LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 7 HILANG
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
285

Bacaan






“ Ahh..ya..hai juga. Cik Deyanna kan? Duduklah.” Lelaki itu terus menjawab sapaan Beby dengan peramah dan terus mempelawa Beby duduk.

“ jadi, betulah awak yang jumpa kad pelajar saya tu?”

“ ya..cik tak perasan ke jatuh?” tanya lelaki itu sambil menghulurkan kad pelajar dan kad pengenalan Beby. Yalah..memanglah tidak perasan. Kalau saya perasan masa tu, dah tentu saya datang cari balik. Sempat lagi Beby mengomel dalam hati.

“ aha..tak payahlah ber’cik- cik ngan saya..tak biasa. Panggil nama je.” Kata Beby kurang selesa dengan lelaki itu yang memanggilnya ‘cik’.

“ ohh..ok..jadi, saya panggil Deyanna je lah..boleh?” lagi- lagi Beby tersengih. Memanglah namanya Nur Deyanna tetapi dia tidak biasa dipanggil dengan nama itu.

“ ahh..mana- mana je lah.” Beby tersenyum sedikit. Dia tiada mood nak berdebat pasal nama ketika ini.

“ nama saya Roxiee..Mohd Afeeq Roxiee.”

Huh? Roxiee? Kenapa bukan Roxy je ke ke ke ke..Roxy tu kan jenama baju, beg dan apa lagi? Mohd Afeeq tu dah cantik dah..kenapa tambah Roxiee lagi? Pelik betulah orang tua dia ni. Smart sangatlah tu konon- kononnya. Beby mentertawakan nama lelaki itu dalam hatinya.

“ ohh..ok lah..thank you sebab tolong kembalikan ni pada saya..saya tengah kejar masa ni. Terima kasih banyak- banyak ye..nah, untuk awak. Bye- bye.”

Habis berbicara, Beby terus meletakkan not rm50 di atas meja lalu bergegas pergi meninggalkan Roxiee tanpa menunggu jawapan daripada Roxiee terlebih dahulu. Kelibat Beby terus hilang dari pandangan. Roxiee terkebil- kebil dengan tindakan Beby. Kira dia mahu mengajak gadis itu minum atau makan burger ke. Dia memandang not rm50 di atas mejanya. Dia tolong dengan ikhlas je pun..tak minta apa- apa upah atau balasan. Macam tu ke perangai anak gadis CEO tu? Dahsyatnya.

PERKARANGAN MSU COLLEGE

         Beby menarik nafas lega. Dia sampai lebih dulu daripada jejaka- jejaka yang selalu buat dia panas hati. Ikutkan hati, memang dia tidak mahu ada kaitan dengan kumpulan itu lagi selepas insiden tampar- menampar antara dia dengan L tetapi entah kenapa, akhirnya dia tetap datang juga. Hmm..pelik. Beby bersiul- siul keluar dari dalam keretanya sambil matanya meliar di sekelilingnya. Oh..masih lagi latihan basketball.

         Ermm..macam mana saya nak berhadapan dengan L hari ni? Aduh..kenapalah saya nervous sangat nak hadap L hari ni? Macam mana ni? Kenapa tiba- tiba nervous ni? Sebelum ni langsung tidak rasa apa- apa pun bila berhadapan dengan L. Saya takut ke? Eh, kenapa pula saya perlu takut. Relax Beby..tarik nafas perlahan- lahan dan anggap saja macam tidak ada apa- apa yang berlaku. Beby menutup matanya dan mula menarik nafas perlahan- lahan.

“ assalamualaikum..good morning Deyanna.”

Suara itu menyentakkan Beby ke alam nyata. Aduh..saya baru nak tenangkan hati, ada pula yang menganggu. Beby cepat- cepat berpaling mencari arah punca suara itu. Niel menuju ke arahnya dengan senyuman manisnya. Dari pertama kali Beby jumpa lelaki ni, senyuman lelaki ni tidak pernah hilang. Mungkin bom meletup pun masih juga senyum.

“ err..ya..waalaikumsalam.” Beby memaksa bibirnya tersenyum walaupun hakikatnya dia tidak mahu.

“ Deyanna bukan atlet juga ke?” tanya Niel dengan mesra. Entahlah dia sedar ke atau tidak yang senyuman Beby itu pura- pura sahaja.

“ dulu..sekarang malas dah. Sir kenapa ada kat sini?” tanya Beby sedikit hairan. Niel ni jurulatih tari je kat akademi seni..bukan pensyarah di kolej mereka. Walaupun dia kurang suka dengan Niel, dia tetap juga memanggil jurulatih mereka itu dengan panggilan yang lebih sopan.

“ ohh..ada urusan sikit. Kan kolej ni paling ramai ambil kursus kat akademi seni juga.”

Memang ramai pelajar di kolej Beby yang juga turut mengambil kursus nyanyian, tarian, drama, muzik, lakonan dan teater di akademi seni. Mungkin sebab kolej mereka berdekatan dengan akademi seni tu je kot. Ataupun pelajar MSU college ni memang semua berjiwa seni ha ha ha ha.

“ nampak gaya, L yang buli awak hari tu dah tak buli awak lagi kan? Dah berbaik ke? Saya tengok, ok je kamu latihan sama- sama. Baguslah kalau dah berbaik. Tak baik kalau bermusuh- musuh ni.”

“ baik apanya sir? Makin rumit adalah. Sir aje yang tak nampak.” Niel mengangguk kecil. Dah hampir satu bulan dia menjadi jurulatih tari di akademi seni, dia cuba mencari peluang untuk mendekati gadis ini tetapi hampa..Beby sikit pun tidak terusik. Perempuan ni sepatutnya berhati lembut dan mudah nak dapatkan hatinya jika dilayan baik- baik tetapi Beby tidak. Sikit pun tidak tengok dia. Macam tidak ada perasaan.

“ ok lah Deyanna..saya jalan dulu. Assalamualaikum.”

Melihat Beby yang acuh tidak acuh sahaja melayannya seperti selalu, dia pun segera melangkah meninggalkan Beby. Dia tidak faham dengan gadis ini..Beby langsung tidak mahu melayannya mesra sikit walaupun sekadar kawan. Beby menyoroti langkah Niel sehingga hilang dari pandangan. Dia marah ke? Adakah saya dah menyinggung perasaan lelaki tu? Hmm..nevermind. Takde kaitan.

dating lagi ngan jurulatih popular tu ke?”

Tiba- tiba terasa bahu Beby ditepuk seseorang. Beby buat tidak tahu saja dan langsung tidak menoleh. Dia kenal betul siapa pemilik suara itu. Cehh..acah- acah mesra konon..ingat saya dah lupa ke pasal semalam tu? Beby tersengih. L memang sudah meminta maaf kepadanya tetapi tidak tahu ikhlas atau tidak. Sebab itulah Beby belum membuat keputusan nak maafkan L atau tidak sebab dalam whatsapp L semalam pun, dari dia je kalau nak maafkan atau tidak. Amirul datang lalu duduk di kerusi berdekatan dengan Beby.

“ mana Ray?” tanya Beby setelah melihat hanya L dan Amirul saja yang ada di situ.

“ dia malas datang latihan bola keranjang hari ni..dia tunggu kat hall dance je.” Sahut Amirul lalu meneguk air mineral di tangannya. Beby mengangguk.

“ hei Beby, awak suka ke ngan Sir Daniel tu?”

“ apa yang awak merepek ni? Ada je..taklah.” Beby cepat- cepat membantah dakwaan L.

“ lapar tak?” tanya L lagi.

“ takde kaitan ngan awak pun.”

“ aii..membazir niat baik saya je. Saya nak belanja korang makanlah.” Beby memandang L. Eh, biar betul lelaki ni pandai belanja orang makan. Dia ada duit juga ke? Kalau dapat duit dari mak ayah tu janganlah minta puji sangat nak belanja sana sini. Kesian mak ayah cari duit. Itu pendapat Beby lah.

“ kenapa tengok saya macam tu? Ingat saya takde duit ke? Memanglah saya bukan anak orang kaya macam awak..tapi saya ada pekerjaan ok. Saya ni model.” Kata L dengan angkuh sambil berlagak macam model di hadapan Beby. Macam dia tahu- tahu je apa yang saya fikir..bisik hati Beby.

“ busuknya fikiran awak..manada saya fikir macam tu. Korang pegilah makan sama- sama. Saya tak nak termakan budi orang.” Beby pula menjawab dengan angkuh juga. Eh, geramnya saya tengok pompuan separuh siap ni. Saya ni tengah belajar terima kau sebagai kawan lepas tahu kau pernah tolong saya..jadi tolonglah jangan buat hal yang menjengkelkan..kutuk L pula dalam hati.

“ Beby janganlah cakap macam tu..ikut je lah.” Amirul mencelah perbualan Beby dan L. Beby memandang Amirul. Jejaka itu tersenyum.

“ yalah yalah..saya ikut..demi Amirul.” Beby tewas bila Amirul yang bercakap. Dia serba- salah sebab Amirul ini baik padanya.

“ ha ha ha..baguslah..tapi bukan sekarang.” L ketawa. Mendengar L ketawa, Beby merenung tajam ke arah Amirul. Amirul pun bersubahat dengan L juga ke nak kenakan dia?

“ ohh..korang cuma nak kenakan saya ke?”

“ eh, tak tak..janganlah marah. Tambah hodoh muka tu..nanti habis latihan dulu baru pegi makan.”

******

         Setelah latihan selama 8 jam, Beby cepat- cepat memasukkan barang- barang miliknya ke dalam beg. Latihan terakhir sudah tamat hari ini. Yes! Akhirnya dah selesai satu tugas. Tinggal tunggu pertandingan menjelang. Lepas pertandingan, dia akan keluar dari kumpulan ini dan kembali ke kehidupannya sebelum ini. Hari ini dia nak balik rumah awal dan tidur sepuas- puasnya. Dia mahu merehatkan minda dan fizikalnya.

        Teringat saja akan katil di rumahnya yang seakan- akan memanggil- manggil namana membuatkan Beby semakin tidak sabar untuk balik ke rumah dengan segera. Setelah siap mengemaskan barang- barangnya, Beby terus bergegas ke arah keretanya tetapi belum sempat Beby mengeluarkan kunci kereta, L muncul di hadapannya sambil memegang kunci kereta Beby.

“ kunci tu?” Beby cepat- cepat menyelongkar begnya mencari kunci kereta tersebut tetapi tidak ada. Bila masa pula L mengambil kunci itu?

“ takkan tak kenal ngan kunci ni?” kata L sambil tersengih- sengih.

“ wei kacang panjang! Bagi kunci tu cepat! Saya nak balik rumah ni! Saya takde masa nak bermain- main ngan awak sekarang.” Jerit Beby geram dengan tindakan L. Kenapalah kacang panjang ini nak rosakkan rancangan dia nak balik rumah lebih awal. Eh..bencinya! takkan saya nak maki- maki dia lagi? Semalam dia dah minta maaf. Sabar Beby..sabar.

“ sape cakap awak boleh balik sekarang?” tanya L.

“ takde yang cakap..suka hati sayalah kalau saya nak balik. Apa pula masalah ngan awak?”

“ kan saya dah cakap, saya nak belanja korang makan. Jomlah.”

thank you lah tapi kat rumah je pun makanan tak habis lagi..bagus saya makan kat rumah je jimat lagi. Cepatlah bagi saya kunci tu!”

“ jangan sombong sangat boleh tak? Kitorang bukannya nak mengurat awak pun.”

“ oii..sape yang gila sangat nak minta kena urat ngan beruk macam awak ni hah? Saya nak balik sekarang sebab mama suruh balik awalk. Saya ni bukan kaki lepak macam awak.”

Jawab Beby mulai panas. Eh, dia ingat saya ni suka sangat ke ikut- ikut diorang ni? Saya belum gila lagilah nak minta kena urat ngan lelaki low quality macam L ni.

“ dengan mak sendiri pun takut sangat ke? Biar saya yang call mak awak ye.”

Huh? Call mama? Aii..lelaki ni melampau betulah! Bukan kunci kereta saja yang dia ambil rupanya. Dengan handphone Beby sekali.

“ pencuri! Bagi balik phone tu kat saya! jangan memandai- mandai call mak saya ye!” Beby memekik.

“ ambil lah sini kalau berani.” L melambung- lambung handphone Beby. Beby yang geram terus meluru ke arah L dan cuba mengambil handphone itu dari tangan L tetapi sia- sia saja..L sangat tinggi. Dia berdiri sampai angkat tumit pun ketinggiannya cuma sampai di bahu L sahaja. L mentertawakannya. Beby tidak berputus asa dan cuba lagi merampas handphone nya tetapi L sengaja pula memindahkan handphone tersebut ke tangan kiri dan kanannya silih berganti.

“ eh! Benci betulah!” dek kerana usahanya tidak berhasil, Beby menumbuk perut L. L malah ketawa.

“ dah putus asa ke?” melihat Beby yang cuma berdiam diri saja dengan muka ketat, L dapat mengagak, Beby dah putus asa.

relax lah..saya tak buat apa- apa juga.”

“ hello..assalamualaikum aunte..saya ni kawan Beby. Macam ni, latihan menari kami dah tamat hari ni, jadi kira nak belanja si Beby ni makan malam sama- sama..boleh kan aunte?”

What the? Dia betul- betul call mama rupanya! Beby tersentak. Dia memandang L dengan tajam.

“ ohh..terima kasih aunte..bye- bye.” Setelah mendapat jawapan daripada Datin Lenny, L pun memutuskan talian. Beby tidak percaya yang L berani menelefon ibunya.

“ ha ha ha..dah settle pun..nah!” L membaling handphone Beby kepada Beby. Kelam- kabut Beby menyambutnya.

“ kacang panjang! Awak ni memang..!” Beby nak maki L tetapi dia berusaha mengawal dirinya daripada memaki lagi.

“ memang apa? Saya memang hensem.” Jawab L sambil ketawa. Dia berusaha memujuk Beby untuk menyertai mereka malam itu kerana dia sebenarnya rasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan kepada Beby selama ini setelah menyedari beby pernah menolongnya walaupun L selalu menyusahkan hidup Beby. Ditambah lagi dengan insiden dia tidak sedarkan diri dan memeluk mencium gadis itu. Bertambah- tambahlah rasa bersalah dan berdosa di hatinya.

“ ni mesti ada tujuan nak bawa saya ni.”

Beby menduga. Tiba- tiba mesra gila dengan saya. Hairan. Atau ego L terpelanting ketika Beby menampar L semalam? Ha ha ha

“ mestilah ada tujuan.”

“ tujuan apa?” Beby melirik jam di tangan. Sudah pukul 5 petang. Dia sudah berjanji dengan Yana yang dia akan balik awal hari ini. Mama tentu masih berada di KL dan tentu sekali Yana sedang membebel sedirian di rumah kala ini bertemankan Masihmaro.

“ begini..dengar baik- baik. Kami memang dah plan nak sambut penutupan latihan kita hari ni dan juga, kita boleh plan kita punya strategi untuk pertandingan esok. Dan juga, kami malulah jalan- jalan takde awek. Jadi, sudi ke cik Beby menemani kami kali ni?”

“ hei, ingat saya ni perempuan apa? Ikut- ikut lelaki. Korang tu lelaki, saya ni pompuan.”

“ janganlah cakap macam tu..kami bukan nak apa- apakan awak juga pun. kawan- kawan je lah. Lagipun, kami dah bincang sama- sama dan kami dah sepakat nak jadikan awak ahli rasmi kumpulan ni.”

Huh? Betul ke L mahu menjadikan dia ahli rasmi kumpulan itu? Bukankah tujuan utama dia sebelum ini dia mengambil Beby sebab nak cukupkan anggota kumpulan je..lepas pertandingan, dia akan kick Beby balik dari kumpulan mereka. L membawanya masuk kumpulan ini hanya untuk kepentingan L je kan? Beby ragu- ragu dan kelihatan tidak percaya.

“ betul ke? Jangan nak kelentong sayalah. Bukan saya tak tahu perangai awak tu macam mana.” Kata Beby kepada L.

“ aikk..kali ni saya seriuslah Beby..awak tengok muka saya ni, main- main ke?”

“ mana saya tahu..awak tu paling pintar berlakon.”

“ hmm..cakaplah apa awak nak cakap..tapi, saya nak cakap yang kali ni saya serius dan saya tak main- main. Saya berani bersumpah, kalau saya bohong, saya dapat balasan.”

Beby memandang wajah L dengan serius. Siap bersumpah- sumpah lagi? Yakin sangat sudah ke yang dia bercakap jujur?

“ ok lah kalau macam tu.” Beby bersuara perlahan. Entah apa perasaannya ketika ini. Kalau dia benar- benar sudah menjadi ahli rasmi kumpulan itu, bermakna dia terpaksalah menghadap wajah lelaki itu setiap hari. Oh tidak!

“ ok? Ok tu maksudnya, awak setujulah ye?” L meminta kepastian. Beby cuma mengangguk kecil.

“ yeahhh!” tiba- tiba Amirul dan Rexray melompat keluar dari rimbunan pokok bunga. Aii..dah kenapa dua ekor ni? Patutlah tak nampak bayang mereka berdua tadi. Rupa- rupanya menyorok di sebalik rimbunan pokok bunga. Gila.

“ korang berdua dah kenapa? Childlish betulah.”

“ bukan childlish tapi kami happy je.” Jawab Amirul dengan girang. Begitu juga dengan Rexray. Kali ini Beby terpaksa mengalah. Sorry kak Yana..tak dapat balik awal lah pula. Beby serba- salah kerana sudah berjanji dengan Yana untuk balik rumah lebih awal.

        Sepanjang perjalanan, Beby cuma diam membisu. Dia tidak tahu apa yang harus dibualkan. Dia bukannya rapat sangat dengan jejaka- jejaka ini sebelum ni. Fikirannya malah asyik melayang mengingatkan katil di rumahnya. Amirul yang duduk di sebelah Beby mengalihkan pandangannya pada gadis itu yang cuma berdiam diri sejak tadi. Dia sangat gembira apabila Beby bersetuju menjadi ahli rasmi kumpulan itu. Makin besarlah peluangnya untuk mendekati gadis itu lebih rapat lagi.

“ kenapa diam je? Marah ke kami bawa jalan?” Amirul menyapanya. Beby mengerling sedikit sahaja. Memang pun dia marah sebab dia ikut pun terpaksa saja.

“ risau je balik lambat..sebab, saya dah gitau mama yang saya balik awal hari ni.”

“ janganlah risau..kan L dah call mak awak tadi minta kebenaran. Yana pun dia dah gitau.”

“ ntahlah korang..heii..kereta saya tu ok juga ke korang suruh saya simpan sana sementara?”

Beby sedikit risau pasal keretanya yang mereka tinggalkan di bengkel milik saudara Amirul.

“ ada je yang awak ni risaukan..ok je tu..cousin saya tu baik orangnya. Bengkelnya pun buka 24jam juga.”

Beby diam lagi. Mereka berempat menggunakan kereta Rexray saja. Semua idea L. Geram betulah ngan L ni. Memandai- mandai je.

“ haa..Beby, sinilah kita enjoy.” Rexray menghentikan keretanya. L membuka pintu kereta. Beby yang belum bersedia hendak turun menjenguk melalui tingkap kereta.

“ sini? Korang gila ke apa? Ni pub lah! Ehhh..saya tak nak! Tak nak!” Beby terkejut apabila melihat kedai yang dimaksudkan. Seumur hidupnya, dia belum pernah memasuki tempat- tempat seperti itu. Memanglah orang yang masuk ke tempat itu tidak semestinya jahat tetapi ia tetap akan mengundang pandangan negatif daripada masyarakat sekeliling. Ibunya juga melarang keras mereka memasuki tempat- tempat seperti ini walaupun hanya untuk sekadar suka- suka.

“ kenapa pula? Memanglah ni pub tapi ni tak macam pub- pub yang lain. Unik sikit..di dalam dia ada cafe..awak boleh order apa je yang awak nak..lagipun awak nak takut apa? Pub ni lah tempat kami cari makan..jadi penyanyi sambilan kat pub ni. Kita datang sini nak makan dan nak menyanyi je..no alcohol, no drug, no sex.”

Kata L panjang lebar menyakinkan Beby. Yalah..Beby kan anak orang kaya..mana dia tahu bagaimana susahnya mencari sesen wang. Beby memandang wajah kesemua lelaki di hadapannya ini. Jadi lelaki- lelaki ni memang biasa masuk tempat- tempat macam ni? Tempat mereka cari duit? Tapi kenapa mesti pub? Dahlah dipenuhi dengan asap rokok, arak, bunyi bising macam gempa bumi lagi.

“ saya tetap tak nak! Korang ni Islam..kenapa mesti nak cari duit kat tempat macam ni?” marah Beby.

“ awak tu hidup senang macam puteri raja..awak tak akan tahu macam mana susahnya cari duit. Lagipun kami tak buat keja kotor kot..kami nyanyi buat persembahan je.” Suara L mula tinggi sedikit. Mungkin terasa pekerjaan mereka sebagai penyanyi kelab malam dihina oleh Beby.

“ ya Beby..kami tak buat keja kotor..percayalah..kami tak minum arak. Meh turun..i will protect you.”

Amirul terus menarik tangan Beby keluar dari dalam kereta dan melangkah masuk ke dalam pub. Rexray pula pergi mencari tempat letak keretanya dahulu. L, Beby dan Amirul duduk di sebuah meja kosong.

“ serius ke korang ni tempat makan? Tu orang kat sana tu buat apa?” Beby memerhatikan sekelilingnya. Macam- macam ragam manusia dia lihat di situ. Geli- geleman dia apabila melihat aksi beberapa orang perempuan seksi sedang bermesra dengan seorang lelaki separuh usia tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling mereka. Perempuan tersebut silih berganti menyuapkan makanan ke dalam mulut lelaki tersebut. Hilang terus selera Beby.

“ panggil waitress je k kalau nak makan apa- apa. Kami nak minuman ringan je ni.” Kata L.

“ saya tak nak makanlah. Manada lagi selera kalau macam ni? Gila betulah korang ni bawa saya masuk tempat macam ni.” Beby marah. Rasa menyesal pula terima pelawaan L tadi yang konon- kononnya nak bawa dia makan malam bersama.

“ L, jaga Beby dulu k..saya dan Mirul nak pegi menyanyi duluan.” Rexray yang baru tiba terus menarik tangan Amirul. Macam tidak sabar- sabar lagi nak menyanyi.

protect saya konon..dah syok sendiri.” Omel Beby apabila melihat kelibat Rexray dan Amirul sudah hilang.

order lah..nak makan ke tak ni? Saya temankan awak dulu. Turn saya, baru Amirul yang jaga awak pula.” Kata L.

“ sape yang gila nak makan kat sini? Dah lah bising, lampu pula ntah apa- apa. Macam mana nak makan? Lipas masuk dalam makanan pun tak nampak. Pening kepala saya ngan lampu pusing- pusing warna- warni tu.”

L tergelak kecil mendengar kata- kata Beby. Perempuan ni memang tidak pernah masuk tempat- tempat macam ini ke?

“ hmm..memang lampu kat tempat ni memang camtu lah..kalau terang mana funkan? Kalau ada orang kacau jerit je kuat- kuat.”

“ apa ke jadahnya yang fun- fun kalau gelap- gelap? Ishh..benci betulah.” Beby memeluk tubuhnya. Tiba- tiba dia merasa jijik pula dengan tempat itu bila melihat seorang perempuan yang mabuk teruk muntah di khayalak yang sedang asyik menari bagaikan tidak ingat dunia.

“ awak takut ke? Takut apa?” L sepertinya dapat mengesan sesuatu dari riak wajah Beby. Pandai takut juga rupanya perempuan separuh siap ni.

“ orang mabuk kat sana tu.” Beby mengalihkan pandangannya ke arah beberapa orang lelaki mabuk yang tidak segan- silu memeluk wanita- wanita seksi yang tidak jauh dari tempat mereka duduk.

“ mereka tak buat apa- apa pun..buat apa nak takut? Awak kan berani..konon- kononnya lah.”

“ apa?”

“ ha ha ha..saya cakap..awak kan berani..maklumlah..jiwa lelaki, otak lelaki badan lelaki ma.” Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut L. Tidak tahu dia sengaja atau tidak. Beby mengetap bibirnya. Ringan saja tangannya mengambil jus di atas mejanya dan splash! Wajah L terus basah. L terpempan dengan tindakan Beby. Beby bingkas berdiri dan mahu meninggalkan tempat itu tetapi tangannya sempat ditahan oleh L.

“ Ops! Jangan!”

“ kenapa lagi? Awak masih tak puas ke nak kenakan saya?”

“ bukanlah..saya cuma berguraulah.” Heh? Bergurau? Bergurau ke macam tu? Itu dah kira menyentuh hal sensitiviti Beby.

“ bergurau tu ada batasanlah bodoh.” Beby duduk semula. Panas betul hatinya. Kenapa dengan lelaki ni? Sekejap baik, sekejap buat orang marah. Agaknya emosi dia ni tidak stabil kot. Otaknya ada yang tidak betul. Beby mengambil beberapa helai tisu lalu diberikannya pada L. L mengelap wajahnya. Bodoh..dah kena siram pakai jus kenapa dia tidak melawan pula? Hairan pula Beby dibuatnya.

thank you.” Haih..dia ucap terima kasih lagi? Beby makin hairan. Dah kena siram ucap terima kasih pula. Ini berbeza betul dengan L yang selalu membulinya itu. L mencapai handphone nya yang telah berdering entah dah berapa kali.

“ sambutlah call tu.” L menyentuh ikon terima panggilan. Hampir satu minit dia bergayut tetapi langsung tidak bersuara apa- apa pun. L memasukkan handphonenya di dalam poket. Wajah L kelihatan muram dan tidak ceria seperti tadi.

“ kenapa?” tanya Beby hairan.

“ bukan urusan kau.” L meneguk jus epal di dalam gelasnya lalu melangkah meninggalkan Beby sendirian di situ. Beby terkebil- kebil sendirian.

“ L! Oii..L!” Beby memanggil- manggil namanya tetapi tidak diendahkan oleh L. Beby menarik muka masam. Kenapa pula dengan jantan tu?

“ hai Beby ku.” Terkejut sedikit Beby dengan suara itu. Dia mendongak.

“ Amirul?”

“ sorang je? Tak takut ke?” Amirul tersenyum lalu duduk di hadapan Beby.

“ dah puas nyanyi lagu untuk anak- anak syaitian tu?” tanya Beby dengan geram.

“ dah puas dah..sekarang turn L. Ha ha ha..apa pula nyanyi lagu untuk anak- anak syaitian? Saya cuma nyanyi untuk anak bidadari kat sini ni..Beby ada dengar tak saya nyanyi tadi?”

“ bunyi macam berperang, ingat saya dengar apa- apa ke?”

“ ohh..yakah? ala..sayangnya..ermm..apa yang awak bualkan ngan L tadi? macam ada perkembangan yang baik je.”

“ perkembangan baik apa? Baru je tadi saya siram dia ngan air awak cakap ada perkembangan baik? Jangan haraplah.”

“ awak siram dia? eh, apahal lagi ni? Nanti dia pukul Beby lagi.” Terkejut juga Amirul mendengarnya. Beby ni degil betulah. Dia belum serik lagi ke selepas ditampar oleh L?

“ sape suruh..dia cakap saya ni lelaki. Cari pasal kan..padan muka kena siram.”

Amirul meraup wajahnya. Beby memang berani. Dia langsung tidak takutkan L. Dalam diam dia kagum dengan Beby. Jarang sekali dia jumpa perempuan seperti Beby.

“ Amirul! You turn! Come on!” terdengar sayup- sayup suara Rexray memanggilnya. Amirul berpaling.

“ ok Beby..Ray dah panggil tu..awak duk sini je..jangan pegi mana- mana k. Kejap lagi Ray datang sini temankan Beby.” Amirul mencuit pipi Beby lalu meninggalkan Beby lagi.

RUMAH BEBY

        Yana mundur- mandir kesana kemari. Hatinya betul- betul tidak tenteram. Dia betul- betul risaukan Beby. Hubungan L dengan Beby kan tidak berapa baik..takkanlah Beby tiba- tiba nak makan malam sama- sama dengan L. Awas kalau L berani apa- apa kan Beby. Kalau sampai esok pagi Beby belum juga balik ke rumah, dia akan buat laporan polis. Petang tadi memang L ada menghubunginya menggunakan handphone Beby dan memberitahunya bahawa Beby lambat pulang ke rumah kerana ikut makan malam bersama- sama dengan mereka.

       Tapi sekarang ni dah tengah malam pun..kenapa belum- belum balik lagi? Ahh..risau sungguh hati Yana. Yana menghempaskan dirinya di atas sofa sambil berulang kali melihat handphone nya..manatau ada whatsapp atau call daripada Beby.

“ Yana sakit ke?” terpancul wajah Kak Nita, pembantu rumah mereka. Yana sedikit tersentak.

“ Yana bukan sakitlah kak..risaukan Beby tu je..dah larut malam ni tapi belum pulang- pulang lagi..call pun takde.”

“ mungkin Beby singgah lagi kat rumah kawan dia kot.”

“ Beby tu bukan jenis yang suka menyinggah kak..aduhh..risau sangat ni. Tadi Yana ada try call tapi, dia off handphone pula.”

“ Yana janganlah risau sangat..Beby tu ok je..Insya Allah..dia akan selamat. Manalah tahu hari ni dia tiba- tiba singgah kat mana- mana. Tadi Datin ada call..dia dah sampai kat Airport tapi dia cakap malam ni dia tidur je kat hotel dulu. Penat sangat..dah tak larat nak balik rumah. Esok pagi baru dia balik rumah.”

Fuhh! Yana menghembus nafas lega. Nasib baik mama tak jadi balik rumah malam ni..kalau tak..habislah dia kena siasat macam penjenayah nanti.

******

“ Ray, mana Beby?”

L menegur Rexray yang sedang rancak berbual dengan beberapa orang rakan yang L tidak familiar sangat.

“ dia pegi toilet. Katanya pening..mungkin sebab tak biasa suasana macam ni.” Jawab Rexray tenang.

what? Bila lagi? Awak biarkan dia pegi sorang- sorang?” Amirul terkejut.

“ ya..jadi, takkan saya nak masuk sekali kat toilet pompuan ngan dia?” kata Rexray lagi kurang faham apa maksud Amirul.

“ apalah awak ni Ray..maksud Mirul, tak boleh biarkan dia jalan sendiri kat sini sebab budak tu tak biasa masuk tempat macam ni. Nanti sesat ke ada apa- apa ke.”

L menyampuk. Rexray berdiri.

“ ahh..astaga..ya pula. Sorry..kenapa cari dia? kita nak balik dah ke?”

“ ya..dah nak pukul 2 pagi ni..mana Beby? Call dia.”

Tanpa berlengah, Amirul terus mengeluarkan handphone dari koceknya lalu mendial nombor telefon Beby. Dia mendial berulang kali tetapi panggilannya gagal disambungkan kerana handphone Beby tidak aktif.

“ tak dapat..dia off handphone kot.” Amirul memandang kedua- dua sahabatnya dengan wajah yang mulai tidak keruan.

“ aihh..budak ni..kenapa lagi off handphone? Ada lah yang kena tinggal ni tak lama..Mirul, pegi cari dia kat toilet..bagitau cepat sikit..kita nak balik dah ni.”

Lagi- lagi L memberi arahan. Mendengar arahan ketuanya, Amirul pun bergegas pergi mencari Beby di tandas. Sesampainya di hadapan tandas lelaki dan perempuan, dia teragak- agak pula nak masuk ke dalam tandas perempuan.

“ cari siapa?” cleaner yang baru keluar dari tandas perempuan bertanya apabila melihat Amirul di hadapan pintu masuk tandas perempuan itu.

“ err..tadi kawan kami pegi tandas ni..tapi sampai sekarang belum keluar- keluar lagi.” Jawab Amirul malu- malu.

“ belum keluar? Mak cik baru je siap bersihkan semua tandas dik..dah takde pun orang kat dalam tu.”

“ tapi dia memang masuk sini tadi..mak cik yakin ke dah takde orang kat dalam tu?”

“ kenapa pula mak cik nak tipu? Satu- persatu pintu tu mak cik buka sebab nak bersihkan..memang takde sesiapa kat dalam.”

Amirul menghela nafas berat mendengar kata- kata mak cik cleaner itu. Dia terus pergi mendapatkan L dan Rexray kembali.

“ Beby takde kat sanalah Ray..mana dia pegi?”

“ eh, dia pegi mana pula? Tadi memang dia cakap dia nak gi toilet.”

“ tapi dia takde kat sana..cleaner tu pun cakap toilet dah kosong.”

Mereka bertiga berpandangan. Kalau Beby tidak ada di tandas, jadi..dia pergi mana pula?

“ janganlah pula kena culik.” Amirul yang di buru kerisauan terus menyuarakan apa yang ada di dalam kotak mindanya ketika ini.

“ ada- ada je lah awak ni..jangan nak merepeklah..pompuan macam dia tu manada orang berminat nak culik?” sinis betul kata- kata L.

“ kali ni saya tak setuju ngan awak L..penculik takkan tengok cantik ke atau tak..yang penting perempuan.” Bantah Rexray tidak bersetuju dengan kata- kata L yang sinis itu.

“ saya tahulah..saja nak senangkan hati..risaukan saya je.”

“ heloo..apasal dah pandai risau pasal dia ni?” sempat pula Rexray mengusik L.

“ tanya lagi kenapa? Kan saya yang pujuk dia supaya ikut kita kat sini..mestilah saya risau sebab kalau ada apa- apa yang berlaku kat dia, saya yang kena tanggung sebab saya yang bawa dia. Heii..jomlah..kita cari!”

Mereka terus berpecah mencari Beby. Amirul pergi mencari di setiap tempat di dalam pub itu, Rexray pula mencari dia tempat letak kereta manakala L pula mencari Beby di depan dan belakang bangunan pub itu. Mereka mencari bersungguh- sungguh tetapi mereka tetap tidak berjaya menemui Beby. Mereka berkumpul semula di tempat letak kereta.

“ Beby takde kat sinilah L..habislah kita kali ni.”

“ saya pun tak nampak..saya dah cari kat semua tempat.”

L terhenyak di atas lantai simen. Dia tidak lagi memperdulikan debu dan habuk di atas simen tersebut. Apa yang harus mereka lakukan sekarang? Kalau betul- betul ada perkara yang tidak baik berlaku pada Beby, apa yang akan mereka katakan pada ibu Beby?

“ mungkin dia dah balik kot..kan dia tak suka tempat ni tapi kita paksa jugak.”

“ dia tak bawa kereta dialah..macam mana dia nak balik?”

“ boleh je naik teksi..bas ke..uber ke.” Mereka bertiga berpandangan. Ya..ada betulnya juga kan.

“ adoii..kenapalah awak tak cakap macam ni awal- awal tadi? Taklah kita susah- susah cari dia sampai macam ni.” Kata L sambil mengesat peluh di dahinya.

“ uii..syttt!” tiba- tiba Rexray memberi isyarat supaya diam sambil menarik kedua- dua orang sahabatnya untuk bersembunyi.

“ kenapa?” tanya L berbisik.

“ Beby.” Jawab Rexray. Serentak mereka bertiga melihat ke arah yang Rexray maksudkan. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Beby tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tidak dikenali sedang berusaha memasukkan Beby ke dalam keretanya.

“ bodoh..kenapa nak biarkan? Orang tu nak culik Beby!” marah L pada Rexray.

“ kita tak tahu..mana tahu orang tu ada senjata ke..kita call polislah.”

“ nak tunggu polis dalam keadaan macam ni? Gila!” tanpa mempedulikan Rexray yang risau akan keselamatan L, L terus keluar dari tempat persembunyian dan terus meluru ke arah lelaki yang baru nak menghidupkan enjin keretanya. Tanpa berlengah, L terus membelasah lelaki tersebut tanpa berkata apa- apa terlebih dahulu. Lelaki yang langsung tidak menyedari dan bersedia akan kehadiran L disitu tidak dapat berbuat apa- apa kerana L terus memukulnya cukup- cukup. Rexray dan Amirul turut datang membantu L setelah melihat lelaki yang cuba menculik Beby itu langsung tidak dapat melawan.

“ nak culik kawan kami? Bro, awak silap orang! Orang macam awak ni tak layak nak hidup!” kata L dengan marah dan terus membelasah lelaki tersebut tanpa belas kasihan. Lelaki tersebut menggelupur kesakitan dan berlumuran darah. Dia cuba juga untuk bangun dan mahu melawan tetapi 3 lawan 1..mustahil dia akan menang. Mereka bertiga terus membelasah lelaki tersebut sehingga lelaki tersebut betul- betul tidak berdaya lagi kemudian memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan seterusnya. Mula- mula pak guard tersebut ragu- ragu dengan penjelasan mereka tetapi selepas melihat Beby yang masih berada di dalam kereta lelaki tersebut, barulah pak guard tersebut menelefon polis. L terus membawa Beby masuk ke dalam kereta Rexray.

“ macam mana lelaki tu boleh culik Beby?” tanya L serius. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja dia memarahi Rexray kerana tidak menjaga gadis itu dengan baik. Dah tahu Beby tidak pernah masuk ke tempat seperti itu.

“ kan dia pegi tandas je..mungkin penculik tu culik dia kat sana.”

“ tapi ramai orang kot..takkan dia berani sangat..lagipun Beby bukannya mabuk..kenapa boleh tak sedarkan diri?” tanya Amirul pula. Hairan.

“ kalau dah orang jahat namanya, dia akan buat apa je untuk capai tujuan dia tu. Saya rasa, dia ada masukkan pil dalam ais lemon teh Beby tu..Beby mana nampak bajingan tu buat macam tu sebab mata dia tu sibuk tengok sekeliling. Sebab tu Beby rasa pening..jadi dia pegi toilet. Beby tak sampai kat toilet kot terus nak pitam sebab pening sangat. Masa tu lah lelaki tu ambil kesempatan.” Sela L membuat analisisnya sendiri tentang bagaimana Beby boleh kena culik.

“ kurang ajar lelaki tu! Berani dia cuba buat macam ni kat Beby.” Marah Amirul. Dia sangat takut tadi tetapi kini rasa bersyukur sebab Beby sudah dijumpai dalam keadaan yang selamat. Kalau terlambat sikit tidak tahulah apa yang bakal terjadi kepada Beby.

“ jadi, macam mana ni? Kita hantar Beby balik rumah dalam keadaan macam ni ke?” tanya Rexray risau dan takut.

“ uiii..jangan! saya tak berani nak hantar dia balik rumah dalam keadaan yang tak sedarkan diri macam ni. Dahlah tak sedarkan diri..lelaki semua pula yang hantar.”

L cepat- cepat membantah cadangan Rexray yang mahu menghantar Beby pulang dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

“ kenapa nak takut? Bukannya kita yang buat dia macam ni..lagipun, kita tak buat apa- apa yang tak baik kat dia kan? Kenapa nak takut?” Amirul pula bertanya kali ini. Dia tidak faham kenapa harus takut pada keluarga Beby sedangkan mereka tidak salah.

“ kita yang paksa dia masuk tempat macam ni lepas tu tak jaga dia baik- baik, masih tak mengaku yang kita pun salah?”

Mereka bertiga mula bertikam lidah sesama sendiri kerana bercanggah pendapat.

“ menyesal betulah saya bawa si Beby ni! Dah besar pun masih tak tahu nak jaga diri! Asyik berlagak kuat je tapi sekarang? Betul- betul menyusahkan!” tiba- tiba timbul rasa kesal di hati L kerana memaksa Beby untuk menyertai mereka ke situ.

“ ohh..sekarang pandai pula nyesal ea..petang tadi awak juga yang beria sangat nak bawa Beby ke sini.” Hati Amirul jadi panas apabila L mengutuk Beby.

“ saya je? Saya je yang disalahkan? Bukan ni rancangan kita semua juga ke? Korang pun nak bawa si Beby juga kan?”

L memandang ke arah Amirul dengan pandangan tajam. Dia marah apabila mendengar kata- kata Amirul yang sepertinya menyalahkan dirinya seorang sahaja.

“ aduii..janganlah gaduh! Korang ni..macam pondan je tahu tak?” Rexray turut bengang mendengar pertelingkahan antara Amirul dan L.

“dahlah...sorang pompuan je pun korang tak tahu nak urus..kalau tak nak bertanggungjawab, biar saya je yang bawa Beby balik. Tepi!”

Amirul menolak tubuh L ke tepi. Dia membuka pintu hadapan dan nak menghidupkan enjin kereta untuk membawa Beby pergi tetapi L menghalangnya.

“ apa lagi? Korang tak nak bertanggungjawab kan?” marah betul Amirul rupanya.

“ ok ok..sorry..saya minta maaf pasal tadi. Awak betul..ni salah saya yang paksa dia ikut kita.” Selesai saja berkata sedemikian, L terus menarik Amirul keluar dari tempat duduk pemandu lalu mengantikan tempat Amirul. Belum sempat Amirul dan Rexray berkata apa- apa, L terus menutup pintu kereta, menghidupkan enjin dan terus memecut meninggalkan Amirul dan Rexray denga kelajuan yang maksima.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku