LELAKI TERBAIK UNTUKKU
BAB 14 HATI YANG BERBUNGA- BUNGA
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Mac 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
180

Bacaan






        Mahu tidak mahu, akhirnya Roxiee membiarkan saja Beby meninggalkan dewan itu. Dia belum lagi sempat nak ucap terima kasih tapi macam mana nak ucap kalau Beby dah angkat kaki dari situ. Syukurlah Beby dapat menolongnya setakat ini. Terima kasih Deyanna, Roxiee cuma dapat mengucapkannya dalam hati.

        Keluar saja dari dewan tersebut, Beby terus menanggalkan kasut tingginya dan berkaki ayam menuju ke lobi hotel. Dia duduk sambil mengurut- urut kakinya yang sakit sebab tidak biasa memakai kasut tinggi. Beby mengeluh. Malang betulah nasibnya hari ini bertemu dengan L di tempat dan keadaan yang tidak sesuai. Dia betul- betul tidak menyangka L dan Roxiee ialah adik- beradik sebab wajah mereka berdua tidak ada pun mirip- mirip sikit.

“ huu..tak sangka betulah awak ni bakal kakak ipar saya.”

Beby mendongak. L sedang berdiri di hadapannya sambil bertepuk tangan.

“ apa lagi yang awak nak? Boleh tak jangan ganggu saya sekarang?” marah Beby yang masih mengurut- urut telapak kakinya.

“ jadi, betul ke awak ni girlfriend abang saya?” L meminta kepastian. L cuma penasaran sebab selama ini dia tidak pernah tahu pun abangnya yang gila kerja itu ada teman wanita. Dan kalau memang hubungan mereka tidak serius, kenapa abangnya begitu berani membawa Beby berjumpa dengan ayahnya.

“ tu semua salah faham. Kami langsung takde apa- apa hubungan.”

“ kalau takde kenapa sampai kena bawa jumpa ayah saya? awak tak tahu lagi ke..kalau lelaki dah berani bawa pompuan tu jumpa orang tua dia..tu tandanya lelaki tu memang serius.”

“ awak ingat saya ni bodoh ke tak tahu pasal tu..tapi cerita saya dan Roxiee ni berbeza..dan awak tak perlu tahu. Yang penting kami memang takde apa- apa hubungan.”

“ macam mana awak kenal abang saya eh? Memang semua lelaki kacak ni awak nak rembat ke?”

Apa? Berasap terus telinga Beby mendengar kata- kata L yang begitu kurang ajar. Apa beruk ni cakap? Dia ingat saya ni perempuan jenis apa sampai dia tuduh saya nak rembat semua lelaki kacak? Beby berdiri.

“ eii..mulut tu jaga sikit ya..pecah bibir tu saya tumbuk kang baru tahu! Awak ingat saya nak sangat ke dengan abang awak tu? Saya dah cakap kami tak bercinta..yang awak masih nak soal bagai dan tuduh saya macam- macam apahal? Kucing lagi faham bahasa dari awak! Tepi!” marah Beby dengan geram menolak tubuh L ke tepi dan terus meluru keluar. Dia terus masuk ke dalam teksi yang banyak menunggu pelanggan mereka di hadapan hotel tersebut.

“ kenapa dia marah sangat? Salah ke saya cakap? Memang betul kan..mula- mula Amirul, lepas tu jurulatih..sekarang dengan abang pula. Macam manalah abang boleh kenal ngan pompuan separuh siap macam dia tu? Ramai gadis ayu anggun dan lemah- lembut, apasal Beby tu juga yang dia pililh? Peliklah abang ni.

Queen’s boutique

       Beby tidak terus balik ke rumahnya selepas balik dari hotel Shangri’la itu. Dia mahu berjumpa dengan Niel dulu dan menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak tahu kenapa dia perlu nak jelaskan yang nyata, hatinya tidak tenteram sebelum berjumpa dengan Niel. Dia tidak tahu Niel kisah atau tidak tapi Beby cuma tidak mahu dilabel sebagai penipu kerana selama berkawan dengan Niel, Beby memberitahu Niel bahawa dia tidak pernah bercinta dan tidak ada teman lelaki.

        Dia tidak mahu Niel salah faham. Huh..kenapa fikiran saya begini serabut bila fikir pasal Niel? Betul ke saya betul- betul dah jatuh cinta dengan lelaki tu? Selama ini saya selalu menafikan bahawa saya tidak pernah akan jatuh cinta tetapi akhirnya saya sendiri tidak dapat mempertahankan prinsip itu lagi. Kini saya sedar. Saya memang dah mula sayangkan lelaki bernama Mohd Daniel itu...tapi, mungkin saya hanya bertepuk sebelah tangan.

“ assalamualaikum Niel.” Beby memberi salam sebaik saja melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Beby sudah menukar pakaiannya kepada pakaian asalnya petang tadi. Niel yang sedang sibuk mengemas ruang tetamu tersentak dengan kehadiran Beby yang tidak di jangka.

“ Deyanna? Buat apa kat sini?” Niel terus mendapatkannya.

“ kenapa muram ni? Ada orang apa- apakan awak ke?” tanyanya lagi apabila melihat wajah Beby yang masam mencuka. Dia dapat mengagak bahawa Beby sedang bersedih.

“ saya menganggu ke? Mama awak mana?”

“ dia dah duluan balik..duduklah sini. Nak saya buatkan minuman panas tak?” Niel yang caring pun cepat- cepat mempelawa Beby duduk. Dia tetap melayan Beby dengan baik walaupun hatinya masih sakit dengan kejadian petang tadi.

Kalau memang Beby tidak ada perasaan yang sama dengannya, nak buat macam mana kan. Cinta tu bukannya boleh di paksa. Itu prinsipnya. Tapi kenapa dengan gadis ini? Bukan ke dia sama- sama dengan boyfriend dia petang tadi tu?

“ kenapa ni? Ada apa- apa ke?” tanya Niel lagi tidak sabar. Beby pun mula menceritakan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Beby menceritakan dengan jelas tanpa ada satu pun yang tertinggal

Ohh...kini barulah Niel faham. Syukurlah. Jauh di dasar hati, dia begitu lega apabila mendengar penjelasan Beby. Bererti, Beby memang belum ada teman lelakilah. Wahh..ada peluanglah ni.

“ ohh..Niel ingatkan lelaki tu betul- betul boyfriend awak.” Kata Niel sambil tersenyum.

“ kan saya dah cakap, saya takde boyfriend. Bercinta aje pun tak pernah. Takde lelaki yang sudi nak sayang saya selain abang saya. mereka semua anggap saya ni lelaki jelmaan pompuan. Entahlah..salah saya juga macam ni tapi, saya sebenarnya nak jadi cantik juga macam pompuan lain.”

“ awak memang dah cantik pun..nak cantik macam mana lagi? Apalagi yang awak rasa tak sempurna” tanya Niel. Beby tunduk.

“ ahh..awak tu cuma nak senangkan hati saya je sama macam dengan yang lain. Saya memang tak sempurna..saya pun nak juga kaki yang panjang macam model. Badan cantik dan sifat anggun tu..tapi saya takde semua tu..saya ni..dahlah kecil, pendek pula tu. Benci betul saya tengok kaki saya ni.”

Niel tergelak mendengar kata- kata Beby. Ohh..sebab itu ke dia anggap diri dia tidak sempurna? Ha ha ha..rasa lucu pula Niel mendengarnya.

“ lagi?”

“ lepas tu, saya ni tak pandai nak jadi feminin, elegan, saya dah cuba bercakap lemah- lembut tapi tetap juga kasar macam lelaki.” Luah Beby lemah. Dia mencapai patung Winne the pooh di atas sofa tersebut lalu dipeluknya erat- erat. Dia pun mahu rasa semua itu. Macam Yana, Syika dan semua rakan- rakannya yang lain. Tadi ketika berdepan dengan Batrisyah, Beby merasa dia sangat- sangat hodoh dan kerdil.

“ kalau betul awak macam lelaki, kenapa first time saya nampak awak..saya dah tahu awak ni memang perempuan sejati yang sempurna. Saya tak pernah rasa awak ni macam lelaki. Bagi saya, awak cuma lain dari lain. You know, awak limited edition sebab awak unik. Awak ada keunikkan sendiri yang tak ada kat perempuan lain. Biarlah awak takde kaki panjang macam model, badan macam potongan gitar..awak sempurna di mata saya.”

Niel? Beby terlopong mendengar kata- kata Niel. Apa yang Niel katakan sebentar tidak ada bezanya dengan kata- kata abangnya Richie yang menjadi inspirasi dalam hidupnya. Abang Richie? Adakah saya betul- betul dah jumpa orang yang melayan saya macam mana abang layan saya? betul ke lelaki macam abangnya masih wujud?

“ betul ke? Atau awak cuma nak senangkan hati saya?”

“ betul..tak payah nak kaki panjang tubuh cantik macam model tu Deyanna..awak dah cukup sempurna. Dua mata, ada hidung, mulut, dua telinga, dua tangan, dua kaki dan takde yang cacat cela. Kalau lengkap semua tu maknanya awak sempurna dari segi fizikal..hanya ibadah dan iman je yang kena perbaiki. Awak memberontak sebab kaki pendek..tapi orang lain lagi kasihan sebab tak berkaki.”

Niel terus meyakinkan Beby. Beby terdiam. Saya memberontak sebab kaki pendek tapi orang lain lagi malang sebab tidak mempunyai kaki. Betul juga kan. Kenapa selama ini saya langsung tidak terfikir pasal itu? Beby mengangguk. Kali ini dia betul- betul bersetuju dengan kata- kata Niel.

“ Deyanna tahu tak, wanita yang berkeyakinan tinggi adalah wanita yang paling cantik sekali.” Tambah Niel.

Betul ke apa yang Niel cakap ni? Selama ini saya memang tidak ada keyakinan yang tinggi ke? Beby cuba untuk mengingati semua masa- masa dan perkara- perkara yang dia telah lalui.

Dia juga ingin menjadi cantik seperti orang lain jadi mestilah berkeyakinan tinggi. Orang selalu berkata, dia cantik tetapi kenapa saya selalu merasa saya tidak sempurna seperti wanita- wanita yang lain? Adakah kerana saya tidak pernah yakin akan diri sendiri.

“ dah sedar sekarang? Jangan anggap diri tu tak perfect.Allah dah cipta ngan sempurna sekali jadi, Deyanna kenalah bersyukur. Awak tak keseorangan..awak tak sunyi walaupun takde teman lelaki k. Teman lelaki bukan segala- galanya. Awak ada ramai kawan. Saya lagi sunyi sebenarnya selama ni..tapi tengoklah..saya berjaya hidup normal macam orang lain.”

Beby mengalihkan pandangannya ke arah Niel. Niel tersenyum. Wah..lelaki ni benar- benar bagi satu semangat besar bagi saya. Ternyata saya tak silap memilih kawan. Tapi kenapa dia cakap dia lebih sunyi dari saya?

“ sunyi? Ya ke? Tapi saya tengok awak happy je selalu. Senyum je setiap masa.”

“ tu lah rashia sebuah senyuman. Sebuah senyuman boleh menyembunyikan beribu- ribu rashia, kesedihan dan kelukaan. Sepanjang hidup ni, saya cuma ada ibu satu- satunya. Saya takde sesiapa selain ibu. Saya rasa, selain ibu saya tak perlu siapa- siapa lagi. Tapi, sejak awak muncul dalam hidup saya..i think..i need you too.”

Need me? Beby tersentak dengan kata- kata Niel. Betulkah apa yang Niel cakap ni? Saya sedang bermimpi ke?

“ awak jangan bergurau ngan sayalah..ha ha.” Beby tertawa tidak percaya. Mana mungkin ada lelaki yang betul- betul mahukannya. Kalau ada pun, Beby yakin..mereka semuanya hanya mempermainkan perasaannya.

******

“ perempuan sial! Saya takkan lepaskan awak! Saya akan datang balas dendam!” seorang lelaki yang sedang diseret keluar dari rumah Jesica sedang memekik- mekik memaki Jesica. Dia meronta- ronta mahu dilepaskan tetapi usahanya sia- sia sahaja sebab dua orang lelaki menahan kedua- dua belah tangannya dengan kuat.

“ balas dendam? Awak nak balas untuk apa? Saya tak faham.” Kata Jesica lemah- lembut menuju ke arah lelaki tersebut sambil memusing- musingkan gelas wain di tangannya.

“ jangan pura- pura tak faham Jesica..saya akan balas semua apa yang awak dah lakukan ke atas saya.”

“ huh..bukan salah saya..awak sendiri yang rela dan datang pada saya kan? Kenapa nak salahkan saya pula sekarang?”

“ awak memang perempuan teruk Jesica! Bila saya dah takde apa- apa, terus awak buang saya macam tak ada nilai bagi awak.”

“ saya memang teruk dan apa masalah ngan awak? Saya tak pernah janji apa- apa ngan awak kan?”

Jesica menatap wajah lelaki tersebut dengan tajam tanpa ada sekelumit rasa simpati. Bila bekas teman lelakinya itu cuba untuk melawan sedikit, kedua- dua orang lelaki yang menahan tangannya pasti akan membelasahnya cukup- cukup.

“ tapi awak cakap awak sayangkan saya dan nak hidup semati ngan saya!”

“ awak ni memang bodohkan? Siapa suruh awak senang sangat nak percaya? Itu masalah awak sekarang..bukan saya.”

“ jadi, semua yang pernah awak cakap tu..semua tu tak betul? Semua apa yang kita lalui sama- sama selama ni semua palsu?” lelaki tersebut memandang wajah suri hatinya itu dengan sayu. Hatinya sakit bagai dihiris- hiris ketika ini.

“ tolong sedar diri sikit..awak tengok saya baik- baik. Ada tanda- tanda ke yang saya nak jadi isteri awak? Ha ha ha ha!” Jesica tergelak. Sikit pun tidak ada rasa bersalah di hatinya.

“ awak memang kejam! Kau tunggu! Saya akan pastikan awak menyesal seumur hidup sebab buat saya macam ni! Kau tunggu!!” jerit lelaki itu lagi macam dah tidak siuman.

“ uruskan dia.” kata Jesica ringkas dan terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan bekas teman lelakinya yang masih meronta- ronta. Makin lama akhirnya suara itu tidak lagi kedengaran.

“ betul keputusan yang awak buat ni?” tanya seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu rumah Jesica.

“ kenapa?” Jesica mengalihkan pandangannya.

“ macam mana kalau Voon tahu? Awak tahu kan apa yang akan terjadi kalau ada pengikut Voon yang keluar dari kumpulan ni.”

“ saya akan uruskan.”

Satu minggu kemudian

        Beby memekik sambil berguling- guling di atas katil. Sebentar tadi dia dapat panggilan daripada Niel. Beby benar- benar telah membuat keputusan untuk menerima Niel sebagai teman lelakinya tetapi hal ini langsung tidak ada yang tahu setakat ini.

        Beby mengambil keputusan untuk menerima Niel setelah merasa yakin akan perasaannya dan juga perasaan Niel. Rupa- rupanya, mereka masing- masing tidak bertepuk sebelah tangan. Masing- masing mempunyai rasa yang sama.

        Kini, Beby sudah mempunyai teman lelaki sama seperti gadis yang lain tetapi penampilan dan sikap Beby langsung tidak ada yang berubah. Niel pun langsung tidak kisah akan semua itu kerana bagi Niel, ia adalah daya tarikan Beby yang tersendiri dan ia membuatkan Beby menjadi limited edition. Dan yang paling penting ialah keikhlasan Beby menerimanya sebagai kekasih hatinya.

       Ohh..bahagianya. Sekarang baru saya tahu bahawa jatuh cinta itu begitu indah. Sangat indah. Setiap kali mendengar suara Niel, dia terasa bagai di awang- awangan.

“ awak ni apahal? Dah pandai senyum- senyum sendiri.”

Yana yang baru muncuk dari ruang tamu hairan melihat sikap Beby. Yana memang langsung tidak tahu adik angkat kesayangannya ini sedang di lamun cinta sebab Beby sangat bijak menyembunyikannya.

“ salah ke saya senyum? Drama ni haa..lucu sangatlah.” Sahut Beby menafikan cerita sebenar. Dia bangun lalu duduk. Yana mendekatinya.

“ memanglah tak salah tapi kalau dah pandai senyum sorang- sorang tu, tu macam lain je maksudnya tu.”

“ lain apa pulak? Kan saya dah cakap tadi saya tengok drama lucu- lucu.”

“ tipu. Jangan- jangan awak ni tengah rashiakan sesuatu dari saya tak? Cakap betul- betul ngan saya.”

Yana mengacukan jari telunjuknya tepat ke arah Beby. Ya..dia memang dah syak yang Beby ni sedang merashiakan sesuatu daripadanya sejak akhir- akhir ini. Beby juga berubah dari suka marah- marah menjadi selalu happy go lucky. Itu adalah perubahan yang sangat ketara.

       Akhir- akhir ini Beby selalu nampak gembira dan bersemangat lebih- lebih lagi apabila keluar. Dan lagi satu, yang Yana sangat hairan. Beby yang sekarang sentiasa dengan handphone nya dan tidak meletakkan handphone nya di merata- rata tempat. Dulu, Beby ni tidaklah addict sangat dengan handphone. Dia akan menggunakan handphone nya bila perlu saja. Kalau balas chat dengan kawan- kawan dia pun sekejap saja dah letak balik handphone tu tapi sekarang macam tak boleh berenggang dengan handphone.

“ mana ada..takde apa- apalah.” Beby tergelak sedikit kemudian berbaring sambil berguling- guling di atas tilam. Yana semakin yakin.

“ haa..jangan nak tipu lagi..betul kan Beby ada sembunyikan sesuatu?” Yana menggeletek pinggang Beby yang sedang berguling- guling di atas tilam. Beby menjerit ketawa.

“ ok ok..saya bagitau akak ye tapi dengan syarat, akak tak boleh komen, tak boleh ejek saya, tak boleh bagitau sesiapa pun.”

“ ha ha..siap dengan syarat lagi. Ok..im promise.” Cepat sekali Yana bersetuju dengan syarat- syarat Beby.

“ sebenarnya..saya dah couple ngan jurulatih tari kami.”

“ wahhh..awak tengah bercinta ngan Mohd Daniel sekarang?” Yana menekup mulutnya hampir tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar. Biar betul Beby dah pandai bercinta sekarang. Tapi, kenapa dengan jurulatih itu pula? Setahu dia, Beby rapat dengan Amirul.

Amirul lah yang selalu menolong Beby dan rajin menghubungi Beby melalui telefon. Sebenarnya, Yana sangka, Amirul dan Beby cuma rapat di kolej sahaja rupa- rupanya mereka juga sering chatting melalui whatsapp. Kenapa tiba- tiba dengan Niel pula?

“ mesti akak tak percaya ni kan?” Beby mengacukan jarinya pula ke wajah Yana. Yana lantas menggeleng- gelengkan kepala.

“ memang saya tak percaya tapi saya tak cakap awak tipu..macam mana awak boleh couplengan jurulatih tu? Bukan ke awak rapat ngan Amirul? Bila pula korang berdua rapat?”

“ sebenarnya, saya dah kenal dia sebelum jadi jurulatih kat akademi seni lagi.” Beby tersenyum. Yana semakin tidak faham.

“ kat mana awak kenal dia? facebook ke?” Yana membuat andaian. Sekarang kan ramai yang bercinta melalui perkenalan di facebook sahaja.

“ tak..tak best lah kenal dalam dunia siber. Kami kenal ni sweetsikit ha ha..masa tu L sedang buli saya, tetibe je dia muncul tolong saya. Lepas tu, tak sangka pula dia muncul balik kat Akademi seni tu. Dari situlah dia cuba nak dekat- dekat kat saya tapi saya tak layan. Sampailah satu hari tu, saya macam tiba- tiba je senang hati nak pegi tegur- tegur dia.”

“ wahhh..dia tiba- tiba je muncul tolong awak ke? Macam dalam drama- drama pula.” Kata Yana. Tapi, apa yang Niel buat sampai begitu cepat dapat mencairkan hati Beby yang keras ni?

“ ya..tiba- tiba je muncul..memang dah tercipta untuk saya kot.”

“ jangan terlalu berharap..nanti kalau tak jadi, merana tahu. Sakit tu. Bila lagi korang couple?

“ hmm..belum sampai seminggu he he he.”

“ ohh..yalah..saya tak nak komen apa- apalah sebab Beby pun dah besar dan tahu mana yang buruk mana yang baik kan. Kak Yana harap, dia dapat terima Beby seadanya. Kalau dia cuba- cuba nak main- mainkan perasaan Beby, jangan segan- segan gitau akak je..biar akak pegi tumbuk muka dia k.”

Kata Yana sambil tersenyum. Beby ketawa. Sedikit sebanyak, Yana merasa bimbang juga kalau- kalau Niel cuma mahu mempermainkan perasaan Beby. Yalah, Beby ni tidak macam perempuan lain. Dia unik sikit.

BERSAMBUNG



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku