LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 8 SI KAKI PENDEK YANG TERLEBIH PERASAN
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
446

Bacaan






“ L! Woii! Awak gila ke? Kami macam mana?” pekik Rexray sambil berlari cuba mengejar L tetapi sia- sia. L betul- betul nekad meninggalkan sahabatnya itu disitu.

“ gilalah L ni! Apa yang dia nak buat sebenarnya ni? Dahlah Beby ada dalam kereta tu..dia nak buat apa?” tambah Rexray marah- marah.

“ dia cuma marah sangat kot dengan apa yang saya cakap tadi..dahlah..L bukannya jahat..dia takkan apa- apakan Beby juga tu. Dia cuma nak bertanggungjawab sebab dia yang paksa Beby ikut kita ke sini.” Amirul menenangkan Rexray.

“ macam mana saya tak risau..L tu bukannya sukakan Beby pun..dah tu, macam mana kita nak balik ni?”

“ saya call cousin kat bengkel tu ambil kita..tak lama dia sampailah tu.”

Rexray terhenyak di atas lantai simen. Dia benar- benar tidak menyangka akan ada hal seperti ini yang terjadi pada malam itu. Nasib baik Beby berjaya ditemui..kalau tidak..dia tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

“ saya tak nak datang sini lagi!”

RUMAH KAKAK SAUDARA L

          L membaringkan Beby di atas katil dibantu oleh adik perempuan ibunya, Mila. Mila ni adik kepada ibu L dan berusia 36 tahun serta berkerjaya. Bukan saja berkerjaya tetapi juga memiliki rumah, kereta dan simpanan sendiri tetapi sayangnya, belum bertemu jodoh lagi sebab tu sampai sekarang belum khawin- khawin lagi. Dia tinggal seorang diri jadi L mendapat idea untuk membawa Beby ke rumah kakak saudaranya itu.

         Dalam kereta tadi, Beby termuntah beberapa kali. L pun tidak faham kenapa Beby muntah sedangkan gadis itu bukannya mabuk dek minuman keras pun. Bau hanyir muntah Beby benar- benar meloyakan tekak L. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia membiarkan Beby tidur bersama- sama muntahnya sendiri tetapi nasib baiklah Mila menawarkan diri untuk membersihkan Beby.

“ korang, lain kali kalau nak bawa pompuan sama- sama, jaga elok- elok..nasib baik korang jumpa..kalau tak? Haa..nak menyesal seumur hidup pun tak guna!” bebel Mila yang geram dengan cerita L. Nasib baik juga Mila tidak banyak bertanya selepas mendengar cerita yang sebenar daripada L.

“ ya kak..sorry. Kami tak buat lagi..dah insaf. Malam ni betul- betul bagi kami pengajaran.” L tunduk. Kakak saudaranya ini memang boleh tahan juga garangnya.

“ padan muka korang kan..lepas ni, kalau korang masuk tempat macam tu lagi..siaplah akak potong telinga kamu bertiga.”

“ kami masuk tempat tu sebab kami memang selalu buat persembahan kat sana kak..bukan masuk sebab nak minum atau buat benda yang tak baik. Kami cuma nak cari duit ngan menyanyi kat sana.”

“ akak tahulah tapi banyak cara nak dapat duit kan..dahlah..nanti kakak tanya kawan akak yang ada cafe tu..suruh dia ambil kamu busking kat sana. Tapi dengan syarat, kamu tak boleh masuk kat tempat macam tu lagi!”

“ ya kak..thank you.” L hanya mengangguk tanpa berani melawan kata- kata Mila yang garang dan tegas itu.

“ hmm..kakak dah bersihkan muntah kawan L tu..L lapar ke?” tanya Mila. L cuma menggeleng.

“ baguslah..memang akak ni jarang masak. Malas..biasalah bujang.

“ takpelah kak..kalau saya lapar, saya pegilah masak apa- apa kat dapur tu. Sekarang saya nak tidur je ni..ngantuk sangat.”

“ yelah..akak pun nak masuk tidur dah. Besok kakak awal nak jalan pegi keja ni..pandai- pandailah L urus. Kakak dah tolong apa yang kakak dapat tolong ni.”

“ ya..thank you kak..jangan bagitau papa, mama atau abang ya kak.”

“ tahu pun takut tapi degil..ya..akak tahu. Good night.” Ucap Mila dan terus masuk ke dalam bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik tidur dimana Beby tidur. L pula tidur di bilik tidur tetamu.

KEESOKKAN HARINYA

          Kelopak mata Beby terbuka perlahan- lahan. Sinaran mentari pagi menari- nari menembusi langsir tingkap kaca. Sejurus saja matanya terbuka, dia terus terpandang pada langsir yang berwarna putih. Beby mengamati sekelilingnya. Cadar tilam berwarna putih, sarung bantal warna putih, selimut warna putih, langsir tingkap warna putih dan dinding bilik juga berwarna putih. Saya kat mana ni? Semua pun serba putih. Mata Beby terus liar memerhatikan segenap ruang. Putih. Semua pun berwarna putih.

        Saya kat alam bunian ke ni? Beby terpinga- pinga sendirian dan cuba untuk bangun. Ouch..kepalanya terasa pening dan berat. Macam ada batu besar saja di atas kepalanya. Dia bingung seketika. Eh, saya kat mana? Apa yang terjadi? Kenapa saya langsung tidak ingat apa- apa? Siapa yang bawa saya kat tempat asing ni? Macam- macam soalan muncul di benak Beby. Beby yang kebingungan dan masih mamai- mamai turun perlahan- lahan dari katil tetapi terdengar pintu dikuak seseorang. Dia tidak jadi turun dari katil. Seseorang masuk. Mata Beby yang masih lagi mengantuk kini bagaikan terkeluar melihat siapa gerangan yang masuk.

“ kacang panjang?”

Matanya terbeliak besar. Beby yang memang bingung- bingung dari tadi bertambah bingung lagi apabila melihat siapa gerangan yang masuk ke dalam bilik ketika ini. L memandang Beby sekilas sahaja dengan sinis.

“ dah bangun? Baguslah.” Hanya itu kata- kata L kemudian dia terus keluar. Aii, kenapa dengan lelaki tu? Kenapa macam seram sangat tengok saya? kenapa dia ada kat sini juga? Dia buat apa kat sini? Soalan- soalan tersebut kembali menerjah di mindanya.

“ kenapa dia tengok saya macam ada tahi kat muka saya..tak guna punya kacang panjang.” Bentaknya lalu segera turun dari atas katil dan terus menuju ke arah sebuah cermin besar di dalam bilik itu.

“ haaa? Tidakkk! Apa ni?”

        Beby tiba- tiba menjerit dengan kuat seperti terkena histeria. Dia terus terduduk semula di atas katil kerana terlalu terkejut melihat keadaan dirinya. Ketika ini dia hanya memakai baju singlet dan seluar paras lutut. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni? Yang dia ingat, kelmarin dia tidak memakai pakaian seperti ini. Dia memakai seluar panjang dan juga t- shirt biasa.

        Kenapa sekarang dia cuma memakai singlet dan seluar pendek saja? Saya kat mana sebenarnya ni? Apa yang L lakukan pada saya semalam? Kenapa saya berada di tempat yang asing bersama- sama dengan lelaki tu? Adakah semalam?? Arghh! Tidak. Mustahil. Tidak mungkin! Beby menekup mulutnya tidak percaya dengan andaiannya sendiri. Beby menolak daun pintu dengan kasar dan terus menerpa ke arah L yang sedang menonton tv. L sangat terkejut dengan kehadiran Beby di situ. Bengis pula tu.

“ L! Awak ni memang kurang ajar kan! Penipu! Penjahat!”

Beby terus datang kepada L dan terus memukul- mukul badan L serta menarik rambut L dengan ganas. L yang terkejut cuba mengelak. Dia betul- betul jadi bingung dan hairan dengan tindakan Beby yang tiba- tiba sahaja menyerangnya.

“ heii! Apa ni? Siapa yang kurang ajar sebenarnya ni? Awaklah yang kurang ajar! Datang sini marah- marah pukul orang! Dah lah ucap terima kasih pun tak reti!”

L berundur ke belakang. Hairan. Benar- benar menghairankan. Kenapa Beby tiba- tiba jadi macam ni? Apa pula yang dia buat ni sampai gadis itu memanggilnya penipu dan penjahat? L bingung dan keliru. Cuba mengingat kembali apa yang dia buat pada Beby semalam.

“ apa? Ucap terima kasih? Awak dah buat sama macam ni, awak nak saya ucap terima kasih pula? Awak ni memang benar- benar sial lah L!”

Huh? Sial? Buat dia macam mana pula ni? Apa maksud si kaki pendek ni? Apa pula yang saya dah buat kat dia? berkerut dahi L mendengar kata- kata Beby. Terkebil- kebil L dibuatnya. Hati Beby pula bertambah sakit melihat wajah L yang bersahaja. Seperti langsung tidak ada perasaan bersalah.

“ apa ni? Apa yang saya dah buat? Saya tak fahamlah apa awak cakap. Cuba cakap baik- baik sikit. Awak ni dah kenapa? Dah gila ke? Atau kena sampuk ngan hantu dalam bilik tu?”

       Marah L pada Beby. Tiada angin tiada ribut, tiba- tiba mengamuk dan menuduhnya macam- macam. Tanyalah baik- baik kalau ada sesuatu yang dia tidak puas hati kan. Bukan main terjah saja..manada orang faham apa masalah dia sebenarnya kalau menuduh dan mengamuk membuta tuli. Beby terkedu mendengar kata- kata L. Dia benar- benar tidak menyangka, L sejahat ini. L lebih jahat rupanya dari apa yang dia sangkakan.

       Serta- merta airmata Beby terus mengalir deras. Hatinya benar- benar sakit melihat wajah L dan memikirkan apa yang telah L lakukan kepadanya. Rasa sangat menyesal kerana mudah sangat mempercayai kata- kata lelaki itu petang kelmarin. Patutlah petang itu sikap L sangat berbeza rupa- rupanya dia ada agenda tersendiri. Ya..mesti L dah rancang awal- awal untuk mengenakan dia sebab itulah petang kelmarin dia layan Beby dengan baik.

         Mengenangkan semua itu, Beby terus berlari menuju ke balkoni. L yang tidak tahu apa- apa menutup siaran tv lalu menyusul Beby ke balkoni tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat apa yang sedang Beby lakukan. Beby kini sedang berdiri di atas balkoni dan bersedia untuk terjun. Wahh! Dah kenapa perempuan ni? Kena rasuk ke? Tadi marah- marah, lepas tu nangis..dan sekarang nak bunuh diri pula. Gila!

“ hei! Awak buat apa hah? Jangan buat bodohlah! Turun dari balkoni tu sekarang juga! Ni tingkat dua ni..cepat turun sebelum ada orang nampak awak buat bodoh kat situ!”

Kata L cuba menyuruh Beby supaya segera turun dari atas balkoni. Dahlah balkoni tu licin. Kalau Beby betul- betul terjun, L juga yang akan dapat masalah nanti. L menerpa ke hadapan untuk mendapatkan Beby tetapi..

“ jangan dekat! Kalau awak dekat lagi, saya betul- betul terjun!”

Beby mengugut pula kali ini. Mendengar ugutan Beby, L tidak jadi meneruskan niatnya untuk membawa Beby turun. Walaupun ini cuma tingkat dua, L tetap takut juga kalau Beby betul- betul terjun. Kalau tidak mati, mungkin patah kaki ke, leher ke atau tangan. Tiba- tiba Beby menangis lagi.

“ L..kenapa awak jahat sangat?” tanya Beby sambil menangis tersedu- sedan.

“ kenapa? Apa yang saya dah buat ni? Saya betul- betul tak tahu apa yang saya dah buat kat awak. Apa masalah awak sebenarnya ni? Saya tak tahu apa salah saya.”

Tanya L. Sumpah! Dia memang tidak tahu apa yang dia lakukan sampai Beby jadi gila seperti ini. Dia cakap saya jahat..jahat macam mana? Semalam saya manada buat apa- apa kat Beby. Dia cuma membawa Beby ke rumah kakak saudaranya dan yang urus Beby semua pun Mila juga. Bukan L.

“ cakap L! Apa yang awak dah buat kat saya semalam?”

“ eh, manada saya buat apa- apa..takde apa- apa saya buatlah.”

“ bohong! Penipu! Kalau takde apa- apa, kenapa saya pakai macam ni je? Saya masih ingatlah..semalam saya bukan pakai macam ni. Kita berdua je kat sini..kenapa bawa saya kat sini? Mustahil awak bawa saya kat sini kalau takde niat lain!”

Huh? L terpinga- pinga seketika mendengar kata- kata Beby. Cuma pakai baju macam tu? Berdua je? Ada niat lain? Huff! Ohh..sebab tu ke Beby jadi gila macam ni?

“ ha ha ha ha ha ha ha ha!”

         Tawa terus meletus dari mulut L apabila mendengar semua kata- kata Beby sebentar tadi. Tiba- tiba dia pula rasa kelakar sangat ketika ini. Baru dia tahu kenapa gadis itu marah, menangis, mengamuk dan nak bunuh diri. Rupa- rupanya Beby salah faham apabila melihat keadaan dirinya yang hanya berpakaian singlet dan seluar pendek.

        Ya ampun! Perempuan sorang ni..sampai ke tahap tu pula dia fikir. Dia ingat saya ni jahat sangatkah sampai nak buat begitu pada Beby. Saya akui..iman saya boleh dikatakan senipis kulit bawang tetapi saya masih waraslah..saya takkan buat perkara bodoh macam yang awak fikirkan.

“ jangan ketawalah syaitian! Saya betul- betul nak terjun ni! Awak jangan cabar saya. untuk apa lagi saya hidup kalau awak dah hancurkan hidup saya? awak memang bijak..pura- pura baik ngan saya lepas tu hancurkan hidup saya sebab awak benci saya kan?”

        Melalui kata- kata Beby, jelas kelihatan yang dia kecewa, marah dan sakit hati dengan L. Airmatanya pula tidak berhenti- henti mengalir. Kesian juga L melihat Beby menangis ketika ini tapi siapa suruh..fikiran terlalu negatif. Fikir yang bukan- bukan..nah, sendiri juga sedih. Bodoh..sempat lagi L memerli Beby dalam hati.

“ Beby, tenang dulu boleh tak..dengar dulu apa yang saya nak cakap.”

“ apa lagi yang awak nak cakap lelaki tak guna!”

“ hei, tak tahan betulah saya ngan perangai awak ni..jangan perasan sangat boleh tak? Ingat saya nak sangat ke ngan awak...kalau tak ingat apa- apa, tanya baik- baik. Jangan menuduh membuta tuli. Semalam ada orang masukkan pil dalam minuman awak..sebab tu awak pening..lepas tu awak pegi toilet tapi tak balik- balik pula.”

Oleh kerana sudah hilang sabar dengan Beby, L pun terus menceritakan apa sebenarnya yang terjadi semalam. Dia geram betul apabila Beby menuduhnya yang bukan- bukan.

“ tak balik- balik? Ada orang masukkan pil dalam minuman saya? eh, jangan nak tipulah..saya tak minum alkohol..saya sedar dan waras. Takde pun saya nampak sesiapa masukkan pil dalam minuman saya.”

Ujar Beby tetap tidak mempercayai apa yang L beritahu kepadanya.

“ awak ni memang bodohlah..ingat orang jahat ni bagi awak nampak ke apa yang diaorang nak buat kat awak? Bila orang tu nampak awak dah lemah, dia pegilah culik awak..faham sekarang?”

“ saya kena culik? Saya kena culik?”

Terbeliak besar mata Beby mendengarnya. Jelas sekali dia langsung tidak ingat apa- apa pasal semalam.

“ ya..awak kena culik.”

“ ja..jadi? penculik tu yang bu..waaaa..waaaaahuahhawaa.” tiba- tiba Beby menangis lagi. Entahlah apa yang dia fikirkan. Dia terus duduk di atas balkoni sambil menangis. Mungkin Beby sangka, penculik itu sudah apa- apakan dia semalam.

“ heii..negatif betulah otak awak ni..memang awak kena culik tapi kami berjaya jumpa sebelum penculik tu apa- apakan awak..baru je dia nak masukkan awak dalam kereta dia.”

Reda. Sunyi. Hilang terus tangisan Beby yang kuat sebentar tadi. Dia memandang L.

“ Jadi? Kalau betul apa yang awak ceritakan tu, kenapa saya pakai singlet je? Dan lagi..kenapa awak bawa saya kat sini bukan hantar saya balik rumah?”

Tanya Beby lagi sambil membetulkan tuala mandi yang dia gunakan untuk menutup bahagian atas bahu dan dadanya sebab dia hanya memakai singlet sahaja ketika ini. Nampaknya penjelasan L tadi belum cukup memuaskan hatinya.

“ kalau kau jadi saya, mesti tak berani nak hantar perempuan dalam keadaan tak sedarkan diri ..bukan lagi mabuk sebab minum alkohol tapi sebab mabuk..you know what i mean kan? Ada ke yang akan percaya? Hmm..dan sebab kenapa awak pakai singlet je, tu sebab semalam awak muntah. Jadi kakak saudara saya yang tolong bersihkan. Awak patut berterima kasih kat dia okeyy? Bukannya menuduh tanpa usul periksa.”

L menjelaskan semuanya tanpa ada satu pun yang tertinggal. Apa? Perempuan ni ingat dia sengaja bawa Beby ke tempat itu sebab nak buat macam- macam pada Beby ke? Tolonglah..sikit pun dia tidak ada perasaan pada gadis itu ini kan pula nak buat macam- macam dengan dia.

“ yalah- yalah! Saya tak sedar jadi manalah saya tahu. Jadi, baju saya mana?”

“ dah buang..penuh ngan muntah. Nak buat apa lagi?”

“ hei! Kenapa buang? Tu baju baru mak saya belilah!”

“ sape suruh muntah..kak Mila pun geli tahu nak bersihkan awak..tapi dia tahan- tahan je.”

Beby mengetap bibirnya menahan geram. Kalau tidak ikhlas kenapa paksa diri nak tolong? Krukkk..krukk. huh? Apa ni? Mata Beby terbeliak mendengar perutnya yang berbunyi dengan kuat minta diisi. L terus memandang ke arahnya. Wajah Beby berubah warna kerana malu. Aduhai perut..kenapalah kau bunyi kuat sangat depan lelaki ni? Malu tahu. L tergelak melihat riak wajah Beby.

“ ha ha ha ha..semalam lagi tak makan memanglah dah lapar. Pegi dapur..tengok apa yang ada. Saya ada sediakan sarapan tu. Makan boleh komen jangan.”

“ awak yang masak? Bukan maid ke?”

“ sini manada maid..kak Mila tinggal sorang je kat sini tapi dia dah pegi kerja..saya lapar jadi saya masaklah sendiri.”

L yang masak? Biar betul L ni pandai memasak. Apalagi yang lelaki ini tidak mampu nak buat ye? Cerdik, bijak, genius, pandai menyanyi, pandai menari, atlet, tulis lagu, berlakon, bermain alat muzik..hehh..memang bertuah punya budak.

“ apalagi? Turunlah..takkan nak tunggu saya angkat turunkan awak pula?”

“ eh, tolonglah..belum gila lagi ni nak awak tolong turunkan saya!”marah Beby terus melompat turun dari atas balkoni.

“ awak rasa boleh mati juga ke kalau awak betul- betul nak terjun kat sini?”

Baru Beby hendak melangkah pergi, L mengusiknya kembali.

“ jangan sibuklah..sudah... dah settle kan?”

“ ha ha ha ha..mungkin patah kaki je ke kot..tingkat dua je ni..alang- alanglah awak ni nak bunuh diri. Pegilah kat KLCC ke..jambatan Pulau pinang ke.”

“ diamlah..benci!”

       Beby meneruskan langkahnya. Kalaulah dia tahu siapa yang urus dia semalam mesti tadi, sejurus saja dia bangun dari tidur dia terus balik ke rumah. Tidak perlulah dia menumpahkan air mata percuma di hadapan lelaki itu. Ah..dah terlambat. Mesti dia dah nampak kelemahan saya. Salah saya juga terus bertindak macam tu tanpa bertanya secara baik- baik terlebih dahulu.

        Arghh..menyesalnya! malu! Malu! Malu! Siap nak bunuh diri pulak tu..bentak hatinya sungguh- sungguh menyesali apa yang dia lakukan sebentar tadi. Dia menekup wajahnya sambil menghentak- hentakkan kakinya diatas lantai kerana terlalu malu.

“ hei budak kecik.” Hentakan kaki Beby terus terhenti. Aduhh..dia nampak lagi! Ouch..berapa kali saya kena malukan diri depan dia hari ni?

“ apa lagi?” sahutnya geram sambil pura- pura tidak tahu apa yang terjadi.

“ dah tahu pakai singlet je kenapa tak minta baju yang lain? Sengaja ke tayang body awak yang tak cantik tu atau awak suka sangat pakai tuala mandi tu? Nahh..pakai ni. Bilik Kak mila berkunci. Tak dapat masuk nak pinjamkan awak baju.”

L melemparkan sweater nya tepat ke wajah Beby dan terus berlalu. Warghhh! Macam nak menjerit kuat pula Beby ketika ini kerana terlalu geram. Gila punya lelaki! Dia ingat saya suka- suka ke pakai begini? Kakak saudara kau yang pakai kan saya dengan baju macam ni..gila! banyak- banyak baju, singlet juga dia bagi Beby pakai. Atau? Semua baju dia tu memang semua macam ni ke? Ops! Jahat betulah otak ni..dah kena tolong boleh pula umpat- umpat..Beby cepat- cepat menyesali perbuatannya.

“ cakaplah apa awak nak cakap bastard! Bukan saya yang nak pakai baju macam ni!!”

        Selepas menghabiskan kata- katanya, dia segera berlalu dengan geram. L mengekori langkah Beby sehingga lenyap dari pandangan. Inilah kali pertama dia melihat rambut Beby yang selalu disanggul ala- ala messy bun dibiarkan lepas. Selalunya perempuan yang suka buat rambut messy bun ni jenis yang malas nak dandan rambut. Rambut Beby panjang hampir sampai di pinggang. Sihat dan lurus. Cantik juga rupanya rambut pompuan ni..ingatkan rambut dia kusut mengerbang sebab tu lah dia tidak pernah lepaskan rambutnya.

       Ingatkan berkelemumur ke..kekekeke..ops! L tergelak sendiri. Tadi semasa masuk dalam bilik tempat Beby tidur dia terkejut juga sebab ingatkan Beby belum bangun. Dia juga tidak tahu Mila pakaikan Beby dengan singlet tu je sebab tu dia main terjah je masuk. Sumpah..dia tidak sengaja melihat bahagian tubuh Beby yang terdedah. Tapi, sempurna juga rupanya perempuan ni walaupun kaki pendek. Dalam diam, L mengiyakan kata- katanya.

******

          Yana berkali- kali melihat jam di dinding dan berkali- kali pula dia cuba menghubungi Beby tetapi handphone Beby tetap tidak aktif. Yana benar- benar bimbang. Apa yang telah terjadi kepada Beby? Ditimpa bahayakah dia? pukul sebelas nanti Datin Lenny akan sampai di rumah. Kalau mama tanya nanti apa yang harus saya jawab? Memang Datin Lenny tahu semalam Beby lambat balik tetapi dia tidak tahu yang Beby bukan sahaja lambat balik malah langsung tidak balik ke rumah malam tadi. Oh Beby! Tolonglah call saya atau sms saya..cepatlah balik sebelum mama sampai. Yana benar- benar tidak tenang. Tiba- tiba handphone nya berbunyi menyentakkan Yana. Mudah- mudahan ianya Beby!

“ aslmkum kak..good morning. Sorry ya kak kalau dah buat kakak risau. Saya nak call kakak juga tapi hp saya habis cas. Saya takde bawa charger lagi. Mama dah ada kat rumah ke? Mm jangan risau pasal saya..saya ok je ni. Ni hp L ni saya pinjam. Kejap lagi Beby balik.”

Fuhh! Yana menghembus nafas lega. Syukurlah Beby tidak ada apa- apa. Semua persoalan saya dah terjawab tapi..hishh! kenapa tak guna phone kawan tu awal – awal untuk bagitau saya? tahu tak, semalam saya tak lena tidur gara- gara risaukan awak! Yana melemparkan handphone nya di atas sofa. Rasa geram pula sekarang ni. Satu malam menghilang dan handphone pula kena off? Nanti kau!

         Beby mencuci pinggan dan cawan yang sudah dia gunakan. Sedap mee goreng ayam yang L masak. Dalam diam dia memuji masakan L dalam hatinya. Nampaknya dia kena belajar memasak ni supaya L tidak ada alasan untuk merendah- rendahkannya. Selepas mencuci pinggannya, Beby keluar mencari L. Dia nak L menghantarnya pulang. Tadi, ketika dia sedang makan, L memberitahunya kalau ada apa- apa lagi, cari je dia kat belakang rumah. Tapi mana L ni? Katanya di belakang rumah tapi tiada pun.

        Rupa- rupanya L bukanlah jahat sangat. Beby berjalan mengelilingi kawasan rumah itu. Cantiknya..Beby terpegun seketika. Kakak saudara L ni memang pandai menjaga persekitaran rumahnya. Ketika Beby asyik memerhatikan kawasan sekeliling rumah itu, tiba- tiba pandangannya tertumpu pada satu benda.

“ eh, baju sayalah.”

       Beby terus mendapatkannya. Betul. Baju itu ialah baju miliknya yang dia pakai semalam. Baju yang penuh dengan muntah tapi baju tu sekarang bersih dan wangi pula. Tadi L cakap baju tu sudah dia buang kat tong sampah sebab jijik tapi sekarang baju tu masih elok dan bersih pula. Siapa yang cuci? L atau Mila? Tanpa sedar bibir Beby menguntum senyum. Dia terus mengamil bajunya dan terus mencari L.

“ L! L! Awak kat mana?”

Beby akhirnya mengambil keputusan untuk memanggil nama L sahaja setelah gagal menemui L. Lagipun dia mau cepat balik ke rumah untuk berehat dan membuat persediaan sebelum pertandingan itu berlangsung pada pukul tiga petang nanti.

“ oii..apa panggil- panggil?” muncul wajah L di hadapannya. Ai..mana pula L pergi tadi? Kenapa saya tak nampak dia tadi. Sekarang tiba- tiba pula muncul di hadapannya. Ada ilmu magik ke apa dia ni?

“ wei, awak pegi mana tadi? Konon belakang umah.”

“ kat sini juga..awak tu yang rabun..kenapa panggil saya? ingatkan awak dah balik.”

“ err..saya nak baliklah ni.” Jawab Beby sambil bibirnya tidak henti- henti menguntum senyum.

“ jadi, kenapa tak balik lagi? Buat apa nak bagitau saya? kalau nak balik, balik je lah.”

“ ermm..nak ucap terima kasih je sebab sudi bertanggungjawab ngan keselamatan saya semalam..terima kasih juga untuk breakfast tadi dan juga terima kasih untuk kakak saudara awak tu sebab sudi uruskan saya semalam.”

“ daaan..thank you sebab cuci baju saya ni.” Beby tersenyum tetapi L tetap serius. Langsung tidak membalas senyuman Beby.

“ gila ke saya nak cuci baju awak..kak Mila kot.” Jawabnya kasar.

“ hee..tak tahulah sape yang cuci..tapi thank you sebab tak buang baju ni..ni baju hadiah harijadi dari mak saya.” L tidak menjawab kata- kata Beby.

“ err..saya nak balik ni tapi, nak minta tolong kat awak supaya hantar saya kat bengkel cousinMirul tu supaya saya boleh ambil kereta saya.”

“ hantar awak? Sorry je lah..cari teksi atau bas lalu kat sana..banyak tu. Malas nak jalan ni.” Kata L mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya. Muka Beby terus berubah. Hilang terus senyuman di wajahnya.

“ weii! Mana boleh awak tak hantar saya balik..awak yang bawa saya kat sini awaklah yang hantar saya balik jugak!”

“ dahlah..tak faham bahasa ke? Saya penat ni..malas nak jalan.”

L duduk pula dan buat- buat tidak peduli dengan kata- kata Beby. Melihat reaksi L yang sepertinya benar- benar tidak akan menghantarnya balik membuatkan hati Beby geram dan marah kembali.

“ awak ni memang jahatlah!”

“ jadi? Apa masalah ngan awak?”

“ ahh! Awak memang penjahat! Teruk! Makanlah kereta ( kereta Rexray sebenarnya ) tu!”

Selepas menghabiskan kata- katanya, Beby pun melangkah pergi. Sakit betul hatinya. Kenapa lagi dengan lelaki itu? Saya ingat dia tidaklah teruk sangat tapi saya silap. Dia memang teruk! Sangat- sangat teruk!. Huh..tidak apalah kalau L tidak mahu menghantarnya. Ellehh..baru sekali tolong saya dah berlagak nak mampus! Beby terus memaki hamun dalam hatinya. Tak guna betulah lelaki tu..ehhh..geramnya aku! Beby terus keluar dari perkarangan rumah dengan perasaan marah.

“ assalamualaikum Beby.”

Beby tersentak sedikit. Imej si lelaki jahat terus hilang dari mindanya. Beby cepat- cepat menoleh. Terpampang wajah Amirul yang manis dan comel. Orang cakap wajah jambu.

“ Amirul? Waalaikumsalam.” Jawab Beby yang masih tersentak dengan kehadiran Amirul disitu.

“ Beby ok juga ke?” Amirul terus mendapatkan Beby. Dia datang ke sini kerana risaukan Beby yang mulai mendapat tempat di hatinya.

“ saya ok..kenapa awak datang sini? Nak jumpa lelaki jahat tu ke?”

“ bukan..saya cuma risaukan awak je..tu saya dah bawa kereta awak kat sini.,siapa lelaki jahat? L ke? Dia apa- apakan awak ke?”

“ ahh..haha..bukanlah..saya ok je cuma saya geram sebab dia tak nak hantar saya balik.”

“ saya dah agak dah..takpe..saya dah bawa kereta awak ni. Nanti lalu depan bengkel cousinsaya, saya turunlah kat sana. Jom.”

Amirul menghulurkan tangannya. Beby memandang wajah Amirul. Kenapa Amirul tiba- tiba melayannya dengan baik sejak akhir- akhir ini? Dulu, Amirul ni mana ada pernah menyapanya. Walaupun mereka dalam kursus yang sama, mereka tidak pernah pun bertegur sapa. Kalau ada tugasan yang dilakukan secara berkumpulan pun, mereka cuma akan memilih kawan rapat mereka sahaja. Begitu juga dengan Beby.

“ err..saya tak menyusahkan awak ke ni?”

“ langsung tak..kan tujuan saya datang sini memang untuk awak pun.”

Amirul begitu tenang meyakinkan gadis itu. Benar ke? Atau Amirul melayannya dengan baik sebab kasihan dan simpati saja dengan Beby yang selalu dilabel sebagai “ badgirl”?. Kalau Amirul berbaik dengannya hanya atas dasar simpati, dia lebih rela tidak ada kawan lelaki.

“ jomlah..kenapa lagi menung- menung tu?” suara Amirul menyentakkannya kembali ke alam nyata. Serba- salah Beby menghulurkan tangannya. Mendarat saja tangan Beby di atas telapak tangan Amirul, tangan Amirul pantas mengenggam jari- jemari Beby sehingga membuat hati Beby tidak keruan.

“ ha ha..kenapa tengok saya macam tu? Jom.” Amirul membuka pintu kereta untuk Beby. Ahh..terlebih pula Amirul ni layan saya..macamlah saya tak reti nak buka pintu ni. Setelah menghidupkan enjin, kereta itu pun terus berlalu dari situ. Tanpa mereka sedari, dua biji mata sedang memerhatikan gerak- geri manusia yang baru sebentar tadi meninggalkan tempat itu.

“ kenapa Mirul layan si kaki pendek tu baik sangat? Dia suka ngan Beby ke? Hmm..pelik betulah taste Amirul ni. Perempuan separuh siap.”

L tersengih sinis. Dia bukannya tidak suka kalau sahabatnya itu menyukai Beby tetapi dia hairan. Dalam ramai- ramai gadis cantik ayu sopan kenapa dia nak suka juga ngan perempuan separuh siap tu? Bagi saya, gadis tu terlebih hormon lelaki..ha ha ha ha.

RUMAH BEBY

“ yeahhh! Beby selamat!”

Yana terus memeluk Beby yang belumpun sempat menanggalkan kasutnya. Siapa yang tidak gembira melihat Beby yang hilang semalaman pulang dengan selamat. Tambahan pula, Beby pulang ke rumah sebelum Datin Lenny tiba dulu.

“ ishh..kalau rindu saya pun tunggulah dulu saya siap buka kasut ni..saya bukan abang Ichi la sampai kak Yana peluk- peluk macam ni.”

Beby mengusik Yana. Mendengar kata- kata Beby, Yana terus memuncungkan bibirnya.

“ saya happy je lah sebab awak selamat..dahlah buat orang risaukan dia setengah mati semalam. Susahkan saya je.”

“ aihh..betul ke risaukan saya? thank you ler kalau macam tu. Ingatkan kak Yana lebih suka kalau saya takde sebab takde yang kacau kakak bergayut ngan abang Ichi.”

Selesai menanggalkan kasut dan stokinnya, Beby terus melangkah naik ke tingkat atas. Yana menyusuli langkah Beby dari belakang. Masuk saja dalam bilik, Beby terus berbaring di atas katil dengan badan yang hangat. Maklumlah semalam mana ada dia mandi.

“ Beby, awak pegi mana semalam hah? Awak tahu tak, semalam saya tak tidur lena gara- gara risaukan awak. Saya nak mengadu kat mama pun takut mama marah.”

Yana turut ikut berbaring di sebelah Beby.

“ mama mana? Macam dia takde kat umah je.” Yana mencebik geram. Dia yang bertanya dahulu tapi di soal balik oleh Beby pula.

“ tak tahu.” Jawab Yana dengan geram. Beby tertawa.

“ janganlah marah..mama mana? Takkan akak tak tahu kot.”

“ tidur kat hotel..kejaplah sampailah tu.”

“ ooohh.” Beby mengangguk faham. Fuhh..lega. Nasib baik mama tidak ada di rumah semalam. Kalau tidak..tidak tahulah apa yang bakal terjadi.

“ hei, soalan saya belum awak jawab lagi. Beby tidur kat mana semalam?”

Serta- merta senyuman Beby hilang apabila mendengar pertanyaan Yana. Sebentar tadi, dia cuba mengelak soalan itu.

“ panjang ceritanya.”

“ pendekkan.” Beby memandang wajah Yana. Yana tersengih- sengih. Aduhh..macam mana ni? Nampaknya Yana betul- betul nak tahu apa yang berlaku kepadanya semalam.

“ ahh..tak nak bagitaulah..nanti kakak bagitau mama.”

“ ehh..mana ada..akak sporting lah. Bagitau je lah..Yana janji k. Yana takkan bagitau sesape pun..ni rashia kita berdua ha ha ha.”

Mendengar janji Yana, Beby pun terpaksa menceritakan apa yang terjadi kepadanya semalam dari a sampai z tanpa ada tertinggal satu pun. Yana terkejut besar mendengar apa yang Beby ceritakan kepadanya.

“ jadi, awak langsung tak syak ke takde apa- apa yang berlaku masa awak tak sedarkan diri tu?”

“ tak..langsung tak syak apa- apa. Dia cakap, kakak saudara dia yang uruskan saya. dia cuma bawa saya kat sana.”

Yakin saja Beby menjawab padahal bukan dia sedar pun ketika itu tetapi melalui apa yang L ceritakan kepadanya, dia yakin tidak ada apa- apa yang berlaku antara dia dengan L. Lagipun, mana mungkin L nak buat macam- macam pada doa..dahlah bencikan saya..takkan tiba- tiba pula ada hati nak buat yang bukan- bukan.

“ ya ke? Manalah tahu dia pegi hug or kiss ma..”

stoooooop! Saya dah cakap takde, takde lah!” belum sempat Yana menghabiskan kata- katanya, Beby terus memotong percakapan Yana. Dengar saja pun sudah cukup buat bulu roma dia meremang.

“ apasal yakin sangat takde? L tu kan lelaki..gila ke dia biarkan pompuan tak sedarkan diri kat sebelah dia tanpa buat apa- apa? Mana ada kucing menolak disuakan ikan? Ikan segar pulak tu.”

“ heii! Kak Yana ni kenapa? Macam berharap pula ada perkara yang tak baik terjadi kat saya. Syukurlah saya selamat..haiyahh! kata- kata tu satu doa juga faham tak?”

Beby memprotes hebat. Kata- kata Yana tadi memang buat dia geram juga menakutkan. Yalah..kan dia tidak sedarkan diri semalam. Macam- macam boleh berlaku.

“ bukan berharap tapi Yana risau je..dah namanya lelaki. Mana boleh percaya kalau lelaki nampak pompuan tidur atas katil dia? yang awak yakin sangat takde apa- apa kenapa? Muka macam L tu..ntah...cam tak boleh percaya je..euwww.”

“ saya bukan tidur atas katil dialah! Dia tidur tempat lain saya bilik lain lagi!”

so what? Tapi tetap dalam satu rumah juga kan?”

Eleh..dulu, Yana ni peminat L juga. Selalu puji- puji bahawa L yang terkacak, terpandai, termacho, terbaik dan ter ter lah segalanya. Tapi lepas couple dengan Richie, bukan main lagi mulutnya kutuk L. L yang pernah mendapat tempat dihatinya entah dah dibuang ke mana.

“ jangan tuduh sembaranganlah kak..L memang takde apa- apakan saya. Dia tolong adalah.”

“ aii..sejak bila awak ni pandai membela L?”

Yana tiba- tiba hairan. Selama ini Bebylah yang selalu mengutuk L. Tuduh lelaki itulah yang paling jahat, paling teruk, paling playboy dan palinglah semuanya tetapi sekarang kenapa tiba- tiba pandai membela pula?

“ haihh..bukan membela tapi ni kenyataan. Dia tak buat apa- apa. Dahlah..kalau tak percaya terserah. Saya nak tidur. Quiet please.”

Beby mencapai mashimaro di sebelahnya lalu menutup wajahnya dengan patung tersebut. Yana merenung wajah Beby mesti ada apa- apa ni.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku