LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 12 SIAPA LEBIH HEBAT?
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
300

Bacaan






“ Beby.” Lamunan Beby terhenti. Imej Niel terus lenyap dari minda. Suara ni? Agak lama juga dia tidak mendengar suara ini. Beby cepat- cepat menoleh.

“ L? Kacang panjang? Awak dah sihat ke” tanpa dipelawa, L terus duduk di sebelahnya. Pagi itu, L memakai tshirt lengan panjang berwarna kelabu, seluar jenis kain berwarna hitam yang panjangnya cuma melebihi paras lutut dan juga kasut sukan Adidas. Rambutnya pula pendek dan rapi mengikut stail rambut lelaki yang sedang popular ketika ini. Wahh..kalau tidak cukup iman di dada boleh cair habis dengan L ni. Walaupun cuma berpakaian kasual, L sudah cukup menyerlah dengan penampilannya pagi itu. Hensem juga L ni..puji Beby dalam hati.

“ takkanlah saya datang kalau tak sihat lagi. Kenapa? Awak harap- harap saya sakit sampai sebulan ke?” jawab L tersengih.

“ mana ada..hmm..baguslah tu. Sakit apa sampai satu minggu tak hadir? Hari tu saya datang kat rumah awak, awak macam dah ok pun.”

“ lama sangat ke? Kenapa? Awak rindu saya ea?” L mengusik Beby. Hah? Rindu? Gila ke apa si kacang panjang ni cakap macam tu. Orang yang selalu buli dan ejek- ejek saya buat apa saya nak rindu.

“ rindu? Ha ha..ohh tolonglah ea. Aman damai lagi dunia saya ni kalau awak takde. Daripada saya buang masa rindukan awak..baik saya rindukan katil saya kat rumah tu. Dah..nak masuk kelas dulu. Bye.”

Habis berbicara Beby terus meninggalkan L yang masih terkebil- kebil dengan jawapan Beby. Hei, pompuan ni memang sengaja nak rosakkan mood ceria saya. Hari tu macam ok je pun masa melawat saya di rumah. Apasal hari ni buat perangai lagi? Dia ni macam cuaca lah..kejap sejuk kejap panas kejap berangin. Complicated betul perempuan ni. L mengekori kelibat Beby dengan geram.

BILIK MUZIK

        Kelas muzik hari itu pun tamat. Ms. Jane pun segera keluar dari bilik muzik dan semua pelajar pun berkemas untuk bersiap- sedia meninggalkan bilik muzik. Baru saja Beby mahu membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu, Syika sudah berdiri sambil terburu- buru memasukkan buku- bukunya ke dalam beg.

“ Beby..saya balik duluan ni. Boyfriend saya sedang tunggu. Bye.” Syika membisikkannya di telinga Beby dan terus meluru keluar. Beby mengetap bibirnya geram. Lagi- lagi boyfriend! Baru saja saya bercadang nak bawa pergi library dah keluar pula dengan boyfriend. Nak bawa Yana tapi Yana ada kelas teater lepas ni. Hmm..Verra? Mia? Dia mengalihkan pula pandangannya ke arah tempat duduk Verra dan Mia tadi. Kosong? Aii? Bila budak tu keluar? Jahat betulah mereka ni.

“ hoi!” Beby terkejut dengan sergahan tersebut. Siapa yang biadap sangat memanggil saya ‘ hoi’ ni? Nak minta penampar ke?

“ kacang panjang? Apa hoi- hoi? Nama saya bukan hoi. Nak cari pasal?”

“ cari kawan- kawan awak ke? Saya dah suruh mereka keluar dulu kalau tak nak terlibat.” L tersengih.

Dia suruh Verra dan Mia keluar dulu? Beby menatap wajah L yang serius tanpa senyuman tidak seperti pagi tadi. L terus duduk di atas meja Beby. Amirul, Rexray dan Fiq tidak kelihatan pagi ini. Berpakat untuk tidak hadir kot.

“ apa lagi yang awak nak ni? Saya malas nak gaduh ngan awak ni.” Kata Beby.

“ saya nak tanya dan tolong jawab baik- baik. Hari tu awak datang melawat saya lepas tu bagi saya sup ayam kan? Ada apa- apa tak awak masukkan dalam sup tu?”

Berkerut dahi Beby mendengar pertanyaan L. Dah kenapa jantan seekor ni? Tiba- tiba bercakap pasal sup ayam pula. Apa ke bendanya soalan ni?

“ mestilah ada..ada daging ayam, halia, garam, ginseng..kenapa?”

“ itu saya tahulah pendek..selain dari tu maksud saya.” kata L semakin serius membuatkan Beby mulai bingung.

“ apa maksud awak? Racun ke? Gilalah awak ni.” Kata Beby dengan geram. Agaknya si kacang panjang ni masih sakitlah getus hati Beby. Beby melarikan pandangannya kerana terlalu panas hati melihat wajah L.

“ ya..racunlah maksud saya. Saya syak yang awak ada masukkan racun dalam sup tu. Betul kan?”

Kali ini Beby terus berdiri dari tempat duduknya dan menatap wajah L dengan tajam- tajam.

“ hei! Awak ingat saya ni dah gila ke apa nak letak racun dalam sup tu? Sebenci- benci saya pada awak pun. Saya belum nak bunuh awak lagi. Apa yang awak merepek ni b*bi?”

Pekik Beby yang marah betul dengan tuduhan L. L pula berabis ketawa dalam hati. Senang betul hatinya dapat memancing kemarahan Beby. Ya..dia hanya mahu mengenakan gadis itu pun. Siapa suruh buat perangai dengan saya pagi tadi. Padan muka kau.

“ yalah...saya ni ada bakat sikit kalau bab- bab racun ni. Saya tahu macam mana nak tahu kalau ada racun dicampurkan dalam makanan atau minuman.” L menjelaskannya dengan baik sekali. Tenang pula tu. Manakala Beby pula dah terbakar habis menahan amarah. Orang ni memang ada masalah otak betulah. Adakah dia tuduh saya masukkan racun dalam sup tu? Hei..ini betul- betul gila.

“ hei kacang panjang bin kacang tanah! Awak baik sikit eh. Awak jangan nak tuduh sembarangan. Awak nak saya hempas kerusi ni kat kepala awak ke?”

Ha ha ha ha. Ambil kau si pendek yang angkuh! Hari ni saya nak kenakan kau habis- habisan. Biar kau kecut perut. Lain kali kalau orang nak baik- baik dengan kau, kau pun layanlah baik- baik juga. Kan dah kena.

“ eh, saya tak tuduh sembarangan.”

“ habis tu, kalau betul ada racun dalam sup tu kenapa awak masih hidup lagi? Tentu awak dah mati kan kalau betul ada racun dalam sup tu.”

“ nak bukti rupanya baru awak nak mengaku ye. Awak tahu tak kenapa saya boleh jatuh sakit sampai satu minggu? Ni semua awak punya pasal lah. Gara- gara minum sup yang awak bagi kat saya tu saya terus sakit perut. Sakit sangat sampai muntah- muntah dan cirit- birit. Baki sup tu saya buang kat longkang, awak tahu tak? Ikan- ikan yang tinggal dalam longkang tu pun mati juga. Hah..sekarang apa lagi awak nak jawab?”

L menerangkannya agak panjang lebar. Rasakan! Ha ha ha..geli hati saya tengok wajah kau sekarang. L terus mentertawakan Beby dalam hati.

“ ooohh..ya ke? Nasib baik ikan tu je yang mati kan? Kenapa bukan awak je yang mati? Target saya nak bunuh awak tapi tak sangka kesan racun tu cepat sangat sampai awak perasan sup tu beracun. Awak tak hairan ke kenapa saya tiba- tiba datang melawat awak hari tu? Sebab saya ada tujuan lain. Nasib baik awak perasan kalau tak? Mesti awak dah jadi arwah seminggu yang lalu dan sayalah orang yang paling bahagia sekali nanti bila awak dah takde.”

Beby yang terlalu marah dengan tuduhan L terus mendapat idea pula mengenakan L balik. Nah, sekarang seri lagi. Kau ingat kau saja yang pintar? Awak nak sangat tuduh saya ye? Ok..saya jadikan tuduhan awak tu betul. Beby memandang L kini dengan senyuman sinis.

“ kenapa diam? Awak ingat saya bergurau ke? Awak nak saya cakap jujur kan? Sekarang saya bagitau lah ni. Memang saya ada letak racun dalam tu. Sebab tu awak sakit sampai seminggu. Tu baru siiiikit je saya letak..kalau saya letak banyak macam mana agaknya ya? Mesti awak dah tak wujud lagi sekarang ni kan? Puas hati? Tu baru nak bagi intro kat awak.”

       Huh! Beby mencapai beg dan failnya dan terus berambus keluar. Hatinya betul- betul panas sampai boleh berasap telinga. Tapi sekarang, dia pun puas hati juga sebab dan berjaya kenakan L balik. Ke ke ke ke..padan muka. Beby tersenyum nakal setelah keluar dari bilik muzik tersebut. L pula tercengang- cengang mendengar penjelasan Beby. Spontan tangannya meraba perutnya. Hari itu memang betul dia ada sakit perut dan cirit- birit. Betul ke dia ada masukkan racun dalam sup tu? Hasratnya nak kenakan Beby tetapi dia pula yang terkena.

        Beby keluar dari lif dengan hati yang panas bercampur seronok. Panas dengan tuduhan L dan seronok sebab dapat kenakan L. Ambil kau! La~ la~ la~ la~ Beby menyanyi- nyanyi kecil. Dia mengeluarkan kunci keretanya tetapi langkahnya tiba- tiba terhenti. Dari jauh dia melihat kelibat Lyana dan Ella terhendap- hendap berhampiran dengan keretanya. Pompuan gedik dua orang ni buat apa pula dekat kereta saya ni? Beby menghampiri mereka perlahan- lahan. Dia cuba memerhatikan apa yang Lyana dan Ella mahu lakukan. Dua orang gadis tersebut langsung tidak menyedari kehadiran Beby di situ.

“ Ella..cepatlah buat. Awak ni lembab betulah.”

Kata Lyana sambil kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Nampak sangat dia sedang risau kalau- kalau ada yang melihat mereka berdua di situ.

“ saya tak tahulah macam mana nak buat. Saya takut.” Jawab Ella.

“ bioll juga awak ni ye. Nak pancitkan tayar je pun tak reti ke? Cepatlah buat sebelum ada orang nampak.” Lyana geram betul dengan sikap Ella yang penakut itu.

“ macam mana nak buat? Saya memang tak tahu. Awaklah buat.”

“ alaa..buka penutup tiub tu dulu..lepas tu tekan je sampai angin dia keluar.”

“ ohh..nak pancitkan kereta saya ye.”

Ella dan Lyana terkejut beruk dengan kehadiran Beby. Serta- merta wajah mereka berdua menjadi pucat lesi. Ella yang penakut terus bersembunyi di belakang Lyana.

“ Lynn yang suruh.” Ella bersuara takut- takut. Lyana menyiku perut Ella.

“ apa masalah awak ni ya? Tiba- tiba nak pancitkan tayar kereta saya. Kalau ada perkara yang awak tak puas hati dengan saya, cakap dengan saya. Tayar tu ada buat salah kat awak ke?” tanya Beby geram sambil menghampiri Lyana.

“ tanya lagi..sendiri mau fikirlah. Awak ni memang tak sedar diri.” Dengan angkuh Lyana menjawabnya dengan tenang. Siap tersenyum sinis lagi.

“ saya ada buat salah ke? Hah? Apa dia? sekarang saya berdiri depan awak ni..cakaplah apa yang awak tak puas hati ngan saya.”

Gertak Beby. Geram betul dia melihat wajah selamba Lyana itu.

“ ei pompuan separuh siap! Saya nak bagi amaran kat awak supaya jangan suka menyibuk hal saya. Kalau saya nak menggedik ke nak mengorat ke, awak jangan sibuk boleh tak? Yang awak sibuk sangat bila saya nak dekat- dekat ngan L apahal? Awak takde hak ok..dahlah takde muka..awak takde cermin kat rumah ea?”

“ hah..ha ha ha..sebab L ke? Sebab lelaki tu rupanya. Saya bukan budak- budak belasan tahun yang hadap sangat ngan lelaki macam tu lah. Eii..setakat si L tu..sekecil kuman pun saya takde perasaan tau. Kalau awak dah suka sangat kat dia, pegi bawak dia khawin! Hei pompuan gedik! Satu kali lagi awak cari pasal ngan saya..percayalah..muka awak tu beralih ke belakang saya tempeleng nanti!”

Beby terus menolak tubuh Lyana dengan kasar sehingga Lyana jatuh terduduk. Sebenarnya Beby nak tumbuk muka dia nasib baik Beby masih boleh mengawal emosinya. Beby terus meninggalkan tempat itu dengan bunyi kereta yang mengaum- ngaum. Tanpa mereka sedari, kejadian itu disaksikan oleh L. Awak masih benci sangat dengan saya rupanya..kenapa? saya dah cuba nak berbaik dengan awak kenapa awak masih anggap saya ni musuh awak?

RUMAH BEBY

Asslmualaikum Deyanna..jmpa sy skjp kat kfc. Saya ada nak mnta tlg dgn awk ni. Hari tu sy tlg awak..skg ble tak awak tlg sy balik? Sy bkn nk minta balasan apa2 tapi ada pkara pnting sy nk mnta tlg ngan awak. Dtg k..sy tunggu ni.

       Beby mencebikkan bibirnya selepas selesai membaca whatsapp yang baru dia terima itu. Roxiee lagi! Roxiee memang dah balik- balik mengajaknya keluar tetapi semua ditolak mentah- mentah oleh Beby. Lagipun dia tidak kenal siapa sebenarnya Roxiee ini. Dia cuma tahu nama lelaki itu ialah Mohd. Afeeq Roxiee dan berumur 26 tahun. Sejak peristiwa lelaki itu menjumpai kad pelajar dan kad pengenalan Beby yang tercicir tidak lama dulu, lelaki itu sering menghantar chat kepadanya tetapi Beby membalasnya hanya kerana rasa terhutang budi. Itu pun jarang- jarang dia balas.

       Takkanlah dia langsung tidak tahu mengenai lelaki itu dia berani nak keluar jumpa dengannya? Sekarang ni banyak sangat kes macam ni. Kes ni selalunya membabitkan remaja perempuan yang mudah sangat percaya dengan kata- kata lelaki walaupun cuma berkenalan di laman sosial. Remajalah katakan. Mereka sentiasa mahu dicintai dan disayangi tetapi sayang sekali, mereka terlalu mudah mengikut kata hati sehinggan membahayakan diri mereka sendiri.

“ apa yang awak cebik- cebikkan tu? Herot bibir tu baru tahu.” Suara Yana mematikan lamunannya.

“ si jenama baju ni..tak pandai putus asa nak ajak saya keluar ngan dia. Saya dah tolak dengan cara lembut dan kasar pun masih juga tak serik- serik.”

Beby menjawab dengan nada yang jelas kedengaran sangat menyampah dengan ajakan Roxiee tersebut.

“ apa kata awak pegi je hari ni?” Yana duduk di atas sofa sambil merias kukunya agar kelihatan lebih cantik dan rapi.

“ apa? Akak suruh saya terima pelawaan Roxiee ke ni?” Beby cepat- cepat berpaling ke arah kakaknya. Sebelum ini Yana juga yang selalu berpesan pada saya supaya jangan cepat sangat percaya dengan lelaki tapi sekarang kenapa suruh saya pergi jumpa dengan Roxiee pula?

“ hmm..cuba awak fikir kenapa Roxiee tak pernah putus asa nak bawa awak keluar.”

“ buat apa saya nak fikir pasal tu? Saya bukannya suka ngan dia.”

“ tak kenal maka tak cinta..awak selalu mengeluh takde lelaki yang nakkan awak..takde yang betul- betul ikhlas nak berkawan ngan awak. Roxiee tak putus asa..mungkin dia betul- betul serius nak kenal ngan awak.” Kata Yana memberikan pandangannya sambil ligat menyapu pengilat kuku pada kuku- kukunya.

“ entahlah.” Itu sahaja jawapan daripada Beby. Sebenarnya dia macam dah tak kisah pasal itu semua sebab dia sudah ada Niel. Walaupun belum lagi jadi teman lelaki tetapi dia sangat senang berkawan dengan Niel.

“ jadi macam mana? Pergi je lah..kalau tak ok..tak payahlah keluar lagi ngan dia.”

“ hishh..yalah- yalah. Ni kali pertama dan terakhir saya nak keluar ngan dia. kita tengok siapa yang angkat kaki dulu.” Beby bangun dan menuju ke arah cermin meja solek. Dia memerhatikan dirinya. Dia hanya memakai tshirt berwarna hitam dan seluar sukan adidas. Wajah pula langsung tidak ada secalit make up pun.

“ awak nak keluar macam tu ke? Kalau tak nak mekap pun tukarlah baju tu dulu. Lelaki mana tak lari kalau nampak awak macam ni? Macam baru bersalin je saya tengok. Rambut tu janganlah asyik messy bun terus..bosan orang tengok. Konon nak orang puji dia cantik.”

Yana yang tidak puas hati dengan penampilan selekeh Beby terus mengomel. Kalau tidak mahu bersolek pun biarlah kemas. Jangan selekeh sebab lelaki ni suka perempuan yang pandai menjaga penampilan. Tidak perlulah bersolek tebal- tebal dan pakai seksi- seksi. Jaga penampilan dan tingkahlaku sudah.

“ ada ku kisah? Memang saya sengaja ni supaya dia serik nak bawa saya keluar lagi.”

“ heii..kalau ya pun tak sudi tolaklah bagus- bagus. Tak payah sampai nak malukan diri awak sendiri.”

“ biarlah..kisah pula. Bukan boyfriend saya pun. Bye.”

Tanpa mengendahkan teguran Yana, dia terus mencapai sling bag nya dan terus menerobos keluar dari rumah.

KFC

         Roxiee sibuk memeriksa handphone nya kalau- kalau ada whatsapp daripada Beby. Agaknya Beby akan datang tak? Mustahil tak datang kali ini sebab saya sudah datang ke sini untuk menemuinya. Gadis tu betul- betul keras hati ke atau sengaja mahu mengelak daripada saya? saya pun tidak tahu kenapa saya macam berminat dengan gadis yang saya kira belum matang itu. Saya pun sebenarnya tidak menyukai gadis yang nampak matang sangat.

         Walaupun saya nampak matang dan berkerjaya tetapi saya masih lelaki yang baru berumur 26 tahun. Bagi saya, gadis yang lebih muda dari saya dan naïf itu lebih menarik hati sebab comel dan menghiburkan hatinya. Lagipun, saya dah bosan dengan ramai gadis cantik seksi yang cuma pandai menggoda dan tamakkan duit.

         Hmm..salah saya juga sebab terlalu gila dengan kerja sampai teman wanita pun tidak ada. Malam ini ayahnya mengajaknya untuk menghadiri satu majlis ulang tahun kawan lama ayahnya. Tapi yang Roxiee tidak suka, ayahnya mahu menjodohkannya dengan anak kawan lama ayahnya. Bukan dia tidak tahu apa maksud di sebalik perjodohan itu. Dia kenal sangat ayahnya yang sukakan kemewahan dan taksub mengejar kekayaan.

“ jenama baju.” Roxiee terkejut besar apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang. Dia menoleh. Terpampang wajah Beby tanpa senyuman.

“ wahhh! Awak datang jugak! Tak sangka betul! Thank you.” Macam nak melompat kegembiraan saja Roxiee apabila mendapati Beby kini berdiri di hadapannya. Mungkin ini kali yang ke -10 Roxiee mengajak Beby keluar dan yang ke -10 ini baru Beby setuju nak berjumpa dengannya.

“ jadi, awak nak apa nak sangat jumpa saya ni?” Beby terus bertanya. Dia kalau tidak suka memang macam inilah.

“ err..sebenarnya, saya nak bawa awak ikut saya pegi jamuan ulang tahun kawan lama ayah saya.”

“ jamuan ulang tahun? Seriously? Eh, tak naklah saya. Saya ingat awak saja nak minta temankan makan sama- sama ke, tengok wayang ke. Kalau tu..maaf ea. Saya tak nak.”

Beby ingat Roxiee saja- saja nak ajak dia keluar. Rupa- rupanya Roxiee ada sebab lain.

“ Deyanna please..kali ni je.”

“ awak gila ke? Saya cuma kenal nama awak dan awak pun cuma kenal nama saya..berani awak bawa saya ikut pegi jamuan yang turut dihadiri oleh ayah awak? Awak ni memang gilalah Roxiee.” Marah Beby. Roxiee terus meminta simpati daripada Beby. Dia tidak tahu macam mana lagi mahu mengelak dari ayahnya pasal perjodohan itu jadi hanya dengan cara ini saya dapat melepaskan diri.

“ jangan nak minta kesianlah..apa tujuan awak nak sangat bawa saya ni? Awak tak mati juga kan kalau saya tak ikut.”

“ sebenarnya saya ada masalah besar sekarang. Tolonglah jangan balik dulu..saya bagitau awak semuanya.

Akhirnya setelah berhempas- pulas menceritakan keadaan yang sebenar dan buat muka kasihan, Beby terpaksa bersetuju mahu menolong Roxiee dengan syarat, ini adalah kali pertama dan terakhir dia akan berjumpa dengan Roxiee. Roxiee juga tidak boleh mengganggunya walaupun hanya dalam handphone. Sedih juga Roxiee mendengar syarat- syarat daripada Beby itu tapi apa boleh buat. Ini saja idea yang dia ada.

          Roxiee menarik tangan Beby masuk dalam sebuah butik pakaian. Dia mahu Beby berlakon menjadi teman wanitanya malam itu. Masuk saja ke dalam butik tersebut, seorang wanita separuh usia menghampiri mereka dengan mesra.

welcome..ada apa boleh saya bantu encik?” tanya wanita tersebut.

“ err..tolong pilih gaun yang paling cantik untuk dia ni.” Jawab Roxiee terpaksa meminta bantuan daripada wanita tersebut sebab kalau biarkan Beby memilih entah sampai bila. Gadis itu bukannya pernah pakai baju- baju seperti itu.

“ oohh..kejap. Niel! Sini dulu nak...tolong mama. Ada customerni.” Wanita itu memanggil seseorang dengan panggilan ‘ nak’. Ibu dan anak kot..tapi nama tu? Beby menjegilkan biji matanya. Niel? Saya tak salah dengar ke? Tadi dia panggil Niel ke? Niel mana satu? Mohd Daniel jurulatih kami tu ke? Ketika Beby tercangak- cangak, ketika itulah Niel sudah berdiri di hadapan mereka.

“ hai, ada apa boleh saya bantu?” tanya Niel. Dia mencuri- curi pandang ke arah Beby yang bersembunyi sedikit di belakang Roxiee. Walaupun Niel terkejut sedikit siapa yang datang, dia tetap bersikap professional.

“ tolong cari dress yang paling cantik dan sesuai untuk dia ni..mungkin agak susah sikit sebab kaki dia pendek.”

“ ohh..ok. Jangan risau. Saya pilih yang terbaik. Mari cik ikut saya.” ujar Niel begitu professional ketika melayan Beby yang kini sebagai pelanggan mereka. Aduhh Niel..kenapalah banyak- banyak butik, butik sini juga kami masuk. Kenapa mesti butik Niel. Arghh~ mahu saja Beby berlari keluar dari butik itu dengan segera.

“ kacak boyfriend awak..mesti berkerjaya kan? Ingatkan awak takde boyfriend.”

Sekali lagi Beby tersentak dengan kata- kata Niel. Habislah saya kali ni. Apa yang harus saya lakukan sekarang? Niel dah salah faham. Mesti selepas ni dia akan menjauh dari saya. Beby mengeluh.

“ kacak? Siapa kacak..ehh.” Beby mendengus. Niel cemburu ke?

boyfriend awak tu lah.” Belum sempat Beby membuka mulut, Roxiee sudah berada di sebelahnya. Beby memandang Roxiee dengan geram. Macam dia nak telan Roxiee saja ketika ini. Roxiee pula pura- pura membelek- belek pakaian yang dijual di situ tanpa mempedulikan jelingan maut Beby. Eh, macam saya nak tetak je kau sampai lumat- lumat.

“ dah pilih baju untuk girlfriend saya ke?”

Huff! Kenapa lagi kau bersuara hanat! Marah Beby dalam hati.

“ dah..saya rasa gaun lace berwarna putih krim ni sangat sesuai untuk girlfriend encik.” Niel sengaja memilih gaun berwarna putih sebab dia tahu warna kegemaran Beby ialah putih. Beby memandang wajah Niel. Niel pura- pura tidak melihatnya.

“ owhh..cantik. Saya pun berkenan. Kebetulan, tema majlis tu pun putih juga.”

Roxiee terus menyambar gaun itu dari tangan Niel dan terus membayar harga gaun tersebut di kaunter kemudian terus menarik tangan Beby keluar dari butik itu tanpa sempat Beby berkata apa- apa. Niel memandang dari jauh dengan hati yang pedih. Sampai hati kau Beby. Kau tidak beritahu saya pun yang kau ada teman lelaki. Kalau saya tahu, saya takkan berharap. Kau tahu, sejak pertama kali saya melihat kau..saya rasa, saya dah sukakan kau. Saya betul- betul gembira bila kau datang pada saya dan mahu menjadi kawan saya. Tapi, kenapa kau beritahu saya yang kau tidak pernah bercinta dan tidak ada teman lelaki pun. Sakit tahu bila berharap.


BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku