kerana semua adik- beradiknya adalah perempuan, dia juga selalu terdedah dengan kehidupan perempuan dan gaya perempuan. Pernah juga dia menjadi mangsa fesyen oleh kakak- kakaknya. Dipakaikan baju perempuan dan disolek. Sikapnya juga lembut tapi bukan pondan. Dia juga penyayang dan mudah tersentuh. Itulah serba- sedikit sikapnya yang dipengaruhi oleh adik- beradik perempuannya.

“ saya minta maaf..tadi..err..saya tak sengaja terpeluk awak..saya tak sedar dan tak dapat kawal emosi. Sorry..saya tahu..saya tak sepatutnya buat begitu.” Kata Beby tertunduk malu. Amirul tergelak kecil.

“ takpe..saya faham sangat. Adik beradik saya semua pompuan..saya tahu macam mana sikap diaorang bila menangis.”

sorry juga sebab marah- marah..tadi, saya betul- betul marah sebab saya dah tunggu berjam- jam tapi kamu tak muncul- muncul. Call pun tak angkat. Tambahan pula, saya lapar dan haus sebab saya keluar dari rumah tengah hari tadi langsung tak makan apa- apa. Sorry sangat- sangat.”

        Beby memberi penjelasan. Amirul mengangguk faham. Sebenarnya bukan salah Beby pun 100%. Mereka bertiga pun salah juga sebab langsung tidak memberitahu Beby apa- apa pasal kelewatan mereka. Memang wajar pun Beby marah. Sedangkan menunggu 30 minit saja pun boleh berasap, ni kan pula kalau dah 4- 5 jam. Memang nak terbakar rasanya.

“ takpelah..memang kami salah juga pun sebab langsung tak bagitau apa- apa. Saya pun terlupa pasal awak sebab terlalu bimbangkan L.”

“ bimbangkan L? Kenapa ngan dia?” Beby menghapuskan sisa- sisa airmatanya. Dia kini kelihatan lebih tenang berbanding tadi.

“ mungkin kalau saya cerita kat awak pun, awak tak faham juga tapi, sebab kami dah susahkan awak sebab masalah ni, terpaksalah saya cerita juga. Tadi, dalam perjalanan pegi sini, kami singgah sekejap kat centre point nak beli jeruk buah..tapi, tiba- tiba si L ni berlari- lari sambil panggil- panggil nama Diana.”

Amirul mula menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kelewatan mereka.

“ Diana?” Beby bingung dan hairan seketika. Baru dia teringat semula, semasa L mabuk dan dibelasah teruk malam itu, L ada juga menyebut- nyebut nama Diana. Siapa sebenarnya Diana tu? Malah L pernah terpeluk dia ketika L mabuk sebab salah anggap..dia ingat Beby adalah Diana. Mengingatkan semua itu, tiba- tiba darah Beby kembali mendidih.

“ Diana tu sahabat kami juga sejak kami sekolah menengah lagi. Sejak kat sekolah menengah, kami dah tubuhkan kumpulan ni..banyak kali jugalah kami dapat juara kalau ikut apa- apa pertandingan masa tu. Masa kami tingkatan tiga, si Diana ni mula bercinta ngan si L.”

“ eh..bebudak lagi dah bercinta- cinta.” Beby rasa annoying mendengarnya.

“ ha ha..ya..dia girlfriend L. Diorang couple sampai habis form 5 lepas tu, diorang dah janji nak sambung study sama- sama dan bertunang masa umur 18 tahun tu tapi, Diana curang pula. Dia tinggalkan L, tinggalkan kumpulan ni dan mengkhianati kumpulan ni.”

Beby terdiam. Oh..begitu rupanya. Menarik juga kisah mereka ni tapi Beby sedikit annoying pada bab- bab bercinta zaman sekolah ni. Bagi Beby, itu semua cinta monyet je.

“ muda sangat nak tunang- tunang. Tu lah siapa suruh..cinta monyet kan memang macam tu lah.” Omel Beby.

“ mungkin bagi semua orang, cinta zaman sekolah ni cinta monyet je..suka- suka je tapi mungkin bagi L dia ambil serius. Maklumlah..L tu setia. Kalau dia suka pompuan tu, memang pompuan tu je lah dia suka. Siapa tak nak khawin ngan cinta pertama kita kan?” Amirul memandang Beby. Beby cuma tersengih. Entah..mana dia tahu. Dia sampai umur 21 tahun sudah pun belum pernah bercinta.

“ lepas Diana curang? Apalah terjadi seterusnya?” Beby ingin tahu.

“ dia menghilangkan diri. Kami pun tak tahu dia lari pegi mana. Bukan L je yang kecewa dan sakit hati ngan Diana masa tu..kami semua pun kecewa sebab ada lagu yang kami cipta..dan nak rakamkan lagu tu dalam beberapa hari lagi. Ha ha ha..kami bukan suka- suka buat kumpulan ni. Memang kami serius nak bergiat dalam bidang seni tapi tiba- tiba lagu tu dan semua salinan- salinan nya sekali dah jadi milik orang lain. Orang yang beli tu pegi rakamkan lagu tu terlebih dahulu..Diana yang jual lagu tu. Syarikat yang nak rakamkan lagu kami tu tak jadi nak sign kontrak dengan kami sebab dia tuduh kami tipu dia. Kami disuruh lagi membayar semua ganti rugi untuk persiapan rakaman dan pergambaran. Dah lah kami ni semua bukannya anak orang kaya.” Amirul mengeluh sedikit bila mengenangkan kembali apa yang pernah terjadi dalam kumpulan itu.

“ jadi, lagu korang yang kena curi tu dah terbit belum?” Beby tertanya- tanya.

“ tak terbit pun..sebab perbalahan antara satu sama lain kan.”

“ hurmm..sayangnya.”

“ tu lah..sudahlah mengkhianat. Curang lagi sampai mengandung anak luar nikah. Awak tahu tak macam mana perasaan L masa tu? Dia hampir- hampir je jadi gila bila dapat tahu Diana curang..mengandung lagi. Lepas tu, tanpa bagi apa- apa penjelasan, dia hilangkan diri macam tu je. Dah lah seminggu je lagi nak bertunang..semua persiapan pun dah buat. Tup tup..Diana mengandung. Hilangkan diri macam tu je. Siapa yang tak sakit hati kan? Sampai L nak bunuh diri je masa tu sebab dahlah impian tak kesampaian, lagu kena curi, Diana curang, mengandung..hilangkan diri. Seminggu je lagi nak bertunang. Kami semua stress berhabis masa tu tapi L yang paling serius sampai kena penyakit kemurungan, tekanan perasaan sampai sikit lagi masuk hospital sakit jiwa.”

        Beby terkedu mendengarnya. Sampai macam tu sekali? Eh, perempuan jenis apa jugak Diana ni? Kalau dah tahu dia tak sayangkan L lagi dan sedang hamil anak lelaki lain kenapa masih nak teruskan pertunangan tu? Geram pula Beby apabila memikirkan perempuan jenis macam Diana ni. Kalau macam tu, L bukanlah playboymacam apa yang selalu Beby tuduh- tuduh tu.

“ owhh..baru saya faham kenapa L benci saya guna nama Diana..tapi nak buat macam mana..memang nama penuh saya ada Deyanna jugak.”

“ mungkinlah..nama penuh Diana tu pun..sebenarnya sama sangat macam nama awak. Cuma ejaan Diana je yang berbeza. Nama dia Nur Diana Gracia.

“ ohh..jadi, kenapa L tiba- tiba berlari- lari masa dekat centre point?”

“ katanya dia nampak Diana..sebab tu lah dia pegi kejar.”

“ jadi, jumpa Diana tak?”

“ manada..tapi, kami rasa..L salah orang kot sebab semasa si Diana tu tinggalkan Malaysia, dia ada hantar sms terakhir kat Ray..dia cakap dia takkan balik ke sini lagi.”

Beby terdiam. Oh..sebab tu ke L emosional tadi. Beby mengetap bibirnya. Serba salah pula dia sekarang sebab terus kurang ajar dengan L tanpa bertanya secara baik terlebih dahulu. Tapi, salah mereka juga sebab langsung tidak beritahu dia apa- apa. Perlukah dia meminta maaf pada L ni?

“ Beby.” Suara itu mematikan lamunan Beby. Beby mendongak. Amirul tersenyum kepadanya.

“ ya..kenapa?”

“ tadi Beby cakap, Beby lapar..jomlah saya temankan pegi makan.” Amirul menawarkan dirinya untuk pergi menemani Beby makan.

“ eh, takpelah..lagipun dah nak masuk pukul 8 ni..nanti saya makan kat rumah je.” Beby menolak.

come on Beby..mulai hari ni..saya janji, saya akan layan awak macam pompuan sebenar sebab awak layak untuk dilayan macam puteri. Jom.” Amirul menghulurkan tangannya. Bergetar jantung Beby mendengar kata- kata Amirul. Beby tidak menyambut huluran tangan Amirul tetapi Amirul spontan je menarik tangan Beby tanpa segan silu. Sekali lagi Beby tercengang. Kenapa dengan Amirul hari ini? Selalunya dia ni tidak banyak cakap dan tukang tengok je. Begini ke keadaannya apabila lelaki melayan perempuan? Apakah perasaannya di kala ini? Gembira? Entahlah..Beby pun tidak pasti. Dia cuma mengikut rentak langkah Amirul.

RUMAH L

       L menghempaskan dirinya yang hangat di atas tilam empuk. Spontan dia merenung tapak tangannya. Tangan ni? Tangan ni pertama kalinya dalam sejarah hidupnya telah menampar dan mengasari seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah Beby. Perempuan yang langsung tidak ada kaitan apa- apa dengannya. Kenapa harus Beby? Kenapa dia nekad sangat mengasari dan menampar gadis kecil itu petang tadi? Sepatutnya kemarahan dan tamparannya itu untuk Diana yang telah menyakiti hatinya dan mengkhianati kumpulan mereka sekaligus menghancurkan impian mereka bersama.

      Ya Allah..apa yang saya dah lakukan ni? Kenapa saya benci sangat ngan gadis berkaki pendek tu hanya kerana dia dengki dengan apa yang Beby miliki? Hanya kerana gadis itu mempunyai keluarga yang bahagia, orang tua yang memahami, terlahir dari keluarga yang kaya- raya, disayangi ramai orang, cerdik dalam pelajaran dan juga berbakat. Ahh..memang dia dengki dan iri hati dengan gadis itu sebenarnya.

      Masih jelas di benaknya bagaimana derasnya airmata yang mengalir dari mata gadis itu tadi. Benarkah dia sudah menyusahkan hidup gadis itu? Dan..ahh..tiba- tiba L teringat akan kata- kata Beby petang tadi. Kata- kata yang begitu menarik perhatiannya. Macam mana dia tahu saya pernah di belasah habis- habisan oleh Shahrul dan geng- gengnya? Adakah?? L cepat- cepat bangun dari pembaringan. Ketika dia mabuk dan dipukul oleh geng- geng Shahrul, dia langsung tidak ingat apa- apa.

      Keesokkan paginya, dia terbangun dari tidur dia sudah berada di dalam biliknya. Dalam keadaan yang bersih pula tu. Siapa yang hantar dia balik ke rumah? Takkanlah Shahrul? Shahrul yang pukul takkan dia juga yang hantar balik? Macam mana Beby tahu? Jangan- jangan? L menerobos keluar dari dalam biliknya.

“ mak cik Ema! Mak cik kat mana?” dia berlari- lari anak mencari pembantu rumah mereka itu. Dia menuju ke arah dapur.

“ haa..L, ada apa tu?” sahut mak cik Ema dengan tenang sambil memotong sayur- sayuran untuk makan malam keluarga itu. Ibu bapa L belum ada di rumah. L lah yang selalu pulang ke rumah lebih awal.

“ err..mak cik masih ingat tak bulan lalu kalau tak silap...saya balik ke rumah tak sedarkan diri.” Malu- malu L bertanya.

“ ohh..ingat. Yang girlfriend L tolong hantar balik tu kan?”

What? Girlfriend? Dia sudah single selama 5 tahun..siapa pula girlfriend yang mak cik Ema maksudkan ni? Jantung L tiba- tiba berdegup kencang. Janganlah Beby..janganlah..janganlah.

girlfriend..eh...girlfriend yang mana?” L tersenyum kambing. Dia semakin risau sampai bunyi jantungnya semakin kuat.

“ eleh..L ni..malu- malu lagi. L dah masuk umur 21 tahun..biasalah tu kalau bercinta- cinta. Mak cik pun khawin masa umur 18 tahun.” Mak cik Ema pula mengejek.

“ err..girlfriend yang macam mana mak cik?”

“ yang kecil- kecil pendek- pendek tu...macam tinggi dia dalam 150cm lah kalau tak silap tapi comel sangat..macam anak kacukan pula. Putih..mana L pungut?”

Huff! L bagaikan nak tercekik saja ketika itu apabila dia mendengar kata- kata mak cik Ema. Dia terbatuk- batuk kerana tersedak dengan air liurnya sendiri dek kerana terlampau cemas.

“ L ok ke? Nak minum?” mak cik Ema menepuk- nepuk belakang L. L mengeleng- geleng dan terus masuk ke dalam biliknya. Arghh! Malunya! Malu! Patutlah Beby tahu pasal itu. Dia rupanya yang hantar dia balik ke rumah. Ahh..apa yang saya patut buat ni?

“ L ok ke ni?” tiba- tiba terpancul wajah mak cik Ema di muka pintu sambil membawa segelas air sejuk. L terkejut dan pura- pura tenang.

“ dah ok ni mak cik..batuk biasa je.”

“ ya ke? Tadi terus masuk bilik sambil tutup mulut..ingatkan L nak muntah. Ke sakit? sebab tu saya bawakan air ni.”

Ahh..terlampau baik pula pembantu rumah ni tapi L suka sangat dengan mak cik Ema sebab mak cik itu layan L lebih bagus dari ibubapanya sendiri. L menyambut air sejuk itu lalu meneguk setengah.

“ selain mak cik tahu yang pompuan tu yang hantar saya balik, ada lagi tak apa- apa yang mak cik tahu..siapa yang bersihkan saya masa tu.”

“ mestilah mak cik tahu sebab saya dan girlfriend L tu yang tolong L..tapi, yang lap- lap dan bersihkan muka L tu dia yang buat semua. Baguslah kalau L dah jumpa pengganti Diana..kalau L bahagia sekarang, orang tua ni tumpang bahagia saja.” Ujar mak cik Ema perlahan.

Dia sudah berkerja disitu sejak umur L baru 16 tahun. Masa L kecewa pun dialah yang jaga L..L sakit, tidak makan, tiada yang kisah dialah yang jaga L. L nak bunuh diri pun dialah yang tolong motivasikan L supaya tidak mengambil keputusan yang tidak bijak itu. Mak cik Ema sudah menganggap L ini macam anak kandungnya sendiri.

“ pasal saya mabuk tu, mak cik ada bagitau papa juga ke? Tolonglah jangan bagitau apa- apa ye..mati saya nanti.” L merayu. Kalau ayahnya tahu, confirm dia kena belasah habis- habisan oleh ayahnya yang garang itu.

“ mak cik tak bagitau apa- apa..tapi jangan lagi ulang ya. Ingat..kita ni Islam. Arak tu haram bagi kita. Dan satu lagi mak cik nak cakap..jangan suka- suka sentuh pompuan ya walaupun dia girlfriend L..tetap tak boleh sebab belum nikah lagi.”

Huh? Terbeliak mata L mendengarnya. Sentuh perempuan? Sentuh yang macam mana ni? Seingat saya..saya tidak pernah sentuh perempuan ngan sentuhan yang tidak senonoh. L bingung seketika.

“ mak cik ni..apa mak cik cakap ni..saya budak baiklah. Manada pernah buat macam tu.” Wajah L terus berubah menjadi merah.

“ ya..mak cik tahu tapi, malam tu masa L mabuk, girlfriend L je ada dalam bilik tu tolong bersihkan muka L. Pintu bilik berbuka masa tu..mak cik nak masuk nak bagi tuala kering yang lain tapi tak jadi masuk..sebab nampak L tengah peluk girlfriend L tu..jangan buat macam tu lagi. Mak cik maafkan sebab L mungkin tak sedarkan diri masa tu..tak sedar apa yang L buat. Nak marah tapi nasib L tak sengaja.”

Apa? Peluk? Siapa yang dia peluk? Beby? Oh God! Oh no! L terus menutup wajahnya dengan bantal. Betul ke apa yang mak cik Ema cakap ni? Dia betul- betul tidak ingat apa yang berlaku malam itu. Betul ke saya peluk Beby? Kenapa Beby tak lari? “ astagafirullahaladzim..mak cik...saya betul- betul tak ingat apa yang saya dah buat malam tu. Saya betul- betul tak sengaja. Kalau betul saya buat macam tu, kenapa Beby tak lari?”

“ eh, sape cakap dia tak nak lari..dia nak lari tapi L tu kuat betul peluk dia..nak tak nak, mak cik pun masuk nak tolong tapi belum sempat mak cik nak tolong, L cium pulak budak tu sampai budak tu tampar L lepas tu terus lari keluar balik rumah. Haa..walaupun dia tu teman wanita L..mana boleh buat macam tu. Dosa. Dosa besar tahu!”

Cium? Ahhh..mati aku. Mati aku! L terus terlentang di atas katilnya sambil menekup wajahnya dengan bantal. Matilah aku! Apa yang saya dah buat kat Beby ni? Oh tidakkkk! Mana mungkin saya buat macam tu! Lagi- lagi dengan perempuan yang saya langsung tak suka! Tidakkk!

******

“ asslmkum Yana..dah tdur ke tu? Temankan abg lepak skjap kat tmn ni ble?”

Yana mengerutkan keningnya apabila membawa whatsapp yang baru saja masuk itu. Richie minta teman. Dah pukul 9 malam ni..Yana menyarung seliparnya lalu melangkah perlahan- lahan menuju ke taman mini di belakang rumah. Kesian pula dia dengan Richie..mesti dia tengah tunggu Beby balik rumah ni tapi Beby belum balik lagi. Esok Richie akan terbang semula ke Australia tetapi kenapa Beby seperti tidak peduli pun? dari arah belakang, Yana dapat melihat Richie duduk sambil bermain dengan smartphone nya. Lelaki itu hanya memakai t- shirt putih dan seluar rumah paras lutut. Nampak biasa- biasa saja tapi wauu..kalau dah hensem pakai apa- apa pun tetap juga hensem.

“ abang Richie.” Mendengar namanya dipanggil, Richie lantas menoleh. Senyumannya terus mekar apabila melihat Yana. Yana duduk di sebelah Richie.

“ baru siap mandi ke?” tanya Richie.

“ tak..baru lepas jatuh dalam kolam. Apalah abang ni..dah nampak rambut masih basah..tanya lagi.” Yana berseloroh. Richie tergelak.

“ ha ha ha..ohh..sorry ha ha.”

“ kenapa suruh Yana turun sini malam- malam? Nanti mama marah.” Kata Yana risau. Dia tahu Datin Lenny seorang yang baik sangat tetapi Yana tidak mungkin akan lupa tentang statusnya sebagai anak angkat.

“ jangan risaulah..mama lebih suka kalau hubungan kita rapat.”

“ betul ke? Tapi, saya takutlah mama salah faham.” Yana berpaling ke arah Richie. Jejaka itu tetap tenang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Richell juga rapat dengan Yana. Dia juga selalu keluar dengan Richell tetapi kenapa Yana tidak berdebar- debar macam ni? Senyuman Richell tidak mampu mengetarkan jiwanya.

“ kenapa Yana fikir macam tu? Salah ke kalau kita rapat? Selama ni Yana ngan Chell selalu keluar sama- sama mama ada tegur tak? Pernah ke mama cakap yang bukan- bukan?”

“ ermm..memang takde tapi Yana sendiri yang terasa macam tu. Yana kan tak ada apa- apa kalau dibandingkan dengan family abang.” Yana meluahkan apa yang terbuku di sudut hatinya. Dia takut kalau Datin Lenny menyalahertikan kemesraannya dengan Richie.

“ kenapa Yana fikir macam tu? Yana kan sekarang sebahagian dari keluarga ni juga. Janganlah fikir macam tu. Kita takde jurang sikit pun ok.” Kata Richie sambil merenung dalam ke wajah Yana. Richie? Jantung Yana terus berdegup kencang. Oh Richie..kenapalah awak ni kacak sangat? Saya tak mampu nak tatap mata awak lama- lama. Richell juga selalu pandang dia lama- lama tapi kenapa dia tidak berperasaan seperti ini? Apakah maksud perasaan ni?

“ Yana?” huh! Yana tersentak. Dia mengelamun ke tadi? Malunya.

“ jangan fikir macam tu lagi boleh?” Richie tersenyum melihat reaksi Yana yang sedikit tidak keruan. Perlahan- lahan Yana mengangguk. Dia tidak yakin dengan jawapannya. Mana mungkin dia tidak akan terfikir tentang perbezaan darjat itu. Dia tidak akan mungkin akan lupa daratan dan asal- usul dirinya.

“ esok abang balik dah..mungkin dua tiga tahun baru balik lagi ni..Yana tak nak cakap apa- apa ke?”

Erghh..bukan tak nak cakap apa- apa tapi nervous sangat ni. Kelu lidah ni bila bertentangan mata dengan awak Richie.

“ ohh..lamanya.” sepatah saja perkataan keluar dari mulut Yana. Sebenarnya lain yang dia nak cakap tapi lain pula yang keluar dari mulutnya.

“ ya..memang lama..mesti abang rindu Yana nanti kan?” lagi- lagi Richie menatap wajah Yana. Rindu? Wahh..rindu yang macam mana tu? Adakah Richie ada perasaan yang istimewa padanya? Ahh...Yana terlebih perasaan pula.

“ abang rindu Yana je? Mama? Beby? Chell?” Yana pura- pura menduga perasaan Richie.

“ semua pun abang rindulah nanti tapi..rindu sebagai ahli keluarga..Yana..lain lagi.”

“ lain? Lain macam mana? Sebab Yana ni, Cuma anak angkat ke?”

Ala..Yana ni pura- pura tidak tahu pula apa maksud Richie.

“ Yana..kalau, abang suka Yana lebih dari seorang adik kandung macam mana?”

Hah? Richie? OMG! Betul ke apa yang dia baru dengar sebentar tadi dari mulut Richie? Betul ke ni bukan mimpi? Tapi saya belum tidur lagi, macam mana boleh bermimpi? Dia benar- benar tidak menyangka Richie akan berkata seperti ini kepadanya.

“ abang bergurau ni kan? Ingat Yana perasan ke? Tak lawak pun.”

“ abang seriuslah Yana..abang sukakan Yana lebih dari seorang adik. Yana istimewa di hati abang. Beby pun tahu juga pasal ni. Dia sokong juga. Abang pun dah mula sayangkan Yana.”

“ err..abang mungkin berperasaan macam tu sebab abang baru rapat ngan Yana..nanti kalau dah lama- lama hilanglah tu.”

“ tak Yana..saya sukakan Yana..tak percaya? Dengar ni..Yaaaana..i love you.”

Lembut tutur bicara dari mulut Richie meluahkan kata- kata keramat itu. Yana masih bingung dan keliru samada mahu percaya atau tidak. Betul ke Richie benar- benar serius sukakannya ataupun macam mana? Kalau ikutkan hati, memang tak payah fikir panjang- panjanglah sebab dia memang ada perasaan yang istimewa pada Richie juga tetapi memikirkan tentang reaksi ibu angkatnya nanti, Yana cuba untuk memadamkan perasaan itu.

“ Yana takde ke perasaan yang sama macam abang? Atau Yana suka lelaki lain? Kalau ada, abang tak paksa juga. Abang bagitau je.”

Arh..macam mana ni? Nak jawab apa? Nak mengaku dia pun suka Richie tapi malulah.

        Selepas makan malam bersama Amirul, mereka pun mengambil haluan masing- masing. Petang itu Amirul melayannya dengan baik sekali. Tersentuh juga sedikit hati Beby dengan layanan Amirul terhadapnya. Beby sempat singgah di bakeri untuk membeli sebiji kek untuk abangnya Richie yang akan pulang ke Australia subuh esok. Selepas membayar harga kek tersebut, Beby terus bergegas keluar dari bakeri. Dia mengerling jam di tangan.

      Dah pukul 10 malam! Alamak! Jangan abang dah tidur sudahlah..tapi mesti abang tidur awal malam ni sebab flight dia pukul 4 subuh nanti. Tanpa menghiraukan apa- apa lagi, Beby terus berlari menuju ke arah keretanya dengan tergesa- gesa. Kalau Richie sudah tidur, dia pasti akan menyesal kerana tidak dapat bersama- sama dengan abangnya untuk hari terakhir abangnya berada di rumah. Kerana mahu cepat, Beby langsung tidak melihat kiri kanan sehingga terlanggar seseorang.

sorry..sorry..tak sengaja. Sorry ya.” Tanpa melihat wajah orang yang dilanggarnya, Beby terus masuk ke dalam keretanya dan terus beredar dari situ.

“ kenapa ngan pompuan tu? Macam kena kejar hantu je. Jalan tak tengok kiri kanan.”

Omel si jejaka yang dilanggar oleh Beby sebentar tadi. Tiba- tiba pandangannya tertumpu pada satu benda berwarna putih biru betul- betul berada di bawah kakinya. Kad pelajar? Macam mana kad pelajar ini ada di bawah kakinya? Gadis yang terlanggar saya tadi ke yang punya? Lelaki itu cepat- cepat mengutip kad pelajar tersebut. Dia meneliti kad pelajar itu untuk memastikan siapa pemiliknya. Bersama- sama dengan kad pelajar itu, di belakangnya ada kad pengenalan juga disimpan.

“ Nur Deyanna Gracia Binti Datuk Ronal, MSU college.”

Datuk Ronal? Wahh..gadis tadi anak arwah Datuk Ronal ke? Dia kenal dengan Datuk Ronal yang kaya- raya, pemurah, baik hati dan penyayang itu tapi sayang..Datuk Ronal sudah meninggal kira- kira 20 tahun yang lalu kerana kemalangan.

RUMAH BEBY

        Arhh..letih letih letih! Bentak hati Beby sendirian. Nasib baik dia sempat sampai ke rumah sebelum abangnya tidur. Selepas makan kek bersama- sama, dia sempat juga berbual- bual dengan abangnya itu. Kalau boleh dia mahu tidur bersama Richie tadi tapi abangnya cakap, mana boleh lagi dia tidur sama- sama. Beby sekarang sudah jadi anak dara. Dulu bolehlah tidur dekat Richie sebab dia masih budak- budak lagi. Sekarang mana boleh lagi.

      Beby yang separuh merajuk pun terus masuk ke dalam biliknya dan terus berbaring. Dia benar- benar letih setelah berada di luar selama 24 jam. Dia mengerling Yana di sebelahnya. Yana sudah tidur lena di buai mimpi indah. Betul ke apa yang Richie bagitau padanya tadi? Richie sudah mengambil Yana sebagai teman wanitanya dan mengambil keputusan untuk bertunang tidak lama lagi. Katanya dia tidak mahu bercinta terlalu lama sebab dugaan orang bertunang tu bukan mudah. Yana akan menjadi kakak iparnya ke? Perlahan- lahan Yana menghampiri Yana. Ditenungnya wajah itu lama- lama.

       Beginikah wanita yang sempurna? Beby berharap, Yana akan menjaga hubungannya dengan abang yang paling dia sayangi itu. Dia yakin, Yana gadis yang terbaik untuk abangnya sehingga abangnya yang di anggapnya sebagai ayah abang dan juga idolnya itu tidak teragak- agak untuk memilih Yana sebagai calon suri hatinya.

      Richie anak yang sangat taat kepada orang tua dan juga agamanya. Dia solat 5 waktu dan tidak pernah meninggalkan solat. Dia tidak suka marah- marah dan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada pekara- pekara yang negatif. Beby harap, Yana akan membahagiakannya dan tolong jangan lukai hatinya. Beby membetulkan kedudukannya dan cuba melelapkan matanya tetapi bunyi whatsapp masuk menganggunya. Siapa lagi yang ganggu ni? Dah tengah malam ni.

“ asslmualaikum..sorry pasal petang tadi. Kalau tak nak maafkan tak paksa.”

Ringkas sahaja chat itu. L hantar whatsapp kat saya? dia minta maaf? Eh...sejak bila lelaki kurang ajar tu pandai meminta maaf? Hurmm..dia rasa bersalah je kot. Ya..memang kau patut rasa bersalah pun sebab memang kau salah..bisik hati Beby. Baca je cara dia meminta maaf dalam chat itu pun sudah tahu yang lelaki itu tidak ikhlas mahu meminta maaf. Dia meraba pipinya..masih terasa perit tamparan L. S**l lah kau ni L! Sepatutnya hari tu saya tak patut tolong kau. Biarlah kau mati mereput kat situ. Tapi, L pun dah kena penamparnya juga. Huh..rasakan. sedap tak kena tampar ngan pompuan? Ha ha ha ha...tiba- tiba Beby tergelak sendiri.

         Ketika mentari pagi baru mulai menebarkan cahayanya, kabus menyelubungi seluruh alam dan bunyi burung kedengaran berkicauan riang menyambut sang mentari yang mulai menerangi seluruh alam. Perlahan- lahan tingkap biliknya ditolak ke tepi. Langsir berwarna krim itu diikat dengan reben berwarna hitam. Terserlahlah panorama hijau yang menyejukkan mata memandang. Kawasan perumahan itu sangat indah dengan tanaman- tanaman hijau yang kelihatan menari- nari ditiup bayu pagi. Seorang putera muncul dari dalam bilik lalu duduk bertenggek di atas jendela yang terbuka luas itu. Dia memejamkan matanya lalu menghembus nafas kuat- kuat. Roxiee melarikan pandangannya ke sekeliling biliknya.

“ hei jenama baju..” kedengaran L memanggil namanya. L memang biasa memanggil abangnya dengan panggilan itu. Roxy itu memang jenama pakaian..Cuma ejaan nama roxiee berbeza dengan Roxy. Entah kenapa ibu bapanya memberi nama yang sangat pelik itu untuk abangnya. Mohd. Afeeq Roxiee..susahnya nak sebut.

“ ohh..Kimi..awal bangun.”

“ L lah bang..bukan Kimi.” L mengerutkan dahinya apabila Roxiee memanggilnya sebagai Kimi. Namanya memang Mohd L . Akimi tetapi dia tidak suka bila ada orang memanggilnya Kimi..katanya macam nama lelaki jambu je.

“ ha ha ha..ok pun nama Kimi.”

“ memanglah abang rasa ok sebab abang yang carikan nama tu untuk saya masa saya bayi lagi. Saya tak suka. Papa dan mama mana? Macam sunyi je.”

outstation..mummy pun ikut.”

“ berapa lama?” tanya L perlahan. Dia sedikit kecewa. Sejak akhir- akhir ini memang dia terasa dia tidak dipedulikan. Semua hal berkaitan keluarga, dia tidak tahu.

“ mungkin dalam 3 hari kot..pegi Brunei. Yeahh..kalau macam tu, bolehlah abang bawa girlfriend balik rumah.” Roxiee bergurau.

“ eleh..girlfriend je takde..ingat saya tak tahu ke. Hurmm..kalau nak kena belasah ngan papa, bawa je lah. Bye.” Kata L terus keluar dari bilik abangnya. Dia tahu juga Roxiee bukanlah seorang yang suka bergaul. Abangnya itu gila kerja. Dan setahu L, abangnya itu memang tidak ada teman wanita walaupun umur sudah 26 tahun.

******

        Beby memarkirkan keretanya. Dia menguak pintu dan bersedia untuk keluar dari dalam kereta tetapi belumpun sempat dia berbuat demikian, telefonnya kedengaran berdering. Eh..nombor siapa ni? Beby terus membuka sms yang baru dia terima itu.

“ asslmualaikum cik..ni cik Nur deyanna gracia ke? Mlm tadi saya trjumpa kad pelajar cik dan kad pengenalan cik depan Amira bakeri, cik tak sedar ke? Kalau betul cik yg punya..cik jumpa saya kat McD skg lah.”

Hah? Dia bergurau ke atau serius ni? Beby membuka zip begnya dan terus memeriksa kad pelajar dan kad pengenalannya. Tiada. Aik..kenapa baru sekarang saya sedar yang kad pelajar dan kad pengenalan saya jatuh? Aigoo..cuai betulah saya ni. Nasib baik ada orang jumpa. Tanpa berlengah, Beby terus memandu kembali menuju ke Mc Donald yang tidak jauh dari kolej mereka. Sesampainya disana, Beby terus mencari orang yang menjumpai kad pelajarnya berdasarkan petunjuk yang diberi oleh orang tersebut melalui sms.

“ hai..awak ke?” setelah agak yakin, Beby terus menyapa seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru muda dan memakai tali leher. Orangnya kemas dan bersih. Kelihatannya, seperti orang kerja di pejabat.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku