LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 10 SUKA KE?
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
137

Bacaan






LE’MERIDIAN HOTEL

        Beby turun dari keretanya dan mengunci kereta tersebut. Hari ini dia mahu bergembira dan makan sepuas- puasnya. Lupakan sebentar mengenai hubungan yang teruk antara dia dan L supaya malam ini supaya dia dapat menikmati malam ini dengan seronok tanpa ada perang mulut dengan si kacang panjang itu. Empat jejaka tinggi lampai sudah menunggunya di lobi hotel. Posisi Beby di dalam kumpulan itu sekarang ialah sebagai main dancer menggantikan tempat Fiq dan juga visual menggantikan posisi ahli asal iaitu Nur Diana.

“ hai Beby..you still look gorgeous walaupun pakai macam tu je.” Manis mulut Amirul memuji Beby yang cuma memakai t shirt putih longgar dan high waist skinny jeans dipadankan dengan kardigan panjang berwarna kelabu. Walaupun makan malam di hotel mahal tetapi Beby tetap memakai ala kadar sahaja. Tidak seperti perempuan lain yang berdandan dan memakai dress menyapu lantai. Beby memang simple. Kasut bertapak wedges harajuku style yang dipakai oleh Beby menyerlahkan lagi keremajaan Beby.

Beby menyapu nipis wajahnya dengan bb cushion April skin, eyeliner nipis dan tint lip balm berwarna peach. Walaupun sangat ringkas tetapi ia sudah cukup menyerlahkan lagi sisi kewanitaan Beby.

“ hai member baru, nice to meet you.” Fiq meluru ke hadapan dan menyapa Beby. Mulai hari ini, dia juga kena belajar untuk menerima Beby sebagai kawan kerana Beby kini adalah ahli rasmi kumpulan The Grace.

“ kalau dah ok, jom serang.” Rexray yang sudah tidak sabar- sabar terus memberi hint yang dia sudah lapar dan mahu makan dengan segera.

“ kalau pasal makan, Ray memang nombor satu tapi tak juga gemuk- gemuk.” Sampuk Amirul. Rexray cuma ketawa mendengar usikan Amirul. Dia pun mula selsa berkawan dengan Beby. L? Entah..dia tidak tahu. Tanyalah L sendiri.

“ yalah..saya pun dah lapar ni..lepas makan kita pegi karaoke pula kat Suria..menyanyilah korang puas- puas nanti.” Ujar Beby pula.

        Mereka pun beriringan masuk ke dalam hotel tersebut. Semua yang uruskan adalah ibu Beby sendiri. Beby memberitahu ibunya bahawa kumpulan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut dan ia mendapat respon yang baik daripada ibunya itu. Bagi Datin Lenny, bidang itu tidak salah untuk diceburi yang penting biarlah berbakat, pandai jaga diri dan elakkan kontrovesi kerana orang yang terlibat dalam bidang seni ini automatiK akan jadi public figure.

        Apa saja yang mereka akan buat akan menjadi perhatian orang ramai. Dia juga menghargai bakat anaknya itu sebab bagi dia, bukan semua orang dilahirkan dengan suara yang merdu dan pandai menari. Ketika menikmati makan malam bersama, mereka pun berbual- bual sambil bergelak tawa. Bertukar- tukar cerita. Petang tadi, Beby ada mengaja Yana juga tetapi Yana menolak.

“ ehemm..sorry ya kalau menganggu. Ada sesuatu saya nak cakap untuk kita semua kat sini. Bagi perhatian dulu sekejap boleh?”

Tiba- tiba kedengaran L yang banyak berdiam sejak tadi bersuara. Suara riuh- rendah dan gelak tawa sebentar tadi terus hilang. Hening. Wajah L tampak serius. Wahh..walaupun serius tapi nampak berkarisma juga L bila dia macam ni. Semua anggota kumpulan memberi perhatian.

“ apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah mengenai lagu. Semua pun tahu kecuali Beby mungkin tak tahu, kumpulan kita pernah mencipta lagu dan nak keluarkan album sendiri tapi sebab ada masalah yang tak dapat di elakkan..hasrat tu terkubur macam tu je. Mungkin ada di antara korang yang dah nak putus asa tapi, sampai sekarang saya masih menulis dan mencipta lagu untuk kumpulan ni. Walaupun saya tak tahu ia akan jadi kenyataan atau tak sebab kita takde studio sendiri..kewangan pun tak mencukupi.” L berhenti seketika. Dia tunduk seketika kemudian mengangkat wajahnya kembali. Mungkin kenangan lama datang menerjah di mindanya.

“ saya sebenarnya nak kumpulan ni akan kekal lebih lama lagi bukan setakat disini je sebab tu saya nak cipta lagu untuk kumpulan ni..sesiapa yang ada idea dan pendapat cakap je kat saya..nanti apa yang salah dan kurang kita sama- sama perbetulkan. Tak salah kan kalau kita mencuba. Dan satu lagi..saya harap, takde lagi yang jadi pengkhianat lepas ni. Saya sedang berusaha nak kembalikan impian kita yang musnah 4 tahun yang lalu.”

       Nah..itulah luahan daripada seorang yang bergelar ketua. Hmm..ingat L ni tak pandai sangat nak jadi ketua ke? Beby terkedu sedikit mendengar kata- kata ketua mereka itu. Rupa- rupanya semua kesedihan dan kekecewaan selama ini L tanggung dan pendam seorang diri. Jatuh, bangkit dan berusaha seorang diri.

        L bukan anak orang kaya...80% wang perbelanjaannya ialah hasil daripada usaha L sendiri dengan menjadi penyanyi jalanan dan penyanyi kelab malam. Selepas insiden bergaduh dengan ayahnya sendiri, L tidak lagi pernah meminta sesen pun wang saku daripada ayahnya. Abangnya dan ibunya saja tapi itu pun sikit- sikit saja. Selebihnya memang L yang tanggung diri sendiri untuk mencapai semua cita- citanya.

        Selepas menjamu selera, mereka pun bergerak menuju ke Suria shopping mall untuk berkaraoke pula. Masing- masing menyanyi lagu kegemaran sendiri. Wah..semua suara pun sedap- sedap. Tidak sia- sia L mengambil mereka sebagai ahli kumpulan. Walaupun malam itu hanya Beby seorang saja perempuan tetapi semua jejaka- jejaka tersebut menghormatinya dan menjaga batas- batas antara lelaki dan perempuan. Beby rasa selesa je sepanjang bersama dengan mereka. Selepas Beby habis menyanyikan lagu me and you, Beby kembali semula ke tempat duduknya. Tekaknya terasa kering. Masa itulah dia melihat L yang sedang duduk di sudut bilik KTV sambil memicit- micit kepalanya.

“ kenapa ngan dia tu?” bisik hati Beby hairan. Dia baru perasan, sejak petang tadi L banyak mendiamkan diri. Dia sakit ke? Selalunya L lah yang paling bising dan becok sekali tetapi malam ini dia jadi pendiam pula.

“ hai L.” Akhirnya Beby memberanikan diri untuk menyapa L. Kelihatan jejaka itu tersentak sedikit dengan sapaan Beby.

“ ohh..kenapa?” L memandang Beby.

“ saya tengok dari tadi awak duduk je..tak nak nyanyi apa- apa lagu ke?”

       Beby memberanikan diri untuk bertanya. Dia juga tidak mahu terus- terusan membenci L tetapi ia bergantung dengan cara orang layan dialah macam mana. Kalau dia dah layan baik- baik tapi orang tu sendiri yang tak mahu berbaik dengannya, dia pun turut akan berbuat demikian juga. Orang kat, pandai- pandai memijak sebelum kamu yang dipijak. Dunia sekarang penuh dengan orang jahat.

“ emm..tak kot..saya macam tak sihat hari ni. Saya tengok je..korang enjoy lah.”

“ tak sihat? Awak demam ke?”

“ sikit je..tapi masih boleh tahan juga ni. Korang teruskan je lah.” L tersenyum tawar. Beby memandangnya tanpa senyuman. Betul ke? Tapi nampak gaya, macam dia betul- betul sakit pula ni. Beby tidak berkata apa- apa. Dia meninggalkan L dan pergi mendapatkan Amirul.

“ Mirul..L cakap dia tak sihat. Macam mana ni? Nak teruskan ke?” tanya Beby pada Amirul yang sedang enak menikmati sneknya sambil menonton Rexray dan Fiq menyanyi.

“ ya ke? Bila dia cakap? Teruk ke?”

“ tak tahu tapi macam dia sakit betul tu..tadi dia picit- picit lagi kepala sambil wajah berkerut seribu.

“ oohh..mungkin migrain nya datang lagi...dia ada migraine yang teruk lepas Diana tinggalkan dia. Kejap..saya bagitau Ray dan Fiq dulu.”

Amirul bingkas berdiri dan bercakap- cakap dengan Rexray dan Fiq. Selepas itu, kelihatan mereka meletakkan microfon di tempat asal dan masing- masing mengambil beg.

“ eh, nak balik dah ke? Bukan 3 jam ke?” tanya L hairan melihat semua rakannya bersiap- siap untuk balik.

“ Beby cakap awak sakit..jadi tak baik juga kami dok memekak sini tapi awak sakit kat situ..takpelah..nantilah kita hang out lagi.”

“ tapi, semua yang sponsor ni mama Beby..kenapa pandai- pandai buat keputusan ni?”

“ saya ok je lah kacang panjang..nantilah kita hang out lagi..thank you semua. Jumpa kat kolej.” Beby masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin.

“ ya..thank you banyak- banyak ya sebab dah jadi sponsor kami malam ni..hati- hati bawa kereta tu. Bye- bye.” Amirul mewakili rakan- rakan yang lain mengucapkan terima kasih kepada Beby. Beby menutup pintu keretanya dan meluncur meninggalkan tempat itu. Dia mengerling jam di tangan. Baru pukul 9.30 pula. Tidak apalah..walaupun tidak berapa fun macam yang Beby sangkakan tetapi dia tetap seronok tadi. Sesampainya di rumah, Beby terus masuk ke dalam bilik dan terus menghempaskan dirinya di atas katil.

“ aii, Beby? Dah balik? Bukan sampai pukul sepuluh ke? Mama pun dah izinkan..apasal? tak seronok ke atau gaduh lagi ngan dia?”

Yana muncul dari dalam kamar mandi dan duduk di birai katil sambil mengibas- ibaskan rambut panjangnya yang masih basah. Haruman bau syampu Sunslik memenuhi segenap ruang.

“ bukanlah..ada ahli yang tak berapa sihat. Takkan nak teruskan juga..kesian pula.” Beby menjawab sambil memakukan pandangannya di atas siling.

“ ouhh..tapi kenapa muka macam tengah fikirkan sesuatu je ni? Yana tahu ni kenapa tapi emm..ahh..susahlah nak explain.” Yana menggigit bibirnya. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan apa yang sedang terlintas di mindanya.

“ ahh..dah lah tu..apa pula yang akak nak jelaskan ni? “

Yana tersengih dan ikut berbaring di sebelah Beby. Dia memandang Beby. Beby mengerutkan dahinya.

“ apa?”

“ apa yang tengah awak fikirkan tu? Wajah macam tengah serabut..bagitaulah saya..manalah tahu dapat tolong.”

“ yuii..apa ni? Mana ada saya fikir apa- apa.”

“ ha ha ha..betul ke? Beby, tahu tak..kalau awak asyik teringatkan sseorang tu maknanya, awak sedang jatuh cinta. Falling in love~ falling in love.” Usik Yana sambil menyanyi bait- baik lagu falling in love dendangan 2NE1.

“ apa yang akak merepek ni? Jatuh cintalah pula..adoii.” Beby mengalihkan pandangannya ke arah Yana yang makin galak mengusiknya.

“ naa..mesti Beby tengah jatuh cinta ni kan?”

“ jatuh cinta? Ha ha ha ha ha!” Beby tiba- tiba tergelak. Apa yang lucu sangat ni? Yana hairan. Tiba- tiba je gelak..padahal mana ada perkara yang kelakar.

“ kak..Beby mana boleh jatuh cinta sekarang..kak Yana tahu tak jatuh cinta tu bodoh.” Yana menatap wajah Beby. Geram dia mendengar kata- kata Beby. Sedapnya mulut kau cakap jatuh cinta tu bodoh..jadi, saya yang tengah bercinta dengan abang tersayang kau pun bodohlah ni?

“ bodoh? Jadi abang- abang awak dan saya yang sedang bercinta sekarang ni bodohlah sangat ye? Otak Beby ni negatif sangat tahu tak? Jatuh cinta tu tak bodoh tapi memang lumrah manusia akan jatuh cinta..faham tak mak cik?”

“ tak faham..couple tu semua buang masa je..kan bagus kalau orang tak pandai jatuh cinta..dunia pasti akan aman dan damai.”

“ aman damai macam mana maksud awak ni? Dunia bila takde rasa cinta, peranglah jadinya..awak tahu tak, cinta itulah yang boleh mengatasi segala- galanya. Kerana adanya cinta, permusuhan, persengketaan dan perang pun akan hilang tau bila hadirnya rasa cinta.” Kata Yana membantah sekeras- kerasnya pendapat Beby.

“ kak..bukan tu yang Beby maksudkan..tapi kakak tengoklah dunia sekarang..orang sanggup berbunuh sebab berebut cinta, orang baik jadi jahat sebab cinta, orang bunuh diri sebab cinta, orang buang bayi sebab cinta, orang gadai maruah sebab cinta..hah, tu lah power of love tu kan? Sekarang kakak nak cakap apa itu cinta? Hah, jawab.”

“ jahatlah fikiran Beby ni..memang betul juga apa yang Beby cakap tu tapi tu bukan salah cinta,,tu orang sendiri yang menyalahgunakan perkataan cinta tu.”

Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Yana. Ada benarnya kata- kata Beby itu tetapi tidak semua yang jahat itu berasal daripada perkataan cinta. Bagi Yana, semua yang jahat dan baik itu datang dari diri kita sendiri. Kalau kita memang mahu melakukan sesuatu yang jahat dan mahu menjadikannya ia jahat memanglah akan menjadi jahat. Tapi kalau kita tidak mahu, ia tetap tidak akan berlaki. Pendek kata, semua dari diri kita sendiri sahaja. Bukan cinta yang jahat. Manusia yang jahat.

“ naah..bodoh kan? Kak Yana tahu tak semasa jatuh cinta, otak kita ni berada dalam keadaan yang tak waras dan bodoh. Kita sanggup lakukan apa je tanpa fikir secara rasional. Jadi sebab tu lah Beby tak pernah akan jatuh cinta..lagipun nak bercinta ngan lelaki jam sekarang? Bukanlah saya ni baik sangat tapi..entahlah..bagi saya..lelaki zaman sekarang memang teruk dan tak boleh dipercayai.”

“ mulut je manis mengalahkan gula..kalau saya dapat, saya tuang sepuluh kilo garam dalam mulutnya tu biar masin sikit. Gara- gara lelakilah banyak kaum Hawa teraniaya.”

Jelas Beby dengan panjang lebar. Beby kemudian ketawa riang apabila Yana tidak lagi bersuara. Kalah lah tu..ha ha ha..Beby menoleh ke arah Yana yang baring di sebelahnya. “ what? Dah tidur? Kuang ajo..awak biarkan saya bercakap sendiri.”

Geram Beby apabila mendapati Yana sudah pun tidur. Patutlah senyap je rupanya dah tidur. Beby mencapai handphone nya untuk melihat dah pukul berapa.

“ eh, ada whatsapp baru..sape ni?” Beby segera membuka chat tersebut. Tidak ada nombor tersebut disimpan di dalam contact handphone nya.

“ assalamualaikum. Sorry kalau saya menganggu. Saya Cuma nak minta maaf sebab dah rosakkan suasana tadi. Apa pun, thank you sebab prihatin ngan keadaan saya tadi. Goodnight. L”

        Bibir comel Beby tiba- tiba menguntuk senyum. Sebelum ni saya ingat awak ni teruk sangat..tapi bila dah rapat sikit, rupanya tak lah teruk sangat pun. Eh bodoh! Kenapa saya boleh senyum- senyum ni? Gila. Beby cepat- cepat menutup handphone nya dan terus tidur.

AARON AMAZING VOICE & DANCE ART ACADEMY

        Beby menconteng- conteng helaian buku contengannya. Macam- macam contengan ada di situ. Ada koleksi tandatangan, kartun anime, kartun shin chan dan doremon pun ada. Buku itulah yang akan menjadi mangsa Beby apabila dia sedang malas atau bad mood. Mood untuk berlatih menari dan menyanyi pada hari itu betul- betul tidak ada. Bukan saja menari dan menyanyi, malah hampir semua aktiviti Beby malas nak buat hari ini. Pelajar lain sedang sibuk berlatih tetapi Beby pula sibuk menconteng buku notanya. Moodnya betul- betul ke laut hari ini.

“ hei, apa yang tak kena ngan awak hari ni? Monyok semacam je.” Syika yang baru saja habis kelas nyanyian terus menerpa ke arah Beby yang asyik bermasam muka saja petang itu.

“ urmm..ntahlah..macam takde mood saya hari ni.” Ringkas sahaja jawapan daripada Beby.

“ kan bagus kalau L ada kat sini..boleh juga awak berdebat ngan dia..taklah juga awak bosan sangat..betul tak?”

“ dia takde..sakit.” L memang tidak hadir hari ini sebab dia masih lagi demam.

“ hai..boleh saya ganggu korang sekejap ke?” Syika dan Beby menoleh. Kelihatan Rexray dan Amirul tersenyum- senyum di sebelah mereka.

“ boleh je..duduklah.” jawab Beby sambil mengalihkan begnya ke atas meja supaya Rexray dan Amirul boleh duduk. Rexray dan Amirul pun mengambil tempat masing- masing. Dua orang sahabat tersebut juga macam tidak ceria pada petang ini.

thank you.”

“ ada apa?” tanya Beby dulu.

“ lepas habis kelas teater nanti, kami nak pegi melawat L kat rumah dia..kan demam dia berlanjutan pula sampai hari ni. Awak nak ikut sama tak?”

Kata Rexray memberitahu niat mereka. Beby diam. Perlu ke? Kenapa saya nak pegi lawat dia? betulkah saya dan lelaki tu dah berbaik? Eh, entahlah. Saya sendiri pun tidak tahu sebab L pun tidak pernah cakap “ kita berdamai” pada saya. Lagipun, peristiwa ketika dia menghantar L ke rumahnya kerana tidak sedarkan diri masih lagi menghantui minda Beby sehingga ke hari ini. Bila ingat kembali, memang darah Beby boleh mendidih dibuatnya.

“ dia tu selalu jahat sama saya..buat apa saya nak melawat dia.” spontan saja kata- kata itu keluar dari mulut Beby.

“ janganlah macam tu..L macam tak pernah dah pun buli awak lagi. Dia pun dah ambil awak sebagai ahli rasmi kumpulan The Grace kan?” kata Rexray pula kurang senang dengan apa yang Beby katakan sebentar tadi. Setahu dia, L tidak pernah lagi buli Beby. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa L sepertinya mula menunjukkan hasil yang positif pada Beby tetapi ia sedikit sebanyak membuat Rexray gembira kerana kerjasama antara ahli kumpulan akan semakin baik kalau tidak ada lagi persengketaan.

“ yalah..Beby ni memang cakap main lepas je. Jaga sikit mulut tu..kalau mulut awak macam ni, saya pun tak hairan kalau L bencikan awak.” Ujar Syika yang turut terasa dengan kata- kata Beby. Dia sokong kata- kata Rexray kali ini. Dia juga perasan yang L dah kurang membuli Beby sejak akhir- akhir ini.

“ pedulilah kalau dia nak benci saya..saya tak mati juga pun. Ika pegilah ikut kalau nak. Jangan paksa saya.”

Beby terus mempertahankan dirinya. Macam nak pergi juga tapi bila difikir balik, macam tidak mahu pergi pula. Macam mana tu?

“ oklah..kami pun tak paksa juga kalau awak tak nak..kami tanya je. Kami balik dulu. Bye.” Rexray dan Amirul pun bingkas berdiri kemudian berlalu meninggalkan Beby dan Syika. Dia bukannya tidak tahu yang Beby ni pun boleh tahan juga keras kepalanya. Syika memijak kaki Beby. Beby terjerit kecil.

“ hei, kenapa ngan awak ni?” jerit Beby.

“ saya kesianlah kat Ray tu..suka hati je awak buat macam tu.” Syika jadi simpati pada Rexray.

“ kesian sebab apa pula? Dah memang saya tak nak..kenapa nak paksa juga? Awak tu kawan saya atau kawan dia? kesian kat saya dululah yang selalu kena buli ngan si kacang panjang tu.”

“ saya ni kawan ngan sesape je..saya kesian sebab tadi dia datang tanya baik- baik, awak pula jawab ngan kurang sopan. Awak panggil dia kacang panjang eh? Nanti saya suruh dia panggil Beby kacang pendek pula ye.”

“ hei! Sejak bila awak pandai membela orang lain selain saya ni? Suka hati sayalah nak panggil dia kacang panjang ke kacang tanah ke kacang hijau atau kacang merah ke yang penting saya memang tak kisah. Kalau kesian sangat, kenapa awak tak ikut je ngan Ray tadi? Pandai je menyuruh.”

Dengan nada geram, Beby membalas kata- kata sahabatnya. Entah dah kenapa dunianya hari ini. Semua pun ambil berat pasal si kacang panjang tu. Syika memuncungkan bibirnya. Alaa..konon- konon nak tunjuk yang dia merajuklah tu.

“ err..he he..tak dapat ikut sebab hari ni saya nak pegi dating. Tapi, betul ni..kalau saya tak pegi dating hari ni memang saya pegi lawat L jugak.”

Syika tersengih- sengih. Helleh..tadi bukan main membela L. Tapi kalau dia sendiri yang disuruh melawat terus bagi alasan nak dating. Sayang sangat ngan boyfriend dia yang entah apa- apa tu. Duit saku pun mungkin masih minta ngan ibu bapa lagi. Syika ni, kalau bab- bab bercakap nampak lebih matang tapi kalau bab- bab pasal boyfriend, asalkan lelaki tu kacak memang kena terima terus. Beby mencebir mendengar Syika bercakap pasal boyfriend.

“ lagi- lagi boyfriend..tambah bad mood saya dengar.” Beby berdiri dan melangkah meninggalkan Syika

“ hei, awak nak pegi mana tu? Marah ke? Im sorry.” Syika memekik.

Beby tidak berkata apa- apa. Dia terus melangkah menuju ke arah jurulatih muda mereka Daniel yang sedang sibuk dengan laptopnya. Sejak Beby melayannya dengan dingin beberapa minggu yang lalu, Niel sepertinya sudah putus asa untuk terus cuba berkawan dengan Beby. Dia tidak lagi menyapa atau menegur Beby seperti kebiasaan jika bertembung. Senyum pun jarang. Beby rasa serba- salah juga sebab melayan Niel seperti itu padahal Niel ni macam betul- betul ikhlas nak berkawan dengannya. Dia tersinggung ke dengan cara saya layan dia dulu?

“ assalamualaikum sir..boleh saya duduk?”

Kali ini agak sopan konon Beby menyapa Niel. Boring punya pasal memaksa Beby mencari teman berbual. Syika ada tapi asyik pasal boyfriend je..boleh bernanah telinga Beby mendengarnya nanti. Jurulatih muda itu memandang Beby tanpa senyuman namun akhirnya tersenyum. Lesung pipitnya jelas kelihatan. Ah..syukurlah..dapat respon positif..bisik hati Beby. Beby duduk di sebelah Niel.

sir buat apa? Macam sibuk je.” Beby memberanikan diri untuk beramah mesra dengan Niel. Niel memandang tepat ke wajah Beby. Pandangan mereka bertaut seketika. Oh my Godness! Lelaki ni memiliki sepasang mata yang begitu menawan.

“ ada kerja sikit. Ada apa tu?” tanya Niel kembali. Mungkin sedikit hairan Beby tiba- tiba datang kepadanya dan malah menyapanya pula.

“ ohh..kenapa sir..”

“ panggil Niel je lah..tak payah ber’sir- sir ngan saya.” belum habis ayat Beby, Niel memotongnya. Panggil nama je? Kekoklah..dahlah bukan kawan..merangkap sebagai tenaga pengajar pula tu..bisik hati Beby. Memang kekok sangat nak panggil jurulatih itu dengan memanggil namanya sahaja.

“ err..ok. Kenapa Niel macam serius je akhir- akhir ni? Diam je..sir..err..Niel ada masalah ke? Masa bagi koreografer sama student pun Niel serius je..putus cinta ea?” Beby cuba merepek. Beby tersenyum. Buat- buat senyum.

Mendengar soalan Beby, Niel shut down laptopnya dan menyimpan laptop tersebut. Dia berpaling ke arah Beby. Serius.

“ kenapa? Salah ke kalau diam- diam? Mak kata, orang yang banyak cakap tu banyaklah buat dosa.”

Huh? Lelaki ni apasal tiba- tiba bercakap pasal dosa pula? Apa kaitan soalan saya tadi ngan dosa ni? Bulat mata Beby mendengarnya. Dia terdiam dengan jawapan Niel yang sangat- sangat tidak disangka.

“ bulatnya mata..cute lah awak macam ni.”

Hah? Bertambahlah bulat mata Beby mendengar pujian Niel. Niel tersenyum melihat reaksi Beby. Pipi Beby terus merona merah. Betul ke cute? Selama ini, selain abangnya, tidak pernah ada yang memuji Beby cute. Mungkin orang lain selalu beranggapan bahawa “ cute” tidak sesuai untuk karakter Beby yang lincah dan aktif. Beby tersenyum malu.

cute ke?” Beby perasaanlah pula. Hei, kontrolah sikit.

“ ya..cute..macam baby.” Oh yeah! Saya ni memang si Beby pun. Ha ha..tengoklah betapa perasannya si Beby ni. Mungkin ini kali pertama ada lelaki memujinya cute, sebab tu gembira sangat. Selama ini Niel menyangka Beby memang tidak mahu berkawan dengannya sebab itu dia pun malas mahu memaksa. Niel pun mula berputus asa tapi betul kata orang..kalau kita jujur dan sabar..Allah pasti akan menolong kita.

“ err..sorry Deyanna..saya ada meeting ngan Encik Aaron ni. Saya pegi dulu. Assalamualaikum.” Niel terus mencapai beg dan laptopnya lalu bergegas meninggalkan Beby. Beby mencebik kemudian turut berlalu dari situ. Betul ke dia ada meeting ngan En. Aaron? Bukankah En. Aaron masih di luar Negara?

Heh. Alasanlah tu nak mengelak dari saya..omel Beby sedikit terkilan dengan tindakan Niel. Nah, rasakanlah apa yang Niel rasa bila kau acuh tidak acuh saja melayan dia. Dulu jual mahal sangat kan? Sekarang bila kau yang tidak kena layan apa yang kau rasa? Oren? Beby kembali ke tempat duduknya dengan Syika tadi. Wajahnya masam mencuka. Kelihatan Verra dan Mia sudah ada disitu. Sudah habis kelas mereka agaknya.

“ berlagak sangatlah jurulatih perasan hot tu.”

“ siapa? Sir Daniel? Berlagak macam mana? Dia ok je pun kat kitaorang. Tadi terserampak ngan dia senyum juga pun.” sampuk Mia.

“ ha ha ha ha..Ira tahu kenapa..Beby kena reject ke? Ha ha ha..tak payahlah nak dekat- dekat ngan sir Daniel tu..saya dengar- dengar, ada student meluah kat dia tapi kena reject juga..alahai.” Verra tergelak.

“ ellehh..reject apa pula ni? Saya yang reject dia dulu.”

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku