LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 13 MENYAMAR
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
461

Bacaan






        Tanpa menunggu Roxiee membuka pintu untuknya, Beby terus membuka pintu kereta Roxiee dan terus turun dari kereta tersebut. Memang dia mahu menolong Roxiee tapi tidak pasti dia ikhlas atau tidak. Dia lakukan ini semua kerana dia tidak mahu Roxiee menganggunya lagi selepas ini. Itu perjanjian.

       Heels setinggi 5 inci yang dipakainya ketika ini benar- benar menyeksanya ditambah lagi dengan gaun ala- ala nak bertunang saja. Roxiee benar- benar mendera saya! kenapa mesti pakai baju macam ni? Roxiee ni memang ada masalah mental.

“ Deyanna..tunggulah saya dulu. Nanti awak terseliuh.” Roxiee terburu- buru mendapatkan Beby dan terus memimpin tangan Beby tetapi Beby menepis tangan Roxiee dan mula menyeringai.

“ saya tak nak awak pegang- pegang tangan saya! don’t touch me.” Beby memberi amaran. Roxiee tersenyum tawar.

“ tapi kalau kita masuk tak berpimpin tangan, manada orang nak percaya nanti yang kita ni couple.”

“ ohhh..saya yang tak alim sangat ni pun masih juga tahu pasal larangan main sentuh- sentuh ni..awak ingat saya ni isteri awak ke boleh pegang- pegang macam tu? Awak ni Islam ke?” tanya Beby betul- betul panas dengan kata- kata Roxiee. Berdasarkan nama penuh Roxiee, Beby yakin sangat lelaki ini beragama Islam tetapi kenapa hal yang begini mudah pun dia tidak tahu?

sorry..saya cuma nak ayah dan orang- orang dalam tu yakin yang kita couple. Sorry..saya tak buat lagi.” Roxiee menyedari kesilapannya dan terus minta maaf. Beby langsung tidak menjawab.

“ kalau macam tu, awak buatlah muka ceria sikit eh..boleh? tolonglah.” Roxiee menyusun jari- jemarinya. Beby masih juga tidak menjawab. Dia terus berjalan masuk ke dalam dewan hotel tanpa mempedulikan gaun panjangnya yang menyapu lantai. Sapu lantai ke sapu tahi ke..pedulilah.

         Masuk saja ke dalam dewan, semua mata tertumpu pada Beby dan Roxiee. Apa tidak mereka jadi tumpuan sebab Beby melebih- lebih pula cantik malam tu. Gaunnya juga melebih- lebih. Kebanyakkan tetamu perempuan yang berada di dewan tu cuma memakai baju kurung moden, kebaya, dress biasa,tube dress dan ada juga yang cuma memakai jubah dan blouse. Mahu saja Beby berpatah balik apabila melihat macam mana penampilan orang- orang yang berada di dalam dewan itu.

“ kurang asam kau Roxieee!” jerit Beby dalam hati. Dia benar- benar marah sebab menyuruh Beby memakai gaun seperti ini.

“ ayah saya kat situ.” Roxiee merapatkan sedikit tubuhnya pada Beby dan berbisik. Beby cuma mengikut langkah Roxiee menuju ke arah ayahnya.

“ assalamualaikum ayah.” Roxiee terus mendapatkan ayahnya sambil bersalaman. Beberapa orang kawan ayahnya juga duduk dalam satu meja dengan ayah Roxiee.

“ siapa tu?” tanya ayahnya apabila melihat Beby tersenyum- senyum jadi kera sumbang di situ tidak tahu apa yang dia nak lakukan.

“ ohh..ayah..kenalkan ni girlfriend saya. Sayang..ni lah ayah saya.” Roxiee tidak teragak- agak memanggil Beby dengan panggilan ‘ sayang’. Agaknya Roxiee tidak tidur semalam untuk hafal skrip drama dia ni. Lakonannya bagus sekali..umpat Beby lagi. Beby memaksa bibirnya untuk senyum.

“ hai uncle..saya Amira.” Lancar sungguh ayat itu keluar dari mulut Beby. Nama Amira itu nama samara yang dia gunakan untuk menyamar sebagai kekasih Roxiee.

“ teman wanita Roxiee?” kata ayah Roxiee sambil mengalihkan pandangannya ke arah seorang gadis bertudung dan memakai jubah berwarna peach yang sedang duduk di meja sebelah tempat ayah Roxiee duduk.

“ kenapa ayah?” tanya Roxiee buat- buat tidak tahu.

“ Isya..sini kejap.” Ayahnya memanggil gadis tersebut. Gadis tersebut berdiri dan menuju ke arah mereka.

“ ya uncle.” Dia bersuara lembut. Beby memandangnya tanpa berkedip.

“ Isya..ni lah anak uncle Mohd. Afeeq Roxiee yang uncle maksudkan tu..haa..Roxiee ni lah Batrisyah. Anak kawan ayah. Dia ni lah yang sambut hari jadi hari ni. Dia sambut hari jadi dengan majlis perlantikkan Isya sebagai CEO syarikat tu.”

Batrisyah? Batrisyah gadis yang nak dijodohkan dengan Roxiee tu? Cantiknya dia! dahlah bertudung litup, berjubah, pandai bergaya, CEO pula tu. Roxiee ni gila ke? Kenapa dia boleh menolak dijodohkan dengan gadis sempurna macam Batrisyah ni? Beby terkedu seketika. Sesungguhnya, dia terasa sangat kerdil ketika ini apabila berdiri di depan Batrisyah. Batrisyah sangat cantik dan tinggi macam model.

“ oohh..hai Isya..nice to meet you. Kenalkan..ni buah hati saya..Amira.” Roxiee terus meneruskan lakonannya tanpa mempedulikan Batrisyah ni cantik atau tidak. Dia akui..Batrisyah memang lawa tapi kalau dia belum bersedia nak berumah tangga macam mana? Lagipun dia langsung tidak ada perasaan suka atau sayang nak buat macam mana?

“ hai Amira..comelnya awak. Mira nampak muda sangat..berapa umur?” Batrisyah menghulurkan salam dan menyapa Beby dengan mesra tanpa ada tanda- tanda yang Batrisyah akan cemburu.

“ ahh..23..thank you. Awak pun cantik.” Beby berbohong lagi mengenai umurnya. 23? Dia hanya gadis remaja berumur 21 tahun.

Roxiee tersenyum gembira melihat lakonan Beby yang dia kira sangat baik. Tadi dia sangat takut kalau Beby tidak bersungguh- sungguh untuk melakukannya. Beby juga terkejut separuh mati tadi apabila mendapati ayah Roxiee ialah Encik Johan! Salah satu pekerja kepercayaan ibunya. Tapi hairan, kenapa Encik Johan macam tidak mengecamnya ni? Adakah disebabkan Beby memakai makeup dan mendandan rambutnya ala- ala rambut Princess Elsa.

“ ohh..fresh young girl. Patutlah cantik. Emm..saya nak pergi bathroom kejap. Nice to meet you.” Tanpa banyak soal, Batrisyah terus meminta diri. Yes! Roxiee melonjak kegembiraan melihat Batrisyah angkat kaki dari situ. Wajah Encik Johan berubah sedikit. Mungkin kecewa rancangannya tidak berjaya.

“ dah lama kenal Roxiee?” nah, sekarang barulah lakonan sebenar bermula. Tadi tu baru introducing. Tugas Beby yang sebenar ialah untuk meyakinkan Encik Johan bahawa dia dan Roxiee memang bercinta.

“ ermm..baru nak masuk 2 tahun.” Jawab Beby berbohong lagi. Ohh! Berapa kali saya mesti berbohong hari ni? Ya Allah..ampunilah dosaku. Roxiee mengangguk.

“ dua tahun? Dah lama tu..tapi kenapa Roxiee langsung tak pernah cerita pasal Mira kat saya?”

Huff! Matilah kali ni. Apa yang saya harus jawab ni? Beby memijak kaki Roxiee supaya menolongnya.

“ ooohh..bukan tak nak kenalkan kat ayah tapi Mira ni kan masih study lagi. Kami pun selalu berhubung dalam telefon je. Sekarang dia cuti semester jadi baru dapat jumpa. Kan sayang?”

Beby menghela nafas lega. Nasib baik Roxiee faham isyarat yang dia bagi tadi.

“ masih study? Isya tu CEO dah..Mira study dalam bidang apa?”

Bachelor in International Business.”Beby menipu lagi. Konon- konon sedang ambil Bachelor walhal baru Diploma je..ni Roxiee punya idea semualah ni. Sengaja cakap bisnes sebab ayahnya ini suka bila berkaitaan dengan bisnes.

“ oohhh..ambil business juga? Baguslah tu..nanti boleh jadi macam Isya.”

Isya lagi Isya lagi! Ayah ni memang pandang pangkat dan harta je. Tolonglah jangan malukan saya depan gadis ni ayah. Nak meraung saja Roxiee ketika ini. Pandai- pandai saja Beby menyebut bisnes..nanti kalau ditanya pasal bisnes, satu pun dia tidak tahu kot sebab dia budak medic.

“ baguslah tu..jadi, bila nak bertunang?” oh mak! Soalan yang satu ini benar- benar mengejutkan Beby dan Roxiee. Bahaya betul soalan orang tua ni. Roxiee pun baru 26 tahun kot..kemaruk sangat nakkan menantu atau nak pangkat? Sempat lagi Beby mengumpat.

“ malulah bercakap pasal tu sekarang..belum lagilah ayah. Saya pun nak kumpul duit dulu..ada rumah sendiri baru fikir pasal tu..”

“ ya betul tu uncle..kalau nak berumahtangga mestilah cukup bekalan dulu supaya tak terumbang- ambing. Kami pun ada cita- cita masing- masing. Lagipun, lagi elok kalau dah matang sikit baru khawin. Nanti kalau muda- muda ni, masalah remeh- temeh je terus bercerai ” Ops! Lancar betul pula mulut Beby.

Roxiee tersentak sedikit mendengar kata- kata Beby yang sungguh pedas di depan ayahnya pula tu. Tetapi akhirnya dia tersenyum apabila melihat Encik Johan tersenyum.

“ bagus..bagus fikiran Mira tu. Uncle suka. Setuju.” Ahh..syukurlah ayah tidak tersinggung dengan kata- kata Beby itu. Beby dan Roxiee berpandangan. Lega.

“ oklah..kalau Roxiee dah ada pilihan sendiri ayah tak nak campur..tapi, ayah Cuma nak bagitau..kalau Roxiee dengan Isya lebih baik sebab..tahu juga kana pa maksud ayah. Ayah cuma nak yang terbaik untuk anak- anak. Tapi takpelah kalau Oxy ada Mira dah. Belajar baik- baik Mira..nanti bila berjaya nanti, korang juga yang senang. Ayah nak jumpa kawan ayah ni..bawa Mira pegi makan Oxy.”

“ ya ayah..assalamualaikum.” Roxiee mencium tangan ayahnya. Jauh di lubuk hatinya berasa serba salah sebab dah menipu ayahnya tapi apa boleh buat..dia juga kena jauhkan ayahnya daripada sikap tamak halobanya. Roxiee tahu..ayahnya mahu dia khawin dengan Batrisyah sebab harta dan pangkat. Roxiee tidak mahu seperti itu. Dia belum lagi cacat anggota badan untuk mencari rezeki sendiri.

“ yeay..thank you sangat- sangat Deyanna! Awak berjaya lakukan.” Roxiee memegang bahu Beby dengan gembira. Beby menepisnya.

i told you..dont touch.”

sorry..sorry. Saya cuma gembira je.”

“ jadi, boleh saya balik sekarang.”

“ tentulah boleh..tapi dah datang sini, kita makanlah dulu..jangan risau, my dad Encik Johan dah balik.”

“ saya tahulah nama ayah awak.”

“ awak tahu, eh..tapi dia macam takde bagitau nama dia pun tadi kat awak..sebab tu saya bagitau awak nama dia.”

“ err..itu..err...”

“ abang..hei, dah lama saya cari abang. Baru sampai ke?”

Oh Mak!! Suara ni? Mata Beby terbeliak besar mendengar satu suara di belakangnya yang sangat dia kenal. Itu suara? Mata Beby terjegil dan tubuhnya terus berkeras. “ adik saya je..jangan risau.” Roxiee berbisik padanya dan mendapatkan adiknya.

Bodohnya saya! kalau ayah Roxiee ialah Encik Johan bermakna dia..warghhh! apa saya nak buat sekarang ni! Kalau Encik Johan tu ayah Roxiee tentulah L ialah adik- beradik dengan Roxiee! Beby menutup mulutnya tidak percaya dan mula menyesali kebodohannya. Dia kenal Encik Johan tapi kenapa tadi dia langsung tidak terfikir pasal L! Roxiee dan L ialah adik- beradik!

“ Mira..adik saya je lah.” Roxiee yang tidak tahu L dan Beby ini saling kenal terus memusingkan tubuh Beby yang masih membelakangkan mereka. Hanat betulah kau ni Roxiee! Kenapa lagi kau panggil saya ‘ Mira’? L adik awak tu kenal sangat dengan saya! rasa macam nak meletus saja tangis Beby ketika ini.

“ Kimi..ni girlfriend abang..Amira. Haa..mira..ni adik saya..L..tapi saya biasa panggil dia Kimi.”

Mahu tidak mahu Beby terpaksa juga menyambut huluran tangan L yang mahu bersalam dengannya. Saat L menyambut tangan Beby, baru L perasan siapa gadis ala- ala Disney princess yang sedang berdiri di hadapannya ini.

Pendek? Its that you? L mengamati cukup- cukup wajah Beby dari hujung rambut ke hujung kaki. Mulutnya terlopong seketika. Betul ke dia ni si gadis kaki pendek yang dia kenal? perempuan yang terlebih hormon lelaki itu? tapi, seriously! Dia cantik sangat malam ni! Malam itu Beby menyarung Korean princess lace gown lengan panjang berwarna putih krim, rambut Beby pula yang selalu dilihat dengan ‘ messy bun’ itu di dandan secara ikal berombak, di tocang longgar macam rambut Princess Elsa dan Beby juga memakai kalungan bunga- bunga kecil di atas rambutnya. Cantik! memang cantik. L terpegun seketika melihat Beby yang bertukar wajah 100%.

“ Kimi..kenapa tengok Mira macam tu?” suara Roxiee menyentakkannya. Beby pula pura- pura tidak melihat ke arah L.

“ ohh..tak..Cuma tengok rambut dia je..macam keras sangat. Mesti susah nak cuci nanti kan..hai,saya Mohd. L . Akimi..panggil L atau hensem boy pun boleh.”

WTF! Dah mula dah! Beby memaki L dalam hati. Malang betul nasib dia hari ini. Kenapalah dia terjumpa dengan L disini ketika dia berpakaian seperti ini. Kompom jadi bahan L ni sampai sebulan.

“ ha ha..tu sebab rambut Mira kena spray supaya rambut tu lebih kemas dan tahan lama..janganlah cakap macam tu.” Roxiee menyiku L. L tergelak.

“ eh, awak belum kenalkan nama lagi..janganlah malu- malu. Awak memang cantik tapi jangan takut..saya tak nak mengurat awak juga.” Lagi- lagi L menyakat Beby yang sedang berusaha menyembunyikan wajahnya.

“ owhh..sorry lah..saya pun tak berminat nak mengurat awak..nama saya Amira Rosli.” Dek kerana terlalu geram, Beby pun membalas sindiran jahat L.

“ Amira rosli? Wauuu..sebijik macam artis tu kan? Ke awak pun artis juga?” oohh..dia membalas. L tergelak.

“ Kimi..apa awak cakap ni? Janganlah cakap macam tu ngan Mira..sorry lah Mira..adik saya ni memang nakal sikit.”

“ nakal ye? Sayanglah..muka dah hensem tapi..tak baik macam awak kan Roxiee.” Mendengar jawapan Beby, tawa L terus terhenti. Wajahnya serius sedikit.

“ apa awak cakap ngan abang saya tu? Ha ha ha..yalah..mungkin saya tak baik macam dia tapi, tentu kalau awak cuci mekap tu..awak pun taklah cantik sangat ha ha...ok ok..gurau je. Jangan ambil hati ye.” Balas L.

Kurang asam punya kacang panjang! Kau ni memang tidak habis- habis nak sakitkan hati saya kan.

“ yaa...jangan ambil hati ye Mira..adik saya memang suka gurau kasar.” Roxiee serba- salah melihat cara L melayan Beby.

“ eh its ok..i like. I like it sooo much sayang.” Beby tersengih nakal dan sengaja memanggil Roxiee sayang. Wahh..Beby? dia panggil saya sayang? Roxiee memandang Beby pula dengan rasa hairan.

you like it? Thank you..kalau macam tu nanti kita gurau- gurau kasar lagi eh..hati- hati pakai heels tu..macam tinggi sangat. Byebang..saya pergi dulu.”

Kata L sempat mengusik Beby. L! Kau memang sengaja sebab kau tahu saya tidak pernah memakai kasut tinggi! Pekik Beby tapi cuma dalam hati. Rasa macam nak buka je kasut tingginya ketika itu dan lempar pada L.

“ awak marah ke? Sorry lah pasal adik saya..dia memang macam tu.” Kata Roxiee serba- salah.

enough Roxiee..dah habis kan? Saya nak balik sekarang.”

“ tapi awak belum makan apa- apa..kita makanlah dulu baru saya hantar awak balik.”

“ kalau saya tak nak saya tak naklah! Lagi lama saya kat sini makin saya gila tahu! Berapa banyak kali saya nak berbohong hari ni? Saya sakitlah ngan plan awak ni! Saya nak balik sekarang! Kalau awak nak halang saya bocorkan rashia awak!” marah Beby. Kasihan juga Roxiee tapi Beby tengah marah ketika ini gara- gara L yang menyindir- yindirnya sebentar tadi. Sumpah! Kalau dia tahu Roxiee ni abang kepada L dia takkan pernah bersetuju untuk melakukan kerja gila ini bersama Roxiee!

bersambung



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku