LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 9 JANGAN PERASAN
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
265

Bacaan






Aaron art academy

         Lyana menarik tangan Ella dengan kasar. Hari ini ialah hari pertandingan Show you talent di akademi seni itu. Kenapa Lyana teruja sangat? Dah tentulah sebab ada L sang lelaki pujaan hatinya. Dia tetap akan setia menjadi peminat L walaupun L langsung tidak memandangnya walau sebelah mata. Ella terpaksa juga mengikut langkah Lyana menuju ke dewan. Ikutkan hati, dia tidak lagi mahu syok sendiri terhadap lelaki itu selepas insiden memalukan ketika Beby memarahi mereka berdua tetapi, demi menjaga hati sahabatnya itu, Ella terpaksa juga menurut.

“ Lynn..kita nak pegi mana ni?” tanya Ella berkerut dahi kerana Lyana menarik tangannya agak kasar.

“ kita pegi tengok pertandingan tu lah..kan ada L ikut pertandingan tu..saya memang tak nak terlepas tengok persembahan dia.” jawab Lyana yang begitu gembira walau hanya dengan menyebut nama L.

“ saya takutlah ngan pompuan separuh siap tu.”

“ hei, apahal takut pulak? Dia tu bukannya girlfriend L pun.”

“ memanglah bukan girlfriend dia, tapi nanti dia malukan kita lagi macam hari tu..saya tak naklah Lynn.”

Mendengar kata- kata Ella, serta- merta Lyana naik darah. Dia melepaskan tangan Ella dengan kasar.

“ lembiklah awak ni Ella..dia tu cuma menyibuk je..dia tu sebenarnya jealous sebab dia tak pandai jadi feminine dan fashionista macam kita..sebab tu lah dia sakit hati bila tengok pompuan cantik rapat- rapat ngan L..dah, jangan nak jadi pengecut. Ikut saya je.”

Lyana memang tidak peduli akan Beby. Bagi Lyana, Beby itu bukannya siapa- siapa bagi L, jadi dia tidak ada hak nak memarahi atau cemburu bila ada gadis yang rapat- rapat dengan L. Akhirnya Ella terpaksa juga mengikut Lyana yang tidak pandai serik mahu menggoda L.

Belakang pentas, dewan akademi seni.

“ Beby, oh Beby.”

Perlahan- lahan L mendekati Beby yang sedang sibuk bermain video game di dalam smartphone nya. Beby langsung tidak mempedulikan kedatangan L yang kini berdiri di hadapannya. Dia masih marah pada lelaki itu kerana tidak menghantarnya pulang ke rumah pagi tadi.

“ kenapa panggil- panggil ni? Sibuklah..orang tengah main game ni.” Beby menyahut dengan nada yang kurang baik. Matanya tetap fokus pada video game.

“ cuba tengok dulu macam mana penampilan saya hari ni? Smart tak? Hensem? Cool? Macho? Boleh bagi pendapat tak?”

Kata L terus ber’pose ala- ala model yang sedang membuat pergambaran di hadapan Beby. Beby mengetap bibirnya. Nampaknya dia benar- benar tidak meyukai soalan L itu.

“ mm..hensem memang hensem..tapi sayang..hati tak sehensem macam orangnya. Orangnya hatinya busuk. Sayang seribu kali sayang.”

Lancar saja ayat tersebut keluar dari mulut Beby. Kalau dah memang tak suka, nak buat macam mana lagi kan? Senyuman manis L serta- merta hilang apabila mendengar kata- kata pedas dari Beby sebentar tadi. Matanya tajam menikam ke arah Beby.

“ hei! Saya tanya baik- baik, jadi awak pun jawablah baik- baik jugak! Awak ni memang sengaja nak cari pasal ngan saya kan?” suara L terus bergema. Dia geraam mendengar kata- kata Beby tadi. Mood cerianya pada petang itu terus hilang.

“ eh, tadi awak sendiri yang cakap nak minta pendapat..saya pun bagilah pendapat saya. memang tu pendapat saya untuk awak pun.”

“ memanglah saya minta pendapat tapi bukan pendapat yang bodoh macam tu..tak boleh ke baik sikit?”

“ maaflah ye..saya bukan macam orang lain. Apa yang saya nampak..tu lah yang saya akan cakap..dan lagi, boleh tak awak jangan perasan sangat yang awak tu hensem? Tu kat sana ada lagi yang sepuluh kali ganda lebih hensem dari awak..tak pulak berlagak macam awak ni. Awak layak bertading ngan pondan je..mulut bising cam bapok!”

“ hei budak kecik! Cakap tu biar beradab sikit eh..makan lima jari nanti!” L menghampiri Beby dengan wajah bengis. Perempuan ni nak apa sebenarnya? Dia sedang berusaha untuk berkawan dengan Beby tetapi Beby pula sengaja cari pasal dengan dia. Suka sangat rupanya gaduh- gaduh ngan aku. Ok..kalau itu yang kau mahu, bermusuhan dengan kau sampai bila- bila pun aku tidak kisah.

“ makan lima jari? Berlambak makanan sedap kat rumah jadi buat apa saya nak makan jari pulak?” Beby loyar buruk.

“ hei! Dahlah tu. Lepas ni kita yang naik pentas..buatlah persediaan. Berlatih ke..berdoa ke..tolonglah bagi kerjasama sikit. Kalau korang berdua asyik gaduh je, macam mana kita nak menang?”

Nah, Amirul yang matang sudah bersuara. Mendengar kata- kata Amirul yang menyengat itu, Beby dan L terus terdiam. Amirul memang lebih berotak daripada L. Alahai L..ketua yang gagal.

Dalam keriuhan ruang dewan yang mulai sesak dengan para penonton dan para jemputan, kelihatan Yana melilau- lilau mencari kelibat rakan- rakannya yang lain. Di tangannya ada sejambak bunga. Melihat rakan- rakannya melambai- lambai ke arahnya, dia pun segera mendapatkan mereka. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan tempat Mia duduk.

“ hai Yana..kenapa bawa bunga ni? Untuk sape?” tanya Syika sambil membelek- belek jambangan bunga di dalam tangan Yana.

“ untuk Beby lah..sape lagi?” jawabnya sambil tersenyum.

“ untuk Beby? Kenapa nak bagi bunga? Dia suka bunga juga ke?”

“ ha ha ha..tak tahu..saja je nak cheer up untuk dia.”

“ macam yakin je Yana ni yang kumpulan Beby menang..kumpulan si Jesica tu..Winner, ikut juga tau. Korang pun tau kan dia tu memang dancer..tak adilah dia bertanding ngan student lain yang baru belajar nak menari. Betul tak? Harap- harap kumpulan Beby menanglah.”

Sampuk Mia berasa tidak puas hati dengan pihak penganjur yang membenarkan kumpulan Jesica masuk pertandingan itu.

“ ya..sepatutnya mana boleh..peserta lain baru belajar menari.”

“ hurmm..memang Winner tu hebat tapi apa kurangnya kumpulan L? Selalu juga dapat juara.”

“ sytt! Kumpulan Beby dah kena panggil naik pentas ni!” mendengar nama kumpulan L dipanggil untuk naik ke atas pentas, keempat- empat gadis tersebut terus menamatkan perbualan mereka dan memberikan sepenuh perhatian terhadap persembahan kumpulan Beby.

******

        Beby mengutip bekas makanannya lalu segera dibuang ke dalam tong sampah berdekatan. Huu..lega rasanya pertandingan sudah selesai. Nasib baiklah persembahan mereka tidak cacat juga walaupun sebelum naik ke atas pentas, dia bertengkar dengan L.

        Di atas pentas tadi, mereka nampak serasi dan sangat mesra tetapi itu semua cuma gimik untuk menjayakan persembahan mereka. Di luar pentas, memang dia tidak ingin pun bermesra- mesraan dengan L. Tadi, selain mempersembahkan tarian bersama semua ahli kumpulannya, Beby dan L turut mempersembahkan lagu “ now”. Lagu dendangan asal daripada Troublemaker. Lagu ini memerlukan mereka menari dan juga turut berinteraksi antara satu sama lain. Namun, satu pujian untuk pasangan duet L dan Beby kerana berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan energetik walaupun hubungan di antara mereka berdua sangat- sangat teruk.

         Entah macam mana mereka dapat menjayakan persembahan itu dengan jayanya sedangkan di luar pentas, mereka berdua ibarat kucing dan anjing. Tergelak juga Beby apabila memikirkan semua itu. Owhh..miracle. tadi, semasa mereka beraksi di atas pentas, Yana dan juga tiga orang sahabatnya itu memberikan sorakan yang sangat gemuruh pada kumpulan mereka.

         Pasukan sorak percuma. Sorakan empat orang gadis itu sedikit sebanyak menambahkan lagi semangat kepada Beby. Mesti lepas ni suara mereka jadi serak sebab terlampau banyak menjerit tadi. Tapi, ketika Beby kembali semua ke dalam dewan selepas menukar kostumnya, kawan- kawannya sudah tidak ada disitu. Mahu tidak mahu, Beby terpaksa pergi ke cafe seorang diri untuk mengisi perutnya yang sudah menyanyi hebat tanpa menunggu siapa- siapa lagi. Dia mencuci tangannya kemudian cuba merapikan anak rambutnya yang jatuh menutupi matanya.

“ dahlah tu..nanti cantik sangat.”

“ Amirul?” Beby menoleh ke belakang. Amirul tersenyum dan menghampirinya. Beby juga sebenarnya sedar juga, Sejak akhir- akhir ini Amirul menjadi begitu baik kepadanya. Lelaki itu juga rajin menghantar chat kepada Beby melalui whatsapp. Tetapi Beby melayannya acuh tidak acuh sahaja.

“ Beby pegi mana tadi? Kami ingat awak masih kat dalam tukar baju. Tunggu punya tunggu..takde pulak.”

“ ohh..hee..maaflah. Tadi saya lapar sangat. Saya pun pegilah makan kat sini masa korang masih dalam bilik persalinan tu.”

“ Yana yang bagitau saya awak kat sini.”

“ wei..boleh pula awak terjumpa ngan dia..mana dia? saya suruh tunggu dalam dewan tapi bila saya datang, mereka dah takde kat sana.”

“ oohh..ya ke? Mereka bertiga ada kat gelanggang basketball tu..kan ada artis datang. Nak minta autograph kot.”

Amirul menjelaskan kepada Beby. Tadi memang dia terserampak dengan Yana dan rakan- rakannya yang lain sedang yang sedang berbaris dalam satu barisan yang agak panjang. Nak buat apa, dia pun tidak tahu. Yang dia dengar, ada artis datang.

“ huh..gara- gara artis je terus lupa kat saya..ingat artis tu bagi duit ke kalau pegi tengok dia?” Amirul tersenyum. Kalau dia tahu Beby lapar tadi, dengan sukarela dia temankan gadis itu pergi makan.

“ ha ha..Beby ok ke ngan persembahan tadi?” Beby dan Amirul beriringan meninggalkan cafeteria.

“ ok je..kenapa? awak tak ok ke?” tanya Beby kembali.

“ he he..bukanlah..hurmm..baguslah kalau awak ok tapi, kenapa L tiba- tiba ubah step tarian tu ea? Sepatutnya, dia pegang pinggang awak sikit je..tapi, kenapa macam dia peluk pula tadi?”

OMG! Nampaknya Amirul juga sedar akan hal itu. Beby sangka, tidak ada sesiapa yang sedar tentang perubahan rentak tarian itu. Malunya. L memang sengaja mahu memalukannya. Sudah tentulah Amirul perhatikan baik-baik tadi sebab dia menyukai Beby. Sedikit sebanyak, tindakan L itu mengundang rasa kurang senang di hatinya.

“ ooohh..emm..tu tak sengaja. L dah bagitau kat saya..dia tak sengaja.”

Beby berbohong. Dia tidak tahu apalagi yang dia nak jawab. Tetapi memang betul. L terpeluk dirinya tanpa sengaja tadi sebab keadaan tubuh L yang tiba- tiba hilang keseimbangan semasa menari kerana gerak tarian tersebut sangat rumit dan pantas. Jadi, ketika L memegang pinggang Beby, tidak semena- mena dia terasa macam nak terjatuh, jadi dia terpaksa berpaut pada pinggang Beby. Kalau L tidak berbuat demikian, sudah tentu dia akan terjatuh dan ditertawakan. Dahlah mendapat malu, tidak menang lagi. Tetapi, walaupun insiden itu tidak disengajakan, tetap saja L rasa bersalah kerana dia tahu juga batasan antara perempuan dan lelaki. Tetapi dia belum menjelaskan hal ini kepada ahli kumpulannya.

“ yakah? Dia tak sengaja? Ok lah kalau macam tu.” Amirul lega sedikit mendengarnya.

“ kenapa Mirul tanya pasal tu?”

“ ohh..takde. takut je juri nampak kalau ada yang tak kena ngan persembahan korang berdua tu.”

Amirul dengan yakin memberikan alasan tersebut padahal dia sebenarnya cemburu melihat adengan sebentar tadi. Beby cuma mengangguk- angguk tanpa mengesyaki apa- apa.

“ kenapa awak cari saya sampai ke cafe?”

“ L yang suruh..keputusan nak keluar dah sebentar lagi..ntah- ntah dah diumumkan pun.” jawab Amirul.

“ hah? Dah nak diumumkan ke? Eh, jomlah cepat.”

Beby terus berlari masuk ke dalam dewan. Dia tidak mahu terlepas mendengar keputusan diumumkan. Sesampainya di dalam dewan, mereka berdua terus menuju ke tempat duduk kumpulan mereka. Beby mendengar keputusan untuk pertandingan menyanyi solo sedang diumumkan.

“ hei..awak pegi mana tadi? Sape suruh jalan?” sempat sahaja punggung Beby mencecah di atas kerusi, L terus menengkingnya.

“ saya memang jalanlah..takkan nak merangkak pula.” Jawab Beby malas mendengar ketuanya membebel lagi.

“ loyar buruk betulah budak kecik ni..mana awak pegi tadi?”

“ saya lapar..pegi makanlah..puas hati?” Beby menjawab dengan kasar. Memanglah dia salah sebab terus beredar tanpa memberitahu sesiapa tapi tidak boleh ke dia bertanya baik sikit?

“ kalau ya pun bagitaulah kami dulu..ni main jalan je. Orang pun macam bodoh menunggu dia depan bilik persalinan tu.”

“ memang saya nak bagitau tapi korang tu lama sangat dalam bilik persalinan tu..ntahlah..tukar baju kea tau buat baju dalam tu. Saya ni ada gastrik..tak boleh lambat makan.”

“ heii..pompuan ni memang susah nak urus..yalah..suka hati awaklah. Awak ni memang keras kepala sangat. Tadi saya suruh touch up sikit supaya nampak cantik sikit atas pentas pun langsung tak mahu. Saya tahulah awak tu tak suka mekap..sebab awak ni terlebih hormon lelaki..tapi, tak salahkan pakai je..nanti habis pertandingan cucilah balik. Tak susah pun.”

Omel L panjang lebar. Dia tidak tahu macam mana lagi mahu bercakap dengan Beby. Langsung tidak mahu dengar cakap. Memang pentingkan diri sendiri saja. Pening juga kepala dibuatnya. Peserta perempuan yang lain sibuk mekap tetapi, Beby pula sibuk main game sebelum naik ke atas pentas.

“ ni lah yang saya benci sangat bila berdekatan ngan kacang panjang ni..asyik kena bebel memanjang je..nak tanya sikit, tak kebas ke mulut tu dok asyik pung pang pung pang?”

“ eh, budak ni..lempang juga kau ni kang! Apa pun tahniahlah ye budak kecik.”

Huh? Tahniah? Kenapa L tiba- tiba ucap tahniah pada saya pula? Beby memandang ke arah Rexray dan Fiq.

“ tahniah Beby..usaha keras kita berjaya. Kita juara!” Rexray tersenyum kepada Beby.

“ juara? Kita juara ke?” Beby tersentak. Keputusan dah diumumkan ke? Tapi, kenapa L masih marah- marah padanya? Dasar dinasour tak guna.

“ keputusan dah keluar ke?”

Amirul pula yang bertanya kali ini. Dia terus teruja apabila mendengar kata- kata Rexray. Tadi ketika keluar mencari Beby, emcee baru memaklumkan kepada para hadirin yang keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

“ sudah. Tu lah..kalau orang suruh jangan jalan janganlah dulu. Kan dah terlepas moment penting.”

L berdiri tetapi kali ini dia tersenyum. Dia memandang ke arah Beby.

“ hei kacang pendek..berdiri dulu.”

“ kenapa?” tanya Beby hairan. Tadi muka bukan main bengis lagi. Sekarang acah- acah peramah pula. Tidak faham betulah ngan perangai mamat sorang ni. Kejap marah kejap baik.

“ alaa...berdiri je lah.” Beby berdiri. Amirul, Rexray dan juga Fiq turut berdiri.

“ kita juara!”

“ juara? Jadi betulah kita juara?” tanya Beby teruja.

“ ya! We are winner! Pasangan duet juga juaraaaaa!”

“ wahhh! Dua- dua kategori pun kita dapat nombor satu ke? Wahhhh! Yeahhhhhh!”

Beby yang sangat teruja terus melompat- lompat kegirangan. Ini adalah pertandingan pertama yang dia sertai sejak menjadi pelajar di akademi seni itu memanglah dia teruja sangat. Dek kerana terlalu gembira dan teruja, dia terlupa akan persengketaannya antara L tempoh hari. Dia terus mencapai tangan L dan mengocang- goncangkannya sambil melompat- lompat dan juga menghayun tangan L ke kiri dan ke kanan. Macam menari pun ada. L dan rakan- rakannya yang lain tersentak dengan tindakan Beby itu. sikap spontan dari Beby yang mereka belum pernah lihat sebelum ini. Amirul tergelak melihat keleteh Beby. Dia tidak pernah melihat Beby gembira seperti ini.

“ jadi kita menang, so, apa kata kita raikan kemenangan kita?” Rexray terus mencadangkan untuk meraikan kemenangan mereka pada hari itu.

“ ya..nanti saya minta mama sponsor!”

“ apa? Makan- makan ke? Yeahhh! L, awak nak apa? Mama Beby sponsor ni.” Tanya Rexray kepada L yang cuma tersenyum tawar. Sebenarnya dia masih terkejut sebab Beby memperlakukannya dengan pelakuan yang langsung dia tidak sangka.

“ mana- mana je..saya ikut je.” Ringkas saja jawapan L.

“ hei, awak ni kenapa lagi? Tiba- tiba buat muka pulak! Haish..betul- betul rosakkan mood saya je. Mirul, jom!”

Beby terus menyambar tangan Amirul, Rexray dan Fiq lalu menarik mereka berdua keluar dari dewan. L terkebil- kebil pula ditinggalkan sendirian. Aishh..bukan saya buat muka..Cuma terkejut sikit je kau tiba- tiba buat macam tu kat saya tadi..bisik hati L. Dia Cuma melihat kelibat rakan- rakannya menghilang dari pandangan. Dasar! Saya ketua tapi kena layan macam tiada- tiada pula.

“ hello L.” Tiba- tiba satu suara yang begitu lembut dan manja memanggil namanya. L berpaling. Aduii..pompuan gedik ni lagi, dahlah saya takde mood ni.

“ L, tahniah untuk kumpulan awak sebab dah menjuarai pertandingan tu. Memang saya dah agak..kumpulan awak akan jadi juara.” Kata Lyana sambil menepuk- nepuk bahu L.

“ Ohh..thank you..tapi ni bukan usaha saya sorang..tapi usaha semua ahli kumpulan saya juga.” Ujar L mahu tidak mahu sahaja melayan Lyana.

“ yaaa..tahniahlah untuk semua ahli kumpulan awak juga..kecuali Beby..saya tak nak. Awak pun tak suka dia kan?”

“ kemenangan kami ni takde kaitan ngan suka atau tak..yang penting, dia pun dah berkerja keras bagi persembahan yang terbaik tadi.”

Huh. Lyana mencebirkan bibirnya apabila mendengar L seakan- akan membela Beby pula. Kenapa dia macam membela pula ni? Bukan ke dia pun tak suka ngan pompuan separuh siap tu?

“ ahh..pedulilah si pendek tu..yang penting persembahan kamu tadi memang terbaik! Kan Ella?” kata Lyana sambil menyiku Ella yang cuma mendiamkan diri saja sjak tadi. Ella cuma mengangguk kecil.

“ yalah..thank you.”

“ ehemm..jadi boleh tak awak keluar ngan kami? Saya nak belanja awak makan..saja je nak celebrate kemenangan korang he he he.” Lyana dengan tanpa segan- silu menyambar tangan L dan mengenggamnya erat- erat. L cuba meleraikan genggaman Lyana tetap makin L kuat mahu menarik tangannya, makin erat pula Lyana mengenggamnya.

“ err..thank you je lah tapi sorry ea..saya tak dapat nak keluar ngan awak.” L cuba menolak pelawaan Lyana secara berhemah.

“ alaa..bolehlah. Kali ni je..pleaseee.”

“ hei gatal!” tanpa disedari, Beby tiba- tiba sudah berdiri di hadapan mereka bertiga. Ella dan Lyana terkejut. Tanpa berkata apa- apa, Beby terus meluru dan menolak tubuh Lyana yang berdiri begitu rapat dengan tubuh L sehinggan Lyana terdorong ke belakang.

“ ei pompuan gatal..tak serik- serik lagi kau ni ea..takde keja lain ke selain nak menggoda lelaki je?”

“ jadi, apa kaitan ngan awak? Awak ingat awak ni siapa hah? Bukan girlfriend L pun.” bentak Lyana dengan geram. Perempuan separuh siap ni memang kurang ajar. Selalu je rosakkan rancangan aku!

“ memanglah saya bukan girlfriend dia..tapi dia ni ketua dan kawan kami..awak pula siapa bagi dia? kekasih bukan kawan pun bukan. Tak malu ke?”

Selesai berkata- kata, Beby terus menarik L keluar dari dewan. Dia bukan cemburu tapi dia betul- betul tidak suka melihat Lyana yang tergedik- gedik mahu menggoda semua lelaki kacak di kolej mereka itu. Ada juga desus- desas yang mengatakan, Lyana ni selalu pegi kelab malam dan tukar teman lelaki macam tukar pakaian. Lyana cuma mampu menahan geram melihat pujaan hatinya dilarikan oleh Beby. Nur Deyanna Gracia! Awak nak tunjuk hebat sangat depan saya ya..tunggu.

“ nak bawa saya pegi mana ni? Koyaklah baju saya ni.”

L bersuara setelah melihat Beby membawanya agak jauh dari dewan sambil menarik baju yang dipakai oleh L.

“ kenapa? Takut saya culik ke?”

“ ha ha ha ha..awak ni..bukan..tanya je. Bukan awak nak bawa saya pegi tempat kawan- kawan saya ke?” jawab L pula sambil tergelak. Aikk..sejak bila L ni boleh gelak depan saya?

“ nak bawa awak lari dari pompuan gedik tu je..tadi Mirul ada kat sini..sekarang dah takde..ntah dah pegi mana pula.”

Setelah keluar dari dewan tadi, kawan- kawan mereka yang lain menyuruh Beby untuk membawa L bersama. Mula- mula Beby memang tidak mahu tetapi rakan- rakannya yang lain memaksa dan memberitahunya bahawa, ini boleh jadi permulaan yang baik antara dia dan L kalau nak tamatkan permusuhan antara mereka berdua. Hah? Permulaan yang baik? Lawak! Jangan harap.

“ ooo..ok.” L tersenyum.

“ apahal senyum- senyum ni?” Beby mengerutkan keningnya hairan melihat L senyum- senyum saja dari tadi.

“ awak suka ngan saya ke? Awak cemburu kan tengok Lyana dekat- dekat ngan saya?”

Bukk! Ouch! Beby menumbuk perut L kerana geram dengan kata- kata L sebentar tadi.

“ apa? Saya cemburu? Eh..takde kaitan nak cemburu- cemburu ok? Jangan perasan sangat!”

Bantah Beby dan terus mengatur langka meninggalkan L. Cemburu? Eh, tolonglah..kacang panjang tak guna ni memang kuat perasan. Ingat muka dia hensem semua perempuan pun suka dialah? Banyak cantik!

RUMAH BEBY

        Yana cepat- cepat masuk ke dalam bilik tidur apabila mendapati ada panggilan masuk dari kekasih hatinya yang berada jauh di Negara orang. Sejak bercinta dengan Richie, hidup Yana semakin bahagia. Walaupun Richie jauh dan sibuk tetapi Richie tetap rajin menghubunginya. Richie memang seorang boyfriend yang baik tapi dia tidak tahu apa reaksi Datin Lenny kalau dia tahu bahawa anak angkatnya sedang dilamun cinta dengan anak sulungnya itu.

“ assalamualaikum sayang..sihat ke?” kedengaran suara Richie di hujung talian.

“ waalaikumsalam..abang Ichi pula macam mana?” tanya Yana kembali sambil berguling- guling di atas katil.

“ sihat juga..Cuma rindu kamu semua kat sana je..macam mana ngan study? Ok ke?”

“ ok je..takde masalah.”

“ ooo..oklah kalau macam tu..saya tak dapat nak bergayut lama- lama ni..nanti saya call Yana lagi k..kirim salam kat semua. I love you Yana..assalamualaikum.”

“ waalaikumsalam..i love you too..bye.” talian diputuskan. Ahh..Yana terus menjerit kegembiraan. Bahagianya ada orang yang sayang. Dengar suara Richie je pun dah cukup buat dia gembira. Yana terus memeluk patung mashimaro di sebelahnya dan berguling- guling lagi.

“ dah jadi gila ke?” Beby yang baru siap mandi tergelak melihat telatah Yana. Macam ni ke sikap orang yang sedang dilamun cinta? Beby menuju ke almari pakaian.

“ ha ha ha..bukan gilalah..Yana cuma gembira je.”

“ saya tahulah kak Yana gembira..jadi, si L yang akak puja- puja dulu tu apa cerita? Kat mana dah tempatnya kat hati akak?”

“ L? Ishh..geli ah. Tak naklah kat dia tu..takde ruang pun untuk dia kat hati ni..hati saya full untuk Richie je. Lelaki macam L tu harapkan muka je hensem tapi perangai macam haram jadah.”

Beby ketawa mendengar kata- kata Yana. Huh..ini ke yang namanya cinta? Bila kita sedang menyukai seseorang, semua pun jadi indah- indah belaka saja. Muka macam beruk pun kena pandang macam bulan. Bau kentut pun harum je. Tapi, bila dah benci, baik dan cantik pun semua tetap kena benci juga. Gilalah cinta ni.

“ L taklah teruk sangat. Ok jugak.”

“ ellehh..sekarang awak pula yang dah pandai membela L tu ye? Kenapa? Sebab L sweet sangat masa buat persembahan berdua ngan awak ke petang tadi? Ahh..mesti terusik jugak ni kan?”

Yana tergelak. Jangan- jangan Beby pula yang dah jatuh hati pada L itu sekarang. Boleh jadi juga. Lelaki kacak dan berbakat macam L tu sesiapa pun tentu akan cair bila bertentangan mata dengan lelaki itu.

“ apa pula yang akak merepek ni? Sape pula yang nak jatuh hati ngan lelaki berlagak tu?”

“ ahh..betul ke tak ni? Jangan tipulah. Kan tadi masa buat persembahan tu awak menyanyi dan menari sama- sama ngan L..lepas tu pegang tangan sambil bertentangan mata lagi. Mengaku je lah.”

Beby memang kasar tetapi dia tetap seorang perempuan kan. Hati dan naluri dia tetap perempuan. Bohonglah kalau hati dia langsung tidak terusik.

“ takdelah kak..semua tu gimik untuk menjayakan persembahan tu je..langsung takde terusik kat hati saya pun. Sikit pun takde k. Dari dulu dan sekarang, sebelum dan selepas dan sekarang dan masa akan datang pun tetap sama. Takde yang terusik ya.”

Jawab Beby dengan yaki sambil menyarung t shirt di tubuh kecilnya.

“ betul ke ni?” Yana cuba mendesak untuk mengetahui perasaan sebenar Beby.

“ apalagi kak? Betul ni. Takde yang akan berubah antara saya ngan dia.” tambah Beby lagi kemudian keluar dari dalam bilik. Malas betul dia apabila Yana bercakap pasal hati dan perasaan. Lagi- lagi bila melibatkan L. Kenapa kak Yana cakap macam tu? Dia nampak saya suka ngan L ke? Maaflah L..saya takkan pernah jatuh hati ngan lelaki perangai longkang macam awak.

RUMAH L

        L menyarung kasutnya dan mengikat tali kasutnya lalu mula mengatur langkah meninggalkan perkarangan rumahnya. Malam ini mereka mahu meraikan kemenangan mereka petang tadi.

“ L.” Langkah L terus terhenti. Dia kenal betul dengan empunya suara itu. perlahan- lahan dia menoleh ke belakang. Terpampang seraut wajah yang cukup dikenalinya. Wajah separuh abad itu sedang merenungnya ke arahnya dengan tajam. Serius. Langsung tidak ada senyuman. Memang sudah agak lama L melihat senyuman di bibir ayahnya itu sejak pertengkaran antara dia dengan ayahnya beberapa bulan yang lalu.

“ L nak pegi mana lagi ni? Dah malam ni..nak merayap ke mana lagi?” tanya Encik Johan dengan serius.

“ keluar makan ngan kawan pa..tadi kami menang pertandingan kat kolej tu jadi kami nak sambut sama- sama.”

L menjawabnya dengan tenang. Memang malam ini dia akan meraikan kemenangan mereka bersama- sama dengan semua anggota kumpulan The Grace. Ibu Beby yang sponsor makanan dan tempat.

“ jadi, L masih nak teruskan juga kursus yang sia- sia tu rupanya.” Getaran suaranya jelas kedengaran. Hati L mulai tidak senang. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi bertengkar dengan ayahnya. Dia tidak mahu hubungan di antara mereka berdua semakin renggang.

“ pa..L minta maaf. L takde niat melawan kata- kata papa..tapi L betul- betul minat ngan dunia seni pa. Tapi, walaupun macam tu..L tetap akan belajar bersungguh- sungguh supaya dapat kerja yang baik dan tolong meringankan beban papa. Kalau papa taknak tanggung semua perbelanjaan dan pengajian saya...saya terima. Saya akan cari duit sendiri untuk tanggung semua perbelanjaan saya. Selama ni pun, memang saya yang cari duit sendiri untuk perbelanjaan dan pengajian saya demi mencapai cita- cita ni. Maafkan saya..saya jalan dulu. Assalamualaikum.”

Dengan hati yang sebak, L terus meninggalkan ayahnya. Dia tidak mahu mendengar ayahnya bersuara lagi mengenai cita- citanya. Kalau dia terus melayan kata- kata ayahnya, confirm akan berlaku lagi pertelingkahan antara mereka anak beranak.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku