LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 11 MOHD DANIEL
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
290

Bacaan






        Setelah kelas terakhir tamat, pelajar terus berpusu- pusu meninggalkan kelas. Masing- masing mahu cepat sampai ke rumah kerana jam sudah mencecah ke angka pukul lapan petang. Beby dan rakan- rakannya juga terus mengemaskan barang- barang mereka. Beby mengambil buku notanya dari dalam laci. Bersama- sama dengan buku tersebut, sehelai nota kecil yang mengandungi sedikit nota. Beby membacanya.

hai..sorry tak dapat layan awak sangat tadi. Saya memang betul2 ada meeting. Chat saja saya kalau ada apa- apa awak nak cakap. 019 5381586 – Mohd.Daniel-

Beby tersenyum- senyum apabila membaca nota tersebut. Cepat- cepat dia memasukkannya ke dalam beg supaya rakan- rakannya yang lain tidak nampak.

         Beby melihat jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka pukul 9.00 malam. Setelah memikirkannya berkali- kali, Beby akhirnya mengambil keputusan untuk melawat L. Pelik. Kenapa saya nak juga melawat dia? lagipun sekarang dah malam..tak boleh ke tunggu esok? Eh, pergi je lah..tapi nanti kalau saya pergi sekarang, dia ingat saya nak sangat jumpa dia pula sampai tak boleh tunggu siang esok. Aduhh..apa yang saya nak buat ni? Beby merenung Tupperware berisi sup ayam ginseng di tangannya. Sudah hampir 15 minit Beby berdiri di pintu masuk rumah L tetapi dia masih teragak- agak mahu masuk atau tidak.

“ eh, cik Beby..buat apa kat situ?”

Beby terkejut beruk dengan sapaan itu. semua ayat- ayat yang dia sudah susun dan hafal terus hilang. Dia tersedar dari lamunan. Rupa- rupanya mak cik Ema. Pembantu rumah L.

“ ohh..hai mak cik..err..saya nak melawat L..dia sakit kan.” Beby berbasa- basi. Dia masih dua hati untuk masuk atau tidak.

“ ya..tapi sekarang demamnya dah menurun tu..tadi pagi dia pegi klinik. Masuklah.” Pelawa Mak cik Ema dengan ramah. Beby tersenyum tawar. Macam mana ni? Nak masuk atau tidak?

“ cik janganlah risau..mak ayah dia belum balik lagi..mungkin dalam jam 11 kot baru sampai rumah.” Melihat reaksi Beby yang sepertinya risaukan sesuatu, Mak cik Ema menyangka mungkin Beby risau berjumpa dengan ayah dan ibu L nanti. Beby cuma mengangguk kecil dan menuruti langkah Mak cik Ema masuk ke dalam rumah. Masuk saja dalam rumah, Beby melihat L sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu. Wahh! Masuk je terus jumpa dia...belum fikir apa- apa lagi ni apa yang hendak dia cakap dengan L nanti. Berdegup hebat jantung Beby.

“ L..kawan L datang tu.” Mak cik Ema menghampiri L dan mengoyang- goyangkan tubuh L. L yang sedang tidur- tidur ayam bingkas bangun. Dia mengalihkan pandangannya ke arah muka pintu masuk utama. Oitt! Beby! L hampir jatuh dari atas sofa kerana terlalu terkejut melihat siapa gerangan yang datang ke rumahnya.

“ kenapa masuk tak bagi salam dulu? Terkejut saya.” kata L terburu- buru menarik selimut kecil di sebelahnya untuk menutup sebahagian kaki dan pahanya yang terdedah kerana dia cuma memakai boxer.

“ mak cik tu yang bawa masuk..saya ikut je.” Omel Beby dengan wajah berkerut.

“ yalah..duduklah. Sorry..saya tak tahu awak nak datang. Nak minum apa- apa tak?”

L mempelawa Beby duduk juga. Beby duduk agak jauh dari L. Dia sedaya- upaya menyembunyikan rasa gementarnya. Gila! Kenapa saya tiba- tiba gementar sangat ni? Biasa juga pun nampak dia di kolej..bentak Beby dalam hatinya.

“ eh, tak payahlah..saya sekejap je ni..macam mana keadaan awak? Dah ok ke?” tanya Beby.

“ macam ni lah..dah ok sikit lepas pegi klinik tadi pagi.” Jawab L pula sambil memandang ke arah Beby. Hairan. Apa angin si kacang pendek ni tiba- tiba pandai melawat saya?

“ oohh..baguslah tu. Err..saya tak boleh lama- lama ni..lagipun dah malam dah. Ni saya ada bawa sikit buah tangan..bagus untuk kesihatan.” Beby menghulurkan Tupperware berisi sup ayam ginseng pada L dengan segan- segan. L macam mahu tidak mahu saja menerimanya.

“ oo..hee..thank you.”

“ sama- sama...err..tu je lah..saya balik dulu.” Beby bergegas meminta diri untuk balik dengan segera. Makin lama dia disitu makin kekok pula dia rasa. Rasanya L pun macam tu juga.

“ ok.” Ringkas sahaja jawapan L. Tanpa berkata apa- apa lagi, Beby terus keluar dari rumah L. L cuma mengekori kelibat gadis kecil itu sehingga lenyap dari pandangan.

“ apa angin pompuan tu? Datang melawat bawa buah tangan lagi.” Bisik L sambil mengalihkan pandangannya pada buah tangan yang diberi oleh Beby sebentar tadi.

         Lyana menghisap rokoknya yang hampir habis lalu dibuangnya punting rokok yang masih menyala itu kemudian dipijak- pijaknya untuk memadamkan nyalaan tersebut.

“ jadi Ella..macam mana? Awak setuju tak ngan plan saya?” Lyana berpaling ke arah Ella. Ella menggigit bibir bawahnya. Berfikir.

“ entahlah Lynn..saya tak tahu apa nak cakap.”

“ kenapa pula tak tahu? Bukan ke awak pun tak suka ngan pompuan kenit tu?”

“ memang budak tu kena ajar juga sekali- sekala..tapi saya tak tahu nak buat apa. Awak buat je lah apa awak nak buat. Saya ikut je.”

“ ya..memang patut di ajar pun. Suka sangat menyibuk hal orang. Ingat dia tu sape? Berlagak tak habis- habis. Mentang- mentanglah dia ramai kawan lelaki hensem- hensem.”

“ tu lah..saya nak tengok Amirul sikit pun dah tak berani..asyik berkepit ngan Beby je.” Omel Ella pula tidak puas hati.

“ dah..sabar k. Nanti tahulah macam mana ajar budak tu.” Kata Lyana sambil ketawa riang. Dalam hatinya, dia mesti melakukan sesuatu untuk mengajar perempuan bernama Beby itu. Sebelum awak pijak saya, saya pijak awak dulu.

LIBRARY

         Beby menyanyi- nyanyi kecil sambil membelek satu- persatu buku yang ingin dipinjamnya. Membaca ialah hobi Beby. Tidak kiralah novel, sains, history atau apa pun buku..kalau ia menarik minat Beby untuk membacanya, ia akan membaca buku tersebut. Bagi Beby, membaca itu penting kerana boleh menambah ilmu pengetahuan. Orang yang malas membaca bukan saja kekurangan ilmu pengetahuan tetapi juga ketinggalan mengetahui isu- isu semasa.

“ hai.” Suara ni macam pernah kenal je. Beby cepat- cepat mencari punca suara tersebut.

sir..err..Niel.” nampak wajah Niel, baru Beby teringat. Dah masuk tiga hari selepas Niel memasukkan nota ke dalam laci meja Beby tetapi dia belum pernah pun menghantar chat, sms apalagi menghubungi nombor tersebut.

“ hai juga.” Beby membalas sapaan Niel. Jurulatih itu tersenyum manis. Beby turut membalas senyuman Niel. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mula senang bila berhadapan dengan Niel. Dia rasa lelaki itu baik dan jujur.

“ dah lama kat sini? Nak pinjam buku ke?” tanya Niel lagi. Di tangannya ada beberapa buah buku.

“ dah nak balik ..tadi datang nak kembalikan buku yang saya pinjam hari tu je..lepas tu lepak sekejap nak membaca. Niel nak balik dah ke?”

“ ya..nak balik awal. Nak tolong mak saya masak. Hari ni hari jadi saya.”

“ wahh..ya ke? Happy birthday Niel.” Ucap Beby dengan riang. Nampaknya dah genap umur Niel 25 tahun sekarang.

thank you..lain kali kita berbual lagi ya. Saya balik dulu. Bye.” Niel bergegas pergi tetapi..

“ err..Niel sambut kat mana? Saya ikut boleh?” Beby tersenyum. Mendengar pertanyaan Beby, serta- merta senyuman di bibir Niel terus hilang.

“ err..tak sambut kat mana- mana. Kat rumah je dengan mak.”

“ korang berdua je?”

“ susah nak explain tapi, saya bukan anak orang kaya macam awak..saya tak sambut hari jadi besar- besaran macam apa yang awak fikirkan.”

“ eh, takpelah kalau Niel tak sudi..cuma nak bagitau je..saya berkawan bukan tengok kaya atau miskin.”

“ baguslah..saya balik dulu ya. Bye.” Niel pun terus berlalu meninggalkan Beby. Beby terdiam. Dia cuma nak berkawan..takpelah kalau Niel tidak sudi. Kenapa dia fikir macam tu? Dia ingat saya ni memilih kawan berdasarkan status ke?

RUMAH L

         L menutup buku notanya. Dia cuba untuk belajar sendiri sebab dia sudah bebetapa hari tidak dapat datang ke kolej. Kepalanya tiba- tiba berdenyut dengan hebat lagi. Dia terus mencapai segelas air kosong di atas meja lalu diteguknya. L mengeluh sendirian lalu membaringkan tubuhnya yang terasa hangat di atas katil. Saya dah sakit berhari- hari pun mak dan ayah boleh buat tak tahu je?

         Semua tugas diserahkan pada abang dan pembantu rumah mereka sahaja. Mana perginya ibunya yang dahulu sangat bertanggungjawab dan memanjakannya? Kenapa mereka layan saya macam ni? Saya pun anak mereka juga. Kenapa mereka berikan perhatian pada Roxiee saja?

          Haih..sunyi betul hidup ni. Sekarang ibunya pun sudah berjinak- jinak dalam dunia perniagaan. Masing- masing sibuk mengejar kesenangan. Abangnya pun kadang- kadang saja ada dirumah. Semua ahli keluarganya sibuk dengan hal masing- masing.

         Tinggalah L keseorangan di rumah. Dulu, hidupnya tidaklah sekosong ini sebab ada Diana mengisi kekosongan hidupnya. Dia malah tidak kisah bila sering ditinggalkan oleh keluarganya kerana dia akan ada lebih banyak masa bersama Diana. Mereka akan jalan pergi pantai, menonton wayang, mengulang kaji pelajaran bersama, menulis lirik lagu bersama dan berlatih menari pun sama- sama.

          Dia mengenali Diana semasa mereka berada di tingkatan satu lagi. Dia suka berkawan dengan Diana sebab Diana tidak sombong, sentiasa merendah diri dan juga penyayang. Dan yang paling L bangga apabila menjadi teman lelaki Diana ketika tingkatan tiga ialah, Diana gadis yang paling cantik dan paling sempurna L kenal selain ibunya. Kalau dia sakit, Diana selalu datang melawat dan menjaganya.

“ huhh..orang cakap cinta monyet. Yalah..cinta monyet..tapi kenapa sakitnya masih terasa sampai sekarang.”

Diana..kau berada di mana sekarang? Saya terlalu rindukan kau. Kenapa kau tinggalkan saya sendirian? Bukankah kita pernah berjanji walau apa pun yang terjadi, kita tetap akan bersama. Kau kata, kau mahu menjadi seorang penyanyi, penari dan peragawati terkenal. Tapi kenapa kau mengkhianati aku? Kau hancurkan cita- cita aku. Kau musnahkan kebahagiaan aku dan kau menghilangkan diri bersama hati aku yang telah kau bawa bersama.

AKADEMI SENI

        Yana dan Beby melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang lif untuk ke tingkat 3. Mood Beby pagi itu sangat baik sampai dia bersiul- siul mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan mengunakkan aplikasi joox. Dia sebenarnya gembira kerana dia kini semakin rapat dengan Niel. Mereka selalu chatting melalui whatsapp. Kadang- kadang messenger. Tapi kawan macam tu sajalah..belum sampai tahap bercinta lagi.

Beby akui, dia mula senang berkawan dengan Niel. Ternyata Niel berbeza dengan lelaki lain yang memandang paras rupa dan juga fizikal. Niel tidak. Dia menerima semua kekurangan dan kelebihan Beby. Dan juga pandai mengambil hatinya. Adakah Beby mula jatuh cinta kali ini?

happy nya dia..apahal? menang loteri ke?” Yana mengerutkan keningnya mendengar siulan Beby.

“ alaa..mood saya baik je hari ni..salah ke saya happy? Suka saya marah- marah ke?”

“ mm..tak salah cuma hairan je. Dulu awak ni angry bird..sebab tiap masa marah- marah je tapi sekarang macam bahagia je terus. Jangan- jangan, awak dah ada boyfriend eh?”

“ huh? Mana ada..takdelah..saja je nak happy- happy..takut cepat tua kalau asyik marah- marah je.”

Beby memberi alasan. Memang dia rasa dia menyukai Niel tetapi buat masa ni dia juga masih ragu- ragu dengan perasaannya. Betul ke aku jatuh cinta?betul ke saya pun boleh jatuh cinta?

“ hai guys..good morning.” Masuk saja dalam dance hall, Beby terus ternampak rakan- rakannya yang lain sudah menunggu disitu.

“ morning too..kami baru nak breakfast ni..nak ikut makan tak? Nasi lemak je.” Kata Syika sambil menunjukkan bungkusan nasi lemak pada Beby.

“ dah breakfast dari rumah. Korang makanlah.” Beby menolak dengan sopan. Dia terus mencari tempat duduk kosong kemudian berganjak sedikit dari tempat Syika dan rakan- rakannya makan. Yana duduk sama- sama dengan Syika..nak rasa nasi lemak tu katanya. Mata Beby melilau mencari kelibat ahli kumpulan The Grace. Tiada. Mana mereka semua ni? L memang dia tidak cari sebab dia memang ambil cuti sakit selama satu minggu.

Huh. Teruk sangat ke demam dia tu? Hari tu dia macam dah ok pun. entahlah..siapa tahu kan. Ditambah lagi dengan udara kotor sesiapa pun boleh jatuh sakit. Sunyi saja dance hall pada pagi itu. Hmm..mungkin juga pelajar- pelajar belum sampai semuanya kot. Beby cuba- cuba menghitung jumlah pelajar yang sedang berlatih masing- masing dan sedang dinilai oleh jurulatih masing- masing. Ketika dia asyik menghitung jumlah pelajar, tiba- tiba pandangannya terhenti pada susuk tubuh seseorang. Niel? Serta- merta senyumannya mekar. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

“ nak kemana tu? Kejap lagi kita ada kelas ngan Ms. Jane ni.” Kata Syika.

“ sebentar..saya nak jumpa ngan Sir. Daniel kejap. Ada saya nak tanya.” Jawab Beby ringkas dan terus melangkah pergi. Niel yang ketika itu sedang mengemas beberapa buah fail di atas meja langsung tidak menyedari kehadiran Beby.

“ assalamualaikum sir..selamat pagi.” Sapa Beby dengan mesra. Niel berpaling ke arahnya. Dia tersenyum.

“ ohh..Deyanna..waalaikumsalam. Morning juga sweetie. Ada apa boleh saya bantu?”

“ saja nak tegur- tegur. Saya menganggu ke?”

“ sama sekali tidak..tapi, kan saya dah cakap..tak payah panggil sir.”

“ kekoklah..kat luar mungkin bolehlah.”

“ kat sini atau kat luar..sama je lah kalau untuk awak.” Niel tersenyum lagi lalu duduk di atas lantai jubin yang putih bersih. Dance hall itu memang sangat luas dan berdindingkan cermin kaca. Niel juga sebenarnya rasa lega apabila Beby mulai melayannya dengan baik dan sepertinya mula menerima kehadirannya. Dia sungguh gembira apabila Beby mula melayannya dengan baik hari ke hari.

“ Syika ngan kawan- kawan yang lain macam tengah breakfast je tu..awak kenapa tak breakfast sama- sama?”

“ saya dah breakfast kat rumah..Niel dah breakfast tak?”

“ pun sudah..kalau tak kenapa? Nak tak breakfast sama- sama ngan saya?” huh? Dia sedang bagi hint ke ni yang dia nak ajak saya keluar makan sama- sama? Beby tersenyum- senyum. Entah kenapa hatinya menjadi begitu senang.

“ ha ha...Niel rasa?”

“ nak kot..mustahil tak.”

“ apasal yakin sangat?”

“ sebab saya memang orang yang confident. Dah pukul berapa sekarang eh?” Niel melihat jam tangannya.

“ dah nak pukul 9 ni..saya ada temu janji ngan Encik Aaron ni..see you again Deyanna.” Kata Niel sambil memasukkan buku- bukunya ke dalam briefcase nya lalu melangkah meninggalkan dance hall itu. Beby tersenyum. Dah kenapa dengan saya ya? Selama ni saya selalu berpesan pada diri supaya jangan jatuh cinta dulu. Selain dia merasa tidak layak untuk dicintai, dia juga tidak mempercayai lelaki. Tetapi sekarang, dia rasa sangat gembira dan bersemangat apabila melihat Niel. It is real?

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku